Thursday, May 31, 2012

Resepi Donut Keju ala-ala Big Apple



Semenjak sia pindah office di MV ni kan, hari-hari lalu Big Apple. 2 kali sehari pulak tu… Masa mula-mula pindah sini, tiap-tiap minggu la beli Big Apple… Masa tu, si minah Aimee la yang paling syiok. Main order jak, malam tu mamanya akan bawak kan donut. Bukan main happy la dia kan, siap tiap kali dapat donut tu akan cakap “hmmm… sayang mama! Tima kasih mama belikan Aimee donut!” hmmmmm, hati mama mana yang tidak cair kan bila anak cakap macam tu.

Tapi, lama kelamaan, tidak boleh jadi, asyik makan donut anak aku ni! Sudahlah memang sudah sedia bam bam.. makin bam bam lah kalau hari-hari makan donut.

Jadi, lama jugaklah sia stop bagi dia makan donut. Jarang-jarang adalah…

Sekali kemarin, masa sia tunggu kawan sia beli makanan di bawah tu, sia sia bersandar di tiang dekat dengan dapur Big Apple tengok pekerja Big Apple tu buat donut, sambil dalam kepala “hmmm.. macam senang pulak buat donut ni…”

Apa lagi, semangat masak-memasak dessert masih on, petang tu jugak beli donut cutter dan bahan-bahan membuatnya.. Sambil-sambil bawak kereta balik rumah siap terbayang-bayang sudah donut cheese dalam kepala… Pulak tu, siap terbayang Aimee cakap “tima kasih mama buatkan Aimee donut! Sayang mama!” Wuwuwuwuuwwuuu… Tambah happy lah si mama!


donut cutter, murah jak pun beli di Bagus


Ok, jangan cakap banyak, nah di bawah ni resepinya, cilok dari Aaain. Tq for the recipe ya Aaain!

Resepi Cheese Donut Lembut ala-ala Big Apple:

Bahan-bahan:
140ml susu
200gm tepung roti
20gm gula
20gm mentega
½ s/k garam
1 s/k yis

Topping:
Susu pekat
Parutan keju cheddar

Cara buat:
1. Masukkan semua bahan dalam BM dan biarkan BM buat kerja menguli setengah jam.

2. Canai doh dan terap menggunakan donut cutter dan susun atas talam non stick. Biarkan mengembang dalam masa 30-45 minit.

3. Goreng donut, dan toskan lebihna minyak.

4. Celupkan sebelah donut dalam sos white topping yang disukai. Kalau takdak, celup dalam susu pekat pun sodap!

5. Akhir sekali, taburkan parutan cheddar cheese ikut suka banyak mana mau…

6. Masuk mulut ngapppp! Sedap sekali!


Donut ni sia buat malam tadi. Dapat dalam 2 pinggan. 1 pinggan sia dengan En. Suami makan. 1 pinggan lagi Aimee share dengan makcik sia. Alhamdulillah, Aimee suka, dan seperti yang dibayang-bayangkan, dapatlah ucapan terima kasih yang sangat mengharukan daripada mulut puteri cilik sia nan 1 tu "Hmmm.. sedap! Tima kasih mama buatkan Aimee donut! Aimee sayang mama!" wuwuwuuwuwu... Mau mengalir rasa air mata terharuuuuuu.... Mama pun sayang Aimee sayang.. Lain kali mama buat lagi ok!

9 orang pot pet on "Resepi Donut Keju ala-ala Big Apple"

mama glam on June 14, 2012 at 6:42 PM said...

Yana: sedap, serius! hehhehe

Liza Othman on July 12, 2012 at 3:03 PM said...

wah..itu donut menggiurkan hehe..
mau cuba juga la :)

Kak Bunga on September 5, 2012 at 11:40 AM said...

kak...susu tu susu tepung ke susu pekat manis? huhu

mama glam on September 13, 2012 at 7:28 AM said...

Liza: cuba jgn x cuba! ;)

mama glam on September 13, 2012 at 7:29 AM said...

Zatil: susu utk adunan tu susu segar... yg utk topping tu susu pekat..

Selamat mencuba! ;)

Unknown on March 18, 2013 at 11:08 PM said...

tepung roti tu mcm mna???

mama glam on April 12, 2013 at 11:26 PM said...

Kt kedai dia mmg panggil tepung roti... X tau nak ckp camne...

Anonymous said...

tepung roti - bread flour.

*kongsi tips.. :)
tepung ini ber'gluten'..maka roti yg dihasilkan menjadi gebu.

Susu yang ditambah ke dalam 'resipi doh' menjadikan jumlah protein dalam doh bertambah. Roti lebih mengembang kerana yis berlipat-ganda.

Tambahkan secubit rempah seperti cinnamon (serbuk kayu manis) mahupun nutmeg (serbuk biji buah pala) untuk mendapatkan bau harum dan rasa yang tersendiri.

Anonymous said...

MAAF..
Ramai surirumah tidak mengambil tahu dengan baik tentang bahan2 yang mereka guna dalam masakan/baking mereka. Malah hanya percaya dari perbualan2 tetapi bukan dari penelitian ilmiah (bacaan/ujikaji) ataupun PEMAHAMAN.

Mulakan perubahan dari saat ini supaya kalian bukan lagi hanya 'tahu buat' tetapi 'PAKAR BUAT' kerana kalian FAHAM DENGAN JELAS apa jua masakan/baking yang kalian hasilkan.

pssttt..internet ada byk maklumat. Gunakan sepenuhnya.

:p

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery