Sunday, June 20, 2010

katak kembong

2 orang pot pet
katak kembong.. katak kembong.. katak kempis.. katak kempis.

p/s: riadah petang pada hari ini. serius macam budak tadika dan lawal tak hengat!!! hahahahaahhahahahaahahaha!!

Saturday, June 19, 2010

rindunya pada si bebit!

2 orang pot pet
berkali-kali sia cuba untuk post entri menggunakan telefon bimbit. tapi, asyik terpaksa dibatalkan disebabkan kejahilan si pengguna yang tidak mahir dalam menggunakan fungsi mini keyboard yang terdapat di telefon bimbitnya itu. tapi, akhirnya sia mengambil keputusan untuk meneruskan hasrat mengepost entri ini walaupun huruf-huruf yang tertera di sini caca-marba rupanya. sila abaikan ya kawan-kawan (telah dibetulkan pun).

sekarang ni jam sudahpun menunjukkan 1am. mata belum terasa mahu tidur, walaupun sebenarnya ianya terasa sangat-sangat mengantuk. baru tadi sia balik dari kantin di kolej lelaki semata-mata untuk menyimpan stok susu yang sia pam selepas balik kelas jam 12 malam tadi. ya! hanya kolej lelaki yang ada kantin untuk sia tumpang untuk menyimpan stok-stok susu aimee. walaupun tengah malam, sia tiada pilihan lain, walaupun sebenarnya dalam hati ini, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya sia untuk pergi berseorangan ke sana. kenapa tidak minta tolong siapa-siapa temankan? bukan tidak teringin, tapi memikirkan orang lain pun penat dan tidak sabar-sabar untuk melentokkan kepala di bantal masing-masing, sia batalkan hasrat tersebut dan beranikan diri sambil berdoa semoga tiada apa yang tidak diingini berlaku.

semuanya sia lakukan dengan harapan bekalan susu aimee tidak akan terputus walaupun mamanya pergi berkursus. kasihan aimee sebab tadi hubby beritahu yang dia terpaksa mencairkan susu yang sia bekalkan kerana susu yang sia bekalkan sebelum itu tidak cukup. kasihan kan? sia sebenarnya sangat sedih bila dengar cerita hubby. kasihan anak mama.

dalam bab penyusuan ibu, sia mengaku sia memang sangat-sangat serius dalam percubaan menyusukan aimee sepenuhnya dengan susu badan. jadi bila perkara seperti ini berlaku ataupun ada pihak-pihak yang cuba untuk mempertikaikan usaha sia, sia memang tertekan dan sukar untuk menerima, sangat sensitif. pada sia, sia akan berusaha sehabis yang baik untuk memberikan aimee yang terbaik semampunya, walaupun sia terpaksa bersusuah payah melalui bermacam-macam dugaan. sia cuba untuk bertahan. jadi, siapa-siapa yang kurang suka atau tidak setuju dengan prinsip atau pendirian sia, tolong jarakkan diri anda dengan sia! sia tidak mampu untuk berasa tertekan untuk berhadapan dengan golongan-golongan seperti ini. tidak berbaloi!

untuk anak busyuk kesayangan mama, sabar ya sayang. aimee jangan nakal-nakal. elok-elok. jangan buli siapa-siapa tau. berbuat baik kat onyang, nekma, atok, ayah, auntie-auntie dan semua orang. nanti hari isnin mama balik jumpa aimee ok! mama sayang aimee sangat-sangat!

kepada abang, mama hargai sangat-sangat usaha abang dalam menyokong percubaan mama, dan terima kasih jugak sebab sanggup datang setiap hari untuk mengambil susu aimee sepanjang mama berkursus di sini. mama hargai sangat-sangat! mama sayang ayah sangat-sangat!

Tuesday, June 15, 2010

Manik ouh Manik

3 orang pot pet
Seperti yang dijanjikan, mempersembahkan.......................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Biar saspen sikit.. hehehheheh....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hasil kerja tangan si mama glam yang gila glam itu....

Apa macam Izzy & Ina? Cukup glam tak? Hahahhahahaha... Buat kat tangan dulu. Kalau sempat baru buat kat leher pulak (tapi, macam ndak sempat jak =p Excuses!!!)

tunggu lain kali projek yang seterusnya arrrrr..... Zasssssss!

Monday, June 14, 2010

Dup dap dup dap....

0 orang pot pet

Tolong! tolong!

Kebelakangan ini, Mama glam ini terasa masa 24 jam ndak mencukupi!!!!!!!!!! Banyaknya yang mau dibuat!!!!!!!!!!!! Mengapakah terasa tidak sempat... Tulah! Tidur banyak lagi! (Ayah, lepas ni bangun awal sikit ar! Hhehehehehe)

Tolong! tolong! Jantung dup dap dua dap...

Sebenarnya, masalah ni bermula dengan diri sendiri jugak. Dulu-dulu ndak banyak kerja, cari kerja. Tapi, walaupun jantung terasa dup dap dup dap, sia gembira dengan kehidupan sekarang. Sebabbbbbb:

1. Bisnes tudung membolehkan si mama glam yang boros ini, jalan2 shopping moping suka suki... Walaupun untung yang ndak seberapa, tetap boleh melaram dengan gaya2 tudung yang terkini. Tapi, hidup mengupdate rekod inventori, akaun, blog, FB dsb, ya ampun! Tuhan sahaja yang tahu! Ndak cukup masa (alasan.. hehehheh)

2. Projek jahitan manik menambahkan lagi kesibukanku itu.. Itulah.. Siapa suruh letak target patut jahit manik 4 pasang baju tahun ni (ka 5 pasang ya?) Adeilah.... Tapi, lepas tengok hasilnya (esok insya Allah akan diupdate hasil projek no.1), fuhhhh! puas hatinya!

3. Urusan rumah baru. Yang ini memang susah mau diceritakan.. Sebab, terlalu banyak yang mau diceritakan. Cuma masa jak yang mencemburui untuk si masa glam ini mengarang entry khas untuk diceritakan. Jangan cakap mengarang, cari gambar rumah (atau lebih tepat lagi, kondo jak bah. Kalau sebut rumah macam gempak pulak) untuk diupload tuh pun punyalah..... aduilah.. Semuanya alasan dan alasan dan alasan lagi kan?

4. Kerja-kerja pejabat, jangan cakaplah kan.... Malas mau cerita .. Macam biasa... Kalau ndak sibuk pun, kenaklah buat2 sibuk jugak. Jadinya, memanglah tiap2 hari pun sibuk macam lalat!

5. BTN. Hari khamis ni sampai hari Isnin depan. NAsib baik di UPM Serdang jak. Kalau ndak, ya ampun. Ndak dapat aku bayangkan masalah stok susu si minah Aimee kesayanganku itu....

6. Yang paling penting, disebabkan merasakan masa sangat mencemburui, sia lebih menghargai masa berbanding dulu.. Masa itu kan emas! Jadi serba serbi mana yang mampu, akan disiapkan secepat yang mungkin. Kalau dulu, maulah, "Nantilah, besok lusa bukan ada apa yang mau dibuat pun". Tapi sekarang, ada jak peluang/masa, akan kugunakan sebaiknya.... Masa untuk tergolek dog & tidur siang pada hujung minggu boleh dikatakan tiada.... Melainkan, teramat penat yang tidak boelh dielakkan... Dag dig dug jantungku.......... (Tapi kan, ayah si Aimee sempat jak curi2 tidur tu apa hal? Heeeeeeeeeeee... Memang mama si Aimee ni dengki ok!)

Oklah kamurang, mama glam mau balik rumah. Nanti kalau rajin, sampai rumah sia upload gambar si Aimee berenang masa family day company hubby di Shah Alam hari tu k! Tata titi tutu! Daaaaaaaaaaa!

Updated!




Thursday, June 10, 2010

Aku bukan seorang pencarut

2 orang pot pet

Mama glam pada kebiasaannya bukanlah seorang kaki mencarut. Tapi, manusia itu telah menyebabkan mama glam ini tidak tahan ok! Heeeeeeeeeeeeeeeeee...... Geram aku!

Ndak apa, ndak apa... Sekarang kau buatlah aku macam ni. Tuhan akan balas. Kalau bukan bagi aku kesenangan, mudah2an segalanya dipermudahkan untuk anakku yang tersayang, berkat kesabaran aku yang melaut ni...

Wednesday, June 9, 2010

Cucilah tangan tu oi!

0 orang pot pet

Sanggupkah anda bersalam dengan orang yang masuk tandas, lepas tu keluar tandas tidak membasuh tangannya?

Mama glam ini tidak sanggup!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Yuks!

Memang tidak paham kenapa segelintir manusia suka bila keluar daripada tandas tidak membasuh tangan. Sabun kan ada, air pun ada. Kalau pun terlalu malas basuh guna sabun, sekurang-kurangnya, basuhlah guna air oi! Geli haku! Ni lah antara pembawa penyakit H1N1 ni. Hish! Nauzubillah!

Monday, June 7, 2010

Serabut

7 orang pot pet
Mama glam ini sangat serabut yang amat kebelakangan ni. Paling menyerabutkan kepala adalah berkaitan dengan rumah baru kami. Adui.. Malas betul mau menaip menceritakan kepeningan ini. Layan gambar mama glam yang gila glamour ni jaklah ya. Peninglah kepala mama glam ni! Lain kali sia story mory k!


Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery