Showing posts with label Luahan hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan hati. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Akak pergi kerja dulu ya! Bye!

4 orang pot pet
Pagi ni sia sudah terbuat jahat pada 2 orang budak sekolah…

Macam ni ceritanya….

Pada yang tahu, sia ni sekarang pergi kerja tiap-tiap pagi memang tumpang officemate sia si Wani yang mana dia ni jugak adalah jiran yang berlainan blok di tempat yang sia tinggal…. Dan pada kebiasaannya, jika kebetulan pagi tu sia terturun awal sedikit, sia akan tumpang duduk di kerusi pak guard yang diletakkan di luar lif lobi blok sia (kalau pak guard tu tidak ada lagi duduk di situ lah).

Dan kalau ada yang tertanya-tanya kenapa ada kerusi pak guard di luar lif lobi blok tu…. Guard yang duduk di situ sebenarnya ditugaskan untuk memantau pergerakan keluar masuk pelawat, bermaksud, kalau ada pelawat yang keluar masuk/penghuni yang tidak ada access card, maka tugas guard tu lah yang akan membukakan pintu lif lobi tu untuk membolehkan diorang keluar dan masuk.

Jadiknya, selama beberapa kali sia tumpang di kerusi pak guard tu, memang adalah beberapa kali orang mintak tolong dengan sia untuk dibukakan pintu untuk keluar dari lif lobi tu. Sia pun tidak kisahlah… Lagipun, access card tu pun bukannya ada limitation untuk swipe berapa kali dalam sehari, atau mesti swipe balik keluar kalau sudah swipe masuk…. Jadi, apa slahnya kan...

Dan pagi ni, dijadikan cerita, masa sia duduk menunggu budak Wani ni, tiba-tiba ada seorang budak sekolah lelaki dalam umur 10 tahun barangkali…. Dengan muka berlagaknya, pandang ke arah sia tanpa bersuara dengan riak muka memberikan arahan supaya sia membuka pintu agar dia dengan kakaknya dapat keluar daripada lif lobi tu. Pulak tu, pandangan tu memang macam bos mengarahkan kulinya untuk berbuat sesuatu lah… Huh! Sia dalam hati ~haih budak ni! Sudahlah mintak tolong dengan aku, boleh pulak dia buat muka macam tu!~ Sia pun yang memang sedang bengang dan tidak bersuara, hanya memberi isyarat buat-buat tidak faham apa yang dia inginkan…. Lagi sekali, budak tu tunjuk ke arah pintu lif lobi… Dan, sia yang memang malas mahu melayan budak kecik yang kurang budi pekerti tu, buat-buat yang kununnya sia tidak ada access card dan mendiamkan diri sambil menunggu Wani sampai…

Tapi, dalam-dalam sia bengang tu, dalam hati terdetik jugak ~Manalah pak guard ni? Kenapalah tidak ada seorang pun yang tunggu di sini? Kan menyusahkan orang namanya tu!~ Sia kesian jugak dengan budak 2 orang tu.. Tapi, iyalah, sia memang pantang dengan orang-orang yang macam ni… Mahu mintak tolong, tapi tidak tahu adab! Pulak tu pandang aku seolah-olah aku ni pulak mak guard yang bertugas di situ. Hello dik oi! Kalaupun aku ni mak guard yang bertugas di situ, itukah caranya untuk meminta tolong? Dan lagi 1, setiap rumah sudah dibekalkan dengan access card…. Jadi, kalau kau tertinggal card or what so ever, salah aku kah kalau tidak mahu tolong kau kalau itu caranya kau meminta tolong? Boleh! Boleh! Boleh blah! Tidak kiralah kau tu kecik ka, besar ka, dato’ ka, datin ka, PM ka, aku pedulik apa! Memang akan ku bolayan saja… Sori lah dek non! Duduklah kau diam-diam tunggu pak guard bukakkan pintu tu ya! Padan dengan muka kau sebab tidak tahu adab meminta tolong… Akak pergi kerja dulu ya! Bye!

Tapi kan kamurang, betul tau… Zaman sekarang ni, memang banyak kita boleh tengok budak-budak tidak tahu adab budi pekerti… Kadang-kadang, mahu salahkan diorang pun macam tidak adil… Mahu salahkan ibu bapa, hmmmm susah mahu cakap…. Kalau kata ibu bapa sekarang terlalu memanjakan anak sampai anak turn out jadi macam tu, mulalah ibu bapa melenting tidak tentu pasal… Tapi, betullah kan…. Segala apa-apa yang kita nampak daripada luaran seorang kanak-kanak kan akan menggambarkan cara didikan ibu bapanya.. Lagi kalau budak-budak sekecil itu.. Kalau daripada kecil tidak diajar cara menghormati orang tua, macam mana diorang akan tahu kan? Diorang tu kan dilahirkan putih bersih dan tidak mengerti apa-apa… Jadi, kalau bukan ibu bapa dan keluarga yang mendidik mereka akan perkara berkaitan budi pekerti, siapa lagi yang harus diharapkan?

Sia tidak cakaplah cara sia didik anak tu betul sangat… tapi, sekurang-kurangnya, sia mencuba yang terbaik… Bila berdepan dengan orang yang lebih tua, kalaupun tidak mahu salam, senyum, tidakpun, lambai… Bila bermain, kaki tangan jangan sampai ke badan orang lain, tidak kira samada orang lain tu kanak-kanak yang sebayanya ataupun orang yang lebih tua… Belajar minta maaf kalau berbuat salah... Jangan suka meneriakkan orang… belajar berkongsi mainan dengan kawan-kawan…. Menyahut bila namanya dipanggil… yang penting, tentukan had apa yang boleh dan tidak boleh dia lakukan… Dan mengajarkannya akan denda-denda yang akan dia perolehi sekiranya dia melebihi had yang telah ditentukan…

Mungkin ada yang cakap, kanak-kanak terlalu kecil untuk diajarkan benda-benda seperti itu.. Pada sia, anggapan seperti itu adalah salah sama sekali! Kita sebagai ibu bapa seharusnya tahu kebolehan anak-anak kita. Kita sendiri tahu bila masanya anak-anak kita mulai faham akan apa yang kita ajarkan…. Tapi, ajaran-ajaran berkaitan budi pekerti memang harus diterapkan daripada seawal-awal yang boleh…

Macam Aimee sendiri, seingat sia, masa dia berumur setahun 4 atau 5 bulan, sia sudah perasan dia sudah mulai boleh faham apa yang sia ajarkan… Tidak banyak, sedikit… Jadi, dari sehari ke sehari, sia ajarkan dia apa yang dia boleh buat dan tidak boleh… Dan daripada sehari ke sehari itu jugak, sia nampak perubahan dalam dirinya… Nampak dia cepat matang… Boleh dengar kata, walaupun kadang-kadang ada jugak kedegilannya… Tapi, senang cakap, sia sendiri sebenarnya tidak jangkakan begitu cepat perkembangan pemahamannya terhadap apa yang sia cuba sampaikan kepadanya…. Dan sekarang, dia memang sangat-sangat dewasa di mata sia… Betapalah tajamnya otak seorang kanak-kanak yang kita rasakan terlalu kecil untuk memahami apa yang kita cuba sampaikan….

Jadi, pada sia, tidak ada umur tertentu yang perlu kita hadkan untuk memulakan mengajar berkaitan budi pekerti kepada kanak-kanak… Lebih awal, lebih bagus, sekiranya diorang sudah boleh menerima apa yang kita cuba sampaikan… Ingatlah, sebenarnya, kalau ikut kajian pun, dari dalam perut lagi sebenarnya anak-anak kita sudah mulai belajar…. Dan pada umur yang kira rasakan sangat awal itu, sebenarnya pada umur itulah anak-anak kita sangat cepat menyerap segala apa yang dia lihat, dengar dan alami… Sebab itulah orang selalu cakap, bila bercakap atau berbuat sesuatu di depan seorang kanak-kanak, jaga perlakuan dan tutur kata. Jangan berbuat atau berkata perkataan-perkataan yang tidak elok.. Sebab walaupun, pada masa tu kita nampak seolah-olah dia tidak faham apa yang kita cakapkan, tapi sebenarnya, masa tulah otaknya akan menyerap semua-semua yang berlaku, dan jangan terkejut, pada masa yang akan datang (mungkin 5-6 bulan mendatang atau lebih awal), kanak-kanak tersebut mungkin akan mengeluarkan balik apa yang telah diserapnya pada waktu itu… Dan pada masa itu, memang sudah terlambatlah untuk kita menarik balik apa yang telah kita katakan….

Jadi, akhir kata, sia hanya mahu berpesan kepada anak-anak sia…..

Anak-anak mama sayang, mama berdoa semoga anak-anak mama membesar sebagai manusia yang berbudi pekerti, tahu menghormati orang lain tidak kira pangkat, umur, keturunan…. Ingatlah anak-anak mama sayang, sesungguhnya, kita tidak akan rugi sedikitpun kalau kita berbuat baik kepada orang. Janganlah sampai kita ini menjadi buahan mulut orang disebabkan ketidakberbudipekertinya kita terhadap orang…. Selagi orang berbuat baik kepada kita, maka berbuat baiklah juga kepada orang-orang itu… Dan kalau mampu berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita, buatlah sedemikian….

Dan jangan sesekali harapkan balasan terhadap apa yang kita lakukan… Ingat! Allah sentiasa ada untuk kita. Hanya dia yang tahu, dan biarlah Dia saja yang memberikan balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat kepada kita.. Ingatlah, bahawa setiap apa yang kita lakukan, ianya pasti sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada cucu cicit kita kelak… Jika baik budi pekerti kita terhadap orang, makan sehingga ke anak cucu cicitlah kebaikan itu akan dikenang orang.. Dan jika sebaliknya, maka sehingga ke anak cucu cicitlah keturunan kita akan dikeji dan dicaci… Nauzubillah!


Mudah-mudahan anak Mama membesar menjadi manusia yang tahu menghormati dan sentiasa dihormati orang... Aminnn....



Wednesday, April 13, 2011

Uang! uang! di mana kau uang?

0 orang pot pet
Entry-entry lepas asyik cerita pasal keterujaan membeli belah perabot kan? Sambil-sambil taip tu, sambil kepala asyik terbayangkan perbaot-perabot baru yang akan sampai… Dan, malam tadi, sia laki bini telah siap pindahkan semua perabot-perabot lama untuk bagi laluan pada perabot-perabot baru yang akan sampai hujung minggu ni…. Terujanya rasa!

Dan pada hari ini, kami laki bini telah sama-sama pening kepala mengisi borang pengeluaran duit untuk membayar harga-harga perabot tersebut… Huhuhuhuhuhu….

Sebelum mengisi borang tu, sibuklah tangan ni menekan kalkulator mengira jumlah uang yang perlu dikeluarkan.. Uwaaaaaa!!!!!!!!!!!! Masa tu, memang terasa lah…. Masa tu lah mengomel-ngomel sendiri “Bukan main payahlah masa aku mahu simpan duit ni… Sekalinya, dengan sekelip mata, kemain senangnya untuk menghabiskan duit-duit ni. Huhuhuuhuhu…” Masa bawak borang pengeluaran tu pun, sorok-sorok… Malu orang nampak…. Mesti orang cakap “Gaji dah habis lah tu… Dah terpaksa korek duit dari Amanah saham”… Huhuhuhuhu….. Lambatnya lagi gaji!


Kan best kalau kami ada duit yang banyak macam di bawah ni =(



Tidak pun, ada banyak jongkong emas macam di bawah ni... Boleh gadai untuk bayar harga-harga perabot tu...


Mode: Sengkeknya rasa =(


Monday, February 7, 2011

I'm really sorry again =(

6 orang pot pet
I remembered last time I used to say this to any newly married couple friends who were expecting their 1st baby “Ko gunakan sebaik-baiknya masa ko mengandung anak pertama ni. Kau akan dilayan bak permaisuri etc.” When I said that, I really meant it because I had experienced it when I was carrying Aimee last time. I feel so happy at that time. I rarely feel sad. I don’t know whether it is because of the 1st class treatment that my hubby gave me, or is it because of the good hormone/good mood that I get due to my pregnancy at that time.

And back to the advice that I’ve given to my friends, now I myself found it is so true! I don’t know why, when I first got to know that I was pregnant, I wasn’t as happy as when I got to know that I’m carrying my 1st baby. 1st, it was because of some people who sounds like don’t like that we are expecting our 2nd baby. They sound like we were too early to have a 2nd baby. As a woman who already pregnant, what will you feel if people say that to you? Of course you will feel upset right? Me to at that time feel so guilty and feel like am I burden anybody for expecting my 2nd child? Is true that I shouldn’t expect to have my 2nd baby at this time of point? Lot of things bugs my head at my early pregnancy. I’m so down and don’t feel like seeing people. To make things worst, I had all these pregnancy sickness that is soooo bad which makes me so unhealthy all the times. Due to that, I’m not so into doing my normal housework, I can’t even drive myself to office and have to burden hubby to send and fetch me from office, I also have to burden him to send me to clinic for every month check up, he also need to be burden for taking care of our Aimee alone, and the list of burdens that I had given him will go on and on and will never ending for how long.

You know, when you feel like burdening your other half, you for sure will ask him whether he’s ok with the current situation, and he as your other half, for sure will say “Takpe, abang faham” or “Janganlah risau apa-apa, takde apa yang tak ok” or “Janganlah fikir yang bukan” or any other consoling words that we ourself don’t know whether they realy meant it or just to sooth you so that you wont be unhappy.

Carrying my 2nd baby, I admit that I was super duper sensitive that sometimes I myself feel like I might be getting other people’s nerve for anything that I did. And I don’t know why, I seriously not so happy compared to my 1st pregnancy. I was so so sad that sometimes I feel like crying in my bathroom. I feel like I am a burden to all the people around me, my other half, my family, my friends and everybody that I know. For all people around me, I am so sorry for burdening you all… I am just really didn’t meant to do that to you all… I’m really sorry =(


Thursday, December 30, 2010

Maafkan aku...

9 orang pot pet
Bila mengandung, pengalaman yang terpaksa dilalui, pelbagai… Ada yang ada masalah muntah-muntah, ada yang masalah penyakit-penyakit tipikal seperti darah tinggi, kencing manis, ada yang mood asyik naik hangin 1 badan, dan ada juga yang moodnya gembira sajaaaa sepanjang mengandung… Itu tidak masuk lagi yang mengandung terpaksa berperang dengan masalah rumahtangga yang goyang yang orang cakap retak menanti belah… Yang dapat bahagian yang macam ini, sia memang salute habis lah… Memang hanya seorang perempuan yang tabah mampu hadapi perkara-perkara sebegitu…

Bila cakap pasal dugaan dalam masa kehamilan, sia teringat kata-ada seorang rakan sekerja masa bekerja di agensi swasta dulu "aku dulu pun mengandung jugak. Tapi, taklah macam dia tu. Aku siap panjat bangunan, panjat bumbung semua. Takde hal pun. Dia tu saje mengada-ngada, manja sangat!" hmmmm... Sia dulu masa dengar statement tu, tidak berani komen apa-apa. Pulak tu, sendiri belum ada pengalaman. Silap haribulan, cakap banyak, karang kena ke batang hidung sendiri, padam muko den!

Oklah, sebenarnya apa yang cuba sia sampaikan di sini, kita ni janganlah banding-bandingkan pengalaman yang kita ada tu dengan orang lain. Lebih-lebih lagi kalau pengalaman yang orang tu lalui teruk, dan pengalaman kita tu pulak elok dan senang. Masing-masing ada bahagiannya. Orang mengandung ni ada yang sensitif... Kita rasa kita cakap elok, tapi pada dia mungkin seolah-olah kita ni mengata dia dsb. Macam-macam…. Jadi, cubalah peka bila bercakap dengan orang yang mengandung… Jangan main cakap lepas saja…

Dulu masa mengandungkan Aimee, dugaan muntah-muntah tu memang ada, sampai ke labour room ko! Tapi, sia bersyukur… Walaupun dengan dugaan sebegitu, sia tidak dihinggapi penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dsb. Jadi, sia relalah jugak dengan dugaan muntah-muntah tu… Pulak tu, masa mengandungkan Aimee, sia adalah jugak selera untuk makan.. Nasi lauk-lauk Melayu semua x berapa layan, lagi kalau yang merah-merah.. Tapi, kalau bagi makan spageti atau pizza, fuhh! Layannnnn…..

Sekarang ni pulak, mengandungkan anak kedua, muntah-muntah ada… pening-pening ada…. Selera makan pulak, memang illek! Nasi berlauk pauk tidak lalu, spageti tidak lalu, pizza tidak lalu… Pendek cerita, susah betul la bila bercerita pasal apa yang mahu dimakan untuk sarapan, makan tengahari, makan malam dsb. Sampaikan En. Suami pun pening tolong fikirkan cadangan-cadangan makanan untuk dimakan.

Tapi, on top of yang sia sebutkan di atas, yang paling sia tidak boleh tahan adalah rembesan air liur yang berlebihan dalam mulut! Yang ini memang sangat-sangat tidak menyelesakan kehidupan sia sehari-hari. Mahu buat apa pun susah! Ke mana-mana saja,terpaksalah sia bawa sebijik botol sebagai tempat meludah untuk mengelakkan asyik berulang ke tandas atau ke longkang untuk meludah… Mahu bercakap pun malas sebab mulut asyik penuh dengan air liur. Setiap kali mahu bercakap, mesti perlu meludah dulu baru boleh bercakap. Kepada orang sekeliling, maafkanlah sia di atas segala ketidakselesaan yang disebabkan oleh tabiat kemeludahan sia yang terlampau itu. Dan, maafkan sia sekiranya sia tidak sudi keluar dengan kamu-kamu disebabkan ketidakselesaan sia di atas yang mungkin juga akan menyebabkan kamu akan berasa kurang selesa dengannya. Jadi, lebih baiklah sia duduk berdiam diri berseorangan daripada membuatkan orang lain pun bersama-sama berasa tidak selesa kan?

Disebabkan itu sayang-sayang semua, maafkan sia kalau ada antara kamu yang menelefon sia tetapi tidak dapat sia angkat. Bukan tidak sudi bercakap dengan kamu, tapi disebabkan masalah di atas, sia memang sangat-sangat kurang bercakap kebelakangan ini. Sia lebih banyak mendiamkan diri dan hanya senyum di mana perlu. Sangat bukan diri sia yang orang kenal dengan mulut yang sangat ringan berkata-kata. Di rumah pun sia jarang sekali bercakap dengan En. Suami dan Aimee sendiri. Hanya anggukkan dan senyum bila mana perlu. Kalau sangat-sangat penting barulah sia meludah dan terus jawab soalan-soalan yang perlu dijawab. Pernah En. Suami bertanya, kenapa tidak meludah saja dan terus jawab? Wahai orang-orang tersayang di sekelilingku……. Bukan ku tidak mahu lakukan itu.. Kalau sekali dua meludah, mungkin kamu tidak berasa apa-apa.. Tapi, kalau berpuluh-puluh, sampai beratus-ratusan kali dalam masa sehari, kamu ingat otot-otot mulutku ini tidak penat? Kamu ingat ku saja-saja simpan air liur itu di dalam mulutku? Tidak sama sekali! Ku sudah terlalu penat asyik meludah selama seminggu lebih ini setiap hari. Tidak ada satu masa pun yang mulutku boleh diam daripada rasa ingin meludah, kecuali, bila makan. Itu sahaja… Boleh kamu bayangkan betapa ku tidak selesa dengan dugaan pada kali ini?

Dan untuk pengetahuan kamu-kamu sekalian, tidak sesekali ku mampu untuk mengeluh dengan dugaan yang Allah berikan ini. Ku tulis entry ini pun semata-mata untuk memberi kefahaman kepada kamu-kamu supaya tidak berkecil hati sekiranya ada tindak tandukku yang akan membuatkan kamu akan berasa tidak selesa. Dan untuk memberitahu kamu dan menasihatkan kamu supaya lebih baik ber SMS saja kepadaku untuk mengelakkan sebarang ketidakselesaan semasa bercakap melalui telefon. Sekali lagi, maafkanku yang kawan-kawan sekalian… Ku hanya insan biasa yang tidak mampu menolak ketentuan-Nya… Harap kamu-kamu semua faham situasi si ibu mengandung ini… Kerjasama dan kefahaman kamu-kamu semua amat-amatlah sia hargai…. Love u all! Muahks!

Wednesday, December 15, 2010

Manusia ni....

5 orang pot pet
Ni sekali lagi kisah luahan perasaan…. Tidak suka, macam biasa.. tekan butang pangkah ok sayang-sayang sekalian....

*************************************************************************************

Manusia ni, sudah lama sia bersabar dengan dia ni…

Mula-mula kenal manusia ni, sia baik jugaklah dengan dia… Iyalah, being sia yang memang senang masuk dengan semua orang kan? Dan tiada apa prasangka buruk yang hinggap di kepala sia masa mula-mula kenal dia…

Tapi, bila betul-betul kenal manusia ni, ya Allah! Sia terfikir dalam hati sendiri “Apa pasal dia ni berperangai macam ni?” Yang paling sia ingat yang buat sia mula rasa tidak senang dengan dia adalah statement yang dikeluarkannya pada penghujung tahun 2009 yang lepas. Masa tu, sia dengan ada beberapa orang kawan ni memang sedang gila membeli-belah macam-macam. Kain lah, tudung la dan banyak lagi lah. Tiba-tiba sedang syok-syok berborak pasal barangan yang kami beli, tiba-tiba manusia ni berbunyi “Ish! Ish! Membazir betul. Macam mana mau cepat kaya kalau berbelanja sebegini rupa” Erk! Kami yang sedang hangat berborak pasal hasil-hasil tangkapan kami ni terus terdiam dan terkedu…. Dan dan tu jugak dalam masa terdekat tu sia post dalam blog pasal kegeraman sia pada manusia ni. Dalam hati “Eh kau ni, aku punya duit, aku punya suka lah. Yang kau kesah apa pasal. Bukan aku pow duit kau pun. Sesen pun aku tidak kacau duit kau ok!”

Malas mahu memanjangkan perkara, sia selepas tu buat biasa sajalah… Bergaul seperti biasa dengan manusia yang kononnya akan jadi jutawan ni….

Tapi, lama kelamaan, perangai manusia ni sangat boleh menimbulkan amarah dan kemeluatan. Dengan perangai keanak-anakkan yang kononnya a.k.a gedik dan sangat suka syok sendiri itu, owh! Please! Sangat boleh membuatkan muntah ok! Kadang-kadang bila dia tunjukkan perangai dia yang sia maksdukan di atas, sia yang sememangnya mulut pun boleh tahan, adalah jugak sound direct, dengan harapan dia akan berubah. Tapi, malangnya, illek! Lagi perangai syok sendirinya membuak-buak bak cendawan tumbuh selepas hujan….

Kalau syok sendiri tu setakat kadang-kadang, bolehlah jugak sia tahan wei! Ini, boleh katakan tiap-tiap hari ok! Perasan diri tu cantik lah, perasan diri tu pandai lah, perasan diri tu moden sangatlah, perasan diri tu seksi lah, perasan diri tu glamour lah, perasan konon keluarga dia sajalah yang paling pandai, paling genius, paling moden lah…. Sehingga, menidakkan kepandaian orang lain, kecantikkan orang lain, kekayaan orang lain dan lain-lain lagi yang lebih dari dirinya… Menidakkan aku ni, aku tidak kisah lah wei! Aku sedarlah diri aku ni! Tidaklah perasantan macam kau tu! Please lah! Sedorlah diri tu sikit, orang kalau gila pun tidak cakap diri dia gila tahu?

Yang paling tidak tahan bila dia memuji satu-satu benda yang tidaklah patut dipuji2 hingga kalau sesiapa yang mendengarnya macam akan terbayangkan “Wow!” Tapi, benda yang patut dipuji tu, entah kenapa pandai pulak dia zip kan mulutnya. Ok, bercakap pasal ni, sia tidak minta atau harapkan sedikit pun pujian dari manusia ni ok! Apa yang cuba sia sampaikan di sini. Cuba bersikap realistic. Benda yang elok, kita patut cakap elok, benda yang cantik, kita patut cantik, benda yang hodoh, kita akan cakap hodoh atau kalau tidak mahu berbunyi kejam, diamkan saja diri. Ini tidak, benda yang tidak semenggah dipuji-puji melambung macam itulah yang tercantik sekali, terpandai sekali, terkaya sekali, terbijak sekali. Mana yang sememangnya patut dipuji dan dibanggakan, tidak sebutir pun perkataan memuji yang keluar dari mulutnya. Owh! Please….. Memang manusia yang tiada citarasa ok! Ataupun, sebenarnya dia ni memang berdengki dengan sesuatu atau orang yang dirasakannya lebih daripada dirinya? (Bukan bercakap pasal diri sia arrr… Kalau sia pun dia mau dengki atau cemburukan, memanglah sangat kesiannnnnn)

Lagi satu perangai keanak-anakkannya yang boleh membuatkan orang meluat. Gedik konon. Hello! Kau tahu tidak apa maksud gedik? Kalau aku lah orang kategorikan sebagai gedik, aku malu kau tahu? Ini, boleh pulak dibanggakan bila dirinya dikategorikan sebagai gedik. Hish! Tidak faham aku!

Dia ingat dengan kedua-dua perangainya yang di atas ni, orang sukalah? Hello! Sedarlah wahai manusia, orang tidak suka ok! Orang lain tu bukan jenis bermulut sarcastic macam aku sebab diorang cakap pasal kau di belakang demi menjaga hatimu. Hanya kau saja yang tidak tahu untuk menjaga hati orang lain. Dulu-dulu aku pun buat macam tu sebab aku masih boleh tahan lagi. Kini? Aku sudah tidak boleh tahan! Torek telinga ni dengar ok! Bagus aku cakap di sini (itupun kalau kau fahamlah), dengan harapan kau cubalah untuk berubah. Bukan apa, aku kesian tengok sikap kau tu. Orang yang tidak mengenali kau mungkin ingat kau ni innocent etc, tapi, bila sudah kenal, hah! Hambek kau! Orang sekeliling kau menyampah ok! Baiklah kau cuba untuk berubah, janganlah terbawak2 perangai yang konon-konon masih remaja a.k.a masih di bangku sekolah tu. Kau tu bukannya makin muda. Dekat 30 sudah pun, lainlah aku yang maintain 25 ni… Hahhahahahaha…..

Oklah, sekian sesi luahan perasaan si mama glam..



p/s: Entry ni pun sebagai peringatan kepada diri sendiri. Kita bukannya sempurna. Pada yang boleh menerima teguran, oklah. Mana yang tidak? Takut jugak kalau sia berperangai macam ni. Kamu-kamu tolong sedarkan sia ar kalau sia terrrrr.... Mana yang gurau-gurau tu, kamu fahamlah kan? Takkanlah sia puji diri sendiri dan maksudkannya. Karang jadi macam orang gila yang tidak mengaku gilak... Hahahhaa.... Kamu-kamu kan sayang sia? Sebab tu sia pun sayang kamu-kamu semua!!!! Muahhhh! Takut wei! Nauzubillah!


Wednesday, November 24, 2010

Sikit aku tidak rugi ok!

12 orang pot pet
Ini entry sangat panjang wooooo.. Sesi luahan perasaan.. Kalau malas baca, sila tekan butang pangkah sebelah kanan atas tu ya...

Masa dia mula-mula masuk pejabat kami, pandangan pertama sia memang kurang menyenangkan. Riak muka yang tidak berapa peramah memang membuatkan sia kurang selesa untuk berterus-terusan rapat dengannya. Hanya urusan kerja yang membuatkan sia mengadakan perbualan setiap hari. Lagipun, masa tu sia duduk dalam bilik berseorangan.

Pada awal tahun 2009, ruang pejabat kami tiba-tiba cramp bila terlalu ramai pekerja baru masuk termasuklah bos-bos atasan.. Lantaran itu, kami-kami yang setakat anak ikan terpaksa ditempatkan duduk sebilik seramai 4 orang kesemuanya, sia, si A, B, & C. Sia yang memang orang tahu senang untuk masuk dengan orang tiada masalah dengan cadangan perpindahan tersebut.. Redha aja… Lagipun, masa tu perut sedang membawa budak, hati pun senang…

Berbulan-bulan duduk sebilik, akhirnya kami menjadi sangat rapat dek lawak-lawak bodoh dan cerita-cerita yang dapat menghilangkan duka dan lara. Lebih tepat lagi, 3 orang daripada rakan sebilik itu, sia, si A & si B sangat rapat sampai boleh dikatakan ke mana saja akan berjalan bertiga….

Awal tahun 2010, rakan rapat si A mencadangkan agar sia berkongsi berbuat bisnes kecil-kecilan dengannya. Sia yang pada masa itu memang sangat gila berbelanja tudung-tudungan setuju saja dengan cadangannya tersebut. Maka, bermulalah bisnes kecil-kecilan kami pada bulan Januari. Walaupun bisnes tersebut dimiliki oleh kami berdua, rakan rapat kami si B tidak pernah kami lupakan setiap kali kami keluar untuk mengambil stok barang-barang jualan. Nama pun kawan rapat kan?

Beberapa bulan pertama kami menjalankan bisnes, hubungan persahabatan kami masih utuh. Tapi, lepas beberapa bulan tersebut, entahkan kenapa, tiba-tiba kawan rapat kami si B tiba-tiba menjadi senyap dan bertindak mendiamkan diri dan seolah-olah tidak mahu bercakap dengan kami berdua yang berakan bisnes.

Tidak paham dengan keadaan tersebut, sia beri masa untuk dia sembuhkan luka sekiranya dia ada masalah dan tidak terasa mahu bercakap. Tunggu punya tunggu sampailah ianya memakan masa sehingga 2 minggu, keadaan masih tidak berubah… Dia kini melayan kami berdua seolah-olah kami ini adalah orang asing padanya. Tapi, tidak pula pada rakan sebilik si C. Elok pulak dia bergelak ketawa dan bercerita dan berhuha…

Genap kesenyapannya 2 minggu, sia ambil tindakan menghantar SMS kepadanya bertanyakan samada dia ada terasa hati dengan sia ataupun rakan bisnes sia. Tunggu punya tunggu… tiada balasan…

Sia yang tidak puas hati kemudiannya bertanyakan kepada si C… Tapi, menurut si C, dia ok saja.. Iyolah, dia ok dengan kau, so apa kau kisah nak korek lebih kan? Hadeilah…

Tidak puas hati lagi dengan jawapan si C, sia tanya terus dengan empunya diri si B. Lebih kurang macam nil ah dialognya:

SIa: U ada terima SMS i tak?

B: Ada (jawab acuh tak acuh)

Sia: Kenapa tak reply?

B: Tak tau nak reply apa? (pun jawab acuh tak acuh)

Sia: Ok.... (konpius sekejap) U ni ada terasa hati dengan I atau si A ke?


B: Takde. Apa yang buat u ingat I ada terasa hati? (jawab dengan muka toye)

Sia: Iyalah, tiba-tiba u berubah macam xnk bercakap dengan kitorang berdua.

B: Apa yang buat u rase I xnk bercakap dengan u? (sekali lagi jawab dengan muka toye)

Sia: Iyalah, u elok jer bercakap dengan si C, tapi tidak dengan kitorang berdua. Kitorang ada buat salah apa-apa ker yang buat u kecil hati etc?

B: Xde (dengan nada sinis dan langsung tidak memandang muka sia yang cun melecun ni.. hehheheheh)

Sia: Oklah, xpelah.. Kalau u dah kata macam tu, I terimalah. Tapi, kalau memang u ada terasa hati dengan kitorang tapi u xnk cakap, kitorang minta maaf. Mungkin ada yang tergurau terlebih membuatkan u kecil hati. Sekali lagi kitorang minta maaf. Kitorang langsung tak berniat.. 0-0 k!
Perbualan itu akhirnya ditamatkan dengan sekadar anggukan daripada si B… Takpalah.. janji dah terlerai apa yang terbuku di hati selama ni..

Tapi, sia perasan, semenjak kejadian tu, si B ni memang nampak jelas seolah-olah tidak mahu terlalu rapat dengan kami berdua, sia dengan si A. Sia yang malas mahu memanjangkan perkara tersebut, buat-buat seolah-olah tiada apa yang berlaku dan bergaul seperti biasa dengan rakan-rakan sebilik…. Bergurau senda dan terkasar bahasa tu biasalah kan.. Lagipun, memang semua pun mulut boleh tahan dalam bilik tu. Jadi, kalau ada yang terasa-terasa hati tu, layan sajalah… Sia pun kalau ada terasa seperti lawak diorang sudah keterlaluan sia pasti akan berbunyi “ok cukup.. cukup.. I dah mula tak berasa suka ni.. dah mula nak marah ni” Sekurang-kurangnya dengan bercakap begitu, sia mengelakkan keadaan menjadi sensitive dan mengelakkan daripada sia terasa hati dengan sesiapa pun di dalam bilik tersebut… Terasa-terasa hati di belakang-belakang tu biasalah… Kadang-kadang kemudiannya ianya akan sembuh sendiri.. Tidak perlu dibesar-besarkan… Jiran sebilik..

Dalam bercerita-cerita dalam bilik kami tu, pernah sia beritahu kesemua jiran sia akan masalah sia yang sangat susah untuk membaca sekiranya ada bunyi-bunyian seperti lagu atau borakan orang yang terlalu kuat. Entahkan kenapa otak sia ini susah untuk mendapatkan konsentrasi bila ada bunyi-bunyian seperti itu. Iyalah sia ni kan bukan orang yang bijak sangat.. Biasa-biasa saja… Ini memang antara masalah sia yang membuatkan sia jadi sangat malas untuk membaca, sebab sia memang jenis yang kalau baca, sia akan baca perkataan satu-satu dan cuba fahami apa yang ditulis, tidak kiralah bahan bacaan itu merupakan surat khabar, majalah gossip ataupun setakat blog merapu meraban… Kalau ada bunyi-bunyian, memang sah-sah sia akan asyik mengulang-ulang membaca bahan bacaan tersebut beberapa kali sebelum dapat memahaminya… Ya! Memang lain daripada yang lain. Panggillah apa saja, lembap atau apa saja yang kamu suka… Itu adalah sia si mama glam yang lembap dalam pembacaan… Sia redha ya…

Ok, bila kita sudah memberitahu masalah kita pada orang sehingga sedemikian rupa, sudah tentulah ianya adalah bertujuan untuk mendapatkan kerjasama mereka pada bila-bila masa yang kita perlukan kan?

Dijadikan cerita, ada satu hari Jumaat yang indah… Dekat-dekat waktu makan tengahari, sia kelam kabut mengarang email untuk dihantar secepat yang mungkin… Untuk mengarang email, sudah tentulah kita perlu membacanya kan? Kebetulan pada masa yang sama, si B & si C sedang rancak berborak dengan berlatarbelakangkan muzik yang kuat. Sia yang cuba untuk memahami setiap patah perkataan yang sia karang dalam email tersebut akhirnya mengalah dan berbunyi “Korang boleh tak korang slow kan sikit volume lagu tu dan stop borak kejap. I nak karang email dan nak kena hantar email ni cepat sebelum waktu rehat ni. 5 minit je ok?” Tapi, hampaaaa…. Tiada reaksi yang diberikan oleh kedua-dua orang yang sedang rancak berborak tadi… Sia tidak berputus asa beranggapan positif ~Mungkin diorang tidak dengar kata-kata aku tadi kot?~ Jadi, sia ulang semula permintaan sia… Sekali lagi, hampa… Hanya lagu diperlahankan sedikit. Tapi, borak yang semakin rancak masih diteruskan juga….

Malas mahu bertikam lidah, sia terus saja ajak si A pergi ke kantin membeli makanan. Tidak baiklah melaser pada rakan sebilik kan? Mahu duduk lama ngko! Tidak sedaplah kalau bermasam muka kan?

Naik daripada membeli makanan, si C bertanya pada sia “Urgent sangat ke email yang u nak hantar tu?” I’m like OMG! Sia yang sememangnya sedang bengang hanya mampu menjawab “Urgent lah dek non… Kalau idak urgent, idaklah ku minta kamu senyap barang 5 minit yang sekejapan itu” Noktah. Malas mahu bercakap panjang…

Lepas kejadian itu, tidaklah pernah sia panjangkan perkara tersebut.. Demi menjaga persahabatan dengan rakan sebilik, sia lupakan saja kejadian tersebut dan bergaul seperti biasa, sehinggalah pada bulan 10 yang lepas di mana sekali lagi sia perlukan kesenyapan buat seketika untuk membolehkan sia mengarang tugasan untuk PTK. Situasi yang sama berlaku seperti kejadian sia mengarang email… Dan sekali lagi, sia malas panjangkan hal, sia diamkan diri saja konon demi untuk menjaga persahabatan rakan sebilik… Sabarkan sajalah walaupun sebenarnya mulut kau macam longkang kalau kau mahu melaser kan? Jangannnnn… Lama lagi kau mahu duduk sebilik tu…. Sabarrrrr….

2 minggu yang lepas, sia ditugaskan untuk membuat laporan yang mana sia perlu kumpulkan maklumat daripada beberapa rakan sekerja. Antaranya adalah si B. Jadi, dialog lebih kurang begini:

Sia: U ada tak kumpulkan maklumat bla bla bla…?

B: Ada. Nah…

Sia: Yang aktiviti ni takde tarikh ke?

B: Ada, tapi dia ada banyak tarikh lah. Nak masukkan semua ker?

Sia: Masuklah kot.

B: Macam tu, u amik spread sheet I ni dan extract daripada situ jerlah…
Lepas dapat spread sheet tu, sia pun beleklah fail dalam spread sheet tu. Hambek ko! Ada lebih 160 engkau! Gilo ko apo? I pun bersuara…

Sia: U jerlah listkan aktiviti tu then bagi pada I…

B: Ala senang jer nak baca senarai tu.. U extract jerlah daripada list tu

Sia: Memanglah senang nak baca.. Tapi banyak tu nak kena sort out.. Kan senang kalau u asingkan siap-siap then bagi kat I..

Korang tahu apa reaksinya? Dia diam membisu seolah-olah sia ni sedang bercakap dengan batu hokay! Langsung tidak berbunyi dan buat-buat seolah-olah dia tidak mendengar kata-kataku itu tadi… I’m like ok…….. Sekali lagi sia ulang ayat yang sama, reaksinya pun sama saja…. Hadoilah… Penin kepalo mak! Dalam hati berkata ~Engkau ni kenapa? Apa pasal tiba-tiba diam seribu bahasa ni pulak?”~

Malas mahu berkata-kata lagi, sia pun print saja senarai yang diberi, dan cuba untuk sort out kesemua aktiviti yang disenaraikan… Hadoilah… Mana mahu buat laporan lagi… Mana mahu kumpul gambar lagi… Mana mahu buat presentation slide lagi.. Hadeilah… Memang bikin panas ok!

Setelah bertungkus lumus beberapa hari, akhirnya kerjaku itu siap jua, walaupun tanpa bantuan si B yang sepatutnya itu memanglah kerja dia pun.. Aku ni pengumpul maklumat saja ok. Kau pun tahu memang maklumat tu tiap-tiap suku tahunan kau kena beri pada pengumpul maklumat, jadi apa masalahnya pulak kali ni kau tiba-tiba jadi kayu diam seribu bahasa?

Apa-apa sajalah! Buat pengetahuan kamurang, minggu ini, genaplah 2 minggu sia juga bertindak mendiamkan diri dan malas mahu bercakap dengan si B ni. Sebab sia sudah fed up dengan sikapnya yang pada sia sangat mementingkan diri, ego tidak bertempat dan tidak matang! Please lah... duduk satu pejabat ni... Apa kau ingat kau tidak akan perlukan aku pada masa akan datang? Bila mana masa itu tiba, kau tahulah... Lagi satu, orang macam dia ni tidak menghargai erti sebuah persahabatan. Jadi, kalau begitulah kehendaknya, buat apa sia mahu terhegeh-hegeh mahu membetulkan keadaan yang pada dia tidak mungkin akan betul. Sikit sia tidak rugi buang kawan seperti si B ni lah… Aku ada banyak lagi kawan lain yang tahu menghargai erti persahabatan berbanding kau yang @#$^*)_*&#$%.... Sendiri terjemah….

Malas mahu pening kepala, orang macam ni, kali pertama sia jumpa selama hidup 25 tahun (erk?) dalam muka bumi ni… Tidak mengapalah.. Sia anggap ini semua dugaan hidup.. Pasti ada hikmahnya… Hanya tuhan yang tahu… Tapi kan kamurang, terus terang sia cakap orang macam ni, kalau dia datang minta maaf dengan sia, sia pasti akan maafkan, tapi untuk melupakan apa yang telah dia lakukan, TIDAK SAMA SEKALI! Titik!

Ok, sekian sesi luahan perasaan si mama glam untuk hari ini…

Thursday, November 11, 2010

Kesian....

2 orang pot pet
Sia ni kan, manusia yang daripada kecil sampailah sekarang ni, bukanlah manusia yang pandai sangat, baik dari segi pelajaran, pekerjaaan, kerativiti dsb.

Tapi kan, demi Allah, sia tidak pernah mempertikaikan anugerah Allah yang sia rasa sudah cukup untuk sia menjadi manusia yang berguna pada masa sekarang untuk berkhidmat untuk nusa dan bangsa (chewah ayattt!).

Sia terfikir tau, entah-entah kalau Allah bagi sia kepandaian dari semua aspek, sia akan jadi riak dan bongkak seperti sesetengah orang. Entah-entah, sekarang yang bukannya pandai sangat ni pun sudah ter riak dan terbongkak tanpa disedari. Wallahualam.

Kesian tahu dengan orang-orang yang pandai tapi menjadi bongkak dan riak dek kepandaiannya yang dia rasakan orang lain tidak ada yang lebih pandai daripadanya. Segala usahanya saja yang berguna, caranya saja yang betul. Orang lain, semua tidak berguna dan tidak sampai standard kepandaiannya. Kalau ber riak secara bergurau, kita boleh faham. Tapi, kalau ber riak yang memang jelas dan nyata memang ianya maksudkan, tiada apa yang mampu sia katakan, hanya bersimpati…..

Yang lebih membuatkan sia simpati dengan sikap pentingkan dirinya. Entahkan kenapa harus wujud manusia-manusia macam ni. Ok, lebih baik sia tarbiah diri sendiri sajalah. Allah wujudkan orang-orang macam ni supaya kita beringat agar kita tidak menjadi seperti itu. Insya Allah. Mudah-mudahan…..

Sekian untuk sesi luahan perasaan pada hari ini… Yang penting orang itu bukanlah kamu wahai pembaca-pambaca blog yang budiman. Kamu semua baik2! Sebab itu sia sayang kamu semua!!!!!!!!!!!!!!!!!! Muakhs sampai pengsan!!!!

Eh! Eh! Sebelum tu, untuk kurangkan rasa kebengkekkan (ada ka ayat macam ini? kamurang buat-buat paham sudahlah ya), lebih baik sia layan gambar si kenit penggeget tegar itu. Geram tahu dengan budak kenit ni!

Akibat asyik tidur lewat di malam hari, ni lah hasilnya bila pagi-pagi si mama dengan si ayah mahu pergi bekerja. Masih terbongkang!


Buat apa pun dia tidak kisah. Yang dia tahu, dia hanya mahu tidur.. dan tidur... dan tidur lagi....

Mengkali dia siap cakap dalam hati (dalam mimpi): Mama dengan ayah pergi kerja, Aimee dok diam-diam tido kat umah k! Selamat bekerja mama dengan ayah! Alahai buah hati mama dengan ayah ni!


p/s: Hari ni En. Suami cuti jadi Mr. Mama sebab penjaga minah kenit kurang sihat. Besok pulak, giliran atuk atau nekmanya. Nasib baik ada ramai yang boleh membantu. Terima kasih Abang, mama dan abah! Hargai sangat-sangat!


Thursday, October 14, 2010

Bad impression

4 orang pot pet

Have u ever come across a situation where you at the very 1st impression dont feel liking somebody?

Last time I have a few personal experiences on this. And usually, so many times that very 1st impression was true! There were always something wrong with the person that I dont comfortable to deal with.

Last time, every time i had this kind of feeling, usually i will opt to discontinuing any relationship with this kind of people.

few months back, i met one person like this again. But this time, im so sad that i cant get rid of this person from my life. Due to that, my life now become a bit stress and unhappy. I just dont have that choice to avoid this person. Sigh....

Maybe some people would advise me to just ignore this people and act like nothing happen. I've tried so many times, but sadly I just couldnt. Im not like some other people who can hide their unliking faces where never they meet this kind of people.

So, for all people around my daily life, please forgive me if sometimes you have to see me in my upset faces. I just cant control my face's muscle. I cant act like im happy if im not ;(

What ever it is, life has to be go on. I feel so lucky having you all readers. Thanks for being always there to give supports whenever i need it. Really appreciate it though we may dont know each other. Love you all!


Monday, August 30, 2010

Kisah rumahtangga…

3 orang pot pet
Scene 1:
Suami: Adoi, sakit belakang lah.
Isteri: Kenapa bang?
Suami: Penat.. Penat buat kerja rumah…
Reaksi isteri a: Alolololo… Shian dia…
Reaksi isteri b: Alololo… shian dia… Terima kasih abang sebab tolong mama buat kerja rumah..
Reaksi isteri c: Alolololo… Shian dia… Nak mama pijakkan belakang abang kasik bunyi ke?
Reaksi isteri d: Berlalu pergi tanpa berkata apa-apa
Reaksi isteri e: Teruskan menonton TV tanpa menyahut apa-apa
Reakdi isteri f: Hanya diam membisu.


Scene 2:
Suami: Apa pasal muka monyok ni?
Isteri: Bahu sakit sebab tak cukup tido jaga anak ayah malam tadi.
Reaksi suami a: Alolololo… shian mama…
Reaksi suami b: Alolololo… shian mama… Terima kasih mama sebab tolong jagakan anak ayah dan bagi ayah tido lena
Reaksi suami c: Alolololo… shian mama… Meh mama urutkan bahu mama…
Reaksi suami d: Berlalu pergi tanpa berkata apa-apa
Reaksi suami e: Teruskan menonton TV tanpa menyahut apa-apa
Reaksi suami f: Hanya diam membisu.


Anda harapkan pasangan anda jadi yang mana 1? a, b, c, d, e atau f?

Dan yang paling penting, tepuk dada, tanya diri sendiri anda adalah pasangan yang mana 1? a, b, c, d, e atau f?

Kadang-kadang kita rasa kita cukup menghargai pasangan kita, tetapi tidak tahu cara untuk menunjukkan.

Pada sia sendiri la, sia tidak perlukan harta benda yang mahal-mahal ataupun makanan-makanan di restoran mahal sebagai tanda hubby menghargai. Cukop menjadi pasangan a, sudah lebih dari mencukupi, sudah dapat menghilangkan rasa penat-penat badan, sudah terasa diri sangat-sangat dihargai dan sudah tentu tidak kisah untuk bersengkang mata menjaga budak yang tidak pendai tidur dan membiarkan suami tidur lena pada malam-malam seterusnya. Ouhhhh.....

Sia pasangan yang mana 1? Itu kena tanya suamiku......


p/s: entry ini adalah sebagai peringatan kepada diri sia dan hubby. Terima kasih abang keranamenjadi suami mama…. Mama sayang ayah sangat2! Muahks!


Thursday, August 26, 2010

Siapalah sia

2 orang pot pet
Hari ini memang sangat menyedihkan.

Pagi ni seorang hamba Allah membuat satu entry yang telah membuatkan sia tersentap sekejap dan terfikir “Adakah aku orang yang dimaksudkan?”

Sekiranya betullah sia adalah orang yang hamba Allah tu maksudkan, apa yang sia mau cakapkan, sampai hati dia sampai sanggup membuat entry seperti itu. Sia betul-betul sedih dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan.

Buat pengetahuan hamba Allah tersebut, sia sedar diri sia siapa. Tidak pernah sekali terfikir di hati ini untuk tidak sedar dek untung diri ini. Sia sedar apa yang sia ada di muka bumi ini semuanya hanya pinjaman daripada-Nya dan sentiasa bersyukur kepada-Nya. Dan sia sedar dan ingat segala bantuan yang telah diberikan sehingga sia berada di tahap ini. Tidak mungkin pernah sia lupakan. Sampai mati pun tidak mungkin pernah boleh sia balas segalanya.

Tidak pernah sia terfikir untuk bongkak dan berasa cukup bagus sehingga berniat untuk memporak perandakan kehidupan keluarga orang lain. Dan sedikitpun tidak terniat untuk mengecilkan hati-hati insan yang tulus ikhlas menyayangi diri ini. Tidak terniat untuk mencari kesalahan orang lain.

Dan sia sedar sia datang daripada negeri yang tidak maju. Orang kampong yang busuk, tidak bergaya, tidak memakai barangan yang berjenama dan tidak pernah terfikir untuk menjaga standard yang setakat orang kampungan. Tidak pernah sia berasa gah dengan apa yang sia ada. Apalah sangat yang sia ada… Setakat seorang anak yang dipinjamkan oleh-Nya, setakat seorang suami yang bukanlah kaya mana, setakat kereta kecil yang murah yang boleh sia bawak ke pejabat setiap hari, setakat rumah yang dibeli hasil pinjaman bank dan setakat barang-barangan murah dan tidak berjenama yang semua orang memang mampu membelinya.

Tidak pernah sia terfikir untuk menyuruh orang menghormati diri sia yang entahkan siapa-siapa. Salahkah sia sekiranya sia sebagai seorang ibu ada perancangan untuk anak sia sendiri? Sia tau anak itu hanya pinjaman. Tapi, bukankah semua ibu begitu, bercita-cita besar untuk membesarkan anaknya dengan cara yang terbaik? Adakah apabila hanya meminta sedikit haknya sebagai seorang ibu patut dikategorikan sebagai gah dan bongkak?

Tidak pernah sia terfikir untuk mementingkan diri sendiri. Kalaulah sia seperti itu, tidak akan sia kongsikan apa yang sia ada sekarang ini, tidak akan sia cuba untuk menggembirakan hati insan-insan yang menyayangi diri sia, tidak akan sia dulukan insan-insan yang menyayangi sia berbanding orang yang pernah membesarkan sia dari semua aspek.

Kepada hamba Allah tersebut, sia mengaku sia memang seorang sensitive yang mudah berkecil hati. Oleh itu, sekiranya sia tidak gembira dengan sesuatu benda, maka tidak boleh tidak, muka ini pasti tidak menunjukkan senyuman sampai ke telinga dan akan bertindak berdiam diri, adakah itu patut dikategorikan sebagai bongkak? Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada bercakap yang bukan-bukan dan menyebabkan orang sakit hati dan berkecil hati?

Sumpah demi Allah sia sangat menyayangi insan-insan yang menyayangi diri sia. Dan, sampai mati pun akan sia ingat jasa baik dan bantuan yang pernah mereka berikan sehingga sia berada di tempat yang sia berada sekarang. Siapalah sia tanpa bantuan mereka. Mungkin sia masih hanyalah budak kampong yang merempat di tepi jalan tanpa bantuan mereka.

Hamba Allah yang berkenaan, ya sia sangat berkecil hati sekiranya memang entry tersebut ditujukan khas kepada sia, tetapi sia tetap akan memafkan kamu, kerana kamu juga antara insan-insan yang sia sayangi.

Tetapi jika tidak, sia menyusun 10 jari memohon maaf kerana terlalu sensitif tidak bertempat. Sia memang manusia sensitif, lebih-lebih lagi selepas kejadian yang langsung tidak sia inginkan dahulu. Semua ini membuatkan sia sangat-sangat berhati-hati dan lebih sedar siapa diri sia dalam kehidupan ini.


Update!
Sia bukanlah orang yang hamba Allah tersebut maksudkan. Alhamdulillah.... Sia minta maaf pada hamba Allah tersebut sebab terlebih sensitif dan salah sangka. Seperti yang sia cakapkan padanya, sia ni memang sensitif terlebih berbanding hamba Allah tersebut. dan sia memang sejak kejadian "itu" (hamba Allah tersebut paham apa yang sia maksdukan), memang bertambah2 sensitif dan berhati2 dalam menjaga tutur kata, takut pisang berbuah 2 kali.

sekali lagi, sia minta maaf banyak2 pada hamba Allah tersebut! I love you bebeh!

Wednesday, August 25, 2010

Pesan Mamak



Suatu masa dulu, mamak pernah berpesan supaya sia tidak perlu bercerita semua benda dengan suami. Alasannya, kadang-kadang ada benda lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan ********nya tidak perlu diceritakan. Pendamkan saja sekiranya ada terasa hati ataupun tidak senang.

Tapi, being anak yang degil, sia ingkar dengan nasihat yang mamak berikan, dengan alasan sebagai suami isteri, sia patut kongsikan semua hal dengan suami sia.

Hari ini, pada tarikh ini, pada jam ini, baru sia paham kenapa mamak berpesan sedemikian rupa. Menyesal pun tiada gunanya kan?


p/s: Ruangan comments untuk entry ini ditutup kerana entry kali ini hanyalah setakat sesi luahan hati si penulis blog. Tiada kena mengena dengan samada si penulis blog bahagia ataupun tidak. Si penulis blog sentiasa bahagia di samping suami dan anaknya yang tersayang.


Friday, July 16, 2010

Kebelakangan ini....

0 orang pot pet

..... terasa diri ini semakin kurang kesabaran. Ya Allah! Entahkan kenapa. Mudah sangat hati rasa tercalar. Mudah sangat terasa sakit hati. Mudah sangat terasa hati. Mudah sangat naik angin. Dan yang paling kronik yang langsung tidak menggambarkan diri sia yang sebenar, malas untuk meluahkan apa yang terasa dan terbuku di hati. Terasa mulut sudah terlalu penat untuk berkata-kata, mengulangi benda yang sama berulang-ulang.

Sia rasa sangat tidak gembira =(




Thursday, June 10, 2010

Aku bukan seorang pencarut

2 orang pot pet

Mama glam pada kebiasaannya bukanlah seorang kaki mencarut. Tapi, manusia itu telah menyebabkan mama glam ini tidak tahan ok! Heeeeeeeeeeeeeeeeee...... Geram aku!

Ndak apa, ndak apa... Sekarang kau buatlah aku macam ni. Tuhan akan balas. Kalau bukan bagi aku kesenangan, mudah2an segalanya dipermudahkan untuk anakku yang tersayang, berkat kesabaran aku yang melaut ni...

Wednesday, February 3, 2010

Pleaseeeee....

3 orang pot pet
Saying pleaseeeee is so easy…

But to pleaseeeee everybody is not an easy task.

I’m sad, disappointed!

Tuesday, January 19, 2010

Sometimes.....

2 orang pot pet
Sometimes, I do understand them…
Sometimes, I don’t …

Sometimes, I feel like wanting to understand them…
Sometimes, I feel like don’t ….

Sometimes, I feel pity at them…
Sometimes, I don’t….

Sometimes, I feel like slapping,
Sometimes, I feel don’t…

Sometimes, I feel like hugging…
Sometimes, I don’t…

Hello! Don’t think too much! Wake up! Don’t bother! Just follow the flow…. Let them to stay with their own world. You won’t lose anything anyway….

Monday, December 28, 2009

Why?

2 orang pot pet
Sometimes, people act not as what they say…. They say they don’t differentiate their kids, but they did. They say that but actually they did this….

Ouhhhh.. this really make me feel scared to have more than one child…. I’m scared if I might be like those people….

And only now I realized how important money is… Money can buy everything….

On the other hand, I don’t understand why some people couldn’t think of other people’s feeling…. Too greedy, too stingy and didn’t try to put themselves to other people’s shoes. So selfish! Why??????? Sigh….

Wednesday, December 16, 2009

Tolonglah bos..... ^_^

8 orang pot pet
Petang tadi unit kami ada mesyuarat bulanan seperti biasa. Dan… baru hari ini sia tahu yang staf belum confirm macam sia ni ndak boleh simpan cuti untuk Golden Hand Shake.

Sekarang cuti ada baki 28 hari…..

Hujung tahun ni ambik lagi 6 hari…. Tinggal lagi 22 hari…

Tolak yang boleh di bawa ke tahun hadapan maksimum 15 hari.. tinggal lagi 7 hari…

Adui! Banyak tu cuti yang kenak burn kan!

Sekarang berkira-kira mau mohon untuk habiskan 7 hari tu… Paling busuk pun, burn kan dalam 3 hari ka…. Ndak lah sakit hati betul kan... Tapi, bos besar pulak dengan nada & muka sinis ada cakap “hak meluluskan di tangan saya”

Adui! Agak-agak dapat kah ya? Mintak-mintaklah Allah lembutkan hati bos besar dan immediate bos sia untuk meluluskan….. Eeeeeeeeeeee… Takuttttttttt!!!!!!!!!!

Monday, December 14, 2009

Menghargai kah?

2 orang pot pet
Manusia selalu ndak menghargai. Ndak menghargai apa yang ada di depan mata. Melebihkan orang yang berduit. Kurang menghargai mereka yang kurang berduit. Walaupun, sebenarnya orang yang kurang berduit tu la sebenarnya yang banyak membantunya… Menjaganya… Cuba mengambil hatinya…

Sia sangat kesian melihat manusia yang kurang berduit tapi tetap bersabar dengan karenah mereka yang ndak menghargai mereka..

Dan sia juga kesian melihat manusia yang ndak tahu menghargai mereka yang kurang berduit ini… Mungkin dia sedar dan mungkin juga dia ndak sedar. Tapi, siapa yang harus menyedarkan mereka kalau bukan orang yang paling dekat dengan mereka?

Mungkin juga tanpa sia sedari sia telah jatuh dalam kategori ini… Jika ya, sia berharap ada manusia terdekat dengan sia yang sudi menyedarkan sia… Sia sangat takut untuk berada dalam kategori ini… Nauzubillah….

Tuesday, December 8, 2009

Ada aku kesah?

8 orang pot pet
Dalam masa 2 minggu, sia telah berbelanja sakan…. Setelah lama berpuasa daripada shopping untuk diri sendiri, sia telah berjaya menambah koleksi-koleksi peribadi berikut:

- 9 helai kain pasang
- 1 gold bangle
- 14 helai tudung ala ariani/ekin
- 1 pasang cadar
- 2 helai bra (sangat perlu ok!)

Ada orang mengata… Cakap membazir lah… Ndak boleh jadi jutawan la… Ada aku kesah?!!!! Hubby kesayanganku (ayat bodek!) pun ndak kisah.. Yang kau kisah apahal? Bukannya aku guna kau punya duit pun! Aku banyak duit! Apa kau kisah?!! Kau mau kedekut ka, pelokek ka… kau punya pasal!

p/s: ini memang sesi luahan perasaan ndak puas hati!

Lebih baik layan gambar-gambar kekasih hatiku...

Like Ayah like Aimee ndak?

Aimee sudah boleh meniarap!

Aimee dan penguin kesayangannya

Monday, November 23, 2009

Why must you kiok this time?

0 orang pot pet
I didn’t realize that this week was a school holiday, until I drive my car to office this morning. The road was so so clear until I could reach my office on time though I depart from my in law’s house very late this morning. Thanks to the school holiday! Thanks to those student who didn’t go to school this week :grin:

I’m now very busy preparing my viva presentation for my OSH exam this coming December. While sweating like a pig to make sure that I can deliver the report to NIOSH by tomorrow, hubby’s laptop suddenly kiok last night! What a ****! Eeeeeeeeeeee!!!!!!!!!! Why must now? Why not tomorrow or next week or next month or any other time but not last night??? Huh! Luckily got another computer at my in law’s house.

So, last night, at 10pm, three of us have to knock my in law’s house and spend our night there. I feel so pity to Aimee. She was already dead to the world at that time. Hubby as well. He accompanied me until 1.30am last night. Thanks Abang! To pay your kindness, please remind me of my promise if I pass all the 4 papers k! I really appreciate your help dear!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery