Thursday, February 17, 2011

Senarai kedai baju ibu mengandung (list of maternity shops)



2 hari lepas selamatlah sudah pencarian baju bajan baru untuk si mak buyung… Selesai semuanya daripada baju, seluar, kasut, yang dalam2 tu, guna yang lama punya, sudah! Hahahahhahaha…

Teringat dulu-dulu masa kali pertama mengandung, penat jalan pusing-pusing mall untuk cari baju bajan yang sesuai, selesa dan ngam dan sedap mata sendiri memandang. Puaslah tawaf semua kedai untuk cari baju bajan sampai letih-letihlah mak buyung… Ke Niichi la, ke Modermum la, ke MotherClub la… Makan masa jugaklah untuk dapatkan semua barang-barang baju bajan tu.

Tapi, orang cakap, pengalaman mendewasakan kan? Jadi, bila mengandung kali kedua ni, mudahlah sikit proses mencari baju bajannya… Tidaklah perlu ditawaf semua kedai kecuali untuk cari seluar, sebab kununnya mahu mencari yang lebih selesa lahh…. Tapi, akhirnya ku berpaling semula juga ke Jusco setelah kuciwa setelah pencarian ke kedai-kedai lain gagal!

Jadinya, memandangkan ilmu pasal kedai-kedai yang jual baju bajan ibu mengandung telah ada (sikit laaaaa), teringin lah dikongsikan dengan pembaca-pembaca tersayang.. Manalah tau ada yang kali pertama mengandung. Tapi, ini ikut si mama glam punya preference la ya.

Ok, kita mula dengan senarai kedai-kedai yang menjual barangan ibu-ibu mengandung dulu ya (list of maternity shops), lepas ni sia cerita pasal kedai-kedai preference sia pulak:

1. Miki Mom
Sepanjang penglibatan sia dalam pencarian baju ibu-ibu mengandung, sia hanya tahu branch yang di Isetan KLCC (2nd Floor) saja. Branch lain, kurang pasti la pulaknya.

update 29.04.2011: Ada jugak branch di PDI IKano

update 24.02.2012: Ada jugak branch di PDI JUsco Bukit Tinggi

Kalau di sini, sia suka design baju-baju dan seluar jeansnya. Kadang-kadang kalau bernasib baik, dapat jugak seluar-seluar kerja yang cantik designnya.

Dari segi harga, agak mahallah. Macam baju, biasanya harga standard RM99 sehelai. Seluar pulak, dalam RM139 dan ke atas. Tapi, kalau dapat beli masa sale dan potongan sampai 70%, memang masyuk lah!


2. Modermum
Baju bajan mengandung jenama ni ada banyak branch merata KL ni. Tapi, yang paling sia suka pergi adalah branch KLCC, sebabnya, dekat dengan kedai yang No.1 di atas tu.. Duduknya pun di Floor dan wing yang sama.. hehehhehe… Branch lain yang biasa sia pergi selain KLCC adalah Midvalley dan Ampang Point.

Kasut adalah barang yang paling sia suka untuk dibeli di sini. Baju bajan, kurenggggg… Tidak menepati citarasa sialah…

Harga baju bajan di sini, lebih kurang macam harga di Miki Mom, dan ada jugak yang lebih mahal lagi. Kalau tang kasut pulak, harganya adalah lebih kurang RM139 dan ke atas. Pada sia yang sangat mementingkan keselesaan, berbaloilah! Cuma 1 saja yang sia tidak berapa berpuas hati dengan kasutnya, tapak dan tumitnya memang senang haus. Jadinya, mungkin selepas memakainya selama 2-3 bulan, perlulah dihantar ke tukang kasut untuk ditampal/ditukar baru tapak dan tumitnya. Itu tidak kisahlah, yang penting dalaman kasut tu memang selesa habis! Sampai perut hampir-hampir meletop pun memang selesa dipakai!

*Credit pada kak Aishah yang recommend kasut jenama ni. Memang tidak kucari jenama lain sudah! Tq k aishah!


3. MotherClub
Jenama ni pulak ada banyak jugak branch merata di KL ni. KLCC ada, Midvalley ada, Metrojaya Bukit Bintang ada…

Kedai ni menjual baju bajan mengandung dan baju untuk ibu-ibu yang menyusukan badan anaknya.

Dari segi harga, lebih kurang lah jugak dengan jenama yang dua-dua di atas ni.

*Berapa kali pusing kedai ni, selalunya sia akan keluar dengan tangan kosong, sebab, designnya pada sia kurenggggg..


4. V-Mum Maternity Concept
Yang kedai ni pulak, sia baru tahu masa mengandungkan anak yang kedua ni. Bila search di internet, rupanya ada banyakkkkkkkkkkkk branch. One Utama ada, IOI Puchong ada, Sungai Wang, Sunway Pyramid dan banyak lagi.

Hari tu sia pergilah jugak round branch yang di One Utama. Banyakkkkk jual baju, tapi, kebanyakkannya yang tiada lengan. Yang berlengan pendek kurang banyak, makanya yang lengan panjang sudah tentulah amat sedikit bilangannya. Jadinya pada orang-orang yang tidak berapa suka memakai 2 pieces baju, bukanlah kedai kegemaran jawabnya. Tapi, dari segi design, boleh tahanlah. Tang seluar pulak, hmmmmm.. kurengggg…

Bila bercakap pasal harga, ala-ala ketiga-tiga kedai di atas itu jugaklah… Jadinya, kunjungan sia ke kedai tersebut, memang tidak ada membuahkan hasil…


5. 9 Months
Ni dulu kedai kegemaran sia dengan Ninie dan Ainul masa minah 2 orang tu mengandungkan anak pertama.. Masa tu sia ni sekadar peneman kepada 2 orang mak buyung tersebut, kah Puan Driver untuk dua orang mak buyung tu ya? Pikir sekejap… Ya! Ya! Masa tu sia menjadi driver merangkap teman bershopingan…

Di kedai ini kebanyakkan baju bajannya (kah boleh sia katakana hampir semua?) diperbuat daripada cotton jersey yang sangat selesa. Jadi, bagi yang mementingkan keselesaan baju yang lembut dan sejuk, ini memanglah kedai yang paling bersesuaian! Sia ingat lagi masa sia teman mak buyung yang 2 orang tu, sia sendiri keluar dengan baju bajan mengandung walaupun masa itu sia belum mengandung lagi. Wooooow! Melampau kan? Tapi, sebenarnya, baju-baju yang dijual di sini boleh jugak dipakai oleh orang yang tidak mengandung, serius selesa. Bagi yang suka seluar yang diperbuat daripada cotton jersey, ada jugak dijual di sini ya!

Dari segi harga, sama jugaklah macam keempat-empat kedai yang sia senaraikan di atas. Mungkin ada yang rasa tidak berbaloi? Hmmmm, kalau sia pun, sia datang beli masa diorang buat sale, barulah berbaloi! Hehehhehehe….


6. Jusco Maternity
Yang ini memang paling mudah untuk dicari. Pergilah mana-mana outlet Jusco, mesti ada bahagian maternity ni. Tapi, banyak-banyak outlet, sia paling suka pergi outlet Jusco Wangsa Maju. Kedainya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Barang-barang pun banyak. Pada yang rajin berjalan banyak, bolehlah cuba outlet Jusco One Utama atau Jusco Bukit Tinggi. Besar gilos! Tidak laratlah sia mau round sebesar itu!

Jusco Maternity ni, sia paling suka beli seluar kerja. Pada sia designnya ok berbanding kedai-kedai lain yang sia senaraikan. Tapi tang seluar jeans, kurenggg. Tang baju pulak, kalau bernasib baik, ada jugak yang cantik.

Bab harga pulak, pada sia sangat berpatutan la kalau mahu dibandingkan dengan kualiti barangannya, dan memang jauh lebih murah kalau mahu dibandingkan dengan jenama-jenama yang disenaraikan di atas tu. Bolehlah dapat dari semurah RM39.90. Paling mahal pun rasanya dalam RM59.90. Berbaloi-baloi kan?


Ok, keenam-enam kedai di atas ni adalah antara kedai yang pernah sia kunjungi untuk mencari baju bajan mengandung. Lain daripada di atas, sia kurang pasti.

Jadi, selepas pengalaman kali kedua mengandung, sia buat kesimpulan di bawah ni:

1. Untuk kasut, sia memang selesa dengan jenama Modermum. Jadi, kali pertama dan kedua ni, memang hanya jenama ini sajalah yang sia pakai sepanjang mengandung, sampailah habis pantang (al-maklumlah, masa pantang kan kaki mungkin masih bengkak lagi)

Bawah ni kasut yang sia pakai masa mengandungkan Aimee dulu:



Dan yang bawah ni pulak, kasut yang sia baru beli hari Ahad hari tu untuk dipakai masa mengandung pada kali ini. Ala-ala peep toe kan? Tapi, version rendah... hehhehehe:


2. Untuk baju kerja, sia pilih jenama Miki Mom walaupun harganya agak membebankan. Designnya pada sia lebih korporat berbanding jenama-jenama lain. Lagi 1 yang sia suka, baju-bajunya juga boleh dipakai walaupun selepas bersalin. Designnya tidak terlalu tipikal seperti baju-baju ibu mengandung jenama-jenama yang lain.

Selain daripada itu, sia juga cadangkan kamu-kamu menjengah ke butik Niichi yang kedainya juga ada merata-rata di KL ni. Walaupun butik ini tidak menjual baju-baju ibu mengandung, tapi banyak baju-bajunya yang boleh dipakai oleh ibu-ibu yang mengandung. Harganya pun ok dalam range RM49.90 ke atas. Lokasi kedai? Sia suka pergi branch di Maju Junction, Jusco Bukit Tinggi atau Midvalley.

3. Bagi seluar kerja, sia pilih Jusco Maternity brand Scarlet. Pada sia jenama ni berkualiti dan harganya pun berpatutan. Lagipun, sia tidak suka pakai seluar slack (yang jenis kain lembut tu), sia lebih prefer pakai seluar yang kainnya ala-ala khakis macam tu. Jadi, di Jusco ni, memang ada banyak pilihanlah kalau bagi yang suka jenis kain ala-ala khakis ni.

4. Bagi baju untuk berjalan-jalan, sia pilih jenama 9 months. Bajunya selesa. Tapi, pada yang tidak suka baju jenis melekat ke badan, jenama ni kurang sesuailah. Jadi, boleh pilih Niichi dan Miki Mom atau V-Mum (kalau kamu-kamu rajin pakai baju 2 pieces la).

5. Untuk baju berjalan-jalan, sia paling suka jenama Miki Mom untuk jeans. Kalau untuk jenis yang kain lembut, sia prefer jenama 9 months. Jenama yang lain, terus terang sia cakap, sia kurang berkenan dengan designnya. Sangat tipikal fesyen-fesyen ibu mengandung.


Jadinya, itu sajalah rasanya yang boleh sia kongsi dengan kamurang pasal ilmu baju bajan ibu mengandung. Kalau ada yang sudi tokok tambah, silakan ya! Sharing kan is for caring….




36 orang pot pet on "Senarai kedai baju ibu mengandung (list of maternity shops)"

ninieZUERYANNIE on February 17, 2011 at 2:01 PM said...

waaa, rase cam khatam ilmu cr baju mengandung plak bile abis bace entry nih.. hehehe..

mama glam on February 17, 2011 at 2:11 PM said...

ninie: kan i dah ckp i akan conclude kan sume skali untuk panduan ibu-ibu mengandung kali pertama? hehehhehe...

aishah zaharin on February 17, 2011 at 4:11 PM said...

kasut aweng masa pregnantkan aimie sama ngan kasut akak masa pregnant kan amin/aidin (can't remember). and till now masih pakai kasut modernmom sbb comfy walaupun x pregnant!

mama glam on February 17, 2011 at 4:37 PM said...

k aishah: hehehhehe... itu yang paling cute di mata masa tu kan k aishah? wah! lagi fanatik k aishah pada kasut2 modermum eik! tapi, memang selesa gile pun

aishah zaharin on February 18, 2011 at 4:46 PM said...

aweng.. bukan sebab comfy jek, tapi senang kunun² nak berlari² anak kejar budak kecik 3 orang tuh. heels dah tak de dalam list kasut. seriously.

mama glam on February 22, 2011 at 4:10 PM said...

k aishah: btol jugak tu. Kalau pakai peep toe or heels bagai, nak kejar anak pun x pasal2 kena control ayu gitu. takut heels patah woh!

-ed- said...

tq akak bg tips ini. walopun saye baru 2bln pregnant anak sulung, mcm suda mau start cari baju mengandung..hehe. tapi member pesan jgn shopping baju pregnant awal2 sebab perut x besar lg [memang pun. maybe perasaanku saja..huhu. tapi seluar mcm dah x muat eh...huu]

mama glam on March 10, 2011 at 11:00 AM said...

ed: no problem. ada ilmu sikit, kita share. ikut pglmn akak yang sudah 2 kali pregnant ni, Akak start beli baju mengandung masa umur kandungan 3 bulan. Masa kandungan 4 bulan, siap tukar uniform terus sebab rasa kurang selesa bila pakai baju kurung... So, ed sendiri patut tahu bila masa untuk tukar uniform. Pengalaman orang lain jadikan panduan, tapi, perlu jugak ikut naluri sendiri utk keselesaan...

fiona. J on March 30, 2011 at 5:18 PM said...

Yeah,you are glam enough baby~!
Like your blog~!

http://www.wholesale-dress.net/union_home.php

mama glam on April 4, 2011 at 11:06 AM said...

fiona.J: tq for dropping by!

Anonymous said...

wow!thanks 4 sharing places to shop this kind of baju..hehe
im not married yet,so not yet preggy la kan..this is because of my cousin yg beria suruh saya tolong surveykan bju preggy for her..and2 i tot that every shopping complex will sell bju bajan maternity neh..1st attempt saya pegi times square,tawaf tempat tu..but not found any maternity boutiqe..rupenye memang xda..
this evening try pg jusco wangsa maju, i found the baju but tak berkenan la pulak..nak yg mcm gown tu jgak..huhu :(
last2 i online tgok jer u punya blog..THANKS a LOT for the sharing yah! esok akan memulakan sesi penjelajahan mncari baju2 tersebut..tingkiu2..

mama glam on April 11, 2011 at 1:57 PM said...

Anonymous: u r most welcome dear... ilmu yang sedikit daripada pengalaman sendiri... happy dgr ada jugak manfaat daripada entry ini... selamat memulakan penjelajahan ya! Mudah2 an dapat sesuatu yang berkenan di hati...

Bakal Ayah.. said...

thanks yer share. tgh nak mencari kasut untuk wife yg baru pregnant. excited lebih. hehe.

mama glam on June 6, 2011 at 3:35 PM said...

Bakal Ayah: u r most welcome.. Baiknye bakal ayah ni siap carikan kasut utk wife tercinta.. bertuahnya badan si bakal mama! good luck dalam pencarian anda ya!

Anatel Ameen on June 13, 2011 at 4:43 PM said...

Misha,

Plus size maternity wear ada tak kat kedai2 ni?

mama glam on June 14, 2011 at 12:52 PM said...

Mak Ana: Seingat saya lah... kedai yang no. 2, 3 & 6 memang ada... Yang lain-lain tu, macam tak banyak sangat rasanya....

Anonymous said...

kedai yang macam mana

Maternity Wear,

mama glam on June 16, 2011 at 5:16 PM said...

Anon: I'm blank

Anonymous said...

MENJUAL DAN PEMBORONG BAJU MENGANDUNG


JOM TENGOK BAJU MENGANDUNG TERDAPAT PELBAGAI DESIGN DAN FESYEN SILA LAYARI:
http://www.ibumanja.portalniaga.com

cerita ceriti kak sarah on July 20, 2011 at 3:10 PM said...

tumpang lalu ye tuan rumah. Ibu2 mengandung yang nak amik supplement boleh tgk sini ye:
http://permatacintaku.blogspot.com

Gee on February 19, 2012 at 11:23 PM said...

Thanks for the info at least tak pening kepala ibu2 mengandung utk cari kedai bg 'mengglemerkan' diri

TQ
Cheers,
Baju Kurung Vietnam

mama glam on February 21, 2012 at 3:04 PM said...

Gee: ibu ngandung kan mmg patut menten glam gitu! hehehhe

Anonymous said...

Tq..berguna sgt tuk i..

Anonymous said...

Hihi...beshla u punye consult yang....anyway tqvm ekkk

mama glam on January 25, 2013 at 8:58 AM said...

Anon: Bagus ianya berguna! ;)

mama glam on January 25, 2013 at 8:58 AM said...

Anon: sama2... ;)

Anonymous said...

Step Three Coat your hair Comb your hair into small
sections. Eating white sesame seeds in the morning, take alfalfa juice mixed with carrot juice and lettuce or third
cup of aloe vera juice every day are very good natural remedies.
I confess that I was a little bit skeptical at initially.
Your health and appearance can be improved with essential oils.
The herbal solution is said to be a natural one, but, this
does not necessarily indicate that it is more effective
than other available procedures.

Visit my web-site; how to grow hair faster

Anonymous said...

It is widespread thing to encounter some sorts of illnesses within our
life, but the factor is it really is uncommon to meet the proper treatment as soon as.
Further information can be obtained by contacting the Washington Institute of Natural Medicine at
(202) 237-7681. Thanksgiving day is coming, I should buy a thanksgiving gift for Linda.
If you suspect that your method has become infected there
are a number of points you can do yourself to try
to get rid of the offending application.
Sara Gilbert shared about her new love on her own talkshow, “All these article are out that I'm in a new relationship.

My blog post a-pieces

Siti said...

Boleh cuba laman online shop summer glitz, untuk baju mengandung dan menyusu

http://summerglitz.com.my

Anonymous said...

I like what you guys tend to be up too. This type of
clever work and coverage! Keep up the fantastic works guys I've added you guys to my personal blogroll.

Check out my web site ... click here

Anonymous said...

tennis elbow effective treatment

Here is my web blog ... curing tennis elbow home

Anonymous said...

rosacea laser treatment Barto

Feel free to surf to my homepage :: Ninety Six rosacea specialist

Unknown on May 16, 2014 at 4:52 PM said...

good info..
www.mommyanneshop.com

Anonymous said...

baju mengandung cantik

www.motherzworld.com

012-911 3261

Unknown on October 8, 2014 at 9:59 AM said...

Salam. Kami dari Butik Little DJE ada menjual baju maternity (Blouse / Dress) pada harga yang sangat berpatutan.

Material baju dari kain lycra / cotton dan size baju S,M,L,XL sesuai untuk semua saiz badan.

layari website kami di www.littledje.com atau singgah di kedai kami di

BUTIK LITTLE DJE (SA 0175618-K)
No 20, 1st Floor,
Jalan Opera L U2/L,
Seksyen U2, TTDI Jaya,
40150 Shah Alam,
Selangor

Tel : 03-78316724

Terima kasih ! #littledje

Olies on January 15, 2016 at 7:45 PM said...

Jenuh Google tiap 1 kedai..huhu..thanks sharing

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery