Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Banana Toffee Sundae

4 orang pot pet
Oh my!

Kemarin masa lalu drive thru Mc D, ternampak menu baru diorang, Banana Toffee Sundae….

Pergh!!! Nampak sangat-sangat menggiurkan… Lagi-lagi penggemar pisang macam sia ni.. En. Suami yang memang tahu isterinya ni memang penggila pisang, terus notify dan offer untuk belikan… Tapi, sudah sold out daaaa….

Jadinya, tengahari tadi sebelum hantar isterinya ke office, dia pun dengan baik hatinya bawaklah si isteri ke Mc D untuk sekali lagi mencuba mendapatkan Banana Toffee tersebut…

Dapat!

*gambar ihsan En. Google*


Tengok gambar nampak macam ada coklat, rupa-rupanya tidak lohhhhhh….

Gambar sebenar seperti di bawah ni…


Kaler kuning-kuning macam caramel gitu…

Tapi, rasa dia sedap wooooo! Memang terasalah pisangnya.. Manis kemain tu! Ibu-ibu mengandung yang dijadualkan untuk minum air gula sila jauhkan ha! Nanti bacaan larik, jangan salahkan sia! Huhuhuhuhu....

Tapi kan, kalau tambah coklat atas tu, mesti lagi masyuk wa cakap lu! Perghhhh!!!!!!!!


Tuesday, May 24, 2011

Riuh rendah sekejap rumah si mama glam

0 orang pot pet

Tiba-tiba si mama glam diserang penyakit malas menulis blog.. Apakah yang terjadi? Si tuan rumah sendiri tidak ada jawapan.. Mungkin hati ni masih merajuk lepas blogspot buat hal hari tu... Huhuhuhu..

Oklah, hari ni dipaksakan jugak diri rajin-rajin update blog… Hehehhehe…

Hari Sabtu baru-baru ni, rumah kami penuh dengan kanak-kanak riang. Bukan apa, En. Suami saja ajak family sebelah sia datang makan-makan di rumah. Family belah sia ni banyak budak-budak, memang meriah riuh rendahlah rumah kami... Tambah pulak, sebenarnya dia teringin makan lamb chop beramai-ramai. Jadinya, plan last minute menjadi jugak pada Sabtu malam hari tu. Cik Noi dengan Kak Liza dan bala tentera a.k.a anak-anak sedara k Liza datang.. Begitu juga dengan Ayah Bari sekeluarga, cik Mala pun, dan tidak ketinggalan, adik bongsu sia yang memang suka menghilangkan diri tu…

Barang-barang pun beli last minute tengahari Sabtu tu.. huhuhuhu

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun si mak buyung rasa jugak kepenatan.. Tapi, gembira sebab semua orang ada memeriahkan majlis dan menghabiskan makanan-makanan yang terhidang.

Jadi, apa yang kami hidangkan malam tu? Ada Nasi Goreng Cina, pizza home made, ayam bakar, nasi putih, puding roti berkuah dan tentunya menu yang paling utama adalah kambing bakar dengan sos lada hitam dan sayur campur stim! Yummeh!


Makanan-makanan...

Nasi goreng, pizza home made dan ayam bakar

Lamb chop, sayur campur stim dan sos lada hitam


Yang paling gembira sekali malam tu, tentu-tentunyalah si minah cilik Aimee tu! Bukan main happy sampai memang tidak di carinyalah si mama dengan ayahnya. Balik-balik yang keluar dari mulut dia “Abang!” Tidak pun “Adik!” ataupun “Kakak!”… Memanglah dia suka, budak-budak tu pun melayan… Main buailah, main selongkar semua mainan dalam kotak mainannya lah, main kereta lah, main laptop lah, swimming lah.. nyanyi-nyanyi lah… Memang suka habis lah minah tu. Sampai mata ngantuk pun dilawankannya supaya tidak tidur. Yang paling best sekali, besoknya bangun pagi-pagi, celik saja mata dia tanya pada sia “Mana?” Ingatkan dia cari ayahnya… Iyalah, selalunya, itulah manusia yang dia akan cari bila dia celik-celik mata tengok ayahnya tidak ada di sisinya… Sekali dia sambung balik “Hmmm.. Mama, mana abang?” Dang! Abang pulak yang dicariknya. Nasib baik budak-budak tu pun tidur di rumah kami malam tu. Jadi, bolehlah dengan yakinnya jawab “Abang tidur lagi…” mesti minah tu happy bila dengar jawapan mamanya….

Pagi tu, siap diorang sempat swimming se round lagi lepas sarapan pagi. Bukan main seronok budak kecik tu. Ayahnya pun seronok tengok anaknya gembira yang amat dengan kehadiran kanak-kanak yang menghiburkan anaknya nan seorang tu… Si minah kecik tu pulak, macam biasa, mengantuk pun dilawankan perasaan tu, sampailah jam tunjukkan 12.30 tengahari, sumbat susu, tidur pun jugak… dengan ayah-ayahnya sekali lelap… Senyaplah sekejap rumah…

Sia sambil-sambil tu sibuklah tung tang tung tang di dapur sediakan makan tengahari. Lepas makan tengahari, dalam jam 3 petang, Cik Noi, Kak Liza dan bala tentera dan adik sia pun balik.

Dan seperti yang dijangkakan, dalam jam 4 petang masa si minah kecik tu bangun, ayat pertama yang keluar dari mulutnya “Mana Abang?” Nasib baik minah tu tidak mengamuk bila dengar ayahnya jawab Abang dah balik… Esok abang nak sekolah… Nek Noi nak kerja, Nek Ja nak kerja.. Paman nak kerja…. Lain kali Aimee boleh jumpa abang lagi ok!” Kesian jugak sia dengar bila ayahnya cerita…. Iyalah budak-budak… Memang suka kalau ada budak-budak yang sebayanya yang segelombang dengan diorang kan? Kesian anak mama…

Apa-apa pun, kami laki bini gembira tengok si minah Aimee enjoy 2 hari yang ada bersama dengan keluarga besarnya yang memang sangat-sangat jarang berjumpa tu… Hmmm.. Lain kali bila larat, boleh buat makan-makan lagi! =P

The budak-budak in the house


Friday, December 17, 2010

Lunch yang Hancusss!

2 orang pot pet
Setelah sekian lama tidak makan tengahari bersama puan Ainul Spa Q, tiba-tiba tadi lepas discussion di floor yang sama dengan pejabatnya, sia singgah di biliknya. Borak punya borak sampailah ke waktu makan tengahari. Mula-mula ingat mahu delivery Prosperity burger Mc D saja. Sekalinya call, diorang tidak boleh buat penghantaran pula. Siap suruh tunggu lagi sejam baru diorang akan call balik. Gila ka apa? Sempat perot buat lagu keroncong wei!

Bincang punya bincang, akhirnya semua pakat ke The Mall, sia, Ainul, Wani dan Dayah...

Makanya, berhuha la kami ke The Mall. Singgah Mc D, punya ramai umat! Cancelled! Terus tuju ke Pizza Hut. Selamat line clear.

Pada yang kenal sia, mesti tau, setiap kali sia lunch di Pizza hut, selalunya mesti sia akan pilih makan Creamy Carbonara yang memang sangat sedap dimakan percik-percik dengan Tabasco.

pics googled


Tapi, tiba-tiba terasa macam mahu mencuba yang lain pulak. Jadinya, sia dengan Ainul kebetulan pilih Aromatic Thai Pasta. Kalau ikut gambar dari menu (seperti di bawah ni), nampak macam sedap.

pics googled


Disulami pula dengan Assam Boi Fizz (gambar di bawah No. 03)

pics googled


Sekali makan..... hmmm..... pasta absolutely not my taste at all. Beberapa kali jugaklah menyuap sambil dalam hati pujuk diri sendiri untuk menerima rasanya. Tapi, hancussss... Memang tidak boleh blah. Akhirnya sia akur dengan tekak sendiri. Tidak mahu membazir, sia minta pasta itu dibungkus saja... Dapat seketul kepak ayam free balance dari 2 ketul ayam yang wani pesan....


Air pulak, pun bukan kegemaran. Pulak tu air tu rasanya air berkarbonat... Hmmmm... Baru cakap dengan En. Hubby malam tadi konon mahu kurangkan minum air berkarbonat.. Haish! Terminum jugak. Terpaksalah habiskan jugak. Takkanlah mahu pesan air yang lain pulak... Membazirrrrr....

Sekejap tadi punyalah tidak berputus asa, cuba jugak makan pasta tu, erk! Memang cannot go! Hmmmm.... Moral of the story, lain kali jangan pandai-pandai pesan makanan yang tidak biasa dimakan. Sangat tidak berbaloi!


Note: Kamurang mahu tau? Tadi sia google lah kunun mahu cari gambar pasta Aromatic Thai tu, hampeh! Langsung tiada! Gambar yang ada yang cenonet tu pun ambil dari website Pizza hut sendiri dan terpaksa di crop kan. Nampak sangatlah pizza tu memang bukan favourite pasta kan? Should google tadi before decided to choose that pasta lah! Nasib.. nasib....


p/s: Abang, jom kita pekena carbonara Pizza Hut weekend ni!

Friday, November 12, 2010

Tosai

4 orang pot pet
Sedapnya tosai garing kedai mamak! Makan dengan kuah kelapa! Nyum!


p/s: Entry pendek gilos. Mama glam ada sedikit sibuklah hari ini.. Lain kali entry panjang sikit ok! Love ya! Muakhs!

Friday, October 22, 2010

Sayur-sayuran kampung

0 orang pot pet
Aweng si mama glam sudah weng dek nota-nota ptk yang sangat banyak mahu dibaca…. Bluwek! (ceh! baru baca sikit sudah mau muntah!) Jadi, dia mula mencari penawar kepada ke-wengannya itu… Apa lagi kalau bukan blog kesayangannya!

Apa pulak yang mahu dikongsi tengahari yang nan indah yang sepatutnya dihabiskan dengan berjalan-jalan cari pasal ni? Hehehhehhe…

Kali ni saja mahu tayang gambar makan tengahari tadi lah.

Hish! Sedapnya! (Padahal sudah masuk dalam perot!). Nasi dimakan dengan kuah gulai tempoyak ikan, daging goreng dengan kacang panjang dan udang, pucuk ubi rebus, jantung pisang rebus dan sambal belacan!
Kamurang….. semua-semua ini… Sumpah sedap! Sampai sekarang teringat-ingat makanan tadi. Siap nasi yang separuh itu terasa-rasa tidak cukup! Sedapnya!

Saja jak kasi peminat-peminat sayuran kampong terliur… kih kih kih… Kasi zoom sikit itu gambar sayur kampong….
Sedap kan? En. Suami ai tidak makan sayur-sayur ni.. Betapa ruginyalah dia kan? DIa makan sayur-sayur Bandar jak. Rugi... rugi....

Tapi kan, 1 jak keburukan sayur-sayuran ni, angin! Sia ni sudahlah tidak tahan dengan makanan-makanan yang angin. Heeeeee….. Mudah-mudahan perut tidak meragam macam kemarin, 1 hari ceri beri… Itu semua angkara ubi rebus yang sedap! Blrrrpppp! Sedapnya! Terbayang-bayang pulak kalau makan ubi rebus dengan ikan kering yang ditumbuk sedikit dan diperahkan asam limau dan cili potong. HUish! Sedap tu!!!!!!!!

Haiyayayyayaya, air liur meleleh sudah ni… Mau makan roti gardenia coklat dengan air MILO kotaklah pulak kasi air liur ni berhenti meleleh.. hehhehehe…

Oklah kamurang, mahu sambung belajar pulak…. Chiow!


Tuesday, October 19, 2010

Kek sedap!

7 orang pot pet
Ok ok, sebelum mode sibuk macam lalat bermula, sia mahu update blog puas-puas. Boleh?

Bolehlah…..

Update kali ni semata-mata mahu menceritakan pasal makanan.

Kemarin dalam pada khusyuk mendengar taklimat PTK, tiba-tiba dapat notification k Watie, post something dalam wall FB. Sia yang duduk hampir paling belakang curi-curik la bukak hp tengok apa yang di post (hah! Kantoi!).
Amisah Binti Ahwang Still thinking what birthday cake n foods that I want to eat….
Erk? Apa mimpi k watie tag aku dalam wall post pulak ni? (membebel dalam hati)… Ah! Layankan saja k watie yang tersalah tagg ni…

Sia pun reply balik (sempat pulak tu!):
Mknlah kek buah Baker’s Cottage dgn aiskrim dgn spageti carbonara. Slrrpppp sedapnya!
Post!

Lepas jak post comment tu, terus tiba-tiba sia pulak yang teringin makan kek buah tu… Eeeeeeeeeee.. Sedapnya! Teringat masa zaman bujang dulu-dulu.... Makan separuh kek tu sendiri-sendiri.... heeee.....

Makanya, petang lepas balik taklimat konon mahu terus singgah ke kedai kek, sekalinya duit tarak cukup daaaa… Terpaksalah balik jugak rumah mintak duit dengan en. Suami dulu…

Sesampai-sampai rumah, en. Suami terkocoh-kocoh suruh bersiap cepat sebab dia ada rancangan lain, main badminton dengan kawan sepejabat katanya. Ah! Melepas kek aku!

Sekali, dijadikan cerita, malam tu en. Suami tidak berjumpa tempat bermain badminton… Apa lagi! Teruslah kami meluru ke Ampang. Sekalinya, itu kedai sudah tutop ok! Ces!

Tanpa berputus asa, sia terus bukak website Baker’s Cottage menggunakan iphone4 yang baru itew…. Ada guna jugak iphone4 ni ya bila di saat2 kecemasan begini. Telefonlah sana sini punya outlet yang terdekat, Tanya pasal kek buah tadi ni. Lepas telefon 3 outlet, outlet di Desa Setapak ada stok. Yeay! Tutup kedai pulak pukul 10.30 malam. Sempat en. Suami belanja di Nando’s Ampang… Hehhehehhe….

Jadi, gambar di bawah ini khas untuk k watie

Happy B’day k watie. Kalau hang ada kat sini, cheq belanja hang makan kek ni. Tapi, memandangkan hang jauh nun di Banting, cheq tulun makan untuk hang k. Tapi, kalau hang mai tempat cheq, cheq belanja hang kek ni k. Tapi (berapa banyak tapi daaaa….), kalau hang malas nak datang tempat cheq dan nak beli sendiri, hang pi tengok outlet-outlet Baker’s Cottage kat sini. Pastu call dulu samada diorang ada stok ke tidak. Cheq suka sangat kek ni kalau dah buhsan sangat makan kek-kek secret recipe.


Kek ni nama dia Royal Fruit Cake.
Topping tu ada freash cream dengan buah peach, longan kiwi dengan strawberi. Kek dalam tu kek span vanilla. Fillingnya pulak, fresh cream dengan buah peach, longan dengan nenas. Yang paling best, tentunya kepingan toasted kacang almond yang berada di sekeliling kek itu! Paling best!


Harga? Selalunya sia beli yang ½ kg, RM38.00. Ada juga 1 kg, RM58.00

Ok, Tutup cerita kek Baker;s Cottage!



Di bawah ni pulak, kek dari Splendid Cafe.

Menurut menu di Cafe tu, kek ni namanya Pistachio Cream. Harga? Tidak ingat, (sebab hari tu bayar sekali dengan makanan lain) tapi bukanlah mahal macam dalam website tu rasanya. Dalam tu ada filling krim pistachio dengan pistachio cincang. Sekali sekala makan kek selain daripada Secret recipe, sedap jugak.

Cukop cerita pasal kek dari Splendid Cafe!

Cerita pasal benda lain pulak.


Gambar di bawah ni pulak bukan pasal kek, tapi pasal kuih lapis. Kuih ni sia makan di MAEPS kemarin. Kenapa sia snap gambar kuih lapis ni? Sebabbbbb.... sia kagum dengan pembuat kuih lapis ni.... Kenapa? Cuba kamurang kira kuih ni ada berapa lapis...


Kalau kamurang dapat tengok dan kira betul-betul, kuih ni ada 10 lapis ok! Banyakkkkk tu.......... Selama-selama ni rasanya, selalunya sia jumpa maksimun setakat 6 lapis jak. Tu pun main 2 warna, putih dengan merah jak. Kuih lapis yang ini pulak, ada 4 warna, lepas tu keempat-empat warna tu pulak siap ada warna yang pekat, cair sikit dan yang paling cair. Rajin betul si pembuat kuih ni. Kemarin rasa sayang betul mahu makan kuih kapis ni. Tapi, demi menghargai si pembuat, sia makan jugak. Siap 2 potong tu! Rasa pun sedap! 2 Thumbs up kepada si pembuat kuih lapis!



Friday, October 1, 2010

Apa lah nasib....

0 orang pot pet
Set Double Cheese Burger medium, air tukar MILO dan set Ayam Goreng Mc D Spicy large, dua-dua ketul bahagian rib, air tukar MILO.
Begitulah lebih kurang menu yang kami pesan melalui Mc Delivery untuk makan tengahari tadi.

Kami telefon lebih kurang jam 12.51 tengahari. Penyambut telefon cakap, masa penghantaran lebih kurang 45 minit.

Jam 1.37 petang, orang penghantar tidak sampai lagi. Kami pun telefon lah talian Mc Delivery sekali lagi. Perut sudah lapar ni…

Sedang-sedang bercakap, penghantar makanan pun sampai. Seorang pakcik tua kelam kabut menyerahkan makanan kepada kami. ~dalam hati timbul rasa kasihan kepada pakcik tua. Tua-tua pun terpaksa buat kerja penghantaran begini =(~

Sementara kawan sepejabat sia membayar harga makanan, sia pun membelek-belek isi kandungan bungkusan makanan “Aik! Mana double cheese burger ni?” Belek lagi, “Alamak! Apa pasal diorang bagi bahagian paha dan thigh ni?” “Oi! Aku tidak makan bahagian ni lah!” ~cakap dalam hati jak lah~

Eeeeeeeeee! Sudahlah perut lapar, boleh pulak ada kesilapan begini! Arghhhhhh!

Kami yang tidak berpuas hati menelefon semula talian Mc D untuk minta diorang bawakan burger dan jugak gantikan bahagian ayan yang sia minta tadi (Nota: Sia memang sangat tidak menggemari bahagian peha dan thigh. Itu bahagian kesukaan suami sia, bukan sia).

Tunggu punya tunggu, sejam lebih berlalu.. Pun tidak sampai-sampai… Haih! Ini sudah bikin panas!

Telefon balik pusat panggilan Mc D, komplen lagi… Masa rehat pun sudah habis… Sekejap lagi perlu jumpa bos pasal slide presentation. Perut yang berkeroncong pun sudah merajuk…. Arghhhh lagi sekali!

Tepat jam 3.07 petang, makanan yang ditunggu-tunggu pun sampai…. Pakcik tua yang sama yang menghantar ~Lagi sekali rasa simpati timbul dalam hati. Perasaan marah hilang dengan tiba-tiba~ Double cheese burger dengan ayam goreng Mc D bahagian rib 1, bahagian keel satu.. Bolehlah!

Aduilah.. Memang macam2 dugaan betul makan tengahari sia dengan partner sia hari ni

Tunggu engkau ayam! Nanti lepas aku jumpa bos besar, siap la engkau!
gambar dari En. google



p/s: Kenapa kami pesan Mc Delivery? Kantin bawah tutup sebab diorang akan buat jamuan raya lepas Jumaat. Ada ka patut? Konon sebab malas mau tunggu jamuan tu la kami telefon Mc Delivery. Tapi, hambek engkau! Lepas lepas lepas Jumaat baru dia sampai! Hadoi! Ini semua salah kantin bawah (tiba-tiba pulak eik)


Monday, September 20, 2010

Nasi Lemak Luar Pagar

2 orang pot pet


Setelah sebulan tidak menikmati Nasi Lemak Luar Pagar, akhirnya.......

Berlaukkan paru goreng rangup + sambal sotong

Fuh! Meletop wa cakap lu! Siap ada bagi free sekotak air soya pulak, sempena raya. Bestnya!

Blrrpppp! Alhamdulillah!

Getah hasil makan nasi lemak luar pagar setiap hari =p



Wednesday, September 1, 2010

Majlis Buka Puasa Lagik

2 orang pot pet

Sekali lagi entry ini adalah entry basi.

Seperti yang sia cakapkan dalam entry hari itu, pada hari sabtu lepas, keluarga sebelah mertua sia datang ke rumah kami berbuka. Kami masak apa?

Kami masak nasi, ayam goreng, sayur campur, sagu gula melaka dan pudding caramel lagi sekali! (ini atas permintaan hubby. Tu memang favourite dia!). Makanan-makanan lain pun banyak, sampai tidka termakan semua.. Ada gulai lemak ketam, ikan masak rebus, rendang ayam… Ya Allah! Memang banyak sampai tidak ingat! Tapi, yang paling sia ingat dan sangat suka, sudah semestinya lamb chop buatan mak su, ibu si shasha. Fuh! Memang marvelous wa cakap lu! Eeeeeeeeeeee… tiba-tiba teringat pulak! Sedapnya! Sha, mintaklah ibu kamu buat lagi hari Sabtu ni.. hehehhehhe…. Kuih pun banyak selain 2 jenis kuih yang kami buat di atas tu. Ada cempedak goreng, kuih cara manis dan banyak lagi (pun lupa la sebab serius banyakkkkk).

Cakap pasal sagu gula melaka, sia kali pertama masak tau… Pulak tu, masa masak malam tu, En. Hubby keluar main badminton. Jadi, dijadikan cerita, tinggallah sia berdua dengan si minah cilik tu. Memandangkan minah ni asyik mahu berkepit sebab ayahnya tidak ada pada masa itu, terpaksalah mamanya campak saja sagu dan air ke dalam periuk dan tinggalkan di atas api. Siapa-siapa yang pernah masak sagu, mesti tahu apa yang terjadi kepada sagu di atas api itu kan? Habissssss berketul-ketul sagu tu! Hadeilah! Mahu tidak mahu, terpaksalah sia tambahkan air dengan harapan ketulan-ketulan tersebut hilang.

Dalam-dalam pada mencuba mengilangkan ketula-ketulan tersebut, minah cilik tu asyik uweng! Uweng! Uweng! Adeilah! Apa yang si mama boleh cakap
“Sorry sayang… mama tengah sibuk nak tenyeh ketulan-ketulan sagu ni. Kejap ye sayang.” Kesian si minah cilik tu kalau mamanya buat kerja di dapur dan ayahnya tidak ada. Asyik merengek sajalah. Kalau nekma atau onyang atau atuknya dengar ni, mesti diorang tidak sampai hati dan terus angkat. (sebab itulah MIL sia volunteer bawakkan lauk dan suruh kami masak nasi dan buat air saja. Tapi, tidak sedaplah kan jemput orang datang makan tapi tidak masak apa-apa lauk langsung kan?)… Sorry sayang mama, Aimee kena belajar berdikari, jangan asyik nak berdukung je. Kalau tidak susahlah mama nak buat kerja kalau ayah takdak. Takpe, nanti Aimee besar, Aimee boleh duduk sekali kat dapur dengan mama, kita masak sama-sama. Mesti Aimee suka kan?

Berbalik kepada cerita sagu tadi, hasilnya, dapatlah sagu yang lembikkkk! Hadeilah….. Malam tu jugak sia masak pudding karamel…. Yang itu senang la kan sebab tinggal jak dalam periuk tunggu masak… Malam tu siaplah jugak kedua-dua dessert tu…

Dijadikan cerita kedua-dua dessert tu lakulah jugak… Fuh! Nasib baik! Terfikir jugak kalau tidak berusik sebab ada sangatttt banyak kuih yang lain kan…. Puding karamel habis, sagu gulam melaka tinggal separuh. Itu tidak menjadi hal, kerana sia memang suka kuih ni.. hehhehehhe….

Aimee seperti biasa sangat-sangat seronok sebab ramai orang datang rumah kami. Apa lagi, tunjuk macam-macam skill lah minah tu. Belum lagi bab keluarkan semua mainan yang dia ada (bukanlah banyak mana pung), tunjukkan KLCC pada nekmanya, atoknya, tok su nya, wan su nya, onyang nya, tok z nya, lola nya… Pada semua orang la… Minah tu sangat sangat happy ok! Yang menambahkan keseronokannya lagi, ayahnya bawak jalan-jalan tengok swimming pool, main-main di taman permainan budak di bawah tu… Mamanya tidaklah membontot sebab sudah sangat penat! Phew! Seronoklah dia dengan Auntee Shashanya, Tok Su, Uncle Azizulnya, Uncle Memerr nya dan Auntee Jo Anne…

Lepas semua orang balik, minah tuh pun dan dan mengantuk, terus tidurrrrrr……


p/s: Entry ini langsung tidak ada gambar makanan sebab si mama glam lupa daaa amik gambar… Dan sudah tentu-tentunya semua makanan-makanan tersebut sudah di ngap semasa entry ini dikarang.. hehehhe…. So sorry ya my dear reader... Lain kali kay!


Updated!

Gambar-gambar ini khas untuk si mama Qisya yang nakkan jugak entry ini bergambar.. Ni dia! Auntee tengok gambar budak muka masham yang ketiak pun masham ni:

Ni gambar untuk Auntee Ina... Jelas tak gambar dia pakai baju tu?


Ni pulak gambar minah yang bangun awal yang sangat-sangat mengantuk. Sementara tunggu mamanya bersiap (sebenarnya tunggu untuk mene.tek), ayahnya pasangkanlah CD Sesame Street kasi dia lalok-lalok. hehehhehe.... Layannnnn...


Tengok tu trade mark minah ni kalau menonton CD... Haih! Orang geget ibu jari, dia geget jari telunjuk! Aimeee... Aimee....


Tuesday, August 24, 2010

Majlis Buka Puasa

10 orang pot pet

Ini cerita basi… Tapi, baru mahu di update…

Minggu lepas, Hari Sabtu, sia dengan hubby dan si cilik manis telah mengajak keluarga sebelah sia untuk datang berbuka puasa di teratak cilik kami….

Alhamdulillah, Ayah Bari & mami Shima & anak2, cik Noi, kak Liza dengan adik lelaki sia, si Ahmad Khanjopang datang memeriahkan lagi majlis berbuka kami…

Menu berbuka? Ni hah...
Ayam Goreng Berempah

Sayur Campur

Tomyam Seafood

Sambal Tomato (ni macam sambal belacan/sambal tempoyak la)

Puding caramel (rupa tidak cantik kan? Tapi, rasa MELETOP wa cakap lu! masuk bakul angkat sendiri!) hahhahahaha! Ini resepi ibu mertuaku ya.

Ada lagi menu sate, tapi lupa ambil gambar…

Sangat ringkas kan? Ya! keluarga sia memang makan ringkas2. Tidak perlu banyak2 lauk. Ringkas dan sangat nikmat ok!

Sia masak tau semua2 ni (kecuali sate ya. Yang itu order saja di Sate Kajang Taman Melati. Senang!) .. hehehhehe.. tidak percaya? Ya terpulang… Janji si mama glam rock! Semua licin ok! Alhamdulillah…

p/s: MInggu ini giliran sebelah mertua sia pulak… Sia memang tidak ada idea mau masak apa ya… Ditambah pulak ibu mertuaku telah bilang siap2, Misah masak nasi je, nanti mama masak apa2 yang patut. Lagipun, diorang mesti akan bawak macam2 lauk tu… Adeilah.. Serba salah sia ok… Sudahlah panggil orang datang makan, lepas tu, masak nasi jak… Tapi, sia takut jugak kalau masak jugak, tidak lakulah pulak… Almaklumlah, sia ni kan tekak orang Sabah yang plain melen… Keluarga Mertua sia tekak orang semenanjung yang sedap2…. Takut jadi membazir kan amalan syaiton! PAda hemat anda semua la kan? Patut sia masak apa2 lauk ka tidak? Sia ingat mau masak dessert Apple crumble resepi k.watie. Tapi, sia tidak ada oven la pulak…. Hadei lah… Alasan! Kah, sia patut masak pudding caramel macam minggu lepas jugak. BArulah bunyi macam adil kan? Apa macam?


Monday, May 24, 2010

Layan gambar jaklah

3 orang pot pet

Ok, sangat lama berdiam diri ya... Macam sibuk banget jak.. Hehehhehe.. BUat2 sibuk jak pun.. kui kui kui...

Sebenarnya sibuk dengan macam2 hal.. reDuit! reDuit! la, anak lah (Aimee baru tumbuh gigi lagi 2 ketul dia atas. So memang banyak meragam)... Rumah yang ndak berkemas2 tuh lah... kerja2 pejabat lah... jalan2 cari makan lah... kenduri kendara lah... pasal rumah lah (ini akan diceritakan pada masa akan datang. Excited! Tapi, duit! duit! di mana kau duit?!)... Haish! Banyak lah... Sampai plan mau pigi hantar Puan Mastura yang baru2 ini bertolak ke negara matahari terbit tuh pun terpaksa dicancelkan (Apa2 pun, good luck ya Mas & Harris. Semoga semuanya berjalan lancar & pulang dengan segulung phd. Aminnn.... Doakan aku & Mel rezeki murah. Boleh kitorang datang jenguk korang kat sana... Hehhehehe)......

OK ok... habis bebel pasal kepura2 an busy si Mamaglam.. Banyak betul gambar yang mau dikongsikan dalam entry kali ini... (kali ni kita layan gambar jaklah ya. Penat mama glam mau menaip lah) Gila glam la katakan.. hahahhahha.... Layannnnnn.....


Aimee busyuk mama

Aimee keseronokan kunun menolong mamanya melipat kain...

Sudah naik buhsan menulung la tuh. Padahal, kasi lagi sepah adalah! Heh!


Gambar budak lepas mengamuk2 sebab gusi bengkak sebab mau tumbuh gigi. Nasib baik ada onyang yang kreatif. Masukkan terus bantal masuk dalam buai. Senang cerita!


Makan2

ni pula gambar2 masa kami jalan2 cari makan di Ice Room, Nilai. Ke sini pun semata2 sebab mau merasa ice cream home made nya kunun... Ice cream & dessert ok. Yang lain2 ndak payah lah.. Makan siap2 lunch di luar, then datang sini makan ice cream. Sedappp!

Ayah: Aimee nak makan yang ni tak?

Amacam mama? Mama nak tak ice cream yang ayah tunjuk tadi?

Antara menu yang kami pesan...

Di bawah ni gambar dessert lagi.. Tapi, kali ni home made at Flat Kedidi... Hehhehhe...
Hari tu, gambar brownies dengan ice cream kan? kali ni pulak, gambar roti bakar sapu peanut butter dengan jeli anggur berserta mentege, dan dimakan dengan ice cream... Wa cakap lu! Walla!

Projek terbaru si Mama glam

Hehhehhe... Manik untuk baju yang akan dipakai di majlis perkahwinan satu2nya adik iparku pada bulan Jun ni... Ini kasi preview dulu arrrr... Nanti siap, pasti akan ditempek dalam ini blog. Lagi2 khas untuk orang yang mencabar kebolehan si mamaglam ini.. INa, Izzy, watch out!


Fesyen tudung terbaru si mama glam

Kata penjual tudung... mustilah tampil dengan imej2 terbaru dengan tudung2 fesyen terkini kan.. ehehhehe.. poyo! Ah! Layankan aja gambar2 syok sendiri si mama glam itu..


Amacam? Cukup glam kan? Hahhahahaa... perasan!

Ok lah geng... Jam sudah pukul 2pm. Kerja! Adios! Assalamualaikum....

Friday, May 14, 2010

Penyedap mulut!

0 orang pot pet

Nampak sedap kan? Memang sedap wei! Brownies coklat walnut dari Secret Recipe + aiskrim vanil = Syurga dunia bagi orang2 yang berpuasa sepanjang minggu...

Haish! Ini yang terasa mau beli lagi malam ni.... Slrrrppppppp!


update penggantian puasa si mamaglam: Lagi 22 hari! Go! go! Mamaglam!


Wednesday, April 21, 2010

Lunch at Istana Budaya

2 orang pot pet
Yesterday I posted an entry about food (desert). Today I again wanna share about food. This time around would be the main course.. Hehehhehe…

Actually, this afternoon, I had lunch at Istana Budaya. This was my 1st time having lunch there.

For 1st timer like me, I feel so grateful that TJ & Ayien suggested to have our lunch there. When I enter the café, I’m like wow! There are a lot of varieties of lauk-pauk in there. Seriously a lot! It's like having lunch buffet in hotel. You just name it! Ikan Bakar, ayam bakar, ayam masak lemak, masak taucu, masak asam pedas, sambal belacan, tempe, pucuk ubi & a lot of Malay food! They also sell varieties of Malay kueh like talam, agar-agar, bubur kacang, pisang goreng, cekodok pisang (this one very nice!) etc.

As for myself, I had Nasi with tempe goreng, terung goreng, tauhu jepun, kerabu mangga & ikan tongkol masak taucu. Before going back, we also had our desert (donut, agar-agar, cekodok & pulut panggang). I even tapao cekodok pisang for tea. All of them were very very very very very nice! And, the food price also very reasonable & worth your every penny!

All of these for only RM5.90! Cheap right?

You all should go & try it yourself! You won't regret it babe!

Tuesday, April 20, 2010

Food from heaven!

4 orang pot pet
I and hubby had our latest addiction on food, or should I say instant dessert.





Yes! Wall’s Cookies n Cream ice cream + MILO ice cream & Cadbury Black Forest Chocolate.

Combine these 3 desserts together,

OMG! It feels like food from heaven man! Go & try it guys! You will never regret!

Ooouuuuh! Should go back & have it right now!

Thursday, March 4, 2010

Penangan tempoyak!

3 orang pot pet
Tengahari tadi makan tempoyak (sebenarnya, hari-hari pun makan tempoyak di kantin No. X tu), sekali petang ni, adui! Memulas-mulas perutku ini, Tuhan jak yang tahu… Sekali ndak boleh tahan, phew! One shot! (You know what I mean….) Senang cerita! Bagus jugak, mudah kerja! Hehehhehe…

Cakap pasal tempoyak, sia ni sebenarnya dulu-dulu ndak makan tempoyak.. Iyalah, orang Sabah mana makan tempoyak.. Kami makan durian jak… Jadi, bila mula-mula sampai semenanjung, bila nampak orang makan tempoyak, sia mulalah “Eeeuwww! Ndak makan. Ndak pandai makan” Orang paksa suruh cuba pun ndak mau…

Jadi, macam mana boleh suka pulak makan tempoyak?

Ni semua berpunca pada Kak Liza. Masa sia duduk dengan Cik Noi (Makcik sia) di Jalan Klang Lama, Kak Liza (BFF Cik Noi) selalu betul masak sambal bilis tempoyak… Mula-mula ndak makan.. Tapi, bila lama-lama tengok diorang berdua ni makan macam apa jak.. Macam sedap betul jak.. Sia pun mencuba lah… Sekalinya…. Fuyooooo! Sedap gilak wa cakap lu!

Bermula daripada hari itu, cakap jaklah apa jenis masakan tempoyak.. Lagi-lagi kalau gulai tempoyak… Tidak mungkin akan kutolak…. Rasa ndak cukup lagi ada! Heeeee…….. Tambah-tambah lagi kalau gulai tempoyak pedas! Slrrrppppp! Lezat hingga menjilat jari woooooo!!!!!!!!

P/s: Mama glam ini ndak tau masak gulai tempoyak. Pernah cuba, tapi rasa macam pelik jak. So, tunggu orang masaklah baru makan =)

Tuesday, January 12, 2010

Sia sudah pulang!

5 orang pot pet
Seronoknya balik kampung! Rasa macam ndak mau balik KL pun ada.. Iyalah, seronok tuh duduk kampung ndak payah fikir pasal kerja.. hehhehehe.... Masa di Tawau kami ndaklah pigi jalan mana-mana... Setakat pusing-pusing bandar Tawau bawak Aimee jalan-jalan... Jalan-jalan pigi Pasar Gantung, Servay Jaya, rumah nenek (Onyang Aimee) dan ke Giant.. Jangan ndak tau.. Tawau sudah ada Giant tu... Tapi, hampeh sebab tempat makan ada KFC jak.. apa daaa... Gambar ndak banyak lah pulak ambik.. Termlampau seronok sampai mau balik baru ingat mau ambil gambar... layan lah gambar yang ada ni ya...

Aimee dan onyangnya..

Gambar ni pulak, khas untuk kawan-kawanku yang pernah datang ke Sabah... Jagung milo ni korang.. sedap kan?

Ni gambar di airport.. Sedih semua orang :(

Aimee dengan Auntie Darnah & Atok

Aimee & nenek haji

Aimee sudah pandai mau peluk budak-budak... Pandai mau berkawan pulak... Ramah...

Aimee sibuk main ya mama! jangan kacau please!

Dan, terakhir sekali, Aimee dengan mama yang suka menggayakan tudung-tudung barunya.. ahahhahahha... Jangan jeles!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery