Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, May 31, 2012

Resepi Donut Keju ala-ala Big Apple

9 orang pot pet

Semenjak sia pindah office di MV ni kan, hari-hari lalu Big Apple. 2 kali sehari pulak tu… Masa mula-mula pindah sini, tiap-tiap minggu la beli Big Apple… Masa tu, si minah Aimee la yang paling syiok. Main order jak, malam tu mamanya akan bawak kan donut. Bukan main happy la dia kan, siap tiap kali dapat donut tu akan cakap “hmmm… sayang mama! Tima kasih mama belikan Aimee donut!” hmmmmm, hati mama mana yang tidak cair kan bila anak cakap macam tu.

Tapi, lama kelamaan, tidak boleh jadi, asyik makan donut anak aku ni! Sudahlah memang sudah sedia bam bam.. makin bam bam lah kalau hari-hari makan donut.

Jadi, lama jugaklah sia stop bagi dia makan donut. Jarang-jarang adalah…

Sekali kemarin, masa sia tunggu kawan sia beli makanan di bawah tu, sia sia bersandar di tiang dekat dengan dapur Big Apple tengok pekerja Big Apple tu buat donut, sambil dalam kepala “hmmm.. macam senang pulak buat donut ni…”

Apa lagi, semangat masak-memasak dessert masih on, petang tu jugak beli donut cutter dan bahan-bahan membuatnya.. Sambil-sambil bawak kereta balik rumah siap terbayang-bayang sudah donut cheese dalam kepala… Pulak tu, siap terbayang Aimee cakap “tima kasih mama buatkan Aimee donut! Sayang mama!” Wuwuwuwuuwwuuu… Tambah happy lah si mama!


donut cutter, murah jak pun beli di Bagus


Ok, jangan cakap banyak, nah di bawah ni resepinya, cilok dari Aaain. Tq for the recipe ya Aaain!

Resepi Cheese Donut Lembut ala-ala Big Apple:

Bahan-bahan:
140ml susu
200gm tepung roti
20gm gula
20gm mentega
½ s/k garam
1 s/k yis

Topping:
Susu pekat
Parutan keju cheddar

Cara buat:
1. Masukkan semua bahan dalam BM dan biarkan BM buat kerja menguli setengah jam.

2. Canai doh dan terap menggunakan donut cutter dan susun atas talam non stick. Biarkan mengembang dalam masa 30-45 minit.

3. Goreng donut, dan toskan lebihna minyak.

4. Celupkan sebelah donut dalam sos white topping yang disukai. Kalau takdak, celup dalam susu pekat pun sodap!

5. Akhir sekali, taburkan parutan cheddar cheese ikut suka banyak mana mau…

6. Masuk mulut ngapppp! Sedap sekali!


Donut ni sia buat malam tadi. Dapat dalam 2 pinggan. 1 pinggan sia dengan En. Suami makan. 1 pinggan lagi Aimee share dengan makcik sia. Alhamdulillah, Aimee suka, dan seperti yang dibayang-bayangkan, dapatlah ucapan terima kasih yang sangat mengharukan daripada mulut puteri cilik sia nan 1 tu "Hmmm.. sedap! Tima kasih mama buatkan Aimee donut! Aimee sayang mama!" wuwuwuuwuwu... Mau mengalir rasa air mata terharuuuuuu.... Mama pun sayang Aimee sayang.. Lain kali mama buat lagi ok!

Wednesday, May 30, 2012

Resepi Tat Nenas (Pineapple Jam Tart) Sedap!

4 orang pot pet
Hari tu asyik buat pavlova, akibatnya, bukan main punya banyak kuning telur dalam peti sejuk. Ada dalam errrrr…. 16 biji mengkali.. Ka, 20 biji.... Huhuhuhuhuhu…

Sayang mau buang, sia google lah resepi yang perlukan guna kuning telur. End up, sia jumpa beberapa resepi biskut kegemaran sia. Antaranya, tat nenas (pineapple jam tart). Sia jumpa banyak resepi. Jadi, sia cubalah beberapa resepi (kata banyak kuning telurrrr… hehehhehe)…

Jadi, hari ini sia kongsi resepi yang paling sia suka. Sia combine resepi daripada kak hanieliza dan junjs11. Halal ya!:

Resepi Tat Nenas (Pineapple Jam Tart) – dapat dalam 50 biji

Bahan-bahan pastry:
200gm tepung gandum
1 biji kuning telur
150gm butter
20gm tepung kastad

Bahan inti:
jem nenas secukupnya (sia beli di Bagus yang sudah siap, paste nenas manis, guna dalam 250gm (kalau mau buat sendiri, refer sini)

Bahan glaze:
2 biji kuning telur
2 s/k air
1/8 s/k pewarna kuning telur
*kalau tidak mau guna glaze macam di atas, campurkan terus pewarna kuning ke dalam adunan. Pasti cantik kuning tat tu, Cuma tidak berkilat la kannnn…

Cara-cara membuat:
1. Jem nenas dibulatkan siap-siap seberat 5gm (atau besar 5 sen mengkali), ketepikan.

2. Campurkan semua bahan-bahan pastry ke dalam mangkuk sehingga menjadi doh.

3. Bentukkan pastry ikut suka hati, masukkan inti dan glaze kan.

4. Panaskan ketuhar pada suhu 160 degree selama 15 minit.

5. Bakar tart selama 30 minit.

6. Yeay! Siap untuk dimakan, lezat sekali!


Bawah ni tat yang sia tidak sapu kuning telur. Sedap juga, cuma tidak berkilat lah...

Friday, May 25, 2012

Roti Walnut Bercoklat

0 orang pot pet
Entry ni khas untuk Puan Ayu Fairuz yang nun jauh di Belanda....



Roti Walnut Bercoklat

Bahan2 :
250 ml air
550 gram tepung roti
100 gram butter
100 gram gula
1 pack yis segera (11gm)
1 s/k bread improver
1 s/k bread softener
100 gram walnut ~ di patah2kan
100 gram kismis coklat cip


Cara2:
1. Campakkan semua bahan ikut turutan (kecuali walnut dan coklat cip) di atas masuk dalam bread maker, guna mode dough, tekan butang start. Macam sia punya BM, mode ni makan masa 1 ½ jam. Sebab 30 minit untuk uli, manakala 1 jam untuk doh naik sekali ganda. Jadinya, apa yang sia buat, sia gunakan tenaga BM untuk uli selama 30 minit sampai jadi doh.

2. Lepas tu, sia keluarkan, campurkan doh dengan walnut dan coklat chip, bahagikan 2, dan biarkan doh mengembang sekali ganda di 2 loyang berasingan.


3. Lepas doh mengembang sekali ganda, panaskan oven selama 10-15 minit, masukkan doh dan bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 170 darjah celcius (kalau yang suka roti garing-garing sikit, boleh bakar pada suhu 180 atau 190 darjah celcius).

3. Sejukkan roti dan potong ikut suka hati. Nyummmmm!!!!!!!!!!


p/s: 
1.  Pada yang tidak ada BM jangan susah hati, uli guna tangan pun boleh dong.. Janji semua bahan diuli sampai sebati. Kalau mau jugak ikut macam BM, ulilah sampai setangah jam, kalau larat.. hehehehhe...  

2. Kalau perasan, sebenarnya, resepi roti ni sia olah daripada resepi roti walnut berkismis yang pernah sia buat dulu. Alhamdulillah menjadi dan sedap jugeeeee...

Tuesday, May 22, 2012

Resepi Pavlova Sedap!!!!!!

25 orang pot pet

Di petang yang mendung dingin ni, sia akan berkongsi resepi dessert kegemaran sia yang paling terbaru. Siapa yang friend dengan sia di FB mesti tahu hari tu sia kecoh pasal asyik buat dessert ni tidak menjadi.. Huhuhuhuu….

Ya! Tidak tipu, Sia yang memang ilmu baking membaking tidak berapa gah ni memang terpaksa cuba berkali-kali baru jadi… Sudahlah ilmu tu kurang di dada, pandai-pandai pulak tu derhaka resepi.. huhuhuhu.. Akibatnya, lepas buat kali keempat baru jadi! Yeay! Memang happy habis ok! Habislah telur di rumah tu dibuatnya.. Hahahhaha…

Sebenarnya kan, kali pertama sia makan pavlova ni masa mini reunion budak2 UTM tahun 2009. Masa tu buat di Alexis… Masa tu sia sedang sarat preggy kan si Aimee.. Macam-macam makan hari tu, jadi tekak orang kampong ni ala-ala makan macam “apalah bendalah ni?” Memang tidak feel dan tidak terasa mahu lagi dan lagi dan lagi…

Sekalinya, 2 minggu lepas tidak silap, officemate sia ni ada beli dari dari website ni. Kami ni dapatlah makan sepotong.. Masa pavlova tu masuk mulut, perghhhh!!!!!! Terasa macam “Huuuuuuuu!!!!!!!!!!! Ni semua aku punya! Aku tidak mahu kongsi plssss!!!!!!!!!!! Serius sedap gilak ok!!!!!!!!!!!”

Makanya, dan dan itu jugak tanya ke officemate tu mana beli… Dia pun bagilah url website di atas tu… Godek punya godek, dia ada bagi resepi sekali tuuuu….

Apa lagi… Cubalah…… Sedap kau!!!!

Out of sebiji pavlova tu, Setengah sia makan, suku bagi orang di rumah sia makan, suku lagi, bagi in law sia.. huhuhuhu.....

Nah! Sia kongsikan resepinya di sini, sia modify sikit. Halal ya yang empunya! :


Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur
1/2 cawan gula (sia blend) - resepi asal guna 1 cawan
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

250ml whipping cream
1 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu teh esen vanila


Buah-buahan hiasan (potong ikut bentuk yang disukai):
4 biji buah strawberi
1 biji buah kiwi
6-10 biji buah anggur
1 biji buah markisa (kalau ada)


Cara-cara buat pavlova:
1. Pukul putih telur sampai menjadi soft peak. Sia guna stand mixer jak, senang ;)

2. Lepas tu, masih dalam mode memukul, masukkan gula sesudu demi sesudu sampai habis. Pukul sampai jadi ‘meringue’ atau bahasa mudahnya, bertanduk. Refer gambar di bawah contoh-contoh adunan telah bertanduk.


Bila mencapai meringue, adunan tidak akan tertumpah kalau terbalikkan mangkuk.


3. Lepas tu, masukkan pula esen vanila, dan pukul sebati.

4. Matikan mixer, masukkan pula cuka dan tepung jagung dan gaul sebati menggunakan senduk kayu.

5. Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 150 degree celcius.

6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (Sia gunakan acuan kek 8 inci) Tuangkan adunan ke dalam bulatan yang telah dilukis cantik tadi. Pandai-pandailah cantikkan adunan tu ya….

7. Bakar adunan selama 1 jam.

8. Bila oven berbunyi, tutup api oven, bukak sedikit pintu oven, dan biarkan pavlova menyejuk di dalam oven selama lebih kurang 1-2 jam.



Cara-cara buat whipping cream:

1. Pukul whipp cream dengan gula dan esen vanilla sampai kental.

2. Masukkan dulu dalam peti beku selama ½ jam sebelum di picitkan ke atas pavlova. Senang cerita, sebaik-baiknya buat whipping cream lepas pavlova sudah masak atau bila mahu makan pavlova tersebut. Kalau tidak, nanti whipp cream tidak nampak cantik…



Sia cakap awal-awal ya, membuat pavlova ni mudah sebenarnya,  

TAPI!

Hah! Besar tapinya tu…. Jangan sekali-kali cuba menderhaka sebarangan resepi asalnya ya…

Ini adalah antara pantang larangnya (copy dpd website di atas):
1. PAstikan langsung tiada kuning telur yang termasuk dalam putih telur yang ingin digunakan.
2. Telur mesti dalam suhu bilik.
3. Peralatan digunakan kering dari sebarang kesan air atau minyak.


Untuk pantang larang tambahan (ni base on eksperimen sia yang tidak menjadi.. huhuhu):

1. Jangan sekali-kali suka-suka hati tukar gula tu daripada gula biasa ke gula perang (brown sugar). Kalau tukar jugak, nah! Ambik kau hasilnya akan jadi seperti di bawah. Pavlova tidak akan keras, sebaliknya akan jadi spongy dan kecutttttttttt…..


Sebelah kiri: pavlova yang menjadik,sebelah kiri pulak pavlova yang guna brown sugar, mengecutttttt....


2. Jangan sekali-kali ambil jalan mudah gunakan acuan untuk bakar pavlova.




Konon supaya dapat bentuk bulat yang cantik ya? JANGAN! Kalau buat jugak, dia akan jadik seperti di bawah!

Kan huduh rupanya tuuuu.... tiba-tiba dangggg! Puppp terjatuh sepelepup adunan tu!


 
Ni gambar pavlova bakar guna brown sugar + guna acuan pulak tu... Terbaik!!!!! Memang huduh!




Ni pulak rupa pavlova yang guna brown sugar tu.. Bolehlahhhhh...


3. Jangan kurangkan lagi sukatan gula daripada yang sia guna di atas. Kalau tidak, pavlova akan tidak mengeras dengan cantik. Paling bagus cantik kerasnya kalau guna 1 cawan gula lah.. Tapi, serius manis gilak! Jadi, pada yang kurang suka manis-manis, guna sukatan di atas pada sia sudah ok.



Ni gambar pavlova yang menjadi. Bakar guna gula biasa dan tidak menggunakan acuan. Bentuk free hand.


Dan ini adalah end product nya........



Serius sedap wa cakap lu!!!!!!



Wednesday, May 9, 2012

Biskut Cornflakes Rangup Sekali!

2 orang pot pet
Hari ini sia mau kongsi resepi biskut raya.. Hehehhhe.. Puasa pun belum, sudah sibuk pasal kuih raya kan…. Tidak kisahlah kan… Sebenarnya idea ni datang sebab anak dara sia si Aimee tu asyik sibuk ajak sia main tepung.. Balik2 dia cakap dengan sia “Mama, jom kita buat tepung” Mengkali sebab kebelakangan ni dia asyik tengok sia di dapur dengan tepung, buat roti lah, buat pizza lah… Semuanya kan berkisar dengan tepung.. Tu yang dia bersemangat mau main tepung tu…

Pikir punya pikir, sia rasa buat biskut dengan Aimee adalah sangat fun! Jadinya, sia pun carilah resepi buat biskut. Sebabkan rumah sia kebetulan ada banyak cornflakes yang tidak termakan, dan kebetulan sia pun memang suka makan biskut cornflakes, maka sia pun google resepi biskut cornflakes dan dapatlah resepi ini & ini.

Cuba punya cuba, sia come out lah dengan resepi di bawah ni. Ni kira modify ikut rasa suka tekak sendiri lah. Halal ya kak Fidah dan Kak Besah!


Biskut Cornflakes Rangup Sekali!
Kos: Lebih kurang RMXXXX (dapat dalam +-150biji yang comel-comel)

Bahan2 :


240gm mentega
150gm gula perang
2 biji kuning telur
150gm tepung naik sendiri @ [tepung gandum + ½ st membukit baking powder]
150gm tepung jagung
6 cawan cornflakes



Cara2:


1. Kacau sebati menggunakan senduk kayu mentega dan gula. Kemudian masukkan pula telur dan kacau sebati lagi.

2. Masukkan pula tepung naik sendiri dan tepung jagung dan kacau sebati.

3. Akhir sekali, masukkan cornflakes dan kacau guna tangan sampai semua cornflakes bersalut tepung.

4. Bulat2kan adunan sebesar duit 20 sen dan susun di atas dulang pembakar. Ratakan sikit guna jari.

5. Panaskan ketuhar pembakar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit.

6. Bakar biskut selama 30 minit, sejukkan dan boleh dingap krupp krappp krupp krappp rangup sekali! Yummeh!

Inilah hasilnya dengan bantuan anak dara ai tuuuuuuu... (yang ni sia guna papercup. Sia nasihatkan tidak payah guna papercup, sangat2 leceh!)

Friday, April 27, 2012

Pizza Home Made Besarrrrrr!!!!!!!!!

3 orang pot pet
Asyik buat roti walnut kismis tu, En. Suami pulak sound, buatlah pizza pulak... Laaaa… Pulakkk… Nasib baik sia punya momentum masak memasak masih ok.

Makanya, sia pun search lah resepi buat doh base pizza. Bosan sudah pulak makan pizza guna base segera tu… Demand! Mentang2 mood memasak masih on…. Hehehhe.. Tapi, sebenarnya, senang jak buat dohnya ni...

So, sia guna resepi ni buat dohnya. Terima kasih ya resepinya!

Pizza Home Made Besarrrrrr! (sia guna pan crispier 13”)
Kos: Lebih kurang RM13.16 (boleh makan untuk 3-4 orang)


Bahan-bahan doh:
125ml air suam – RM0.10 ~ guna air paip di rumah jaklahhh
2 cawan tepung gandum - RM0.50 ~ guna brand Bagus/Bluekey/cap Sauh
2 st yis segera – RM0.50 ~ brand mauripan/saf instant
1/2 st garam – RM0.05 ~ brand Layang/mana2 garam haluslah
1 st gula – RM0.01 ~ brand CSR
2sb minyak sayuran – RM0.20 ~ brand Seri Murni kottt

Bahan-bahan topping:
½ paket daging kisar – RM3.00 ~ brand Ramly
½ biji bawang besar – RM0.25
1s/k daun oregano kering – RM0.05 ~ daun-daun herba semua sia beli di Bagus
1s/k daun basil kering – RM0.05
½ s/k garam – RM0.05
½ s/k lada hitam – RM0.05
½ s/k lada sulah – RM0.05
½ biji bawang besar kuning (di dadu) – RM0.25
½ biji cili benggala hijau (di dadu) - RM0.50
3 batang sosej ayam (potong nipis) – RM1.50 ~ brand Ramly
100gm Keju mozzarella – RM4.00
Sos tomato – RM1.00
Mayonis – RM1.00
Daun-daun herba kering/pizza seasoning - RM0.05

Cara:
1. Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam BM, guna mode doh, tekan start, tunggu 1.5 jam. Kalau guna manual, campur sebati semua bahan, uli sikit-sikit dengan tangan, masukkan dalam mangkuk, tutup dengan kain, letak tempat panas sedikit, dan biarkan selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda.

2. Sementara tunggu doh siap, tumiskan sehingga separuh masak bawang besar dengan daging kisar, daun oregano kering, daun basil kering, garam, lada hitam & lada sulah. Ketepikan.

2. Lepas doh siap, panaskan oven selama 15 minit pada suhu 200 darjah celcius.

3. Ratakan doh ke dalam loyang pizza.

4. Lepas tu, cucuk-cucuk guna garpu dan tuangkan sos tomato dan ratakan.

5. ratakan pula daging kisar yang telah separuh masak, bawang kuning, lada benggala dan sosej ayam.


6. Taburkan keju mozzarella, tuangkan sekali lagi sos tomato dan mayonis.


7. Akhir sekali, taburkan daun-daun herba kering atau pizza seasoning.


8. Bakar selama 20-25 minit sehingga masak.


Dan hasilnya......

Puas hati! Mewah serba serbi yeay! Slurrppppppp! Sedap hingga menjilat jari! Serius!


Ni lah rupa pan crispier tu... Guna pan ni base tu akan rangup. Kalau tidak suka rangup, letakkan pan atas tray pembakar semasa membakar. Jadilah roti pizza macam di pizza hut tu.


Selamat mencuba ya kamurang!


Monday, April 16, 2012

Roti Walnut Kismis Meriah!

4 orang pot pet
Kebelakangan ni sia gilak betul makan roti walnut kismis Jusco La Boheme… Sebabkan boleh dikatakan almost hari-hari sia beli, sia pun google lah resepi di internet.. Buat sendiri jimat maaaa… Lepas tu, boleh letak banyak2 bahan yang kita suka.. Hehhehhe….

Jadinya, jumpalah resepi ni… Sekali buat, terus jadi dan sedap pulak tu (masuk bakul angkat sendirilah ya tuan tanah kedaung ni.. hehehhe) Terima kasih ya resepinya.


Roti Walnut Kismis Meriah!
Kos: Lebih kurang RM15.60 (boleh makan untuk 8-10 orang)

Bahan2 :
250 ml air – RM0.10 kot ~ guna air paip rumah lahhhh
550 gram tepung roti – RM1.85 ~ Brand Bagus
100 gram butter (resepi asal guna planta) – RM1.80 ~ Buttercup
100 gram gula (resepi asal guna gula kastor) – RM0.25 ~ Brand CSR
1 pack yis segera (11gm) – RM0.90 ~ brand Mauripan/saf instant
150 gram walnut ~ di patah2kan (resepi asal guna 100gm jak) – RM7.50 – beli di Bagus
50 gram badam cincang – sia tidak letak
100 gram kismis (resepi asal guna 50gm jak) – RM3.00 ~ kebetulan masih ada stok kismis Abu Dhabi yang besar-besar. Boleh jugak guna yang LIGO tu.
1 s/k bread improver – RM0.10 ~ brand Bagus
1 s/k bread softener – RM0.10 ~ brand Bagus


Cara2:
1. Campakkan semua bahan ikut tururtan di atas masuk dalam bread maker, guna mode sweet dough, tekan butang start. Hehhehehe...
2. Lepas 3.5 jam, roti siap, sejukkan dan potong dan ngapppp! Yummeh!

kan meriah kismis dengan walnutnya tu!


Nota: Untuk kaedah manual, rujuk pada link resepi asal di atas ya!

Thursday, April 12, 2012

Resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake

4 orang pot pet
Hari tu tiba-tiba rajin pulak mau masak –masak. Google punya google, jumpa resepi ni.

Cuba 1 kali, failed! Bantat!

Kali kedua cuba, baru jadi.. Hhehehehhe… Sedap siot! Sebijik sejibun macam cheese cake Jusco La Boheme tu.. Kamurang cubalah ya!


Cotton Soft Japanese Cheesecake
Kos: Lebih kurang RM12.50 (boleh makan untuk 10 -12 orang)


Bahan2:

Bahan A:
250g cream cheese – RM7.00 ~ Brand Tatura
50g butter – RM0.90 ~ Buttercup
100 ml susu segar (fresh milk) – RM0.60 ~ sia guna Low Fat Dutch Lady jak

Bahan B:
6 biji kuning telur – RM2.70 ~ telur Seri Murni
1 sdb jus lemon – RM0.30
1/4 sdk garam – RM0.05
60g tepung kek / tepung superfine – RM0.20 ~ Brand Bagus
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch) – RM0.20 ~ Brand Maizena

Bahan C:
140g gula (granulated sugar) –RM0.35 ~ Brand CSR
6 biji putih telur – ambil dpd 6 biji telur di bahan B
3/4 sdk jus lemon – RM0.20


Cara-cara:
1. Cairkan bahan A guna teknik double boiler. Lepas cair dan sebati, ketepikan dan sejukkan.

2. Untuk bahan C, masukkan putih telur & jus lemon ke dalam mixer, pukul sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu, masukkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). Ni makan masa lebih kurang 15-30 minit rasanya.

3. Sambil tunggu bahan C betul-betul bertanduk, satukan bahan B dalam 1 mangkuk dan kacau sebati guna senduk kayu.

4. Lepas adunan bahan A sejuk, masukkan campuran bahan B ke dalamnya dan kacau sebati.

5. Lepas bahan C bertanduk, masukkan campuran di no.4 ke dalam mixer dan kacau sebati.

6. Tuang adunan ke dalam tin pembakar berukuran 8.5 inci (kalau takut melekat, salut tin dengan baking paper).

7. Bakar kek guna kaedah bain-marie pada suhu 140 degree (resepi asal guna 160 degree) dalam masa sejam.

8. Siap untuk dinikmati. Gebus & sangat2 yummy ok!



Kaedah bain-marie: Letak kek atas tin pembakar yang lebih besar saiznya. Kemudian, tuangkan air panas ke dalam tin pembakar yang lebih besar tu.



Tips: Sebaik-baiknya, jangan guna spring foam. Yang kali pertama sia buat hari tu, guna spring foam la. Sudah balut dengan kertas aluminium sampai atas pun (tengok gambar di atas ni), masuk air jugak. Sudahnya, bantat kek aku macam di bawah ni! Tapi, still sedap tuuuuu...





Friday, June 10, 2011

Resepi Spagheti Carbonara

0 orang pot pet
RESEPI SPAGHETI CARBONARA
Kos: Lebih kurang RM17.00 (boleh makan untuk 4-5 orang)

Bahan2:
250gm spaghetti (guna fettuccine paling bagus) 2.50
5 s/b sayur campur
5 batang sosej (potong nipis 2mm)
2 s/b minyak zaitun
200gm ayam cincang
2 s/b mentega
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 ½ cawan susu ideal
3 cawan air
½ s/k serbuk lada hitam
½ s/k serbuk oregano
1 kiub ayam
1 s/b tepung gandum (bancuh dengan sedikit air untuk larutkan)
50gm mozarella cheese
Garam (jika perlu)

Cara2 membuatnya:
1. Didihkan air dalam periuk. Masakkan spaghetti ikut arahan dalam paket. Setelah masak, toskan dan jiruskan dengan air biasa sebelum ditoskan semula. Ketepikan dan campurkan dengan 1 s/b minyak zaitun supaya tidak melekat antara 1 sama lain.
2. Rebuskan pula sosej dan sayur campur, toskan dan ketepikan.
3. Panaskan lebihan minyak zaitun dalam kuali, gorengkan ayam cincang sekejap, ketepikan.
4. Dalam 1 bekas, satukan susu cair, air, bancuhan tepung, serbuk lada hitam & serbuk oregano. Ketepikan.
5. Dalam periuk, panaskan mentega, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan kiub ayam dan hancurkan. Masukkan pula campuran cecair dan mozarella cheese dan masak dengan api perlahan hingga mendidih. Masukkan ayam cincang dan masak lagi hingga mendidih. Seimbangkan rasa dengan garam (jika perlu) & angkat.
6. Untuk hidangkan, masukkan spaghetti dalam pinggan, taburkan sosej dan sayur campur diatasnya. Tuangkan kuah spaghetti secukupnya & nikmati semasa panas!



P/s: pada yang suka, boleh juga masukkan cendawan ya!

Wednesday, June 1, 2011

Resepi Gado-gado

2 orang pot pet
Baru hari Isnin cerita pasal sudah lama tidak ber MC-MC an… Sekalinya, hari Selasa, si mak buyung dilanda penyakit yang sudah lama tidak ketemuan, MUNTAH! Bluwek! Memang tidak best ini penyakit ok! Jadinya, kemarin, si mak buyung telah away daripada bekerja, tetapi, dia juga tidak ber MC an sebab dia bapak malas mahu pergi ke klinik untuk merayu doktor Kee memberinya MC.. lagipun, budget insurans bil klinik En. suaminya telahpun habis untuk tahun ini masa dia dok mabuk-mabuk di awal-awal mengandung dulu. Jadinya, untuk membazir puluhan ringgit untuk mendapatkan MC, baik tidak payah. Lagipun, cutinya untuk tahun ini pun masih banyak.. Jadi, EL lah jawabnya… Huhuhuhuhu…

Tidak sihat tidak sihat pun, sia masak jugak kemarin.. Sebab, si minah cilik tu ada di rumah… Mahu suruh ayahnya hantar ke rumah in law sia, kesian pulak sebab pagi tu nampak dia tidur bukan main punya nyenyak… Jadinya, tinggallah dia dengan mamanya seharian di rumah… Pagi sia masakkan cekodok kesukaannya.. Tengahari makan nasi dengan ayam dan sayur… Malam pulak masakkan mi sanggul goreng dan fries, tapi minah tu tidak minat mi goreng, jadinya dia makan fries dengan telur mata ratah macam itu saja lorrrrr… Bukan main punya suka! Tapi, sorry kamurang, memang kemarin tidak ada ambil gambar makanan… Tukang masak kan kurang sihat… Takdak mood ambik gambar…

Tapi, hari ni sia teringin berkongsi dengan kamurang resepi gado-gado yang sia buat hari sabtu hari tu. Ni sebenarnya makanan orang Jawa rasanya. Tapi, di kampung sia dulu-dulu makanan ni memang sangat famous… Kiranya, antara makanan kegemaran sia jugaklah! manyak sedap woooooo! Jangan cakap banyak, kita check it out resepinya saja ya!


RESEPI GADO-GADO
Kos: Lebih kurang RM17.00 ~kalau masukkan semua bahan yang disenaraikan di bawah ya~ (boleh makan untuk 4-5 orang makan)


Bahan-bahan kuah:
2 cawan kacang (goreng dan tidak perlu buang kulit)
*1-2 biji bawang merah besar (kalau guna bawang merah yang kecil lagi bagus! Guna dalam 4-5 ulas)
*2 ulas bawang putih (Bahan-bahan bertanda * digoreng dulu dengan minyak)
2 sudu besar gula merah (gula melaka)
2 sudu gula
5 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil garam
10 biji cili api (kalau suka pedas)
4 cawan air suam

Cara-cara:
Kisar semua bahan sampai halus. Panaskan kalau mahu kuah tahan lama sedikit. Seimbangkan rasa masin, manis dan pedas ikut tekak masing-masing. Seimbangkan juga kepekatan kuah dengan menambahkan air jika perlu.. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Ketepikan.
Bahan-bahan gado-gado:
10 paket nasi impit NONA saiz kecil (rebus sampai masak)
1 ikat kangkung (kalau suka) – celur ~sia tidak letak, anginnnnnn~
1 ikat pucuk ubi (kalau suka) – celur ~sia tidak letak, anginnnnnn~
Taugeh (50 sen) – celur
1 ikat kacang panjang (kalau suka) – celur ~sia tidak letak, anginnnnnn~
1 ikat bayam (kalau suka) – celur
1 batang timun – potong ikut bentuk yang disukai
1 paket tempe – potong kecil dan goreng garing
3-4 ketul tauhu keras – goreng dan potong kecil
Keropok ikan goreng secukupnya

Cara-cara menyediakan gado-gado:
Potong nasi impit yang telah dimasak ikut besar yang disukai ke dalam pinggan untuk seorang makan. Taburkan sayur-sayuran, timun, tempe, tauhu dan keropok ikan secukupnya di atasnya. Kemudian tuangkan kuah gado-gado secukupnya. Siap untuk dimakan! Yummeh!





Selamat mencuba kamurang!

Friday, May 27, 2011

Resepi Kek Coklat Kukus Munira

6 orang pot pet
RESEPI KEK COKLAT KUKUS MUNIRA (Resepi cilok dari hanamemories)
Kos: Lebih kurang RM13.00 (boleh makan untuk 9-10 orang)

Bahan-bahan:

Bahan A:
1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje (letak 3/4 jugak)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair - hana gune susu segar (sia guna susu cair)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde (sia tidak letak)

Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C:
4 biji telur - diblender (tapi kak.noor pukul hingga kembang) - hana juga (pukul saja)


Cara-cara:
1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
2. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak (sia tidak letak pun kertas kalis minyak tu).
3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.
4. Siap untuk dibuatkan frosting kalau suka


Frosting tu sia buat guna coklat masakan saja...

Bahan-bahan:
170 gm coklat masakan
Sedikit cocoa butter (lebih kurang sebesar duit 10 sen)
Kacang tumbuk secukupnya

Cara2:
1. Masakkan coklat masakan dan cocoa butter dengan cara double boiler di atas api sederhana.
2. Setelah cair sepenuhnya, tuang di atas kek yang telah disejukkan ikut kreativiti masing-masing.
3. Taburkan kacang tumbuk sebagai hiasan.




Selamat mencuba kamurang! Resepi ni memang senang dan sangat moist! Kalau malas buat frosting, makan dengan aiskrim vanilla pun sedap! Ala-ala makan brownies Secret recipe dengan aiskrim vanilla pulak. Yummeh!


Info for sharing:
Cocoa butter tu diletakkan untuk melambatkan coklat masakan menjadi keras dan mencantikkan kekerasannya bila sudah sejuk. Paling sesuai digunakan untuk membuat Almond London.

Wednesday, May 25, 2011

Resepi Ketupat Sotong

0 orang pot pet
Huish! Huish! Dongan sudah bagi resepi ketupat sotong Mok dia lah… Kalau sempat memang kena cubalah hujung minggu ni… Siap janji bagi dia rasa lagi tu… Walaupun sia tahu mesti rasa dia tidak akan sama macam Mok dia buat, tapi, sia tetap bersemangat untuk mencuba resepi Mok dia.. Hehehehhe… Tq la ngan sudi melayan karenah kawan ko yang sorang ni… Nanti kalau aku jadi buat weekend ni, aku bawakkan ko hari Isnin k!

Sebenarnya, hari tu sia ada borak-borak pasal makanan Kelantan dengan Wani masa dalam perjalanan ke pejabat. Masa tu lah tiba-tiba teringat Dongan cerita pasal betapa sedapnya ketupat sotong… Dan dan tengahari tu cari resepi. Call Dongan, dia tarak angkat pulak. Jadiknya, mintak tulun En. Google lah… Dapatlah macam-macam resepi ketupat sotong ni.. Ada yang masin, ada yang manis, ada yang pedas.. Sudah! Mulalah kepala pening mahu pilih resepi yang mana satu… Pening pening pun, sia ambik jugak semua resepi.. Hehhehehhe…

Balik rumah, study semua resepi.. Lepas tu, pilih resepi ketupat sotong yang manis, dengan alasan buat teori sendiri ~Makanan orang Kelantan kan selalunya manis-manis… So, mungkin inilah yang terbaik!~ Lagipun, resepi yang sia pilih tu adalah yang termudah sekali! Memang dasar orang pemalas kan….

Jadi kamurang, mari sia kongsi dulu resepi ni sebelum sia mencuba resepi ketupat sotong Mok si Dongan tu ya!


RESEPI KETUPAT SOTONG (Resepi cilok dari myresipi)
Kos: RM19.00 (boleh makan untuk 4-5 orang) – Sia buat 1/5 daripada resepi saja

Bahan-bahan:
10 ekor sotong sederhana besar
1 cawan beras pulut
2 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka
sedikit garam
gula secukupnya
sehelai daun pandan
10 batang lidi- 3-4cm panjang

Cara-cara:
1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.

Dan hasilnya….


Sedap! Tapi, sia tidak boleh makan banyak, angin wooooo! Sayang sebab badan sia memang tidak tahan makan pulut. Tapi, sekurang-kurangnya, sia sudah mencuba! Lain kali orang cerita, boleh imagine kesedapannya... Hehehehhe….

Dan sebenenarnya kan kamurang, ada cerita di sebalik pembikinan ketupat sotong ni…

Hari tu, sedang-sedang sia masak, masa tu baru perasan sia tidak ada stok daun pandan. Jadinya, mintaklah jasa baik En. Suami tolong belikan di kedai bawah rumah kami tu. Dan entahkan apa malangnya, kedai tu pun sudah kehabisan stok daun pandan. Jadi, apakah yang sia guna untuk menggantikan daun pandan tersebut? Jeng jeng jeng…….

Sia gantikan dengan 1 sudu kecil esen vanilla…. Hahhahahahha… memang tidak boleh blah lah! Disebabkan itu, sia memang tidak makanlah kuah ketupat sotong tu… Pelik wei rasanya walaupun sedap… Imagine lah sotong dimasak guna esen vanilla... Euw! Jadinya, sia setakat baham ketupat sotong tu jaklah…

Hmmmm…. jadi, kalau jadi buat guna resepi Mok si Dongan ni, sia akan pastikan pisang tidak berbuah 2 kali, daun pandan harus ada! Kalau idak, merasa lah ko Ngan ketupat sotong ber esen vanilla… Muakakakakka....

Resepi Perkedil Jagung

0 orang pot pet
Kemarin jalan-jalan pasar tani…. Macam biasa kunun mahu beli susu jak, tapi, apa salahnya alang-alang singgah, kita round 1 kali itu pasar tani kan? Pun dengan harapan dapat beli mangga epal, boleh buatkan kerabu mangga untuk Puan Ninie si ibu mengandung yang sedang sarat tu… Hehehhe… Ada pun, walaupun dapat yang saiz kecil-kecil macam Puan Ninie.. Hehehhehe… Nanti kita buatkan dan bawak, tak esok, lusa k Ninie!

Lepas tu, sambil jalan-jalan nampak pulak gerai jual jagung… Huish! Lama tidak makan perkedil jagung! (ni panggilan keluarga sia. Sebenarnya, rupa makanan tu macam cucur jagung lah). Apa lagi, belilah 3 bijik, jagung manis pulak tu! Sedapnya!

Balik-balik rumah, semangat terus call mamak mintak resepi.. Heeee…. Nafsu orang berpuasa ni… Sekali dapat bercakap dengan adik perempuan sia, dapatlah jugak resepi. Lepas tu, sia ubah-ubahlah ikut apa yang ada di rumah tu dan juga perlu disesuaikan dengan selera budak minah kicik, in case lah dia tiba-tiba berminat dengan perkedil jagung mamanya kan…

Jadi, kamurang, layan resepi perkedil jagung versi si mama glam ni


RESEPI PERKEDIL JAGUNG
Kos: Lebih kurang RM5.00 (boleh makan untuk 4-5 orang)

Bahan-bahan:
2 batang jagung muda/manis saiz sederhana
2 biji telur saiz kecil
1/5 biji kubis Beijing saiz kecil (sia suka guna jenis kubis ni sebab rasanya lebih manis)
4 batang cili merah
1 labu bawang besar
Segenggam taugeh (sia tidak letak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah (sia tidak letak jugak)
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk kunyit
1-2 cawang tepung (lebih kurang)
1 cawan air

Cara-cara membuatnya:
1. Hiris jagung dan ketepikan.
2. Hiriskan halus juga kubis, cili merah dan bawang besar.
3. Pukul telur dan masukkan jagung, kubis, cili merah dan bawang besar, taugeh, lada sulah dan garam.
4. Kemudian, masukkan jagung dan air dan sesuaikan kepekatan. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Janji bila cedok guna sudu, senang untuk bancuhan jatuh sendiri (faham tidak? Buat-buat faham sudahlah kan? Huhuhuhu)…
5. Panaskan minyak. Sudukan bancuhan dan goreng hingga kekuningan, angkat, tos dan hidangkan dengan sos kegemaran.


Keluarga sia biasanya makan perkedil jagung ni dengan nasi.. Kira jadi macam lauklah… Tapi, sia malam tadi makan macam tu jak cicah dengan sos cili! Memang yummeh! Pagi ni pun, terbangun lambat, tidak sempat makan nasi, bersahurkan perkedil jagung lagilah jawabnya. Tapi, sia tidak kisah, sebab sia memang suka makan perkedil ni! Slurrrpppp! Hehhehehhe…

Oklah, kamurang, selamat mencuba ya!

Tuesday, May 24, 2011

Resepi Lamb Chop bersos lada hitam

2 orang pot pet
Resepi ni dapat daripada Mak Su En. Suami. Memang sedap dan menjadi kegilaan kami sekeluarga. Hehehehe..

RESEPI LAMB CHOP BERSOS LADA HITAM
Kos: Lebih kurang RM96.00 (boleh makan untuk 12-15 orang)


Bahan utama:
Sudah tentulah lamb chop mentah (4kg)

Bahan-bahan perap:
Selabu bawang putih
Lebih kurang setengah botol Kicap manis saiz biasa (sia guna cap kipas udang)
2 genggam lada hitam (kisar halus)

Cara-cara:
1. Mula-mula, ketuk daging lamb chop guna pengetuk besi yang tajam-tajam tu (sia guna hammer besi jak.. hehehhe..).
2. Kemudian, campur semua bahan utama dan bahan-bahan perap, dan perap semalaman paling bagus!
3. Bakar dengan suhu lebih kurang 170 darjah celcius selama 15-20 minit, atau kalau yang suka well done, lamakan lagilah masa memasaknya, 25-30 minit macam tu... Atau alternatif lain, goreng menggunakan non stick frying pan menggunakan minyak yang sangat sedikit.




Bahan-bahan sayur campur stim:
1 batang brokoli (saiz sederhana) – harga lebih kurang RM2
1 biji bunga kubis (saiz sederhana) – harga lebih kurang RM3-4
1 batang lobak merah

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Potong kecil (lebih kurang sebesar duit 50 sen) brokoli dan bunga kubis. Hiris setebal 2mm lobak merah.
3. Setelah air mendidih, masukkan semua sayur yang telah dipotong dan stimkan selama 5-7 minit. Angkat dan toskan.



Bahan-bahan sos lada hitam:
1-2 sudu mentega
*2 ulas bawang putih
*1 labu bawang besar merah (bahan * tumbuk halus)
3 cawan susu segar
2 cawan air
2 kiub daging
2 sudu kecil serbuk lada hitam
5-6 sudu besar kicap manis ABC (resepi asal guna kicap manis biasa) - yang suka sos kaler gelap, boleh tambahkan lagi
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air sedikit)
Garam dan gula secukupnya.

Cara-cara:
1. Panaskan mentega hingga cair.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk halus.
3. Masukkan air, susu segar, kiub daging dan serbuk lada hitam dan kicap manis. Biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
4. Perasakan dengan gula dan garam sekiranya perlu. Kemudian, sesuaikan kepekatan dengan menambah air sekiranya terlalu pekat atau tambahkan tepung jagung sekiranya terlalu cair. Sesuaikan juga warna sos ikut kesukaan menggunakan kicap. Siap!



Selamat mencuba kamurang! sangat sedap serius!

Friday, May 20, 2011

Resepi Mee Goreng Bonda

2 orang pot pet
RESEPI MEE GORENG BONDA (cedok dari hanamemories)
Kos: Lebih kurang RM14.00 (boleh makan 3-4 orang)

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning (lebih kurang 450gm)
1 cwn udang basah (sia guna lebih kurang 20 ekor saiz besar)
1 cwn daging hancur- guna daging yg dah di rebus pun ok juga
1/2 cwn kacang tanah- di goreng dan tumbuk kasar2
2 sb sos tiram
2 sb sos tomato
3 sb sos cili
2 sb kicap pekat
1 biji tomato belah 6
taugeh dan sawi secukupnya - hana tambah tauhu goring (sia masukkan sawi saja)
garam dan sedikit gula
minyak utk menumis

Bahan di kisar:
4 sudu besar cili kisar (sia tidak letak. Takut pedas Aimee tidak boleh makan pulak)
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu besar udang kering (sia tidak letak)

Cara-cara:
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
2. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.
3. Bila cili dah masak, masukkan daging hancur dan gaul sebati, masukkan udang,biar dalam 3 minit & masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Masukkan kacang tanah yg di tumbuk tadi dan gaul rata. Tambah garam dan gula jika perlu.
4. Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
5. Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi.



Cubalah kamurang! Sedap, lain daripada yang lain!

Thursday, May 19, 2011

Resepi Ayam Madu Sticky

2 orang pot pet
Kamurang, pernah tidak satu hari, kamurang bangun pagi, tiba-tiba terasa macam kamurang terkejut dengan apa yang kamurang hadap di depan mata? Alaaaa… perasaan macam dalam cerita “13 going on 30” tu… Pernah tidak?

Kemarin sia mengalami perasaan tu… Huhuhuhuhu… Adakah ini adalah perasaan biasa bagi wanita-wanita yang bakal menginjakkan kaki ke alam thirties? Oooopppps! Salah, 25 tahun?

Tapi, betul tau… Pagi tu, masa tu baru jam 5 pagi. Masa tu sia dikejutkan oleh alarm untuk bangun sahur… Bangun-bangun, tiba-tiba rasa macam ~Errkkk! Aku berada di rumah sendiri? Dengan seorang suami dan anak di sisi? Perut pulak sedang boyot membawak anak kedua? Errrrr… Bukankah kemarin aku baru saja berangan-angankan semua ini? Berangankan aku ada pekerjaan yang bagus yang membolehkan aku memiliki semua ini? Punya keluarga sendiri dan hidup di rumah sendiri dengan bahagianya….~ Ouhhhhh… betapa indahnya perasaan pagi tu…. Terasa macam hidup tidak perlu melalui kepayahan untuk memiliki apa yang sedang dimiliki kini. Terasa macam ~kemarin aku tidur masa umur 13 tahun, tiba-tiba pagi ni aku bangun dengan umur 30 tahun dan telah memiliki semua yang baru aku impikan sebelum aku tidur malam tadi~ Ya! Sia bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan ya Allah! Sekali sekala diberi perasaan sebegini di waktu pagi yang hening, indahnyaaaaa!!!!!!!!!!!!

Oklah, cukup dengan cerita perasaan indah-indah, hari ni sia ingat mahu kongsi dengan kamurang resepi Ayam Madu Sticky. Sedap!


RESEPI AYAM MADU STICKY (Resepi asal dari hanamemories)
Kos: Lebih kurang RM9.00 (boleh makan untuk 3-4 orang)

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil
*2 inci halia muda - parut
*5 ulas bawang putih - ketuk (sia yang malas ni tumbuk sekali bahan bertanda *)
2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tiram
2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2 (sia letak sos ikan saja)
1 sudu besar sos cili dan sos tomato
3-4 sudu besar madu
1/2 sk lada hitam
1/4 cawan air
garam jika perlu

Cara-cara:
1. Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
2. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak (sia tidak gunakan minyak langsung).
3. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
4. Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
5. Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.

Sedap makan dengan nasi panas! YUmmy!



Selamat mencuba kamurang! Senang banget seh membuatnya!

Wednesday, May 18, 2011

Kerabu Mangga Epal & Manisan Gabeng

0 orang pot pet
*Entry ni sepatutnya di publish hari Jumaat hari tu. Tapi, memandangkan blogger ada buat gilak hari tu, jadi terpaksalah di publish hari ni*

Puasa yang ke-8 hari tu (Khamis), gagahlah jugak sia berjalan ke pasar tani. Mula-mula kunun mau beli susu segar saja di van Dutch Lady tu. Tapi, biasalah, perempuan.. Alang-alang sudah menapak tu, apa salahnya jalan-jalan ke gerai-gerai lain jugak kan?

Akibatnya, ternampaklah ada 1 gerai ni jual mangga epal. Woooow! Tekak orang puasa ni memang beberapa hari ni macam terasa mau makan kerabu mangga. Sekali borak-borak dengan rakan sekerja sia si budak Su tu, dia boleh pulak cakap “Uish! Kalau buat kerabu mangga guna mangga epal lagi sedap tu kak!” Haish! Saja jak tau gerai ni jual mangga epal di kala orang puasa ni teringin. Apa lagi, sia beli 4 bijik, 2 untuk sia, 2 lagi untuk si budak Su yang mengasik (nota: membuat) berliur tu….

Jadi, mari sia kongsi resepi kerabu mangga epal versi sia ya!


KERABU MANGGA EPAL
Kos: Lebih kurang RM4.00 (boleh makan untuk 5-6 orang)

Bahan2:
2 biji mangga epal saiz besar (Kupas kulit dan cincang)
1 batang bunga kantan saiz besar (hiris halus)
2-3 genggam kacang tanah (goreng, buang kulit dan tumbuk kasar)
5-6 biji cili padi (hiris halus)
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula



Cara2 membuatnya:
Campurkan semua bahan dan perap selama 10-15 minit sebelum dimakan. Yummeh!
Pada yang suka, boleh jugak potongkan bawang dan letakkan sos ikan ya!






Bila rasa macam mahu makan sesuatu yang manis dan mahukan sesuatu yang cepat, boleh cuba resepi Manisan Gabeng yang senang gila ini. Gabeng ni bahasa yang digunakan di kampong sia yang bermaksud biskut crackers.

MANISAN GABENG
Kos: Lebih kurang RM2.50 (boleh makan untuk 1 orang)

Bahan2:
6 keping gabeng – sia guna biskut cap Ping Pong
2 sudu besar buah campuran
8 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat manis
1/3 gelas air sejuk
Ais secukupnya


Cara2 membuatnya:
Campurkan semua bahan kecuali gabeng ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan gabeng yang telah dipatah 4 ke dalam mangkuk campuran tadi. Siap! Macam sia, sia suka kalau biarkan dalam 2-3 minit sebelum dimakan. Sedap sebab sebahagian gabeng tu kembang-kembang gitu!


Selamat mencuba kamurang!

Thursday, May 12, 2011

Puding roti berkuah

2 orang pot pet
Wah! Rasa sungguh penat hari ini! Hampir-hampir terlepas sahur pagi tadi. Nasib baik sempat makan honey stars dengan susu.. Sabar ya baby mama sayang… Kita puasa sama-sama kerana Allah… Petang nanti kita buka puasa, boleh makan puas-puas… Bertahan ok!

Ok, sekali lagi hari ni sia buat entry pasal makanan lagi lah… Macam sia cakap pada Niza, sia saja buat entry-entry ni kunun untuk naikkan semangat memasak yang sememangnya pemalas ni. Harap-harap berkekalanlah semangat memasak ni sampai bila-bila hendaknya… Janganlah setakat pembawakan masa mengandung ni…Aminnn..

Ok, jangan cakap banyak, resepi puding sia tiru Puan Mastura punya resepi dan sia ubah di sana sini (aku menderhaka ya puan Mas):

Puding Roti Berkuah
Kos: Lebih kurang RM13.00 (boleh makan untuk 5-6 orang)

Bahan2 puding:
8 keping roti (sapu butter depan belakang dan potong 4)
2 senduk kismis
2 senduk gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan susu segar

Bahan2 kuah:
1 tin susu cair
1 tin air
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan air sedikit)
1 sudu teh esen vanilla


Cara2 membuat puding:
1. Susun roti yang telah dipotong ke dalam loyang berselang seli dengan kismis dan ketepikan (Sia guna loyang bulat saiz 10.5 inci).
2. Pukul telur, gula dan esen vanilla sampai gula hancur. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi roti dan biarkan sekejap dalam 5 minit untuk roti kembang. Tabur sedikit gula atas adunan (kalau suka supaya nampak lebih cantik perangnya bila lepas bakar)
4. Panaskan oven 190 darjah celcius. Bakar puding selama 20 minit.
5. Setelah masak, sejukkan sebelum dimakan bersama kuah.


Cara2 membuat kuah:
Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau atas api sampai sedikit mendidih. Sejukkan sebelum dimakan bersama pudding roti.



Selamat mencuba kamurang!


P/s: Sedap juga kalau dimakan bersama aiskrim vanilla!

Wednesday, May 11, 2011

OMG! Mama Glam masak nasi lemak?!!!!!!!!!!!

6 orang pot pet
Puasa-puasa ni, macam banyak pulak entry pasal makanan…

Hari ni pun sia mahu buat entry pasal makanan jugak… Jadi, pada yang sama-sama sedang buat marathon tu, jangan marah arrrrr…. Sia hari ni insya Allah masuk hari ke-7 marathon. Jadi, nafsu menggila untuk makan tu idaklah seteruk masa 1st day hari tu.. Hhehehe…

Ok, hari ni sia mau kongsi resepi nasi lemak. Say what? Nasi Lemak? Hahahahhahaha.. Ya! Jangan terkejut, mama glam masak nasi lemak wei!

Pada yang tidak tahu, sia ni seumur hidup memang tidak pernah masak nasi lemak. Jadi, maksudnya, semenjak kahwin, memang tidak pernahlah En. Suami merasa nasi lemak isterinya kan… Jadi, isu nasi lemak ni memang selalu menjadi isu hangat bila masa kami laki bini berborak pasal masak-masak. Memang tidak pernah habis lah skrip “Bilalah nak merasa nasi lemak bini masak ni…” Huh!

Dulu-dulu kalau dengar ayat macam tu, sia bolayan jak. Iyalah, masa tu mood memasak pun tidak mari. Malas ya ampun! Lepas tu kepala sia ni pulak memang set ~Masak nasi lemak itu sangat susah! Mustahil aku boleh buat!~

Tapi, entahkan kenapa, masa borak-borak pasal menu makanan untuk dimasak di hujung minggu lepas dengan En. Suami Jumaat malam hari tu, sia macam rasa terpanggil pulak untuk mencuba menyahut cabaran En. Suami yang teringin sangat merasa nasi lemak air tangan isterinya. Pulak tu, orang yang teringin makan tu pulak offer untuk masak sambal (tapi, last last si isteri jugak yang kena masak) Malam tu jugak google cari resepi dan beli bahan-bahan. Semangat tu!

Sia guna resepi daripada myresepi (junjs11) :

Nasi Lemak
Kos: Termasuk lauk-lauk sampingan lebih kurang RM15.00-RM20.00 (boleh makan untuk 4-6 orang)

Bahan untuk nasi:-
2 cawan beras
1 cawan santan n 1 cawan air ( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air) – Yang ni sia guna kelapa parut dalam 2 senduk dan buatkan santan ikut sukatan cara biasa sia memasak nasi. Jadi tidak pasti berapa cawan.
1 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia – Sia guna lebih kurang 1 inci halia
secubit garam

Bahan untuk sambal:-
6 sudu besar cili kering mesin
4 ulas bawang merah -ditumbuk – Sia guna bawang besar saiz besar lebih kurang 2 biji
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang besar -dihiris
segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
sedikit air asam jawa
sedikit belacan (jika suka) – Sia tidak guna
garam n gula

Bahan sampingan lain :-
Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun – Sia buat ikan bilis goreng, telur dadar, timun potong, kacang goreng, bayam tumis dan ayam goreng

Cara-cara:
1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.
5. Siap untuk dimakan! (yang ni sia yang tambah.. Hehhehhehe…)

Lauk-pauk


Yang ni pinggan sia berkongsi dengan si minah Aimee

Dan alhamdulillah, hasilnya memberangsangkan. Anak beranak 2 orang tu makan dengan sangat berselera, sampaikan tengahari pun melantak nasi lemak jugak… Siap si minah Aimee tu mintak pada ayahnya “Aimee nak makan nasi lemak lagi!” Phew! Maksudnya sedaplah tu kan? Berkali berkala masuk bakul masuk sendiri… Hahahahhahha….

Jadi kamurang, cubalah, mudah dan sedap!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery