Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts

Monday, March 12, 2012

Brazilian Wax

20 orang pot pet
Warning: This is so womanly stuff's. If you're not ready to read, just close the window ya! No offense ya!

Uh uh… Have you heard about it before? Actually, I first time heard about waxing a few years ago from one of my ex-colleague. When I first told, my response was like “hmmm… ok… was it pain or not?” And, her reply was “Yup, but, it’s worth it with the result. And on top of it, I’m happy with it because my hubby prefers me to be hairless”

Ok, it was a years ago conversation.

Few months ago, I saw a coupon in Groupon on this waxing, a Brazilian Wax from STRIP, Ministry of Waxing. It took me a few days to decide whether to buy the coupon or not. First timer maaaaa…. Of course the conversation keep repeated on and on in my head. Pain? OUchhh! OMG! Should i?

But finally, I decided to give it a try.

Ok, so, 2 days ago, I went to their branch at the Curve. And of course with that dup dap dup dap feeling. And for sure, I have to be mentally ready for any pain that I should bear while they do the waxing.

1st, the girl gave me a sealed wet tissue to wipe out my anus. And ask me to take off my bottom cloth and wear a towel. Then, she asked me to lie down and you know……. Let her see it… Huhuhuhuhu… For me who have experienced laboring, to be honest, I did feel shy a bit, but I’m ok with it. If not, then how to do the waxing isn’t it?

Then, I saw her dipping the choco wax and put it on my anus. Hmmm.. it feels a bit hot, or should I say warm. Then after a few second, she zassssss! She ripped it off! Phew! Hmmm… It was not bad actually. She repeated the same procedures a few times until all hairs down there gone.

My testimonial, the Ministry of Waxing really did what they promise me. For a first timer like me, it is really fast and mostly painless. The pain wasn’t as bad as I could imagine. And the result, I told you, it’s really worth it! Everything gone with the pain in just 15 minutes (or less!)! Highly recommended! No more shaving or trimming. Yeay! Worth it! Worth it!


p/s: I’ve tried IPL as well before (from Bella). And to be honest, I prefer that STRIP waxing as it is faster! So rugi to sign up for that IPL package ;( This one much much more cheaper woooo!

Wednesday, March 7, 2012

Poligami

0 orang pot pet

Erk! Tiba-tiba pulak tajuk entry tu poligami eik!

Huhuhuhuhu.. Sebenarnya, kemarin dengan hari ini, entahkan kenapa, sia termasuk dan terdengar perbincangan mengenai poligami.

Sebelum ni, sia ni kalau dengar jak poligami, dalam kepala ni mesti perkara negatif yang bermain. Mungkin adalah jugak yang terfikir sudut positifnya. Tapi, jarang sekali.

Bila pagi ni sia terdengar pengalaman daripada salah satu pemanggil hot fm pasal mengapa dia berpoligami, terpanggil pulak sia untuk tulis pasal isu ni.

Mengikut kata pemanggil yang sia dengar tadi, dia mempunyai 2 orang isteri. Isteri keduanya seorang bekas GRO. Dia kenal bekas GRO ni bukan di kelab malam ya kawan2. Dia kenal perempuan ni di kedai makan. Jadi, menurut ceritanya, dia berkahwin dengan perempuan ni bertujuan untuk membawa semula perempuan tersebut ke jalan yang benar. Dan dia jugak bertuah kerana isteri pertamanya memberikan green light dan menyokong niat baiknya. Dan Alhamdulillah, sekarang bekas GRO yang dikahwininya telahpun berubah ke arah kebaikan. Isteri pertamanya juga memainkan peranan yang penting dalam membantunya membimbing isteri keduanya. Dan disebabkan itu, dia mengaku yang sayangnya terhadap isteri keduanya makin bertambah dari sehari ke sehari.

Ok, itu cerita pasal pemanggil hot fm…

Yang perbincangan kemarin pulak, ada beberapa orang rakan sekerja yang telah berusia berbincang pasal isu berkahwin lebih daripada 1 ni. Cadangan diorang, bila usia menginjak lanjut dalam usia 50 macam tu, atau akhir 40-an, berkahwinlah lagi seorang. Tapi, ini baik untuk lelaki yang mengambil skim pencen sahaja.

Alasannya?

Dengan niat yang baik apabila sudah tiada (meninggal) kelak, sekurang-kurangnya duit pencen boleh disedekahkan kepada isteri yang baru dikahwini itu, dan kalau mempunyai anak dengan isteri yang baru itu, sekurang-kurangnya pencen itu tidak akan terputus sampailah si isteri baru meninggal dunia dan si anak berusia 21 tahun.

Hmmmm…. Mendengarkan kedua-dua alasan ni membuatkan minda sia terbuka sedikit. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii………

Hah! Tapi mesti mau panjang ok! Dengan alasan perkahwinan kedua itu bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Yang penting niat untuk membuat kebaikan tu yang mesti didulukan. Tang ni, hati masing-masing sahaja yang tahu. Kalau menipu, memang susah untuk dikesan. Lepas tu, yang paling penting, jangan menipu isteri pertama! Kalau niat tu memang baik, tidak mungkin menipu akan dipilih sebagai jalan keluar untuk berkahwin untuk kali yang kedua. Pada yang telah lama berumahtangga, takkanlah tidak kenal pasangan masing-masing. Jadi, menipu isteri adalah bukan jalan penyelesaian terbaik kalau mahu hidup harmoni dalam berumahtangga.

Macam kes pemanggil hot FM tu. Dia sangat bertuah sebab perempuan yang dipilihnya memang perempuan yang mahu kembali ke jalan yang benar. Buatnya perempuan yang dipilih tu sebenarnya penipu? Hmmmm… Susah untuk dinilai hati manusia kan? Dan dia juga bernasib baik sebab isteri pertamanya seorang yang memahami.. Dan yang paling penting, dia sendiri adalah seorang yang boleh membimbing ke jalan yang benar. Bukan setakat tahu hukum hakam lelaki boleh berkahwin empat dan syurga isteri berada di bawah tapak kaki suami. Tetapi, dia juga tahu hukum hakam Islam yang lainnya. Senang cerita, kalau baca al-Quran pun tajwid tunggang langgang, solat 5 waktu pun entah ke mana, lupakanlah niat tu konon berkahwin dua untuk membimbing. Baiklah awak tu bimbing diri sendiri dulu la yaaaa… Sedorlah diri tu sikitttt....

Macam kes kedua pulak, sia percaya niat diorang adalah untuk menolong wanita-wanita yang susah. Yang kes macam ni, memanglah baik kalau berkahwin dengan perempuan janda anak ramai ka, ataupun, perempuan daripada keluarga susah ka. Kalau macam kes janda, sekurang-kurangnya mengurangkan beban janda itu dalam membesarkan anak-anak dengan duit pencen si Allahyarham. Yang si perempuan keluarga susah pulak, sekurang-kurangnya duit pencen si Allahyarham dapat memberi jaminan kehidupan pada si perempuan susah. Tapi, kes macam ni pulak, haruslah si lelaki berusia tu pun masa hendak berkahwin tu memang mampu dari segi kewangan. Jangan pulak dia anak bini pun sebenarnya cukup-cukup makan, sibuk-sibuk pulak berkahwin lebih daripada seorang. Itu mencari bala namanya oi!

Dan kalau tanya sia sendiri, sia buat masa ini mungkin belum bersedia dari segi mental untuk terlibat dengan poligami. Tapi, kalau itu ketentuan-Nya, sia mungkin akan redha tapi sekali lagi, dengan SYARAT, En suami tidak menipu. Maksudnya, kalau memang sudah berniat (atau telah terniat walau barang sekelumit), cakap siang-siang. Tolonglah jangan buat kejutan. Karang, ada pulak dapat kejutan karang… Hahahhahahha….

Jadi, apa yang penting dalam hubungan berumahtangga pada sia, adalah KEJUJURAN.

Lepas tu, kena ingat, bukan senang seorang perempuan hendak menerima kehadiran perempuan lain sebagai madunya. Boleh dibilang dengan jari yang mampu redha. Yang lainnya, kebanyakannya terpaksa. Maka, terjadilah patutnya dapat payung emas, tidak pasal-pasal jadi calon-calon ahli neraka. Kalau sia sendiri, kalau sudah hati tidak redha, daripada jadi calon ahli neraka, baiklah sia angkat kaki dan memilih untuk hidup sendiri bersama anak-anak.


Thursday, February 23, 2012

Jom Mengupon!

4 orang pot pet
Saja jak mau share dengan kamurang…. Aktiviti kupon mengupon.. Huhuhuu…

Sia mula-mula terjebak dengan bab kupon mengupon ni masa dalam pantang.. Banyak masa baring-baring sambil menyusukan baby kan… Jadi, hp menjadi peneman untuk layari internet… Dari satu website ke satu website kupon dilawati. Dan sudah tentunya, banyak jugak kupon yang sudah dibeli. Ada yang berbaloi, ada jugak yang tidak.. Dan banyak jugak pengajaran diperolehi semenjak berkecimpung dengan aktiviti ni.

Jadinya, website-website kupon mengupon ni memang website-website yang wajib dilawati setiap hari.. huhuhuhu..

Nah! Sia share dengan kamurang. Mari sama-sama mengupon! Huhuhuhuhu….


Groupon


Streetdeal


Everyday (Living Social)


Milkadeal


Mydeal


Hahah deal


Dealmates


Antara banyak-banyak di atas ni, sia paling suka Groupon. Sebab utamanya, sebab diorang sangat telus menjual kupon-kupon ni. Diorang adakan ruangan komen yang memang aktif sepanjang masa. Jadi, melalui ruangan komen tu kita boleh dapat idea samada kupon tu berbaloi atau tidak berdasarkan perbincangan dan pandangan daripada orang lain. Support group diorang pun aktif. Kalau kita email complaint, memang pasti akan ada reply. Diorang akan cuba sehabis baik untuk selesaikan masalah pelanggan.

Kedua yang sia suka adalah everyday (Living Social). Website ni sangattttttt banyak kupon-kupon yang berbaloi-baloi dan murah-murah. Tapi, kadang-kadang kena hati-hati sebab sini jugak ada banyak kupon yang cikai-cikai.. Huhuhuhuu… Jadi, kena baca betul-betul ruangan komen sebelum beli kupon. Lepas tu, ruangan komen untuk company ni akan ditutup bila masa kupon telah habis dijual. Jadi, ramai jugak customer yang mengalami kesukaran untuk complain apa-apa. Support team pun macam kureng (orang cakap…. Sia tidak pernah deal dengan support team diorang lagi lah…) Disebabkan itu, maka ramailah yang akan gunakan ruangan komen di tawaran kupon baru untuk meluahkan rasa tidak puas hati… Huhuhuhu..

Yang company lain-lain tu, hmmm.. sia kategorikan sebagai so-so jak. Sebab utamanya, adalah support team yang sangat tidak membantu. Sangat lambat reply komen customer. Memang lowya habis. Ada yang lebi best, langsung tidak ada ruangan komen ok! (Streetdeal & Mydeal). Tapi, orang beli jugak… huhuhuhu…



Tuesday, December 13, 2011

Prosedur Pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA) - Bahagian 2

25 orang pot pet

Klik sini untuk bahagian pertama


Setelah sekian lama, seperti yang dijanjikan, sia sambung cerita pasal prosedur pengambilan pembantu rumah. Tidak sangka pulak ramai yang mendapat manfaat daripada entry pertama dulu. Alhamdulillah, sia bersyukur jugak sebab entry tu dapat membantu melancarkan urusan ramai orang. Ada yang contact melalui fb, ada yang tinggal komen di blog. Sia pun tidak kisah jawab apa-apa pertanyaan kalau ada sesiapa yang perlukan panduan pasal urusan ni. Sia tahu betapa lecehnya kalau tidak ada rujukan untuk buat satu-satu urusan kerajaan ni. Kalut ok!

Ok, sambung ke prosedur seterusnya.

Lepas 2 minggu perbaharui pas lawatan social, iaitu pada 28 Julai 2011, sia pun pigilah ke imigresen untuk check status permohonan. Tapi, kecewa, belum lulus lagi. Kenaklah datang balik.

Pada 01 Ogos 2011, kebetulan sia cuti, sia pun sajalah pigi lagi ke imigresen check status. Angkutlah En. Suami dengan Aimee (masa tu masih sarat mengandung si Akeel).
Alhamdulillah! Lulus pun permohonan JP Visa tu! Makanya, sia diberikan surat seperti di bawah ni.


Semua-semua bayaran tu sia jelaskan pada hari tu jugak. Sebenarnya tidak jangka pun permohonan akan lulus. Jadi, xdak bawak duit pun. Hah! Berjalanlah si mak buyung ke CIMB cucuk duit bayar duit RM960 tu. Phew! Penatnya..

Lepas bayar, dapat resit macam di bawah ni.


Lepas tu, terus boleh pigi ke Fomema untuk buat permohonan pemeriksaan kesihatan pembantu rumah. Sini lagi 1 hal. Ingatkan tidak perlu bayar apa-apa sudah. Jadi, datanglah lenggang kangkung. Tengok-tengok, kenak bayar pulak bank deraf RM190. Haiyooooo! Si mak buyung yang memang tidak pernah bawah cash banyak-banyak dalam wallet tu terpaksalah berjalan balik ke CIMB yang duduk di hujung dunia tu (itupun nasib baik semua kemudahan tu ada dalam 1 compound). Phew! Jalanlah pelan-pelan cucuk duit dan buat bank deraf seperti di bawah ni.


Lepas dapat bank deraf, kenak pilih klinik mana kita mahu bawak pembantu rumah untuk buat pemeriksaan kesihatan. Sebab borang tu mesti isikan details klinik dan doktor. Senarai klinik dan nama doctor memang ada tertampal di pejabat Fomema tu. Tinggal pilih jak. Macam sia, sia pilih klinik di bawah ni.


Bawah ni contoh borang Fomema yang lengkap diisi.





Lepas tu, ambil nombor dan tunggu pegawai kaunter panggil.
Lepas submit borang, Fomema akan bagi dokumen-dokumen di bawah ni:




Dokumen-dokumen ni perlu dibawak ke klinik yang dipilih semasa buat pemeriksaan kesihatan.

Dan perkara terpenting yang sia mahu tekankan di sini: PEMBANTU RUMAH PERLU INGAT TARIKH TERAKHIR DATANG BULAN. Tarikh ini sangat-sangat penting! Kalau pembantu rumah tidak ingat tarikh tersebut, ada kemungkinan Fomema akan gagal!

Lepas buat pemeriksaan, kita boleh check online dalam tempoh 10 hari bekerja keputusan Fomema dalam website diorang, Fomema

Macam pengalaman sia, sia bawak makcik sia buat pemeriksaan 03hb Ogos. Buat x-ray 04hb Ogos. 8hb Ogos tu sia sudah tahu keputusan. Dan Alhamdulillah, makcik sia lepas pemeriksaan kesihatan tu! Yeay!

Jadiknya, petang tu jugak sia ke imigresen dan dapatkan stiker PRA yang valid setahun daripada tarikh makcik sia masuk Malaysia hari tu (nanti sia upload contoh stiker tu ya!)

Jadiknya, dapatlah sampai bulan 6 tahun 2012... sabar jaklah. Kalau ikutkan, maksudnya, valid setakat 10 bulan daripada tarikh kelulusan. Sudahlah lepas tu kenak renew balik sebulan sebelum tamat tempoh. Maksudnya, valid setakat 9 bulan jaklah.. Prosedur makan duit! Tapi, apa boleh buat kan? Terima jaklah....

Prosedur lepas ni pulak akan dibuat pada bulan Mei tahun 2012. Kalau ikut cakap pegawai imigresen hari tu, sia cuma perlu bayar lebih kurang RM500++, untuk Fomema dengan JP Visa rasanya.

Apa-apa pun, nanti bulan Mei 2012 sia akan update prosedur seterusnya ya!

Harap entry ini membantu!


Klik sini untuk prosedur memperbaharui pas lawatan sosial tahun kedua


Tuesday, December 6, 2011

Rawatan rambut rosak/ rapuh/ tua/ berkelemumur/ gatal

5 orang pot pet
Orang cakap, rambut adalah mahkota seorang wanita. Jadinya, samada seseorang wanita itu bertudung atau tidak, kecantikan rambut memang sangat patut dititikberatkan. Teringat dulu-dulu masa muda remaja, rambut cantik jak... Sihat bersinar-sinar (perghhh! SS! hahahahha) Eh! Betullah! Masa muda remaja rambut tidak ada masalah pun. Tidak perlu fikir syampu apa yang bagus untuk menjaga kesihatan rambut.. syampu apa yang bagus untuk elakkan kelemumur... Main bantai jak.. Janji syampu tu mampu untuk dibeli.. Kadang-kadang jak mengada-ngada beli syampu yang mahal sedikit.. hehehhe...Sekarang ni pulak... Bila usia semakin meningkat (belum tua aaaa...), pulak tu dengan rambut yang telah melalui proses rebonding beberapa kali... Huhuhuhuhu... Rambut pun telah rapuh, rosak, tua dan segala term-term yang melambangkan rambut tidak sihat.. Arghhh! Tensi ok!

Makanya, hari tu (dalam beberapa bulan yang lepas), sia asyik google lah produk penjagaan rambut yang berada di pasaran. Tapi, dengan syarat ianya masih mampu dimiliki. Cheapskate kannnnn.....

Errrr.. sebelum sia reveal syampu apa yang sia gunakan sekarang, bagus kalau sia ceritakan dulu sejarah eksperimen penggunaan syampu sia kan?

Dulu-dulu masa belum pandai buat rebonding, sia tidak kisah guna syampu apa. Janji syampu tu tidak terlalu mahal dan tidak mendatangkan kegatalan dan kelemumur.

Tahun 2007, sendiri gatal pigi buat rebonding (ikut trend maaa...) Dapat pakej murah dari Thomas & Guys pulak tu. Dalam pakej rebonding tu pulak, diorang siap bagi free syampu dengan perapi di bawah ni:


Schwarzkopf BC Bonacure - Moisture Kick (Spray Conditioner) - 200ml
Schwarzkopf BC Bonacure - Moisture Kick (Shampoo) - 250ml

Baunya wangiiiii... Mula-mula guna dulu, rambut sia tidaklah sesakit sekarang. Jadi, masa tu terasa ok. Tapi, bila asyik guna syampu dengan perapi tu, tu yang datang masalah kelemumur pulak tu. Haiyoooo... Memang merimaskan ok! Makanya, sia pun bertukarlah ke Head & Shoulder. Kelemumur memanglah hilang, tapi, masalah kegatalan kulit kepala la pulak.... Rambut pun macam rajin gugur... Kejung macam tangsi pun iya jugak.

Rimas dengan masalah kulit kepala yang gatal, sia cuba pulak syampu di bawah ni. Kak Liza, kawan makcik sia yang suggest syampu ni...

Sunsilk Lively Clean & Fresh

Dan hasilnya, memang sangat memberangsangkan! kelemumur hilang, dan yang paling best, kegatalan rambut pun memang tidak menjadi masalah lagi. Yang syampu ni memang sia syorkan pada wanita-wanita yang bertudung. Sangat sesuai!

Cuma 1 masalah kalau selalu guna syampu ni tanpa perapi (sia dulu memang sangat malas guna perapi ok!), rambut jadi agak kering. Jadinya, siapa-siapa yang mahu mencuba syampu ni, mungkin boleh cuba guna dengan perapinya sekali.

Pada sia yang sudah lama tidak menggunakan perapi dan rambut sudah usang ni... Sia terpaksa mencari alternative lain untuk merawat rambut yang rosak.. Serius sia cakap, rambut sia memang sangat tidak sihat. Sampai ke tahap sia dapat rasa rambut tu rapuh, akar rambut tu macam sangat fragile dan yang paling menyakitkan bila si kecil tu tertarik rambut sia. Adoi! Sakit beb! Terasa macam rambut dengan kulit kepala sekali mau tercabut! Hah! Cuba kamurang bayangkan....

Dan hasil peng google an (ada ka ayat macam ni?) maka sia end up dengan produk-produk di bawah ni:

Schwarzkopf BC Bonacure Time Restore Q10 Shampoo


Yang ni adalah khas untuk rambut yang telah berusia. Kiranya sesuai untuk orang-orang yang berumur 25 tahun ke atas yang merasakan rambut tu sudah tuaaaaa.. hehehhe... Kalau ikut write up pasal syampu ni, ia akan membuatkan rambut sihat dan bersinar/berkilat. Syampu ni manyak wangiiiii.... Kalau pakai ni, biasanya sia akan sudahkan dengan perapi yang murah-murah macam sunsilk... Tidakpun, sia sudahkan dengan Schwarzkopf BC Bonacure - Moisture Kick (Spray Conditioner) -macam di atas tadi. Yang ni serius kali pertama pakai sudah perasan rambut jadi lembut dan bersinar-sinarrrrr... hehehhehe... Tapi, memang rasalah perbezaan berbanding pakai syampu yang biasa-biasa tu.


Schwarzkopf BC Bonacure - Repair Rescue (Conditioner) - 200ml

Yang ni pula, sia saja beli.. Kunun alternative conditioner la.. Yang ni sia akan pakai kalau sia guna syampu Sunsilk yang di atas tadi. Pun wangiiii macam yang 2 di atas tu. Dan memang best lah. Rasa rambut tu sihat dan lembuttttt.... Auwwww! Dan sudah pastinya, tiada kekusutan berlaku!

Lepas beli yang di atas-atas tu semua.. Masih tidak puas ok. Maklumlah, orang rambut sudah rosak teruk kan.... Asal jalan-jalan pigi beli barang, mesti mata tu melilau tengok barang-barang penjagaan rambut. Jadiknya, terbelilah jugak yang di bawah ni

L'Oreal Paris TOTAL REPAIR 5 Night Essence – Leave In

Selalunya, sia akan pakai ni kalau sia cuci rambut pada waktu malam. Sia gabungkan samada dengan syampu sunsilk atau dengan Schwarzkopf BC Bonacure - Moisture Kick (Shampoo). Hasilnya, memang bagus! Memang rambut akan lebih terurus dan tidak sangkut-sangkut. Memang lain daripada leave in conditioner yang biasa sia pakai. Dan yang paling best, memang tidak ada rasa melekit atau berminyak-minyak. Jadi, tidak risaulah bantal akan jadi kotor atau berbau. Lagipun, baunya pun wangiiiiii...

Bagi ibu yang lepas melahirkan dan punya anak kecil berumur 3 bulan yang asyik main air liur, masalah rambut gugur memang sangat merisaukan. Disebabkan itu, sia pun cubalah pulak beli minyak yang di bawah ni:

Himalaya Herbals Revitalizing Hair Oil


Sia baru jugak guna ni. Jadi, belum boleh komen apa-apa la kan.... Nantilah, bila sudah guna lama sikit, sia tambah review dalam entry ni k!


All in all, dalam masa seminggu dua ni, yang sia perasan adalah kekuatan rambut. Rambut sia tidak lagi terasa terlalu rapuh. Lepas tu, tidaklah rasa bila anak sia tarik rambut tu macam kulit kepala mau tanggal sekali. Kiranya, akar rambut pun rasa kuatlah. Dan yang paling best, kekusutan jugak berkurangan, dan rambut makin cantikkkkk dan lembut! Auwwww! Ni ayat paling berani mati la ni! Hahahahhahha....

Lepas tu, lepas ni sia ingat tidak mau buat rebonding lagi. Lepas ni sia akan disiplinkan diri untuk trim rambut sebulan atau 2 bulan sekali. Lepas tu, sia akan cuba jugak disiplinkan diri supaya tidak malas pakai perapi rambut dan minyak Himalaya tu. Dan petua yang paling mujarab untuk mengekalkan rambut bebas kelemumur, bebas kegatalan, sihat, cantik dan bersinar-sinar ialah:

Jangan gunakan hanya 1 jenis syampu. Campurkan syampu kecantikan dan syampu anti kelemumur dan kegatalan dalam rutin penjagaan rambut.

Contohnya, macam sia, sia akan cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali. Setiap kali mencuci rambut, sia akan selang selikan syampu kecantikan dengan syampu anti kelemumur. Kiranya, kalau ikut produk yang sia senaraikan di atas tu, sia akan susun rutin seperti di bawah ni:

Isnin: Syampu sunsilk + Schwarzkopf BC Bonacure - Repair Rescue (Conditioner) / L'Oreal Paris TOTAL REPAIR 5 Night Essence – Leave In

Rabu: Syampu Schwarzkopf BC Bonacure Time Restore Q10 Shampoo + Schwarzkopf BC Bonacure - Moisture Kick (Spray Conditioner)/ perapi sunsilk

Jumaat: Syampu sunsilk + Schwarzkopf BC Bonacure - Repair Rescue (Conditioner) / L'Oreal Paris TOTAL REPAIR 5 Night Essence – Leave In

Ahad: Schwarzkopf BC Bonacure - Moisture Kick (Shampoo) + Schwarzkopf BC Bonacure - Moisture Kick (Spray Conditioner)/ perapi sunsilk

Untuk hair oil pulak, sia gunakan selang seli jugak. Tidaklah tiap-tiap kali basuh rambut tu sia guna. Sebenarnya, selalu lupa jugak guna... huhuhuhuhu...

Harap-harap lepas ni dapatlah sia memilik rambut yang sihat dan bebas kelemumur dan kegatalan macam masa muda remaja dulu-dulu... Sekurang-kurangnya mencuba iya dak?

p/s:
1. Semua gambar adalah ihsan daripada google.
2. Penulisan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Lain orang, lain pendekatan. Jadi, jangan suka-suka hentam Puan Penulis dan cakap Puan Penulis guna terlalu banyak produk untuk merawat rambut ya! Kecik hati Puan Penulis tau!
3. Puan Penulis beli produk-produk tu masa sale. So, dapatlah murah sikit. Dan Puan Penulis pun merancang untuk menggunakannya untuk sekali ini semata-mata untuk merawat kerosakan rambut yang melampau itu. Lepas ini, si Puan Penulis yang cheapskate tu mungkin akan gunakan Loreal saja ka.... Atau mana-mana produk hair care lain yang lebih murah dengan harapan rambut akan kekal sihat dan bersinar-sinar. Tapi, kalau dapat harga murah produk-produk yang bagus, Puan Penulis pasti akan beli lagi! Janji ianya value untuk duit si Puan Penulis! Yeehuuuu!!!


Monday, July 25, 2011

Prosedur Pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA)

93 orang pot pet
Hari tu sia ada kecoh pasal sia sedang pening dengan urusan visa saudara mamak yang akan bantu menjaga anak-anak sia kan? Alhamdulillah, borang-borang semua sudah di submit ke imigresen… Tinggal lagi tunggu keputusan samada permohonan diluluskan atau tidak…

Jadinya, sebagai panduan kepada diri sendiri sekiranya perlu melalui proses yang sama pada masa akan datang (dan untuk dikongsi dengan kamurang semua yang ingin tahu), sia ceritakanlah serba sedikit prosedur yang perlu dibuat untuk permohonan ni… Ini kira macam prosedur pengambilan orang gaji lah ni… Ataupun kalau di imigresen tu, diorang panggil prosedur pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA). Untuk pengetahuan kamurang, prosedur yang sia buat ni adalah untuk PRA daripada Indonesia ya! Dan permohonan ini valid untuk PRA yang datang sebagai pelawat sosial, bermaksud, PRA datang ke Malaysia hanya menggunakan paspot antarabangsa Indonesia yang valid untuk tinggal di Malaysia selama sebulan.

Antara syarat-syarat penting yang perlu dipatuhi:
1. PRA berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
2. Majikan memerlukan PRA samada untuk menjaga anak yang berumur bawah 15 tahun atau untuk menjaga ibu/bapa yang sakit/uzur.
3. Jumlah pendapatan BERSIH isi rumah majikan adalah sekurang-kurangnya RM3,000.00 sebulan.

Ok, mari sia terangkan proses daripada mula-mula saudara mamak sia sampai di Malaysia, sampailah hari sia submit borang ke Imigresen.

21 Jun 2011 – Saudara mamak masuk Malaysia melalui pintu imigresen di Tawau.
22 Jun 2011 – Ambil gambar paspot saudara mamak sebanyak 4 keping.
– Semua urusan pengisian borang dan penyediaan dokumen yang sepatutnya diselesaikan sementara menunggu saudara mamak sampai di KL.
23 Jun 2011 – Saudara mamak datang ke KL dan tinggal bersama sia sementara urusan permohonan PRA di imigresen.
– Semua urusan pengisian borang, penyemakan kelengkapan borang-borang, fotostat paspot saudara mamak dan mendapatkan tandatangan saudara mamak, tandatangan saksi-saksi diselesaikan.
24 Jun 2011 – Matikan setem untuk borang Personal Bond dan Perjanjian Pekerjaan di LHDN
– Borang-borang yang telah lengkap di submit ke Jabatan Imigresen.


Nampak tidak apa yang sia cuba sampaikan melalui kronologi proses di atas? Untuk permohonan PRA yang datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial (datang ke Malaysia menggunakan paspot antarabangsa sebagai pelancong la), PERMOHONAN HENDAKLAH DI SUBMIT KE IMIGRESEN DALAM TEMPOH 7 HARI KEMASUKANNYA. Maksudnya, dalam contoh kes sia ni… bila mana saudara mamak masuk ke Malaysia pada 21 Jun 2011, tarikh akhir yang dibenarkan untuk sia submit borang-borang ke Imigresen adalah pada 28 Jun 2011. Kalau tidak submit dalam tempoh tersebut, permohonan tidak akan dilayan.

Ok, sekarang kita tengok pulak dokumen-dokumen yang perlu di submit… Di bawah ni sia bagi contoh pengisian borang-borang sekali. Kalau kamurang tidak puas hati sebab banyak ruangan yang di putihkan (maklumat peribadi maaaa….), kamurang boleh jugak tengok contoh pengisian borang-borang di mana-mana pejabat imigresen ya! Untuk dapatkan borang-borang pulak, pun boleh dapat daripada mana-mana pejabat Jabatan Imigresen ataupun di laman web diorang:


1. Surat Permohonan JP Visa.

nota: Surat ni takdak contoh di pejabat imigresen ya. Sendiri karang ikut sesedap hati. Janji tajuk surat betul, sudah!


2. Senarai Semak – LAMPIRAN 1

nota: item no.8 tu tidak perlu, sebab PRA sudah sampai di Malaysia sebagai pelancong.


3. Borang Permohonan PRA – BORANG PRA 1



4. Borang Permohonan Pas Lawatan – IM.12-Pin.1/97



5. Borang Permohonan Untuk VISA – IM. 38-Pin.1/93



6. Borang Personal Bond yang dimatikan seten RM10.00

nota: saksi dalam borang di atas boleh pilih di kalangan kawan-kawan


7. Perjanjian Pekerjaan oleh PRA yang dimatikan setem RM10.00 (2 set asal & 2 set salinan)





nota: Saksi 1 & 2 dalam dokumen perjanjian pekerjaan di atas boleh juga dipilih di kalangan kawan-kawan


8. 1 salinan kad pengenalan suami & isteri

9. 1 salinan paspot pembantu rumah asing - fotostat muka pertama paspot (mukasurat yang ada detail PRA) dan muka surat yang ada cop imigresen tarikh PRA masuk ke Malaysia.





10. Borang Perakuan Pengambilan PRA beragama Islam – Lampiran B



11. Borang Perakuan daripada Majikan yang tidak menggunakan Agensi berdaftar (permohonan secara individu) – Lampiran C

nota: saksi untuk borang di atas ini akan diisi oleh Pegawai Imigresen semasa submit borang di kaunter


12. Bukti pendapatan tetap suami isteri – 1 salinan penyata KWSP dan slip gaji 3 bulan terkini.

13. Dokumen sokongan untuk tujuan permohonan PRA – 1 salinan sijil kelahiran anak bawah 15 tahun.

14. 1 salinan bil utiliti sebagai pengesahan alamat majikan (sekiranya berbeza daripada kad pengenalan).

15. 1 salinan sijil perkahwinan.


Ok, itu adalah dokumen-dokumen yang perlu di submit ke imigresen... Lepas submit semua-semua dokumen di atas, majikan akan diberikan 1 surat pengesahan penerimaan permohonan (lupa ambik gambar la kawan-kawan) berserta dengan no rujukan permohonan. No rujukan ni penting sekiranya kita ingin menelefon ke Unit PRA Imigresen untuk check status permohonan ( ikut pengalaman sia, unit PRA ni memang susah angkat telefon. Jadinya, untuk check status permohonan, baiklah kamurang datang terus ke pejabat imigresen).

Jadi, bila perlu check status permohonan?

Kalau ikutkan piagam pelanggan Imigresen, keputusan samada permohonan lulus atau tidak boleh diperolehi dalam tempoh 14 hari bekerja. Jadi, kamurang bolehlah check status selepas 2 minggu dokumen di submit. Tapi, ikut cerita-cerita daripada orang lain dan juga berdasarkan pengalaman sendiri, tempoh itu hanya jangkaan sahaja... Selalunya, mesti lebih daripada 2 minggu... Macam sia sendiri, sehingga ke hari ini, telah genap 4 minggu daripada tarikh sia submit borang-borang tu... Jadi, ini bermakna, pas lawatan sosial saudara mamak tu pun sudah tamat tempohnya (30 hari daripada tarikh memasuki Malaysia).

Oleh yang demikian, apa yang perlu dibuat sekiranya keputusan permohonan pengambilan PRA belum diterima tetapi pas lawatan sosial sudah tamat tempoh?

Jangan risau..... Imigresen membenarkan majikan memperbaharui pas lawatan sosial PRA 2 atau 3 hari sebelum ianya tamat. Ini lagi 1 sia mau nasihatkan kamurang. Jangan sekali-kali perbaharui pas lawatan tu terlalu awal. Macam sia hari tu, pas lawatan tu tamat tempoh 21 Julai 2011. Sebab kunun malas mau berulang ke Imigresen banyak kali, sia pun pigilah gatal-gatal perbaharui pada hari yang sama sia check status permohonan iaitu, 14 Julai 2011. Akibatnya, sia telah kerugian seminggu validity pas lawatan sosial, sebab, Imigresen cop balik paspot saudara mamak tu bermula daripada tarikh sia perbaharui dan bagi validity untuk tinggal di Malaysia selama 30 hari daripada tarikh diperbaharui.... Apa punya prosedur pun sia tidak fahamlah... Kalau kita fikirkan logik akal, sepatutnya kalau pas lawatan sosial tu tamat tempoh 21 Julai 2011, bila-bila kita perbaharui, diorang akan bagi tempoh another 30 hari daripada tarikh tamat tempoh la kan? Ini tidak! Aduilah! Sudahlah tu, perbaharui pas lawatan sosial ni bukan free tau! Kena bayar RM100 untuk 30 hari validity.... Hadoilah! Rugi! rugi! Apa boleh buat.......




Jadik, itulah serba sedikit yang boleh sia kongsikan berkaitan dengan prosedur permohonan pengambilan PRA setakat sebelum diluluskan... Minggu ni atau minggu depan sia akan check lagi sekali status permohonan sia tu... Harap-harap semuanya berjalan lancar dan dapatlah tahu keputusan sebelum pas lawatan sosial saudara mamak tu tamat tempoh.. Kalau tidak, mahu melayang lagilah RM100 untuk renewal.....

Nanti bila sudah lulus, sia akan kongsi berkaitan prosedur yang berikutnya ya! Kamurang doakanlah semuanya berjalan lancar dan dapat selesai sebelum si mak buyung ni meletup... Kalau tidak, mahu penin kepala En. Suami den meneruskan urusan yang belum selesai ni... Huhuhuhuhu....


Klik sini untuk bahagian kedua

Tuesday, June 7, 2011

Raja dan Emas

0 orang pot pet

Pada suatu masa dulu, di sebuah Negara, terdapat seorang Raja yang teringin sangat menjadi kaya.

Dijadikan cerita, pada suatu pagi yang indah, Raja tersebut bersiar-siar di Taman Istana. Sedang bersiar-siar, si Raja singgah berehat di bawah pokok kerana berasa terlalu penat. Sedang duduk berehat, seekor pari-pari yang baik hati muncul dihadapannya. “Kenapa Tuanku nampak begitu sugul?” tanya si pari-pari kepada si Raja. “Beta teringin menjadi lebih kaya daripada apa yang beta ada sekarang ini lah pari-pari. Beta mahu memiliki banyak emas!” jawab si Raja. “Boleh! Hamba akan kurniakan Tuanku kebolehan menukarkan setiap apa yang Tuanku sentuh bertukar menjadi emas. Sekarang, cuba Tuanku sentuh pohon-pohon pokok itu” arah si pari-pari kepada si Raja. TING! Maka, bertukarlah pepohon pokok tersebut kepada emas. Gembiralah si Raja yang kemudiannya berlari-lari pulang ke istananya.

Sesampai-sampai di istananya, anakandanya yang dari tadi mencari-cari ayahandanya datang menerkam. Dengan gembiranya, si Raja memeluk anakandanya. Dengan secara tiba-tiba, anakandanya bertukar menjadi emas dan keras dan tidak bernyawa. Si Raja yang terkejut tidak sempat berkata apa-apa dan hanya mampu melihat anakandanya yang telah bertukar menjadi emas.

Tidak lama kemudian, si Raja berasa sangat lapar, lalu menuju ke meja santapan untuk makan. Betapa gembiranya si Raja bila melihat semua lauk kegemarannya berada di atas meja santapan. Lalu, dengan lahapnya, si Raja mengambil ayam golek kegemarannya. TING! Bila saja si Raja menyentuh makanan-makanan tersebut, dengan serta merta ianya bertukar menjadi emas dan sudah tentu tidak boleh dimakan. Begitu juga dengan pinggan mangkuk, sudu garpu… Pendek kata, apa saja yang disentuh oleh si Raja termasuk permaisurinya sendiri, telah bertukar menjadi emas. Maka bersedih hatilah si Raja melihatkan keadaan tersebut.

Dengan muka yang sangat sugul, si Raja pergi semula ke bawah pokok di tempat dia berjumpa dengan si pari-pari yang baik hati… Tunggu punya tunggu, muncullah si pari-pari… “Kenapa hamba lihat muka Tuanku masih kelihatan sugul?” tanya si pari-pari kepada si Raja. “Tuanku tidak gembira dengan kebolehan Tuanku menukarkan apa sahaja yang Tuanku sentuh kepada emas?” tanyanya lagi. “Tidak! Beta tidak gembira dengan kebolehan ini. Beta menyesal memintanya wahai si pari-pari. Kini, anakanda beta, permaisuri beta, malahan makanan kegemaran beta semuanya telah bertukar menjadi emas. Disebabkan itu, beta telah kesunyian dan berasa lapar kerana setiap apa sahaja yang beta sentuh telah bertukar menjadi emas” Adu si Raja kepada si pari-pari. “Jadi, apa yang Tuanku mahu hamba lakukan sekarang ini?” tanya si pari-pari kepada si Raja. “Beta mahukan keadaan kembali seperti sebelum ini. Beta tidak mahukan kebolehan itu lagi. Beta bersyukur dengan apa yang beta ada sekarang. Kekayaan yang beta ada sudah mencukupi dan beta tidak perlukan lebih banyak emas. beta mahukan keluarga beta semula.. Beta mahukan nikmat merasai makanan kesukaan beta semula. Tolonglah si pari-pari! Beta insaf kerana berasa tamak dengan meminta yang bukan-bukan” jawab si Raja.

Tidak lama kemudian, si pari-pari menunaikan permintaan si Raja dan mengembalikan keadaan seperti sediakala. Anakanda, permaisuri dan semua makanan kegemaran si Raja bertukar semula kepada keadaan asalnya. Maka, gembiralah si Raja kerana dia kini boleh hidup seperti biasa dan menikmati kehidupan yang serba sederhana di samping keluarganya dan makanan-makanan kegemarannya….



Hehehehehhe… Tiba-tiba pulak si mama glam ni bukak cerita dongeng di hari Selasa… Sebenarnya kan, cerita dongeng ni sia cilok daripada salah satu buku cerita si minah Aimee..

Bukan apa, sekadar renungan dan peringatan kepada diri sendiri dan juga pembaca-pembaca blog si mama glam…

Kadang-kadang, guna bahasa mudah seperti cerita dongeng kanak-kanak ni lebih mudah kita fahami berbanding menggunakan ayat-ayat yang power kan?

Jadinya, renung-renungkan dan selamat beramal.. Hehehhehe…


Wednesday, April 27, 2011

Tips: Melayan pengkomen anonymous yang $*%*(&$$%#*

4 orang pot pet

Selama sia ber blogghopp di blog-blog orang yang tidak sia kenali a.k.a kadang-kadang blog yang glamour-glamour, sering sia ternampak komen-komen tidak enak daripada anonymous di entry-entry penulis blog. Kadang-kadang kalau yang berani, siap komen menggunakan ID sendiri lagi.

Kesian jugak sebenarnya dengan si penulis-penulis blog yang terkena tu. Masa tu, mulalah terdetik dalam hati ~Nasib baik blog aku tidak glamour sampai kena serang oleh orang-orang macam ni~ Hahhahahaha… Padahal sebenarnya jeles sebab blog-blog diorang tu glamour tapi blog si Am I Glam Enough? ni tidak jugak glam glam.. Hahhahahaha….

Ok, ok, serius ok! Bila menelitikan entry-entry yang menjadi mangsa si anonymous ataupun kita tukar nama lah, si pengkomen-pengkomen kurang enak (wah! Ayat!), sia sebagai orang di atas pagar selalunya tidak terus menghukum si penulis mahupun si pengkomen sendiri. Sia akan melihat dari sudut yang sememangnya logik di akal.

Contoh: Sekiranya si penulis sememangnya menulis sesuatu yang tidak betul, sia akan sama tidak setuju dengan apa yang ditulis oleh si penulis. Tapi, tidak bermakna, sia menyokong apa yang si pengkomen komen sekiranya komen yang ditulis itu memang bertujuan untuk menyakitkan hati si penulis.

Maksudnya, sekiranya si penulis menulis sesuatu yang tidak betul, seharusnya, si pengkomen meninggalkan sesuatu yang membetulkan apa yang si penulis itu tulis, tetapi haruslah dengan cara yang betul yakni dengan menegur secara baik dan tidak menyakitkan hati.

Dan lagi satu, sekiranya, si pengkomen itu adalah bukan kenalan rapat kepada si penulis, adalah lebih baik si pengkomen membaca dulu entry-entry lain si penulis sebelum menghukum sesuatu penulisan si penulis. Manalah tahu, sebenarnya, si penulis tu sememangnya orang yang baik-baik, tapi kebetulan ada sesuatu yang membuatkan dia tidak gembira pada hari dia menulis entry tersebut, lalu membuatkan dia menulis entry yang kurang enak dibaca. Maka, adil kah kalau dia dihukum hanya berdasarkan entry yang satu itu?

Bagi si penulis pulak, pada sialah, bila kita mendapat komen-komen yang tidak sedap untuk dibaca, sepatutnya, kita jangan melenting dulu. Bukan apa, kadang-kadang apa yang dikomen oleh orang yang tidak kita kenali itu ada betulnya, cuma mungkin cara menegur itu kurang enak dibaca. Jadi, apa salahnya kalau kita buat reverse psikologi dengan membalas kata-katanya dengan ayat yang lebih baik untuk dibaca. Jangan ikut rentak si pengkomen dengan memaki hamun sama si pengkomen. Dengan berbuat demikian, tidaklah kita ni nampak setaraf dengan pemikiran si pengkomen sekiranya komen yang ditinggalkan itu berbunyi seolah-oleh manusia yang tidak berakal.

Tapi, bila si pengkomen telah melampaui tahap batasan yang sepatutnya, ya! Masa itulah baru kita lancarkan serangan bertubi-tubi untuk menunjukkan rasa marah kita. Tapiiiiii…. Ada tapi lagi… Pun, tidak usahlah menggunakan ayat-ayat memaki hamun. Lagi sekali gunakan reverse psikologi… Mungkin dengan cara macam ini:

“Terima kasih kepada anonymous di atas komen yang diberi. Sekurang-kurangnya dengan kunjungan anda, dapat jugak meningkatkan lagi bilangan traffic di blog saya ini. Komen anda itu mungkin lebih membuka mata saya untuk lebih berhati-hati apabila membuat satu-satu entry pada masa hadapan. Terima kasih sekali lagi! Saya hargai kunjungan anda ke mari. Jangan lupa datang lagi pada masa hadapan ya!”

Nah! Kan bunyinya macam berakal sikit tu. Tidaklah kita pun jatuh sama kategori dengan si pengkomen yang sarcastic itu. Hah! Sila copy paste contoh komen di atas! Manalah tau kamurang akan mendapat komen-komen daripada anonymous seperti yang sia cakapkan di atas.. Hehehhehehe….

Kalau kamu tanya sia sendiri, selama berblogging, adalah sekali sia terkena. Di entry ini. Mula-mula sakit hati jugak. Iyalah, entry tu memang sia tulis untuk meluahkan rasa tidak puas hati sia terhadap kedai tu. Masa tulis tu memang dalam hati tu meluap-luap lah. Tu yang tertulisnya entry tu. Jadi, bila ada orang yang tidak dikenali komen yang boleh membuatkan panas hati, sudah tentulah hati ini akan membakar kan? Tapi, bila sia fikir-fikirkan balik, ada betulnya jugak apa yang si pengkomen itu cakapkan. Lalu akhirnya, sia pun redalah daripada kemarahan yang meluap-luap. Dan dan muhasabah diri dan berjanji pada diri sendiri untuk lebih berhati-hati apabila menulis satu-satu entry pada masa hadapannya…

Iyalah, mana ada manusia sempurna dalam muka bumi ni. Semua orang melakukan kesilapan. Tapi, kalau hendak menegur, biarlah kena dengan caranya. Janganlah sampai melupakan adat susila orang timur.. Ecececcece….

Bagi blog yang sememangnya penulisnya macam #%%^(*)$#$( pula, a.ka si penulis tu memang jenis yang menulis untuk bermegah-megah, untuk menyakitkan hati orang dsb, kalau sia lah, tidak kuasa pulak sia untuk menjenguk ke blog tersebut untuk ke sekian kalinya. Untuk meninggalkan komen pun, mungkin tidaklah, sebab tahu, orang-orang yang macam ni memang jenis manusia dia saja yang betul. Tidak pun orang yang macam ini, memang hanya hidup di dalam dunianya sendiri. Jadi, apa guna memberi nasihat kepada orang-orang yang macam ini? Silap haribulan, kita pulak yang akan menjadi bahannya balik! Ish! Tidak kuasa!


p/s: Lepas tulis entry ni, baru perasan Puan Fanor pun ada tulis entry yang content nya lebih kurang. Entah-entah, sekarang ni memang waktu pengkomen anonymous menyerang blogger-blogger... Jadik kamurang, hati-hatilah, lagi-lagi kalau blog kamurang tu memang famous. Sabar banyak-banyak ya!


Tuesday, April 19, 2011

Bersalin di hospital kerajaan atau swasta?

12 orang pot pet
Dulu masa sia mengandung anak pertama, sia selalu diajukan soalan “Mana buat monthly check up?”, “Mana scan baby?” “Mana nak bersalin?”…. Sekarang, masa sia mengandung anak kedua, soalan yang sama selalu terpacul daripada mulut kawan-kawan dan saudara mara. Dan setiap kali tu, jawapan sia tidak pernah berubah, iaitu “Klinik kerajaan” dan “Hospital kerajaan”

Masa sia mula-mula mengandung anak yang kedua ni pulak, ada seorang pakcik ni cakap pada sia “Kali ni beranak, suruhlah Mel hantar ke hospital swasta pulak. Tak payahlah berjimat sangat dengan duit tu”… Masa tu, dan dan tu jugak sia jawab “Suami saya tidak kisah kalau saya mahu bersalin di mana pun. Tapi, saya yang taknak. Saya selesa dengan hospital kerajaan. Saya yakin dengan hospital kerajaan”. Mendengarkan jawapan sia, pakcik tu tambah lagi, lalu dijawab sia “Tapi pakcik, kalau ada berlaku apa-apa komplikasi, mana-mana hospital swasta pasti akan tolak kes ke hospital kerajaan. Jadi, buat apa saya longgok duit saya ke hospital yang tidak mampu membuatkan saya berasa yakin dengan kemampuan dan peralatan yang diorang ada?”

Ok, bila cakap pasal isu ni, pasti ramai yang akan ala-ala hurt butt. Masing-masing ada pendapat sendiri.

Pada sia pulak, sia yakin dengan perkhidmatan yang diberikan oleh klinik-klinik dan hospital kerajaan. Satu, sebab diorang ada standard prosedur yang mana laporan pemeriksaan kesihatan diorang tu tersangatlah lengkap. Buku merah yang standard tu memang boleh terpakai walau di mana pun kita merancang untuk beranak.

Mungkin ada yang cakap, disebabkan terlalu banyak prosedur tu lah yang menyebabkan pemeriksaan di klinik-klinik kerajaan selalu mengambil masa yang lama. Ikut pengalaman sia sendiri, setakat 2 jam tu bukanlah perkara yang perlu dibesar-besarkan. Dengan bilangan pesakit yang begitu ramai, tempoh tersebut sia kategorikan sebagai standard. Lagipun, layanan diorang adalah berdasarkan 1st come 1st serve basis. Jadi, kalau yang sudah biasa, kalau appoint tu jam 8 pagi, baiklah datang 10 atau 15 minit awal. Bolehlah dapat nombor yang depan-depan. Bila dapat nombor yang awal-awal, dapatlah balik lebih awal, tidaklah perlu menunggu lama.

Nurse atau doktor yang garang? Ok, pada sia, di mana-mana tempat samada swasta atau kerajaan, sama sahaja. Dan ikut pengalaman sia daripada bersalin anak pertama, alhamdulillah, sia dipertemukan dengan nurse-nurse dan doktor-doktor yang baik. Ok, tipulah kalau langsung tidak berjumpa dengan yang garang dan bermuka masam. Ada, tapi bilangannya boleh dikira dengan jari… Dan pada sia, setakat bilangan yang seciput tu, tiada masalah untuk sia tutup mata sebelah… Dan sia akan reverse psychology balik ~Alah…. kalau aku di tempat diorang ni pun, mungkin aku pun akan jadi macam diorang. Mungkin sebab penat barangkali~

Di samping tu, walau doktor atau nurse tu buat macam mana pun, sia akan paksa mulut ni untuk senyum walaupun dalam hati, Tuhan saja yang tahu betapa geramnya hati ni… Lepas tu, sia akan pujuk diri jugak untuk terima layanan yang kurenggg dengan berbisik dalam hati ~Kesian diorang terpaksa buat kerja-kerja ni. Kalau akulah, bagi gaji sejuta pun belum tentu aku mau buat. Mencabar tu.. Mana kena check jalan lagi, mana kena sambut baby lagi.. mana kena bersihkan rahim lagi, mana kena check jahitan lepas orang bersalin lagi.. Euwww!~ Dengan berbuat demikian, sia akan lupa sekejap rasa marah tu dan mampu untuk senyum seikhlasnya. Dan selalunya, sikap positif sia tu akan membuahkan hasil yang lebih baik. Masa tu lah sia akan dengar orang lain yang banyak kerek mendapat layanan yang kurang, sia pulak mendapat layanan yang sebaliknya… Agaknya, diorang kesian tengok muka sia yang terpaksa senyum tu kan, jadi terus diorang berubah sikap dan melayani sia dengan baik.. Hehhehhehe….

Sebenarnya, pada sia, karma itu sangat adil. Kalau kita berbuat baik pada orang, pasti Tuhan akan memberikan balasan yang setimpal terhadap apa yang telah kita lakukan. Oklah, kita cuba letakkan diri kita ni di tempat diorang lah. Bayangkan orang yang sakit bersalin datang untuk dapatkan perkhidmatan kita. Datang dengan muka masam, marah-marah, kerek kunun dia layak untuk dapat perkhidmatan 1st class sebab dia itu seorang pegawai lah… Dia mahu macam ini lah, dia mahu macam itu lah… Senang cerita, banyak songeh! Di samping pesakit tu, kita ada lagi beberapa atau mungkin ramai lagi pesakit lain yang punya masalah yang lebih kritikal untuk di beri perhatian. Agak-agak, apa perasaan kamurang? Mesti dalam hati tu ~Hek elleh puan ni! Kerek pulak! Macam ko sorang nak beranak!~ Kalau sia sendiri lah, daripada layan manusia kerek yang macam ni, baiklah sia pergi menghadap pesakit yang tidak banyak songeh dan mudah untuk diuruskan. Tidaklah hati tu tambah sakit! Tidaklah spoil mood bekerja yang riang gumbira kan?

On top of di atas-atas yang sia cakapkan tu, yang paling sia suka pasal klinik-klinik dan hospital kerajaan ni, sudah tentulah bayarannya yang tidak mahal. Check up bulanan percuma, tidak kira samada si ibu tu pegawai kerajaan ataupun tidak. Bersalin pulak, setakat bayar harga katil saja. Alah, setakat berapa belas ringgit tu… kalau tidak silap sia, RM6/semalam. Hah! Hospital swasta dapat? Sorry lah beb! Kalau kamu-kamu tidak ada duit riban-riban, jangan harap arrrr! Sebab tu, ada sesetengah orang bila masa bersalin saja, mulalah tergaru-garu kepala sebab kena korek semua simpanan yang ada untuk bayaran hospital dsb. Pada sia yang tidaklah banyak mana duitnya, hospital kerajaan memang paling sesuai lah. Bukan tidak ada duit, tapi, sia mengaku, sia memang lokek untuk bayar duit sebanyak itu untuk perkhidmatan yang sia rasa sia boleh dapat dengan harga yang lebih murah di hospital kerajaan. Jadi, buat apa sia menabur duit di swasta kalau sia sendiri selesa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh hospital kerajaan? Baik sia guna duit tu untuk beli barang kelengkapan lain macam pam susu, car seat dsb yang sudah tentu-tentu harganya memang tidak boleh dirunding. Mahu tidak mahu, harga barang-barangan tu memang standard. Situ pun sudah makan riba-riban… Mana duit untuk akikah lagi… Baju-baju lagi… Ah! Macam-macam lah…

Ok, ok, bila sia cakap macam ni, bukan tujuan untuk mengutuk orang-orang yang bersalin di hospital swasta. Tidak sama sekali. Itu hak masing-masing. Pada yang berkemampuan dan mementingkan layanan yang tip top dan kepantasan, mengapa tidak? Pilih saja hospital swasta yang diingini, yang penting fulusnya adaaaaa…

Sia buat entry ini untuk tekankan, buat masa ini, buat ketika ini, sia masih yakin dengan perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan. Sia mahu ubah persepsi orang terhadap perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan. Jangan memperlekehkan kebolehan dan kepakaran mereka. Jangan hanya disebabkan mementingkan standard, sangggup berhabis duit untuk bersalin di hospital swasta yang akhirnya membebankan poket yang sebenarnya kurang mampu. Ukur baju di badan sendiri. Jangan main dengar cakap-cakap orang sebelum mencubanya sendiri. Sakit beranak tu, di mana pun sama saja.

Dan sedarlah, walau semahal mana pun perkhidmatan yang kamu mampu bayar di hospital-hospital swasta, mereka tidak akan mampu menandingi tahap kepakaran dan kecanggihan peralatan yang ada di hospital kerajaan. Percayalah! Cuma, mungkin layanan di sesetengah hospital dan klinik kerajaan tidak seperti yang kamu harapkan yang boleh kamu dapat di hospital swasta. Itu sia anggapkan sebagai nasib… Tapi, sia sendiri setakat ini berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh klinik dan hospital kerajaan yang telah sia kunjungi. Alhamdulillah… Pada sia, keadaan sudah banyak berubah… Tanggapan dulu-dulu terhadap doktor dan nurse kerajaan patut diubah. Prestasi dan keupayaan mereka memang patut dibanggakan!

Sia dulu bersalin di sini. Layanan memang tip top I tell you!

Thursday, April 14, 2011

Bagaimana untuk import entry di wordpress ke blogspot

0 orang pot pet

Hari ini sia mahu berkongsi sedikit ilmu pasal meng import blog Wordpress ke blogger…

Pada yang tidak tahu, sia ni dulunya adalah seorang pembelog Wordpress yang tegar… Tapi, telah menderhaka disebabkan oleh beberapa faktor yang sia sendiri sudah lupa.. Apa daaaaa….

Sebenarnya, masa sia mula-mula bukak akaun blogspot ni, sia sudah import isi kandungan blog sia yang di Wordpress tu. Tapi, telah sia delete semuanya masa sia dok sibuk-sibuk beriya-iya teringin register untuk Ad sense. Ingatkan itu sebab musabab sia tidak boleh register Ad sense.. Rupa-rupanya tidak… Setelah menyesal, sia pun ingat mahu import baliklah semua entry yang telah di delete. Sekalinya, entah bagaimana sia boleh lupa pulak cara-cara mengimport blog Wordpress tu. Jadiknya, begitu lama, sia tiadalah entry-entry yang dari Wordpress tu.

Baru-baru ni, bila dok sibuk-sibuk cari checklist mengandung masa sia mengandung kali pertama dulu, barulah terasa macam Ah! Kan bagus kalau semua entry yang berguna dalam wordpress tu aku boleh bukak terus dari blog yang ada sekarang ni (blogspot)”. Hah! Lepas beberapa kali cuba, GAGAL! Aik! Pelik pulak den! Dulu macam senang jak.. Apa pasal sekarang susah? Asyik-asyik keluar error! Grrrrrrr!!!!!!!!!!!

Hampir naik angin, sia pun guna khidmat En. Google. Welll… siapa lagi yang boleh diharapkan kan? Sekali search, terus dapat link ini, dan keluarlah page di bawah ni.


“Hmmm.. betullah cara aku eksport blog tu… Tapi, apa pasal tarak boleh import di blogger pulak hah?" Ngomel sia dalam hati...

Godek punya godek… Lorrrr… Sebenarnya, sia sendiri yang tiba-tiba tidak paham bahasa bila baca page tu…. Sia dok cuba diget apa yang dimaksudkan oleh instruction yang No. 6 tu. Puaslah klik kanan pada fail yang sudah di save dan cuba membuka fail tersebut… Tapi, apa pasal butang browse tu tidak muncul-muncul hah? Macam mana mahu convert ni? Gggrrrrrrrrrrrrrrrrr!

Huish! Hampir naik angina jugaklah dibuatnya oleh kedaifan sendiri. Sekalinya, TING! Tiba-tiba otak macam berfungsi dengan lebih baik…. Lorrrrr….. Rupa-rupanya, browse fail yang sudah di save tadi di page converter tu… Hahahhahahha…. Sengal! Errrrr… Kamurang paham tidak apa yang sia cakap ni?

Ok ok…. Macam ni. Lepas kamurang sudah save fail worpress yang xml format tadi. Kembalilah ke page macam gambar di atas tadi. Lepas tu, tekan butang browse yang di instruction no. 6 tu. Then tekan butang convert, dan DONE! As easy as that! Kalau tidak faham jugak, tengok gambar di bawah ni ya…


Lepas berjaya convert, ikutlah arahan seterusnya ya! Dan tadaaaaa! Semua entry di dalam wordpress telah berjaya di covert kan ke blogspot. Yahoooo!!!!!!!! Selamat ber blogspot!


Friday, April 8, 2011

Rasa macam setapak ke hadapan dalam bidang ICT hari ini!

3 orang pot pet
Sudah lama rasanya sia tidak bukak Dashboard blog sia ni. Sebabnyaaaaa… sia ni selalunya jarang log out blog.. Jadiknya, setiap kali sia bukak komputer, maka dengan automatiknya sia akan telah terlogin… Dengan itu, memang jarang sekalilah kan sia akan melihat apa sahaja yang benda baru yang terdapat di dashboard blogger.

Tapi, pagi ni tiba-tiba sia logout dan sudah tentunya sia perlu login semula kan? Tiba-tiba 1 window pop up pasal Dynamic View. Sebenarnya, Puan Mastur sudah review pasal benda ni dalam entry beliau yang ini. Tapi, being me yang memang buta IT, sia langsung tidak ambil pusing pasal benda-benda yang pada pendapat sia melebihi kemampuan sia untuk memahami… Percayalah, sia memang serius kurang pandai bab-bab IT IT ni.

Tapi, entahkan kenapa, tadi sia click jugak pop up window tu. Dan rajin pulak tu cuba satu-satu Dynamic View tu.

Bagaimana untuk mendapatkan Dynamic view tersebut?

Taip url nya begini ya: http://alamat blog anda.blogspot.com/view/jenis Dynamic view yang dikehendaki

Contoh:



Flipcard view, http://aweng-mamaglam.blogspot.com/view/flipcard


Mosaic View, http://aweng-mamaglam.blogspot.com/view/mosaic


Sidebar View, http://aweng-mamaglam.blogspot.com/view/sidebar


Snapshot View, http://aweng-mamaglam.blogspot.com/view/snapshot


Timeslide View, http://aweng-mamaglam.blogspot.com/view/timeslide


Dan… Ouh I loike it bebeh! Sangat canggih seh! Ok ok, sia mengaku, sia memang outdated.. Orang sudah lama excited, sia baru hari ini over excited. Apa-apa pun, sia paling suka Flipcard view. Sangat senang untuk sia cari entry atau untuk tujuan cari gambar ka… Ouh.. betapa bagusnyalah apps (ni panggil apps ka hah? Suka-suka hati kau panggil apps!) blogspot yang baru ini… Terima kasih blogspot kerana telah membuatkan sia berasa sia telah maju ke hadapan lebih lagi dalam bidang ICT pada hari ini.. Hhehehehhehe…


P/s: Kalau kamurang perasan, sia ada letakkan butang Dynamic view tu di sebelah butang Page Element di sebelah atas page ni. Kunun memudahkan kamu-kamu kalau teringin view blog sia ni dengan mana-mana Dynamic View yang baru tuh lah.. Cubalah!


Friday, February 25, 2011

Aku pernah kreatif?

0 orang pot pet
Pagi ni, entahkan kenapa, sia tiba-tiba terfikirkan pasal baby carrier. Teringat baby carrier yang kami beli untuk Aimee sebelum dia lahir dulu. Dan.. dan dan itu jugak teringat kisah lucu, lawak, bodoh macam mana kami hampir2 terbuang baby carrier tersebut. Hahhahahahhaa… Tidak perlu diceritakan di sini...

Ok, ok berbalik pada cerita baby carrier, sia ni seorang yang sangat tidak arif pasal jenis-jenis baby carrier yang ada. Jadinya, masa sebelum Aimee lahir dulu, bila orang cakap pasal baby carrier, sia hanya akan terbayangkan baby carrier yang tipikal yang menggunakan buckle dan zip. Jadinya, baby carrier yang kami belikan Aimee memanglah rupanya hampir-hampir sama dengan gambar yang di bawah ini. Berwarna hitam dan diperbuat daripada polyester barangkali...

*pics googled


Tapi, entahkan kenapa, tadi gatal-gatal tangan pulak pigi google pasal baby carrier, dan terjumpalah macam-macam jenis carrier yang digunakan oleh ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Dan masa tu jugaklah, muncung menjadi panjang kerana berkata Oooooooooooo…….. Rupanya ada pelbagai jenis baby carrier selain daripada yang tipikal itu…. Dan dan jugak teringat kawan-kawan dulu dok sibuk bercakap pasal Mei Tai.. Sekarang sia sudah tau apa itu Mei Tai. Salah satu jenis baby carrier jugak, yang menggunakan kain dan dijahit menjadi seperti tipikal baby carrier…

*pics googled


Selain daripada Mei Tai, terdapat jugak Pouch Sling, Ring sling dan pelbagai lagi jenis baby carrier yang diperbuat daripada kain yang menurut ramai ibu-ibu adalah lebih menyelesakan bayi-bayi berbanding dengan tipikal baby carrier yang menggunakan polyester dll. Comelnyaaaaaa!!!!!!!!

Sling Pouch (*pics googled)


Sling Ring (*pics googled)


Semakin berminat dengan jenis baby carrier yang juga dipanggil babywearing, sia pun melawatlah ke banyakkkkk website yang berkaitan dengan babywearing ni. Dan dalam-dalam membaca berkenaan dengan dengan babywearing ni, sia terjumpa satu blog yang sia rasa sangat kagum dengan penulisnya yang merupakan ibu kepada 2 orang anak kecil yang sangat-sangat obsessed dengan babywearing ni, My Babies

Bila berminat dengan satu-satu blog tu, sia yang BukanlahSeorangYangSukaMembacaTetapiSukaMembacaBlog ini belek-beleklah blog minah Aida ni. Semakin belek, semakin bangga sia dengan Aida ni. Dia pandai menjahit wooooo! Macam-macam dia jahit ok! Sia yang hanya pandai menjahit menggunakan tangan dan takut untuk menggunakan mesin jahit memang sangat-sangat vangga dengan orang yang macam ini ok! Dan, sia rasa, dia boleh come out dengan hasil-hasil yang pada sia sangat-sangat cute tu pun, sebab dia adalah seorang yang kreatif! Kalau sialah, erk! Maybe susah kottttt… I’m seriously not as creative as her! Tapi….. sia snagat suka melihat hasil-hasil kerja tangannya! Adakah sia mampu menjadi sepertinya…. Huhuhuhuhuhu, mungkin tidakkkkk… Hmmmm…

Tiba-tiba teringat, betapalah sia masa kecil sangat suka menjahit dan membuat kraftangan (seperti gelang, rantai etc).. Tapi, kenapa bila ku sudah dewasa ku tidak lagi seperti itu? Ah! Ku sendiri tiada jawapan! Mungkinkah sia akan fikirkan semula untuk kembali menjadi seperti masa sia kecil-kecil dulu dan come out dengan hasil kerja tangan sendiri yang boleh sekurang-kurangnya dibanggakan oleh diri sendiri? Hew hew... Apakah?


p/s: Kalau korang berminat nak beli babywearing buatan Malaysia, jenguk-jenguklah blog Big Eye Shop ni. Harga dia boleh tahan murah dan design-designnya pun boleh tahan cantik jugak.



Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery