Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Pengalaman dan pembawakan masa mengandung

0 orang pot pet
Bila anak masuk 2 orang ni, barulah tau pembawakan ibu mengandung ni ada macam-macam… Lain anak, lain pembawakannya… Ada yang ok di sana, di sini pulak tidak ok, dan begitulah sebaliknya ikut pembawakan…


Contoh masa Aimee dulu, di bawah ni antara pengalaman dan pembawakan yang sia alami masa tu:

1. Ada morning sickness mild. Tapi, tidak perlu sampai makan ubat untuk tahan muntah. Selalunya, kalau tidak kena dengan makanan yang dimakan, muntahkan keluar, lepas tu boleh makan makanan lain yang lain dan insya Allah tidak akan muntah lagi selepas tu.
2. Muntah masa memberus gigi. Yang ini memang wajib setiap pagi.
3. Kemuntahan sepanjang kehamilan… Ya! Masa ni, boleh katakan tiap-tiap hari sia memang wajib muntahkan makanan yang dimakan… Selalunya, kemuntahan ni akan berlaku pada waktu petang atau malam…. Tapi, lepas muntah, memang lega habislah…. Dan masalah kemuntahan ni, berlarutan sampailah ke labour room… Lepas baby keluar, masalah ni terus hilang…..
4. Pasal makanan, sia memang sangat-sangat ke arah western food. Nasi-nasi berlauk ni memang sangat-sangat jarang, lagi-lagi yang merah-merah… Yang paling sia suka makan masa ni, spagethi dengan pizza, memang favourite habis!
5. Langsung tidak boleh minum air kosong atau air sejuk. Ini memang tidak boleh blah la… Sepanjang kehamilan, serius sia tidak menjamah air kosong…. Tidak lalu yang amat… Jadi, tiap-tiap kali minum, sia akan minum air manis.. Macam-macam minumanlah yang ada dalam stok.. Air MILO lah, ribena lah, soya lah…. Nasib baik tidak kena kencing manis masa mengandung tu! Dan semua-semua air ni, sia minum yang tidak sejuk punya… Sebab, kalau minum yang sejuk, memang jawabnya, selesema batuklah pulak yang menjelma…
6. Mulut si mak buyung macam harem! Hahahahhaha… Yang ini sia sendiri perasan… Cakap main lepas jak.. Lepas cakap baru fikir… Makanya, rasanya, memang ramailah umat manusia yang terasa hati dengan si mak buyung masa ni… Nasibbbbb… Mungkin, disebabkan tu, masa mengandung tu memang hati gumbira saja…. Sebab, takdak simpan rasa susah hati.. Hahhahahaha…
7. Berat badan sampai sebelum bersalin naik 16kg!
8. Masa ni perut boleh tahan besar… Masa usia kandung cecah 7 bulan a.k.a 28 minggu, perut membesra dengan jayanya.. Jadinya, awal jugaklah sia terpaksa solat guna kerusi sebab perut sangkut masa sujud.. Hehhehehe…
9. Sangat independent boleh bawak kereta sendiri ke mana-mana… Perut sudah masuk 8 bulan baru mintak En. Suami hantarkan ke pejabat.. Itu pun sebab perut sudah samgkut di stereng.. Hahahhahaha….
10. Sepanjang kehamilan sangat-sangat malas! Masak malas, kemas rumah malas.. Ah! Semualah! Yang sia tahu, baring, duduk, baring lagi, duduk lagi… Itu jaklah.. sampailah bersalin macam tu… Memang teruk betul..


Masa yang no. 2 ni, bawah ni antara pembawakan yang sia perasan:

1. Morning sickness sangat teruk masa usia kandung 2 bulan hingga 4 bulan setengah… Dia punya morning sickness… ya ampun! Tuhan saja yang tahu! Makan, muntah… minum, muntah.. makan lagi, muntah.. minum lagi, muntah… Senang cerita, kalau sudah mula muntah tu, memang kena jab lah jawabnya baru boleh berhentikan muntah… Dan lepas ok, memang langsung tidak boleh skip makan ubatlah… Mula-mula pregnant, kena makan 3 kali sehari.. Lama-lama, berkurangan 2 kali sehari.. Dan bila lepas 4 bulan setengah, alhamdulillah, tidak lagi bergantung pada ubat tahan muntah tu…
2. Muntah masa memberus gigi. Yang ini memang wajib setiap pagi jugak.
3. Masalah kelebihan air liur… Yang ini, sebelum kena batang hidung sendiri, tidak pernah tahu ada pembawakan yang macam ni… Tapi, bila sudah kena, hah! Sendiri tahu betapa lecehnya… Ke mana-mana usung botol untuk ptuihhh! Disebabkan itu, mula-mula tu sia memang sangat-sangat tidak selesa kalau perlu berjumpa dengan orang… Iyalah, fikirkan keselesaan orang melihat diri tu asyik ptuiiii… Wei! Boleh buat orang geli ok! Tapi, lama-lama sendiri fikir, sampai bila mahu menjauhkan diri daripada orang kan? Akhirnya, sia redah saja demi untuk teruskan hidup macam orang normal yang lain.. Nasiblah siapa yang tidak selesa.. Sia cuba sehabis baik untuk elakkan orang berasa geli.. Tapi, manalah sia boleh agak penerimaan orang macam mana kan? Minta maaflah kalau ada yang tidak selesa ya… Dan sia rasalah… masalah ni akan berlarutan sampailah baby keluar… Jadi, kalau ada yang rasa dia akan kurang senang, baik jangan ketemu dengan sia ya sampai baby keluar… Bukan apa, elakkan kesalahfahaman dong!
4. Pasal makanan, sia kurang gemar makan western food. Lebih prefer makan nasi-nasi berlauk.. Lagi-lagi kalau lauk masak lemak cilia pi, perghhhh!
5. Pasal air minum pulak, sepanjang kehamilan ni, sia memang wajib minum air sejuk! Tidak kisahlah air apa pun.. Air kosong pun ok asalkan sejuk dan berais! Tapi, air yang masam-masam, kureng sikit…
6. Setakat ni, berat badan baru naik lebih kurang 9kg… Ada lagi 2 bulan to go… Jadi, besar kemungkinan, sia jangkakan kenaikan dalam 11-12kg macam tu…
7. Memandangkan berat badan tidak naik terlalu banyak, makanya, perut pun memang comel sikit berbanding masa mengandungkan Aimee dulu… Usia kandungan 32 minggu ni, masih boleh sujud lagi masa solat… tapi, daripada awal kehamilan, sia memang solat duduk saja.. Macam pening-pening bila kena solat berdiri duduk… Ada masa tu, masa morning sickness teruk, siap solat baring.. Tidak apalah, janji solat kan?
8. Tidak selesa mendengar radio atau mendengar yang bising.. Jadinya, daripada mula-mula hamil sampai sekarang, boleh kiralah berapa kali sia dengar radio.. Itupun, sebab tumpang kereta orang.. Kalau naik kereta sendiri, memang sunyi sepilah kereta itu jawabnya….
9. Sangat-sangat tidak larat drive jauh-jauh… Naik turun LRT larat pulak… Makanya, sendiri kira sudah berapa lama sia tidak bawak kereta ke pejabat.. Tidak tahulah macam mana keadaan sia masa lepas habis pantang nanti.. Huhuhuhuu….
10. Kemalasan tidak seteruk masa mengandung anak pertama… Adalah jugak tenaga untuk berkemas-kemas dan masak-masak lepas habis morning sickness tu… Tidaklah rumah tu macam tongkang pecah macam masa mengandung Aimee dulu.. hahahhahahha.. ngaku ok!
11. Last sekali, sia perasan, mengandung kali ini, otak sia sangat mudah berasa penat. Kalau suruh fikir banyak-banyak, mak pening nok!



Thursday, April 28, 2011

Mama glam scan tidak jantina baby dalam perut?

2 orang pot pet
Kamurang kalau pregnant, rajin tidak pegi scan di klinik swasta untuk tahu jantina anak? Ninie punya jawapan dah tau dah… Memang rajin…

Ok, pada yang tidak tahu, sia dulu masa mengandungkan Aimee, sia memang tidak pernah berkunjung ke klinik swasta untuk scan semata-mata untuk tahu jantina anak yang sia kandungkan. Kenapa?

Satu: Sebab sia memang kedekut untuk membazir duit membayar caj untuk scan tersebut.

Dua: Sebab konon takut kalau keputusan scan tu tidak betul dan sia terlalu berharap, lalu akan mengakibatkan sia kecewa. Dan takut juga bila terlalu berharap, maka akan effect kepada bayi yang sia kandungkan dari segi pembawakan jantinanya.

Errr… Kamurang faham tidak apa yang sia maksudkan? Maksudnya, contohlah keputusan scan tu cakap bayi sia adalah perempuan. Jadi, sia takut sia terlalu berharap yang bayi sia itu adalah perempuan, dan akibatnya, sekiranya bayi itu keluar sebagai bayi lelaki, bayi itu akan menjadi seorang yang ala-ala nyah, hanya kerana disebabkan semasa mengandungkannya sia terlalu berharapkan dia keluar sebagai perempuan.

Dan begitu juga sekiranya, keputusan scan mengatakan lelaki, dan ianya keluar sebagai perempuan, bayi tersebut akan menjadi ala-ala tomboy atau pengkid hanya disebabkan si ibu a.k.a sia lah tu terlalu berharapkan yang dia nya keluar sebagai lelaki.

Macam masa Aimee dulu, even masa scan di kerajaan pun, tidak pernah sekalipun sia bertanyakan kepada Dr akan jantina bayi yang sia kandungkan. Perasaan ingin tahu ada, tapi sia tahan-tahankan. Takut akan berlaku perkara di perenggan yang di atas ni la kununnya. Dan akhirnya, apabila bayi tersebut keluar pada harinya, sia sangat bersyukur kerana ianya keluar sebagai perempuan yang sempurna. Sehingga ke hari ini, sifat keperempuanannya memang sangat-sangat terserlah. Sangat suka kasut, hand bag dan macam-macam gurly-gurly stuffs.

Ok, kenapa sia cakap sia lega kerana bayi yang sia kandungkan keluar sebagai perempuan.

Satu: sebab masa mula-mula mengandung, sia memang mengidamkan untuk mendapat anak sulung seorang perempuan.

Kedua: Masa sia mengandung tu, memang instinct tu kuat kepada mendapat anak perempuan berbanding anak lelaki.

Tidak tahulah samada instinct itu adalah disebabkan oleh sebab yang no. 1 atau apa. Tapi, itulah, orang selalu cakap, instinct seorang ibu memang kuat. Maka, apabila En. Suami cakap “Sayang, baby girl!”masa di labour room, sia memang tidak puas-puas memanjatkan rasa bersyukur kepada-Nya di dalam hati dan segala rasa sakit yang ada dengan automatic hilang begitu saja… Ahhhhh! Indah sungguh kalau mengenangkan saat itu!

Aimee fresh from the womb back in 27 July 2009!


Jadi, untuk mengandung yang kali kedua ni, sekali lagi, sia memang tidak pernah ke klinik swasta untuk scan jantina bayi. Scan di klinik kerajaan pun sama, sia tidak bertanya pulak pada Dr akan jantina bayi yang sia kandungkan. Instinct? Hmmm.. Itu rahsia… Bila baby sudah keluar, baru boleh reveal… Hehhehhe….


Tuesday, April 26, 2011

6 bulan check up dan mama glam bebas hutang kereta! yeay!

12 orang pot pet
Benci betul kalau tiba-tiba rasa mahu b*r*k atau kencing, tiba-tiba masa tu jugak di luar tandas tu ada sign ‘cleaning in progress’. Selalunya, kalau setakat ada seorang cleaner dalam tu, memang ku terjah saja dan proceed dengan niat asal. Tapi, tadi masuk tandas tu, boleh pulak ada sampai 3 orang cleaner dalam tu. Pulak tu cleaner yang 1 orang tu pandang dengan muka macam tidak puas hati. ~Hek elleh! Patut aku teruskan saja tujuan asal aku menerjah tandas tu tadi! Baru padan muka korang siapa suruh buat muka ke aku! Hoi! Aku ni mak buyung mana boleh tahan-tahan untuk buat bisnes lah ngok! Nantilah.. Sampai masa korang jadi mak buyung macam aku, baru padan muka korang kalau orang buat kat korang macam tu! Dunia ni bulat tahu?!~

Erk! Pagi-pagi lagi si mak buyung ni emo… Ermmm, ini tidak bagus untuk kesihatan… Cool… cool…. chill.. chill... Lupakan kisah yang kurang best itu. lagipun, kan sudah selesai? Hehehhehe...

Oklah, sebenarnya hari ini sia mahu tulis entry pasal pregnancy check up yang sia pigi kemarin. Kemarin merupakan check up untuk minggu yang ke-24, kiranya, lebih kurang telah 6 bulan lah usia kandungan sia ni.

Kalau kamurang ingat entry sia yang ini, pasti kamu tahu bahawasanya pada check up bulan lepas sia telah naik 2.5kg dalam masa sebulan, yang mana ianya adalah terlebih sudah! Dan kalau kamurang terus-terusan baca entry-entry yang selepasnya, pasti kamu juga tahu bahawa sia telah melancarkan perang anti Nandos semenjak mengetahui kenaikan berat yang melampau itu. Kunun dengan harapan, bulan ini tidaklah berat sia naik dengan melampau lagi. Maka, tidaklah sia perlu dijadualkan untuk meminum air gula yang sangat yuks itu…

Makanya, kemarin merupakan hari yang sangat berdebar-debar untuk si pendiet Nandos ini. Berdebar-debar menunggu giliran untuk misi menimbang berat badan.

Lebih kurang jam 8.20 pagi, nama sia dipanggil dan disuruh berdiri di atas penimbang. Masa berdiri tu, sia nampak jarum penimbang tu macam duduk tengah-tengah antara 57 dan 57.5 kg (Alamak! Kantoi sudah berat si mama glam!). Jadi, bila misi tanya berapa nombor yang sia nampak, sia macam teragak-agak untuk menjawab.. “Errrrr… 57kg?” lalu dijawab oleh misi “Ya! 57kg!”. Sia yang berasa sangat lega kerana kununnya hanya naik sebanyak 0.5kg dalam masa sebulan, terus duduk pula menunggu giliran untuk diambil tekanan darah dan keputusan air kencing.

Sampai giliran mengambil tekanan darah, sia pun duduk dengan perasaan langsung tidak berasa takut sebab yakin sia memang tidak ada masalah pada kunjungan kali ini, dan secara tidak langsung yakin bahawa sia tidak perlu meminum air gula. Yeay! “Ok… tekanan darah ok, air kencing ok… Tapi, berat badan merah lagi eik bulan ni..” Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, sia berbunyi “Bukan naik 0.5kg sebulan ok ke misi?” lalu dijawab balik oleh misi tersebut “Mmmm… Sekarang usia kandungan awak dah 24 minggu. Sepatutnya, lepas kunjungan bulan lepas, awak patut naik 0.5kg seminggu. Maksudnya, awak patut naik 2kg lah hari ini. Jadi, bila naik setakat 0.5kg, merah lagilah”

Hadoilahhhhhh…. Puaslah sia berdiet bagai… Kontrol tidak makan nasi selepas jam 7 malam… bermusuh dengan Nandos dan mana-mana fastfood yang lain… Tapi, akhirnya, keputusan timbangan tetap merah jugakkkkk!!!!!!!!! Arghhhhh!!!!!

Tapi, tidak mengapa, sekurang-kurangnya, sia tahu sia makan secara sihat, dan yang paling penting, sia tidak perlu menghadap air gula yang meloyakan itu! Yeay! Ada bibit-bibit kegembiraan dan bangga di situ! (Ninie sila jeles ok!)

................................................................................................................................

Di suatu sudut yang lain, sia ingin mengumumkan perkara yang sama yang pernah Puan Fanor umumkan suatu ketika dulu…

Ingat enrty ini? Ya! Masanya telahpun tiba!

Kemarin adalah hari terakhir sia membayar hutang kereta comel sia itu. Maka dengan ini, kereta comel tersebut telah dengan sahnya menjadi milik si mama glam! Tiada lagi hutang kereta comel! Tinggal hutang kereta adik si mama glam sahaja.. Yahooooo!!!!!!!!

Kemarin memang ala-ala macam bonus day… Hari masuk gaji, hari tidak perlu minum air gula dan hari bebas daripada hutang kereta comel! Sukanya!!!!!!!!!! En. Suami bengkek jak tengok isterinya kegembiraan yang melampau. Jeles lah tu sebab hutang keretanya masih ada lagi 4 tahun… Huhuhuhu… Hmmmm.. Bolehlah sia berangan-angan mahu beli kereta apa kan lepas ni? ~Ah! Tidak sedar diri! Berangan dululah wei! Baik kau selesaikan hutang PTPTN tu dulu!~
Ooopsss!


Thursday, February 17, 2011

Senarai kedai baju ibu mengandung (list of maternity shops)

36 orang pot pet

2 hari lepas selamatlah sudah pencarian baju bajan baru untuk si mak buyung… Selesai semuanya daripada baju, seluar, kasut, yang dalam2 tu, guna yang lama punya, sudah! Hahahahhahaha…

Teringat dulu-dulu masa kali pertama mengandung, penat jalan pusing-pusing mall untuk cari baju bajan yang sesuai, selesa dan ngam dan sedap mata sendiri memandang. Puaslah tawaf semua kedai untuk cari baju bajan sampai letih-letihlah mak buyung… Ke Niichi la, ke Modermum la, ke MotherClub la… Makan masa jugaklah untuk dapatkan semua barang-barang baju bajan tu.

Tapi, orang cakap, pengalaman mendewasakan kan? Jadi, bila mengandung kali kedua ni, mudahlah sikit proses mencari baju bajannya… Tidaklah perlu ditawaf semua kedai kecuali untuk cari seluar, sebab kununnya mahu mencari yang lebih selesa lahh…. Tapi, akhirnya ku berpaling semula juga ke Jusco setelah kuciwa setelah pencarian ke kedai-kedai lain gagal!

Jadinya, memandangkan ilmu pasal kedai-kedai yang jual baju bajan ibu mengandung telah ada (sikit laaaaa), teringin lah dikongsikan dengan pembaca-pembaca tersayang.. Manalah tau ada yang kali pertama mengandung. Tapi, ini ikut si mama glam punya preference la ya.

Ok, kita mula dengan senarai kedai-kedai yang menjual barangan ibu-ibu mengandung dulu ya (list of maternity shops), lepas ni sia cerita pasal kedai-kedai preference sia pulak:

1. Miki Mom
Sepanjang penglibatan sia dalam pencarian baju ibu-ibu mengandung, sia hanya tahu branch yang di Isetan KLCC (2nd Floor) saja. Branch lain, kurang pasti la pulaknya.

update 29.04.2011: Ada jugak branch di PDI IKano

update 24.02.2012: Ada jugak branch di PDI JUsco Bukit Tinggi

Kalau di sini, sia suka design baju-baju dan seluar jeansnya. Kadang-kadang kalau bernasib baik, dapat jugak seluar-seluar kerja yang cantik designnya.

Dari segi harga, agak mahallah. Macam baju, biasanya harga standard RM99 sehelai. Seluar pulak, dalam RM139 dan ke atas. Tapi, kalau dapat beli masa sale dan potongan sampai 70%, memang masyuk lah!


2. Modermum
Baju bajan mengandung jenama ni ada banyak branch merata KL ni. Tapi, yang paling sia suka pergi adalah branch KLCC, sebabnya, dekat dengan kedai yang No.1 di atas tu.. Duduknya pun di Floor dan wing yang sama.. hehehhehe… Branch lain yang biasa sia pergi selain KLCC adalah Midvalley dan Ampang Point.

Kasut adalah barang yang paling sia suka untuk dibeli di sini. Baju bajan, kurenggggg… Tidak menepati citarasa sialah…

Harga baju bajan di sini, lebih kurang macam harga di Miki Mom, dan ada jugak yang lebih mahal lagi. Kalau tang kasut pulak, harganya adalah lebih kurang RM139 dan ke atas. Pada sia yang sangat mementingkan keselesaan, berbaloilah! Cuma 1 saja yang sia tidak berapa berpuas hati dengan kasutnya, tapak dan tumitnya memang senang haus. Jadinya, mungkin selepas memakainya selama 2-3 bulan, perlulah dihantar ke tukang kasut untuk ditampal/ditukar baru tapak dan tumitnya. Itu tidak kisahlah, yang penting dalaman kasut tu memang selesa habis! Sampai perut hampir-hampir meletop pun memang selesa dipakai!

*Credit pada kak Aishah yang recommend kasut jenama ni. Memang tidak kucari jenama lain sudah! Tq k aishah!


3. MotherClub
Jenama ni pulak ada banyak jugak branch merata di KL ni. KLCC ada, Midvalley ada, Metrojaya Bukit Bintang ada…

Kedai ni menjual baju bajan mengandung dan baju untuk ibu-ibu yang menyusukan badan anaknya.

Dari segi harga, lebih kurang lah jugak dengan jenama yang dua-dua di atas ni.

*Berapa kali pusing kedai ni, selalunya sia akan keluar dengan tangan kosong, sebab, designnya pada sia kurenggggg..


4. V-Mum Maternity Concept
Yang kedai ni pulak, sia baru tahu masa mengandungkan anak yang kedua ni. Bila search di internet, rupanya ada banyakkkkkkkkkkkk branch. One Utama ada, IOI Puchong ada, Sungai Wang, Sunway Pyramid dan banyak lagi.

Hari tu sia pergilah jugak round branch yang di One Utama. Banyakkkkk jual baju, tapi, kebanyakkannya yang tiada lengan. Yang berlengan pendek kurang banyak, makanya yang lengan panjang sudah tentulah amat sedikit bilangannya. Jadinya pada orang-orang yang tidak berapa suka memakai 2 pieces baju, bukanlah kedai kegemaran jawabnya. Tapi, dari segi design, boleh tahanlah. Tang seluar pulak, hmmmmm.. kurengggg…

Bila bercakap pasal harga, ala-ala ketiga-tiga kedai di atas itu jugaklah… Jadinya, kunjungan sia ke kedai tersebut, memang tidak ada membuahkan hasil…


5. 9 Months
Ni dulu kedai kegemaran sia dengan Ninie dan Ainul masa minah 2 orang tu mengandungkan anak pertama.. Masa tu sia ni sekadar peneman kepada 2 orang mak buyung tersebut, kah Puan Driver untuk dua orang mak buyung tu ya? Pikir sekejap… Ya! Ya! Masa tu sia menjadi driver merangkap teman bershopingan…

Di kedai ini kebanyakkan baju bajannya (kah boleh sia katakana hampir semua?) diperbuat daripada cotton jersey yang sangat selesa. Jadi, bagi yang mementingkan keselesaan baju yang lembut dan sejuk, ini memanglah kedai yang paling bersesuaian! Sia ingat lagi masa sia teman mak buyung yang 2 orang tu, sia sendiri keluar dengan baju bajan mengandung walaupun masa itu sia belum mengandung lagi. Wooooow! Melampau kan? Tapi, sebenarnya, baju-baju yang dijual di sini boleh jugak dipakai oleh orang yang tidak mengandung, serius selesa. Bagi yang suka seluar yang diperbuat daripada cotton jersey, ada jugak dijual di sini ya!

Dari segi harga, sama jugaklah macam keempat-empat kedai yang sia senaraikan di atas. Mungkin ada yang rasa tidak berbaloi? Hmmmm, kalau sia pun, sia datang beli masa diorang buat sale, barulah berbaloi! Hehehhehehe….


6. Jusco Maternity
Yang ini memang paling mudah untuk dicari. Pergilah mana-mana outlet Jusco, mesti ada bahagian maternity ni. Tapi, banyak-banyak outlet, sia paling suka pergi outlet Jusco Wangsa Maju. Kedainya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Barang-barang pun banyak. Pada yang rajin berjalan banyak, bolehlah cuba outlet Jusco One Utama atau Jusco Bukit Tinggi. Besar gilos! Tidak laratlah sia mau round sebesar itu!

Jusco Maternity ni, sia paling suka beli seluar kerja. Pada sia designnya ok berbanding kedai-kedai lain yang sia senaraikan. Tapi tang seluar jeans, kurenggg. Tang baju pulak, kalau bernasib baik, ada jugak yang cantik.

Bab harga pulak, pada sia sangat berpatutan la kalau mahu dibandingkan dengan kualiti barangannya, dan memang jauh lebih murah kalau mahu dibandingkan dengan jenama-jenama yang disenaraikan di atas tu. Bolehlah dapat dari semurah RM39.90. Paling mahal pun rasanya dalam RM59.90. Berbaloi-baloi kan?


Ok, keenam-enam kedai di atas ni adalah antara kedai yang pernah sia kunjungi untuk mencari baju bajan mengandung. Lain daripada di atas, sia kurang pasti.

Jadi, selepas pengalaman kali kedua mengandung, sia buat kesimpulan di bawah ni:

1. Untuk kasut, sia memang selesa dengan jenama Modermum. Jadi, kali pertama dan kedua ni, memang hanya jenama ini sajalah yang sia pakai sepanjang mengandung, sampailah habis pantang (al-maklumlah, masa pantang kan kaki mungkin masih bengkak lagi)

Bawah ni kasut yang sia pakai masa mengandungkan Aimee dulu:



Dan yang bawah ni pulak, kasut yang sia baru beli hari Ahad hari tu untuk dipakai masa mengandung pada kali ini. Ala-ala peep toe kan? Tapi, version rendah... hehhehehe:


2. Untuk baju kerja, sia pilih jenama Miki Mom walaupun harganya agak membebankan. Designnya pada sia lebih korporat berbanding jenama-jenama lain. Lagi 1 yang sia suka, baju-bajunya juga boleh dipakai walaupun selepas bersalin. Designnya tidak terlalu tipikal seperti baju-baju ibu mengandung jenama-jenama yang lain.

Selain daripada itu, sia juga cadangkan kamu-kamu menjengah ke butik Niichi yang kedainya juga ada merata-rata di KL ni. Walaupun butik ini tidak menjual baju-baju ibu mengandung, tapi banyak baju-bajunya yang boleh dipakai oleh ibu-ibu yang mengandung. Harganya pun ok dalam range RM49.90 ke atas. Lokasi kedai? Sia suka pergi branch di Maju Junction, Jusco Bukit Tinggi atau Midvalley.

3. Bagi seluar kerja, sia pilih Jusco Maternity brand Scarlet. Pada sia jenama ni berkualiti dan harganya pun berpatutan. Lagipun, sia tidak suka pakai seluar slack (yang jenis kain lembut tu), sia lebih prefer pakai seluar yang kainnya ala-ala khakis macam tu. Jadi, di Jusco ni, memang ada banyak pilihanlah kalau bagi yang suka jenis kain ala-ala khakis ni.

4. Bagi baju untuk berjalan-jalan, sia pilih jenama 9 months. Bajunya selesa. Tapi, pada yang tidak suka baju jenis melekat ke badan, jenama ni kurang sesuailah. Jadi, boleh pilih Niichi dan Miki Mom atau V-Mum (kalau kamu-kamu rajin pakai baju 2 pieces la).

5. Untuk baju berjalan-jalan, sia paling suka jenama Miki Mom untuk jeans. Kalau untuk jenis yang kain lembut, sia prefer jenama 9 months. Jenama yang lain, terus terang sia cakap, sia kurang berkenan dengan designnya. Sangat tipikal fesyen-fesyen ibu mengandung.


Jadinya, itu sajalah rasanya yang boleh sia kongsi dengan kamurang pasal ilmu baju bajan ibu mengandung. Kalau ada yang sudi tokok tambah, silakan ya! Sharing kan is for caring….




Tuesday, June 2, 2009

Retailer Medela

0 orang pot pet

Hari ini sia mau berkongsi mengenai retailer Medela di Malaysia.

Sebenarnya, seminggu dua yang lepas, sia sibuk mengunjungi pelbagai laman web dengan tujuan meng’survey’ breast pump. Termasuklah survey botol susu, maternity bra dsb. Kiranya, semua online lah. Iyalah, memandangkan hubby tiada di sisi untuk menemani ke shopping mall kan.

Daripada awal, sia memang berminat dengan jenama Medela ni. Ini semua pun berdasarkan pengalaman kawan-kawan la ni. Dan sia berminat dengan double electric pump. Fuh! Tamak pulak tuh.. Ehehehhe.. Pada pandangan sia dan berdasarkan pengalaman kawan-kawan, Double electric pump adalah terbaik sekiranya sia merancang untuk menyusukan anak sepenuhnya. Pandang ke hadapan betul kan? Ehehehe….

Jadi, mau dijadikan cerita, selepas puas melayari pelbagai laman web (termasuklah lama web Medela sendiri), dan puas print out semua item yang sia berminat, sia pun berkunjunglah ke retailer Medela di Ampang ni. Nama retailer ni LACTAEQUIP MEDICAL (M) SDN BHD. Ini merupakan satu-satunya retailer Medela yang sah di Malaysia. Bermakna, semua urusan seperti warranty, pembaikan dan penggantian barangan-barangan Medela hanya dibuat di retailer ini sahaja.

Staf yang ditugaskan untuk melayan pelanggan yang berminat dengan jenama Medela ni sangatlah peramah orangnya. Sia sangat senang dengan layanan beliau. Macam-macamlah soalan yang sia lemparkan kepada beliau untuk dijawab. Iyalah, pertama kali akan menjadi ibu kan. Beliau pun dengan sabarlah menjawab segala persoalan yang sia kemukakan tanpa sedikit pun merasa bosan.

Terangkan punya terangkan, macam-macamlah yang staf ni cerita kepada sia. Antaranya yang ingin sia kongsikan iyalah berkenaan penjualan barangan jenama Medela di salah sebuah kedai menjual barangan baby di The Curve. Sia ndak ingat nama kedai ni sebab sia belum pernah berkesempatan ke kedai tersebut. Tapi, dari cara staf ni cakap, kedai ni boleh tahan glamour jugak. Dia berkali-kali mengingatkan sia bahawa barangan jenama Medela yang dijual di kedai ini bukanlah Medela yang original, bermakna bukan barangan yang dibuat oleh Medela yang berasal daripada Switzerland tu. Staf ni bagitau, kualiti barangannya pun memang berlainan. Bukan setakat Medela, barangan berjenama seperti Avent di kedai ni pun diragui kualitinya oleh retailer Avent sendiri. Memang mengejutkan kan?

Selepas habis melayan sia, staf ni melayan seorang pelanggan lain pulak. Kebetulan pulak, pelanggan ni bawak breast pump Medela yang dibeli di kedai yang diceritakan oleh staf tadi. Sia pun, apa lagi, sedang tengok-tengok bra berdekatan dengan mereka pun curi-curi dengarlah. Ehehehhe…

Pelanggan ni mengadu pasal motor breast pumpnya rosak. Sekali pandang pada breast pump ni, staf ni tahu yang pelanggan ni beli daripada kedai yang dimaksudkan di atas. Dengan rendah dirinya, staf ni cuba membantu pelanggan ni. Walaubagaimanapun, memandangkan barangan yang dibawak oleh pelanggan ini bukan barangan Medela yang sah, mereka tidak boleh menjual sebarang alat gantian Medela yang sah kepada pelanggan tersebut demi untuk menjaga nama baik mereka. Staf ini menasihatkan pelanggan tersebut untuk pergi semula ke kedai tersebut untuk urusan penggantian atau warranty. Kesian sia melihat pelanggan tu terpaksa pulang dengan perasaan hampa.

Jadi, selepas melihat kejadian ni di depan mata sendiri, sia bersyukur sebab hubby suruh sia pergi ke retailer Medela yang sah untuk membeli breast pump ni. Bukan apa, sia ada jugak pergi ke kedai yang menjual barangan Medela yang sah. Memanglah barangan tu sama, harga sama. Tapi, layanan stafnya, ya Ampun! Memang kurang menyenangkan. Seolah-olah kita ni ndak mampu untuk beli barangan tuh. Mentang-mentanglah sia ni datang dengan baju yang tidak begitu vogue the vogue. Elleh! Macam sia heran mau laburkan duit ke kedai yang macam tuh. Sudahlah ndak ajar cara mau gunakan pump yang betul. Tahunya, jual then, serahkan pada pelanggan semua warranty card yang perlu, habis cerita! Kemudian kali kita datang, mulalah dia suruh kita pergi ke retailer Medela untuk urusan seterusnya. Huh!

Lagi satu yang staf ni pesan, kalau beli online barangan Medela ni pun kena berhati-hati. Ada sesetengah barangan tuh fake jugak. Manalah kita tahu kan sebab ndak nampak (Nota: Sia pun sebelum ni ada merancang mau beli online. Murah la katakan. Banyak jimat woooo! Tapi, bila sudah dengar macam tuh, takut la pulak)

Bagi sia, memang keputusan yang bijak sia ikut nasihat hubby datang ke sini pada hari Isnin tu. Macam-macam info berkaitan breast pump yang sia boleh dapat secara face to face. Memang meyakinkan. Kemarin, sia sudah pigi bayar deposit untuk breast pump dan maternity bra (staf ni cakap, dalam bulan ni semua barangan Medela akan naik harga. Tu yang bayar deposit untuk lockkan harga lama). Ehehehe… lagi satu yang best, kalau beli di retailer ni, diorang boleh bagi sedikit diskaun berbanding kalau kita beli di luar. Tuh yang best tuh! Jimat duit den!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery