Tuesday, April 26, 2011

6 bulan check up dan mama glam bebas hutang kereta! yeay!


Benci betul kalau tiba-tiba rasa mahu b*r*k atau kencing, tiba-tiba masa tu jugak di luar tandas tu ada sign ‘cleaning in progress’. Selalunya, kalau setakat ada seorang cleaner dalam tu, memang ku terjah saja dan proceed dengan niat asal. Tapi, tadi masuk tandas tu, boleh pulak ada sampai 3 orang cleaner dalam tu. Pulak tu cleaner yang 1 orang tu pandang dengan muka macam tidak puas hati. ~Hek elleh! Patut aku teruskan saja tujuan asal aku menerjah tandas tu tadi! Baru padan muka korang siapa suruh buat muka ke aku! Hoi! Aku ni mak buyung mana boleh tahan-tahan untuk buat bisnes lah ngok! Nantilah.. Sampai masa korang jadi mak buyung macam aku, baru padan muka korang kalau orang buat kat korang macam tu! Dunia ni bulat tahu?!~

Erk! Pagi-pagi lagi si mak buyung ni emo… Ermmm, ini tidak bagus untuk kesihatan… Cool… cool…. chill.. chill... Lupakan kisah yang kurang best itu. lagipun, kan sudah selesai? Hehehhehe...

Oklah, sebenarnya hari ini sia mahu tulis entry pasal pregnancy check up yang sia pigi kemarin. Kemarin merupakan check up untuk minggu yang ke-24, kiranya, lebih kurang telah 6 bulan lah usia kandungan sia ni.

Kalau kamurang ingat entry sia yang ini, pasti kamu tahu bahawasanya pada check up bulan lepas sia telah naik 2.5kg dalam masa sebulan, yang mana ianya adalah terlebih sudah! Dan kalau kamurang terus-terusan baca entry-entry yang selepasnya, pasti kamu juga tahu bahawa sia telah melancarkan perang anti Nandos semenjak mengetahui kenaikan berat yang melampau itu. Kunun dengan harapan, bulan ini tidaklah berat sia naik dengan melampau lagi. Maka, tidaklah sia perlu dijadualkan untuk meminum air gula yang sangat yuks itu…

Makanya, kemarin merupakan hari yang sangat berdebar-debar untuk si pendiet Nandos ini. Berdebar-debar menunggu giliran untuk misi menimbang berat badan.

Lebih kurang jam 8.20 pagi, nama sia dipanggil dan disuruh berdiri di atas penimbang. Masa berdiri tu, sia nampak jarum penimbang tu macam duduk tengah-tengah antara 57 dan 57.5 kg (Alamak! Kantoi sudah berat si mama glam!). Jadi, bila misi tanya berapa nombor yang sia nampak, sia macam teragak-agak untuk menjawab.. “Errrrr… 57kg?” lalu dijawab oleh misi “Ya! 57kg!”. Sia yang berasa sangat lega kerana kununnya hanya naik sebanyak 0.5kg dalam masa sebulan, terus duduk pula menunggu giliran untuk diambil tekanan darah dan keputusan air kencing.

Sampai giliran mengambil tekanan darah, sia pun duduk dengan perasaan langsung tidak berasa takut sebab yakin sia memang tidak ada masalah pada kunjungan kali ini, dan secara tidak langsung yakin bahawa sia tidak perlu meminum air gula. Yeay! “Ok… tekanan darah ok, air kencing ok… Tapi, berat badan merah lagi eik bulan ni..” Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, sia berbunyi “Bukan naik 0.5kg sebulan ok ke misi?” lalu dijawab balik oleh misi tersebut “Mmmm… Sekarang usia kandungan awak dah 24 minggu. Sepatutnya, lepas kunjungan bulan lepas, awak patut naik 0.5kg seminggu. Maksudnya, awak patut naik 2kg lah hari ini. Jadi, bila naik setakat 0.5kg, merah lagilah”

Hadoilahhhhhh…. Puaslah sia berdiet bagai… Kontrol tidak makan nasi selepas jam 7 malam… bermusuh dengan Nandos dan mana-mana fastfood yang lain… Tapi, akhirnya, keputusan timbangan tetap merah jugakkkkk!!!!!!!!! Arghhhhh!!!!!

Tapi, tidak mengapa, sekurang-kurangnya, sia tahu sia makan secara sihat, dan yang paling penting, sia tidak perlu menghadap air gula yang meloyakan itu! Yeay! Ada bibit-bibit kegembiraan dan bangga di situ! (Ninie sila jeles ok!)

................................................................................................................................

Di suatu sudut yang lain, sia ingin mengumumkan perkara yang sama yang pernah Puan Fanor umumkan suatu ketika dulu…

Ingat enrty ini? Ya! Masanya telahpun tiba!

Kemarin adalah hari terakhir sia membayar hutang kereta comel sia itu. Maka dengan ini, kereta comel tersebut telah dengan sahnya menjadi milik si mama glam! Tiada lagi hutang kereta comel! Tinggal hutang kereta adik si mama glam sahaja.. Yahooooo!!!!!!!!

Kemarin memang ala-ala macam bonus day… Hari masuk gaji, hari tidak perlu minum air gula dan hari bebas daripada hutang kereta comel! Sukanya!!!!!!!!!! En. Suami bengkek jak tengok isterinya kegembiraan yang melampau. Jeles lah tu sebab hutang keretanya masih ada lagi 4 tahun… Huhuhuhu… Hmmmm.. Bolehlah sia berangan-angan mahu beli kereta apa kan lepas ni? ~Ah! Tidak sedar diri! Berangan dululah wei! Baik kau selesaikan hutang PTPTN tu dulu!~
Ooopsss!


12 orang pot pet on "6 bulan check up dan mama glam bebas hutang kereta! yeay!"

ninieZUERYANNIE on April 26, 2011 at 9:57 AM said...

urghh jeles okeh!! smpai skang kite x g minum air gula.. & ade rs cam x nak g cek-up dah.. hukhukk.. (ibu yg degil!)..

alamak! janjji ngan ainul nak g same2 sok...... x kol lagi tanglin.. huuuu.. tp mamaGlam, jgnla berdiet sgt.. makanla, makanla nandos tuh.. hihihhiihiii..

tahniah kerana selesai sudah byr si comel kuning mu itu.. patutla smlm nampak org tuh balik naik si kuning.. simbolik rupenyer~ boleh open table x sempena selesainya utang? *wink-wink* jeles kuasa 2 sebenarnyer!!

mama glam on April 26, 2011 at 10:31 AM said...

ninie: suke ninie jeles! Errrr... takut jugak kang pada masa akan datang naik melampau kene minum air gula dan ditertawakan semula oleh ninie... uhuhuhuhu...

open table bulan 7 boleh? kita blanje ramai2.. hehehhee

Unknown on April 26, 2011 at 11:59 AM said...

Hahahah..

Aku baru nk vangga dgn penipuan ko tu.. Sekalimerah lg daaa... Hahahahahaha

Aku pun bebas dari hutang keta.. Tapi keta tak ada la... Hahahhahahaha.. Baik aku lari skrg..

mama glam on April 26, 2011 at 12:03 PM said...

Mast: tuh lah, niat tipu tu dah memang tak betul.. Mana tau menipu tu mendatangkan mudharat... Haiyooo... Kalau aku tau, aku bantai tipu aku naik 2kg! Tapi, sudah terlambat! Heh!

Ceh! Wei mana pi abang oren ko tu? Patut kayo beb! Takdak hutang keta ghupenyeeeee...

Anonymous said...

yeeaaaaa.. habis jugak akhirnya.... hilang satu beban wehh... lepas ni ko nak beli kete lain kan???... larikkkkkkkkkk

mama glam on April 26, 2011 at 1:42 PM said...

fanor: nak jugak fanor.. nak sebijik mcm keta yg ko pakai kat qatar... hahahahhaa

Anatel Ameen on April 26, 2011 at 1:49 PM said...

menunggu detiknya tiba...

mama glam on April 26, 2011 at 1:56 PM said...

Mak Ana: detik tiba habis bayar keta eik mak ana? sabo.. akan sampai jua tu... masa dah sampai tu, jgn lupa buat entry mcm ni... nak melahirkan rasa sangat legaaaaa...

empress_azalea on April 26, 2011 at 2:30 PM said...

Huwaaaaaa....tumpang jeles jugak!bukan sebab air gula itu tapi sebab hutang..i punye keliling pinggang lagi ni ok..

mama glam on April 26, 2011 at 2:42 PM said...

Wani: Elleh! Wani punya keliling pinggang tu masih mampu nak jalan2 kira x seteruk akak la tu.. saje tau!

Unknown on April 27, 2011 at 6:57 PM said...

keta oren dah dipass kepada abah aku.. makcik beli.. bagi adik dia di kampung.. tu yang legaaa sket tu.. kasi settle hutang2 lain.. hehehe

mama glam on April 28, 2011 at 9:05 AM said...

Mast: Ouhhhh.. Memang ekau kayo! Lepas ni boleh bawak balik hybrid 1! Jangan lupa ajak aku tompang naik tau!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery