Thursday, December 31, 2009

My feeling

2 orang pot pet
Happy, sad & excited... like my blog title...

Tuesday, December 29, 2009

Azam Tahun Baru 2010

6 orang pot pet
Lagi 2 hari, masuklah kita ke tahun 1431/2010… Huhuhuhu.. Lagi 10 tahun ke arah Wawasan 2020….

Tercapaikah azam tahun lepas? Mari kita tengok:

1. Bangun awal setiap hari terutama hari kerja… Hmmmm…. 20% mungkin….
2. Datang kerja on time. Memang susah ni… Disebabkan perkara yang no.1 di atas tuh lah… Hmmmm…. 30%?
3. Jadi Muslimah yang lebih baik dari banyak aspek insya Allah…. On off telah tidak berlaku setakat ini alhamdulillah…. Banyak lagi yang perlu diperbaiki..
4. Jadi isteri yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya….Rasa macam ada perubahan.. Tapi, hanya hubby tersayang yang boleh memberi jawapan yang tepat… Ayah?
5. Mengandung dan lahirkan anak insya Allah (separuh jalan sudah... alhamdulillah :) )… Alhamdulillah tercapai 100%
6. Lulus dengan jayanya induksi (sekiranya dipanggil lah).. Telah dipanggil, tapi terpaksa ditolak kerana sedang mengandung ketika itu (wanita mengandung tidka dibenarkan mengikuti). So, gagal!
7. Habiskan ganti puasa tahun 1429/2008 sebelum melahirkan insya Allah (expected deliver baby dekat2 puasa tu…) mesti bertungkus lumus ni lepas habis morning sickness. Chaiyok! Berjaya 100%!
8. Habiskan study untuk exam SHO sebelum pertengahan tahun… Chaiyok Amisah! Berjaya 100%
9. Siapkan WPA (work place assignment) SHO secepat yang mungkin… Aduiiii! Susahnya rasa… Berjaya 100%
10.. Telah lulus 2 daripada 4. Jadi 50%
11. Langsung tidak tercapai. Kenak bawak ke tahun hadapan la nampaknya…
12. Simpan duit banyak-banyak untuk baby dan persediaan pindah rumah tahun 2010 insya Allah… Hmmmm… Masuk keluar, masuk keluar… adalah…. Percentage? Susahnya….

Jadi.. daripada senarai yang 12 itu….

- 100% : 4
- 50% : 1
- 30% : 1
- 20% : 1
- Tiada peratus : 3
- Gagal : 2

Sendiri cari pasal letak azam begitu banyak kan? Padan muka!

Ok, mari kita lihat azam tahun depan… Kali ni mesti letak yang boleh diukur…

1. Lulus dengan jayanya induksi (sekiranya dipanggil lah)..
2. Habiskan ganti puasa tahun 1430/2009 sebelum masuk bulan puasa tahun 1431/2010 insya Allah (yang 29 hari tuh! Hambek!).
3. Lulus exam SHO yang lagi 2 paper dengan jayanya supaya ndak perlu repeat.
4. Buat projek manik yang asyik terbengkalai tu… Buat 5 helai katakan?
5. Hadkan pembelian tudung kepada 10 helai? (ni paling mencabar ni!) Izzy, ekin, tolong jangan ajakku lagi (hish! boleh tahankah?)

Cukuplah 5 azam untuk tahun depan... Awal bulan julai 2010 akan di review update...

Selamat Tahun Baru semua!

Monday, December 28, 2009

Why?

2 orang pot pet
Sometimes, people act not as what they say…. They say they don’t differentiate their kids, but they did. They say that but actually they did this….

Ouhhhh.. this really make me feel scared to have more than one child…. I’m scared if I might be like those people….

And only now I realized how important money is… Money can buy everything….

On the other hand, I don’t understand why some people couldn’t think of other people’s feeling…. Too greedy, too stingy and didn’t try to put themselves to other people’s shoes. So selfish! Why??????? Sigh….

Balas dendam!

9 orang pot pet
Sangat2 sibuk minggu lepas.. Dengan kerja2 pejabat… exam yang alhamdulillah sudah selesai.. Harap2 ndak perlu repeat mana-mana paper.. Aminnn… Dengan jalan2 ke jalan tar… hik hik hik… Dengan ini, sia mengumumkan, sia ada 13 helai tudung baru.. tolak 1 yang telah diberikan kepada MIL… SO, ada 12 helai… huh! Memang balas dendam lepas geram lepas exam… 2 helai daripadanya, dibeli daripada siapa lagi kalau bukan budak riqa si penjual tudung….

Yang dua ni beli di luar...





Yang ni beli dengan budak riqa..



Yang dua helai di bawah ni baru beli, belum dapat lagi...





Cukup cerita tudung... Cerita weekend la plak..

Sepanjang 3 hari cuti, banyak diisi dengan majlis nikah, majlis kawin, majlis kawin lagi dan majlis kawin lagi.. penat gilak anak daraku itu.. Sampai pagi tadi, sia angkat daripada katil di rumah, naik kereta, baringkan dalam kereta , angkat keluar dari kereta, baringkan balik atas tilamnya di rumah MIL, pun dia ndak bangun2… Lena betul dia tidur…

Hari ni pulak.. memang ndak efisien… Pagi sudahlah sampai pejabat lambat.. Baru mau start buat audit, sekali ada fire drill la pulak.. Habis setengah hari… Jadinya, hari ini punya plan audit, akan di postpone ndak tau lagi bila… Rasanya, mau lah minggu ni akan ndak efisien, sebabbbbbb…..

Hari Khamis ni mau balik Tawau! Yeay! Hari rabu sudah start cuti sebab mau bawak Aimee pigi check up la, mau kemas barang lagi… hmmmm… ndak taulah berapa banyak luggage kali ni sebab ada minah kumari seorang tuh… mana dia punya stroller.. beg pam mama…. Hehehhe.. ndak boleh bayangkan.. tunggu hari rabu baru tau…

Mari kita lihat gambar minah kumari yang suka bergambar ni











Ni pulak, gambar kawin rakan sekerja, Shida pada 01 Nov 2009



Oklah,, sudah habis masa rehat, sambung kerja!

Thursday, December 24, 2009

Yeay!

0 orang pot pet
Exam SHO paper IV telah selesai hari ini! Yeayyy!!!!!!! Terasa macam 1 batu besar telah dialihkan daripada bahu ini…. Fuh!

Mudah-mudahan lulus dengan jayanya Paper 3 & 4 supaya ndak payah re-sit…. Aminnnn……

Bolehlah balik kampong dengan hati yang tenang… Bolehlah qada balik masa-masa yang sepatutnya diluangkan bersama Aimee….. Dan…

Bolehlah, jalan2 cari pasal… Huhuhuhuu…..

Monday, December 21, 2009

Solid food for Aimee?

6 orang pot pet
I’m now in dilemma on introducing solid food to Aimee.

Since last 2 weeks, she keeps wake up for nursing about 6-7 times at night. She even gets cranky before I nurse her every time. This is not normal for her since she usually have only about 3-4 nursing at night.

I have a few conversations with hubby about this. One of his staff has a baby about Aimee’s age. His staff had started to give solid food to her baby since she entered her 3 months, which I think was too early.

After experiencing the sleep-deprived, I’ve searched info from few websites. One of the best website that I feel very useful is this one.

Here are the cues that the websites list down that you can consider to show whether your baby is ready for solid food or not. Let’s check:

1. Head control – check!
Your baby needs to be able to keep his head in a steady, upright position.

2. Losing the "extrusion reflex" – Not really…
To keep solid food in his mouth and then swallow it, your baby needs to stop using his tongue to push food out of his mouth.

3. Sitting well when supported – check!
Even if he's not quite ready for a highchair, your baby needs to be able to sit upright to swallow well.

4. Chewing motions – check!
Your baby's mouth and tongue develop in sync with his digestive system. To start solids, he should be able to move food to the back of his mouth and swallow. As he learns to swallow efficiently, you may notice less drooling. He may also be teething around the same time.

5. Significant weight gain – check! Aimee now entering her 5 months in 1 week time from now. Her 4 months weight=7kg
Most babies are ready to eat solids when they've doubled their birth weight (or weigh about 15 pounds/6.8kg) and are at least 4 months old.

6. Growing appetite – Think so…
He seems hungry — even with eight to ten feedings of breast milk or formula a day.

7. Curiosity about what you're eating – check!
Your baby may begin eyeing your bowl of rice or reaching for a forkful of fettuccine as it travels from your plate to your mouth.

From the lists, Aimee had score 5. So, I guess she is ready for a solid food.

So, since last Thursday, I have introduced to Aimee this Nestle rice cereal.



She seems to be ok with it and starts to have good sleep at night, which of course very beneficial for three of us.

Though I had decided to give Aimee solid food, I still have this feeling of guiltiness. I’m not sure whether my decision on introducing the solid food to Aimee at her almost 5 month’s age is ok or not. If it is not, I feel so sorry for her for pushing her digestive system to work extra harder to process the rice cereal :(

To readers out there who have experience on this, could you please share yours? Am I choosing a wise decision?

Wednesday, December 16, 2009

Tolonglah bos..... ^_^

8 orang pot pet
Petang tadi unit kami ada mesyuarat bulanan seperti biasa. Dan… baru hari ini sia tahu yang staf belum confirm macam sia ni ndak boleh simpan cuti untuk Golden Hand Shake.

Sekarang cuti ada baki 28 hari…..

Hujung tahun ni ambik lagi 6 hari…. Tinggal lagi 22 hari…

Tolak yang boleh di bawa ke tahun hadapan maksimum 15 hari.. tinggal lagi 7 hari…

Adui! Banyak tu cuti yang kenak burn kan!

Sekarang berkira-kira mau mohon untuk habiskan 7 hari tu… Paling busuk pun, burn kan dalam 3 hari ka…. Ndak lah sakit hati betul kan... Tapi, bos besar pulak dengan nada & muka sinis ada cakap “hak meluluskan di tangan saya”

Adui! Agak-agak dapat kah ya? Mintak-mintaklah Allah lembutkan hati bos besar dan immediate bos sia untuk meluluskan….. Eeeeeeeeeeee… Takuttttttttt!!!!!!!!!!

Tuesday, December 15, 2009

Can you see the TGI Friday dear?

4 orang pot pet
I checked NIOSH website today. And………
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
I passed the Paper 1 & Paper 2! Fuh! Feel worth it stay up till midnight to study for the exam.

So Ayah, you see the TGI Friday already? Or you feel ok with TGV? Hik hik hik…..

p/s: Now, feel nervous to sit for Paper 3 & Paper 4 next week… Huhuhuhu...

Monday, December 14, 2009

Menghargai kah?

2 orang pot pet
Manusia selalu ndak menghargai. Ndak menghargai apa yang ada di depan mata. Melebihkan orang yang berduit. Kurang menghargai mereka yang kurang berduit. Walaupun, sebenarnya orang yang kurang berduit tu la sebenarnya yang banyak membantunya… Menjaganya… Cuba mengambil hatinya…

Sia sangat kesian melihat manusia yang kurang berduit tapi tetap bersabar dengan karenah mereka yang ndak menghargai mereka..

Dan sia juga kesian melihat manusia yang ndak tahu menghargai mereka yang kurang berduit ini… Mungkin dia sedar dan mungkin juga dia ndak sedar. Tapi, siapa yang harus menyedarkan mereka kalau bukan orang yang paling dekat dengan mereka?

Mungkin juga tanpa sia sedari sia telah jatuh dalam kategori ini… Jika ya, sia berharap ada manusia terdekat dengan sia yang sudi menyedarkan sia… Sia sangat takut untuk berada dalam kategori ini… Nauzubillah….

Tuesday, December 8, 2009

Ada aku kesah?

8 orang pot pet
Dalam masa 2 minggu, sia telah berbelanja sakan…. Setelah lama berpuasa daripada shopping untuk diri sendiri, sia telah berjaya menambah koleksi-koleksi peribadi berikut:

- 9 helai kain pasang
- 1 gold bangle
- 14 helai tudung ala ariani/ekin
- 1 pasang cadar
- 2 helai bra (sangat perlu ok!)

Ada orang mengata… Cakap membazir lah… Ndak boleh jadi jutawan la… Ada aku kesah?!!!! Hubby kesayanganku (ayat bodek!) pun ndak kisah.. Yang kau kisah apahal? Bukannya aku guna kau punya duit pun! Aku banyak duit! Apa kau kisah?!! Kau mau kedekut ka, pelokek ka… kau punya pasal!

p/s: ini memang sesi luahan perasaan ndak puas hati!

Lebih baik layan gambar-gambar kekasih hatiku...

Like Ayah like Aimee ndak?

Aimee sudah boleh meniarap!

Aimee dan penguin kesayangannya

Thursday, December 3, 2009

Potong!

5 orang pot pet










Pagi Kemarin Aimee telah selamat disunat! Sia dengan hubby ndak berani pigi tengok. Jadinya, Nekmanya (ibu mertuaku) yang terpaksa bawak. Alhamdulillah, menurut Nekmanya, dia mengangis sekejap jak… Lepas tuh, dia mengantuk, balik rumah terus tidur.

Huhuhuhuu… Takut pulak rasanya mau mandikan atau tukarkan pampersnya dalam masa terdekat ni. Ndak sampai hati.. Manalah tau masa tu dia terasa sakit ka, pedih ka.. aduilah…. Kesian anak mama….

Tuesday, December 1, 2009

Live like a nomad

8 orang pot pet
Today, hubby went out station to PD until this Thursday. That’s mean, I and Aimee have to stay at my IL’s place, which I’m not prefer.

It’s not that I don’t like to stay there. It’s just because I hate to do the packing and the unpacking thingy.

FYI, since I and hubby got married, we always live like a nomad. Although our house is just 5 mins drive away from my IL’s house, we always spent our weekend there.

Last time when for only 2 of us, it doesn’t really matter me on the packing and the unpacking. But now, with Aimee’s stuff, I think you could imagine how many bags that I and hubby have to bring if we were to overnight at my IL’s house... This morning only, hubby had to make 2 trips to carry our bags. I feel so pity to hubby (since all that I could help him is to carry my handbag and Aimee only) and to myself to do the packing and the unpacking later.

I don’t know for other couple. As for myself, I hate packing and unpacking! So much! Especially for traveling 5km away from our house every week! Sometimes, it crosses I and hubby’s mind to just move out to my IL’s house so that we don’t have to pack and unpack anymore… But.... for privacy reason, of course that option will be a BIG NO NO…. Hehhehhe…

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery