Showing posts with label my daily life stories. Show all posts
Showing posts with label my daily life stories. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

Hidup lagi sia ni haaa

6 orang pot pet
Hello kamurang! Rindu ka sama sia? Lama jugak kali ni sia menyepi kan? Hidup lagi sia ni baaaaa… Cuma banyak perkara yang lebih penting yang perlu diuruskan (ayat sungguh klise kan… apa boleh buat.. terimalah dulu seadanya alas an ni ya…)



Sia Cuma mau bagitau, hari tu sia raya balik Sabah.. hehehhe.. ok daaaa. ….

Wednesday, April 18, 2012

Berkelah di LONDON

8 orang pot pet
Semenjak sia mula kerja di cawangan baru ni, jarang sekali sia balik on time. Jadi, boleh diakatakan, sia memang tidak banyak masa untuk anak-anak dengan suami sia waktu hari bekerja. Sangat kerap sia balik malam (sia bukan mengeluh ya, sekadar bercerita)… Jadinya, disebabkan rasa bersalah pada anak-anak dan suami, maka, selalunya, hujung minggu sia akan cuba sedaya upaya untuk luangkan masa bersama diorang.

Kebelakangan ni, selalunya kalau tidak ada kelas mengaji hari Sabtu, sia akan plan dengan En. Suami bawak anak-anak pergi ke taman. Setakat ni, taman yang kami selalu bawak Aimee adalah Taman Tasik Titiwangsa. Mula-mula hari tu bawak dia berbasikal. Masa ni setakat bawak dia pusing-pusing dekat dengan padang jak. Masa tu dia bukan main punya syok dapat tengok kuda (kebetulan masa tu DBKL Equestraian sedang buat latihan berkawad kuda). Siap tidak mau balik hokay! Lepas-lepas tu, balik2 lah dia mintak bawak dia ke taman untuk tengok kuda…

Minggu depannya pun bawak berbasikal ke taman yang sama jugak. Masa ni bawak dia pusing-pusing tasik. Sambil-sambil tu singgahlah taman permainan main jongkat jongket. Masa ni, tiadalah pulak kuda untuk ditengok… Pusing-pusing taman tasik jaklah… Sambil tengok budak sekolah buat merentas desa… Syoklah minah Aimee tu tengok abang-abang dengan kakak-kakak berlari… Terjerit-jeritlah minah tu kesukaan...

Cukup penat, bawak diorang balik, singgah rumah MIL sia pulak… Lepak-lepak makan, tidur-tidur, petang balik rumah…

Minggu lepas pun kami bawak diorang ke taman yang sama (bunyi sangat memboringkan kan?) Kali ni saja jak pulak bawak diorang berkelah.. Hehhehehe… Sebelum berkelah tu, sia buatkan Aimee homemade colour (yang ni nanti sia share ya). Jadinya, sukalah minah tu dapat main colour-colour masa berkelah tu. Sia bagi dia kertas lukisan dan biar dia main dengan berus dan warna homemade tu. Dan si mama dan ayah pun tidak perlulah risau dia termakan atau kotor di sana sini, sebab colour tu boleh dimakan dan dibasuh.. Hehhehehe…

Jadi, kamurang layan jaklah gambar kami berkelah di LONDON hari tu ya!



Masa ni si Akeel masih tidur dalam stroller


Hah! Budak bam bam sudah bangun! Bukan main happy dapat kacau barang kak longnya yang garang!


Ni hasil tangan si minah Aimee


yang ini.. hmmm... hasil tangan mamanya yang bapak sangat-sangat kreatif! hahahahhaha


Dan yang ini pulak..... ayah budak 2 orang tu yang di mana-mana pun boleh tidur! (orang dalam gambar ni tidak tahu pun yang sia ambil gambar ni.. hahahahhaha)


Friday, April 13, 2012

Kid's Update

6 orang pot pet
Lama tidak cerita pasal anak-anak sia yang 2 orang tu kan…. Banyak sebenarnya perkembangan 2 beradik tu kebelakangan ni. Tidak sempat jak sia update.. Hhehehe..



Aimee:
Perkembangan terkini yang paling penting sia rasa adalah dia sekarang sudah sebulan diaper free. Alhamdulillah! Sebenarnya, dia diaper free pun secara tidak dirancang.. Puas sia pujuk dia supaya free daripada diaper hari tu, tidak jugak berjaya. Sekalinya, dijadikan cerita.. Eh! Tapi sebelum tu, kan hari tu sia cakap anak-anak sia sudah tidak pakai disposable diaper dalam entry ni


Jadi, dijadikan cerita, hari tu En. Suami terlupa tukar CD minah ni pada malamnya. Akibatnya, melecetlah anu si minah ni. Dan akibatnya juga, keesokan harinya bila dia dihantar ke rumah nekmanya, tiba-tiba dia cakap dengan atuknya “Aimee taknak pakai pampers. Sakit….” Mula-mula FIL sia risau jugak. Iyalah.. Buatnya dia kencing merata-rata.. Hah! Kan susah? Tapi, amazingly, dia tidak ada terkencing pun sepanjang hari dia di rumah nekmanya. Pandai pulak tu cakap bila dia mau ke toilet, sampailah ke malam bila dia balik ke rumah.


Dan baru lebih kurang seminggu ni, dia baru-baru betul mahu gunakan toilet seat untuk buang air besar mahupun kecil. Sebelum ni kencing berdiri, buang air besar pulak pakai pampers (sabar jaklah!).

Kalau cakap pasal tandas yang toddler’s friendly, sia suka tandas di Jusco Midvalley (Midvalley lagi!). Hari tu sia keluar seharian dengan kawan baik sia si Sue ke Midvalley. Masa tu sia angkutlah anak-anak sia yang 2 orang ni. Makanya sudah tentulah, si Aimee ni keluar tidak memakai pampers kan… Tapi, sia memang tidak mengalami masalah yang besar bila dia mau buang air besar atau kecil. Sebab toilet Jusco ada mini toilet bowl! Yeay! Sangat cute ok! Aimee memang suka dengan mini toilet bowl tu. Senang gilak dia buat bisnesnya! Si mama pun happy yeay!


Yang kurang best pasal perkembangan Aimee sekarang ni, dia obes! Yang ni sia risau ok! Dia tu sudahlah tidak berapa suka makan buah dengan sayur. Sayur yang dia makan cuma bayam. Yang lain-lain, dia makan kalau sia yang suap jak. Kalau dengan orang lain, semua dia tolak. Aduilah…. Pening kepala mak!



Akeel:

Akeel pulak sekarang sudah boleh makan solid food. Jadinya, sia sekarang sentiasalah akan berada di dapur sediakan makanannya (sebab tu kamurang akan tengok entry-entry seterusnya ni sia akan update pasal makanan. Hehehhehe)


Akeel ni sia kategorikan sebagai lambat jugak menerima solid food. Sia mula kenalkan dia dengan solid ni masa umurnya 6 bulan. Dalam tempoh sebulan tu, semua makanan dia tolak. Siap cebik mulut hokay! Sabar jaklah…

Tapi, alhamdulillah, masa dia umur 7 bulan, dia sudah boleh terima semua makanan yang disuapkan ke mulutnya. Tidak banyak, sikit dia makan jugak.


Setakat ni, dia makan bubur nasi, lobak, bunga kobis, brokoli dan ayam. Sia masak bubur tu campur sikit minyak zaitun. Sarapan pulak, dia makan labu, apple dan pisang. Semuanya masih dalam bentuk puri…


Perkembangan fizikal pulak, dia sudah boleh duduk bersokong, pandai tepuk tangan, pandai lambai tangan main-main, dan yang paling dramatik, pandai marah kalau mamanya dukung kakaknya. Sudah pandai berebut kasih sayang la pulak. Like kakak like adik betul budak 2 orang ni.


Tapi, yang bestnya, dia jugak sudah pandai main dengan kakaknya. Syiok betul tengok bila diorang bergurau manja! Ketawak beriya-iya terkekek-kekek budak kenit ni. Happy betul rasa hati ni. Hilang semua penat bekerja seharian tengok gelagat diorang 2 orang ni tau!


Sia dengan En. Suami seriously happy and feel so blessed! Syukur ya Allah!




Monday, March 19, 2012

Selamat Ulangtahun Yang Ke-5 Abang!

6 orang pot pet
Jumaat lepas merupakan ulangtahun perkahwinan kelima sia dengan En. Suami. Wow! Yang kelima???? Biar betul???? Macam tidak percaya pulak rasanya. Rasa macam baru kemarin jak kami kahwin.. Errrrr… Tapi, kalau dipikir2 balik, betul jugak tu.. Aimee pun tahun ni mau masuk 3 tahun sudah… Huhuhuhuhu.. Perasannyaaaaa….

Jadinya, Jumaat lepas, sia dengan En. Suami pakat2 cuti sebab macam tahun lepas, kami buat movie marathon. Tapi, yang bezanya kali ini, movie marathon kami tidak se smooth tahun lepas. Sebabnya, sia terpaksa lari-lari keluar masuk pejabat sebab ada kerja yang perlu disiapkan (thank God pejabat baru sia ni di Midvalley!).

Kesian En. Suami. Pagi lepas hantar anak-anak, dia hantar sia masuk pejabat. Sambil tunggu movie jam 11, sia buat kerja, dia pulak tidur dalam kereta. Jam 11 pagi tengok movie, lepas habis, terus shoot masuk pejabat balik. En. Suami pulak pigi solat Jumaat. Jam 3 petang tengok movie lagi, sampai jam 5.30 petang. Singgah solat Asar, jam 6 petang sambung movie lagi. Jam 7.45 petang habis, masuk pejabat balik tengok apa yang patut, jam 8.30 malam terus balik ambil anak-anak balik rumah. Phew! Hari yang sangat memenatkan jugaklah buat kami berdua.

Tapi, kami enjoy masa berdua dating tengok wayang. Setahun sekali jak ni dapat peluang macam ni tau! Kalau anak-anak sudah pandai tengok wayang, lain kali kami mau bawak diorang sekali. Setakat ni, belum lagi. Jadi, plan tu mungkin untuk 4-5 tahun yang akan datanglah barangkali.. Hehhehhe…

Sepanjang seharian tu, kami tengok cerita Cinta Kura-kura, John Carter dan Mr. & Mrs Gambler.

Review? Nanti sia buat 1 entry khas untuk review ketiga-tiga filem ni ya!

Jadi, walaupun, kami berdua sangat penat ke hulu ke hilir terkejar-kejar untuk ber dating, kami sangat-sangat enjoy!

Kepada En. Suami:

Terima kasih abang sebab faham dengan situasi isteri abang yang terpaksa dating sambil bekerja. Hargai sangat-sangat! Dan terima kasih sebab setia dan banyak bersabar sepanjang 5 tahun perkahwinan kita ni. Dan ketahuilah abang, walaupun isteri abang ni selalu mengomel-ngomel cakap abang tidak sensitif dsb, tapi, kata-kata abang yang cakap isteri abang adalah segala-galanya dalam hidup abang sangat-sangat membuatkannya terharu.. So touching you knowwww….. sob sob sob…. I love you much abang! And I pray for the lasting of our marriage forever. Aminnnn......


Alhamdulillah... Allah beri kita peluang menjadi ibubapa dengan amanahkan kita menjaga dan mendidik 2 orang anak kita yang comel ini! I'm proud to be a mother to your daughter & son! Love you! Muahhh!


Tuesday, November 22, 2011

I'm back at the office!

4 orang pot pet

After 90 days of maternity leave, now I’m back to the office to continue the endless routine as a civil engineer… huuhuhuu….

Staying at home for 90 days with kids made me realize that it wasn’t that easy to be a SAHM. It’s so difficult compared to be a working mom. Of course I enjoyed the quality time with my kids. But, I don’t have my own sweet time to use my desktop to update my blog, to open fb using desktop etc. I missed all that… huhuhuhu… That’s y today when looking at my desktop monitor, I feel a bit shock.. Well…. all this while when I was in maternity leave, I only have the chance to open fb and blog using iphone. Its so tiny miny! Have to zoom in and out everytime wanna read the sentences etc… Finally I got my desktop back!

So, how was my 1st day? Hmmmm… A bit busy… Getting the hand over notes from my new colleague at my unit, getting know my new assistant, spring clean my work space and of course my new routine as a mommy to my baby, pumping and pumping and pumping… hahahahhaha….

As for Akeel, I’ve sent him to her onyang’s house yesterday. At 1st, of course he refused to be feeding using a bottle. He rejected the bottle from morning until afternoon… It does made me worried at 1st. I’m started thinking whether he can accept that bottle or not, or he won’t be accepting it until the late evening and waiting for me to feed him directly… Trying not to be worry, I just stayed at my house and keep pray that he could at least try the bottle…

5.30pm, I and hubby went to my in laws house. And alhamdulillah! he finally accept the bottle though he only drink about 6oz on that day. I think, that’s was more than good! At least I don’t have to throw that 100++ bottles of his EBM in the freezer… Huhhhh.. I feel so relieved…

I’m looking forward to see his improvement within these 2-3 days. Hope he could enjoy his time at his onyang’s place. Aminnnn…..




Wednesday, October 12, 2011

Akeel bin Muzamil Azwal

3 orang pot pet
Errrr.... Entry terakhir sebulan yang lepas? Mmmmm... Ndak tau mau bagi alasan apa lagi... Eh! ada! ada! Internet di rumah macam rumah sia ni memang slow wooooo!!! En. Suami puaslah pujuk suruh pasang unifi.. Tapi, Mak aih! punyalah mahai! RM149 sebulan... Kamurang taulah si mamaglam yang kedeks ni.. Memang idaklah.. Sangguplah tunggu internet yang terkedek2 tu... Lagipun, lepas habis pantang ni bukannya akan selalu lepak di rumah pun... Jadi, kesimpulannya, ndak berbaloi! (itu kata2 seorang yang kedeks ya!)

BUkan itu jak, monitor komputer pun buat hal.. Ndak boleh pasang lama2... Ditambah pulak dengan tanggungjawab melayan karenah anak2 yang sudah 2 orang tu..... Paham2 lah kan...

Pada yang sudah tau, sia sudah selamat melahirkan bayi lelaki pada 24 Ogos yang lepas. Bayi yang seberat 3.86kg itu telah dilahirkan secara normal. Dan kali ini si mama telah merasai contraction yang orang dok cakap2 tu... Mak Aih! Mak sanggup lagi induce, terus terang! BUkan apa, kalau induce tu sakitnya lebih tapi sekejap, 2 jam sakit, setel! Yang contraction ni, daripada jam 2 pagi, jam 11.24 pagi baru melahirkan.... Phewww! menahan sakit contraction tu, perghhh! Macam tobat mau bersalin lagi pun ada (buat masa inilahhh.. hehehhe)... Dan yang paling terror, bersalin tanpa mengambil sebarang ubat penahan sakit tuuu... Sia sendiri pun macam kurang percaya... Tapi, memang seksa! Nantilah kalau ada masa, sia story mory pengalaman bersalin yang kedua ni k...

Yang kedua ni pun lewat jugak daripada tarikh jangkaan.. Tapi, awal sikit daripada kak long nya, 9 hari.. hehehhe, awal 2 hari jak pun... dan hasilnya.....


Mungkin ada yang tertanya2 bagaimana reaksi si kak long bila dapat adik ni... Setakat ni, alhamdulillah, Aimee sangat sayangkan adiknya... Memang ada ciri2 k long yang baiklah... Sejuk hati sia tengok. Cuma kadang2 dia tantrum tu, biasalah kan... Dia belum biasa dengan keadaan mamanya sibuk melayan adiknya. Kesian jugak sia tengok... Tapi, mau buat macam mana kan? Nasib baik si ayah tau main peranan layan si k long... Sob sob sob....





Dan bila sudah berempat ni, memang tiadalah istilah tidur selesa di malam hari kan? Makanya, bersusunlah 4 orang anak-beranak di atas katil yang satu... Si ayah yang paling seksa... Mau pusingkan badan pun susah.. Al maklumlah, ruang yang diperuntukkan kecil, orangnya... (sendiri sambung ayat tersebut.. hahahhaha.. sayang en. Suami!).. Tapi, ya! kami bahagia saja dong! Asalkan anak2 selesa...


Dan kalau ada yang teringin melihat gambar terkini si mamglam... hahhahahahhaha...

Nah!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Apa macam? Ada menten glam? Hahahhaha harun salim bachik!

Ok, ok cukup melalut di petang hari.. Last but not least, enjoice gambar Akeel bin Muzamil Azwal yang terkini masa majlis akikahnya pada 8 Oktober yang lepas.... Daaaaa....

Wednesday, June 1, 2011

Resepi Gado-gado

2 orang pot pet
Baru hari Isnin cerita pasal sudah lama tidak ber MC-MC an… Sekalinya, hari Selasa, si mak buyung dilanda penyakit yang sudah lama tidak ketemuan, MUNTAH! Bluwek! Memang tidak best ini penyakit ok! Jadinya, kemarin, si mak buyung telah away daripada bekerja, tetapi, dia juga tidak ber MC an sebab dia bapak malas mahu pergi ke klinik untuk merayu doktor Kee memberinya MC.. lagipun, budget insurans bil klinik En. suaminya telahpun habis untuk tahun ini masa dia dok mabuk-mabuk di awal-awal mengandung dulu. Jadinya, untuk membazir puluhan ringgit untuk mendapatkan MC, baik tidak payah. Lagipun, cutinya untuk tahun ini pun masih banyak.. Jadi, EL lah jawabnya… Huhuhuhuhu…

Tidak sihat tidak sihat pun, sia masak jugak kemarin.. Sebab, si minah cilik tu ada di rumah… Mahu suruh ayahnya hantar ke rumah in law sia, kesian pulak sebab pagi tu nampak dia tidur bukan main punya nyenyak… Jadinya, tinggallah dia dengan mamanya seharian di rumah… Pagi sia masakkan cekodok kesukaannya.. Tengahari makan nasi dengan ayam dan sayur… Malam pulak masakkan mi sanggul goreng dan fries, tapi minah tu tidak minat mi goreng, jadinya dia makan fries dengan telur mata ratah macam itu saja lorrrrr… Bukan main punya suka! Tapi, sorry kamurang, memang kemarin tidak ada ambil gambar makanan… Tukang masak kan kurang sihat… Takdak mood ambik gambar…

Tapi, hari ni sia teringin berkongsi dengan kamurang resepi gado-gado yang sia buat hari sabtu hari tu. Ni sebenarnya makanan orang Jawa rasanya. Tapi, di kampung sia dulu-dulu makanan ni memang sangat famous… Kiranya, antara makanan kegemaran sia jugaklah! manyak sedap woooooo! Jangan cakap banyak, kita check it out resepinya saja ya!


RESEPI GADO-GADO
Kos: Lebih kurang RM17.00 ~kalau masukkan semua bahan yang disenaraikan di bawah ya~ (boleh makan untuk 4-5 orang makan)


Bahan-bahan kuah:
2 cawan kacang (goreng dan tidak perlu buang kulit)
*1-2 biji bawang merah besar (kalau guna bawang merah yang kecil lagi bagus! Guna dalam 4-5 ulas)
*2 ulas bawang putih (Bahan-bahan bertanda * digoreng dulu dengan minyak)
2 sudu besar gula merah (gula melaka)
2 sudu gula
5 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil garam
10 biji cili api (kalau suka pedas)
4 cawan air suam

Cara-cara:
Kisar semua bahan sampai halus. Panaskan kalau mahu kuah tahan lama sedikit. Seimbangkan rasa masin, manis dan pedas ikut tekak masing-masing. Seimbangkan juga kepekatan kuah dengan menambahkan air jika perlu.. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Ketepikan.
Bahan-bahan gado-gado:
10 paket nasi impit NONA saiz kecil (rebus sampai masak)
1 ikat kangkung (kalau suka) – celur ~sia tidak letak, anginnnnnn~
1 ikat pucuk ubi (kalau suka) – celur ~sia tidak letak, anginnnnnn~
Taugeh (50 sen) – celur
1 ikat kacang panjang (kalau suka) – celur ~sia tidak letak, anginnnnnn~
1 ikat bayam (kalau suka) – celur
1 batang timun – potong ikut bentuk yang disukai
1 paket tempe – potong kecil dan goreng garing
3-4 ketul tauhu keras – goreng dan potong kecil
Keropok ikan goreng secukupnya

Cara-cara menyediakan gado-gado:
Potong nasi impit yang telah dimasak ikut besar yang disukai ke dalam pinggan untuk seorang makan. Taburkan sayur-sayuran, timun, tempe, tauhu dan keropok ikan secukupnya di atasnya. Kemudian tuangkan kuah gado-gado secukupnya. Siap untuk dimakan! Yummeh!





Selamat mencuba kamurang!

Monday, May 30, 2011

Weekend yang BOSAN dengan mimpi yang tidak best!

0 orang pot pet
Sudah 2 hari mimpi yang tidak best! Memang bangun pagi jak mood macam apa la…

Sabtu malam Ahad, mimpi macam suasana duduk di kampong.. Rumah kampong atas tanah… Lepas tu, mimpi kononnya kampong tu dilanda huru hara disebabkan itik-itik di kampong tu tiba-tiba mengganas dan boleh membunuh orang… Akibatnya, semua orang kampong kena duduk diam-diam dalam rumah, tidak boleh keluar rumah dan terpaksa tutup semua pintu dan tingkap dan semua lubang-lubang yang membolehkan itik-itik tu menyelinap masuk dalam rumah.

Yang paling ngerinya, siap macam bilangan itik-itik tu pun macam banyakkkkk! Jadi, siapa-siapa yang mahu keluar rumah, memang kena berintip-intip bagai tengok samada ada itik di luar rumah sedang berkeliaran… Siap sia dengan ada beberapa orang kunun buat plan untuk membunuh itik-itik tu sedikit demi sedikit sampai itik-itik tu pupus. Tapi, plan tu macam seolah-olah mustahil untuk dilaksanakan… Dan tiba-tiba, sia terbangun dari tidur dengan perasaan yang masih takut-takut dan tidak bebas… Ah! Tidak best nya perasaan mimpi macam ni! Hidup tidak bebas dan terkongkong! Dan yang paling nyata, tidak paham motif mimpi ni.. Nama pun mimpi….

Malam tadi pulak, ermmm.. sebenarnya pagi tadi… Mimpi masa tidur lepas sahur tadi…. Mimpinya pendek jak pun.. Sia mimpi, kununnya tiba-tiba sia turun darah… Dan yang peliknya, bukan sia berasa risau ka atau apa, tapi sia boleh pulak berasa seronok sebab macam kunun tidak perlulah pergi kerja pagi ni sebab turun darah.. Turun darah, bermaksud, sia kena ke hospital.. Bila ke hospital, tentu-tentunya akan memakan masa yang agak lama untuk selesai…. Kesimpulannya, potensi untuk tidak perlu masuk ke pejabat adalah tinggi… Apa daaaaaa!!!!!!!!!!

Motif mimpi? Mungkin sudah terlalu lama tidak dapat MC… Iyalah, masa mengandung Aimee dulu, selalu jugak berasa tidak sihat yang menyebabkan terpaksa ber MC sepanjang mengandung tu.. Yang mengandung kali ni, awal-awal tu jak yang macam mak aih! Tenat! Sekarang, alhamdulillah.. Diberi kekuatan untuk tidak ponteng dari kerja… Tu yang barangkali membuatkan si mak buyung rasa rindu untuk ber MC-MC an.. hahahhahahha…. Kah, sudah tidak sabar cuti bersalin? Oh! Jangannnnn!!!!!!!!!

Ish! Tapi, bila fikir-fikir MC sebab turun darah, hish! Nauzubillah! Takott! Sudahlah sia kebelakangan ni memang macam makin cepat berasa penat.. Manalah tau kan… nauzubillah! Mintak dijauhkan… Mudah-mudahan dipermudahkan sampai ke hari melahirkan… Kalau lewat melahirkan pun bagus jugak.. Tidaklah perlu mengganti puasa terlalu banyak (Boleh eik doa macam tu?)

Cerita weekend pun kurang best...

Dimulakan dengan masakan Spagheti Carbonara yang kuahnya terhangit pada hari Jumaat malam... lepas tu, kuah gado-gado (orang sini panggil pecal) yang kurang kick disebabkan guna kacang besar instead of kacang kecil... lepas tu, bake kek mangga macam tidak naik... Ah!

Dan yang paling sedih sekali, semua-semua yang sia masak di atas tu, sia seorang jak yang makan... Anak beranak 2 orang tu memang tidak layan la wei! masakkan diorang ayam dengan sayur makan dengan nasi, baru layan weh! Ah! weekend yang BOSAN!

Bosan tidak bosan, kamurang layankan jaklah gambar makanan-makanan yang sia masak syiok sendiri tu... Sia rasa ok jak rasanya pun.. Tapi, sudah ditakdirkan anak dengan En. Suami sia memang tidak layan makanan-makanan ni.. Apa boleh buat kan? Dan, sia pun tidak akan berputus asa untuk mengulangi masakan-masakan tersebut di masa akan datang.. Nasiblah....

Spagheti Carbonara


Bahan-bahan gado-gado (Pecal)


Gado-gado pinggan yang pertama


Gado-gado pinggan yang kedua


Kek Yogurt Mangga


Nanti kalau sia rajin, sia update lah resepinya dalam blog ni...


Thursday, May 19, 2011

Resepi Ayam Madu Sticky

2 orang pot pet
Kamurang, pernah tidak satu hari, kamurang bangun pagi, tiba-tiba terasa macam kamurang terkejut dengan apa yang kamurang hadap di depan mata? Alaaaa… perasaan macam dalam cerita “13 going on 30” tu… Pernah tidak?

Kemarin sia mengalami perasaan tu… Huhuhuhuhu… Adakah ini adalah perasaan biasa bagi wanita-wanita yang bakal menginjakkan kaki ke alam thirties? Oooopppps! Salah, 25 tahun?

Tapi, betul tau… Pagi tu, masa tu baru jam 5 pagi. Masa tu sia dikejutkan oleh alarm untuk bangun sahur… Bangun-bangun, tiba-tiba rasa macam ~Errkkk! Aku berada di rumah sendiri? Dengan seorang suami dan anak di sisi? Perut pulak sedang boyot membawak anak kedua? Errrrr… Bukankah kemarin aku baru saja berangan-angankan semua ini? Berangankan aku ada pekerjaan yang bagus yang membolehkan aku memiliki semua ini? Punya keluarga sendiri dan hidup di rumah sendiri dengan bahagianya….~ Ouhhhhh… betapa indahnya perasaan pagi tu…. Terasa macam hidup tidak perlu melalui kepayahan untuk memiliki apa yang sedang dimiliki kini. Terasa macam ~kemarin aku tidur masa umur 13 tahun, tiba-tiba pagi ni aku bangun dengan umur 30 tahun dan telah memiliki semua yang baru aku impikan sebelum aku tidur malam tadi~ Ya! Sia bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan ya Allah! Sekali sekala diberi perasaan sebegini di waktu pagi yang hening, indahnyaaaaa!!!!!!!!!!!!

Oklah, cukup dengan cerita perasaan indah-indah, hari ni sia ingat mahu kongsi dengan kamurang resepi Ayam Madu Sticky. Sedap!


RESEPI AYAM MADU STICKY (Resepi asal dari hanamemories)
Kos: Lebih kurang RM9.00 (boleh makan untuk 3-4 orang)

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil
*2 inci halia muda - parut
*5 ulas bawang putih - ketuk (sia yang malas ni tumbuk sekali bahan bertanda *)
2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tiram
2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2 (sia letak sos ikan saja)
1 sudu besar sos cili dan sos tomato
3-4 sudu besar madu
1/2 sk lada hitam
1/4 cawan air
garam jika perlu

Cara-cara:
1. Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
2. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak (sia tidak gunakan minyak langsung).
3. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
4. Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
5. Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.

Sedap makan dengan nasi panas! YUmmy!



Selamat mencuba kamurang! Senang banget seh membuatnya!

Wednesday, May 4, 2011

So, how was my 1st day yesterday?

2 orang pot pet
Alhamdulillah kemarin berjaya jugak sia menghabiskan puasa pertama yang sangat mencabar itu! Ini bermakna, ada lagi 28 hari untuk diganti…. Uwaaaa!!!!!!!!! Banyak tu…

Kemarin masa puasa pertama tu lah rasa macam di mana-mana ada gambar makanan… Bukak FB, bukan main banyak gambar makanan. Blog pun sama… Kejam sungguh! Yang paling banyak tayang gambar makanan adalah FB dan blog k Aishah!!!!!!! Uwaaaaaaaa!!!!!!!!!!! K Aishah sungguh kejammmmmmmmmm!!!!!!!!!!!

Jadi, macam mana sia melalui hari kemarin dengan berpuasa? Ouh! Sangat mencabar!!!!! Jam 5 pagi bangun, gosok gigi siap-siap dan muntah siap-siap (Iyalah, sia mengandung ni memang macam wajib muntah di waktu pagi masa gosok gigi). Sahur siap makan nasi bertambah, walaupun lauk setakat ayam segera goreng. Lepas tu, siap bersiap sedia makan sebijik kurma dengan segelas susu. Lepas tu, bantai tidur sekejap sebelum bersiap pergi kerja.

Di office pulak, ya Ampun bukan main lembik!!!! Memang rasa mahu balik rumah dan tidur sepanjang hari saja… Mana kepala sakit, pening, rasa mahu muntah, perut pun sakit macam ada angin. Ouh! Memang sangat mencabar! Akibatnya, pagi tu, memang melepeklah atas kerusi sampai bos datang pun tidak larat angkat muka. Nasib baik bukan datang cari sia masa tu. Tapi, mesti dia hairan jugak dan mengomel dalam hati “apa pasal pulak budak ni tidur masa ni?” Ampun bos!!!! Sia memang tidak larat sangat-sangat. Mau mintak En. Suami datang ambil, En. Suami pulak ada meeting di Melaka. Mahu ke surau, kaki rasa macam ketar-ketar, karang jatuh masa turun tangga lagi naya wei! Makanya, ku gagahkan juga diri paksa tidur atas kerusi walaupun kaki bapak kebas ya ampun! Langung tidak selesa! Baby dalam perut pun bukan main aktif gerak-gerak.. Lapar barangkali...

Lama jugaklah sia paksa diri tidur. Tengahari pun tidak gerak ke mana-mana. Lepas waktu makan tengahari, sia gagahkan diri bangun dan berjalan ke tandas, ambil air sembahyang semua.. Alhamdulillah, badan makin beransur segar sedikit. Tapi, masih rasa macam ~Kalaulah aku dapat balik rumah sekarang ni, kan best!~

Akibatnya, petang tu, sia memang tidak ke mana-mana lepas sampai di rumah. Telefon En. Suami mintak tolong tapaukan apa-apa makanan daripada rumah mertua sia saja. Serius rasa macam tenaga sangat perlu disimpan untuk bangun setakat untuk ke meja makan masa buka puasa. Melampau eh songeh orang berpuasa ni?

Masa menunggu waktu berbuka pun sangat mencabar. Masa tu lah semua iklan makanan nampak sedap. Tengok iklan KCF nampak sedap, tengok iklan Kenny Rogers nampak sedap, tengok iklan air ribena perisa strawberi nampak sedap, dan yang paling tidak tahan, tengok iklan Nesvita pun nampak sangat menggiorkan. Mulalah bayangkan ~sedapnya kalau makan biskut Hup Seng sapu peanut butter, lepas tu minum pulak dengan air nestum panas. Woooowww!~ Hah! Bukan main penangan menunggu waktu berbuka…

Dan akhirnya, masa yang ditunggu pun tiba. Apa lagi, jamu selera dengan lahapnya berlaukkan gulai sardin, masak lemak cendawan kulat, sup ayam, nugget goreng, telur dadar cili api, cheese tart dengan pudding roti berkuah. Dan tidak dilupa jugak, congo bar 2 ketul.. Hehhehehe…

Amekkau! Ni makan ka melantak ni!

Malamnya, sebelum tidur, makan pulak Honey stars dengan susu. Akibatnya, memang tidak laratlah bangun. Terpaksalah paksa rela En. Suami tolong kemaskan dapur.. Hehehhe… Bertemankan anak kesayangannya yang pun memang suka menyibuk. Duduklah dia menemankan ayahnya di dalam sinki sebelah sambil bermain-main air, sementara ayahnya membasuh pinggan mangkuk di sinki yang sebelah lagi. Mamanya memang serius penattttt!

Terima kasih abang dengan anak mama sayang sebab faham dan tolong mama! Mama hargai sangat-sangat! Walaupun orang yang berjanji kunun mahu menemankan si mama berpuasa sekali dok senyap jakkkk.... Janji faham situasi si ibu mengandung yang berpuasa pun jadiklah! Love both of you!


Friday, April 29, 2011

Bila hanya ada 1 iphone di rumah....

2 orang pot pet

Kamurang yang kenal sia ni dan tahu no. tel sia, pernah tidak SMS atau call tidak berjawab atau lambat berjawab kebelakangan ni? Lebih-lebih lagi di waktu bukan bekerja dan hujung minggu?


Kalau pernah, tolong jangan salahkanku!!!!!!!!!!!!

Salahkan itu budak minah cilik dan ayahnya!!!!!!!!!

Kenapa?



Sebabbbbbb, bila masa saja diri ini menjejaki kaki ke rumah, errrr ke rumah ibu mertuaku, di mana itu bermakna si minah cilik juga ada di situ, makanya, akan mulalah dialog ini berkumandang “Mama, Aimee nak tepon”….


Dan bermula daripada detik itu, saat itu, maka anak beranak yang 2 orang itu akan mulalah berebut-rebut telefon mamanya tanpa memperdulikan samada mamanya memerlukan telefon tersebut atau tidak. SMS masuk pun buat dekkkkk jak... Nama maklum tu memang jarang lah... Nasiblah siapa-siapa yang SMS... Ayien si ibu baru pernah kena, Ninad dan Avy si induksi mate pernah kena... Ish! Ramai lagi lah....


Kalau dulu-dulu, telefon adalah nyawaku… Semua apa-apa yang terdetik di kepala akan dimasukkan dalam msg, notes dsb. Cth: Senarai barang dapur utk dibeli, senarai kerja-kerja yang tertunggak, senarai itu, senarai ini dan macam-macam lagi senarai… Kalau dulu-dulu, senarai-senarai tersebut memang senang-senang saja bila-bila masa boleh di update. Terdetik saja, capai telefon dan update.


Tapi, sekarang, perkara sebegitu tidak berlaku sudah… Apabila berada di rumah, telefon adalah milik samada si minah cilik atau si ayahnya. Kalau si anak bermain benda lain, sia ayah punya turn bawak masuk tandas. Si anak melalak mintak balik, maka empunya berbalik semula ke si anak. Begitulah sampai kedua-dua orang anak beranak itu tidur. Barulah turn si mama sampai, itupun kalau si mama belum tidur.. Selalunya, memang si mama yang akan tidur dulu lah. Hehhehehhe… Jadinya, turn si mama hanya pada waktu bekerja sahaja!


Dan selain daripada SMS dan call tidak berjawab, biasa jugak berlaku si anak bermain telefon sampai ter dail nombor-nombor di dalam contact list mamanya. Yang part ni, kalau ter dail waktu tengah malam, memang haru beb! Antara orang yang pernah kena, kedua-dua orang atuknya, consultant KC kami, Puan partner si Eikyn dan yang paling terbaru, malam tadi, si Ina Achik!

HAdoilah, mintak maaflah kamurang….. Inilah antara bahana bila anak sudah pandai main telefon… Dok layan-layan youtube, ter dail nombor voicemail. Dok dok layan apps doa-doa, tertekan nombor atuk. Dok dok layan video, ter delete gambar… Sabar sajalah…. Tunggu nanti ada duit lebih sikit, belikan si ayah pulak iphone tu. Dengan harapan, diorang berebut yang sia ayah punya pulak.. Huhuhuhuhu…


Lepas buat salah, pandai buat muka innocent arrr!


Tuesday, April 26, 2011

6 bulan check up dan mama glam bebas hutang kereta! yeay!

12 orang pot pet
Benci betul kalau tiba-tiba rasa mahu b*r*k atau kencing, tiba-tiba masa tu jugak di luar tandas tu ada sign ‘cleaning in progress’. Selalunya, kalau setakat ada seorang cleaner dalam tu, memang ku terjah saja dan proceed dengan niat asal. Tapi, tadi masuk tandas tu, boleh pulak ada sampai 3 orang cleaner dalam tu. Pulak tu cleaner yang 1 orang tu pandang dengan muka macam tidak puas hati. ~Hek elleh! Patut aku teruskan saja tujuan asal aku menerjah tandas tu tadi! Baru padan muka korang siapa suruh buat muka ke aku! Hoi! Aku ni mak buyung mana boleh tahan-tahan untuk buat bisnes lah ngok! Nantilah.. Sampai masa korang jadi mak buyung macam aku, baru padan muka korang kalau orang buat kat korang macam tu! Dunia ni bulat tahu?!~

Erk! Pagi-pagi lagi si mak buyung ni emo… Ermmm, ini tidak bagus untuk kesihatan… Cool… cool…. chill.. chill... Lupakan kisah yang kurang best itu. lagipun, kan sudah selesai? Hehehhehe...

Oklah, sebenarnya hari ini sia mahu tulis entry pasal pregnancy check up yang sia pigi kemarin. Kemarin merupakan check up untuk minggu yang ke-24, kiranya, lebih kurang telah 6 bulan lah usia kandungan sia ni.

Kalau kamurang ingat entry sia yang ini, pasti kamu tahu bahawasanya pada check up bulan lepas sia telah naik 2.5kg dalam masa sebulan, yang mana ianya adalah terlebih sudah! Dan kalau kamurang terus-terusan baca entry-entry yang selepasnya, pasti kamu juga tahu bahawa sia telah melancarkan perang anti Nandos semenjak mengetahui kenaikan berat yang melampau itu. Kunun dengan harapan, bulan ini tidaklah berat sia naik dengan melampau lagi. Maka, tidaklah sia perlu dijadualkan untuk meminum air gula yang sangat yuks itu…

Makanya, kemarin merupakan hari yang sangat berdebar-debar untuk si pendiet Nandos ini. Berdebar-debar menunggu giliran untuk misi menimbang berat badan.

Lebih kurang jam 8.20 pagi, nama sia dipanggil dan disuruh berdiri di atas penimbang. Masa berdiri tu, sia nampak jarum penimbang tu macam duduk tengah-tengah antara 57 dan 57.5 kg (Alamak! Kantoi sudah berat si mama glam!). Jadi, bila misi tanya berapa nombor yang sia nampak, sia macam teragak-agak untuk menjawab.. “Errrrr… 57kg?” lalu dijawab oleh misi “Ya! 57kg!”. Sia yang berasa sangat lega kerana kununnya hanya naik sebanyak 0.5kg dalam masa sebulan, terus duduk pula menunggu giliran untuk diambil tekanan darah dan keputusan air kencing.

Sampai giliran mengambil tekanan darah, sia pun duduk dengan perasaan langsung tidak berasa takut sebab yakin sia memang tidak ada masalah pada kunjungan kali ini, dan secara tidak langsung yakin bahawa sia tidak perlu meminum air gula. Yeay! “Ok… tekanan darah ok, air kencing ok… Tapi, berat badan merah lagi eik bulan ni..” Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, sia berbunyi “Bukan naik 0.5kg sebulan ok ke misi?” lalu dijawab balik oleh misi tersebut “Mmmm… Sekarang usia kandungan awak dah 24 minggu. Sepatutnya, lepas kunjungan bulan lepas, awak patut naik 0.5kg seminggu. Maksudnya, awak patut naik 2kg lah hari ini. Jadi, bila naik setakat 0.5kg, merah lagilah”

Hadoilahhhhhh…. Puaslah sia berdiet bagai… Kontrol tidak makan nasi selepas jam 7 malam… bermusuh dengan Nandos dan mana-mana fastfood yang lain… Tapi, akhirnya, keputusan timbangan tetap merah jugakkkkk!!!!!!!!! Arghhhhh!!!!!

Tapi, tidak mengapa, sekurang-kurangnya, sia tahu sia makan secara sihat, dan yang paling penting, sia tidak perlu menghadap air gula yang meloyakan itu! Yeay! Ada bibit-bibit kegembiraan dan bangga di situ! (Ninie sila jeles ok!)

................................................................................................................................

Di suatu sudut yang lain, sia ingin mengumumkan perkara yang sama yang pernah Puan Fanor umumkan suatu ketika dulu…

Ingat enrty ini? Ya! Masanya telahpun tiba!

Kemarin adalah hari terakhir sia membayar hutang kereta comel sia itu. Maka dengan ini, kereta comel tersebut telah dengan sahnya menjadi milik si mama glam! Tiada lagi hutang kereta comel! Tinggal hutang kereta adik si mama glam sahaja.. Yahooooo!!!!!!!!

Kemarin memang ala-ala macam bonus day… Hari masuk gaji, hari tidak perlu minum air gula dan hari bebas daripada hutang kereta comel! Sukanya!!!!!!!!!! En. Suami bengkek jak tengok isterinya kegembiraan yang melampau. Jeles lah tu sebab hutang keretanya masih ada lagi 4 tahun… Huhuhuhu… Hmmmm.. Bolehlah sia berangan-angan mahu beli kereta apa kan lepas ni? ~Ah! Tidak sedar diri! Berangan dululah wei! Baik kau selesaikan hutang PTPTN tu dulu!~
Ooopsss!


Monday, April 25, 2011

Kegawatan ekonomi mengajar kita untuk berjimat tahu?

7 orang pot pet
Kadang-kadang kan, ada baiknya bila hujung bulan duit ala-ala cukup makan. Errrr… salah salah! Memang sangat-sangat cukup-cukup makan!

Disebabkan kami laki bini memang banyak menghabiskan duit baru-baru ini (siapa yang baca entry-entry sebelum ni, tahulah kenapa), makanya sementara menunggu gaji pada hari ini, kami laki bini memang pening kepala… Sebab, duit memang sangat-sangat cukup makan…. (Ish! Tidak malunya si mama glam ni reveal dia tidak ada duit!)…. Uwaaaaa!!!!!!!!!! Sia mengaku, ini semua juga adalah disebabkan sia si mak buyung yang tidak sedar diri… Bukan salah En. Suami walaupun sebenarnya dia pun salah sebab dia membazir duit untuk rokoknya itu! (Hmmphhh!)

Siapa suruh masa ada duit asyik membazir makan makanan yang mahal-mahal? Gerai Kelantan tepi jalan tu tidak kau pandang sampai terpaksa dia tutup kedai! Ihihihihi, tobat sudah!

Siapa suruh masa ada duit asyik membazir beli shawl dengan baju? Errrr… Yang ni sebab shawl kaler tu takdak dalam stok lah… Errrr… Baju tu pulak murah yang amat, siapa boleh resist?

Senang cerita, siapa suruh tidak beringat masa senang hari tu?

Uwaaaa!!!!!!!!!! Jangan ditanya lagi!!!!!!!!! Sedih kalau mengenangkan era kepokaian di hujung minggu baru-baru ini!!!!!!!! Tidak pernah kami laki bini ditimpa kepokaian sebegini rupa. Mahu korek simpanan Amanah Saham, Sabtu Ahad mana bukak!!! Lagipun, hari tu pun baru lepas korek gila-gila! Uwaaaa lagi sekali!

Memandangkan sia ini telah dilantik sebagai home minister merangkap financial minister secara tidak rasminya oleh En. Suami, maka adalah menjadi tanggungjawab sia untuk memastikan duit yang ada digunakan dengan sebaik-baiknya. Janji semua orang dapat makan minum yang cukup sepanjang weekend hari tu… Pandai-pandai engkau lah mama glam mahu buat macam mana…

Hari Sabtu pagi tu, kami laki bini makan nasi lemak daun pisang sedap AU4 berlaukkan paru dan daging makcik Temah… Situ pun sudah habis RM10! Tidak sedar diri betul laki bini ni!

Balik-balik tu, menteri kewangan baru sedar duit betul-betul tinggal ciputttttt… Jadinya, plan B perlu dilancarkan. Makanya, rajinlah si home minister berkunjung ke kedai runcit membeli barang keperluan untuk dimasak pada tengahari dan malamnya. Merasalah anak beranak tu makan ayam bakar dengan sayur sawi masakan si mama.

Keesokkan harinya pun sama. Semuanya home made food. Yang paling terror, daripada sarapan pagi sampai ke malam ok! En. Suami pun terkejut! Siap masak nasi goreng sempoi dengan cekodok bawang. Nasi baik anak beranak tu kenyang. Kalau tidak, mahu pening kepala si minister ni memikirkan apa lagi yang mahu dimasak menggunakan bahan-bahan yang telah sedia ada di rumah tu… Huhuhuhuu….

Alhamdulillah, home minister telah berjaya melalui saat-saat kegawatan ekonomi dengan jayanya pada hujung minggu yang lepas. Hanya dengan berbelanja RM30, rakyat jelata tidak kebuluran malahan berasa sangat bertuah kerana kegawatan tersebut telah membuatkan dapur si mama berasap juga akhirnya!!!!! Siap si ayah cakap ke anaknya "Makan Aimee, Selama Aimee hidup, ini kali pertama Aimee dapat merasa mama masak sarapan tau" Cis! Sindir tidak ingat si En. Suami ni! Nasib makan habis! Kalau tidak....... Siaplah anak beranak tu dikurung di dapur dipaksa habiskan makanan! Hhahahahahha... Kejam gila tukang masak ni! Siapa suruh sindir tukang masak?

Hingga ke hari ini, terngiang-ngiang kata-kata En. Suami di suatu ketika masa sia sedang menyediakan makanan “Kesian mama.. Terpaksa masak walaupun tak rela” Huhuhuhu.... En. Suami memang sangat mengenali isterinya yang tidak berapa gemar memasak. Tapi, entahkan kenapa, hujung minggu yang baru-baru ini, sia memang sangat-sangat berbesar hati memasak untuk En. Suami dan si minah cilik, walaupun soalan sia yang bertanyakan En. Suami samada masakan sia sedap atau tidak setakat dijawab “Bolehlahhhhh…..” Hmppphhhh! Nasib baik si anak ada menjadi penyelamat apabila dengan lajunya menjawab “Sedappppp!!!!”. Samada dia faham atau tidak apa yang dia cakapkan, itu sudah cukup membuatkan hati si tukang masak berbunga-bunga.. Dan-dan terasa tidak sabar untuk memasak lagi di hujung minggu ini pulak.. Hehhehhe… Kita tunggu dan lihat… Itu azam sekarang lah… Hik hik hik…

Dan hari ini, leganya gaji sudah masukkkkkkk!!!!!!!!!! Terasa seolah-olah hampir lemas dan berjaya berenang-renang ke tepian... Nasib baik tidak sampai perlukan bantuan pernafasan mulut ke mulut daripada orang lain. Malu mak nyah! Dan serius sia cakap, pengalaman hujung minggu baru-baru ini betul-betul mengajar kami laki bini untuk lebih berhemah dalam berbelanja. Siap berazam untuk masak-memasak di hujung minggu selepas tragedi ni. Siap En. Suami offer "Bab-bab ayam serah pada ayah. Ayah boleh uruskan!" Iyolah! ayam tu kan makanan rujinya. Manakan tidak dia sanggup meng offer diri untuk menguruskan menu tersebut. Nasiblah hormon perempuan ayam tu belum nampak terkesan dalam dirinya... Errrrr... Iyakah? No comment!

Jangan ngomel banyak, si tukang masak yang bangga diri mahu tunjuk makanannya yang tidaklah se gah mana itu... Pada kamurang mungkin ianya hanya setakat menu biasa-biasa. Tapi, pada si mama glam yang hobinya bukanlah memasak, itu sudah bonus meletop kebaboooommm tahu?


Ayam bakar dengan sayur sawi goreng...


Zoom ayam bakar (1st eksperimen guna oven bakar ayam.. hehehehhe. Bagus! Lepas-lepas ni, tidak payah goreng ayam. Jimat minyak dan harapan yang paling tinggi, kuranglah En. Suami makan minyak! Dan yang paling penting, tidaklah lantai tu berminyak dek kesan gorengan ayam tu! Yippieee!)


Nasi goreng sempoi habis! (Ala-ala macam nasi goreng cina Restoran de Templer jak rupanya.. Minus udang dan sayur kacang panjang... kira oklah tu kan?... Hehhehehe)


Cekodok bawang, makan masa panas sedaplah... Sejuk kalu, no comment... Entah-entah lagi keras daripada batu. Nasib baik sempat habis sebelum sejuk.. hahhahahaha


Sardin, bayam goreng dan sup ayam sempoi


Minggu depan ulang menu yang sama agak-agak anak beranak tu muntah tidak? Hahahhahahaha.... Nasib kome berdua lah dapat tukang masak yang membosankan ni.... Janji makan perut kenyang sudah!


Monday, March 28, 2011

Orang cakap 0.5kg sebulan lah! Bukan 2.5kg sebulan!

5 orang pot pet

Pagi tadi pergi check up klinik ibu mengandung. Hari ini genaplah sudah 20 minggu usia kandungan sia. Dan yang takutnya, sudah 3 bulan berturut-turut sia naik berat badan melebihi berat yang dibenarkan… Arghhhh! Takutnya kalau bulan depan tiba-tiba misi atau Dr cakap “Lepas ni awak kena ambil appointment untuk minum air gula” Arghhhh! Sangat fobia dengan itu air gula!!!!!!!!! Harap-harapnya, tidaklah berat badan naik berlebihan bulan depan =( Takutttttttttttt!!!!!!!!!!!

Tahu kenapa si mama glam ni berat badan asyik naik dengan cergasnya? Ini semua rasanya penangan itu Nandos la… Uwaaaaaa! Sudah berapa bulan berturut-turut sia asyik menghadap itu Nandos untuk dinner!!!!!!!!! Sampaikan orang di Nandos Ampang tu pun sudah sangat cam muka kami anak-beranak. Sampai ada 1 hari tu, cik pelayan tu tanya sia “Mana baby?” bila dia nampak sia datang berseorangan. Padahal waktu tu si minah Aimee tu mengikut ayahnya mencari parking. Lepas tu siap tanya, “Semalam pun akak ada datang kan?” Sia yang tidak tahu mahu reaksi bagaimana, menjawab “Erk… Semalam kitorang tak datang sini. Kitorang makan kat Nandos Jusco Wangsa Maju. Kemarin ada datang..” Padahal dalam hati dok ngomel-ngomel “Lorrrrr… Bukan ke memang tiap-tiap hari aku datang sini? Semalam jer tetiba rasa macam ada sedikit malu dok datang pakai baju yang sama, so tu yang tetibe divert ke Jusco Wangsa Maju” Hehehhehhehe… “Dan akhirnya, aku datang jugak balik ke branch Ampang ni sebab service kat Jusco Wangsa Maju kurenggggg….” See? Betapalah muka kami ni sudah macam boleh ditempek di dinding restoran diorang tu dengan caption : Pelanggan Paling Banyak Mengunjungi Pada Bulan ……. untuk 3 bulan berturut-turut.

Jadi, bila tiba-tiba rasa takut dengan bacaan berat badan pagi tadi tu, mulalah kepala ni asyik memikirkan tempat lain untuk dikunjungi…. De Templer? Erk! Tak mau! Ice Room? Pun tak mau! Situ sedap makan aiskrim jak. Makanan-makanan lain, kurengggg… Kedai Kelantan tepi jalan? Nasi-nasi berlauk atau nasi-nasi goreng kureng berselera lahhh…. Ikea? Arghh! Sudah bosan! Restoran Sri Ayuthya? Erk! Mahal dan bukan taste kami laki bini! Secret Recipe? Hmmmm, Tak mau! Situ kek oklah... Restoran Rumah Thai? Laki den cakap tak sodap! KFC? Memang bukan taste si mama glam lah. Mc D? Untuk breakfast oklah. Dinner, mahu makan apa? Pizza Hut? Sudah bosan jugak! Burger King? Pun bukan taste si ibu mengandung. Uwarggggghhhhhhhhh! Memang xdak idea lah!!!!!!! Puas difikir-fikir, akhirnya, jawapannya, tetap Nandos! Apa macam?

baru-baru ni pulak, En. Suami ada cakap, “Hah! KC sudah siap, apa lagi, lepas-lepas ni kita makan makanan masak kat rumahlah Aimee. Tak payah mama penat-penat fikir nak makan apa? Masak kat rumah senang. Jimat pun jimat” sambil jeling si mama glam. Uwarghhhhh lagi sekali!!!!!!!! Sudahlah barang belum habis kemas. Lepas tu, siap asyik sebut “Bilalah mama nak masakkan ayah muffin Golden vanilla Kenny Rogers ni” Argggggggghhh!!!!!!!!! Tensinya!!!!!!!!!!

Nampak gayanya, memang harus cepat-cepat kemas dapur supaya boleh mula projek masak-memasak dengan cepat. Dengan harapan, boleh diamkan orang yang dok bising-bising teringin itu teringin ini dan secara tidak langsung harap-harap boleh jimatkan duit yang dibazirkan dengan makan diluar tu. Pokai kami laki bini dok makan Nandos tiap-tiap hari!


Agak-agaknya, mana satu gambar patut digantung di dinding Restoran Nandos Ampang?



Wednesday, March 23, 2011

Bagaiman mahu menjimatkan duit tambang ke tempat kerja?

5 orang pot pet

Hari tu sia ada cakap kan betapa sia masa mengandung anak kedua ni tidak larat mahu memandu kereta ke pejabat? Dijadikan cerita, semenjak hari terakhir sia memandu pada 2 Mac yang lepas, tidaklah lagi sia berani memegang stereng kereta. Takut pisang berbuah berkali-kali. Tidak larat ok bawak kereta sampai termuntah-muntah. Kadang-kadang sia terfikir jugak, betulkah ini pembawakan, ataupun setakat badan ini terlalu manja? Tapi, setelah beberapa kali cubaan, memang tidakku sanggup ambil risiko! Memang pelik, tapi benar, sia sekarang tidak suka mendengar radio (ce kira berapa lama sudah telinga ini tidak mendengar radio) dan tidak mampu memandu kereta ke pejabat/jauh-jauh (setakat Mc D Taman Melati tu, bolehlah!).

Jadinya, semenjak hari itu, memang En. Suamilah yang menjadi En. Drebar menghantar dan mengambil isterinya pergi dan balik dari pejabat. Sampaikan, memanglah selalu sangat En. Suami sampai lambat di pejabat. Sehinggakan, punch card pun ala-ala sampai dapat amaran gitu. Kesian En. Suami…

Disebabkan itu, minggu lepas sia pun cadangkanlah kepada partner a.k.a rakan sepejabat sia si Eikyn supaya kami berdua car pool. Perjanjiannya, waktu pagi suaminya akan menghantar kami berdua ke pejabat, manakala pada petangnya pula suami sia akan menjemput kami berdua… Adil kan?

Tapi, masalahnya, minggu ni pula, si Eikyn ni berkursus di tempat lain. Jadinya, Isnin hari tu masihlah En. Suami terpaksa menghantar sia ke tempat kerja, dan akibatnya, lambat lagilah dia sampai ke pejabat. Selasa MC (anak-beranak kena jangkitan virus selesema batuk-batuk), so selamat… Dan hari ini? Jeng jeng jeng….

Hari ini sia naik LRT & komuter ok!

Kalau ikutkan hati, tidak larat jugak. Tapi, kesian En. Suami asyik lambat saja ke pejabat. Sudah cuba bangun seawal yang boleh, tapi masih lambat lagi (padahal, kami anak-beranak ni memang bapak punya susah mau bangun awal! Penyakit!).

Dijadikan cerita, pagi ni jam 7 pagi, En. Suami hantar sia ke stesen LRT Gombak, kemudian dia hantar Aimee ke rumah mertua sia dan dia terus shoot ke pejabat. Alhamdulillah, En. Suami tidak lambat hari ini.

Sia pula? Sia mati-mati ingat LRT PUTRA boleh sampai terus ke stesen LRT Bandaraya.. Rupa-rupanya, stesen Bandaraya tu STAR LRT… Hadoilah! Nasib baiklah sia guna TnG pagi ni. Jadi, boleh tukar fikiran bila-bila masa mahu turun di mana. Jadinya, sia pilih turun di KL Sentral dan ambil KTM komuter ke Bank Negara. Masa sampai di KL Sentral, masa agak awallah jugak. Makanya, sia singgah beli breakfast kegemaran Hotcakes di Mc D. Lepas tu terus tunggu komuter. Bukan main lama tidak naik komuter, asyik tanya orang samada sia menunggu di platform yang betul. Takut jugak karang tup tup tiba-tiba ternaik gerabak yang salah. Mahu lambat sampai ke pejabat! Masak! Masak!

Kesimpulannya, pengalaman menaiki LRT PUTRA dan KTM KOMUTER pagi ini… hmmmmm.. alhamdulillah… lancarrrrrr…. Masa naik di Gombak, tren kosong lagi. Masa di KL Sentral pulak, ramai yang turun, jadinya, banyaklah jugak tempat kosong, walaupun setakat untuk menunggu sampai ke 2 stesen yang seterusnya. Hmmmm… macam berkira-kira mahu naik komuter dan LRT saja balik petang ini… Senang sikit En. Suami ambil di stesen Gombak saja…. Akan dipertimbangkan…. Tapi, terfikir jugak, naik masa pagi bolehlah tahan lagi, semua orang masih wangi-wangi dengan pelbagai bau perfume. Tapi, bila petang menjelma, erk! Wangi-wangian sudah menjadi busuk-busukkan.. Sanggupkah? Erk! Akan difikirkan lagi…..


p/s: Tambang sehala sia ke tempat kerja hari ini = RM2.40 (LRT Putra) + RM1.00 (KTM Komuter) = RM3.40. Jimat tuuuuu! Untuk kadar tambang PUTRA LRT dan KTM Komuter (dirujuk pada tarikh entry ini ditulis la ya) ke destinasi-destinasi yang lain, rujuk sini (PUTRA LRT) dan sini (KTM Komuter).


Monday, March 21, 2011

Bahagianya kami selama 4 tahun!

11 orang pot pet
16 Mac baru-baru ni, alhamdulillah, genaplah 4 tahun usia perkahwinan sia dengan En. Suami. Kalau sebelum-sebelum ni kami tidak begitu menitikberatkan untuk berdating-datingan di hari ulangtahun perkahwinan kami (so dull eik kami berdua ni?), tapi tahun ni, kami ambil keputusan untuk ambil cuti dan rancang untuk berdatingan menonton wayang seharian. Makanya, pada hari tersebut, kami buat 2 movie marathon. Kami tengok cerita Merong Mahawangsa dan Unknown. Dua-dua best! Memang serius wajib tonton!

Petang lepas habis tengok wayang, macam biasa kami kembali ke rutin harian ke rumah mertua sia ambil si minah cilik. Kalaulah si minah cilik itu mahu bersama menonton wayang, pasti kami akan berdatingan bertiga =P. Pada malamnya pulak, tiadalah pulak makan malam yang istimewa. Kerananya, si isteri tiba-tiba terasa seperti mahu demam dek berjangkit selesema daripada si minah cilik.. Aduhai… End up, kami makan di Restoran Rumah Thai di Taman Melati saja… Lepas tu, balik rumah, tidur… Esoknya mahu kerja maaaaa….

Jadinya, selepas 4 tahun hidup bersama dengan En. Suami…..

1. Kami memang sangat berbeza dalam pelbagai aspek. Dan, walaupun telah bersama selama 4 tahun, kami masih tidak bertemu titik keserasian pun. Pun begitu, kami masih mampu hidup bersama dan masih mencari titik tersebut yang entahkan bila akan berjumpa.. Hahahhahaha…


2. Dulunya sia adalah seorang yang sangat cerewet.. Mahukan rumah sentiasa kemas dan bersih. Bila-bila masa nampak bersepah, mulalah mulut tu bebebel… Tapi, bila mengandung anak pertama, sia mula pandai tutup mata sebelah dan sesetengah pekerjaan kena bergantung kepada En. Suami kerana badan rasa tidak larat… Bila ada anak, mulalah pandai pulak tutup dua-dua mata dan biarkan rumah bersepah sewenang-wenangnya.. Mak tak larat ko! Sekarang si minah cilik sudah pandai bergerak sendiri, lagi best! Anak beranak dua orang tu jadi penyepah tegar! Arghhhhh! Ku tutup semua mata yang ada terus!!!!!!!!! Sekarang sia tahu kenapa orang yang ada anak kecil selalu tidak bersedia menerima tetamu yang datang secara tiba-tiba… Paham sudah…


3. Kami masih sentiasa bertelagah setiap hari atas benda-benda yang mengarut. Sakit hati, terasa hati, berperang mulut, semuanya makanan kami seharian.. Pun begitu, kami tetap teguh bersama…


4. Sehingga hari ini, sia masih lagi seorang yang tidak suka memasak dan belum pernah memasak nasi lemak yang En. Suami dok canang-canang kunun dia teringin sangattttt merasa…. Masak yang biasa-biasa adalah… Sebelum ni, sia bagi alasan kunun tidak selesa dengan keadaan dapur sendiri yang kunun tidak berapa lengkap dsb, sebab tu malas masuk dapur… Tapi, dalam bulan ni, insya Allah rumah kami akan lengkap dengan kabinet dapur. Dan itu bermakna, sudah tiada alasan untuk malas memasak.. Uwaaaaa! En. Suami pulak dok canang mintak muffin Golden Vanilla macam Kenny Rogers tu… Arghhhhh!


5. En. Suami asal KL, tapi dari hari ke hari, dia sangat bergantung kepada co-pilotnya untuk menunjukkan jalan untuk ke mana-mana saja. Padahal, isterinya itu orangnya asal dari Tawau, Sabah. Sebab tu lah sia selalu cakap, sia yang orang KL, En. Suami orang Bukit Gemuk, Tawau, Sabah, sebab dia memang saja-saja suka buat-buat buta jalan. Alasannya, kalau dia tersesat dsb, senang salahkan co-pilot! Ceh!


6. Kehidupan perkahwinan kami diberkati dengan seorang puteri yang sangat cilik dan bakal menimang yang kedua dalam tahun ini, insya Allah…


7. Kami tetap sayang menyayang walaupun kami bukanlah dalam kategori keluarga yang kayooooo… Kami bahagia dengan rezeki yang Allah berikan… Alhamdulillah, kami bersyukur…


8. Walaupun nampak banyak yang -ve berbanding +ve daripada senarai-senarai yang di atas ni, sia tetap teguh dengan pendirian, SEBURUK-BURUK MANA PUN EN. MUZAMIL AZWAL, TIADA ORANG LAIN YANG LAYAK MENGGANTIKAN TEMPATNYA DI SISI ISTERINYA DAN ANAK-ANAKNYA SELAMA-LAMANYA


Kepada En. Suami, mama sayang ayah sangat-sangat. Terima kasih sebab sanggup menderita hidup bersama mama selama 4 tahun ni.. Mama hargai sangat-sangat.. Disebabkan itu, mama berbangga sangat untuk melahirkan anak ayah… I love u so much bebeh! Muah! Muah!



And of course, you are the best ayah that our children can have! They (include the one inside my womb) love you so much sayang!



Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery