Dulu masa sia mengandung anak pertama, sia selalu diajukan soalan “Mana buat monthly check up?”, “Mana scan baby?” “Mana nak bersalin?”…. Sekarang, masa sia mengandung anak kedua, soalan yang sama selalu terpacul daripada mulut kawan-kawan dan saudara mara. Dan setiap kali tu, jawapan sia tidak pernah berubah, iaitu “Klinik kerajaan” dan “Hospital kerajaan”…
Masa sia mula-mula mengandung anak yang kedua ni pulak, ada seorang pakcik ni cakap pada sia “Kali ni beranak, suruhlah Mel hantar ke hospital swasta pulak. Tak payahlah berjimat sangat dengan duit tu”… Masa tu, dan dan tu jugak sia jawab “Suami saya tidak kisah kalau saya mahu bersalin di mana pun. Tapi, saya yang taknak. Saya selesa dengan hospital kerajaan. Saya yakin dengan hospital kerajaan”. Mendengarkan jawapan sia, pakcik tu tambah lagi, lalu dijawab sia “Tapi pakcik, kalau ada berlaku apa-apa komplikasi, mana-mana hospital swasta pasti akan tolak kes ke hospital kerajaan. Jadi, buat apa saya longgok duit saya ke hospital yang tidak mampu membuatkan saya berasa yakin dengan kemampuan dan peralatan yang diorang ada?”
Ok, bila cakap pasal isu ni, pasti ramai yang akan ala-ala hurt butt. Masing-masing ada pendapat sendiri.
Pada sia pulak, sia yakin dengan perkhidmatan yang diberikan oleh klinik-klinik dan hospital kerajaan. Satu, sebab diorang ada standard prosedur yang mana laporan pemeriksaan kesihatan diorang tu tersangatlah lengkap. Buku merah yang standard tu memang boleh terpakai walau di mana pun kita merancang untuk beranak.
Mungkin ada yang cakap, disebabkan terlalu banyak prosedur tu lah yang menyebabkan pemeriksaan di klinik-klinik kerajaan selalu mengambil masa yang lama. Ikut pengalaman sia sendiri, setakat 2 jam tu bukanlah perkara yang perlu dibesar-besarkan. Dengan bilangan pesakit yang begitu ramai, tempoh tersebut sia kategorikan sebagai standard. Lagipun, layanan diorang adalah berdasarkan 1st come 1st serve basis. Jadi, kalau yang sudah biasa, kalau appoint tu jam 8 pagi, baiklah datang 10 atau 15 minit awal. Bolehlah dapat nombor yang depan-depan. Bila dapat nombor yang awal-awal, dapatlah balik lebih awal, tidaklah perlu menunggu lama.
Nurse atau doktor yang garang? Ok, pada sia, di mana-mana tempat samada swasta atau kerajaan, sama sahaja. Dan ikut pengalaman sia daripada bersalin anak pertama, alhamdulillah, sia dipertemukan dengan nurse-nurse dan doktor-doktor yang baik. Ok, tipulah kalau langsung tidak berjumpa dengan yang garang dan bermuka masam. Ada, tapi bilangannya boleh dikira dengan jari… Dan pada sia, setakat bilangan yang seciput tu, tiada masalah untuk sia tutup mata sebelah… Dan sia akan reverse psychology balik ~Alah…. kalau aku di tempat diorang ni pun, mungkin aku pun akan jadi macam diorang. Mungkin sebab penat barangkali~
Di samping tu, walau doktor atau nurse tu buat macam mana pun, sia akan paksa mulut ni untuk senyum walaupun dalam hati, Tuhan saja yang tahu betapa geramnya hati ni… Lepas tu, sia akan pujuk diri jugak untuk terima layanan yang kurenggg dengan berbisik dalam hati ~Kesian diorang terpaksa buat kerja-kerja ni. Kalau akulah, bagi gaji sejuta pun belum tentu aku mau buat. Mencabar tu.. Mana kena check jalan lagi, mana kena sambut baby lagi.. mana kena bersihkan rahim lagi, mana kena check jahitan lepas orang bersalin lagi.. Euwww!~ Dengan berbuat demikian, sia akan lupa sekejap rasa marah tu dan mampu untuk senyum seikhlasnya. Dan selalunya, sikap positif sia tu akan membuahkan hasil yang lebih baik. Masa tu lah sia akan dengar orang lain yang banyak kerek mendapat layanan yang kurang, sia pulak mendapat layanan yang sebaliknya… Agaknya, diorang kesian tengok muka sia yang terpaksa senyum tu kan, jadi terus diorang berubah sikap dan melayani sia dengan baik.. Hehhehhehe….
Sebenarnya, pada sia, karma itu sangat adil. Kalau kita berbuat baik pada orang, pasti Tuhan akan memberikan balasan yang setimpal terhadap apa yang telah kita lakukan. Oklah, kita cuba letakkan diri kita ni di tempat diorang lah. Bayangkan orang yang sakit bersalin datang untuk dapatkan perkhidmatan kita. Datang dengan muka masam, marah-marah, kerek kunun dia layak untuk dapat perkhidmatan 1st class sebab dia itu seorang pegawai lah… Dia mahu macam ini lah, dia mahu macam itu lah… Senang cerita, banyak songeh! Di samping pesakit tu, kita ada lagi beberapa atau mungkin ramai lagi pesakit lain yang punya masalah yang lebih kritikal untuk di beri perhatian. Agak-agak, apa perasaan kamurang? Mesti dalam hati tu ~Hek elleh puan ni! Kerek pulak! Macam ko sorang nak beranak!~ Kalau sia sendiri lah, daripada layan manusia kerek yang macam ni, baiklah sia pergi menghadap pesakit yang tidak banyak songeh dan mudah untuk diuruskan. Tidaklah hati tu tambah sakit! Tidaklah spoil mood bekerja yang riang gumbira kan?
On top of di atas-atas yang sia cakapkan tu, yang paling sia suka pasal klinik-klinik dan hospital kerajaan ni, sudah tentulah bayarannya yang tidak mahal. Check up bulanan percuma, tidak kira samada si ibu tu pegawai kerajaan ataupun tidak. Bersalin pulak, setakat bayar harga katil saja. Alah, setakat berapa belas ringgit tu… kalau tidak silap sia, RM6/semalam. Hah! Hospital swasta dapat? Sorry lah beb! Kalau kamu-kamu tidak ada duit riban-riban, jangan harap arrrr! Sebab tu, ada sesetengah orang bila masa bersalin saja, mulalah tergaru-garu kepala sebab kena korek semua simpanan yang ada untuk bayaran hospital dsb. Pada sia yang tidaklah banyak mana duitnya, hospital kerajaan memang paling sesuai lah. Bukan tidak ada duit, tapi, sia mengaku, sia memang lokek untuk bayar duit sebanyak itu untuk perkhidmatan yang sia rasa sia boleh dapat dengan harga yang lebih murah di hospital kerajaan. Jadi, buat apa sia menabur duit di swasta kalau sia sendiri selesa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh hospital kerajaan? Baik sia guna duit tu untuk beli barang kelengkapan lain macam pam susu, car seat dsb yang sudah tentu-tentu harganya memang tidak boleh dirunding. Mahu tidak mahu, harga barang-barangan tu memang standard. Situ pun sudah makan riba-riban… Mana duit untuk akikah lagi… Baju-baju lagi… Ah! Macam-macam lah…
Ok, ok, bila sia cakap macam ni, bukan tujuan untuk mengutuk orang-orang yang bersalin di hospital swasta. Tidak sama sekali. Itu hak masing-masing. Pada yang berkemampuan dan mementingkan layanan yang tip top dan kepantasan, mengapa tidak? Pilih saja hospital swasta yang diingini, yang penting fulusnya adaaaaa…
Sia buat entry ini untuk tekankan, buat masa ini, buat ketika ini, sia masih yakin dengan perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan. Sia mahu ubah persepsi orang terhadap perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan. Jangan memperlekehkan kebolehan dan kepakaran mereka. Jangan hanya disebabkan mementingkan standard, sangggup berhabis duit untuk bersalin di hospital swasta yang akhirnya membebankan poket yang sebenarnya kurang mampu. Ukur baju di badan sendiri. Jangan main dengar cakap-cakap orang sebelum mencubanya sendiri. Sakit beranak tu, di mana pun sama saja.
Dan sedarlah, walau semahal mana pun perkhidmatan yang kamu mampu bayar di hospital-hospital swasta, mereka tidak akan mampu menandingi tahap kepakaran dan kecanggihan peralatan yang ada di hospital kerajaan. Percayalah! Cuma, mungkin layanan di sesetengah hospital dan klinik kerajaan tidak seperti yang kamu harapkan yang boleh kamu dapat di hospital swasta. Itu sia anggapkan sebagai nasib… Tapi, sia sendiri setakat ini berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh klinik dan hospital kerajaan yang telah sia kunjungi. Alhamdulillah… Pada sia, keadaan sudah banyak berubah… Tanggapan dulu-dulu terhadap doktor dan nurse kerajaan patut diubah. Prestasi dan keupayaan mereka memang patut dibanggakan!

Sia dulu bersalin di sini. Layanan memang tip top I tell you!
12 orang pot pet on "Bersalin di hospital kerajaan atau swasta?"
aku setuju!!! aku anak mmg dua2 bersalin kat hospital serdang. mmg kitorg tak opt utk gi swasta sbb satu mmg xnak membazir sbb bukannya kaya sgt :p. then aku dah pernah checkup kerajaan dan swasta (pusrawi) masa adam. mmg totally different. klinik kerajaan sgt teliti. semua pun kena buat tiap kali dtg esp check darah. kalo swasta check air kencing aje. member aku check kat swasta cucuk kancing gigi (att) pun takde. mcmana? btw mmg ada byk klinik swasta yg bagus2 bagi yg mampu tu takpela kan. tp mmg ramai rekemen buat checkup kat klinik kesihatan kerajaan.
Nisa: Betul nisa. Aku yang paling x tahan yang x pernah cuba tapi dah komplen macam2... Siap cara cakap tu macam seolah2 orang yang bersalin kat hospital kerajaan ni low class la.. Ape lah... Hello! Kau banyak duit nak bersalin kat swasta, go on. Tak payah nak condemn walhal ko sendiri pun x pernah berpengalaman. So loser la orang mcm ni! Kesian pun ada!
entry akak sangat positif.. suke suke suke
hehe dd suke sangat.
lega rasanya. sbb dd plan nak bersalin kat spital kerajaan jugak.
1) first sebab rasa xcukup duit, baru kawen tgh nak kumpul duit hehe.
2) second, bile saya gugel, byk kes yg berlaku kat private, last2 dorg tolak ke spital kerajaan. motip? hehe
akak, akak rasa spital serdang ok x ek??
saya pun nak bersalin kat hospital gomen ajela..nk simpan duit tuk beli perabot umah solid wood..Motip? hehehe :p
Tapi bila la agaknye nak beranak yek... :(
Hai dd dudu kuku!:)
hospital ampang ni sangat la hebat environment dia...cuma satu je masalahnya... parking tak penah cukup...hehehe
tul tu weng, aku bersalin kt gov. hospital, alhamdulillah...puas ati sgt2...no komplen...ko bygkan...doctor sendiri jaga anak aku masa aku pitam pas bersalin, pastu tghmlm bila aku da sedar2 ayam, dia dtg tanya keadaan aku, ok ke x ok? nurse semua ckp elok2 je, dari kita sendiri, klu kita baik dgn diorg, x byk songeh, diorg pun senang ati layan kita, anak aku tetiba muntah tgh2mlm masa dlm wad, nurse yg jaga sampai pagi, diorg suruh aku tido ja...mmg aku bersyukur sgt2...
yg plng aku suka masa diorg jahit luka pas bersalin, siap minta maaf siap2 klu sakit, siap bgtau mana2 jahitan yg akan rasa sakit sikit...best tak???
-mama inah-
haihh kalo nak bagi komen nih, pjg lebar la.. tp ape2 pon, hosp gomen zmn skang nih ok la.. pengalaman bersalin kat hosp selayang tahun 2008 alhamdulillah, ok.. mudah2an rezeki thn nih mcm tuh gak.. amiin..
dd dudu: makcik2 dengan kawan2 akak ada yang bersalin kat sana. Setakat ni, reaksi diorang positif lah... Lagipun, akak rasa, kita dok Klang Valley ni no problem.. Sebab pakar banyak, in case ada any comlication ke ape ke...
Eikyn: poyo! hang pi simpan duit pi bandung arrrr!
lek kyn, ada rezeki, insya Allah...
Mak Ana: Agaknya masa saya bersalin hari tu, masih x ramai orang tahu pasal hospital ni, tu yang macam banyak je parking... Sekarang ni, dah lama x pegi sana... Insya Allah bulan 8 ni la pulaknya... Susah jugak tu kalau parking limited...
Inah: betul tu... Alhamdulillah, kita semua dipertemukan dengan nurse dan doktor yang baik-baik... Mudah2an akan berterusan begitu hendaknya attitude diorang-diorang ni kan... Tu yang patut bagi compliment tu pada yang memang bagus! Thumbs up!
Ninie: Mudah2an.. Aminnn.... Banyak doc hensem pulak tu kat sana kan? Teringat kata2 Ainul.. hahhahahha
Saya sokong! *walaupun beranak kat swasta* tetapi saya sangat mengagumi layanan dari klinik dan spital kerajaan..super class..sepanjang saya kat spital swasta layanan sama saja dan sakit beranak takde nye kurang kat spital swasta tuh..hehe
Setuju...Sy nk bersalin kt hosp ampang gak sbb paling dekat ngn umah..hehe~ senang. xyah pening2 fikir nk kumpul duet nk g swasta. Lgpun, mak dulu pun bersalin kt hosp gomen je pun. Alhamdulillah anak2 sume selamat & membesar dgn jayanya..hehe~
Plus ms D&C hr tu pun kt hosp ampang gak..ok je..xde ape yg nk dikomplenkan..2 thumbs up!!!
wani: tu dia komen ikhlas daripada si mama hadiff!
Ily: samalah kita ya... nasib baik masa x sama.. kalau tak, entah2 dok katil sebelah2... hehehhe
Post a Comment