Monday, July 25, 2011

Prosedur Pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA)


Hari tu sia ada kecoh pasal sia sedang pening dengan urusan visa saudara mamak yang akan bantu menjaga anak-anak sia kan? Alhamdulillah, borang-borang semua sudah di submit ke imigresen… Tinggal lagi tunggu keputusan samada permohonan diluluskan atau tidak…

Jadinya, sebagai panduan kepada diri sendiri sekiranya perlu melalui proses yang sama pada masa akan datang (dan untuk dikongsi dengan kamurang semua yang ingin tahu), sia ceritakanlah serba sedikit prosedur yang perlu dibuat untuk permohonan ni… Ini kira macam prosedur pengambilan orang gaji lah ni… Ataupun kalau di imigresen tu, diorang panggil prosedur pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA). Untuk pengetahuan kamurang, prosedur yang sia buat ni adalah untuk PRA daripada Indonesia ya! Dan permohonan ini valid untuk PRA yang datang sebagai pelawat sosial, bermaksud, PRA datang ke Malaysia hanya menggunakan paspot antarabangsa Indonesia yang valid untuk tinggal di Malaysia selama sebulan.

Antara syarat-syarat penting yang perlu dipatuhi:
1. PRA berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
2. Majikan memerlukan PRA samada untuk menjaga anak yang berumur bawah 15 tahun atau untuk menjaga ibu/bapa yang sakit/uzur.
3. Jumlah pendapatan BERSIH isi rumah majikan adalah sekurang-kurangnya RM3,000.00 sebulan.

Ok, mari sia terangkan proses daripada mula-mula saudara mamak sia sampai di Malaysia, sampailah hari sia submit borang ke Imigresen.

21 Jun 2011 – Saudara mamak masuk Malaysia melalui pintu imigresen di Tawau.
22 Jun 2011 – Ambil gambar paspot saudara mamak sebanyak 4 keping.
– Semua urusan pengisian borang dan penyediaan dokumen yang sepatutnya diselesaikan sementara menunggu saudara mamak sampai di KL.
23 Jun 2011 – Saudara mamak datang ke KL dan tinggal bersama sia sementara urusan permohonan PRA di imigresen.
– Semua urusan pengisian borang, penyemakan kelengkapan borang-borang, fotostat paspot saudara mamak dan mendapatkan tandatangan saudara mamak, tandatangan saksi-saksi diselesaikan.
24 Jun 2011 – Matikan setem untuk borang Personal Bond dan Perjanjian Pekerjaan di LHDN
– Borang-borang yang telah lengkap di submit ke Jabatan Imigresen.


Nampak tidak apa yang sia cuba sampaikan melalui kronologi proses di atas? Untuk permohonan PRA yang datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial (datang ke Malaysia menggunakan paspot antarabangsa sebagai pelancong la), PERMOHONAN HENDAKLAH DI SUBMIT KE IMIGRESEN DALAM TEMPOH 7 HARI KEMASUKANNYA. Maksudnya, dalam contoh kes sia ni… bila mana saudara mamak masuk ke Malaysia pada 21 Jun 2011, tarikh akhir yang dibenarkan untuk sia submit borang-borang ke Imigresen adalah pada 28 Jun 2011. Kalau tidak submit dalam tempoh tersebut, permohonan tidak akan dilayan.

Ok, sekarang kita tengok pulak dokumen-dokumen yang perlu di submit… Di bawah ni sia bagi contoh pengisian borang-borang sekali. Kalau kamurang tidak puas hati sebab banyak ruangan yang di putihkan (maklumat peribadi maaaa….), kamurang boleh jugak tengok contoh pengisian borang-borang di mana-mana pejabat imigresen ya! Untuk dapatkan borang-borang pulak, pun boleh dapat daripada mana-mana pejabat Jabatan Imigresen ataupun di laman web diorang:


1. Surat Permohonan JP Visa.

nota: Surat ni takdak contoh di pejabat imigresen ya. Sendiri karang ikut sesedap hati. Janji tajuk surat betul, sudah!


2. Senarai Semak – LAMPIRAN 1

nota: item no.8 tu tidak perlu, sebab PRA sudah sampai di Malaysia sebagai pelancong.


3. Borang Permohonan PRA – BORANG PRA 1



4. Borang Permohonan Pas Lawatan – IM.12-Pin.1/97



5. Borang Permohonan Untuk VISA – IM. 38-Pin.1/93



6. Borang Personal Bond yang dimatikan seten RM10.00

nota: saksi dalam borang di atas boleh pilih di kalangan kawan-kawan


7. Perjanjian Pekerjaan oleh PRA yang dimatikan setem RM10.00 (2 set asal & 2 set salinan)





nota: Saksi 1 & 2 dalam dokumen perjanjian pekerjaan di atas boleh juga dipilih di kalangan kawan-kawan


8. 1 salinan kad pengenalan suami & isteri

9. 1 salinan paspot pembantu rumah asing - fotostat muka pertama paspot (mukasurat yang ada detail PRA) dan muka surat yang ada cop imigresen tarikh PRA masuk ke Malaysia.





10. Borang Perakuan Pengambilan PRA beragama Islam – Lampiran B



11. Borang Perakuan daripada Majikan yang tidak menggunakan Agensi berdaftar (permohonan secara individu) – Lampiran C

nota: saksi untuk borang di atas ini akan diisi oleh Pegawai Imigresen semasa submit borang di kaunter


12. Bukti pendapatan tetap suami isteri – 1 salinan penyata KWSP dan slip gaji 3 bulan terkini.

13. Dokumen sokongan untuk tujuan permohonan PRA – 1 salinan sijil kelahiran anak bawah 15 tahun.

14. 1 salinan bil utiliti sebagai pengesahan alamat majikan (sekiranya berbeza daripada kad pengenalan).

15. 1 salinan sijil perkahwinan.


Ok, itu adalah dokumen-dokumen yang perlu di submit ke imigresen... Lepas submit semua-semua dokumen di atas, majikan akan diberikan 1 surat pengesahan penerimaan permohonan (lupa ambik gambar la kawan-kawan) berserta dengan no rujukan permohonan. No rujukan ni penting sekiranya kita ingin menelefon ke Unit PRA Imigresen untuk check status permohonan ( ikut pengalaman sia, unit PRA ni memang susah angkat telefon. Jadinya, untuk check status permohonan, baiklah kamurang datang terus ke pejabat imigresen).

Jadi, bila perlu check status permohonan?

Kalau ikutkan piagam pelanggan Imigresen, keputusan samada permohonan lulus atau tidak boleh diperolehi dalam tempoh 14 hari bekerja. Jadi, kamurang bolehlah check status selepas 2 minggu dokumen di submit. Tapi, ikut cerita-cerita daripada orang lain dan juga berdasarkan pengalaman sendiri, tempoh itu hanya jangkaan sahaja... Selalunya, mesti lebih daripada 2 minggu... Macam sia sendiri, sehingga ke hari ini, telah genap 4 minggu daripada tarikh sia submit borang-borang tu... Jadi, ini bermakna, pas lawatan sosial saudara mamak tu pun sudah tamat tempohnya (30 hari daripada tarikh memasuki Malaysia).

Oleh yang demikian, apa yang perlu dibuat sekiranya keputusan permohonan pengambilan PRA belum diterima tetapi pas lawatan sosial sudah tamat tempoh?

Jangan risau..... Imigresen membenarkan majikan memperbaharui pas lawatan sosial PRA 2 atau 3 hari sebelum ianya tamat. Ini lagi 1 sia mau nasihatkan kamurang. Jangan sekali-kali perbaharui pas lawatan tu terlalu awal. Macam sia hari tu, pas lawatan tu tamat tempoh 21 Julai 2011. Sebab kunun malas mau berulang ke Imigresen banyak kali, sia pun pigilah gatal-gatal perbaharui pada hari yang sama sia check status permohonan iaitu, 14 Julai 2011. Akibatnya, sia telah kerugian seminggu validity pas lawatan sosial, sebab, Imigresen cop balik paspot saudara mamak tu bermula daripada tarikh sia perbaharui dan bagi validity untuk tinggal di Malaysia selama 30 hari daripada tarikh diperbaharui.... Apa punya prosedur pun sia tidak fahamlah... Kalau kita fikirkan logik akal, sepatutnya kalau pas lawatan sosial tu tamat tempoh 21 Julai 2011, bila-bila kita perbaharui, diorang akan bagi tempoh another 30 hari daripada tarikh tamat tempoh la kan? Ini tidak! Aduilah! Sudahlah tu, perbaharui pas lawatan sosial ni bukan free tau! Kena bayar RM100 untuk 30 hari validity.... Hadoilah! Rugi! rugi! Apa boleh buat.......




Jadik, itulah serba sedikit yang boleh sia kongsikan berkaitan dengan prosedur permohonan pengambilan PRA setakat sebelum diluluskan... Minggu ni atau minggu depan sia akan check lagi sekali status permohonan sia tu... Harap-harap semuanya berjalan lancar dan dapatlah tahu keputusan sebelum pas lawatan sosial saudara mamak tu tamat tempoh.. Kalau tidak, mahu melayang lagilah RM100 untuk renewal.....

Nanti bila sudah lulus, sia akan kongsi berkaitan prosedur yang berikutnya ya! Kamurang doakanlah semuanya berjalan lancar dan dapat selesai sebelum si mak buyung ni meletup... Kalau tidak, mahu penin kepala En. Suami den meneruskan urusan yang belum selesai ni... Huhuhuhuhu....


Klik sini untuk bahagian kedua

93 orang pot pet on "Prosedur Pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA)"

yusri on December 3, 2011 at 4:48 PM said...

terima kasih atas perkongsian ini..saya juga sedang dalam proses mengambil pembantu rumah terus dari indonesia.

mama glam on December 5, 2011 at 10:06 AM said...

Yusri: sama-sama. alhamdulillah sekiranya entry ini memberi manfaat kpd org lain.. anyway, gud luck ya!

yusri on December 7, 2011 at 1:46 PM said...

jadinya keputusannya dapat ke tidak mama glam?...hehe..

mama glam on December 9, 2011 at 11:02 AM said...

Yusri: hehehe.. dapatlerrrr... cuma x post je entry yg seterusnya.. nanti ada masa le ye di post...

yusri on December 14, 2011 at 3:46 PM said...

kalau personal bond tu di bayar semasa hantar permohonan ke atau selepas dapat keputusan?

mama glam on December 14, 2011 at 5:33 PM said...

Yusri: Personal bond tu, biasanya kena bayar kalau PRA tu lari atau buat hal yang menyebabkan kita nak amik maid baru. Kita kena bayar RM250 tu sebelum kita apply utk maid yang baru tu.

Maksudnya, kalau mohon utk kali pertama, x perlu bayarlah. Tu cuma kira perjanjian kita dgn imigresen sekiranya berlaku maid kita buat hal, kita yang kena denda.

siti fadhliah said...

kak, saya memang tgh nak isi borang utk maid saya ni...nasib baik jumpa blog akak...

utk borang LAMPIRAN B, saksi dr negara sumber tu tak payah pergi kedutaan indonesia ye? sebab ada minta cop rasmi...

mama glam on December 15, 2011 at 3:13 PM said...

Siti Fadhliah:

Kalau maid Siti tu datang sini sebagai pelawat sosial, means dia dah ada kat M'sia, ruang tu x perlu. Slash je mcm yang akak buat tu

Ireen said...

Salam.saya pun tgh mengisi borang pmohonan PRA.baru dpt maid :) seronok jmp blog ni....terima kasih byk2.cuma ckit nk tnya pd akk,personal bond tu mmg rm250 ke? Cmne nk tau nk buh brp? Thnks

mama glam on December 29, 2011 at 9:12 AM said...

Ireen: Syukur blog ni byk membantu ramai orang.

Personal bond tu setakat ni memang nilainya RM250. Dah ditetapkan oleh imigresen. Harap ianya membantu ya!

Anonymous said...

Tqvm mama...i pun baru nak apply tp bibik tu da ada kat sini more than 2 wix, nak gamble je ni.
Ireen: bayaran PB rm250 tu ikut country, kalau filipina i rasa lagi mahal, kemboja rm250 jgk tak silap i

mama glam on January 4, 2012 at 7:58 AM said...

Anon: no prob!

rasenye boleh je tu. Lagipun, kalau before 2 minggu pun memang kena renew gak pas lawatan sosial diorang sebab memang xkan setel punya dalam masa sebulan application tu. good luck ya!

krel said...

Thanks for your complete info.It really helps!

krel said...

ada soalan lagi. Matikan setem tu memang kena kat lhdn je ke? post office tak leh?

My maid dah masuk 2 minggu lebih, baru nak submit borang ni..huhuhu..
Rasa2nya sempat tak? ada kena denda?

mama glam on January 11, 2012 at 8:22 AM said...

krel: good that u find this post beneficial to help you out with the submission.

Setem boleh beli kat pos office, tp mati setem mesti buat kat lembaga hasil. Atau nak lebih senang, pegi trus ke lhdn, kat sana diorg dah x guna setem, dia terus cop setem dan terus bayar kat diorang.

Kalau imigresen allow, submit je. Lagipun, selalunya nak tunggu kelulusan imigresen makan lebih daripada sebulan. Jadi, samada maid tu masuk kurang dpd 2 minggu atau lebih, tetap kena renew pas lawatan sosial diorg sebab proses kelulusan tu lambat (walaupun kat piagam pelangga diorg ckp dokumen kelulusan boleh dpt dlm tempoh 2 minggu). Harap2 ianya membantu ya!

Anonymous said...

alhamdulillah dpt jumpe blog ni sy mmg nak isi borang for maid application. cume nak tanya, borang boleh guna yang di download kan tak ? or kena dpt yg ori kat imigresen?

mama glam on January 25, 2012 at 3:19 PM said...

Anon: Bagus sgt kalau tulisan ni bawak manfaat.

Pasal borang tu, boleh guna yg download. Cumanya, yg download tu xdek checklist rasenye. Checklist pun diorg nak jugak. Harap ianya membantu ya!

Anonymous said...

saya nak tanya laa...maid saya dah sebulan tak renew pas lawatan...camne ekk...ada denda tak?

Anonymous said...

7. Perjanjian Pekerjaan oleh PRA yang dimatikan setem RM10.00 (2 set asal & 2 set salinan)

salam. apa maksud 2 set asal dan 2 set salinan? tq. need the information asap.

mama glam on March 27, 2012 at 5:55 PM said...

Anon: Tak pernah pulak sampai lepas tarikh due. Tapi, kalau x silap, dendanya per/day. Rate x sure.

mama glam on March 27, 2012 at 5:58 PM said...

Anon: 2 set asal dan 2 set salinan, means: 2 set asal t/t & mati setem kena original, yg 2 set salinan adalah salinan kepada yg asal tadi. Harap ianya membantu ya!

Anonymous said...

salam.. yg alamat tmpt keje majikan, kena letak nama company tak?

mama glam on April 5, 2012 at 7:42 AM said...

kena letak.

Roxa said...

Tkasih byk2 sebab i tgah mencari image sample isi borang yg nak di submit ke imegeren next week tu wpun maid baru 4hari sampai tapi agent nampak macam xberapa nk tolo pasal nk buat permit katanya kalu nk dia tolo buat permit n comfirm succes boleh, n kena bayar rm4ribu, majikan goyang kaki jer tgu permit siap thru agency tapi kalu majikan nk buat sendiri, silakan. Bila sy tanya macam2 pasal nk submit borang kat Putrajaya SAHAJA. Camna nk isi borang semua tu sebab xfaham, agent buat diam jer. Jaun bezanyer kalu bayar agent buat permit rm4k n kalau majikan buat sendiri baru seribu ek. Tkasih byk2 terjumpa entry ni, tkasih tkasih thanks thanks thanks thanks a lotttttttt dear muah muah muaaaahhhh......

Roxa said...

Dah le ambik maid ajer sy dah bayar COD kat agent tu rm7ribu n kalau nk buat permit dgn agent nak kena bayar lagi rm4ribu....mak aihhhh koyakkkkkk daaa....

mama glam on June 15, 2012 at 8:08 AM said...

Roxa: Sorry lambat reply. Bz sikit lately ni... klu thru agent mmg mahal gilak! Buat sendiri total cost memang around RM1k+ sikit je... Senang je prosedur ni... Lagipun, klu maid xde sakit ape, senang je nak lulus.

Alfain on June 20, 2012 at 8:55 PM said...

Saya ucapkan tahniah! Perkongsian idea yg bermanafaat...cumasaya kena cari org indon yg sudah sampai dtmpt kita..ndaktahulahmana mahucari...saya cikgu, suami ustaz di semporna...mg2 Allah bg jalan...ameentq ya info nya...

mama glam on June 21, 2012 at 9:11 PM said...

Alfain: tq, sia berkongsi setakat yang tahu jak. alhamdulillah sekiranya banyak manfaat utk org lain. Aminnnnnn... good luck ya dlm pencariannya!

Anonymous said...

Salam Kak, guideline dlm blog ni lg clear dr dlm website dorg. Nak tanya, maid kena ikut skali masa submit borang ke? Tq

sazali said...

Salam. jutaan terima kasih atas kesudian berkongsi prosedur dan yang paling penting gambar panduan mengisi borang dari imigresen.
Kami amat mengharagainya.

Anonymous said...

Salam,

Sekiranya pas lawatan sosial dh tamat tempoh sebelum kelulusan, dimana bole renew pas lawatan sosial tu? Imigresen ke?

Anonymous said...

nk tanyer la personal bond tu kita buat sndiri ke mmacm mana sebb saya dalam proses nk mengambil pekja asing ni

mama glam on October 14, 2012 at 1:37 PM said...

anon: sorry lmbt reply. bz skit lately ni. Pasal maid tu, x payah bawak skali masa submit borg. cuma perlu bawak original pasport je. hope it helps ya! ;)

mama glam on October 14, 2012 at 1:38 PM said...

Sazali: tq for the compliment.. Sye share apa yg sye tau.. alhamdulillah klu ianya memberi manfaat pd org lain ;)

mama glam on October 14, 2012 at 1:40 PM said...

Anon: yup, semua berkaitan pas lawatan sosial, terus berurusan dgn imigresen... harap ianya membantu ya! ;)

mama glam on October 14, 2012 at 1:42 PM said...

Anon: borg personal bond bole dpt kt imigresen. utk mohon kali pertama, x perlu bayar apa2, tu cuma borg perjanjian yg kita akan byr RM250 ke imigresen sekiranya maid kita lari or buat mslh etc... refer komen sye kpd Yusri di atas ye ;)

*Mastura* Mai on October 16, 2012 at 5:02 PM said...

Salam...terima kasih diatas perkongsian ini...sgt membantu sbb saya pn insyaallah tgh menunggu tibanya maid direct ind jd mmg kena bersiap sedia nk isi borang2 ini...maid yg dh buat 6p yg lepas dh balik sana tak mau balik sini dh...kenala byr personal bond tu huhuhu...nak tahu tarikh2 nk diisi pd semua borang tu berapa hb nye sebaik2nya sbb mcm borang perjanjian pekerjaan tu dan yg lain2...adakah ms nk submit baru diiisikan tarikhnya...

Aufa said...

Terima kasih banyak2 atas perkongsian. saya lupa nak tengok contoh tadi di imigresen. maid ada sampai hujung bln ni je utk buat permit. nampak gaya,burn la lg rm100 utk extend pas lawatan die tu. doakan saya sempat uruskan permit ni ye mama glam. semoga glam selalu! :)

Aufa said...

Terima kasih banyak2 atas perkongsian. saya lupa nak tengok contoh tadi di imigresen. maid ada sampai hujung bln ni je utk buat permit. nampak gaya,burn la lg rm100 utk extend pas lawatan die tu. doakan saya sempat uruskan permit ni ye mama glam. semoga glam selalu! :)

mama glam on October 20, 2012 at 10:53 AM said...

MAst Mai: tarikh2 tu isi masa nk submit, means hr submit borg tu lah... good luck ye! :)

mama glam on October 20, 2012 at 10:55 AM said...

Aufa: tq ;)

kalau xde perubahan borg2, semua di atas ni lah exactly borg2 yg diperlukan.. good luck yep! ;)

Unknown on November 5, 2012 at 6:22 AM said...

salam. saya nak tanya. maid masuk 7 oct, skrg dah 5 nov, baru nak submit borang. agak2 lepas x? aduyai.. harap dapat bantu.

mama glam on November 7, 2012 at 6:44 PM said...

aizal: dalam kes ni, rasanya, aiza kene renew pass masuk dia dulu, byr rm100, then br diorg bg apply. hope membantu ye! ;)

Anonymous said...

Saya refer kat blog niii laa masa buat permohonan aritu..thanks sgt membantu..
Sekarang nii still menunggu keputusan..saya hantar 10 oct 2012, n sampai sekarang xda keputusan lagi..

mama glam on November 20, 2012 at 9:42 AM said...

mama rania: alhamdulillah kalau entry ni membantu.. mcm sye hr tu, dalam sebulan setengah jugaklah baru dpt keputusan.. neway, good luck yerp! ;)

Unknown on November 23, 2012 at 4:12 PM said...

alahai dh submit form br jumpe blog ni..sgt berguna tq..tp bile compare dgn yg sy isi, mcm byk salah je..huwaa..tp sblm hntr peg kt sane dh semak..hrp sume ok :)

mama glam on November 25, 2012 at 6:52 PM said...

Paish: xpe, klu diorg dah semak, should be ok lah tu.. good luck anyway! ;)

Anonymous said...

salam,

saya nak tanya kalau mama glam tau..bagaimana kalau maid di bawah umur 21 tahun.(19 tahun). maid tu dah disini.saya memang nak dia bekerja dgn saya sbb budaknya baik dan keluarga kenal.sy 1st time so x aware pasal umur ni.tgok dlm website min umur 21.ada call imigresen.dorg kata nak senang tukar umur kt passport hehe.mmg lah tp org tu dah di sini dan dah ada passportnye pon.mcmana nak ubah pulak kan.

ada ke kaedah nak dapatkan permit bg bawah usia 21 tahun tu?

mama glam on November 26, 2012 at 9:05 PM said...

Anon: Bawah 21 tahun mmg x layak langsung utk dibuatkan permit. for sure diorg akan tolak. Mmg x bole la pendek ceritanya. P

Pasal tukar umur plak, yg tu hanya bole buat masa dia kt indon.. x silap sye, diorg kalau kt indon diorg nk buat IC or paspot diorg ada mcm salasilah keluarga mcm tu. Jadi, nk tukar umur mmg kena buat kt indon, means, budak tu kena balik indon buat. tp, x taulah mudah ke x, rasenye mmg kena under table jugakla tu, sbb dia dah ada paspot yg tunjuk umur dia 19 thn...

Anonymous said...

borang pas lawatan tu ada mention kat bwh *borang ini hendaklah ditaip...erm..perlu taip atau boleh tulis tangan?

Anonymous said...

Dari pengalaman saya, kalau bawah umur 21 tahun, boleh cuba buat surat rayuan kat imigresen.. mungkin la dapat dipertimbangkan tengok reason yang diberi dan nyatakan keperluan kita..

Anonymous said...

As salam owner belog :),

Macam mane pula dengan bayaran gaji bulanan yang kite perlu bayar yea kalau kite uruskan prosedur semua sendiri nih.

Terima kasih. walaubagaimanapun entri ni memang sangat2 membantu.

Terima kasih sekali lagi.

Anonymous said...

salam...

masa nak submit borang semua tu mesti dtg suami isteri or cukup isteri je?
-aan1512@yahoo.com-

Anonymous said...

perjanjian majikan dengan pekerja tu buat sendri ke atau cmne ye?

Anonymous said...

Hi,
My maid permit tamat Jun 2012, tetapi dia balik ke Indon Dec 2011 dan tidak kembali untuk renew permit . Selepas setahun lebih, dia ingin kembali bekerja dgn saya. Apakah prosedur nya, masih boleh hidupkan permit kerjanya atau mohon yg baru dgn paspot baru?

mama glam on January 22, 2013 at 8:10 AM said...

Anon1: x perlu taip [pun.. tulis tangan je pun xpe.

mama glam on January 22, 2013 at 8:11 AM said...

Anon2: tq for sharing... bole tau x, berjaya x permohonan tu? dan umur maid berapa masa mohon tu?

mama glam on January 22, 2013 at 8:12 AM said...

Anon3: salam, pasal byrn gaji, kita bayar terus ke maid je lepas lepas semua prosedur tu...

mama glam on January 22, 2013 at 8:13 AM said...

Anon4; salah seorang dtg pun xpe...

mama glam on January 22, 2013 at 8:14 AM said...

Anon5: semuanya dibuat kat imigresen.. borang2 tu semua hantar sekaligus

mama glam on January 22, 2013 at 8:15 AM said...

Anon6: x biasa dengan prosedur mcm ni.. Tapi, rasanya, awak kena bayar bond sbb consider maid lari, dan perlu go thru the same process balik..

Aiza Zamzam on February 15, 2013 at 12:15 AM said...

salam....tahniah dan terima kasih. sgt membantu saya..ni saya nak share sikit. kawan saya baru submit brg ni di imigresen Ipoh... ada ke pegawai tu insist nak jugak kepilkan tiket masuk maid ke m'sia...tak kisah le naik bot ke, naik feri ke padahal mana ada sebut tentang ni dlm senarai semak...lagi satu kawan saya tunggu dari pukul 8.18 am sampai pukul 5.15 pm baru selesai..lama sgt ke nak submit je brg ni...saya baru nak submit esok...kita tgk mcm mana...

Aiza Zamzam on February 15, 2013 at 12:37 AM said...

boleh ke isi dengan pen biru brg ni?

Anonymous said...

Salam mama glam,

Mintak izin nk share link...semoga bg manfaat pd yg perlu...terima kasih...

mama glam on March 14, 2013 at 7:58 AM said...

salam aiza zamzam: sabo je lah eik sampai mcm tu sekali diorang susahkan orang utk submit..

mama glam on March 14, 2013 at 7:59 AM said...

aiza zamzam: biasanya borang diorang suruh guna pen hitam

mama glam on March 14, 2013 at 7:59 AM said...

Anon: bolehhh.. sharing is caring kan ;)

Ah Fhoo Art on April 18, 2013 at 10:17 AM said...

Tumpang tanya....seperti dalam post mama glam, PERMOHONAN HENDAKLAH DI SUBMIT KE IMIGRESEN DALAM TEMPOH 7 HARI KEMASUKANNYA.....kalau tak permohonan tidak akan dilayan...any other work around kalau dah terlebih dari 7 hari?

@umieyull@ on April 19, 2013 at 2:18 AM said...

Tq for info yg sgt berguna ni. Mlm ni bru dpt tdo dgn lena. Da seminggu fikirkan cmne nk isi borang ni. Google punya google td kul 9 pm jmpa blog ni. So pg esk leh la submit form kat imigresen. Tp visa da nk tmt tempoh 28 ni. Mtk2 dilayan

mama glam on April 19, 2013 at 10:11 AM said...

Hi Ah Fhoo Art!

actually kalau dah terlebih 7 hari, kita masih boleh cuba mohon... bergantung pada pegawai yang menerima permohonan.. sebab, sepanjang menunggu permohonan diluluskan, pasti kita akan lalui kena bayar duit untuk perbaharui pas lawatan sosial.. sebab, imigresen memang ambil masa untuk luluskan.. jadi, 30 hari pas lawatan sosial validity mmg x cukup... hope this helps ya!

mama glam on April 19, 2013 at 10:12 AM said...

@umieyull@: sama2 : good luck ya! mudah2an lepas ;)

Ah Fhoo Art on April 19, 2013 at 3:16 PM said...

Thanks for the answer mama glam....

Unknown on May 2, 2013 at 10:27 AM said...

Salam Mama Glam,
This is indeed a very useful blog to assist many people like who desperately need maid. Kalau minta agensi buat giler punya tekan...RM8000++. Betul2 hisap darah! Saya memang sedang mencari2 proses pengambilan PRA tapi tiada dalam JIM. You have done a great job, thank a lot!

Jimi said...

As-Slm Mama Glam..thnks a lot for your awesome infomative blog..Cukup membantu saya slps 'cold war' ngan my wife td..Semuanya gara-gara pas lawatan sosial terlebih sehari tp borang PRA belum submit lg..Sebelum ini, sy telah menghantar permohonan PRA di putrajaya,,tapi disebabkan maid terpaksa pulang ke indon kerana masalah keluarga, sy terpaksa menghantarnya balik..Urusan proses utk balik sy rasa Mama dah maklum..sy nyaris2 migrain..huhu...Dan slps itu, saya digantikan dengan maid baru..belum sampai 2 minggu, sudah kantoi mcm2..citer tu pn menarik utk di kongsi..tp,,lain kali jer lah sy taip.;)..Then,,TUKAR lg..ini bibik yg ketiga menetap bersama kami sekeluarga..dah hampir sebulan,,alhamdullah xder masalah..mungkin disebabkan fobia + bz kerja+ leceh nk g mati setem + tangguh2..maka baru sy perasan,,hari ni 2 Mei dah abis tempoh..sblm ni, dah bnyk kali wife sy ingatkan,,tp dia plak kena sound.."jgn dok kalut sgt"..Sebab x tahan dibebel.konflik "india-Pakistan" pun tercetus..sehinggalah sy jumpa blog Mama nih:)..SOALAN sy ialah:__Esok hari Jumaat (3/5/2013)tarikh mati pas lawatan 2/3/2013,,Kalo sy ke PUtrajaya esok,,bwk sekali maid & Borang permohonan yg telah siap diisi..merayu2 kpd staff imegresen tu, minta untuk renewal pas lawatan..agak2 boleh ker tak??

Jimi said...

pembetulan--tarikh mati pas lawatan 2/5/2013..:)

Ah Fhoo Art on May 22, 2013 at 5:16 PM said...

Hi Jimi,

Sekadar berkongsi pengalaman mengurusankan maid utk sahabat saya.

1. 2/4/2013 - Kemasukan MAID PLKS

2. 22/4/2013 - Submission permohanan pada IMIGRESEN dibuat pada.

Di atas rujukan Mama Glam, PLKS mesti renew selagi kelulusan belum diterima.

3. 29/4/2013 - Pergi semula ke IMIGRESEN untuk extend PLKS yg akan tamat pada 2/5/2013, atas nasihat pegawai dan kerani di kaunter IMIGRESEN, PLKS tak perlu disebabkan permohonan telah disubmit dalam system. Pastikan ada salinan surat permohonan yg diterima semama buat submission.


Semoga membantu saudara Jimi.

Anonymous said...

Amin, berganda-ganda pahala awak dpt. Very imformative and precision to detail.

Good Job!

Hae Hanafi

m mohamad on June 10, 2013 at 10:36 PM said...

Salam

Nak tanya, proses matikan setem RM10 tu makan masa lama ke?

TQ

Ah Fhoo Art on July 3, 2013 at 2:40 PM said...

Sekejap jerk..less the 5 minutes....kalau time pergi tu 8-9am

Pikin on September 30, 2013 at 4:33 PM said...

SALAM KAK...
Terima Kasih perkongsian cara2 mengisi borang..
Maid saya berusia 49thn(dlm pasport). Saya baca web imigresen syarat2 kemasukan 21thn-45thn. Apabila hantar permohonan ke imigresen terima je.xde masalah, psl umur pembantu rumah..
Tapi skrg saya tertunggu2 keputusan dgn berdebar..lulus ke tak.. hopefully lulus dan tiada masalah..uhhh

P/s : ada x sesiapa yang penah memohon maid berusia bwh 50thn??

mama glam on October 6, 2013 at 9:41 AM said...

Ah Fhoo Art: tq so much kerana membantu menjawab soalan Jimi. bz sgt lately sampai x sempat nak bukak blog. tq so much! sharing is caring kan? ;)

mama glam on October 6, 2013 at 9:43 AM said...

Anita Suleiman: sama2.. sharing based on pengalaman susah nak cari info jugak ni.. alhamdulillah ianya bermanfaat kpd ramai orang... good luck ya! ;)

mama glam on October 6, 2013 at 9:44 AM said...

Jimi: as jawapan Ah Fhoo Art.. so sorry x bukak2 blog sekian lama

mama glam on October 6, 2013 at 9:44 AM said...

HAe Hanafi: sama2 ;)

mama glam on October 6, 2013 at 9:45 AM said...

m mohamad: spt jawapan Ah Fhoo Art ye

mama glam on October 6, 2013 at 9:45 AM said...

Pikin: sama2.. good luck ya!

Anonymous said...

Bagaimana nk mohon permit PRA pertama kali. PRA sudah ada di Malaysia. Adakah cara nya sama pd masa skrg Jan 2014.

mama glam on January 8, 2014 at 9:47 AM said...

Anon: yang tu kena refer website imigresen. Kalau x berubah, boleh guna prosedur yang sama. hope it helps!

Anonymous said...

skrang ada agen bgtau permit tidak boleh di mohon oleh majikan..semua thru to agent..dekat 4k dr 1k tt..mohon kongsi sesiapa yg baru mengambil maid.

Anonymous said...

Ya betol...Kena melalui agent...Baru je balik Dari imigresen shah alam

Anonymous said...

Mama GLAM

Your personal bon form is wrong.
1. Top is PRA adress not majikan
2. Signature also PRA not majikan

Hope helps...

Anonymous said...

Salam, here's an updated info from my experience, 2018. The Gov/JIM encourages employer to apply on our own using MAID ONLINE https://maid-online.imi.gov.my, so it's easier than previous years.

Klu PRA enter dgn Pas Lawatan Sosial(valid 1 month), you can immediately register online.
1. Get Ready dgn;
-IC both husband & wife
-surat nikah
-passport PRA (front, back & latest pass*)
* Cop masuk
-gmbr passport both majikan and PRA
-surat beranak anak bwh 15 thun or IC ibubapa uzur
-bukti pendapatan majikan
-others where apply.

2. You may be asked to bring PRA for thumbprint once isi bhgn PRA. Advised to go to JIM according to your address. Eg: Selangor-JIM PKNS. Just bring PRA passport and PRA with you. Sekejap je klu pergi pagi. I only spent 30 mnts.

3. You will receive email from JIM and asks you to proceed to FOMEMA tab in the website. Bayar Rm200 online and choose clinic.Print out the check up form and bring your PRA together with passport. it takes a week to get the result.

4. After a week, check FOMEMA http://www.fomema.com.my/index.php/online-results?view=onlineresult for approval. If so, continue with uploading the documents and submit. Within 2-3 days JIM will email you the result.

5. If approved,you will receive a letter dgn senarai harga yg perlu dibayar. also a Contract of Employment form(perlu dimati setem). Sy kne RM1375, just pay online. You also need to buy insurance policy for the PRA (less than RM100).

6. Bring the documents to JIM to collect PLKS Sticker.(valis for 1 year)


Unknown on March 26, 2019 at 1:03 PM said...

Borang personal bond untuk pas pelajar cam mane ye.saya nak daftar pas pelajar anak di jbtan imigresen tapi saya kurang pasti untuk isi borang personal bond ni,boleh bagitahu cara2?

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery