Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Confirm ku enggak Boleh hidup di jepang!

10 orang pot pet
Entahkan kenapa, sudah berhari-hari sia teringin betul makan mi Jepun… Ala, yang orang panggil Soba dengan Udon tu… Daripada hari Isnin merengek-rengek mintak En. Suami bawak pegi Sushi King Jusco AU2. Tapi, baru malam tadi dapat merasa… Semua dek penangan makanan yang sedap-sedap di rumah mertua sia… Selalunya rumah mertua sia ada makanan yang merah-merah jak. Tapi, minggu ni selalu pulak ada masak lemak.. Ayam masak lemak lah, daging masak lemak lah.. Sayur petola dengan suhun masak air lah.. Ah! Semua masuk pulak tekak sia ni! Malam tadi pun sama… Tapi, sebab sudah berhari-hari asyik di tunda-tunda, malam tadi kami anak beranak pergi jugak ke Sushi King.

Sebenarnya, ni baru kali kedua kami makan di sini. Pertama kali dulu kami datang semata-mata makan sushi saja.. Kali ni, datang dengan tujuan untuk merasa soba/udon yang sangat glamour tu….

Sampai-sampai, belek-belek menu.. Errrrr……….. ~Mahu makan apa ni? Udon ka soba ya?~ dalam hati sia berbisik… En. Suami pun sama… Dia yang memang bukan penggemar makanan Jepun ni langsung tidak study menu tu… Tup-tup dia order Yakiniku Rice Burger (gambar di bawah ni)


Bila sia dengar, jahat pulak mulut sia mengutuk En. Suami “Lorrrr… Order tu jek? Apa lah! Ni datang daripada bukit mana ni datang Sushi King order rice patty jek ni?” Hahahhahha.. Siot kan bini dia ni… Sia pulak, lepas puas belek-belek menu tu, akhirnya order set Sushi King Gozen (gambar di bawah ni). Lepas tu, mintak diorang tukar Eel Sushi dan Raw Salmon Sushi ke Ebikko Sushi. Takutlah tekak ni tidak boleh terima pulak kan…


Sedang-sedang tunggu order sampai, sia belek-belek lagi menu. Kesia pulak tengok En. Suami order setakat rice patty tu… Sekalinya, hah! Jumpa pun menu yang ada nasi dengan ayam.. Wellll.. Siapa yang kenal En. Suami sia ni, mesti tahu… Dia ni kalau menu-menu yang ada telur dengan ayam ni, boeh saja masuk di tekaknya… Jadinya, sia orderkan Oyako Don (gambar di bawah ni).



Tungu punya tunggu, makanan pun sampai…

Sebahagian daripada set menu Sushi King Gozen


Sushi set menu Sushi King Gozen


Oyako Don


Yakiniku Rice Burger yang hampir habis


Ok, review pasal makanan….

Yang Rice Burger tu, En. Suami makan sampai habis.. Dia cakap, oklah… Yang Oyako Don pun dia cakap dia boleh terima lah… Iyalah, nasi dengan telur dan ayam.. Memanglah ok… Tapi, dia cakap tidak boleh lawan lah nasi Ayam Penyet. Ceh!

Sia punya set pulak, banyak-banyak makanan dalam set tu, sia cakap terus terang, hampir semua sia tidak boleh masuk. Hanya satu saja yang sia habiskan dengan rasa macam ~Ahhhh… ini sedap!~, iaitu, Yakult! Yang sushi tu, bolehlah sia masuk jugak… Yang mi soba tu, hmmmm… Sia cuba suap 2-3 kali, lepas tu sia panggil waitress “Dik, ada tak benda yang pedas-pedas macam sos cili ke, cili api ke, chili flakes ke, yang boleh makan dengan mi ni?” Hahahahha… Ampun! Memang tidak boleh blah lah! Sekali dijawab oleh minah tu “Hmmm.. Kami ada lada sulah dan chili flakes”. “Bolehlah dik… Bak mai k. Tq”

Selepas dituang-tuang chili flakes, cuba makan lagi… Euw! Masih tidak boleh blah! Masa tu, En. Suami lah pulak yang kutuk sia balik “Haish! Apa ni, orang kampong! Makanan Jepun pun tidak boleh masuk! Huh!” Cis! Cis! Kena aku balik! Tapi, serius, sia memang tidak boleh masuk wei! Cakaplah sia ni tekak orang kampong ka apa, sia tidak kisah langsung!

Menu last sekali yang sia makan adalah egg custard. Bila sebut egg custard, apa yang kamurang bayangkan? Sia mula-mula baca set menu tu, dalam hati ~Ouhhh… Bagus jugak ambik menu ni, siap ada pencuci mulut~. Sekali makan, hambek kau! Egg custard tu masin lahhhhhhhhhhh! Dan dan tu pass egg custard tu ke En. Suami “Nah bang! Ce rase”. Sia memang lepas tu tidak sentuh lah egg custard tu. Siap dalam hati ngomel-ngomel sendiri ~Diorang ni tersalah letak gula dengan garam ka hah!~ Tapi, sebab tidak biasa dengan makanan Jepun, tidak berani pulak panggil waitress tu lagi… Takut kena kutuk! Hahahahhaha! Memang kampong betul! Mengaku ok!

Dan… akibat semua makanan yang dimakan tu memang sangat tidak kena di tekak si mak buyung ni, natijahnya.. Tengah malam tadi, dalam-dalam rumah black out, berlari lah si mak buyung ke tandas. Bretttttttttttttttt! Habis semua keluar ikut b*nt*t. Tu pun tidak lega jugak… Terasa-rasa pulak ada sesuatu yang ingin keluar daripada mulut pulak… Ah Sudah! Malas mahu bergerak dalam gelap, sia duduk diam-diam tunggu rasa ada sedikit lega, barulah cuba baring dan tidur…

Hmmmm…. Tobat sia tidak akan ulang kunjungan ke Sushi King selain untuk makan sushi saja… Siap En. Suami sindir “So, cancel lah plan mahu sambung belajar ke Jepun?" Cis!

Lain kali mau cuba yang ini pulak lah... Mak Ana, dengan Mak Im cakap sedap banget!


P/s: Mas, Aku wondering cemane korang ble hidup kat Jepang tu? Patut ble turun berat badan cepat seh!



Thursday, April 7, 2011

Mari print ramai-ramai! Makanan percuma ngko!

0 orang pot pet

1 hari sampai 2 entry? Ini semua sebab sangat excited ok!

Kemarin sia cerita pasal promosi makanan di Manhattan Fish Market kan? Hari ni pulak mau kongsi dengan kamu-kamu semua pasal promosi makanan percuma daripada Mc D..

Sebenarnya tadi masa bloghopping, tiba-tiba terjumpa voucher makanan percuma Mc D ni… Uwaaaaa! Macam mahu nanges ok! Promosi itu datang lagi! Dulu punya terlepas! Kali ini memang tidak akan kulepaskan!!!!!!!!!!!!!!!!



Kalau kamurang mahu tahu, masa bulan Mac hari tu, sia memang sangat-sangat gilakan set breakfast Mc D yang di bawah ni..


Jadinya, boleh dikatakan setiap hujung minggu dan hari bukan hujung minggu, memang muka sia akan terpacaklah di Mc D. Dan setiap kali sia terpacak di sana, setiap kali itu jugaklah Mc D yang dekat dengan rumah sia tu akan penuh sepenuhnya dengan umat manusia. Pindah ke branch lain, pun sama jugak! Lalu dalam hati sia berkata “Ish! Semua orang mengidam breakfast Mc D macam aku ka ni?” Tapi, selalunya tanpa berputus asa, menunggu jugaklah kami tempat duduk yang bukan main susah untuk didapatkan itu, sampai ada 1 masa tu boleh mengundang dosa sebab geram dengan ada sekelompok makhluk Tuhan yang tidak mahu berganjak walaupun dilihatnya manusia kemain berduyun mencari tempat duduk.

Sekalinya, ada 1 hari di hujung minggu tu, kebetulan kami anak beranak ke Parenthood Exhibition di Midvalley. Tiba-tiba, ternampak 2 orang manusia dikerumuni orang ramai. Sia yang sememangnya suka menyibuk, datanglah menghampiri… 2 orang manusia itu sedang memberikan kupon breakfast Mc D percuma ok! Weewoooo!



Apa lagi, sia yang sangat gumbira dengan pemberian tersebut bergegas mencari En. Suami dengan harapan En. Suami pun dapatlah sekeping kupon tersebut. Dapatlah kami jimat 2 hari punya duit breakfast.. Hhehehhehe.. Tapi, malangnya, masa kami lalu semula ke tempat tersebut, 2 orang manusia itu sudah illek! Wah! Sangat cepat kupon-kupon itu habis! Kecewa =( Tidak mengapalah… Dapat jimat sehari punya duit breakfast pun jadiklah….

OUhhhhhh… patutlah selama ni Mc D dok asik penuh saja sepanjang masa… Ada kupon makanan percuma rupanya…. Kami laki bini memang tidak tahu.. sob sob sob =( Mampu berasa cemburu dengan orang-orang yang dapat kupon-kupon tersebut sajalah….

Sekalinya pada 30 Mac yang lepas, di petang hari nan indah semasa kami laki bini dalam perjalanan balik ke rumah, En. Suami bersuara “Tadi kawan ayah cakap, kupon breakfast Mc tu boleh print dari internet je lah…” Oh! Sia yang sangat teruja terus berpaling ke En. Suami dan bertanya “Oh ya ka? Dah tu, abang ada print tak?” Lalu dijawab En. Suami “Tak….” “Erk? Apa pasal tak print?” Tanya sia semula tidak berpuas hati! “Sebab.. kupon tu valid sampai 31 Mac je lah” “Laaa……………….. Ye ker? Takdak rezekilah jawabnye.. Patutlah kemain ramai umat manusia kat Mc D selama ni… Sekarang baru tauuuuu” Jawab sia dengan nada kecewa =(……

Jadi kan.. jadi kan… Bila dapat tahu ada promosi baru breakfast Mc D ni, memang tidak akan kulepaskan!!!!!!!!!!!!!!!! Sekarang jugak akan ku print banyak-banyak dan ku redeem besok pagi dan esok dan esok lagi…. Yeah! Jimat duit breakfast sampai hujung minggu ni! (Erk! Tapi, yang kali ni punya promosi boleh print sajakah?)

Lepas tu kan, sia dapat link website yang dapat berikan sia update terkini pasal food promotion di Malaysia, ni dia, Malaysia Food Promotions. Best! Gumbira! Eksaited! Suka! Ah! Terover sudah!


p/s: gambar semua sumbangan En. Google..


Wednesday, April 6, 2011

Bagaimanakah program diet Nandos anda?

0 orang pot pet

Wah! Sudah seminggu sia berjaya dengan program diet Nandos! Wooohooo! tahniah! Tahniah!

Jadi, apa yang sia makan selama program diet sia tu? Aiyoyoyoyoyo… Sia telah memaksa diri sia yang sangat kurang berselera memakan nasi ini untuk relakan hati memakan jugak nasi berlauk. Lauk-pauk memilih jugaklah. Kalau lauk pauk yang terlalu berminyak, sia cuba elakkan, sebab selalunya, sah-sah akanlah dimuntahkan semula tidak lama selepas itu. Kalau dapat makan nasi dengan ikan kering atau ikan masin atau ikan bilis mentah tumbuk-tumbuk dengan cili (ni antara lauk kegemaran abah a.k.a bapak mertua sia) atau ikan sepat kering goreng ka, wallah! Memang meletop wa cakap lu! Makan itu saja pun cukup! Kari-kari atau yang masak-masak merah sia cuba elakkan walaupun dalam hati bagai meruntun terbau masakan ayam masak kari ibu mertuaku.. Uwaaaa! Tapi, sambal sardin ibu mertuaku tidak dapat kukatakan tidak, walaupun hakikatnya ku tahu kemudiannya ada kemungkinan untuk ianya akan dimuntahkan balik..

Dan sia perasan, masa mengandung yang kali ini, sia lebih suka makan makanan yang masin daripada yang manis-manis. Kalau perut tu lapar di petang hari, dapat makanan masin macam roti goreng inti sardin, wah! Memang ngam habis! Disebabkan itu, sekarang ni, tiap-tiap pagi sia akan beli siap-siap 3 keping roti goreng inti sardin di gerai pak haji tu walaupun sebenarnya pagi tu sia memang sudah membaham 2 keping cucur udang kuah kacang cair dan air milo ais segelas (slurpppp! Ini menu sarapan fav sia beberapa hari ini.. hehhehehe). Lepas tu, tekak sia ni pun masih tidak dapat menerima segala macam asam atau jeruk-jeruk. Memang tidak ngam!

Jadi, bagaimana dengan keadaan sia apabila terpaksa memaksa diri memakan makanan yang kurang sia gemari semasa mengandung ini? Erk! Seperti yang dijangkakan.. terdapatlah adegan muntah-muntahan di sana sini. Bermulalah semula, tiap-tiap pagi wajib dulu muntah sebelum sarapan. Dan kalau tekak tidak sedap, kadang-kadang boleh jugak mengundang kemuntahan sebelum waktu makan tengahari atau pada waktu petang. Dan kalau tidak bernasib baik lagi, kemuntahan mungkin juga akan berlaku pada waktu malam sebelum makan malam atau sebelum tidur. Dan pada hari Jumaat yang lepas adalah hari yang sangat memilukan di mana sia telah mengalami kemuntahan yang teruk sehinggakan sia terpaksa meminta izin balik awal pada waktu tengahari daripada bos. Kesian hoh? Tapi, apa boleh buat, nafsu makan harus dikawal untuk mengelakkan pertambahan berat badan yang melampau-lampau (elleh! Cakap je lah ko tu takut kena minum air gula!).

Tapi kan kamurang, dalam-dalam sia berdiet tu, minggu lepas sia tidak dapat menahan nafsu daripada memaksa En. Suami membawa sia makan di luar. Ini semua angkara rakan seinduksi sia dulu la ni! Adakah patut tengahari Jumaat yang lepas ditag nya sia flyer ni dalam FB


Heh! Being me yang memang cheap skate, memang pantanglah tengok promosi-promosi luar biasa seperti ini! Wajib dikunjungi! Value for money maaaaa! Pulak tu valid untuk hari itu sahaja. Apa lagi? Jam tunjuk ke angka 11 malam pun ku sanggup terjah! Pulak tu diorang cakap kedai diorang tutup pukul 2 pagi. Yeeehuuuu! Diet? Erk! Apa itu? Blrrrrpppp! Memang berbaloi-baloi!

Kepingan besar ikan dowry dihidangkan bersama sos putih istimewa dengan perahan lemon, potongan tomato dan kentang goreng. Ditambah pulak dengan sup cendawan pekat dan bottomless ice lemon tea! Perghhhhh! Marveloussss! Memang berbaloi-baloi! Semua-semua ini hanya dengan harga RM15! Mana boleh dapat di tempat lain weh! Tengah malam pun tengah malam lah!


Lepas tu kan kamurang, agaknya Manhattan Fish Market tu tengok sambutan terhadap promosi Fish and Chip ni sangat memberangsangkan, tiba-tiba pulak diorang panjangkan promosi ni. Jadinya, pada yang tidak berkesempatan, promosi ini masih valid daripada 4 April 2011 – 8 April 2011. Serius!


Malam tadi sia telah berkunjung lagi ke sana walaupun jam sudah menunjukkan 10 malam! Terkocoh-kocoh kami makan sebab restoran diorang tutup jam 11 malam la pulak. Duh! Kesian Aimee kena paksa makan cepat-cepat oleh ayahnya, lepas tu kena paksa balik walaupun mulut minah tu dok asyik sebut “Aimee nak fen fice (nota: French fries)… Aimee nak shup (nota: mushroom soup)”. Kesian anak mama… Dan dan sia pujuk minah tu “Takpe Aimee… lain kali kita datang lagi ok!” sambil dalam hati merancang-rancang untuk berkunjung lagi tiap-tiap hari sehingga hari promosi tersebut tamat… Melampau tidak? Melampau tidak? Dan agak-agak, En. Suami sanggup tidak? Dan agak-agak, ada cukup bajet ka duit dalam poket tu wei! Hehehhehe…



p/s: gambar semua sumbangan En. google



Thursday, January 27, 2011

Kurang & Sedapppp!

5 orang pot pet
Setelah lama bertapa malas mahu mengupdate blog (serius tidak tahu mana itu mood menghilang). Mahu dikatakan sibuk, tidaklah jugak.. Buat-buat busy jak pun.. Tapi, mood untuk menulis tu, haiiiii… ke lautt...

Oklah, entry hari ini saja mahu kongsi dengan kamurang antara makanan-makanan yang telah kami makan di merata-rata tempat (tidak ingat bila.. Yang penting, ianya adalah sepanjang tempoh sia mengandung anak yang kedua nil ah… barulah jugak tu kan? hehehhhe)

Lebih baik kalau sia kongsi makanan yang kurengggg dulu kan?

Nama restoran: Big Brother Restaurant & Grill @ Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

Alamat: No. 3G, 3-1, Jalan 5/20, Pusat Perdagangan Kota Damasara, PJU5, 47810, Selangor


OK, apa yang kami order?

Hah! Lengkap dengan harga semua. Ada alamat dengan no. telefon lagi. Senang kan!

Sia bagi la 3 gambar makanan yang kami pesan…

Sausage Mashed Poatato untuk budak kecik si Aimee...

Ham carbonara Spagehti untuk si mama..

Avalanche, sebagai pencuci mulut..


KOmen ikhlas daripada sia, rasa makanan memang kurenggggg… Harga tu memang tidak boleh komen lebih-lebih la kan sebab masih murah kalau mau dibandingkan dengan restoran-restoran barat yang mahal-mahal tu. Tapi, rasa tidak berbaloi sebab rasa makanan tu sangat-sangat tidak mencapai standard minima yang sia harapkan. Sia pun tidak paham kenapa Serina dalam rancangan JJCM tu cakap makanannya sedap. Serius tidak seperti yang diwar-warkan.

Tidak tahu mahu komen lebih-lebih, yang penting, sia memang pasti tidak akan kembali. Mungkin ada pelanggannya yang ok dengan rasa makanan tu, tapi bukan sia dengan En. Suami, sebab kami pernah pergi restoran yang harga lebih murah dan rasa memang umppphhh! Sorry kalau pemilik restoran ni ada terbaca, ini serius komen ikhlas sia sebagai seorang pelanggan. Jadi, kalau agak-agak anda telah meningkatkan mutu makanan anda, boleh hubungi sia balik, sia tidak teragak-agak untuk mencuba kembali, sebab setahu sia, restoran ni milik orang Melayu, jadi apa salahnya kalau kita cuba menaikkan nama orang Melayu kan?



Yang di bawah ni pulak, adalah restoran makanan barat yang sia cakap lebih sedap berbanding restoran di atas.

Nama restoran: Arima Classic Western Food.

Lokasi: Belakang Jusco AU2, Setiawangsa. Eh! Sebenarnya, ni bukan restoran tapi, gerai-gerai makanan di belakang Jusco AU2, Setiawangsa.


Memang ianya terletak di deretan gerai sahaja.... Tapi, gerai-gerai di sini alhamdulillah, tidaklah kotor persekitarannya..

Mula-mula dulu, BFF sia si cik Suhaini yang perkenalkan tempat ni. Masa tu, sia pesan Fish & chip saja. Dengan harga tidak sampai RM15 (tidak ingat harga yang tepat, rasanya lebih kurang RM12 kot), rasanya memang memuaskan hati. Disebabkan itu, bermulalah sia pula menjadi duta tidak berbayar kepada kedai ini dan menyebarkan berita kesedapan makanannya kepada rakan-rakan dan keluarga yang teringin makan makanan barat yang halal dan murah. Dan tidak pernah tidak, setiap kali sia dengan En. Suami teringin makan lamb Chop, memang di sinilah lokasi yang akan kami tujui. Dengan harga tidak sampai RM15 (pun tidak ingat harga yang tepat), rasanya memang malatop!!! Berbaloi-baloi!

Nah! Bawah ni gambar lamb chop yang sempat sia ambil, tapi minta maaf banyak-banyak, memang tidak jelas sebab nama pun makan di gerai, pulak tu open air, lighting tarak cukup lorrrrrr…. Lain kali kalau sia pergi lagi ke restoran ni, sia akan cuba makan dalam restoran dan ambil gambar yang lebih sempurna untuk tatapan kamu-kamu semua ya. Tapi, percayalah, memang sedapppp!




Monday, May 24, 2010

Layan gambar jaklah

3 orang pot pet

Ok, sangat lama berdiam diri ya... Macam sibuk banget jak.. Hehehhehe.. BUat2 sibuk jak pun.. kui kui kui...

Sebenarnya sibuk dengan macam2 hal.. reDuit! reDuit! la, anak lah (Aimee baru tumbuh gigi lagi 2 ketul dia atas. So memang banyak meragam)... Rumah yang ndak berkemas2 tuh lah... kerja2 pejabat lah... jalan2 cari makan lah... kenduri kendara lah... pasal rumah lah (ini akan diceritakan pada masa akan datang. Excited! Tapi, duit! duit! di mana kau duit?!)... Haish! Banyak lah... Sampai plan mau pigi hantar Puan Mastura yang baru2 ini bertolak ke negara matahari terbit tuh pun terpaksa dicancelkan (Apa2 pun, good luck ya Mas & Harris. Semoga semuanya berjalan lancar & pulang dengan segulung phd. Aminnn.... Doakan aku & Mel rezeki murah. Boleh kitorang datang jenguk korang kat sana... Hehhehehe)......

OK ok... habis bebel pasal kepura2 an busy si Mamaglam.. Banyak betul gambar yang mau dikongsikan dalam entry kali ini... (kali ni kita layan gambar jaklah ya. Penat mama glam mau menaip lah) Gila glam la katakan.. hahahhahha.... Layannnnnn.....


Aimee busyuk mama

Aimee keseronokan kunun menolong mamanya melipat kain...

Sudah naik buhsan menulung la tuh. Padahal, kasi lagi sepah adalah! Heh!


Gambar budak lepas mengamuk2 sebab gusi bengkak sebab mau tumbuh gigi. Nasib baik ada onyang yang kreatif. Masukkan terus bantal masuk dalam buai. Senang cerita!


Makan2

ni pula gambar2 masa kami jalan2 cari makan di Ice Room, Nilai. Ke sini pun semata2 sebab mau merasa ice cream home made nya kunun... Ice cream & dessert ok. Yang lain2 ndak payah lah.. Makan siap2 lunch di luar, then datang sini makan ice cream. Sedappp!

Ayah: Aimee nak makan yang ni tak?

Amacam mama? Mama nak tak ice cream yang ayah tunjuk tadi?

Antara menu yang kami pesan...

Di bawah ni gambar dessert lagi.. Tapi, kali ni home made at Flat Kedidi... Hehhehhe...
Hari tu, gambar brownies dengan ice cream kan? kali ni pulak, gambar roti bakar sapu peanut butter dengan jeli anggur berserta mentege, dan dimakan dengan ice cream... Wa cakap lu! Walla!

Projek terbaru si Mama glam

Hehhehhe... Manik untuk baju yang akan dipakai di majlis perkahwinan satu2nya adik iparku pada bulan Jun ni... Ini kasi preview dulu arrrr... Nanti siap, pasti akan ditempek dalam ini blog. Lagi2 khas untuk orang yang mencabar kebolehan si mamaglam ini.. INa, Izzy, watch out!


Fesyen tudung terbaru si mama glam

Kata penjual tudung... mustilah tampil dengan imej2 terbaru dengan tudung2 fesyen terkini kan.. ehehhehe.. poyo! Ah! Layankan aja gambar2 syok sendiri si mama glam itu..


Amacam? Cukup glam kan? Hahhahahaa... perasan!

Ok lah geng... Jam sudah pukul 2pm. Kerja! Adios! Assalamualaikum....

Wednesday, April 21, 2010

Lunch at Istana Budaya

2 orang pot pet
Yesterday I posted an entry about food (desert). Today I again wanna share about food. This time around would be the main course.. Hehehhehe…

Actually, this afternoon, I had lunch at Istana Budaya. This was my 1st time having lunch there.

For 1st timer like me, I feel so grateful that TJ & Ayien suggested to have our lunch there. When I enter the café, I’m like wow! There are a lot of varieties of lauk-pauk in there. Seriously a lot! It's like having lunch buffet in hotel. You just name it! Ikan Bakar, ayam bakar, ayam masak lemak, masak taucu, masak asam pedas, sambal belacan, tempe, pucuk ubi & a lot of Malay food! They also sell varieties of Malay kueh like talam, agar-agar, bubur kacang, pisang goreng, cekodok pisang (this one very nice!) etc.

As for myself, I had Nasi with tempe goreng, terung goreng, tauhu jepun, kerabu mangga & ikan tongkol masak taucu. Before going back, we also had our desert (donut, agar-agar, cekodok & pulut panggang). I even tapao cekodok pisang for tea. All of them were very very very very very nice! And, the food price also very reasonable & worth your every penny!

All of these for only RM5.90! Cheap right?

You all should go & try it yourself! You won't regret it babe!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery