Wednesday, November 7, 2012

Lpeas hujan, pasti ada pelangi ;)

6 orang pot pet

Lama betul kan sia tidak update blog ni? Pasti ada yg rinduuuuu (cepat angkat tangan dayah dan yang seangkatan dengannya! Hahhahhahahahha…)

Ok, alasan cliché yg sia mau bagi ni, serius sia sangat2 sibuk… bukanlah sia ni sibuk sebab terlalu banyak kerja.. malu mau cakap macam tu sebab sia tau rakan sekerja sia yang lain lebih banyak kerja lagi.. Jadi, selayaknya sia cakap sia sibuk sebab sia terlalu banyak benda yang perlu dipelajari.. Duduk office design ni begitulah… Bila ada peluang sebaik ini, pada sia, sangat2lah rugi sekiranya sia tidak gunakan sepenuhnya. Maka tergolonglah sia dalam golongan orang2 yang kerugian… Ditambah pulak dengan rakan-rakan sekerja yang best, tidak lokek ilmu, bos-bos pun sama tidak bosan mencurahkan ilmu. So, apa lagi yang sia patut mintak? Apa lagi alasan untuk sia tidak mahu belajar dan terus menimba dan mengorek ilmu-ilmu diorang kan?

Mula-mula masa pindah sini, sia ingat lagi, sia cakap dengan diri sia sendiri “aku akan sibuk dalam tempoh 3-4 bulan pertama. Aku pasti kena stay back utk belajar macam2. Lepas tu, pasti akan ok” ( perasan terlebih ok! Ingat terror nauuuu) Ok, itu cerita bulan 12 tahun lepas ok… skrg sudah bulan Sept 2012, hampir setahun, makin banyak yang sia belajar, makin sia rasa betapa tidak pandainya sia ni… kadang-kadang sampai rasa macam mau menangis pun ada bila satu-satu benda tu sia susah yang amat untuk paham… Tapi, sekali lagi sia masih rasa bersyukur sebab sia dikelilingi dengan orang2 yang tidak pernah bosan menurunkan ilmu kepada sia.. dari opis, ke rumah (suami sia la tu! Tq abang! I love u so strong lah!)…. Kadang2 sampai terlintas di benak sia, “mungkin inilah ganjaran yang Allah bagi aku atas kesabaran aku duduk di CPUM di BPKS dulu”



Ya! Pada siapa yang tidak tahu, dulu 4 tahun sia rasa sangat down duduk di CPUM buat admin works, sampai macam mind tu blocked lah, sampai rasa macam sia ni memang akan sign mati lah dengan CPUM tu.. memang tiada langsung harapan untuk ambik Ir atau sambung master in technical subject… Hah kau! Betapa lah down nya sia masa tu.. ditambah pulak dengan cakap2 orang yang sindir2 kunun sia ni macam tidak mau keluar dari CPUM, cakap sia ni rugi jak belajar degree in civil eng tapi end up dengan kerja2 admin lah.. ok, sia sebenarnya, terasa jugak dengan kata2 orang tu.. Tapi, namanya kawan kan.. buat apa mau gaduh benda2 sekecil itu.. langsung tidak berbaloi… Jadi, apa yang sia buat sepanjang di CPUM, sia anggapkan waktu bertenang sia lepas terlalu tensi duduk di supplier bertungkus lumus macam mau mati. Sia buat kerja sia sehabis baik jaklah, semampunya...

Dan Alhamdulillah, sekarang sia sangat happy dengan kerja sia… syukur akhirnya kerja yang sia buat mampu untuk buatkan sia mengaku yang sia seorang civil engineer. Adalah idea untuk lukis shear diagram or moment diagram bila orang tiba2 tanya… taulah apa itu shear wall, pad footing, strip footing dll… tapi, masih longgggggg way to go untuk dptkan Ir. Sia antara engineer yang sangat2 merangkak2 bila buat design… Makanya, sia perlu usaha lebih untuk jadi pandai seperti orang lain… insya Allah sia tidak akan berputus asa selagi sia ada tempat untuk merujuk segala apa yang sia tidak tahu… Betapa beruntungnyalah hidup sia….

 Tapi, seperti biasalah kan, bila kita untung di sini, di sana mungkin tidak berapa menguntungkan… sia sekarang terlalu sibuk sampaikan banyak masa sia bersama anak-anak dan suami tepaksa sia korbankan… Kesian diorang… Tapi, sia memang sangat bertuah punya suami seperti suami sia yang sangat2 memahami… Apa lagi yang patut sia minta bila dapat suami seperti dia? Sia bersyukur, serius bersyukur!



Dannn.... Dikelilingi orang2 yang baik2 tidak sah kalau tidak dikelilingi orang2 yang dengki, cemburu, iri hati dsb.. Tapi, sia simpan saja cerita itu untuk diri sia sendiri… Sia anggapkan itu lumrah dalam kehidupan bekerja dengan pelbagai ragam manusia.. Tanpa orang2 macam ni, terlalu dull lah keihidupann bekerja kannn… Apa yang mampu sia buat, Cuma berdoa semoga orang2 ni insaf lah dan bermuhasabah diri.. Peringatan ini juga untuk diri sia sendiri… Kita manusia tidak sempurna... Apa-apa pun, semua pengalaman pasti ada hikmah di sebaliknya, lepas hujan, pasti  ada pelangi kan.. mana tau, disebabkan pengalaman2 itu Ir. Amisah terlahir dalam masa setahun, dua tahun or 3 tahun dari sekarang.. hahhhahaha..... Perasan! Lempang laju2! Larikkkk!

ok kamurang... lain kali sia cerita lagi k! ;) love u all!

Wednesday, September 12, 2012

Hidup lagi sia ni haaa

6 orang pot pet
Hello kamurang! Rindu ka sama sia? Lama jugak kali ni sia menyepi kan? Hidup lagi sia ni baaaaa… Cuma banyak perkara yang lebih penting yang perlu diuruskan (ayat sungguh klise kan… apa boleh buat.. terimalah dulu seadanya alas an ni ya…)



Sia Cuma mau bagitau, hari tu sia raya balik Sabah.. hehehhe.. ok daaaa. ….

Thursday, May 31, 2012

Resepi Donut Keju ala-ala Big Apple

10 orang pot pet

Semenjak sia pindah office di MV ni kan, hari-hari lalu Big Apple. 2 kali sehari pulak tu… Masa mula-mula pindah sini, tiap-tiap minggu la beli Big Apple… Masa tu, si minah Aimee la yang paling syiok. Main order jak, malam tu mamanya akan bawak kan donut. Bukan main happy la dia kan, siap tiap kali dapat donut tu akan cakap “hmmm… sayang mama! Tima kasih mama belikan Aimee donut!” hmmmmm, hati mama mana yang tidak cair kan bila anak cakap macam tu.

Tapi, lama kelamaan, tidak boleh jadi, asyik makan donut anak aku ni! Sudahlah memang sudah sedia bam bam.. makin bam bam lah kalau hari-hari makan donut.

Jadi, lama jugaklah sia stop bagi dia makan donut. Jarang-jarang adalah…

Sekali kemarin, masa sia tunggu kawan sia beli makanan di bawah tu, sia sia bersandar di tiang dekat dengan dapur Big Apple tengok pekerja Big Apple tu buat donut, sambil dalam kepala “hmmm.. macam senang pulak buat donut ni…”

Apa lagi, semangat masak-memasak dessert masih on, petang tu jugak beli donut cutter dan bahan-bahan membuatnya.. Sambil-sambil bawak kereta balik rumah siap terbayang-bayang sudah donut cheese dalam kepala… Pulak tu, siap terbayang Aimee cakap “tima kasih mama buatkan Aimee donut! Sayang mama!” Wuwuwuwuuwwuuu… Tambah happy lah si mama!


donut cutter, murah jak pun beli di Bagus


Ok, jangan cakap banyak, nah di bawah ni resepinya, cilok dari Aaain. Tq for the recipe ya Aaain!

Resepi Cheese Donut Lembut ala-ala Big Apple:

Bahan-bahan:
140ml susu
200gm tepung roti
20gm gula
20gm mentega
½ s/k garam
1 s/k yis

Topping:
Susu pekat
Parutan keju cheddar

Cara buat:
1. Masukkan semua bahan dalam BM dan biarkan BM buat kerja menguli setengah jam.

2. Canai doh dan terap menggunakan donut cutter dan susun atas talam non stick. Biarkan mengembang dalam masa 30-45 minit.

3. Goreng donut, dan toskan lebihna minyak.

4. Celupkan sebelah donut dalam sos white topping yang disukai. Kalau takdak, celup dalam susu pekat pun sodap!

5. Akhir sekali, taburkan parutan cheddar cheese ikut suka banyak mana mau…

6. Masuk mulut ngapppp! Sedap sekali!


Donut ni sia buat malam tadi. Dapat dalam 2 pinggan. 1 pinggan sia dengan En. Suami makan. 1 pinggan lagi Aimee share dengan makcik sia. Alhamdulillah, Aimee suka, dan seperti yang dibayang-bayangkan, dapatlah ucapan terima kasih yang sangat mengharukan daripada mulut puteri cilik sia nan 1 tu "Hmmm.. sedap! Tima kasih mama buatkan Aimee donut! Aimee sayang mama!" wuwuwuuwuwu... Mau mengalir rasa air mata terharuuuuuu.... Mama pun sayang Aimee sayang.. Lain kali mama buat lagi ok!

Wednesday, May 30, 2012

Resepi Tat Nenas (Pineapple Jam Tart) Sedap!

5 orang pot pet
Hari tu asyik buat pavlova, akibatnya, bukan main punya banyak kuning telur dalam peti sejuk. Ada dalam errrrr…. 16 biji mengkali.. Ka, 20 biji.... Huhuhuhuhuhu…

Sayang mau buang, sia google lah resepi yang perlukan guna kuning telur. End up, sia jumpa beberapa resepi biskut kegemaran sia. Antaranya, tat nenas (pineapple jam tart). Sia jumpa banyak resepi. Jadi, sia cubalah beberapa resepi (kata banyak kuning telurrrr… hehehhehe)…

Jadi, hari ini sia kongsi resepi yang paling sia suka. Sia combine resepi daripada kak hanieliza dan junjs11. Halal ya!:

Resepi Tat Nenas (Pineapple Jam Tart) – dapat dalam 50 biji

Bahan-bahan pastry:
200gm tepung gandum
1 biji kuning telur
150gm butter
20gm tepung kastad

Bahan inti:
jem nenas secukupnya (sia beli di Bagus yang sudah siap, paste nenas manis, guna dalam 250gm (kalau mau buat sendiri, refer sini)

Bahan glaze:
2 biji kuning telur
2 s/k air
1/8 s/k pewarna kuning telur
*kalau tidak mau guna glaze macam di atas, campurkan terus pewarna kuning ke dalam adunan. Pasti cantik kuning tat tu, Cuma tidak berkilat la kannnn…

Cara-cara membuat:
1. Jem nenas dibulatkan siap-siap seberat 5gm (atau besar 5 sen mengkali), ketepikan.

2. Campurkan semua bahan-bahan pastry ke dalam mangkuk sehingga menjadi doh.

3. Bentukkan pastry ikut suka hati, masukkan inti dan glaze kan.

4. Panaskan ketuhar pada suhu 160 degree selama 15 minit.

5. Bakar tart selama 30 minit.

6. Yeay! Siap untuk dimakan, lezat sekali!


Bawah ni tat yang sia tidak sapu kuning telur. Sedap juga, cuma tidak berkilat lah...

Monday, May 28, 2012

Prosedur Memperbaharui Pas Lawatan Sosial PRA

5 orang pot pet
Klik sini untuk Prosedur pengambilan PRA - bahagian pertama

Klik sini untuk Prosedur pengambilan PRA - bahagian kedua


Seperti yang sia janjikan tahun lepas (pergghhh!!! Tahun lepas punya janji tu….), di sini sia update pulak pasal prosedur untuk perbaharui pas lawatan sosial PRA (pembantu rumah asing).

Ikutkan, stiker pas lawatan makcik sia, patutnya due 20 Jun 2012. Jadi, sia ikut cakap pegawai imigresen tu, renew sebulan lebih awal.

Sia yang tidak tahu prosedur mulanya pagi tu pigilah ke pejabat imigresen untuk bertanyakan prosedur. Iyalah takut ada apa-apa borang yang mau diisi atau ada apa-apa dokumen yang perlu disediakan kan... Bukan main semangat pigi ke Pusat Bandar Damansara, sekalinya sudah pindah daaa opis diorang. Makanya, pusing-pusinglah sia cari opis baru diorang. Tempat tu panggil Kompleks Kementerian Dalam Negeri (lokasinya dekat yang amat dengan Pusat membeli belah Publika di Solaris Dutamas tu). Bawah ni alamatnya supaya kamurang tidak susah mencari macam sia hari tu:


Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN),
No.69,Jalan Sri Hartamas 1,
50480 Jalan Duta,
Kuala Lumpur
Telefon 03-62012423
Faks 03-62011191


Bawah ni pulak alamat CIMB bank terdekat (untuk tujuan buat bank deraf):
CIMB Bank
Solaris Mont' Kiara
No. 15 Jalan Solaris Mon’t Kiara
Mont' Kiara
50480 WP Kuala Lumpur
Tel : 603 6203 7743/45/46/49/51
Fax : 603 6203 7753


Dan yang paling penting sekali, alamat FOMEMA terdekat:
FOMEMA KL Branch
D4-3A-8, No.1, Jalan Dutamas,
Solaris Dutamas,
50480 Kuala Lumpur
TEL: 03-6205 4111
FAX: 03-6207 8570


Sebenarnya, prosedur perbaharui ni lebih banyak senang daripada prosedur buat kali pertama. Tapi, sebab sia tidak biasa, makanya ambil masa yang lama sikit lah. Pulak tu sebab kedudukan pejabat-pejabat di atas ni haaa...

Memang sangat leceh sebab ketiga-tiga pejabat di atas ni letaknya agak jauh kalau dibandingkan dengan masa pejabat imigresen di Pusat Bandar Damnsara hari tu. Jadinya, sia nasihatkan kalau boleh bawak peneman, bawaklah peneman, supaya tidak perlu pening kepala fikir mana mau parking dsb. Serius leceh dan mengambil masa!

Jadinya, hari tu masa sia sampai jak di pejabat imigresen, diorang suruh pigi buat FOMEMA dulu, dapatkan kelulusan FOMEMA baru datang ke imigresen balik.. Ouhhhh, begituuuuu.... Makanya sia pun teruslah ke FOMEMA.

Jadi, bawah ni secara ringkasnya kronologi masa sia perbaharui pas lawatan sosial hari tu:

21 Mei 2012

Pagi: Sia pigi FOMEMA ambil borang, isi borang. Lepas tu, pigi bank buat bank deraf untuk bayar FOMEMA. Lepas tu, pigi FOMEMA balik, daftar, bayar dan dapatkan slip untuk buat pemeriksaan kesihatan. Prosedur exactly sama macam prosedur FOMEMA dalam entry sia yang ini.

Tengahari - petang: Sia bawak makcik sia pigi buat pemeriksaan kesihatan dan X-ray. Selesai… Tinggal tunggu keputusan ujian dalam website FOMEMA.


25 Mei 2012

Tengahari: check keputusan dalam website FOMEMA. Yeay! Dapat keputusan macam di bawah ni. So, boleh terus ke imigresen.



Petang: Tidak perlu isi apa-apa borang, sia terus ke kaunter imigresen bagitahu FOMEMA sudah lulus untuk renew pas lawatan sosial dan ambil nombor. Bila nombor dipanggil, pegawai kaunter hanya akan mintak passport original PRA dan IC majikan. Lepas tu, diorang akan suruh ke kaunter bayar amaun sebanyak RM495.00 untuk bayaran-bayaran seperti di bawah.



Lepas bayar, beri passport dan resit bayaran ke pegawai imigresen yang kita berurusan tadi, dan tunggu.. Lepas lebih kurang 10-15 minit, nama majikan akan dipanggil, dan dapatlah passport PRA dengan stiker MULTIPLE ENTRY VISA yang baru, yeay!



Selesai! Boleh balik dengan riang gembira, dan jangan lupa ucapkan “jumpa lagi tahun depan ya tuan” kepada pegawai imigresen tu.. hahhahahha….

Friday, May 25, 2012

Roti Walnut Bercoklat

0 orang pot pet
Entry ni khas untuk Puan Ayu Fairuz yang nun jauh di Belanda....



Roti Walnut Bercoklat

Bahan2 :
250 ml air
550 gram tepung roti
100 gram butter
100 gram gula
1 pack yis segera (11gm)
1 s/k bread improver
1 s/k bread softener
100 gram walnut ~ di patah2kan
100 gram kismis coklat cip


Cara2:
1. Campakkan semua bahan ikut turutan (kecuali walnut dan coklat cip) di atas masuk dalam bread maker, guna mode dough, tekan butang start. Macam sia punya BM, mode ni makan masa 1 ½ jam. Sebab 30 minit untuk uli, manakala 1 jam untuk doh naik sekali ganda. Jadinya, apa yang sia buat, sia gunakan tenaga BM untuk uli selama 30 minit sampai jadi doh.

2. Lepas tu, sia keluarkan, campurkan doh dengan walnut dan coklat chip, bahagikan 2, dan biarkan doh mengembang sekali ganda di 2 loyang berasingan.


3. Lepas doh mengembang sekali ganda, panaskan oven selama 10-15 minit, masukkan doh dan bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 170 darjah celcius (kalau yang suka roti garing-garing sikit, boleh bakar pada suhu 180 atau 190 darjah celcius).

3. Sejukkan roti dan potong ikut suka hati. Nyummmmm!!!!!!!!!!


p/s: 
1.  Pada yang tidak ada BM jangan susah hati, uli guna tangan pun boleh dong.. Janji semua bahan diuli sampai sebati. Kalau mau jugak ikut macam BM, ulilah sampai setangah jam, kalau larat.. hehehehhe...  

2. Kalau perasan, sebenarnya, resepi roti ni sia olah daripada resepi roti walnut berkismis yang pernah sia buat dulu. Alhamdulillah menjadi dan sedap jugeeeee...

Tuesday, May 22, 2012

Resepi Pavlova Sedap!!!!!!

27 orang pot pet

Di petang yang mendung dingin ni, sia akan berkongsi resepi dessert kegemaran sia yang paling terbaru. Siapa yang friend dengan sia di FB mesti tahu hari tu sia kecoh pasal asyik buat dessert ni tidak menjadi.. Huhuhuhuu….

Ya! Tidak tipu, Sia yang memang ilmu baking membaking tidak berapa gah ni memang terpaksa cuba berkali-kali baru jadi… Sudahlah ilmu tu kurang di dada, pandai-pandai pulak tu derhaka resepi.. huhuhuhu.. Akibatnya, lepas buat kali keempat baru jadi! Yeay! Memang happy habis ok! Habislah telur di rumah tu dibuatnya.. Hahahhaha…

Sebenarnya kan, kali pertama sia makan pavlova ni masa mini reunion budak2 UTM tahun 2009. Masa tu buat di Alexis… Masa tu sia sedang sarat preggy kan si Aimee.. Macam-macam makan hari tu, jadi tekak orang kampong ni ala-ala makan macam “apalah bendalah ni?” Memang tidak feel dan tidak terasa mahu lagi dan lagi dan lagi…

Sekalinya, 2 minggu lepas tidak silap, officemate sia ni ada beli dari dari website ni. Kami ni dapatlah makan sepotong.. Masa pavlova tu masuk mulut, perghhhh!!!!!! Terasa macam “Huuuuuuuu!!!!!!!!!!! Ni semua aku punya! Aku tidak mahu kongsi plssss!!!!!!!!!!! Serius sedap gilak ok!!!!!!!!!!!”

Makanya, dan dan itu jugak tanya ke officemate tu mana beli… Dia pun bagilah url website di atas tu… Godek punya godek, dia ada bagi resepi sekali tuuuu….

Apa lagi… Cubalah…… Sedap kau!!!!

Out of sebiji pavlova tu, Setengah sia makan, suku bagi orang di rumah sia makan, suku lagi, bagi in law sia.. huhuhuhu.....

Nah! Sia kongsikan resepinya di sini, sia modify sikit. Halal ya yang empunya! :


Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur
1/2 cawan gula (sia blend) - resepi asal guna 1 cawan
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

250ml whipping cream
1 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu teh esen vanila


Buah-buahan hiasan (potong ikut bentuk yang disukai):
4 biji buah strawberi
1 biji buah kiwi
6-10 biji buah anggur
1 biji buah markisa (kalau ada)


Cara-cara buat pavlova:
1. Pukul putih telur sampai menjadi soft peak. Sia guna stand mixer jak, senang ;)

2. Lepas tu, masih dalam mode memukul, masukkan gula sesudu demi sesudu sampai habis. Pukul sampai jadi ‘meringue’ atau bahasa mudahnya, bertanduk. Refer gambar di bawah contoh-contoh adunan telah bertanduk.


Bila mencapai meringue, adunan tidak akan tertumpah kalau terbalikkan mangkuk.


3. Lepas tu, masukkan pula esen vanila, dan pukul sebati.

4. Matikan mixer, masukkan pula cuka dan tepung jagung dan gaul sebati menggunakan senduk kayu.

5. Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 150 degree celcius.

6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (Sia gunakan acuan kek 8 inci) Tuangkan adunan ke dalam bulatan yang telah dilukis cantik tadi. Pandai-pandailah cantikkan adunan tu ya….

7. Bakar adunan selama 1 jam.

8. Bila oven berbunyi, tutup api oven, bukak sedikit pintu oven, dan biarkan pavlova menyejuk di dalam oven selama lebih kurang 1-2 jam.



Cara-cara buat whipping cream:

1. Pukul whipp cream dengan gula dan esen vanilla sampai kental.

2. Masukkan dulu dalam peti beku selama ½ jam sebelum di picitkan ke atas pavlova. Senang cerita, sebaik-baiknya buat whipping cream lepas pavlova sudah masak atau bila mahu makan pavlova tersebut. Kalau tidak, nanti whipp cream tidak nampak cantik…



Sia cakap awal-awal ya, membuat pavlova ni mudah sebenarnya,  

TAPI!

Hah! Besar tapinya tu…. Jangan sekali-kali cuba menderhaka sebarangan resepi asalnya ya…

Ini adalah antara pantang larangnya (copy dpd website di atas):
1. PAstikan langsung tiada kuning telur yang termasuk dalam putih telur yang ingin digunakan.
2. Telur mesti dalam suhu bilik.
3. Peralatan digunakan kering dari sebarang kesan air atau minyak.


Untuk pantang larang tambahan (ni base on eksperimen sia yang tidak menjadi.. huhuhu):

1. Jangan sekali-kali suka-suka hati tukar gula tu daripada gula biasa ke gula perang (brown sugar). Kalau tukar jugak, nah! Ambik kau hasilnya akan jadi seperti di bawah. Pavlova tidak akan keras, sebaliknya akan jadi spongy dan kecutttttttttt…..


Sebelah kiri: pavlova yang menjadik,sebelah kiri pulak pavlova yang guna brown sugar, mengecutttttt....


2. Jangan sekali-kali ambil jalan mudah gunakan acuan untuk bakar pavlova.




Konon supaya dapat bentuk bulat yang cantik ya? JANGAN! Kalau buat jugak, dia akan jadik seperti di bawah!

Kan huduh rupanya tuuuu.... tiba-tiba dangggg! Puppp terjatuh sepelepup adunan tu!


 
Ni gambar pavlova bakar guna brown sugar + guna acuan pulak tu... Terbaik!!!!! Memang huduh!




Ni pulak rupa pavlova yang guna brown sugar tu.. Bolehlahhhhh...


3. Jangan kurangkan lagi sukatan gula daripada yang sia guna di atas. Kalau tidak, pavlova akan tidak mengeras dengan cantik. Paling bagus cantik kerasnya kalau guna 1 cawan gula lah.. Tapi, serius manis gilak! Jadi, pada yang kurang suka manis-manis, guna sukatan di atas pada sia sudah ok.



Ni gambar pavlova yang menjadi. Bakar guna gula biasa dan tidak menggunakan acuan. Bentuk free hand.


Dan ini adalah end product nya........



Serius sedap wa cakap lu!!!!!!



Wednesday, May 9, 2012

Biskut Cornflakes Rangup Sekali!

2 orang pot pet
Hari ini sia mau kongsi resepi biskut raya.. Hehehhhe.. Puasa pun belum, sudah sibuk pasal kuih raya kan…. Tidak kisahlah kan… Sebenarnya idea ni datang sebab anak dara sia si Aimee tu asyik sibuk ajak sia main tepung.. Balik2 dia cakap dengan sia “Mama, jom kita buat tepung” Mengkali sebab kebelakangan ni dia asyik tengok sia di dapur dengan tepung, buat roti lah, buat pizza lah… Semuanya kan berkisar dengan tepung.. Tu yang dia bersemangat mau main tepung tu…

Pikir punya pikir, sia rasa buat biskut dengan Aimee adalah sangat fun! Jadinya, sia pun carilah resepi buat biskut. Sebabkan rumah sia kebetulan ada banyak cornflakes yang tidak termakan, dan kebetulan sia pun memang suka makan biskut cornflakes, maka sia pun google resepi biskut cornflakes dan dapatlah resepi ini & ini.

Cuba punya cuba, sia come out lah dengan resepi di bawah ni. Ni kira modify ikut rasa suka tekak sendiri lah. Halal ya kak Fidah dan Kak Besah!


Biskut Cornflakes Rangup Sekali!
Kos: Lebih kurang RMXXXX (dapat dalam +-150biji yang comel-comel)

Bahan2 :


240gm mentega
150gm gula perang
2 biji kuning telur
150gm tepung naik sendiri @ [tepung gandum + ½ st membukit baking powder]
150gm tepung jagung
6 cawan cornflakes



Cara2:


1. Kacau sebati menggunakan senduk kayu mentega dan gula. Kemudian masukkan pula telur dan kacau sebati lagi.

2. Masukkan pula tepung naik sendiri dan tepung jagung dan kacau sebati.

3. Akhir sekali, masukkan cornflakes dan kacau guna tangan sampai semua cornflakes bersalut tepung.

4. Bulat2kan adunan sebesar duit 20 sen dan susun di atas dulang pembakar. Ratakan sikit guna jari.

5. Panaskan ketuhar pembakar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit.

6. Bakar biskut selama 30 minit, sejukkan dan boleh dingap krupp krappp krupp krappp rangup sekali! Yummeh!

Inilah hasilnya dengan bantuan anak dara ai tuuuuuuu... (yang ni sia guna papercup. Sia nasihatkan tidak payah guna papercup, sangat2 leceh!)

Friday, April 27, 2012

Pizza Home Made Besarrrrrr!!!!!!!!!

3 orang pot pet
Asyik buat roti walnut kismis tu, En. Suami pulak sound, buatlah pizza pulak... Laaaa… Pulakkk… Nasib baik sia punya momentum masak memasak masih ok.

Makanya, sia pun search lah resepi buat doh base pizza. Bosan sudah pulak makan pizza guna base segera tu… Demand! Mentang2 mood memasak masih on…. Hehehhe.. Tapi, sebenarnya, senang jak buat dohnya ni...

So, sia guna resepi ni buat dohnya. Terima kasih ya resepinya!

Pizza Home Made Besarrrrrr! (sia guna pan crispier 13”)
Kos: Lebih kurang RM13.16 (boleh makan untuk 3-4 orang)


Bahan-bahan doh:
125ml air suam – RM0.10 ~ guna air paip di rumah jaklahhh
2 cawan tepung gandum - RM0.50 ~ guna brand Bagus/Bluekey/cap Sauh
2 st yis segera – RM0.50 ~ brand mauripan/saf instant
1/2 st garam – RM0.05 ~ brand Layang/mana2 garam haluslah
1 st gula – RM0.01 ~ brand CSR
2sb minyak sayuran – RM0.20 ~ brand Seri Murni kottt

Bahan-bahan topping:
½ paket daging kisar – RM3.00 ~ brand Ramly
½ biji bawang besar – RM0.25
1s/k daun oregano kering – RM0.05 ~ daun-daun herba semua sia beli di Bagus
1s/k daun basil kering – RM0.05
½ s/k garam – RM0.05
½ s/k lada hitam – RM0.05
½ s/k lada sulah – RM0.05
½ biji bawang besar kuning (di dadu) – RM0.25
½ biji cili benggala hijau (di dadu) - RM0.50
3 batang sosej ayam (potong nipis) – RM1.50 ~ brand Ramly
100gm Keju mozzarella – RM4.00
Sos tomato – RM1.00
Mayonis – RM1.00
Daun-daun herba kering/pizza seasoning - RM0.05

Cara:
1. Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam BM, guna mode doh, tekan start, tunggu 1.5 jam. Kalau guna manual, campur sebati semua bahan, uli sikit-sikit dengan tangan, masukkan dalam mangkuk, tutup dengan kain, letak tempat panas sedikit, dan biarkan selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda.

2. Sementara tunggu doh siap, tumiskan sehingga separuh masak bawang besar dengan daging kisar, daun oregano kering, daun basil kering, garam, lada hitam & lada sulah. Ketepikan.

2. Lepas doh siap, panaskan oven selama 15 minit pada suhu 200 darjah celcius.

3. Ratakan doh ke dalam loyang pizza.

4. Lepas tu, cucuk-cucuk guna garpu dan tuangkan sos tomato dan ratakan.

5. ratakan pula daging kisar yang telah separuh masak, bawang kuning, lada benggala dan sosej ayam.


6. Taburkan keju mozzarella, tuangkan sekali lagi sos tomato dan mayonis.


7. Akhir sekali, taburkan daun-daun herba kering atau pizza seasoning.


8. Bakar selama 20-25 minit sehingga masak.


Dan hasilnya......

Puas hati! Mewah serba serbi yeay! Slurrppppppp! Sedap hingga menjilat jari! Serius!


Ni lah rupa pan crispier tu... Guna pan ni base tu akan rangup. Kalau tidak suka rangup, letakkan pan atas tray pembakar semasa membakar. Jadilah roti pizza macam di pizza hut tu.


Selamat mencuba ya kamurang!


Friday, April 20, 2012

Orang suruh mengaji, dia.....

6 orang pot pet
Di suatu malam….

Guru mengaji: Aaaaa (nota: huruf alif)
Aimee: Aaaaa
Guru mengaji: Baaa (huruf ba)
Aimee: Ba
Guru mengaji: Ini baca Aaa… baa.. aaaa
Aimee: Aaaa… baa…aaa
Guru mengaji: Ini baca Baaa.. aaa. Baa..
Aimee: Bukanlah! Ba ba black sheep lah!

Adoilah anakku.. Habis kami 1 rumah ketawak berdekah2… Tidak boleh tahan… Lawak memang lawak, tapi Grrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!, Memang sangat susah mengaji betul-betul ini budak! Sangat banyak bermain! Erghhhhhhh!!!!!!!!!

Mudah-mudahanlah si guru mengaji akan sentiasa sabar melayan karenah si minah Aimee ni... Aminnnn...

Wednesday, April 18, 2012

Berkelah di LONDON

8 orang pot pet
Semenjak sia mula kerja di cawangan baru ni, jarang sekali sia balik on time. Jadi, boleh diakatakan, sia memang tidak banyak masa untuk anak-anak dengan suami sia waktu hari bekerja. Sangat kerap sia balik malam (sia bukan mengeluh ya, sekadar bercerita)… Jadinya, disebabkan rasa bersalah pada anak-anak dan suami, maka, selalunya, hujung minggu sia akan cuba sedaya upaya untuk luangkan masa bersama diorang.

Kebelakangan ni, selalunya kalau tidak ada kelas mengaji hari Sabtu, sia akan plan dengan En. Suami bawak anak-anak pergi ke taman. Setakat ni, taman yang kami selalu bawak Aimee adalah Taman Tasik Titiwangsa. Mula-mula hari tu bawak dia berbasikal. Masa ni setakat bawak dia pusing-pusing dekat dengan padang jak. Masa tu dia bukan main punya syok dapat tengok kuda (kebetulan masa tu DBKL Equestraian sedang buat latihan berkawad kuda). Siap tidak mau balik hokay! Lepas-lepas tu, balik2 lah dia mintak bawak dia ke taman untuk tengok kuda…

Minggu depannya pun bawak berbasikal ke taman yang sama jugak. Masa ni bawak dia pusing-pusing tasik. Sambil-sambil tu singgahlah taman permainan main jongkat jongket. Masa ni, tiadalah pulak kuda untuk ditengok… Pusing-pusing taman tasik jaklah… Sambil tengok budak sekolah buat merentas desa… Syoklah minah Aimee tu tengok abang-abang dengan kakak-kakak berlari… Terjerit-jeritlah minah tu kesukaan...

Cukup penat, bawak diorang balik, singgah rumah MIL sia pulak… Lepak-lepak makan, tidur-tidur, petang balik rumah…

Minggu lepas pun kami bawak diorang ke taman yang sama (bunyi sangat memboringkan kan?) Kali ni saja jak pulak bawak diorang berkelah.. Hehhehehe… Sebelum berkelah tu, sia buatkan Aimee homemade colour (yang ni nanti sia share ya). Jadinya, sukalah minah tu dapat main colour-colour masa berkelah tu. Sia bagi dia kertas lukisan dan biar dia main dengan berus dan warna homemade tu. Dan si mama dan ayah pun tidak perlulah risau dia termakan atau kotor di sana sini, sebab colour tu boleh dimakan dan dibasuh.. Hehhehehe…

Jadi, kamurang layan jaklah gambar kami berkelah di LONDON hari tu ya!



Masa ni si Akeel masih tidur dalam stroller


Hah! Budak bam bam sudah bangun! Bukan main happy dapat kacau barang kak longnya yang garang!


Ni hasil tangan si minah Aimee


yang ini.. hmmm... hasil tangan mamanya yang bapak sangat-sangat kreatif! hahahahhaha


Dan yang ini pulak..... ayah budak 2 orang tu yang di mana-mana pun boleh tidur! (orang dalam gambar ni tidak tahu pun yang sia ambil gambar ni.. hahahahhaha)


Monday, April 16, 2012

Roti Walnut Kismis Meriah!

4 orang pot pet
Kebelakangan ni sia gilak betul makan roti walnut kismis Jusco La Boheme… Sebabkan boleh dikatakan almost hari-hari sia beli, sia pun google lah resepi di internet.. Buat sendiri jimat maaaa… Lepas tu, boleh letak banyak2 bahan yang kita suka.. Hehhehhe….

Jadinya, jumpalah resepi ni… Sekali buat, terus jadi dan sedap pulak tu (masuk bakul angkat sendirilah ya tuan tanah kedaung ni.. hehehhe) Terima kasih ya resepinya.


Roti Walnut Kismis Meriah!
Kos: Lebih kurang RM15.60 (boleh makan untuk 8-10 orang)

Bahan2 :
250 ml air – RM0.10 kot ~ guna air paip rumah lahhhh
550 gram tepung roti – RM1.85 ~ Brand Bagus
100 gram butter (resepi asal guna planta) – RM1.80 ~ Buttercup
100 gram gula (resepi asal guna gula kastor) – RM0.25 ~ Brand CSR
1 pack yis segera (11gm) – RM0.90 ~ brand Mauripan/saf instant
150 gram walnut ~ di patah2kan (resepi asal guna 100gm jak) – RM7.50 – beli di Bagus
50 gram badam cincang – sia tidak letak
100 gram kismis (resepi asal guna 50gm jak) – RM3.00 ~ kebetulan masih ada stok kismis Abu Dhabi yang besar-besar. Boleh jugak guna yang LIGO tu.
1 s/k bread improver – RM0.10 ~ brand Bagus
1 s/k bread softener – RM0.10 ~ brand Bagus


Cara2:
1. Campakkan semua bahan ikut tururtan di atas masuk dalam bread maker, guna mode sweet dough, tekan butang start. Hehhehehe...
2. Lepas 3.5 jam, roti siap, sejukkan dan potong dan ngapppp! Yummeh!

kan meriah kismis dengan walnutnya tu!


Nota: Untuk kaedah manual, rujuk pada link resepi asal di atas ya!

Friday, April 13, 2012

Kid's Update

6 orang pot pet
Lama tidak cerita pasal anak-anak sia yang 2 orang tu kan…. Banyak sebenarnya perkembangan 2 beradik tu kebelakangan ni. Tidak sempat jak sia update.. Hhehehe..



Aimee:
Perkembangan terkini yang paling penting sia rasa adalah dia sekarang sudah sebulan diaper free. Alhamdulillah! Sebenarnya, dia diaper free pun secara tidak dirancang.. Puas sia pujuk dia supaya free daripada diaper hari tu, tidak jugak berjaya. Sekalinya, dijadikan cerita.. Eh! Tapi sebelum tu, kan hari tu sia cakap anak-anak sia sudah tidak pakai disposable diaper dalam entry ni


Jadi, dijadikan cerita, hari tu En. Suami terlupa tukar CD minah ni pada malamnya. Akibatnya, melecetlah anu si minah ni. Dan akibatnya juga, keesokan harinya bila dia dihantar ke rumah nekmanya, tiba-tiba dia cakap dengan atuknya “Aimee taknak pakai pampers. Sakit….” Mula-mula FIL sia risau jugak. Iyalah.. Buatnya dia kencing merata-rata.. Hah! Kan susah? Tapi, amazingly, dia tidak ada terkencing pun sepanjang hari dia di rumah nekmanya. Pandai pulak tu cakap bila dia mau ke toilet, sampailah ke malam bila dia balik ke rumah.


Dan baru lebih kurang seminggu ni, dia baru-baru betul mahu gunakan toilet seat untuk buang air besar mahupun kecil. Sebelum ni kencing berdiri, buang air besar pulak pakai pampers (sabar jaklah!).

Kalau cakap pasal tandas yang toddler’s friendly, sia suka tandas di Jusco Midvalley (Midvalley lagi!). Hari tu sia keluar seharian dengan kawan baik sia si Sue ke Midvalley. Masa tu sia angkutlah anak-anak sia yang 2 orang ni. Makanya sudah tentulah, si Aimee ni keluar tidak memakai pampers kan… Tapi, sia memang tidak mengalami masalah yang besar bila dia mau buang air besar atau kecil. Sebab toilet Jusco ada mini toilet bowl! Yeay! Sangat cute ok! Aimee memang suka dengan mini toilet bowl tu. Senang gilak dia buat bisnesnya! Si mama pun happy yeay!


Yang kurang best pasal perkembangan Aimee sekarang ni, dia obes! Yang ni sia risau ok! Dia tu sudahlah tidak berapa suka makan buah dengan sayur. Sayur yang dia makan cuma bayam. Yang lain-lain, dia makan kalau sia yang suap jak. Kalau dengan orang lain, semua dia tolak. Aduilah…. Pening kepala mak!



Akeel:

Akeel pulak sekarang sudah boleh makan solid food. Jadinya, sia sekarang sentiasalah akan berada di dapur sediakan makanannya (sebab tu kamurang akan tengok entry-entry seterusnya ni sia akan update pasal makanan. Hehehhehe)


Akeel ni sia kategorikan sebagai lambat jugak menerima solid food. Sia mula kenalkan dia dengan solid ni masa umurnya 6 bulan. Dalam tempoh sebulan tu, semua makanan dia tolak. Siap cebik mulut hokay! Sabar jaklah…

Tapi, alhamdulillah, masa dia umur 7 bulan, dia sudah boleh terima semua makanan yang disuapkan ke mulutnya. Tidak banyak, sikit dia makan jugak.


Setakat ni, dia makan bubur nasi, lobak, bunga kobis, brokoli dan ayam. Sia masak bubur tu campur sikit minyak zaitun. Sarapan pulak, dia makan labu, apple dan pisang. Semuanya masih dalam bentuk puri…


Perkembangan fizikal pulak, dia sudah boleh duduk bersokong, pandai tepuk tangan, pandai lambai tangan main-main, dan yang paling dramatik, pandai marah kalau mamanya dukung kakaknya. Sudah pandai berebut kasih sayang la pulak. Like kakak like adik betul budak 2 orang ni.


Tapi, yang bestnya, dia jugak sudah pandai main dengan kakaknya. Syiok betul tengok bila diorang bergurau manja! Ketawak beriya-iya terkekek-kekek budak kenit ni. Happy betul rasa hati ni. Hilang semua penat bekerja seharian tengok gelagat diorang 2 orang ni tau!


Sia dengan En. Suami seriously happy and feel so blessed! Syukur ya Allah!




Thursday, April 12, 2012

Resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake

4 orang pot pet
Hari tu tiba-tiba rajin pulak mau masak –masak. Google punya google, jumpa resepi ni.

Cuba 1 kali, failed! Bantat!

Kali kedua cuba, baru jadi.. Hhehehehhe… Sedap siot! Sebijik sejibun macam cheese cake Jusco La Boheme tu.. Kamurang cubalah ya!


Cotton Soft Japanese Cheesecake
Kos: Lebih kurang RM12.50 (boleh makan untuk 10 -12 orang)


Bahan2:

Bahan A:
250g cream cheese – RM7.00 ~ Brand Tatura
50g butter – RM0.90 ~ Buttercup
100 ml susu segar (fresh milk) – RM0.60 ~ sia guna Low Fat Dutch Lady jak

Bahan B:
6 biji kuning telur – RM2.70 ~ telur Seri Murni
1 sdb jus lemon – RM0.30
1/4 sdk garam – RM0.05
60g tepung kek / tepung superfine – RM0.20 ~ Brand Bagus
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch) – RM0.20 ~ Brand Maizena

Bahan C:
140g gula (granulated sugar) –RM0.35 ~ Brand CSR
6 biji putih telur – ambil dpd 6 biji telur di bahan B
3/4 sdk jus lemon – RM0.20


Cara-cara:
1. Cairkan bahan A guna teknik double boiler. Lepas cair dan sebati, ketepikan dan sejukkan.

2. Untuk bahan C, masukkan putih telur & jus lemon ke dalam mixer, pukul sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu, masukkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). Ni makan masa lebih kurang 15-30 minit rasanya.

3. Sambil tunggu bahan C betul-betul bertanduk, satukan bahan B dalam 1 mangkuk dan kacau sebati guna senduk kayu.

4. Lepas adunan bahan A sejuk, masukkan campuran bahan B ke dalamnya dan kacau sebati.

5. Lepas bahan C bertanduk, masukkan campuran di no.4 ke dalam mixer dan kacau sebati.

6. Tuang adunan ke dalam tin pembakar berukuran 8.5 inci (kalau takut melekat, salut tin dengan baking paper).

7. Bakar kek guna kaedah bain-marie pada suhu 140 degree (resepi asal guna 160 degree) dalam masa sejam.

8. Siap untuk dinikmati. Gebus & sangat2 yummy ok!



Kaedah bain-marie: Letak kek atas tin pembakar yang lebih besar saiznya. Kemudian, tuangkan air panas ke dalam tin pembakar yang lebih besar tu.



Tips: Sebaik-baiknya, jangan guna spring foam. Yang kali pertama sia buat hari tu, guna spring foam la. Sudah balut dengan kertas aluminium sampai atas pun (tengok gambar di atas ni), masuk air jugak. Sudahnya, bantat kek aku macam di bawah ni! Tapi, still sedap tuuuuu...





Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery