Kadang-kadang kan, termenung sendiri mengimbau kenangan lama… Terfikir-fikir
~kenapalah aku end up jadi seorang engineer walhal kerja yang aku buat sekarang ni langsung tidak ada kena mengena dengan engineering~. Ah! Cukup komplen pasal kerja yang sia buat sekarang.
~kau patutnya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada kau sekarang…~Ok ok, sebenarnya hari ni sia mau kongsi cerita pasal cita-cita masa kecil dengan apa yang telah sia jadi sekarang…
Dulu-dulu, masa sekolah rendah, bila cikgu tanya,
“Amisah, kamu mau jadi apa bila besar nanti?”, seingat sia, sia jawab macam-macam… Mula-mula jawab jadi polis, lepas tu bomba dan yang terakhir sekali jadi doktor… Motip? Agaknya, sebab terikut-ikut jawapan kawan-kawan. Lepas tu, masa darjah 4, tukar pulak jadi cikgu. Motif? Sebab kunun bila jadi cikgu, boleh dapat susu kotak percuma banyak-banyak
(nota: Sekolah rendah di Sabah dulu, ada program susu kotak percuma untuk pelajar. Ala, macam susu kotak dutch lady tu. Siap ada perisa coklat, strawberi dengan putih lagi.. samalah macam susu dutch lady tu. Dan selalunya, cikgu-cikgu akan dapat jugak. Siap dapat lebih tu! Tu yang tiba-tiba pasang cita-cita jadi cikgu.. Hehehehhe).Bila darjah 5, tiba-tiba tukar lagi cita-cita. Masa tu dapat tahu sekolah menengah tidak ada program susu kotak percuma… Hahahahahaha! So budak-budak! Masa tu tiba-tiba set cita-cita kunun mau jadi jurutera. Bila cikgu tanya, dengan bangganya jawab
“Saya nak jadi jurutera cikgu!” sambil dalam kepala membayangkan pekerjaan juruterbang. Sangat naïf ok, siap boleh ingat profesion jurutera tu sama dengan jurterbang.. Hhahahaha....
Makanya, cita-cita jurutera tu telah melekat sampailah sia menginjak ke tingkatan 5. Tidak pernah bertukar walaupun pakcik sia masa tu asyik cucuk-cucuk suruh jadi doktor
(sebab dia dulunya kunun bercita-cita jadi doktor tapi tidak kesampaian sebab tersalah mohon, lalu akhirnya sekarang dia end up jadi doktor haiwan. Doktor la jugak tu kan?). Cita-cita untuk tidak menjadi doktor semakin mendalam apabila masa tingkatan 5 sia dapat cikgu Bio yang bapak garang dan suka mengutuk lukisan jantung sia kununnya seolah-olah kelihatan seperti cerek di kantin. Ah! Benci! Dan akhirnya, sia memang langsung tidak layak untuk mohon
medic bila keputusan Bio sia pun setakat cukup-cukup makan, C6 sahaja. Cikgu Bio tu siap cakap
“Dengan result yang macam tu, baik buang ke laut sajalah!” ~hek elleh cikgu ni! Aku dapat pass dengan C6 pun sudah cukup baik tau! Kalau aku dapat P7 atau P8, apa pulaklah yang akan di cakap. Heh!~Maka berbekalkan keputusan Kimia dan Fizik yang C4, sia pun jumpalah cikgu-cikgu bertanyakan pendapat diorang untuk mohon
course apa. Bila sia cakap sia bercita-cita mahu menjadi seorang jurutera, diorang tanya sia balik “
Kamu mahu jadi jurutera apa?” “Erk! Juruteralah cikgu” jawab sia naïf. Tiba-tiba dijawab balik oleh cikgu sia
“Jurutera ni ada macam-macam. Awam, elektrik, mekanikal.. Kamu minat yang mana satu?" Alamak! Masa tu serius sia tidak faham apa yang cikgu sia cakapkan. Sia langsung tidak ada idea mahu jawab apa. Melihatkan sia yang ala-ala blur, akhirnya cikgu sia cadangkan supaya sia mohon Jurutera Awam saja. Dengan alasan, jurutera awam tu lebih luas bidangnya. Kiranya, bidang tu paling selamatlah kalau tiba-tiba di masa depan sia ingin bertukar
course.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa sia tidak minta pendapat ibu bapa sia… Untuk pengetahuan kamurang yang tidak tahu, mamak dengan bapak sia bukanlah orang yang berpelajaran tinggi. Makanya, segala keputusan, mereka akan serahkan untuk sia putuskan sendiri. Jadi, bila sia cakap sia akan mohon
course Kejuruteraan Awam, mereka memang tidak dapat memberikan sebarang komen selain mengatakan “
Pilihlah apa yang kamu fikirkan sesuai dan terbaik. Mamak dengan bapak tidak kisah”. Akhirnya, sia mendapat tawaran course Kejuruteraan Awam di UTM skudai. Masa dapat tu pun dilema jugak. kawan-kawan semua cakap UTM tu Universiti Tendang Menendang la... Susah mahu kekal lulus sampai habis belajar lah... Ahhhh! Malas mahu memikirkan cakap-cakap orang, pada tahun 1999, bermulalah semester pertama sia di UTM Skudai.
Sebenarnya, masa sia daftar untuk course kejuruteraan Awam tu, sia masih lagi blur-blur dan tidak ada gambaran akan mata pelajaran yang bakal sia hadapi. Lalu, bila perjumpaan bersama dekan fakulti diadakan, masa tu lah sia seolah-olah rasa seperti
~Oh! Damn! Aku tersalah pilih course ka? Patutnya aku masuk elektrik la ni!~ Motif? Masa ni, sia sudah lupakan cita-cita untuk menjadi
pilot. Sia asyik terfikir untuk
end up kerja di Telekom. Kunun sebab mahu jadi macam ada seorang jiran yang kaya di kampong sia tu. Jiran sia tu kerja di Telekom. Makanya, kepala tu kunun sudah set
‘orang kerja Telekom tu kaya’. Hhahhahahha… sangat naïf kan budak kampong seorang ni?
Makanya, masa semester pertama tu, sia memang asyik turun naik pejabat fakulti la. Sibuk untuk bertukar
course ke Kejuruteraan Elektrik. Keinginan tersebut bertambah kuat apabila melihatkan senarai matapelajaran yang bakal sia hadapi.
Struktur? Geoteknik? Kerja Ukur? Arghhhhhhhhhhh! Apakah ini?????????????? Kenapa semua seolah-olah nampak sangat alien???????? Rasuk? Papak? Kenapa semua budak-budak teknik macam tiada masalah dengan term-term ni semua? Kenapa aku nampak seolah-olah budak yang paling blur dan bodoh dalam kelas ni? Kenapa semua orang faham tapi aku tidak?????????? Aku tensi! Tensi yang amat!Masa ni lah sia mula nangis-nangis dan asyik menelefon mamak di kampong
“Mak, k ica mau baliklah! Macam ndak boleh bawaklah course ni! Uwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!” Lalu dibalas oleh mamak
“Mana boleh balik. Nanti bapak cakap apa. Marah yang k ica mintak balik masa sekolah asrama dulu pun belum reda lagi. Kalau mintak balik sekarang ni, apa pulak bapak cakap nanti” Uwaaaaa!!!!!!!!!! Tambah deraslah sia menangis… Mahu tidak mahu, terpaksalah jugak sia teruskan mengambil
course tersebut walaupun dalam hati memang langsung tidak nampak sia akan
end up jadi apa. Walaupun begitu, dalam hati sia kental dan nekad utuk habiskan
course tersebut tepat pada masanya, iaitu 4 tahun. Walau apa pun terjadi, sia mesti habiskan
course tu dan keluar menjadi apa yang sepatutnya sia jadi selepas 4 tahun. Itu janji sia pada mamak!
Dari 1 semester ke 1 semester, sia lalui dengan tiada perasaan. Suruh datang kelas, sia datang. Suruh datang tutorial, sia jarang-jarang datang (siapa suruh buat tutorial petang, tu masa sia tidur tu), suruh datang
exam, sia datang… Masa tahun kedua, sia dengan beberapa orang kawan sia main tarik-tarik subjek lagi, tambahkan
credit hour dengan alasan, kalau tahun 3 dan tahun 4 ada
fail mana-mana subjek, boleh ulang tanpa perlu
extend sem. Dan akhirnya, alhamdulillah, sia berjaya habiskan kuliah 4 tahun dengan mengulang subjek Geotek yang menyebabkan sia terpaksa ambil maksimum 23
credit hour di akhir semester tahun 4. Fuh! Ngam-ngam ho!
Dengan itu, di sinilah sia hari ini, bergelar seorang jurutera awam, dengan pengalaman 2 tahun bekerja di syarikat perunding, 2 tahun di syarikat pembekal dan akhirnya
end up di pejabat kerajaan daripada tahun 2007 sehingga kini. Walaupun hampir 4 tahun tidak berkecimpung dengan kerja-kerja kejuruteraan awam, sia tidak mahu komplen lebih, sebab sia percaya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Bukan sia tidak mahu berusaha. Tapi, sia selalu percaya, dalam hidup ni, kita tidak boleh dapat semua yang kita inginkan. Mungkin dari segi pekerjaan sia tidak berpuas hati, tapi sebaliknya dari segi penghidupan, alhamdulillah, Allah memberikan yang terbaik buat sia sekeluarga. Walaupun bukanlah semewah orang lain, tapi sia percaya, ini adalah yang terbaik yang Allah telah tentukan untuk kami, insya Allah!
Pernah tidak sia menyesal tidak menjadi seorang juruterbang? Sudah tentu pernah! Tapi, sia akan reverse psychology balik,
~Kalau aku jadi juruterbang, belum tentu aku jumpa dengan En. Suami yang baik hati (nota: En. Suami tu dulunya course mate... keh keh keh)~ Hahahahhaha... Ayat penyedap hati sebab jeles tengok juruterbang wanita.. Kah kah kah....