Klik sini untuk Prosedur pengambilan PRA - bahagian pertama
Klik sini untuk Prosedur pengambilan PRA - bahagian kedua
Seperti yang sia janjikan tahun lepas (pergghhh!!! Tahun lepas punya janji tu….), di sini sia update pulak pasal prosedur untuk perbaharui pas lawatan sosial PRA (pembantu rumah asing).
Ikutkan, stiker pas lawatan makcik sia, patutnya due 20 Jun 2012. Jadi, sia ikut cakap pegawai imigresen tu, renew sebulan lebih awal.
Sia yang tidak tahu prosedur mulanya pagi tu pigilah ke pejabat imigresen untuk bertanyakan prosedur. Iyalah takut ada apa-apa borang yang mau diisi atau ada apa-apa dokumen yang perlu disediakan kan... Bukan main semangat pigi ke Pusat Bandar Damansara, sekalinya sudah pindah daaa opis diorang. Makanya, pusing-pusinglah sia cari opis baru diorang. Tempat tu panggil Kompleks Kementerian Dalam Negeri (lokasinya dekat yang amat dengan Pusat membeli belah Publika di Solaris Dutamas tu). Bawah ni alamatnya supaya kamurang tidak susah mencari macam sia hari tu:
Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN),
No.69,Jalan Sri Hartamas 1,
50480 Jalan Duta,
Kuala Lumpur
Telefon 03-62012423
Faks 03-62011191
Bawah ni pulak alamat CIMB bank terdekat (untuk tujuan buat bank deraf):
CIMB Bank
Solaris Mont' Kiara
No. 15 Jalan Solaris Mon’t Kiara
Mont' Kiara
50480 WP Kuala Lumpur
Tel : 603 6203 7743/45/46/49/51
Fax : 603 6203 7753
Dan yang paling penting sekali, alamat FOMEMA terdekat:
FOMEMA KL Branch
D4-3A-8, No.1, Jalan Dutamas,
Solaris Dutamas,
50480 Kuala Lumpur
TEL: 03-6205 4111
FAX: 03-6207 8570
Sebenarnya, prosedur perbaharui ni lebih banyak senang daripada prosedur buat kali pertama. Tapi, sebab sia tidak biasa, makanya ambil masa yang lama sikit lah. Pulak tu sebab kedudukan pejabat-pejabat di atas ni haaa...
Memang sangat leceh sebab ketiga-tiga pejabat di atas ni letaknya agak jauh kalau dibandingkan dengan masa pejabat imigresen di Pusat Bandar Damnsara hari tu. Jadinya, sia nasihatkan kalau boleh bawak peneman, bawaklah peneman, supaya tidak perlu pening kepala fikir mana mau parking dsb. Serius leceh dan mengambil masa!
Jadinya, hari tu masa sia sampai jak di pejabat imigresen, diorang suruh pigi buat FOMEMA dulu, dapatkan kelulusan FOMEMA baru datang ke imigresen balik.. Ouhhhh, begituuuuu.... Makanya sia pun teruslah ke FOMEMA.
Jadi, bawah ni secara ringkasnya kronologi masa sia perbaharui pas lawatan sosial hari tu:
21 Mei 2012
Pagi: Sia pigi FOMEMA ambil borang, isi borang. Lepas tu, pigi bank buat bank deraf untuk bayar FOMEMA. Lepas tu, pigi FOMEMA balik, daftar, bayar dan dapatkan slip untuk buat pemeriksaan kesihatan. Prosedur exactly sama macam prosedur FOMEMA dalam entry sia yang ini.
Tengahari - petang: Sia bawak makcik sia pigi buat pemeriksaan kesihatan dan X-ray. Selesai… Tinggal tunggu keputusan ujian dalam website FOMEMA.
25 Mei 2012
Tengahari: check keputusan dalam website FOMEMA. Yeay! Dapat keputusan macam di bawah ni. So, boleh terus ke imigresen.
Petang: Tidak perlu isi apa-apa borang, sia terus ke kaunter imigresen bagitahu FOMEMA sudah lulus untuk renew pas lawatan sosial dan ambil nombor. Bila nombor dipanggil, pegawai kaunter hanya akan mintak passport original PRA dan IC majikan. Lepas tu, diorang akan suruh ke kaunter bayar amaun sebanyak RM495.00 untuk bayaran-bayaran seperti di bawah.
Lepas bayar, beri passport dan resit bayaran ke pegawai imigresen yang kita berurusan tadi, dan tunggu.. Lepas lebih kurang 10-15 minit, nama majikan akan dipanggil, dan dapatlah passport PRA dengan stiker MULTIPLE ENTRY VISA yang baru, yeay!
Selesai! Boleh balik dengan riang gembira, dan jangan lupa ucapkan “jumpa lagi tahun depan ya tuan” kepada pegawai imigresen tu.. hahhahahha….
Monday, May 28, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 orang pot pet on "Prosedur Memperbaharui Pas Lawatan Sosial PRA"
Salam.. Prosedur utk maid blk kg mama glam tau dak
Miza: salam.. x pernah buat lagi.. insya Allah bila buat, sye akan share ;)
As Salam mama glam :),
Bagaimana pula dengan bayaran gaji maid ni yea. Selepas semua prosedur kite uruskan sendiri.
Terima kasih sangat2 kerana entri2 yang sangat2 membantu.
Anon: Salam, pasal bayaran gaji maid, kita bayar terus ke maid je... kalau nak bukakkan akaun utk diorang pun bole.. tapi, rugi kat diorang lah.. sebab kalau bukak gaji utk warga asing ni, dia ada additional charge klu x silap.. so, mcm saya, biasa saya simpankan je.. bila nak guna, bagi dia cash. senang...
marvelous! bes info u kasik.
Post a Comment