Monday, August 30, 2010

Kisah rumahtangga…

3 orang pot pet
Scene 1:
Suami: Adoi, sakit belakang lah.
Isteri: Kenapa bang?
Suami: Penat.. Penat buat kerja rumah…
Reaksi isteri a: Alolololo… Shian dia…
Reaksi isteri b: Alololo… shian dia… Terima kasih abang sebab tolong mama buat kerja rumah..
Reaksi isteri c: Alolololo… Shian dia… Nak mama pijakkan belakang abang kasik bunyi ke?
Reaksi isteri d: Berlalu pergi tanpa berkata apa-apa
Reaksi isteri e: Teruskan menonton TV tanpa menyahut apa-apa
Reakdi isteri f: Hanya diam membisu.


Scene 2:
Suami: Apa pasal muka monyok ni?
Isteri: Bahu sakit sebab tak cukup tido jaga anak ayah malam tadi.
Reaksi suami a: Alolololo… shian mama…
Reaksi suami b: Alolololo… shian mama… Terima kasih mama sebab tolong jagakan anak ayah dan bagi ayah tido lena
Reaksi suami c: Alolololo… shian mama… Meh mama urutkan bahu mama…
Reaksi suami d: Berlalu pergi tanpa berkata apa-apa
Reaksi suami e: Teruskan menonton TV tanpa menyahut apa-apa
Reaksi suami f: Hanya diam membisu.


Anda harapkan pasangan anda jadi yang mana 1? a, b, c, d, e atau f?

Dan yang paling penting, tepuk dada, tanya diri sendiri anda adalah pasangan yang mana 1? a, b, c, d, e atau f?

Kadang-kadang kita rasa kita cukup menghargai pasangan kita, tetapi tidak tahu cara untuk menunjukkan.

Pada sia sendiri la, sia tidak perlukan harta benda yang mahal-mahal ataupun makanan-makanan di restoran mahal sebagai tanda hubby menghargai. Cukop menjadi pasangan a, sudah lebih dari mencukupi, sudah dapat menghilangkan rasa penat-penat badan, sudah terasa diri sangat-sangat dihargai dan sudah tentu tidak kisah untuk bersengkang mata menjaga budak yang tidak pendai tidur dan membiarkan suami tidur lena pada malam-malam seterusnya. Ouhhhh.....

Sia pasangan yang mana 1? Itu kena tanya suamiku......


p/s: entry ini adalah sebagai peringatan kepada diri sia dan hubby. Terima kasih abang keranamenjadi suami mama…. Mama sayang ayah sangat2! Muahks!


Friday, August 27, 2010

Macam-macam Aimee

6 orang pot pet
Sudah lama tidak cerita pasal budak cilik manis tu kan?

Jadinya, entry ini khas untuk insan-insan yang merindui untuk melihat wajah cilik manis si budak makin bijak itu. Kepada Nenek Haji, Atok, Auntee Anna, Auntee Ina & uncle Kerol, Aimee sudah boleh jalan 4-5 langkah tau! Tidak lama lagi, bolehlah Aimee kejar kamu semua.. Jaga-jaga ya! hehhehehe….

AIMEE DAN BAKUL MAINANNYA DI RUMAH ONYANG:
Tengok tu.. Kasut crocs benda wajib bagi budak kecik ni.

Boa.. Boa... (terjemahan: Bola.. bola...)

mama curi-curi tangkap gambar Aimee eeiiii?


AIMEE TIDUR DI HUJUNG MINGGU:
Ni tidur pagi bersama-sama dengan ayahnya. Syiok gila, bangun susu, tidur balik, bangun susu, tidur balik. Last-last, jam 11 pagi ka jam 12 tengahari, baru bangun.. Adeilah, like father & mother like daughter.. muehehhehe....



Ni pulak, masa tidur petang. Manyak syiok wooo....


GELAGAT AIMEE BILA MAMA SURUH MANDI:
Mama: Aimee jom mandi.
Aimee: Nanak!
(terjemahan: tak nak!)

Mama: Jomlah...
Aimee: Nanak!


Mama: Jomlah sayang...
Aimee: Nanak! Nanak!
(Adeilah... Sabar jaklah mama dia melayan karenah minah cilik ni)



GELAGAT AIMEE MENONTON VCD SESAME STREET:
Sibuk menonton Bert menari seperti burung

Trademark si minah cilik semasa menonton Sesame Street (gigit jari telunjuk)

Sibuk menonton Elmo yang dihiburkan untuk tidur oleh seorang perempuan ko.pek besarrrr... muehehehe...


Tu dia perempuan ko.pek besarrrr tu..

Kan sudah dibilang... trademark kan?

Siang malam, sampai-sampai jak rumah, memang inilah penghibur no. 1 nya. Sebut jak Big Bird dia akan jawab "Be' be' " (terjemahan: Big bird) sambil tunjuk laptop ayahnya (ya! rumah kami tidak ada vcd player.. hanya bergantung pada laptop. Tapi, bagus jugak, boleh mamanya tengok TV sambil si minah Aimee tu tengok VCD Sesame Street tu =p)


GELAGAT AIMEE BILA TIDAK MAHU TIDUR WALAUPUN JAM TELAH MENUNJUKKAN JAM 3 PAGI:
Aimee nanak tido la mama...

Aiyoo mama.. apa pasal paksa Aimee tido?

Nanak.. nanak...

Aummm... muaaa.... (bunyi menguap)

Kepala sudah pusing lah mama...

Tapi, Aimee tetap nanak tido!

Hahahahha.... mama dengan ayah x boleh tido, sebab kena jaga Aimee... Yeah! yeah!

Mamaaaa.... oh mamaa..... Janganlah tido lagi... Aimee masih nak main ni... (mama si Aimee ni sudah macam nekma dia sudah. Dapat jak letak kepala di bantal, terus mata Zzzzzz). Sekarang sudah paham kenapa nekma Aimee jadi macam tu dulu-dulu (sampai sekarang pun). Dulu suka gelakkan, sekarang sudah kena batang hidung sendiri, baru padan muka.. hehehehe..

Nah! Amik ni mama, pakaikan Aimee! Malam masih muda ni.

Adoilah, itulah dia gelagat minah cilik itu untuk tatapan saudara-saudara ku tersayang yang jauh di mata...

Sampai sini daaaa...


Thursday, August 26, 2010

Siapalah sia

2 orang pot pet
Hari ini memang sangat menyedihkan.

Pagi ni seorang hamba Allah membuat satu entry yang telah membuatkan sia tersentap sekejap dan terfikir “Adakah aku orang yang dimaksudkan?”

Sekiranya betullah sia adalah orang yang hamba Allah tu maksudkan, apa yang sia mau cakapkan, sampai hati dia sampai sanggup membuat entry seperti itu. Sia betul-betul sedih dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan.

Buat pengetahuan hamba Allah tersebut, sia sedar diri sia siapa. Tidak pernah sekali terfikir di hati ini untuk tidak sedar dek untung diri ini. Sia sedar apa yang sia ada di muka bumi ini semuanya hanya pinjaman daripada-Nya dan sentiasa bersyukur kepada-Nya. Dan sia sedar dan ingat segala bantuan yang telah diberikan sehingga sia berada di tahap ini. Tidak mungkin pernah sia lupakan. Sampai mati pun tidak mungkin pernah boleh sia balas segalanya.

Tidak pernah sia terfikir untuk bongkak dan berasa cukup bagus sehingga berniat untuk memporak perandakan kehidupan keluarga orang lain. Dan sedikitpun tidak terniat untuk mengecilkan hati-hati insan yang tulus ikhlas menyayangi diri ini. Tidak terniat untuk mencari kesalahan orang lain.

Dan sia sedar sia datang daripada negeri yang tidak maju. Orang kampong yang busuk, tidak bergaya, tidak memakai barangan yang berjenama dan tidak pernah terfikir untuk menjaga standard yang setakat orang kampungan. Tidak pernah sia berasa gah dengan apa yang sia ada. Apalah sangat yang sia ada… Setakat seorang anak yang dipinjamkan oleh-Nya, setakat seorang suami yang bukanlah kaya mana, setakat kereta kecil yang murah yang boleh sia bawak ke pejabat setiap hari, setakat rumah yang dibeli hasil pinjaman bank dan setakat barang-barangan murah dan tidak berjenama yang semua orang memang mampu membelinya.

Tidak pernah sia terfikir untuk menyuruh orang menghormati diri sia yang entahkan siapa-siapa. Salahkah sia sekiranya sia sebagai seorang ibu ada perancangan untuk anak sia sendiri? Sia tau anak itu hanya pinjaman. Tapi, bukankah semua ibu begitu, bercita-cita besar untuk membesarkan anaknya dengan cara yang terbaik? Adakah apabila hanya meminta sedikit haknya sebagai seorang ibu patut dikategorikan sebagai gah dan bongkak?

Tidak pernah sia terfikir untuk mementingkan diri sendiri. Kalaulah sia seperti itu, tidak akan sia kongsikan apa yang sia ada sekarang ini, tidak akan sia cuba untuk menggembirakan hati insan-insan yang menyayangi diri sia, tidak akan sia dulukan insan-insan yang menyayangi sia berbanding orang yang pernah membesarkan sia dari semua aspek.

Kepada hamba Allah tersebut, sia mengaku sia memang seorang sensitive yang mudah berkecil hati. Oleh itu, sekiranya sia tidak gembira dengan sesuatu benda, maka tidak boleh tidak, muka ini pasti tidak menunjukkan senyuman sampai ke telinga dan akan bertindak berdiam diri, adakah itu patut dikategorikan sebagai bongkak? Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada bercakap yang bukan-bukan dan menyebabkan orang sakit hati dan berkecil hati?

Sumpah demi Allah sia sangat menyayangi insan-insan yang menyayangi diri sia. Dan, sampai mati pun akan sia ingat jasa baik dan bantuan yang pernah mereka berikan sehingga sia berada di tempat yang sia berada sekarang. Siapalah sia tanpa bantuan mereka. Mungkin sia masih hanyalah budak kampong yang merempat di tepi jalan tanpa bantuan mereka.

Hamba Allah yang berkenaan, ya sia sangat berkecil hati sekiranya memang entry tersebut ditujukan khas kepada sia, tetapi sia tetap akan memafkan kamu, kerana kamu juga antara insan-insan yang sia sayangi.

Tetapi jika tidak, sia menyusun 10 jari memohon maaf kerana terlalu sensitif tidak bertempat. Sia memang manusia sensitif, lebih-lebih lagi selepas kejadian yang langsung tidak sia inginkan dahulu. Semua ini membuatkan sia sangat-sangat berhati-hati dan lebih sedar siapa diri sia dalam kehidupan ini.


Update!
Sia bukanlah orang yang hamba Allah tersebut maksudkan. Alhamdulillah.... Sia minta maaf pada hamba Allah tersebut sebab terlebih sensitif dan salah sangka. Seperti yang sia cakapkan padanya, sia ni memang sensitif terlebih berbanding hamba Allah tersebut. dan sia memang sejak kejadian "itu" (hamba Allah tersebut paham apa yang sia maksdukan), memang bertambah2 sensitif dan berhati2 dalam menjaga tutur kata, takut pisang berbuah 2 kali.

sekali lagi, sia minta maaf banyak2 pada hamba Allah tersebut! I love you bebeh!

Wednesday, August 25, 2010

Resepi Pudding caramel

6 orang pot pet
Ini entry khas untuk Ms Eida & Iena... KOrang try arrr.. sedap meletop2 wooooo!



Bahan-bahan Puding:
6 biji telur (sekarang ni telur kecik-kecik, so better guna 8 biji)
1 tin besar susu pekat
1.5 tin besar (guna tin susu pekat tadi) air (tapi ni better kurangkan air kot, sebab sudah berapa kali buat, asyik lembik jak, tapi I suka jer).
1-2 sudu kecil esen vanilla

Bahan-bahan gula hangus:
1-2 senduk gula pasir (ikut suka. Kalau suka air gula banyak, guna 2 senduk, kalau mahukan air gula sikit, guna 1 senduk. I suka air gula banyak, So selalunya I guna 2 senduk =p)

Cara2:
Hanguskan gula dalam loyang. Lagi hangus lagi sedap. Tapi, jangan sampai terlalu hangus. Tidak payah tambah air. Gula semata-mata. Sudah hangus, ketepikan dan sejukkan. Sebaik-baiknya guna terus loyang yang akan digunakan untuk mengukus pudding. I selalu guna loyang besi, senang!

Untuk pudding pulak, pecah semua telur dalam bekas. Kacau sampai rata. Tidak perlu pukul. Lepas tu, tapis supaya tekstur pudding tu nanti halussss mulussss…. Lepas tu, masukkan susu pekat, air dan esen vanilla. Kacau….

Lepas tu, tuang campuran pudding tadi atas gula hangus dalam loyang tadi, kukus selama 40-45 minit. Sejukkan dalam fridge dan siap untuk dimakan. Yummy mummy!


p/s: lain kali i nak cuba tukar air tu kepada susu cair. barangkali best dan lebih lemak manis kan?

Pesan Mamak



Suatu masa dulu, mamak pernah berpesan supaya sia tidak perlu bercerita semua benda dengan suami. Alasannya, kadang-kadang ada benda lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan ********nya tidak perlu diceritakan. Pendamkan saja sekiranya ada terasa hati ataupun tidak senang.

Tapi, being anak yang degil, sia ingkar dengan nasihat yang mamak berikan, dengan alasan sebagai suami isteri, sia patut kongsikan semua hal dengan suami sia.

Hari ini, pada tarikh ini, pada jam ini, baru sia paham kenapa mamak berpesan sedemikian rupa. Menyesal pun tiada gunanya kan?


p/s: Ruangan comments untuk entry ini ditutup kerana entry kali ini hanyalah setakat sesi luahan hati si penulis blog. Tiada kena mengena dengan samada si penulis blog bahagia ataupun tidak. Si penulis blog sentiasa bahagia di samping suami dan anaknya yang tersayang.


Tuesday, August 24, 2010

Majlis Buka Puasa

10 orang pot pet

Ini cerita basi… Tapi, baru mahu di update…

Minggu lepas, Hari Sabtu, sia dengan hubby dan si cilik manis telah mengajak keluarga sebelah sia untuk datang berbuka puasa di teratak cilik kami….

Alhamdulillah, Ayah Bari & mami Shima & anak2, cik Noi, kak Liza dengan adik lelaki sia, si Ahmad Khanjopang datang memeriahkan lagi majlis berbuka kami…

Menu berbuka? Ni hah...
Ayam Goreng Berempah

Sayur Campur

Tomyam Seafood

Sambal Tomato (ni macam sambal belacan/sambal tempoyak la)

Puding caramel (rupa tidak cantik kan? Tapi, rasa MELETOP wa cakap lu! masuk bakul angkat sendiri!) hahhahahaha! Ini resepi ibu mertuaku ya.

Ada lagi menu sate, tapi lupa ambil gambar…

Sangat ringkas kan? Ya! keluarga sia memang makan ringkas2. Tidak perlu banyak2 lauk. Ringkas dan sangat nikmat ok!

Sia masak tau semua2 ni (kecuali sate ya. Yang itu order saja di Sate Kajang Taman Melati. Senang!) .. hehehhehe.. tidak percaya? Ya terpulang… Janji si mama glam rock! Semua licin ok! Alhamdulillah…

p/s: MInggu ini giliran sebelah mertua sia pulak… Sia memang tidak ada idea mau masak apa ya… Ditambah pulak ibu mertuaku telah bilang siap2, Misah masak nasi je, nanti mama masak apa2 yang patut. Lagipun, diorang mesti akan bawak macam2 lauk tu… Adeilah.. Serba salah sia ok… Sudahlah panggil orang datang makan, lepas tu, masak nasi jak… Tapi, sia takut jugak kalau masak jugak, tidak lakulah pulak… Almaklumlah, sia ni kan tekak orang Sabah yang plain melen… Keluarga Mertua sia tekak orang semenanjung yang sedap2…. Takut jadi membazir kan amalan syaiton! PAda hemat anda semua la kan? Patut sia masak apa2 lauk ka tidak? Sia ingat mau masak dessert Apple crumble resepi k.watie. Tapi, sia tidak ada oven la pulak…. Hadei lah… Alasan! Kah, sia patut masak pudding caramel macam minggu lepas jugak. BArulah bunyi macam adil kan? Apa macam?


Vitamin M

0 orang pot pet

Kebelakangan ini (bukan selalu kah?) vitamin M ni memang sangat2 melampau ok! MALAS yang amat untuk berbuat kerja di pejabat!!!!!!!!!!!

Cuba suruh main FB kah, blog kah, kemain laju ya ampun! Haish!

Wahai Vitamin M, syoohh.. syoohhh.. pigi jauh2 la woi! Aku benci denganmu lah!!!!!!!



Monday, August 23, 2010

1-10 Facts About Si Mama Glam

4 orang pot pet
10 Facts about Mama Glam as on 23 August 2010:

1. I hate people who said that he/she doesn’t practice double standard, but actually he/she did!

2. If you make me angry, you don’t have to worry, because, I for sure will forgive you, BUT! I will never forget what you have done to make me angry!

3. It’s easy to know whether I like what you said to me. If I like it, for sure I will reply something, and if I didn’t, I will just keep quiet or will say words like “hmmmm…”, “oklah” etc.

4. Don’t’ you ever ask me to go for Formula when comes to feeding my baby with milk! I seriously hate it so much!

5. I don’t like people who don’t respect me as a mother to my daughter and act as he/she knows everything about my daughter more than her mother itself.

6. I don’t like people decide anything for my daughter unless they have discussed that thing with me or my hubby.

7. It will be a BIG problem for me if you ask me to arrive punctually at office in the morning.

8. I’m one kind of person that seller might like so much. Because, I like to spend my money out! So seller, please go away from me! I’m pokai right now!

9. I don’t really drink coffee or tea. If I were to give an option, I will go for MILO or plain water. So, if you plan to go to my house, do expect that you might not be served with that drinks.

10. I lately crazy about make up. So, don’t give me that weird look if you see my face with make up… hahhahahha…




Friday, August 20, 2010

Horoskop

7 orang pot pet
Pagi ini, kawan sepejabat sia si Ainie metot ada membeli majalah. Alasannya, sebab dalam majalah itu ada banyak gambar cara-cara mekap dan jenis-jenis mekap.

Memandangkan minah ni tahu sia kebelakangan ni sangat-sangat gila akan mekap, dia pun dengan baik hatinya, memberikan peluang untuk sia membelek majalah tersebut.. hehehhehe.. i loike!

Belek punya belek, sampai ke m/s 138, ruangan horoskop... keh keh keh....

Sudah begitu lama sia tidak membaca horoskop... Bukanlah percaya sangat dengan horoskop ni... Tapi, saja-saja jaklah baca horoskop untuk bintang Cancer:

Kurang tidur dan waktu untuk berehat yang singkat disebabkan sibuk bekerja membuatkan paras tekanan kamu meningkat. Tenangkan diri kamu dengan merancang percutian bersama keluarga atau manjakandiri di spa. Pasti syok! Kamu bakal mendapat peluang perniagaan, nampaknya rezeki kamu makin melimpah bulan ini. Kesihatan di tahap biasa-biasa saja. Hubungan cinta pula agak dingin. Kerap bergaduh kerana perkara remeh membuatkan kamu mulai bosan dengan pasangan. Apa pun berfikirlah secara rasional sebelum bersikap terburu-buru.
Hmmmm... Banyak yang macam tepat jak... Kurang tidur & rehat yang mungkin menyebabkan tekanan sampai period tidak habis-habis... Adeilah... Peluang perniagaan? Wow! This one I like! lebih rezeki untuk reDuit! reDuit! Kesihatan ok alahamdulillah.... Cumanya, harap-harap yang pasla hubungan cinta tu tidak benar ya! Tidaklah sampai begitu sekali, sia rasalah... Tidak tahulah kalau hubby rasa lain pulak... Sila komen Abang.. (komen yang baik2 jer tau! Yang tak baik cakap kat umah...) Hahhahaha... sangat munafik! I love you Abang! (bodek tak hengat ok!)

Thursday, August 19, 2010

Button Follower

9 orang pot pet
Mungkin ramai yang telah membincangkan pasal follower ni sebelum ni…

Percaya tidak, bahawa sia sebelum ini tidak berapa memahami apa gunanya untuk menjadi Follower kepada satu-satu blog? Sebab, pada sia, kalau sia suka satu-satu blog, apa yang perlu sia lakukan hanyalah list kan saja nama blog tersebut dalam Blog List sia….

Dan sebenarnya, sehingga ke hari ini sia masih tidak pandai menggunakan tools tersebut di dalam dashboard sia.. hahahhahahha… sangat buta IT ok….

So, siapa-siapa yang sia tidak follow tetapi berada dalam blog list sia tu, bukan bermakna sia tidak suka follow blog kamurang, tapi sebab sia tidak teringatkan kegunaan tools tersebut dan apa kepentingannya untuk sia meng click button Follow tersebut.

Walaupun sia masih tidak paham akan kegunaan button tersebut, lepas ni sia akan click button tersebut di mana-mana blog yang sia suka baca….

Btw, kamurang paham kah kegunaan button tu selain bermaksud “Sia suka baca blog ini”?. Manalah tahu ada kegunaan lain yang perlu sia tahu tetapi buat masa ini tidak sia ketahui kan….

Wednesday, August 18, 2010

Dialog...

8 orang pot pet
Dialog malam tadi:

Sambil mengacau ketam di dalam periuk,
Mama Glam: Esok pagi mama nak bangun awal.
Hubby: Asal? Kan ke dah masak? Esok tinggal panaskan jer lah.
Mama Glam: Mama nak ratah ketam ni puas-puas… hehehhehe…

.
.
.
.
.
.
.
.

Dialog pagi tadi setelah terbangun lambat sahur:

Hubby: Cepat amik ketam tuh seketul & ratah ma.
Mama Glam: Dengan terkocoh-kocohnya, Bijak jugak tuh! Sedapnya!

Dalam hati berkata, "Ingat jugak laki aku kata-kata aku malam tadi yerk" huhuhuhu.. terharu....

Krak kruk krak kruk.. (bunyi makan ketam.. hehehhehe...)

Fuh! Nasib baik sempat. Sia dapatlah makan setengah ekor ketam, 3 biji kurma dan segelas susu full cream. Manakala hubby sempatlah sebatang rokok, 2 gelas susu full cream dan segelas air kosong. Mudah-mudahan cukup untuk bekalkan tenaga sepanjang hari pada hari ini…. Dan semoga tidak menjejaskan penghasilan EBM Aimee… Aminnnnn…..

p/s: tunggu ngko ketam! Siap ngko malam ni aku ratah puas-puas!


Tuesday, August 17, 2010

Lagu Orang Balik Dari Bandung

2 orang pot pet

Ni bukan lagu mak ya!

Ni lagu kegemaran roomate a.k.a partner bisnes reDuit! reDuit! I (Eikyn) di pejabat ini semenjak dia balik dari Bandung.... Pak Supirnya yang memandukan mereka di Bandung yang perkenalkan lagu ini katanya... Adeilah, kemarin sepanjang masa komputernya memang memainkan lagu ini sahaja... Pulak tu, mak memakai tudung merah pulak tu kemarin... Auwww! Ah! Kamurang layankan saja ya..

Ini sia memang belum pernah dengar di corong-corong radio tau!



p/s: banyak lagi lagu pelik-pelik yang minah ni suka pasang tau.. Nanti lain kali kalau rajin, sia update lagu yang lain... huhuhu....

Monday, August 16, 2010

I hate this MOnday....

5 orang pot pet
Because……

1. Aimee’s baby sitter again arrived so late at my in law’s house that my in laws have to stay to baby sit Aimee while I busy catching my punch card. She seriously needs to be warned for not repeating it. Spoilt!

2. My eye shadow colour’s doesn’t match with my hijab today. It makes me look a bit weird today. Huh!

3. I have to get mad to my assistant again. How could he answered me this when I asked him where have he been every morning “Lepas I punch card, I pergi makan kat Jalan TAR”. OMG! How dare him! Doesn’t he have to think before giving me that silly answer?

4. My favourite assistant was transferred to another branch... Arghhhh! How I really need him to assist me =(

5. I forgot to bring the valve’s membrane of my breast pump. Haiyo…. How am I suppose to use the pump without that small thing?

6. I have to argue with Bank Rakyat for charging me the late charges & interest on my credit card bill. How am I going to pay your money if I didn’t receive your bill wei? I have never been charged for that kind of things since I use credit card ok! Is it my fault if I didn’t receive your statement? What la!

7. I hate writing project’s MOM la!

8. My ATM card having problem to withdraw my money. End up, I have to replace a new card, and this is really wasting my time! Plus, luckily hubby was there to sign the form because their system can’t recognize my signature, as the account was joining account. Haiyayayyayaya!

9. I spent grand amount of money to pay credit card that we used to shop for our new house! It took me years and months to save it, but 1 day enough for me to finish all of them… I never feel this poor in my entire life… So, anybody out there having problem in finishing their money, please.. please… please… call me for me to help you! I only need one day to finish them!

10. I wasted lots of food because I had full of Mc D rather than finishing the left over food that we had for iftar yesterday at my in law’s house. So sayang =( If mamak get to know this, for sure she get upset for wasting food ;(

11. I need to go and see Dr. It’s been 14 days now that I have my menses. And it doesn’t show any sign of stopping. Why oh why?

12. Due to the above tenseness, I only manage to produce 3oz of EBM today. Pity to Aimee =(

Friday, August 13, 2010

Apa pasal suka kutuk drama melayu?

5 orang pot pet
Kemarin semasa ber bloghopping ada lah terjumpa satu blog ni yang mengutuk drama melayu yang baru-baru ini (baru minggu lepas habis rasanya) ditayangkan di TV3 setiap jam 10.30malam, daripada hari Selasa-Khamis. Siapa-siapa yang ada tengok tu, taulah drama apa.

Ok, sia cakap terus terang, sia ni antara penggemar drama Melayu. Tidak kisah lah orang cakap apa pasal drama Melayu, sia tetap akan tengok bila-bila mana sia ada masa terluang. (drama bukan Melayu pun sia minat jugak =) Tamil ka, cina ka, orang putih ka, hindustan ka.. semua layannnnnnn….)

Berbalik kepada entry si penulis blog ni. Dalam entry minah ni, bukan main lancang lagi mulutnya mengutuk penulis drama melayu. Sia kan kadang-kadang kesian dengan orang Melayu sendiri.

Selama sia hidup dan dewasa ini, pada kebanyakan masa akan sia dengar ketidakpuasan hati Orang Melayu terhadap apa sahaja yang dibuat oleh orang melayu sendiri. Semuanya tidak kena. Namakan saja, lagu, drama, filem, kereta, produk tempatan dan banyak lagi. Tapi, kalau produk keluaran luar negara macam Indon, Negara-negara orang putih macam US ka, Europe ka, semuanya hebat belakalah. Sampaikan kadang-kadang ada filem yang pada hemat sia tidak masuk di akal dan mengarut pun tetap mendapat hasil jualan tiket yang membanggakan. Siap berebut-rebut dan sanggup berbaris beli tiket di pawagam. Tidak dapat pawagam sini, pigi pawagam sana. Kalau ditayangkan semula di TV berapa puluh kali pun, sanggup tangguhkan semua benda yang penting untuk dibuat semata-mata mahu menonton filem yang dulunya pernah ditonton.

Terus terang sia cakap, even hubby sia pun pengutuk nombor 1 drama, filem dan lagu-lagu Melayu. Memang saja cari pasal untuk ditarbiah la tuh!

Bukanlah sia mahu cakap yang semua produk orang Melayu ni bagus. Ada jugak yang kadang-kadang sia rasa kurang bagus di mata sia. Tapi, pada sialah kan, daripada kita setakat mengutuk dan menghina dan mengata sahaja, apa salahnya kita mengutuk sambil memberi idea bagaimana untuk memajukan lagi produk atau keluaran Orang Melayu kita tu. Janganlah kutuk sampai mungkin boleh menyebabkan si penghasil produk berkenaan berkecil hati lalu langsung mematikan hasratnya untuk memperbaiki diri pada masa akan datang. Senang cerita, cuba kita letakkan diri kita dalam kasut mereka (direct translation from English betul.. hhahahaha).

Apa-apa pun, sia tetap peminat drama-drama Melayu! Lantaklah kamurang mahu cakap apa!


Thursday, August 12, 2010

Kasut Crocs Aimee

5 orang pot pet

Hari tu sia ada cerita pasal hobi Aimee kan?

Kali ni sia mau berkongsi pasal kasut kegemaran si minah Aimee ni pulak. Sebenarnya kasut ni pada mulanya, sia dengan hubby ada ternampak di kedai yang kami belikan dia bola. Tapi, tidaklah pulak kami terfikir untuk membelinya dengan alasan kami berdua ni bukannya suka sangat dengan kasut ala-ala kasut crocs ni. Lagipun, si minah Aimee ni kan sudah ada beberapa pasang kasut. Jadi, buat apa mau beli?

Sekalinya, keesokan harinya bila kami ke rumah nekmanya, ternampak lah pulak kasut ni. Rupa-rupanya, nekma dengan atuknya malam tu pun pergi ke kedai yang sama untuk belikan Aimee bola. Tidak disangka-sangka kebetulan lah pulak. Being Aimee's nekma, MIL sia ni memang suka belikan cucunya macam-macam. Rupa-rupanya nekma yang beli kasut yang kami nampak tu....

Dan, dengan tidak disangka-sangka, si minah Aimee ni sangat-sangat suka pada kasut ni ok! Buktinya? Dia kalau ternampak jak kasut ni, mesti dia akan suruh siapa-siapa yang ada dengan dia pada masa tu untuk pakaikan, walaupun berada dalam rumah! Siap kalau tertanggal, suruh pakaikan balik tu!

Tidak percaya?

Tengok gambar-gambar di bawah ni... Apa macam? Cantik tidak kasut crocs Aimee?

Baca buku pun pakai tau....
p/s Auntee Ina: Aimee masih rajin study tau Auntee Ina... Ni Aimee suh ayah amik gambar nak tunjuk bukti pada Auntee ni =)

Sampai ke tidur pun pakai jugak... Adeilah anak dara den seorang ni.... Ala-ala pamannya la pulak, suka bawak tidur kasut..

Cakap pasal paman si Aimee ni, ni hah di bawah ni gambar Aimee dan paman (pokcik) nya (satu-satunya adik lelaki sia ni)...

p/p/s lagi sekali pada Auntee Ina: Perasan tak baju baru Aimee? hehehhehe =)

Bawah ni pulak, saja jak tempek gambar Aimee dan ayahnya...Masa ni kami pigi makan di restoran Raja Udang di Keramat AU (belakang Jusco Setiawangsa). Happy betul budak kecil tu dapat main atas meja di kedai tu. Habis semua kesan minyak-minyak atas meja tu dia tolong kasi lap. Selamat baju baru dia malam tu. Haih!

Bawah ni pulak, gambar 2 orang sleeping beauty yang kepenatan tidur di petang hari lepas balik dari orang kawin... hehhehehe...

Wednesday, August 11, 2010

Mamak

5 orang pot pet
Masuk bulan puasa tahun ni mengingatkan sia pada mamak.

Mamak di atas bukanlah mamak kedai mamak ya. Mamak ni adalah panggilan sia untuk ibu tersayang.

Pada yang belum pernah melihat wajah mamak sia, inilah rupa mamak.


Pada waktu ini pada tahun lepas, mamak dengan bapak berkampung di sini semata-mata untuk menjaga sia dan Aimee. Best betul masa tu.

Mamaklah yang banyak bersusah payah menjaga sia sepanjang pantang. Walaupun mamak nampak macam tidak larat, dia usahakan jugak untuk menjaga anak perempuannya ini. Menjaga Aimee pada waktu malam supaya anaknya dapat tidur nyenyak sepanjang pantang, tolong hal-hal kerja rumah. Serba-serbi lah. (Sedih pulak rasanya bila mengingatkan masa ni). Mamak terlalu menjaga hati sia yang cepat terguris ni.

Sia mengaku sia ni terlalu cepat berkecil hati pada mamak. Tapi, mamak selalu bersabar dengan sia walaupun sebenarnya dalam hati, hanya Tuhan yang tahu betapa dia berkecil hati. sampaikan ada satu masa, mamak menitiskan air mata masa sia luahkan betapa sia kecewa sebab sia rasa mamak kurang menyokong sia dalam cubaan untuk menyusu badankan Aimee. Mamak hanya mampu menangis dan cakap “Sebenarnya mamak bukan tidak menyokong, tapi mamak kesian tengok anak mamak susah hati sebab tension susu tidak cukup. Mamak kesian tengok anak mamak penat tertidur duduk semata-mata sebab terlalu ingin menyusu badankan Aimee” Masa tulah sia peluk mamak sambil mintak maaf. Mak mana tidak sayangkan anak kan? Banyak betul salah sia pada mamak sepanjang sia hidup.

Belum pernah sia bercerita pasal mamak kan?

Mamak adalah antara insan yang sia kagumi dalam hidup ini. Mamak bijak dalam menguruskan kewangan keluarga. Untuk pengetahuan pembaca-pembaca tersayang, mamak ni bukanlah seorang yang berpelajaran. Dia tidak pernah bersekolah sebab dulu-dulu masa dia kecil, dia dijaga oleh neneknya. Nenek mamak ni kira tipikal orang dulu-dululah, kurang berkenan orang perempuan ke sekolah. Kalau kantoi pergi ke sekolah, siaplah bila balik, mesti kena hambat punya.

Jadi dipendekkan cerita, disebabkan mamak tidak ada pelajaran, mamak selalu cakap dia tidak pandai membaca dan menulis. Tapi, masa sia tingkatan 3, kantoi mamak pandai membaca dan menulis. Masa tu dia pergi menunaikan haji dengan nenek. Risau jugak mula-mula masa mamak mahu berangkat ke Mekah masa tu. Iyalah, macam mana dia mahu ke mana-mana kalau tidak boleh membaca kan. Tapi, alhamdulillah, dia selamat pulang. Yang paling menghairankan, siap barang-barang yang dia bawak balik ada tulis nama dengan alamat rumah lagi. Bila sia tanya siapa yang tulis, dia diam. Hmmmmm.. dialah tu yang tulis tapi tidak mahu mengaku. Ceh! Mamak ni merendah diri pulak.

Disebabkan tiada pelajaran jugak, dulunya mamak tidak tahu solat & mengaji. Tapi, berkat kesabarannya menuntut ilmu daripada ustaz dan ustazah di masjid di kampung kami, alhamdulillah, sekarang mamak sudah pandai solat dan mengaji dengan lancar. Sia sangat kagum dengan kesungguhan mamak untuk belajar!

Berbalik kepada kepintaran mamak menguruskan hal ehwal kewangan keluarga. Mamak ni dulunya kahwin dengan bapak atas pilihan keluarga. Muda lagi masa tu. Umur 21 tahun kalau tidak silap. Lepas mamak kahwin dengan bapak, selalunya bapak akan bagi mamak semua duit gajinya dan akan ambil yang perlu sahaja untuk perbelanjaan sendiri. Dan mamak pada setiap bulan, duit gaji bapak tu akan dibahagi-bahagikan untuk perbelanjaan keluarga dan dia tidak pernah lupa untuk simpanan dirinya, bapak dan anak-anaknya. Begitulah rutin mamak setiap bulan setiap kali dapat gaji yang bapak bagi.

Dulu-dulu masa sebelum kegawatan ekonomi pada tahun 90-an, sia tidak pernah rasa susah untuk dapat duit walaupun gaji bapak bukanlah banyak mana. Kami bukan orang kaya. Kami orang-orang biasa saja. Tapi, setiap kali apa yang sia minta daripada mamak, jarang sekali mamak tolak. Mungkin pada mulanya dia tidak bagi, tapi selalunya tidak lama selepas sia merajuk atau buat-buat merajuk, pasti mamak akan adakan untuk menggembirakan hati anaknya.

Selepas gawat tahun 90-an, nampak ketara lain cara mamak menguruskan kewangan keluarga. Setiap kali apa yang sia minta, pasti mamak akan jawab “Tengok dululah nak. Insya Allah kalau masagena (cukup/senang) duit, kita beli ok” Pada masa tu, sia selalu berkecil hati dengan mamak. Sia tidak paham kenapa terlalu susah untuk mamak benarkan sia beli apa yang sia mahu. Kemudian setelah begitu lama sia selalu merajuk dan marah pada mamak barulah mamak jelaskan pada sia kenapa pada masa itu dia terlalu berhati-hati untuk berbelanja. Rupa-rupanya pada masa tu, bapak sudah tiada kerja. Setiap duit yang mamak gunakan pada masa itu semuanya datang daripada duit simpanan. Pada masa tulah nampak siapa sebenarnya kawan dan saudara yang betul-betul kawan dan saudara. Tapi, mamak redha. Mamak kuat! Masa itulah sia selalu diceritakan oleh mamak pasal kesusahan mamak dengan bapak mencari duit, betapa susahnya mereka dulu untuk sampai ke tahap seperti sekarang, Betapa susahnya untuk ada keluarga dan kawan yang betul-betul terima kita seadanya. Semua itu telah mamak peringatkan sampai sia menanam hasrat untuk mesti melanjutkan pelajaran ke peringkat uni sebaik sahaja habis SPM supaya sia boleh menolong mamak dengan bapak supaya diorang tidak perlu risau lagi.

Dan alhamdulillah, sia bersyukur dengan berkat doa mamak dan bapak, akhirnya sekarang sia telah bekerja dan mampu mengirimkan mamak sedikit duit setiap bulan untuk membantu diorang dalam perbelanjaan sehari-hari.

Pasal hidup berumahtangga pulak, mamak selalu nasihatkan sia supaya banyak bersabar dan jangan banyak melenting. Ikutkan sahaja semua permintaan suami dan keluarga mertua, walaupun terasa hati tidak suka. Mamak terlalu takut sekiranya suami sia atau keluarga mertua sia berkecil hati. Sampaikan ada satu masa pada tahun ini, dia boleh cakap dengan sia “Kalau ndak penting untuk balik Tawau, ndak payahlah balik beraya di Tawau tahun ni. Berayalah di KL. Kesian dengan keluarga mertua sebab anak-anaknya ndak ada beraya dengan diorang”. Sedih betul hati sia mula-mula masa mamak cakap macam tu. Sia siap jawab dengan mamak “Mamak ni, ndak sayang anak mamak ka sampai boleh cakap macam tu? Tahun ni kan memang giliran k Ica untuk balik beraya di Tawau” Tapi, bila sia pikirkan balik, hati seorang mak kan. Pastinya dia terpikir kesedihan yang dilalui oleh birasnya yang terpaksa beraya tanpa anak-anak di sisi.

Mamak memang begitu orangnya. Selalu fikirkan pasal orang lain sampai kadang-kadang menyusahkan diri sendiri. Yang paling sia selalu leterkan adalah pasal perangai mamak yang suka pinjamkan orang duit sebab rasa kesian. Mamak memang suka menolong pinjamkan duit pada orang. Lepas tu, orang yang janji akan bayar tu pulak, mulalah berdalih-dalih untuk membayar. Masa pinjam, janji bayar sekian-sekian hb, tup tup makan bertahun pun belum tentu diorang bayar. Kesian mamak sebab sia tahu bukan senang untuk mamak mengumpulkan duit yang dia bagi pinjam kepada orang-orang ni. Kepada yang pinjam duit mamak tu, pulangkan la wei! Bukan senang mamak kumpul duit tu tahu!

Disebabkan mamak sudah biasa susah masa kecilnya, mamak selalu ingatkan sia dan adik-adik yang lain supaya beringat untuk menyimpan duit. Sia mengaku sia tidak sebijak mamak dalam menguruskan kewangan keluarga. Sia selalu leka dan mudah terpengaruh untuk berbelanja yang bukan-bukan. Kadang-kadang sia sendiri rasa malu dengan mamak sebab tidak mampu menyimpan duit sebanyak mamak, walhal sia ni seorang yang bekerja dan mempunyai gaji yang tetap setiap bulan. Sia memang selalu boros. Disebabkan itu, sia memerlukan mamak untuk menyimpankan buku akaun dan menolong sia menyimpankan wang ke adalam akaun sia setiap bulan. Nasib baik ada mamak yang selalu mengingatkan anaknya pasal kesusahan untuk mendapatkan wang. Kalau tidak, mungkin sia dengan suami tidak mampu untuk membeli apa yang kami ada sekarang. mungkin kami akan jadi seperti orang lain yang boros tidak tentu pasal dan mempunyai hutang kad kredit keliling pinggang. Sia bersyukur punya mamak untuk berleter kepada sia pasal kepentingan menyimpan duit.

Lihatlah mamak, anak mamak masih belajar daripada mamak ni. Kan best kalau mamak dengan bapak ada di sini duduk dengan kami. Kami beli rumah tu pun supaya mamak dengan bapak boleh duduk dengan kami dengan selesa. Terasa kosong betul rumah tu untuk kami bertiga saja yang duduk. Mamak dengan bapak pikir-pikirkan la ya. Boleh adik Darnah ikut sekali! K Ica bukanlah kaya mana. Tapi, k Ica teringin betul menjaga mamak dengan bapak… (sedihnya =( emo pulak… )

K Ica sayang mamak dengan bapak!


p/s: Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya... Aminnnn..



Tuesday, August 10, 2010

Petua korek telinga si cilik manis

6 orang pot pet
Wahai sang Ibu-ibu sekalian, tolonglah si mama Aimee ni…

Bagilah idea bagaimana untuk mempermudahkan kerja-kerja mengorek telinga si comel itu!

Ya Allah! Sangat susah ok! Ketip kuku selalunya tiada masalah. Tapi, kalau bab kacau telinga minah tu, ya Rabbi! Memang sangat2 bercinta!

Kalau dulu-dulu, senang jak, sumbat te.tek kasi dia tidur, mudahlah kerja. Adalah jugak sekali sekala ditepisnya, tapi, alhamdulillah selalunya bolehlah mamanya setelkan kerja-kerja pengorekan di siang hari.

Tapi, semenjak dia mulai pandai duduk, kalau cuba korek masa dia tidur (walaupun sedang mene.tek) mahu dia melompat turun daripada riba mamanya dan terus duduk ok! Adeilah! Korek pada masa siang hari, maaplah! Nggak dapeklah!

Untuk pengetahuan kaum-kaum ibu sekalian, sekarang ni sia kalau mau korek telinga si minah cilik tu, haruslah di tengah malam atau pagi-pagi buta yang hening di mana semua orang telahpun lena dibuai mimpi-mimpi indah, termasuklah si cilik itu. Itupun, selalunya, satu malam dapat korek sebelah jak. Lagi sebelah sambung malam yang berikutnya ataupun malam-malam yang kemudiannya, itupun kalau si mamanya tidak tertidur. Kenapa? Sebab kalau tidak bernasib baik, boleh menyebabkan si minah itu terus bangun dan bermain seolah-olah hari telahpun siang!!!!!!!!!! Uwaaaaa! Kalau kena malam-malam yang macam ni, maulah si mama dan ayahnya keesokkan paginya terlajak tidur! Manakan tidak, mau dia hentam tidur jam 4.30 pagi! Macam mana mama dan ayahnya mau bangun jam 6 pagi kan? (alasan!)

Jadi, jangan hairanlah kalau ternampak telinga anak sia tu selalu sebelah bersih, sebelah lagi kotor. Bukan sia malas (alasan lagi!), cuma sia belum ketemu kaedah terbaik untuk membolehkan sia menyelesaikan kerja-kerja pembersihan tersebut dengan mudah yang boleh selesai dalam masa 1 hari!

Kalau dulu, sia selalu kutuk ibu-ibu yang telinga anak-anaknya tidak bersih a.k.a kotor, sekarang baru sia tahu, kenapa dan mengapa… Sia paham perasaan mama-mama sekalian. Bukan senang ok!

Ok, berbalik kepada tajuk entry kali ini, ada tidak siapa-siapa yang ada petua untuk mempermudahkan pengorekan telinga si cilik mama glam ini?


Friday, August 6, 2010

Status Halal

0 orang pot pet
Semalam pagi, hubby beritahu sia bahawa ada seorang kontraktor mahu membelanjai hubby dan rakan sekerjanya makan di sebuah restoran bernama Hok.kaido. Mendengar saja nama restoran tersebut, soalan yang terpacul daripada mulut sia mestilah “Halal ke bang?” Dan dijawab oleh hubby “Halal. Kontraktor A ni orang Melayu, dia cakap halal. Si B (rakan sekerja hubby) pun pernah pergi makan kat sana”. Sia dengan nada lega setuju untuk mengikuti hubby ke restoran tersebut.

Jadi, malam tadi, lebih kurang jam 8.30 malam, kami bergerak daripada rumah menuju ke restoran tersebut.

Sesampai-sampai sahaja kami di kawasan restoran tersebut, kami terkejut melihat keadaan restoran tersebut. Rupa-rupanya, restoran ini adalah restoran makanan laut yang dipunyai oleh orang bukan Muslim. Tiada tanda halal pun terpampang di mana-mana bahagian restoran tersebut, hanya perkataan “Served no pork” sahaja yang kelihatan. Siap ada logo “Calsberg” pulak tu.

Sia dengan hubby memang berat hati untuk masuk ke restoran tersebut pada mulanya. Tetapi, memikirkan si B telah melihat kelibat kami semasa kami sedang mencari tempat untuk meletakkan kereta, maka kami gagahkan juga untuk masuk ke restoran tersebut. Lagipun, hubby berasa serba salah sebab sekiranya dia balik, tentu-tentunya si B dan isteri sahaja yang akan tinggal bersama dengan si kontraktor A. Dan yang lebih membuatkan hubby rasa serba salah, sebab kedua-dua orang yang menyatakan bahawa restoran itu adalah restoran halal merupakan saudara seMuslim. Jadi, sudah tentulah tidak berapa elok untuk mempertikaikan kepercayaan kedua-dua saudara seMuslim ini di situ kan?

Selesai sahaja makan malam tersebut, sambil berjalan-jalan ke arah kereta, hubby bersuara “Inilah kali pertama dan kali terakhir kita akan makan di situ. Abang rasa tidak sedap hati. Walaupun diorang cakap restoran tu halal dan kita nampak ramai Melayu yang makan kat situ, abang masih was-was. Satu tanda halal pun tak nampak” Sia yang memang sangat bersetuju dengan pendapat hubby hanya mengiyakan.

Di dalam kereta semasa dalam perjalanan balik ke rumah, sia dengan hubby masih berbincang berkenaan dengan status halal restoran-restoran di Malaysia.

Pada pendapat sia, kita yang duduk di negara Islam yang dihuni pelbagai kaum ni kadang-kadang selalu tersepit dan terperangkap dengan kesahihan status halal restoran-restoran di Malaysia ni. Kalau macam restoran seperti yang sia nyatakan di atas, mudahlah untuk kita menilainya kan? Tapi, kalau sesebuah restoran yang pemiliknya bukan Melayu atau bukan Islam yang tidak kita ketahui mungkin kerana muka pemiliknya seakan-akan Melayu, bagaimana pula untuk kita menilaikan status halal restoran tersebut sekiranya tiada tanda halal terpampang? Susah bukan?

Berkenaan dengan status halal makanan di hotel-hotel pula, sebenarnya sama sahaja kesnya dengan kes restoran yang sia sebutkan di atas. Walaupun, hotel-hotel tersebut tidak menayangkan tanda halal dan menghidangkan minuman keras, tapi, selalunya kita tidak merasa was-was. Ini adalah barangkali kerana ia telah menjadi kebiasaan di negara kita untuk semua hotel tidak menghidangkan makanan yang tidak halal seperti binatang “itu”. Ditambah pula dengan kelibat pekerja-pekerja Muslim yang bekerja di hotel-hotel berkenaan, maka bertambahlah keyakinan kita untuk mengatakan makanan yang dihidangkan di hotel tersebut adalah halal belaka. Tapi, adakah benar semua hotel di Malaysia menghidangkan makanan halal?

Pada masa kini, status halal makanan di negara ini susah untuk kita nilaikan. Banyak yang telah kita baca melalui email berkenaan kesahihahan status halal makanan-makanan seperti ayam, pau dan makanan-makanan segera yang pada kebiasaannya menjadi kegemaran kebanyakan kaum Muslim di negara ini. Cuma yang malangnya, susah untuk kita mengiyakan apa yang kita baca melalui email, kerana tiada pekeliling ataupun arahan jelas daripada pihak berkuasa di negara kita yang mengiyakan kebenaran berita-berita atau maklumat-maklumat tersebut.

Pendedahan melalui televisyen juga telah banyak dibuat kebelakangan ini. Tapi, malangnya, apabila berita-berita tersebut ditayangkan, jenama ataupun nama pengeluar bahan makanan tersebut tidak pula dinyatakan, malahan kadang-kadang di “censored” kan. Menambahburukkan keadaan lagi apabila sekali lagi tiada sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara kita tentang kesahihan berita-berita tersebut. Kenapa? Adakah kerana berita itu tidak benar? Ataupun pihak-pihak yang berkenaan mempunyai kepentingan untuk tidak mengiyakan kesahihan berita berkenaan?

Entahkan sampai bila keadaan ini akan berlaku di negara kita yang majoriti penduduknya adalah Melayu dan Muslim. Kadang-kadang tidak tahu siapa yang patut dipersalahkan apabila isu seperti ini dibangkitkan.

Pada sia dan hubby lah, kami bergantung sepenuhnya kepada ketua pemimpin negara yang kami cintai ini dalam menilai status halal mana-mana makanan yang akan kami makan. Mereka sebagai pemimpin sepatutnya bertanggungjawab menjaga kebajikan orang Muslim yang juga saudara seagamanya. Sekiranya ada perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan kami yang jahil ini, maka hanya Tuhan yang tahu. Walaubagaimanapun, penilaian sendiri di mana yang perlu seperti yang kami nyatakan di atas juga menjadi salah satu faktor untuk kami memutuskan samada mahu percaya dengan status halal yang diwar-warkan atau tidak. Sekiranya kami memang berasa was-was dan ada cara untuk mengelakkan daripada makan di tempat tersebut, akan kami elakkan seboleh-bolehnya. Wallahualam....

Ya Allah ya Tuhanku, hanya Engkau tempat kami bermohon dan berharap. Jauhkanlah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan darah daging keturunan kami. Ampunilah dosa-dosa kami sekiranya ada yang telah kami terlanjur di atas kejahilan diri kami sendiri ya Allah! Hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang tidak kami ketahui. Aminnnnn... ya rabbal alamin....

p/s: Untuk keterangan lanjut berkenaan info halal dan logo halal yang sah digunakan di Malaysia, klik di sini.


Thursday, August 5, 2010

Working shoes

0 orang pot pet
It’s been 2 weeks now that I’m wearing sandal instead of covered shoes to office. I feel so weird & too leisure and unprofessional.

FYI, I’m one of those type of person that wearing covered shoes to office EVERYDAY! It’s not that I wanted to be look like a professional or what so ever. I’m not that poyo ok! It’s just that it’s became a habit since I worked in my previous company which was a factory, where everybody compulsory to wear covered shoes at all time (for safety reason). And FYI also, I don’t wear selipar at office, except sometimes if need it for taking my wudhu for praying.


picture googled

Talking about my working shoes, currently, I only have 2 heel shoes, black & brown leather shoes, from Pierre Cardin. I’ve been wearing these 2 shoes since 2007. I like this brand because it was soooooooo comfy. Actually I do like to wear stylish and fashionable shoes. But, due to the uncomfortable reason, still I will always go back to those unfashionable but comfy shoes.

Now that I’m thinking of changing my working shoes, but I can’t imagine how long it will takes me this time for searching the best shoes. Usually, it’s not easy for me to search for the best shoes to wear to office, as I wear it all day long except for driving. So, I really need to find the most comfortable shoes, so that I don’t have to re-find other shoes later on. Value for money also will be one of the factors that I will consider before buying the shoes. Of course I will prefer cheaper one if there is any. But, usually it wasn’t easy to find cheap and comfortable shoes in our market. So, for myself, I will put my budget maximum at RM300 per pair, and expecting that the shoes can be wear minimum 2-3 years before I have to change a new one. Really value for my money right? =) (so stingy! hahaahahaha)

Hmmmm, now I'm thinking of buying peep toe this time for work, as people nowadays accept it as modern covered shoes. Ouh! How I like peep toe! For sure it will look cool and sexy on my feet... Huhuhu...

picture googled

so, what do you think? Should I or shouldn't I?


p/s: Will let my feet to wear sandal until tomorrow. And I will go back to normal wearing by next week.


Wednesday, August 4, 2010

Hobi baru Aimee

5 orang pot pet

Cuba tengok gambar di bawah ni dan cari di mana Aimee… (abaikan kesepahan rumah kami itu ya)

Nampak?
.
.
.
.
.
.

Tidak?

Ok, cuba gambar ni pulak….

Nampak kan?

Hahahahahha…. Itulah hobi terbaru anak kesayangan sia ni, sampai ada satu hari tu masa dia mula-mula duduk bawah tu, hubby tercari-cari manalah anak kesayangannya... Rupa-rupanya dalam tu daaa.... Gembira betul dia duduk bawah ampaian baju tu….. Ya Allah! Memang diam dan sibuk susun baju-baju dalam tu, janji ada seorang (samada mama atau ayah) teman sebelah tu. Aduilah anak mama ni…. Konon mau tolong mamalah tu ya? Iyalah, tolong sepahhhhhhh…. Aiyaklah!

Tengoklah aksi minah penyepah....




Kalau panggil, dia cuma pandang dan senyum sampai telinga... hahhahahaha... Comel gila!

Lepas puas main bawah tu dan teringat yang dia memerlukan te.tek mamanya, barulah keluar panggil mama! mama! mama!

Alahai sayang mama....


p/s: Kalau PIL tahu cucu dia main bawah tu, mampus mama dengan ayah dia kena bebel. Pembaca sekalian sila diam dan jangan buka mulut arrrr... Sudah baca mulut kasi zipppp! (especially untuk hubby & Ina)


Dr Kee

0 orang pot pet
Mungkin ada sesiapa yang pernah pigi klinik Dr ni. Klinik dia ni terletak di Taman Melawati. Klinik dia ni buruk jak. Serius buruk, sangat old skool kalau mahu dibandingkan dengan klinik-klinik moden zaman sekarang ni. Sudahlah tu, hanya dia seorang jak Dr yang bertugas daripada pagi sampailah ke malam. Oleh itu, dia pun datang ikut suka hati dia jak. Kadang jam 10.30, kadang jam 11, kadang lebih lagi daripada tu. Tapi, semua pesakitnya tetap setia menunggu termasuklah kami-kami ni. Pembantu a.k.a nurse nya pun ada 2 orang jak tau.

Dr ni pulak sebenarnya bukan bernama Kee pun. Konon dengar cerita orang-orang di situ, Kee tu dulu nama partnernya, seorang Cina. Tapi sudah meninggal dunia. Jadi, dia seorang jaklah yang handle klinik tu sampai sekarang. Dengar orang cakap jugak, anak-anak Dr ni pun semuanya Dr. Tapi, semua tidak mahu bekerja di klinik tu. Semua pun bukak klinik masing-masing. Apa daaaaa….

Berbalik pada cerita Dr ni. Nama Dr ni sebenarnya Dr. Mahinder. Dia seorang tua yang sangat2 berpengalaman dalam bidang perubatan ni. Kiranya, apa sahaja sakit kita, kalau datang jumpa dia, pasti akan ada jalan penyelesaian yang boleh dia cadangakan. Dan dia bukan seorang doktor tipikal seperti doktor2 sekarang yang jenis bila kita cakap kita demam, dia terus bagi ubat tanpa memeriksa badan kita samada kita betul2 demam atau sebenarnya kita ni ada sakit lain. Walau apa pun sakit yang kita bagitau pada dia, dia akan periksa betul-betul badan kita dan baru bagitau kita yang sebenarnya kita ni sakit apa.

Kalau demam, dia akan bagitau, demam ni kemudiannya akan disusuli dengan batuk ka, selesema ka… Dia sangat berpengalaman dan sentiasa dan pada kebanyakan masa, apa yang dia cakap, memang sangat betul ok! Dan dia ni pun suka bercerita kepada pesakitnya pasal kenapa kita kena sakit tu, apa yang patut kita buat dsb, sampai kadang-kadang memang mengambil masa jugaklah kalau jumpa Dr ni. Dan pada kebanyakan masa, memanglah pesakit yang menunggu di luar tuh rasa macam “Eeeeeeeeeee! Lamanya kena tunggu Dr ni!!!!!!!” Serius! Dia langsung tidak peduli pesakit lain kena menunggu asalkan apa yang ingin dia sampaikan, sampai kepada pesakit yang berjumpa dengannya.

Banyaklah pengalaman kami dengan Dr ni. Kalau kita datang dengan gatal pun, dia akan terangkan gatal ni jenis yang macam mana. Bukan macam sesetengah Dr yang bila kita cakap gatal terus prescribe ubat gatal yang standard. Lepas tu, bila tidak sesuai, kenalah datang balik, barulah dia akan prescribe jenis yang lain. Dr. ni selalunya prescribe ubat yang betul setiap kali. Makanya, tidak perlulah kita datang berulang kali dan membazir duit dan masa.

Lepas tu, kalau kita datang mintak MC tipu daripada dia pun dia sebenarnya boleh tahu….. Hahhaahha… Contoh: Kalau kita cakap kita sakit perut cirit birit dsb, dia akan senyum-senyum dan tidak akan bercakap banyak, terus panggil assistantnya suruh bawak air dan ubat sakit perut dan suruh kita telan masa tu jugak. Lepas tu, dia akan suruh assistantnya bagi ubat demam dan MC. Kan nampak sah-sah dia tahu kita memang saja datang untuk dapatkan MC. Sia lah tuh orang yang pernah terkena macam tu… Hahhahhahahahahahha……

Kalau pasal kebersihan, Dr. ni pun bukan jenis yang terlalu pembersih. Serius! Contoh: Kalau thermometer, bukan dia gunakan pelapik plastic tu sebelum masukkan ke dalam mulut pesakit untuk check suhu badan. Main masukkan terus dalam mulut macam tu jak. Lepas guna tu pulak, dia terus masukkan ke dalam bekas berisi air jak. Tidaklah pulak sia ketahui air tu air apa kan. Dan tidak lah pulak sia ketahui samada lepas kami keluar tu dia akan tukar air dalam bekas tu atau tidak. Tapi, alhamdulillah, tiadalah sebarang penyakit yang tidak diingini berlaku.. Nauzubillah….

Ada lagi satu masa, sia tengok dia potong ubat guna tangan jak. Lepas tu letak atas meja dan tolak masuk dalam plastic ubat… Adeilah Dr ni. Memang tidak hygienic langsung ok. sarung tangan pun tidak pakai. Nasiblah ko memang betul bagus dan kami memang yakin dengan kepakaran ko.

Kadang-kadang sia dengan hubby terpikir jugak, macam manalah agaknya sekiranya Dr ni tiada kan… Mana lagi lah klinik yang akan kami jadikan klinik keluarga. Bukan senang tahu mau cari Dr yang betul-betul Dr ni. Kebanyakan Dr sekarang ni semuanya mahukan duit jak. Sayang betul kan anak-anak Dr ni sebab tidak mahu menimba pengalaman daripada ayahnya yang sangat berpengalaman itu….

Dr Kee… Dr Kee….. (iya! Kami masih memanggilnya Dr. Kee walaupun tahu namanya adalah Dr. Mahinder… ehehhehhe….)

Tuesday, August 3, 2010

Aimee sembelit =(

3 orang pot pet
Kemarin b'day girl sembelit. Kesian dia... Sebenarnya malam tu memang sudah perasan dia ada masalah mau be.rak. Tapi, disebabkan mamanya hangin pada ayahnya, si b'day girl menjadi mangsa keadaan. Sian anak mama.
Sayang mama:
Mama mintak maaf marah kat Aimee sampai Aimee xmo be.rak. Dan mama dan ayah mintak maaf sebab minum air MILO dan air coklat depan Aimee sampai Aimee pun teringin minum, dan mama dan ayah pun bagi sebab x sampai hati tengok Aimee nak sangat. Lain kali mama akan ingatkan diri mama dan ayah supaya x minum depan Aimee lagi ok. Sayang buah hati mama sorang ni!
Kemarin petang jugak kami bawak Aimee pigi jumpa Dr. Kee. Dia bagi ubat roket supaya Aimee boleh berak tiap2 hari sepanjang 5 hari ni. Lepas tu, dia suruh bagi minum nestum dan bran, bagi buah2an dan jangan bagi makanan yang bercoklat.

Kesian anak mama =(

Bercakap pasal Dr. Kee, sebenarnya, Dr ni merupakan Dr kegemaran keluarga mertua sia. Dan sekarang ni pulak, telah dengan tidak rasminya menjadi kegemaran sia jugak. Tahu kenapa? Dr. ni sangat bagus ok! Besoklah sia post entry khas pasal Dr ni.

Majlis harijadi Aimee...

8 orang pot pet
Ni dia update gambar-gambar masa sambutan b'day Aimee Sabtu lepas. Terima kasih banyak2 pada kawan-kawan dan saudara-mara yang datang memeriahkan majlis. Kami sekeluarga dangat2 menghargainya! Terima kasih jugak untuk hadiah-hadiah & pre-duit raya yang Aimee dapat pada hari tersebut. Happy betul budak kecik itu tau!

Makanan: Laksa Johor, Soto Ayam, Nasi Ayam, Roti Jala & Kari Ayam/Kuah Durian, Sago gula Melaka, Samosa, Anggur dan Air sirap


Kek harijadi Aimee

Tengok bukan main excited minah tu masa orang nyanyikan lagu b'day...

Sekali suruh tiup, dia boleh toleh kanan toleh kiri, blurrrr daaa...

Terpaksalah mama tolong tiup (hehehehhe)

Tengok minah tu, suruh potong kek pun punyalah liat!

suDah! Sekali lagi si mama jugaklah kena jadi penyelamat keadaan.. Tolonglah minah tu potong kek (padahal tumpang glamour anak... hahhahaha)

Masa yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan si cilik manis! Auntee nak jugak kek!

B'day girl dengan Mama & Ayah

Sana sini Aimee...

Sekitar majlis

p/s: terima kasih juga pada my in law sebab rancang dan taja majlis ini untuk Aimee. Harapkan mama dengan ayahnya, memang xdaklah majlis tahun ni. terima kasih mama & abah!



Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery