Kemarin petang masa berjalan pulang dari pejabat ke kereta, tiba-tiba sia ternampak sesuatu di atas spoiler (tidak tahulah betul atau tidak panggilan untuk benda alah tu) kereta kesayangan sia. Tengoklah gambar di bawah ni:
Mula-mula ingatkan macam kesan cecair apa-apa yang telah kering sampai menyebabkannya menjadi seperti itu. Tapi, bila sia belek-belek, uwaaaaaa! Kereta kesayangan sia rupa-rupanya sudah uzur =(. Kesian dia.... Iyalah, sudah lebih 6 tahun setengah usia kereta kesayangan sia tu. Logiklah kalau sampai kulitnya mengelupas sedemikian rupa kan? Tinggal lagi 6 bulan, habislah hutang pinjaman ke Maybank. Bestnya!
Kereta sia ni memang banyak berjasa tahu dengan tuannya. Macam-macam tempat pernah kami kunjungi. Yang paling jauh ke Johor lah rasanya. Masa tu kawin Puan Fanor dengan Encik Begong. Pernah ke Ipoh kawin k Ina dan banyak lagi tempatlah. Kesayangan sia ni pun alhamdulillah tidak pernah mendatangkan banyak masalah kepada tuannya. Mungkin dia tahu tuannya ni bukan orang yang banyak duit. Jadi, walaupun tuannya malas mahu menghantarnya ke bengkel untuk diservis tepat pada masanya, dia maintain berkelakuan baik dan setia membawa tuannya ke pejabat setiap hari tanpa jemu.
Tidak sabar rasanya menunggu lagi 6 bulan. Macam-macam perancangan yang En. Suami buat lepas sia habis bayar hutang pinjaman tu. Pertama-tamanya, sudah tentu mahu membawanya ke bengkel untuk membetulkan segala-gala yang kekurangan di sana sini. Lepas tu, memandangkan kulitnya sudah mengelupas, sia ingat mahu kasi dia nampak lagi muda, ingat mahu cat barulah! =) Sedang berfikir-fikir akan warna yang bersesuaian untuk wajah mudanya. Berangan untuk cat warna gold metallic lah, konon mahu wajah barunya mengherlip la konon bak kata si Rita Rudaini tu. Apa macam pendapat kamurang? Cantik tidak agak-agaknya?

7 orang pot pet on "Sudah tua rupanya =("
Gold metallic !
menarik !!
=)
kan? kan? i suke lah kaler tu. Tapi, laki i pandang i 1 macam biler i luahkan hasrat hati i tu. kenape agaknye yer? i kan mama glam, haruslah kaler mengherlip kan? muahahahahahha.....
same la sis, mE pun color kete dah mati, mmg patot la cat balik, loan masih byk tahun..huhuh...sayang kan kete asyik berpanas berhujan, ye la, paking berbumbungkan matahari, dok umah apartment, gitu la gayanye...
Emme: samalah nasib keta ksygn kita. Nak buek camno? Tapi, sedih tgk keuzurannya kan? Sob sob sob
ooo kereta yg pernah berjasa kepada kami suami isteri juga, upssss sekeluarga.. mmg baik sgt WLU nih! radio yg dikatakan tuannye agak meragam tiba2 x meragam bile dipinjamkan kepada kami.. maksudnye, die sukakan kami la tuh... hihihihihiiii.. =) terima kasih WLU & tuannye yg baik hati.. sy syg kamu...
memandangkan kesayangan misha ni agak genit... cubalah tukar warnanya ke pink metallic atau biru laut metallic ala2 mini cooper gitu...meletops nanti kat kawasan kejiranan
ninie: kan i dah cakap. dia baik.. kat tuan dia, dia meragam kemain radio tu. skali kat ninie, tetibe dia baik giler.... klu x, malu tuan dia tau!
mak ana: wow! pink? alamatnya, yop sumpah xmo drive lah si kenit tu.... Biru laut metallic? boleh dipertimbangkan =) thanks for the idea!
Post a Comment