Friday, April 15, 2011

Confirm ku enggak Boleh hidup di jepang!


Entahkan kenapa, sudah berhari-hari sia teringin betul makan mi Jepun… Ala, yang orang panggil Soba dengan Udon tu… Daripada hari Isnin merengek-rengek mintak En. Suami bawak pegi Sushi King Jusco AU2. Tapi, baru malam tadi dapat merasa… Semua dek penangan makanan yang sedap-sedap di rumah mertua sia… Selalunya rumah mertua sia ada makanan yang merah-merah jak. Tapi, minggu ni selalu pulak ada masak lemak.. Ayam masak lemak lah, daging masak lemak lah.. Sayur petola dengan suhun masak air lah.. Ah! Semua masuk pulak tekak sia ni! Malam tadi pun sama… Tapi, sebab sudah berhari-hari asyik di tunda-tunda, malam tadi kami anak beranak pergi jugak ke Sushi King.

Sebenarnya, ni baru kali kedua kami makan di sini. Pertama kali dulu kami datang semata-mata makan sushi saja.. Kali ni, datang dengan tujuan untuk merasa soba/udon yang sangat glamour tu….

Sampai-sampai, belek-belek menu.. Errrrr……….. ~Mahu makan apa ni? Udon ka soba ya?~ dalam hati sia berbisik… En. Suami pun sama… Dia yang memang bukan penggemar makanan Jepun ni langsung tidak study menu tu… Tup-tup dia order Yakiniku Rice Burger (gambar di bawah ni)


Bila sia dengar, jahat pulak mulut sia mengutuk En. Suami “Lorrrr… Order tu jek? Apa lah! Ni datang daripada bukit mana ni datang Sushi King order rice patty jek ni?” Hahahhahha.. Siot kan bini dia ni… Sia pulak, lepas puas belek-belek menu tu, akhirnya order set Sushi King Gozen (gambar di bawah ni). Lepas tu, mintak diorang tukar Eel Sushi dan Raw Salmon Sushi ke Ebikko Sushi. Takutlah tekak ni tidak boleh terima pulak kan…


Sedang-sedang tunggu order sampai, sia belek-belek lagi menu. Kesia pulak tengok En. Suami order setakat rice patty tu… Sekalinya, hah! Jumpa pun menu yang ada nasi dengan ayam.. Wellll.. Siapa yang kenal En. Suami sia ni, mesti tahu… Dia ni kalau menu-menu yang ada telur dengan ayam ni, boeh saja masuk di tekaknya… Jadinya, sia orderkan Oyako Don (gambar di bawah ni).



Tungu punya tunggu, makanan pun sampai…

Sebahagian daripada set menu Sushi King Gozen


Sushi set menu Sushi King Gozen


Oyako Don


Yakiniku Rice Burger yang hampir habis


Ok, review pasal makanan….

Yang Rice Burger tu, En. Suami makan sampai habis.. Dia cakap, oklah… Yang Oyako Don pun dia cakap dia boleh terima lah… Iyalah, nasi dengan telur dan ayam.. Memanglah ok… Tapi, dia cakap tidak boleh lawan lah nasi Ayam Penyet. Ceh!

Sia punya set pulak, banyak-banyak makanan dalam set tu, sia cakap terus terang, hampir semua sia tidak boleh masuk. Hanya satu saja yang sia habiskan dengan rasa macam ~Ahhhh… ini sedap!~, iaitu, Yakult! Yang sushi tu, bolehlah sia masuk jugak… Yang mi soba tu, hmmmm… Sia cuba suap 2-3 kali, lepas tu sia panggil waitress “Dik, ada tak benda yang pedas-pedas macam sos cili ke, cili api ke, chili flakes ke, yang boleh makan dengan mi ni?” Hahahahha… Ampun! Memang tidak boleh blah lah! Sekali dijawab oleh minah tu “Hmmm.. Kami ada lada sulah dan chili flakes”. “Bolehlah dik… Bak mai k. Tq”

Selepas dituang-tuang chili flakes, cuba makan lagi… Euw! Masih tidak boleh blah! Masa tu, En. Suami lah pulak yang kutuk sia balik “Haish! Apa ni, orang kampong! Makanan Jepun pun tidak boleh masuk! Huh!” Cis! Cis! Kena aku balik! Tapi, serius, sia memang tidak boleh masuk wei! Cakaplah sia ni tekak orang kampong ka apa, sia tidak kisah langsung!

Menu last sekali yang sia makan adalah egg custard. Bila sebut egg custard, apa yang kamurang bayangkan? Sia mula-mula baca set menu tu, dalam hati ~Ouhhh… Bagus jugak ambik menu ni, siap ada pencuci mulut~. Sekali makan, hambek kau! Egg custard tu masin lahhhhhhhhhhh! Dan dan tu pass egg custard tu ke En. Suami “Nah bang! Ce rase”. Sia memang lepas tu tidak sentuh lah egg custard tu. Siap dalam hati ngomel-ngomel sendiri ~Diorang ni tersalah letak gula dengan garam ka hah!~ Tapi, sebab tidak biasa dengan makanan Jepun, tidak berani pulak panggil waitress tu lagi… Takut kena kutuk! Hahahahhaha! Memang kampong betul! Mengaku ok!

Dan… akibat semua makanan yang dimakan tu memang sangat tidak kena di tekak si mak buyung ni, natijahnya.. Tengah malam tadi, dalam-dalam rumah black out, berlari lah si mak buyung ke tandas. Bretttttttttttttttt! Habis semua keluar ikut b*nt*t. Tu pun tidak lega jugak… Terasa-rasa pulak ada sesuatu yang ingin keluar daripada mulut pulak… Ah Sudah! Malas mahu bergerak dalam gelap, sia duduk diam-diam tunggu rasa ada sedikit lega, barulah cuba baring dan tidur…

Hmmmm…. Tobat sia tidak akan ulang kunjungan ke Sushi King selain untuk makan sushi saja… Siap En. Suami sindir “So, cancel lah plan mahu sambung belajar ke Jepun?" Cis!

Lain kali mau cuba yang ini pulak lah... Mak Ana, dengan Mak Im cakap sedap banget!


P/s: Mas, Aku wondering cemane korang ble hidup kat Jepang tu? Patut ble turun berat badan cepat seh!



10 orang pot pet on "Confirm ku enggak Boleh hidup di jepang!"

sya amran on April 15, 2011 at 11:10 AM said...

sila lah makan kuih tako ituuu..sangat sedapp..feveret aku n anak aku..menjadi rebutan di rumahh..hahahah

mama glam on April 15, 2011 at 11:37 AM said...

ngan: ko pun ckp sedap? ish! memang wajib cuba ni..

Eikyn on April 15, 2011 at 11:42 AM said...

yup..ini je yg bisa masuk ditekakku selain mknn jepang yg lain..aku juga enggak bisa hidup di jepang nih..mungkin di bandung bisa...ngehehehe..boleh shopping n makananny enak2! (versi bahasa indon..motip?)

Unknown on April 15, 2011 at 11:43 AM said...

hehehe.. yang ko makan tu semua selera mesia weng.. yang kat sini selera jepun.. cara depa masak tu lain sket la.. lebih fresh dan sedap (bagi aku) masa kat mesia langsung tak makan sashimi atau benda2 mentah.. tapi kat sini aku makan sedap la pulak! hahahhaha...

papepun, aku pun suka takoyaki.. anak2 aku pun suka.. heheheheh

Anatel Ameen on April 15, 2011 at 12:03 PM said...

pak ameen pun kata masakan jepun di jepun lebih sedap daripada di malaysia. Even sushi kat Malaysia pun pak ameen tak makan...tak sedap katanya. Tapi mi soba tu memang peberet pak ameen (ketika di jepun) dan memang orang jepun di jepun tak kenal pun cili sos hehehe nak pedas kalu wasabi je la...

Pelik, pak ameen suka makanan jepun di jepun sahaja, yg kat Malaysia ni, takoyaki kegemaranku itu pun dia tak suka... sungguh riak suami ku itu.

My latest peberet...seasoned octopus...baik takoyaki baik sushi...asal ada seasoned octopus, peberet!!!

mama glam on April 15, 2011 at 12:53 PM said...

Eikyn: Nasi lomak AU4 lagi sodap kan?

Mast: Tuh lah, aku pun agak2 mcm tu.. Kalau tak, xkan orang ckp sedap kan? Terpikir jugak aku, tekak aku yg prob ke ape... Hmm.. maksudnya betul lah.. Masakan jopun versi M'sia ni memang out! Kenalah aku dtg jopun cenggini eik mas? =)

Mak Ana: Sama jugak komennya ye... Memang sah tekakku tidak bermasalah... maksudnya tako tau tu memang nak kena cubalah camnih! Haish! ni semua penangan pengaruh mak ana dgn mak im la ni!

Gua! on April 15, 2011 at 3:01 PM said...

Ahahahaha..tekak aku pun sama, takleh nak accept sushi2 ni.orang kampung la katakan.sushi king ni memang dalam unwanted list aku..

mama glam on April 18, 2011 at 8:23 AM said...

Ipin: cenggitu, lain kali aku blanje ko makan sushi lah... kekekekke...

Liza Othman on April 19, 2011 at 1:35 PM said...

lom pandai makan makanan jepun. mknn korea baru nak cuba2 tapi tak semua lalu nak telan.. tak sesuai dgn tekak melayu =D

mama glam on April 19, 2011 at 3:04 PM said...

Liza: ouh! Tak pernah cuba makanan korea. Kalau tengok kat dalam drama diorang tu mcm best jer eik? Tapi, mcm takut jugak nak cuba... Kimchi ke mende ntah tu...

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery