Lama tidak cerita pasal minah cilik tu kan? Alaaa.. budak yang insya Allah akan jadi kak long bulan 8 ni… si minah Aimee tu lah..
Hari tu (ok, ni cerita lama ya), masa sebelum KC siap, kami anak-beranak memang duduk dalam bilik master sahaja. Iyalah, masa tu kan di luar tu memang bapak penuh dengan habuk dan memang kotor yang amatlah. Jadi, disebabkan itu, tempat permainan si minah Aimee ni pun memang setakat sekitar-sekitar dalam bilik sajalah… Sekejap ke depan pintu toilet, sekejap ke depan pintu bilik, sekejap depan TV, sekejap ke sofa, sekejap ke atas katil.. Senang cerita, pi mai pi mai, tang tu jugaklah minah tu bermain…

Satu hari tu, barangkali dia sudah puas bermain dengan buku, puas bermain dengan selipar, puas menonton TV, tiba-tiba entahkan dari mana datang idea minah tu, dicapainya pampers yang ayahnya letakkan di atas katil. Ingatkan apa saja yang minah ni mahu buat. Rupa-rupanya, minah ni mahu pakaikan elmo pampers! Hahahhahahha…. Kamurang tengok sajalah gelagat bakal kak long mencuba untuk pakaikan elmonya pampers. Kunun bayangkan dia pakaikan adik dia pampers lah tu barangkali… Apa-apa sajalah si minah Aimee ni…
Hahahhaha.... Sabar jaklah budak seorang ni. Akhirnya, dia tinggalkan Elmo dengan pampers tu di atas katil macam tu jak, sebab mamanya malas tolong dia mengangkat si Elmo. Ceh! Apa punya kak Long. Hangat-hangat taik ayam betul... Bayangkan kalau dia betul-betul buat adik dia macam tu.... Huh!
2 orang pot pet on "Telanjang sajalah kamu Elmo!"
hahahaha.. adehla budak2 zaman skg nih.. drp survey, agaknye blh disimpulkan bahawa sume budak2 kecik akan pakaikan pampers kat "baby" dorg ek..
Ninie: ha ah.. sangat tipikial eik diorg ni... x lama lagi, aimee mesti akan ikut qisya, nak susukan baby pulak... selimutkan x kot, sebab dia sendiri x pakai selimut!
Post a Comment