Monday, May 30, 2011

Weekend yang BOSAN dengan mimpi yang tidak best!

0 orang pot pet
Sudah 2 hari mimpi yang tidak best! Memang bangun pagi jak mood macam apa la…

Sabtu malam Ahad, mimpi macam suasana duduk di kampong.. Rumah kampong atas tanah… Lepas tu, mimpi kononnya kampong tu dilanda huru hara disebabkan itik-itik di kampong tu tiba-tiba mengganas dan boleh membunuh orang… Akibatnya, semua orang kampong kena duduk diam-diam dalam rumah, tidak boleh keluar rumah dan terpaksa tutup semua pintu dan tingkap dan semua lubang-lubang yang membolehkan itik-itik tu menyelinap masuk dalam rumah.

Yang paling ngerinya, siap macam bilangan itik-itik tu pun macam banyakkkkk! Jadi, siapa-siapa yang mahu keluar rumah, memang kena berintip-intip bagai tengok samada ada itik di luar rumah sedang berkeliaran… Siap sia dengan ada beberapa orang kunun buat plan untuk membunuh itik-itik tu sedikit demi sedikit sampai itik-itik tu pupus. Tapi, plan tu macam seolah-olah mustahil untuk dilaksanakan… Dan tiba-tiba, sia terbangun dari tidur dengan perasaan yang masih takut-takut dan tidak bebas… Ah! Tidak best nya perasaan mimpi macam ni! Hidup tidak bebas dan terkongkong! Dan yang paling nyata, tidak paham motif mimpi ni.. Nama pun mimpi….

Malam tadi pulak, ermmm.. sebenarnya pagi tadi… Mimpi masa tidur lepas sahur tadi…. Mimpinya pendek jak pun.. Sia mimpi, kununnya tiba-tiba sia turun darah… Dan yang peliknya, bukan sia berasa risau ka atau apa, tapi sia boleh pulak berasa seronok sebab macam kunun tidak perlulah pergi kerja pagi ni sebab turun darah.. Turun darah, bermaksud, sia kena ke hospital.. Bila ke hospital, tentu-tentunya akan memakan masa yang agak lama untuk selesai…. Kesimpulannya, potensi untuk tidak perlu masuk ke pejabat adalah tinggi… Apa daaaaaa!!!!!!!!!!

Motif mimpi? Mungkin sudah terlalu lama tidak dapat MC… Iyalah, masa mengandung Aimee dulu, selalu jugak berasa tidak sihat yang menyebabkan terpaksa ber MC sepanjang mengandung tu.. Yang mengandung kali ni, awal-awal tu jak yang macam mak aih! Tenat! Sekarang, alhamdulillah.. Diberi kekuatan untuk tidak ponteng dari kerja… Tu yang barangkali membuatkan si mak buyung rasa rindu untuk ber MC-MC an.. hahahhahahha…. Kah, sudah tidak sabar cuti bersalin? Oh! Jangannnnn!!!!!!!!!

Ish! Tapi, bila fikir-fikir MC sebab turun darah, hish! Nauzubillah! Takott! Sudahlah sia kebelakangan ni memang macam makin cepat berasa penat.. Manalah tau kan… nauzubillah! Mintak dijauhkan… Mudah-mudahan dipermudahkan sampai ke hari melahirkan… Kalau lewat melahirkan pun bagus jugak.. Tidaklah perlu mengganti puasa terlalu banyak (Boleh eik doa macam tu?)

Cerita weekend pun kurang best...

Dimulakan dengan masakan Spagheti Carbonara yang kuahnya terhangit pada hari Jumaat malam... lepas tu, kuah gado-gado (orang sini panggil pecal) yang kurang kick disebabkan guna kacang besar instead of kacang kecil... lepas tu, bake kek mangga macam tidak naik... Ah!

Dan yang paling sedih sekali, semua-semua yang sia masak di atas tu, sia seorang jak yang makan... Anak beranak 2 orang tu memang tidak layan la wei! masakkan diorang ayam dengan sayur makan dengan nasi, baru layan weh! Ah! weekend yang BOSAN!

Bosan tidak bosan, kamurang layankan jaklah gambar makanan-makanan yang sia masak syiok sendiri tu... Sia rasa ok jak rasanya pun.. Tapi, sudah ditakdirkan anak dengan En. Suami sia memang tidak layan makanan-makanan ni.. Apa boleh buat kan? Dan, sia pun tidak akan berputus asa untuk mengulangi masakan-masakan tersebut di masa akan datang.. Nasiblah....

Spagheti Carbonara


Bahan-bahan gado-gado (Pecal)


Gado-gado pinggan yang pertama


Gado-gado pinggan yang kedua


Kek Yogurt Mangga


Nanti kalau sia rajin, sia update lah resepinya dalam blog ni...


Friday, May 27, 2011

Resepi Kek Coklat Kukus Munira

6 orang pot pet
RESEPI KEK COKLAT KUKUS MUNIRA (Resepi cilok dari hanamemories)
Kos: Lebih kurang RM13.00 (boleh makan untuk 9-10 orang)

Bahan-bahan:

Bahan A:
1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje (letak 3/4 jugak)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair - hana gune susu segar (sia guna susu cair)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde (sia tidak letak)

Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C:
4 biji telur - diblender (tapi kak.noor pukul hingga kembang) - hana juga (pukul saja)


Cara-cara:
1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
2. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak (sia tidak letak pun kertas kalis minyak tu).
3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.
4. Siap untuk dibuatkan frosting kalau suka


Frosting tu sia buat guna coklat masakan saja...

Bahan-bahan:
170 gm coklat masakan
Sedikit cocoa butter (lebih kurang sebesar duit 10 sen)
Kacang tumbuk secukupnya

Cara2:
1. Masakkan coklat masakan dan cocoa butter dengan cara double boiler di atas api sederhana.
2. Setelah cair sepenuhnya, tuang di atas kek yang telah disejukkan ikut kreativiti masing-masing.
3. Taburkan kacang tumbuk sebagai hiasan.




Selamat mencuba kamurang! Resepi ni memang senang dan sangat moist! Kalau malas buat frosting, makan dengan aiskrim vanilla pun sedap! Ala-ala makan brownies Secret recipe dengan aiskrim vanilla pulak. Yummeh!


Info for sharing:
Cocoa butter tu diletakkan untuk melambatkan coklat masakan menjadi keras dan mencantikkan kekerasannya bila sudah sejuk. Paling sesuai digunakan untuk membuat Almond London.

Thursday, May 26, 2011

Akak pergi kerja dulu ya! Bye!

4 orang pot pet
Pagi ni sia sudah terbuat jahat pada 2 orang budak sekolah…

Macam ni ceritanya….

Pada yang tahu, sia ni sekarang pergi kerja tiap-tiap pagi memang tumpang officemate sia si Wani yang mana dia ni jugak adalah jiran yang berlainan blok di tempat yang sia tinggal…. Dan pada kebiasaannya, jika kebetulan pagi tu sia terturun awal sedikit, sia akan tumpang duduk di kerusi pak guard yang diletakkan di luar lif lobi blok sia (kalau pak guard tu tidak ada lagi duduk di situ lah).

Dan kalau ada yang tertanya-tanya kenapa ada kerusi pak guard di luar lif lobi blok tu…. Guard yang duduk di situ sebenarnya ditugaskan untuk memantau pergerakan keluar masuk pelawat, bermaksud, kalau ada pelawat yang keluar masuk/penghuni yang tidak ada access card, maka tugas guard tu lah yang akan membukakan pintu lif lobi tu untuk membolehkan diorang keluar dan masuk.

Jadiknya, selama beberapa kali sia tumpang di kerusi pak guard tu, memang adalah beberapa kali orang mintak tolong dengan sia untuk dibukakan pintu untuk keluar dari lif lobi tu. Sia pun tidak kisahlah… Lagipun, access card tu pun bukannya ada limitation untuk swipe berapa kali dalam sehari, atau mesti swipe balik keluar kalau sudah swipe masuk…. Jadi, apa slahnya kan...

Dan pagi ni, dijadikan cerita, masa sia duduk menunggu budak Wani ni, tiba-tiba ada seorang budak sekolah lelaki dalam umur 10 tahun barangkali…. Dengan muka berlagaknya, pandang ke arah sia tanpa bersuara dengan riak muka memberikan arahan supaya sia membuka pintu agar dia dengan kakaknya dapat keluar daripada lif lobi tu. Pulak tu, pandangan tu memang macam bos mengarahkan kulinya untuk berbuat sesuatu lah… Huh! Sia dalam hati ~haih budak ni! Sudahlah mintak tolong dengan aku, boleh pulak dia buat muka macam tu!~ Sia pun yang memang sedang bengang dan tidak bersuara, hanya memberi isyarat buat-buat tidak faham apa yang dia inginkan…. Lagi sekali, budak tu tunjuk ke arah pintu lif lobi… Dan, sia yang memang malas mahu melayan budak kecik yang kurang budi pekerti tu, buat-buat yang kununnya sia tidak ada access card dan mendiamkan diri sambil menunggu Wani sampai…

Tapi, dalam-dalam sia bengang tu, dalam hati terdetik jugak ~Manalah pak guard ni? Kenapalah tidak ada seorang pun yang tunggu di sini? Kan menyusahkan orang namanya tu!~ Sia kesian jugak dengan budak 2 orang tu.. Tapi, iyalah, sia memang pantang dengan orang-orang yang macam ni… Mahu mintak tolong, tapi tidak tahu adab! Pulak tu pandang aku seolah-olah aku ni pulak mak guard yang bertugas di situ. Hello dik oi! Kalaupun aku ni mak guard yang bertugas di situ, itukah caranya untuk meminta tolong? Dan lagi 1, setiap rumah sudah dibekalkan dengan access card…. Jadi, kalau kau tertinggal card or what so ever, salah aku kah kalau tidak mahu tolong kau kalau itu caranya kau meminta tolong? Boleh! Boleh! Boleh blah! Tidak kiralah kau tu kecik ka, besar ka, dato’ ka, datin ka, PM ka, aku pedulik apa! Memang akan ku bolayan saja… Sori lah dek non! Duduklah kau diam-diam tunggu pak guard bukakkan pintu tu ya! Padan dengan muka kau sebab tidak tahu adab meminta tolong… Akak pergi kerja dulu ya! Bye!

Tapi kan kamurang, betul tau… Zaman sekarang ni, memang banyak kita boleh tengok budak-budak tidak tahu adab budi pekerti… Kadang-kadang, mahu salahkan diorang pun macam tidak adil… Mahu salahkan ibu bapa, hmmmm susah mahu cakap…. Kalau kata ibu bapa sekarang terlalu memanjakan anak sampai anak turn out jadi macam tu, mulalah ibu bapa melenting tidak tentu pasal… Tapi, betullah kan…. Segala apa-apa yang kita nampak daripada luaran seorang kanak-kanak kan akan menggambarkan cara didikan ibu bapanya.. Lagi kalau budak-budak sekecil itu.. Kalau daripada kecil tidak diajar cara menghormati orang tua, macam mana diorang akan tahu kan? Diorang tu kan dilahirkan putih bersih dan tidak mengerti apa-apa… Jadi, kalau bukan ibu bapa dan keluarga yang mendidik mereka akan perkara berkaitan budi pekerti, siapa lagi yang harus diharapkan?

Sia tidak cakaplah cara sia didik anak tu betul sangat… tapi, sekurang-kurangnya, sia mencuba yang terbaik… Bila berdepan dengan orang yang lebih tua, kalaupun tidak mahu salam, senyum, tidakpun, lambai… Bila bermain, kaki tangan jangan sampai ke badan orang lain, tidak kira samada orang lain tu kanak-kanak yang sebayanya ataupun orang yang lebih tua… Belajar minta maaf kalau berbuat salah... Jangan suka meneriakkan orang… belajar berkongsi mainan dengan kawan-kawan…. Menyahut bila namanya dipanggil… yang penting, tentukan had apa yang boleh dan tidak boleh dia lakukan… Dan mengajarkannya akan denda-denda yang akan dia perolehi sekiranya dia melebihi had yang telah ditentukan…

Mungkin ada yang cakap, kanak-kanak terlalu kecil untuk diajarkan benda-benda seperti itu.. Pada sia, anggapan seperti itu adalah salah sama sekali! Kita sebagai ibu bapa seharusnya tahu kebolehan anak-anak kita. Kita sendiri tahu bila masanya anak-anak kita mulai faham akan apa yang kita ajarkan…. Tapi, ajaran-ajaran berkaitan budi pekerti memang harus diterapkan daripada seawal-awal yang boleh…

Macam Aimee sendiri, seingat sia, masa dia berumur setahun 4 atau 5 bulan, sia sudah perasan dia sudah mulai boleh faham apa yang sia ajarkan… Tidak banyak, sedikit… Jadi, dari sehari ke sehari, sia ajarkan dia apa yang dia boleh buat dan tidak boleh… Dan daripada sehari ke sehari itu jugak, sia nampak perubahan dalam dirinya… Nampak dia cepat matang… Boleh dengar kata, walaupun kadang-kadang ada jugak kedegilannya… Tapi, senang cakap, sia sendiri sebenarnya tidak jangkakan begitu cepat perkembangan pemahamannya terhadap apa yang sia cuba sampaikan kepadanya…. Dan sekarang, dia memang sangat-sangat dewasa di mata sia… Betapalah tajamnya otak seorang kanak-kanak yang kita rasakan terlalu kecil untuk memahami apa yang kita cuba sampaikan….

Jadi, pada sia, tidak ada umur tertentu yang perlu kita hadkan untuk memulakan mengajar berkaitan budi pekerti kepada kanak-kanak… Lebih awal, lebih bagus, sekiranya diorang sudah boleh menerima apa yang kita cuba sampaikan… Ingatlah, sebenarnya, kalau ikut kajian pun, dari dalam perut lagi sebenarnya anak-anak kita sudah mulai belajar…. Dan pada umur yang kira rasakan sangat awal itu, sebenarnya pada umur itulah anak-anak kita sangat cepat menyerap segala apa yang dia lihat, dengar dan alami… Sebab itulah orang selalu cakap, bila bercakap atau berbuat sesuatu di depan seorang kanak-kanak, jaga perlakuan dan tutur kata. Jangan berbuat atau berkata perkataan-perkataan yang tidak elok.. Sebab walaupun, pada masa tu kita nampak seolah-olah dia tidak faham apa yang kita cakapkan, tapi sebenarnya, masa tulah otaknya akan menyerap semua-semua yang berlaku, dan jangan terkejut, pada masa yang akan datang (mungkin 5-6 bulan mendatang atau lebih awal), kanak-kanak tersebut mungkin akan mengeluarkan balik apa yang telah diserapnya pada waktu itu… Dan pada masa itu, memang sudah terlambatlah untuk kita menarik balik apa yang telah kita katakan….

Jadi, akhir kata, sia hanya mahu berpesan kepada anak-anak sia…..

Anak-anak mama sayang, mama berdoa semoga anak-anak mama membesar sebagai manusia yang berbudi pekerti, tahu menghormati orang lain tidak kira pangkat, umur, keturunan…. Ingatlah anak-anak mama sayang, sesungguhnya, kita tidak akan rugi sedikitpun kalau kita berbuat baik kepada orang. Janganlah sampai kita ini menjadi buahan mulut orang disebabkan ketidakberbudipekertinya kita terhadap orang…. Selagi orang berbuat baik kepada kita, maka berbuat baiklah juga kepada orang-orang itu… Dan kalau mampu berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita, buatlah sedemikian….

Dan jangan sesekali harapkan balasan terhadap apa yang kita lakukan… Ingat! Allah sentiasa ada untuk kita. Hanya dia yang tahu, dan biarlah Dia saja yang memberikan balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat kepada kita.. Ingatlah, bahawa setiap apa yang kita lakukan, ianya pasti sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada cucu cicit kita kelak… Jika baik budi pekerti kita terhadap orang, makan sehingga ke anak cucu cicitlah kebaikan itu akan dikenang orang.. Dan jika sebaliknya, maka sehingga ke anak cucu cicitlah keturunan kita akan dikeji dan dicaci… Nauzubillah!


Mudah-mudahan anak Mama membesar menjadi manusia yang tahu menghormati dan sentiasa dihormati orang... Aminnn....



Wednesday, May 25, 2011

Senarai Keperluan Menyambut bayi (Expecting Baby Checklists)

6 orang pot pet
Dulu masa sia mengandungkan anak pertama, sia sudah pernah buat entry ni di blog lama sia. Tapi, tidak pernah sia berkesempatan meng update checklists tersebut sampailah sia terberanak. Begitu juga si Puan Nozie.. Sorry lah sangat-sangat Nozie.. Tak sempat sangat-sangat hari tu...

Jadi, bila perut sudah masuk bulan yang ke-7 ni, haruslah membuat persiapan untuk menyambut orang baru kan... Dulu, sia siap ada print hard copy checklists ni dan tambah-tambah checklists tu menggunakan pen sebab malas setiap kali update softcopynya. Tapi, daripada hari tu, cari punya cari, tidak dijumpai la pulak. Haiyak! Ni mesti kes terbuang masa pindah rumah tahun lepas la ni... Nasiblah...

Jadi, di sini, sia kongsikan apa-apa yang ada dululah ya. Dan sia akan update dari masa ke semasa bila-bila masa sia teringat sekiranya ada apa-apa yang perlu ditambah.... Harapnya, checklists ni bergunalah pada pembaca-pembaca kalian, terutamanya 1st time parents to be (macam Ily?) dan 2nd times (Ninie dan Ainul?), 3rd times parents to be.... Mudah-mudahan checklists ni dapat memberikan sedikit idea akan keperluan-keperluan yang perlu disediakan. Sekurang-kurangnya, bolehlah kamurang plan awal-awal dan bersedia dari segi mental akan kos yang bakal dikeluarkan untuk menyediakan barangan-barangan tersebut kan?

Nota: Untuk gambar barang-barang keperluan tu (sekiranya tidak pasti apakah barangan tersebut), boleh rujuk entry lama sia yang di wordpress ni ya!

Clothing
1. Bodysuits (5-7 pcs) - Yang ni, macam family sia, diorang tidak suka cucu diorang pakai baju macam ni. Jadi kami gantikan dengan baju pasang saja (baju lengan panjang dan seluar panjang). Beli yang 0-3 bulan terus jak.
2. Baby Sleeper (5-7 pcs) - Yang ini pun sama
3. Baby Socks & mittens (5-7 pairs)
4. Newborn Baby Hats (1-2 pcs)
5. Bibs (4-5 pcs) - Yang ini boleh dilengahkan pembeliannya. Sebab macam kes sia, sia hanya perlukan benda alah ni masa baby start makan solid food, iaitu masa baby berumur 6 bulan.
6. Sweater sets (2-3 pcs) - Yang ini, sia rasa, bagi negara beriklim tropika macam Malaysia ni, tidak perlulah...
7. Baby Blanket (2-3 pcs)
8. Kain barut baby (6-10 pcs)
9. Kain batik/kain bedung baby (2-3 pcs)

Nursery basic
1. Crib - Sia tidak beli benda alah ni. Sia gantikan dengan playpan.
2. Crib Mattress (1 pc) - Sia beli yang jenis latex macam yang dicadangkan oleh Puan Mastura
3. Crib Bedding (2-3 sheets)
4. Diapers Changing Table (1 pc) - Yang ni, playpan yang sia beli memang datang bersekali dengan diapers changing table. Tapi, kalau tidak beli pun tidak apalah, katil kita kan ada.. Tukar atas katil pun ok lorrrr...
5. Waterproof Mattress Pad (for diaper changes: 1-2 pcs)
6. Bins (for clothing storage purposes)
7. Baby Pillow (1 pc) - Yang ni sia beli jenis Bumble Bee yang flat latex pillow tu. Nampak macam lebih selesa untuk baby, dan rasanya, boleh mengurangkan masalah ruam di kepala baby, sebab yang jenis ni kan ada lubang-lubang gitu...
8. Wash Cloths (6-10 pcs) - yang ni sesuai digunakan untuk dipin pada baju baby sekiranya baby menyusu menggunakan botol.
9. Playpan (1 pc)
10. Baby Travel bedding set (1 set)

Bathing & Baby Care
1. Baby Bathtub (1 pc)
2. Baby Shampoo & Body Wash (1 pc each)
3. Baby Lotion
4. Baby Towels (2-3 pcs)
5. Brush/Comb
6. Gentle Detergent (for baby’s laundry) - yang ini sangat penting sekali! Kulit baby kan sangat sensitif. Even baju Aimee pun masih basuh guna sabun jenis ni. Sia gunakan jenama Nappikleen
7. Baby Nail Clipper
8. Nasal Aspirator - Yang ni sangat penting masa baby diserang selesema.
9. Digital Rectal Thermometer
10. Minyak telon
11. Baby powder - Yang ni sia tidak guna pun

Feedings
1. Breastfeeding Support Pillow - bagi ibu-ibu yang merancang menyusukan badan bayinya, benda alah ini sangat penting! Ianya sangat-sangat membantu ok!
2. Breast Pump - Pun sangat penting pilih yang terbaik sekiranya merancang untuk fully breastfeed bayi anda. Sia pilih jenis Medela PISA, double electric pump.
3. Nursing Bra (3-4 pcs) - Pada sia, sia tidak suka guna bra jenis ni. Sia lebih suka guna jenis wired bra yang 3/4 cup. Senang untuk keluar masukkan breast, tidak perlu buka tutup butang bagai. Cepat dan lebih selesa dipakai. Idaklah breast tu nampak layuttttttt... Huhuhuhuhu....
4. Milk Collection Shells (to replace breast pad) - Pada yang rajin mengepam susu, benda alah ini mungkin tidak perlu. Tapi, mungkin perlu sediakan sedikit disposable breast pad andai kata anda perlu pergi ke site atau menghadiri meeting/kursus yang menghalang anda untuk mengepam susu...
5. Lanolin Cream - Penting bagi ibu-ibu yang ada masalah pelekapan mulut bayi semasa menyusu badan, especially 1st time mommy... Sia dulu guna jenama Medela, selamat untuk bayi...
6. Bottles & Nipples (6-10 bottles)
7. Dishwasher Basket for Bottles - Sia tidak beli pun
8. Bottle Brush - Beli tapi tidak guna pun.. Sia guna span biasa jak.. Hehhehehe...
9. Bottle Drying Rack - Guna bakul biasa pun ok
10. Bottle & Pacifier Sterilizer - Sia tidak beli pun atas nasihat Puan Mastura. Sia guna kaedah yang beliau cadangkan, didihkan air, matikan api, masukkan botol dan rendam selama lebih kurang 15-30 minit
11. Bottle Warmer - Sia tidak beli. Sia guna kaedah konvensional. Ni pun puan Mastur jugak yang ajar ni. Rendamkan saja botol masuk cawan berisi air yang telah didihkan. Senang dan murah!
12. Bottle wash - Sia gunakan jenama Tollyjoy, the best! Ni pun idea puan Mastur jugak!
13. Termos - Perlu pada ibu-ibu yang menggunakan susu formula

Diapering
1. Newborn Disposable Diapers (1 packs) - Sia cadangkan guna jenama Pet Pet. The best and the most affordable diaper ever! Tiada lagi masalah ruam lampin (Macam iklan berbayarlah pulak.. hahahhahaha)
2. Cloth Diapers (1 dozen) - Yang ni sangat perlu ya ibu-ibu. Banyak kegunaannya ni... Sebagai tuala boleh... Sebagai bedung pun boleh... Sebagai selimut pun boleh... Sebagai penghalang matahari masa travel dalam kereta pun boleh... Macam-macam lah...
3. Disposable Wipes
4. Diaper Rash Cream - macam Aimee dulu, alhamdulillah, tidak ada masalah sangat dengan ruam lampin... Sebab tu sia cakap, pemilihan lampin pakai buang yang bersesuaian amatlah penting ya ibu-ibu sekalian.... tapi, kalau perlu, kamurang boleh ikut cadangan K Aishah, guna jenama Drapolene
5. Diaper pail - Ermmm.... Ni untuk isi baju-baju baby yang kotor lah kalau guna lampin pakai buang...

Baby Soothing & Entertaining
1. Pacifiers - Sia tidak galakkan ajar baby guna benda alah ni...
2. Infant Bouncers - yang ni pun sia tidak galakkan beli. Nurse pun tidak bagi guna benda alah ni.. Otak baby sangat sensitif untuk digoncangkan walaupun menggunakan bouncer yang macam ni...
3. Play mat/Play Gym - Sia tidak pernah beli pun
4. Small Plush Toy

Baby Travel Gear
1. Car Seat - Masa Aimee masih menyusu badan, sia memang sangat jarang guna benda alah ni, kecuali masa travel yang sangat jauh (2 jam dan lebih). Sekarang dia sudah putus susu, dan mamanya pun sedang sarat, memang sangat bergunalah benda alah ni... Akhirnya, ku nampak jugak hasil daripada pelaburan terbesar yang dulunya ku ingatkan membazir itu!
2. Stroller - pada yang suka window shopping dan travel, benda alah ni memang sangat-sangat berguna.
3. Diaper Bag (1-2 pcs) - Perlu masa travel atau untuk mengisi barang-barang anak untuk ke nursery
4. Walker - kalau boleh, tidak payah guna.. Tidak baik untuk perkembangan bayi... Lebih baik biar dia belajar merangkak dan lalui fasa-fasa perkembangannya secara semulajadi... Tapi, kalau terpaksa jugak guna, boleh beli masa baby berumur 5 bulan macam tu
5. Baby carrier - Sia dulu ada beli jenama Comby. tapi, sangat tidak selesa, dan akhirnya, sia tidak guna sangat... Jadi, sia cadangkan kamurang beli yang jenis kain atau jenis baby sling macam tu... Guna kain batik macam orang Indon pakai tu pun kalau pandai lagi bagus... Nampak macam lebih selesa... dan sudah tentunya lebih murah!

Etc
1. Set bersalin - dulu masa Aimee, sia guna set Leesa Formula. Pada sia, tidak ada kesan yang nyata dapat sia rasakan. Jadi, kali ni sia mahu cuba set Nona Roguy. Ramai yang cakap set ni bagus!
2. Duit untuk kenduri akikah
3. Pati Ikan haruan

Beg Hospital Mama
1. IC
2. GL (bagi kakitangan kerajaan yang tidak ada HRMIS)
3. Buku Merah (bagi yang bersalin di Hospital Kerajaan)
Kain sarung
4. Baju tidur berbuka di depan/baju yang cukup besar (senang untuk menyusukan badan)
5. Tuala mandi
6. Pakaian untuk pulang ke rumah (baju mengandung kegemaran anda)
7. Seluar dalam mengandung pakai buang
8. Sikat dan barangan penjagaan diri asas
9. Sweater
10. Stoking untuk mama
11. maternity pad (1 pek yang isi 10 pcs)
12. Selipar
13. Kamera (bagi yang suka camhore.. hahahhhaha)
14. Baju baby (1-2 pcs)
15. Pampers baby (4-5 pcs)
16. Selimut baby (1-2 pcs)
17. Cloth diaper (1-2 pcs)
18. Baby hats (1 pc)
19. Socks & mittens (1-2 pairs)
20. Disposable wipes
21. Makanan
22. Termos (kalau rasa-rasa perlu buat air)
23. Cawan & sudu
24. Majalah
25. Kurma


Ok kamurang, itu sahaja yang dapat sia kongsikan setakat ini... harap-harap ianya dapat memanfaatkan ramai mommy dan daddy to be ya!

Resepi Ketupat Sotong

0 orang pot pet
Huish! Huish! Dongan sudah bagi resepi ketupat sotong Mok dia lah… Kalau sempat memang kena cubalah hujung minggu ni… Siap janji bagi dia rasa lagi tu… Walaupun sia tahu mesti rasa dia tidak akan sama macam Mok dia buat, tapi, sia tetap bersemangat untuk mencuba resepi Mok dia.. Hehehehhe… Tq la ngan sudi melayan karenah kawan ko yang sorang ni… Nanti kalau aku jadi buat weekend ni, aku bawakkan ko hari Isnin k!

Sebenarnya, hari tu sia ada borak-borak pasal makanan Kelantan dengan Wani masa dalam perjalanan ke pejabat. Masa tu lah tiba-tiba teringat Dongan cerita pasal betapa sedapnya ketupat sotong… Dan dan tengahari tu cari resepi. Call Dongan, dia tarak angkat pulak. Jadiknya, mintak tulun En. Google lah… Dapatlah macam-macam resepi ketupat sotong ni.. Ada yang masin, ada yang manis, ada yang pedas.. Sudah! Mulalah kepala pening mahu pilih resepi yang mana satu… Pening pening pun, sia ambik jugak semua resepi.. Hehhehehhe…

Balik rumah, study semua resepi.. Lepas tu, pilih resepi ketupat sotong yang manis, dengan alasan buat teori sendiri ~Makanan orang Kelantan kan selalunya manis-manis… So, mungkin inilah yang terbaik!~ Lagipun, resepi yang sia pilih tu adalah yang termudah sekali! Memang dasar orang pemalas kan….

Jadi kamurang, mari sia kongsi dulu resepi ni sebelum sia mencuba resepi ketupat sotong Mok si Dongan tu ya!


RESEPI KETUPAT SOTONG (Resepi cilok dari myresipi)
Kos: RM19.00 (boleh makan untuk 4-5 orang) – Sia buat 1/5 daripada resepi saja

Bahan-bahan:
10 ekor sotong sederhana besar
1 cawan beras pulut
2 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka
sedikit garam
gula secukupnya
sehelai daun pandan
10 batang lidi- 3-4cm panjang

Cara-cara:
1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.

Dan hasilnya….


Sedap! Tapi, sia tidak boleh makan banyak, angin wooooo! Sayang sebab badan sia memang tidak tahan makan pulut. Tapi, sekurang-kurangnya, sia sudah mencuba! Lain kali orang cerita, boleh imagine kesedapannya... Hehehehhe….

Dan sebenenarnya kan kamurang, ada cerita di sebalik pembikinan ketupat sotong ni…

Hari tu, sedang-sedang sia masak, masa tu baru perasan sia tidak ada stok daun pandan. Jadinya, mintaklah jasa baik En. Suami tolong belikan di kedai bawah rumah kami tu. Dan entahkan apa malangnya, kedai tu pun sudah kehabisan stok daun pandan. Jadi, apakah yang sia guna untuk menggantikan daun pandan tersebut? Jeng jeng jeng…….

Sia gantikan dengan 1 sudu kecil esen vanilla…. Hahhahahahha… memang tidak boleh blah lah! Disebabkan itu, sia memang tidak makanlah kuah ketupat sotong tu… Pelik wei rasanya walaupun sedap… Imagine lah sotong dimasak guna esen vanilla... Euw! Jadinya, sia setakat baham ketupat sotong tu jaklah…

Hmmmm…. jadi, kalau jadi buat guna resepi Mok si Dongan ni, sia akan pastikan pisang tidak berbuah 2 kali, daun pandan harus ada! Kalau idak, merasa lah ko Ngan ketupat sotong ber esen vanilla… Muakakakakka....

Resepi Perkedil Jagung

0 orang pot pet
Kemarin jalan-jalan pasar tani…. Macam biasa kunun mahu beli susu jak, tapi, apa salahnya alang-alang singgah, kita round 1 kali itu pasar tani kan? Pun dengan harapan dapat beli mangga epal, boleh buatkan kerabu mangga untuk Puan Ninie si ibu mengandung yang sedang sarat tu… Hehehhe… Ada pun, walaupun dapat yang saiz kecil-kecil macam Puan Ninie.. Hehehhehe… Nanti kita buatkan dan bawak, tak esok, lusa k Ninie!

Lepas tu, sambil jalan-jalan nampak pulak gerai jual jagung… Huish! Lama tidak makan perkedil jagung! (ni panggilan keluarga sia. Sebenarnya, rupa makanan tu macam cucur jagung lah). Apa lagi, belilah 3 bijik, jagung manis pulak tu! Sedapnya!

Balik-balik rumah, semangat terus call mamak mintak resepi.. Heeee…. Nafsu orang berpuasa ni… Sekali dapat bercakap dengan adik perempuan sia, dapatlah jugak resepi. Lepas tu, sia ubah-ubahlah ikut apa yang ada di rumah tu dan juga perlu disesuaikan dengan selera budak minah kicik, in case lah dia tiba-tiba berminat dengan perkedil jagung mamanya kan…

Jadi, kamurang, layan resepi perkedil jagung versi si mama glam ni


RESEPI PERKEDIL JAGUNG
Kos: Lebih kurang RM5.00 (boleh makan untuk 4-5 orang)

Bahan-bahan:
2 batang jagung muda/manis saiz sederhana
2 biji telur saiz kecil
1/5 biji kubis Beijing saiz kecil (sia suka guna jenis kubis ni sebab rasanya lebih manis)
4 batang cili merah
1 labu bawang besar
Segenggam taugeh (sia tidak letak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah (sia tidak letak jugak)
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk kunyit
1-2 cawang tepung (lebih kurang)
1 cawan air

Cara-cara membuatnya:
1. Hiris jagung dan ketepikan.
2. Hiriskan halus juga kubis, cili merah dan bawang besar.
3. Pukul telur dan masukkan jagung, kubis, cili merah dan bawang besar, taugeh, lada sulah dan garam.
4. Kemudian, masukkan jagung dan air dan sesuaikan kepekatan. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Janji bila cedok guna sudu, senang untuk bancuhan jatuh sendiri (faham tidak? Buat-buat faham sudahlah kan? Huhuhuhu)…
5. Panaskan minyak. Sudukan bancuhan dan goreng hingga kekuningan, angkat, tos dan hidangkan dengan sos kegemaran.


Keluarga sia biasanya makan perkedil jagung ni dengan nasi.. Kira jadi macam lauklah… Tapi, sia malam tadi makan macam tu jak cicah dengan sos cili! Memang yummeh! Pagi ni pun, terbangun lambat, tidak sempat makan nasi, bersahurkan perkedil jagung lagilah jawabnya. Tapi, sia tidak kisah, sebab sia memang suka makan perkedil ni! Slurrrpppp! Hehhehehhe…

Oklah, kamurang, selamat mencuba ya!

Tuesday, May 24, 2011

Resepi Lamb Chop bersos lada hitam

2 orang pot pet
Resepi ni dapat daripada Mak Su En. Suami. Memang sedap dan menjadi kegilaan kami sekeluarga. Hehehehe..

RESEPI LAMB CHOP BERSOS LADA HITAM
Kos: Lebih kurang RM96.00 (boleh makan untuk 12-15 orang)


Bahan utama:
Sudah tentulah lamb chop mentah (4kg)

Bahan-bahan perap:
Selabu bawang putih
Lebih kurang setengah botol Kicap manis saiz biasa (sia guna cap kipas udang)
2 genggam lada hitam (kisar halus)

Cara-cara:
1. Mula-mula, ketuk daging lamb chop guna pengetuk besi yang tajam-tajam tu (sia guna hammer besi jak.. hehehhe..).
2. Kemudian, campur semua bahan utama dan bahan-bahan perap, dan perap semalaman paling bagus!
3. Bakar dengan suhu lebih kurang 170 darjah celcius selama 15-20 minit, atau kalau yang suka well done, lamakan lagilah masa memasaknya, 25-30 minit macam tu... Atau alternatif lain, goreng menggunakan non stick frying pan menggunakan minyak yang sangat sedikit.




Bahan-bahan sayur campur stim:
1 batang brokoli (saiz sederhana) – harga lebih kurang RM2
1 biji bunga kubis (saiz sederhana) – harga lebih kurang RM3-4
1 batang lobak merah

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Potong kecil (lebih kurang sebesar duit 50 sen) brokoli dan bunga kubis. Hiris setebal 2mm lobak merah.
3. Setelah air mendidih, masukkan semua sayur yang telah dipotong dan stimkan selama 5-7 minit. Angkat dan toskan.



Bahan-bahan sos lada hitam:
1-2 sudu mentega
*2 ulas bawang putih
*1 labu bawang besar merah (bahan * tumbuk halus)
3 cawan susu segar
2 cawan air
2 kiub daging
2 sudu kecil serbuk lada hitam
5-6 sudu besar kicap manis ABC (resepi asal guna kicap manis biasa) - yang suka sos kaler gelap, boleh tambahkan lagi
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air sedikit)
Garam dan gula secukupnya.

Cara-cara:
1. Panaskan mentega hingga cair.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk halus.
3. Masukkan air, susu segar, kiub daging dan serbuk lada hitam dan kicap manis. Biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
4. Perasakan dengan gula dan garam sekiranya perlu. Kemudian, sesuaikan kepekatan dengan menambah air sekiranya terlalu pekat atau tambahkan tepung jagung sekiranya terlalu cair. Sesuaikan juga warna sos ikut kesukaan menggunakan kicap. Siap!



Selamat mencuba kamurang! sangat sedap serius!

Riuh rendah sekejap rumah si mama glam

0 orang pot pet

Tiba-tiba si mama glam diserang penyakit malas menulis blog.. Apakah yang terjadi? Si tuan rumah sendiri tidak ada jawapan.. Mungkin hati ni masih merajuk lepas blogspot buat hal hari tu... Huhuhuhu..

Oklah, hari ni dipaksakan jugak diri rajin-rajin update blog… Hehehhehe…

Hari Sabtu baru-baru ni, rumah kami penuh dengan kanak-kanak riang. Bukan apa, En. Suami saja ajak family sebelah sia datang makan-makan di rumah. Family belah sia ni banyak budak-budak, memang meriah riuh rendahlah rumah kami... Tambah pulak, sebenarnya dia teringin makan lamb chop beramai-ramai. Jadinya, plan last minute menjadi jugak pada Sabtu malam hari tu. Cik Noi dengan Kak Liza dan bala tentera a.k.a anak-anak sedara k Liza datang.. Begitu juga dengan Ayah Bari sekeluarga, cik Mala pun, dan tidak ketinggalan, adik bongsu sia yang memang suka menghilangkan diri tu…

Barang-barang pun beli last minute tengahari Sabtu tu.. huhuhuhu

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun si mak buyung rasa jugak kepenatan.. Tapi, gembira sebab semua orang ada memeriahkan majlis dan menghabiskan makanan-makanan yang terhidang.

Jadi, apa yang kami hidangkan malam tu? Ada Nasi Goreng Cina, pizza home made, ayam bakar, nasi putih, puding roti berkuah dan tentunya menu yang paling utama adalah kambing bakar dengan sos lada hitam dan sayur campur stim! Yummeh!


Makanan-makanan...

Nasi goreng, pizza home made dan ayam bakar

Lamb chop, sayur campur stim dan sos lada hitam


Yang paling gembira sekali malam tu, tentu-tentunyalah si minah cilik Aimee tu! Bukan main happy sampai memang tidak di carinyalah si mama dengan ayahnya. Balik-balik yang keluar dari mulut dia “Abang!” Tidak pun “Adik!” ataupun “Kakak!”… Memanglah dia suka, budak-budak tu pun melayan… Main buailah, main selongkar semua mainan dalam kotak mainannya lah, main kereta lah, main laptop lah, swimming lah.. nyanyi-nyanyi lah… Memang suka habis lah minah tu. Sampai mata ngantuk pun dilawankannya supaya tidak tidur. Yang paling best sekali, besoknya bangun pagi-pagi, celik saja mata dia tanya pada sia “Mana?” Ingatkan dia cari ayahnya… Iyalah, selalunya, itulah manusia yang dia akan cari bila dia celik-celik mata tengok ayahnya tidak ada di sisinya… Sekali dia sambung balik “Hmmm.. Mama, mana abang?” Dang! Abang pulak yang dicariknya. Nasib baik budak-budak tu pun tidur di rumah kami malam tu. Jadi, bolehlah dengan yakinnya jawab “Abang tidur lagi…” mesti minah tu happy bila dengar jawapan mamanya….

Pagi tu, siap diorang sempat swimming se round lagi lepas sarapan pagi. Bukan main seronok budak kecik tu. Ayahnya pun seronok tengok anaknya gembira yang amat dengan kehadiran kanak-kanak yang menghiburkan anaknya nan seorang tu… Si minah kecik tu pulak, macam biasa, mengantuk pun dilawankan perasaan tu, sampailah jam tunjukkan 12.30 tengahari, sumbat susu, tidur pun jugak… dengan ayah-ayahnya sekali lelap… Senyaplah sekejap rumah…

Sia sambil-sambil tu sibuklah tung tang tung tang di dapur sediakan makan tengahari. Lepas makan tengahari, dalam jam 3 petang, Cik Noi, Kak Liza dan bala tentera dan adik sia pun balik.

Dan seperti yang dijangkakan, dalam jam 4 petang masa si minah kecik tu bangun, ayat pertama yang keluar dari mulutnya “Mana Abang?” Nasib baik minah tu tidak mengamuk bila dengar ayahnya jawab Abang dah balik… Esok abang nak sekolah… Nek Noi nak kerja, Nek Ja nak kerja.. Paman nak kerja…. Lain kali Aimee boleh jumpa abang lagi ok!” Kesian jugak sia dengar bila ayahnya cerita…. Iyalah budak-budak… Memang suka kalau ada budak-budak yang sebayanya yang segelombang dengan diorang kan? Kesian anak mama…

Apa-apa pun, kami laki bini gembira tengok si minah Aimee enjoy 2 hari yang ada bersama dengan keluarga besarnya yang memang sangat-sangat jarang berjumpa tu… Hmmm.. Lain kali bila larat, boleh buat makan-makan lagi! =P

The budak-budak in the house


Friday, May 20, 2011

Resepi Mee Goreng Bonda

2 orang pot pet
RESEPI MEE GORENG BONDA (cedok dari hanamemories)
Kos: Lebih kurang RM14.00 (boleh makan 3-4 orang)

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning (lebih kurang 450gm)
1 cwn udang basah (sia guna lebih kurang 20 ekor saiz besar)
1 cwn daging hancur- guna daging yg dah di rebus pun ok juga
1/2 cwn kacang tanah- di goreng dan tumbuk kasar2
2 sb sos tiram
2 sb sos tomato
3 sb sos cili
2 sb kicap pekat
1 biji tomato belah 6
taugeh dan sawi secukupnya - hana tambah tauhu goring (sia masukkan sawi saja)
garam dan sedikit gula
minyak utk menumis

Bahan di kisar:
4 sudu besar cili kisar (sia tidak letak. Takut pedas Aimee tidak boleh makan pulak)
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu besar udang kering (sia tidak letak)

Cara-cara:
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
2. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.
3. Bila cili dah masak, masukkan daging hancur dan gaul sebati, masukkan udang,biar dalam 3 minit & masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Masukkan kacang tanah yg di tumbuk tadi dan gaul rata. Tambah garam dan gula jika perlu.
4. Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
5. Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi.



Cubalah kamurang! Sedap, lain daripada yang lain!

Thursday, May 19, 2011

Resepi Ayam Madu Sticky

2 orang pot pet
Kamurang, pernah tidak satu hari, kamurang bangun pagi, tiba-tiba terasa macam kamurang terkejut dengan apa yang kamurang hadap di depan mata? Alaaaa… perasaan macam dalam cerita “13 going on 30” tu… Pernah tidak?

Kemarin sia mengalami perasaan tu… Huhuhuhuhu… Adakah ini adalah perasaan biasa bagi wanita-wanita yang bakal menginjakkan kaki ke alam thirties? Oooopppps! Salah, 25 tahun?

Tapi, betul tau… Pagi tu, masa tu baru jam 5 pagi. Masa tu sia dikejutkan oleh alarm untuk bangun sahur… Bangun-bangun, tiba-tiba rasa macam ~Errkkk! Aku berada di rumah sendiri? Dengan seorang suami dan anak di sisi? Perut pulak sedang boyot membawak anak kedua? Errrrr… Bukankah kemarin aku baru saja berangan-angankan semua ini? Berangankan aku ada pekerjaan yang bagus yang membolehkan aku memiliki semua ini? Punya keluarga sendiri dan hidup di rumah sendiri dengan bahagianya….~ Ouhhhhh… betapa indahnya perasaan pagi tu…. Terasa macam hidup tidak perlu melalui kepayahan untuk memiliki apa yang sedang dimiliki kini. Terasa macam ~kemarin aku tidur masa umur 13 tahun, tiba-tiba pagi ni aku bangun dengan umur 30 tahun dan telah memiliki semua yang baru aku impikan sebelum aku tidur malam tadi~ Ya! Sia bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan ya Allah! Sekali sekala diberi perasaan sebegini di waktu pagi yang hening, indahnyaaaaa!!!!!!!!!!!!

Oklah, cukup dengan cerita perasaan indah-indah, hari ni sia ingat mahu kongsi dengan kamurang resepi Ayam Madu Sticky. Sedap!


RESEPI AYAM MADU STICKY (Resepi asal dari hanamemories)
Kos: Lebih kurang RM9.00 (boleh makan untuk 3-4 orang)

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil
*2 inci halia muda - parut
*5 ulas bawang putih - ketuk (sia yang malas ni tumbuk sekali bahan bertanda *)
2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tiram
2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2 (sia letak sos ikan saja)
1 sudu besar sos cili dan sos tomato
3-4 sudu besar madu
1/2 sk lada hitam
1/4 cawan air
garam jika perlu

Cara-cara:
1. Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
2. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak (sia tidak gunakan minyak langsung).
3. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
4. Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
5. Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.

Sedap makan dengan nasi panas! YUmmy!



Selamat mencuba kamurang! Senang banget seh membuatnya!

Wednesday, May 18, 2011

Kerabu Mangga Epal & Manisan Gabeng

0 orang pot pet
*Entry ni sepatutnya di publish hari Jumaat hari tu. Tapi, memandangkan blogger ada buat gilak hari tu, jadi terpaksalah di publish hari ni*

Puasa yang ke-8 hari tu (Khamis), gagahlah jugak sia berjalan ke pasar tani. Mula-mula kunun mau beli susu segar saja di van Dutch Lady tu. Tapi, biasalah, perempuan.. Alang-alang sudah menapak tu, apa salahnya jalan-jalan ke gerai-gerai lain jugak kan?

Akibatnya, ternampaklah ada 1 gerai ni jual mangga epal. Woooow! Tekak orang puasa ni memang beberapa hari ni macam terasa mau makan kerabu mangga. Sekali borak-borak dengan rakan sekerja sia si budak Su tu, dia boleh pulak cakap “Uish! Kalau buat kerabu mangga guna mangga epal lagi sedap tu kak!” Haish! Saja jak tau gerai ni jual mangga epal di kala orang puasa ni teringin. Apa lagi, sia beli 4 bijik, 2 untuk sia, 2 lagi untuk si budak Su yang mengasik (nota: membuat) berliur tu….

Jadi, mari sia kongsi resepi kerabu mangga epal versi sia ya!


KERABU MANGGA EPAL
Kos: Lebih kurang RM4.00 (boleh makan untuk 5-6 orang)

Bahan2:
2 biji mangga epal saiz besar (Kupas kulit dan cincang)
1 batang bunga kantan saiz besar (hiris halus)
2-3 genggam kacang tanah (goreng, buang kulit dan tumbuk kasar)
5-6 biji cili padi (hiris halus)
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula



Cara2 membuatnya:
Campurkan semua bahan dan perap selama 10-15 minit sebelum dimakan. Yummeh!
Pada yang suka, boleh jugak potongkan bawang dan letakkan sos ikan ya!






Bila rasa macam mahu makan sesuatu yang manis dan mahukan sesuatu yang cepat, boleh cuba resepi Manisan Gabeng yang senang gila ini. Gabeng ni bahasa yang digunakan di kampong sia yang bermaksud biskut crackers.

MANISAN GABENG
Kos: Lebih kurang RM2.50 (boleh makan untuk 1 orang)

Bahan2:
6 keping gabeng – sia guna biskut cap Ping Pong
2 sudu besar buah campuran
8 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat manis
1/3 gelas air sejuk
Ais secukupnya


Cara2 membuatnya:
Campurkan semua bahan kecuali gabeng ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan gabeng yang telah dipatah 4 ke dalam mangkuk campuran tadi. Siap! Macam sia, sia suka kalau biarkan dalam 2-3 minit sebelum dimakan. Sedap sebab sebahagian gabeng tu kembang-kembang gitu!


Selamat mencuba kamurang!

Saturday, May 14, 2011

Janganlah buat gilak!

2 orang pot pet
Uwaaaaaa!!!!!! Kenapa ya blogspot tiba2 jadi gila? Sampai bila agaknya kegilaan ini akan melanda. Habis komen2 post sebelum ni hilang. Kemarin lagi haru, latest entry hilang tiba2. Nasib baik hari ni ada balik. Tu pun komen jadik illek!

Mintak2 lah lepas ni semua recover balik seperti sedia kala... Kalau tidak, haru jugak tu....

Apa2 pun selamat berhujung minggu kamurang. Pada yg ambil cuti panjang 4 hari (kamilah jugak tu :p), selamat bercuti panjang sikit!

Thursday, May 12, 2011

Puding roti berkuah

2 orang pot pet
Wah! Rasa sungguh penat hari ini! Hampir-hampir terlepas sahur pagi tadi. Nasib baik sempat makan honey stars dengan susu.. Sabar ya baby mama sayang… Kita puasa sama-sama kerana Allah… Petang nanti kita buka puasa, boleh makan puas-puas… Bertahan ok!

Ok, sekali lagi hari ni sia buat entry pasal makanan lagi lah… Macam sia cakap pada Niza, sia saja buat entry-entry ni kunun untuk naikkan semangat memasak yang sememangnya pemalas ni. Harap-harap berkekalanlah semangat memasak ni sampai bila-bila hendaknya… Janganlah setakat pembawakan masa mengandung ni…Aminnn..

Ok, jangan cakap banyak, resepi puding sia tiru Puan Mastura punya resepi dan sia ubah di sana sini (aku menderhaka ya puan Mas):

Puding Roti Berkuah
Kos: Lebih kurang RM13.00 (boleh makan untuk 5-6 orang)

Bahan2 puding:
8 keping roti (sapu butter depan belakang dan potong 4)
2 senduk kismis
2 senduk gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan susu segar

Bahan2 kuah:
1 tin susu cair
1 tin air
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan air sedikit)
1 sudu teh esen vanilla


Cara2 membuat puding:
1. Susun roti yang telah dipotong ke dalam loyang berselang seli dengan kismis dan ketepikan (Sia guna loyang bulat saiz 10.5 inci).
2. Pukul telur, gula dan esen vanilla sampai gula hancur. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi roti dan biarkan sekejap dalam 5 minit untuk roti kembang. Tabur sedikit gula atas adunan (kalau suka supaya nampak lebih cantik perangnya bila lepas bakar)
4. Panaskan oven 190 darjah celcius. Bakar puding selama 20 minit.
5. Setelah masak, sejukkan sebelum dimakan bersama kuah.


Cara2 membuat kuah:
Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau atas api sampai sedikit mendidih. Sejukkan sebelum dimakan bersama pudding roti.



Selamat mencuba kamurang!


P/s: Sedap juga kalau dimakan bersama aiskrim vanilla!

Wednesday, May 11, 2011

OMG! Mama Glam masak nasi lemak?!!!!!!!!!!!

6 orang pot pet
Puasa-puasa ni, macam banyak pulak entry pasal makanan…

Hari ni pun sia mahu buat entry pasal makanan jugak… Jadi, pada yang sama-sama sedang buat marathon tu, jangan marah arrrrr…. Sia hari ni insya Allah masuk hari ke-7 marathon. Jadi, nafsu menggila untuk makan tu idaklah seteruk masa 1st day hari tu.. Hhehehe…

Ok, hari ni sia mau kongsi resepi nasi lemak. Say what? Nasi Lemak? Hahahahhahaha.. Ya! Jangan terkejut, mama glam masak nasi lemak wei!

Pada yang tidak tahu, sia ni seumur hidup memang tidak pernah masak nasi lemak. Jadi, maksudnya, semenjak kahwin, memang tidak pernahlah En. Suami merasa nasi lemak isterinya kan… Jadi, isu nasi lemak ni memang selalu menjadi isu hangat bila masa kami laki bini berborak pasal masak-masak. Memang tidak pernah habis lah skrip “Bilalah nak merasa nasi lemak bini masak ni…” Huh!

Dulu-dulu kalau dengar ayat macam tu, sia bolayan jak. Iyalah, masa tu mood memasak pun tidak mari. Malas ya ampun! Lepas tu kepala sia ni pulak memang set ~Masak nasi lemak itu sangat susah! Mustahil aku boleh buat!~

Tapi, entahkan kenapa, masa borak-borak pasal menu makanan untuk dimasak di hujung minggu lepas dengan En. Suami Jumaat malam hari tu, sia macam rasa terpanggil pulak untuk mencuba menyahut cabaran En. Suami yang teringin sangat merasa nasi lemak air tangan isterinya. Pulak tu, orang yang teringin makan tu pulak offer untuk masak sambal (tapi, last last si isteri jugak yang kena masak) Malam tu jugak google cari resepi dan beli bahan-bahan. Semangat tu!

Sia guna resepi daripada myresepi (junjs11) :

Nasi Lemak
Kos: Termasuk lauk-lauk sampingan lebih kurang RM15.00-RM20.00 (boleh makan untuk 4-6 orang)

Bahan untuk nasi:-
2 cawan beras
1 cawan santan n 1 cawan air ( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air) – Yang ni sia guna kelapa parut dalam 2 senduk dan buatkan santan ikut sukatan cara biasa sia memasak nasi. Jadi tidak pasti berapa cawan.
1 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia – Sia guna lebih kurang 1 inci halia
secubit garam

Bahan untuk sambal:-
6 sudu besar cili kering mesin
4 ulas bawang merah -ditumbuk – Sia guna bawang besar saiz besar lebih kurang 2 biji
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang besar -dihiris
segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
sedikit air asam jawa
sedikit belacan (jika suka) – Sia tidak guna
garam n gula

Bahan sampingan lain :-
Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun – Sia buat ikan bilis goreng, telur dadar, timun potong, kacang goreng, bayam tumis dan ayam goreng

Cara-cara:
1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.
5. Siap untuk dimakan! (yang ni sia yang tambah.. Hehhehhehe…)

Lauk-pauk


Yang ni pinggan sia berkongsi dengan si minah Aimee

Dan alhamdulillah, hasilnya memberangsangkan. Anak beranak 2 orang tu makan dengan sangat berselera, sampaikan tengahari pun melantak nasi lemak jugak… Siap si minah Aimee tu mintak pada ayahnya “Aimee nak makan nasi lemak lagi!” Phew! Maksudnya sedaplah tu kan? Berkali berkala masuk bakul masuk sendiri… Hahahahhahha….

Jadi kamurang, cubalah, mudah dan sedap!

Tuesday, May 10, 2011

Home Made Pizza versi Mama Glam

6 orang pot pet
Kemarin cerita pasal resepi kek oren… Hari ni sia mau kongsi resepi buat home made pizza pulak lah… Tapi, base tu sia tidak buat sendiri lah.. Sebab, sia ni mana ada mixer… Bread maker pun tadak… Jadi, beli base yang ready made di BAGUS sajalah… Hehehhehe….


Home made pizza (Regular size)
- Kos: Lebih kurang RM7.00
(boleh makan untuk 2-3 orang)

Bahan2 base:
Ready made base – boleh guna yang beli di BAGUS ataupun guna roti arab pun ok
Pada yang ada mixer atau bread maker, boleh buat base tu guna resepi budak FL ni ya! (resepi dia ni rasanya utk saiz large)

Bahan2 topping:
1/5 bungkus daging cincang
1 biji bawang besar (saiz sederhana) – potong/cincang
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
2-3 sudu besar sos tomato
2-3 batang hotdog (ikutlah daging atau ayam)
1/5 biji cili benggala hijau
1/5 biji cili benggala merah
1 sudu kecil pizza seasoning
1 sudu kecil basil
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk paprika
50 gm keju Mozarella (kalau letak lebih lagi sedap!)
2-3 sudu besar mayonis

Cara2 buat:
1. Tumis bawang besar dengan minyak, masukkan daging cincang dan garam secukup rasa. Ketepikan.
2. Sapukan sos tomato atas pizza base. Campak-campakkan hotdog, cili benggala, daging cincang yang telah ditumis, pizza seasoning, basil, oregano dan serbuk paprika.
3. Taburkan keju mozzarella. Dan akhir sekali, letakkan mayonis (Kalau paipkan lagi cantik. Sia guna sudu saja….)


4. Bakar dalam oven suhu 180 darjah celcius selama 13 minit (Kalau base buat sendiri, bakar suhu 200 darjah celcius selama 20 minit ok!) Dan siap!


Selamat mencuba kamurang!

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu!

5 orang pot pet

“Mother’s day bile ek?arini ke esok?ada apa2 nk share beli or kamu ada nk buat apa2 kek ke?hehe”


Dapat SMS ni daripada satu-satunya adik ipar yang sia ada tengahari Sabtu hari tu… Dan dan tu dalam hati berbisik ~Oh ya lah, besok Mother’s Day~ dan terus reply:

“Esok. Kamu ada plan nk beli pape ke? K misah nk buat kek hari ni. Klu nak, boleh celebrate mlm ni. Amcm?”

Dan dibalas dengan beberapa SMS yang menandakan kami berdua setuju pot luck bawak makanan untuk menyambut Mother’s Day di rumah mertua sia sabtu malas yang lepas.

Sambil-sambil berbalas SMS tu, terfikir jugak dalam hati ~teruknya aku ni tak ingat esok Mother’s Day~ Serius! Kalau kamurang mahu tahu, sia ni selalunya nampak macam manusia tidak punya perasaan.. Mana tidak, dalam hidup ni, yang sia ingat, hanya tarikh lahir sia, En. Suami dan anak sia si Aimee tu saja. Tarikh hari lahir adik-adik sia yang 2 orang tu pun sia ingat jugak. Tapi, entah macam mana, tahun lepas boleh pulak terlupa… Tarikh-tarikh yang lain, kalau bukan En. Suami yang ingatkan, memang haram sia lupa!

Sebenarnya, bukan sia tidak mahu ingat dan tidak mahu celebrate, tapi memang sudah ditakdirkan kepala sia ni memang susah untuk ingat tarikh-tarikh ni semua. Dan jangan terkejut, semenjak kahwin pun sia pernah hampir-hampir terlupa tarikh ulangtahun perkahwinan kami tau! (ok! yang ini memang gilak!)

Dan pasal celebration pulak, pada yang mana pernah baca blog sia yang lama, mesti tahu sia ni memang manusia yang tidak berapa dikurniakan dengan perasaan excited untuk celebrate apa-apa event. Jadi, memang sia ni kalau tidak ada penggerak (macam kes di atas, adik ipar sia lah jadi penggeraknya), memang jangan haraplah sia ni akan jadi penggerak untuk plan celebrate satu-satu event tu. Sampaikan, sambutan birthday Aimee tahun lepas pun, mertua sia yang terpaksa cadangkan pada sia untuk celebrate di rumah diorang. Teruk ar sia ni?

Tapi, apa-apa pun, bukan bermakna sia tidak hargai keluarga atau kawan-kawan yang ada di sekeliling sia. Sia sangat-sangat hargai! Cuma, sia tidak pandai tunjukkan.

Jadinya, kepada mamak, mama, nenek, opah, makcik-makcik, kawan-kawan yang telah menjadi ibu dan bakal menjadi ibu dan ibu-ibu yang membaca blog sia ni,

SELAMAT HARI IBU kamurang!

Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran untuk terus berusaha menjadi ibu dan isteri terbaik kepada anak-anak dan suami kita. Hargailah nikmat yang tidak semua orang boleh kecapi ini selagi hayat kita dikandung badan… Mudah-mudahan kita mampu menjadi ibu yang diidam-diamkan oleh anak-anak kita sehingga ke akhir hayat kita… Aminnnn….


Oh ya! Malam tu apa yang sia bawak ke rumah mertua sia?

Sia bawak Kek Oren dengan Cream Cheese Frosting dengan Pizza Home Made.. Hehehhehe…. Jangan ada yang buat muka terkezut dengar Mama Glam buat kek ar? Betul ni tau! Semangat sia cari resepi dan buat ni. Kalau tidak percaya, tanya En. Suami sia! Dan alhdmulillah, kek tu laku lah jugak malam tu. Tidak tahulah sama ada kek tu laku sebab memang menjadi, atau sebab malam tu hanya kek itu saja yang ada, jadi semua orang terpaksa makan! Hahahahahaha… Tidak kisahlah! Janji kek tu sudah lenyap daripada pandangan sia pada masa sia menulis entry ni… Hehhehe..

Jadi, here goes the recipe. Sia ambil daripada blog En. Mat Gebu yang glamourous tu!


BLENDED ORANGE CAKE
- Kos: Lebih kurang RM15.00 (boleh makan untuk 7-8 orang)

Bahan-bahannya:
1 biji orange
1 cawan gula perang
3 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan ayak)
1/2 cawan mentega cair
1/2 cawan minyak jagung
Secubit garam

Cara membuatnya:
1. Oren dicuci dan lap kering, hiris kulit oren tadi, ambil bahagian kuning sahaja. Kemudian ambil isi oren, buang urat2nya. Ketepikan.

2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci dengan mentega , alas dasarnya dengan kertas minyak. Mat guna acuan silicone. Ketepikan. ~Sia guna tin saiz 10.5 inci dan lenser dengan mentega sajaaaa...~

3. Dalam alat pengisar makanan atau blender, masukkan oren, gula, mentega cair, minyak masak dan telur, kisar hingga semua sebati halus dan sebati. Tuang dalam satu bekas. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati dan tepung habis.

4. Tuang dalam bekas tadi dan bakar selama 40 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2 ~sia bakar hari tu setakat 20-25 minit saja sudah masak lorrr. Sebab tu sia cakap tidak tahu samada kek ni jadi ka tidak.. Huhuhuhu…~ Sejukkan kan atas jaringan sebelum dihidangkan...


Dan untuk frosting, sia ada google dan jumpa macam-macam resepi. Tidak ada yang betul-betul sia ikut 100%. Jadi, sia buat kesimpulan dan buat keputusan berani mati dengan come out dengan resepi di bawah ni:


ORANGE CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-bahannya:
250gm cream cheese
¾ cawan gula halus
50gm mentega
2 sudu besar Sunquick perisa oren

Cara-cara membuatnya:
Pukul semua bahan sampai agak-agak kembang dan gebu. Siap untuk di frost kan ke kek!

Alhamdulillah! frosting tu menjadi walaupun sia pukul tidak guna mesin. Guna tangan tau! Lenguh tangan mak! tapi, berbaloi-baloi! Sedap (Masuk bakul angkat sendiri! hahahahahha!)



Jadi kamurang, selamat mencuba ya!


Friday, May 6, 2011

Alamak! Butang Older post & Newer post hilang?

0 orang pot pet
Ok, hari ni sia mahu kongsikan tips sekiranya butang “Older post” dengan “Newer post” hilang daripada page blogger. Sia mengalami masalah ni lama dululah jugak. Dan baru bulan lepas sia berjaya fix kan….

Jadi, pada siapa-siapa yang mengalami masalah yang sama, boleh ikut cara-cara di bawah ni untuk fix masalah tu ya!

Follow this step:

1. Open edit HTML

2. Check this section code

#blog-pager {

text-align: center;
}


3. Insert clear:both; code so the code will be look like this

#blog-pager {

text-align: center;
clear:both;
}


4. Save

Tutorial ni dapat daripada sini

Selamat mencuba dan mudah-mudahan cara ini dapat membantu kamurang ya!

Thursday, May 5, 2011

Laratnya puasa masa mengandung!

6 orang pot pet
Bila sia kecoh-kecoh pasal berpuasa dalam masa mengandung ni, adalah suara-suara yang bunyi sangat concern takut akan effect baby dalam kandungan bertanyakan soalan-soalan

“Takpe ke puasa masa mengandung ni?”

“Tak effect kat baby ke?”

“Doktor cakap ape?”

“Janganlah puasa kalau tak larat. Takpe, Allah faham, ganti je lah masa dah deliver nanti”

Dulu-dulu, masa sia mengandungkan Aimee pun sama. Padahal waktu tu, sia setakat ganti puasa 8 hari jak pun. Tapi, memang ramai lah yang risau takut puasa sia tu akan effect ke baby yang dikandung. Takut tidak cukup zat lah.. Takut perkembangan baby tidak sempurna lah dsb… Tapi, alhamdulillah, masa tu sia berjaya menggantikan kesemua 8 hari puasa yang sia tertinggal sebelum sia bersalinkan Aimee tanpa ada sebarang masalah…

Jadi, bila kali ni sia cakap sia perlu ganti sampai 29 hari, lagilah ramai yang sangat concern dan bagi nasihat supaya jangan paksa diri untuk ganti puasa dan lagi sekali nasihat supaya ganti balik masa lepas deliver

Ok, biar sia kongsikan kenapa sia beriya-iya jugak cuba gantikan puasa sebelum bulan puasa tahun ni.

Kalau pada kamurang yang tahu, masa sia bersalinkan Aimee, masa tu memang dekat gila dengan bulan puasa. Kunun masa tu ingat dapatlah setakat berpantang selama 44 hari, dan dapatlah puasa sekurang-kurangnya separuh bulan. Tapi, malangnya, ditakdirkan Allah, darah nifas sia keluar tidak henti-henti selama 60 hari. Makanya, sia memang langsung tidak berkesempatanlah berpuasa pada bulan Ramadhan tahun 2009 tu.

Lepas saja raya, sia memang kunun berazam untuk menggantikan terus kesemua 29 hari puasa yang telah ditinggalkan. Maka, bermulalah usaha sia untuk berhadapan dengan hari pertama puasa. Dan setiap kali itu juga, usaha sia gagal. Kenapa? Mungkin ada yang akan cakap “Alah, mengada-ngada.. Dulu masa mengandung, boleh pulak senang-senang ganti puasa takde masalah. Ni dah tak ngandung, liat pulak nak puasa”

Sia cakap terus teranglah, pada yang tidak ada pengalaman menyusukan anak, jangan cakap banyak! Ikut pengalaman sia sendiri, pada sia, berpuasa semasa menyusukan anak adalah lebih susah berbanding berpuasa semasa mengandung. Yang sia cakap ni adalah menyusukan sepenuhnya anak ya. Bukan menyusukan anak setakat pada waktu malam, dan pada siangnya si anak tu minum susu formula. Ini stok yang siang mengepam susu untuk bekalan susu si anak semasa si ibu bekerja pada hari-hari esoknya, dan pada malamnya pula, si anak breastfeed direct, dan pada hujung minggu dan cuti, si anak langsung tidak menyusu melalui botol tetapi direct breastfeed kepada ibunya.

Jadi, setelah berusaha keras untuk menggantikan sebanyak 29 hari puasa pada tahun lepas, sia hanya berjaya menggantikan sebanyak 7 hari sahaja! Yes! I’m not kidding you! Ini bermakna, berbaki lagi 22 hari yang perlu diganti, tambah pula dengan 7 hari yang sia tidak dapat berpuasa kerana sakit perempuan (period lah tu..) masa bulan puasa tahun lepas. Jadi, jumlah semua yang perlu diganti balik sebelum masuk bulan puasa tahun ni, balik semula ke 29 hari!! 7 hari ganti puasa seperti biasa, dan lagi 22 hari ganti puasa + fidyah…

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa dapat ganti sebanyak 7 hari sahaja? Pada yang tidak pernah merasa berpuasa masa menyusukan anak, biar sia kongsikan. Masa menyusu badan penuh anak, seseorang ibu memang akan sangat sangat sangat cepat berasa lapar. Iyalah, bayangkan kalau dalam sehari perlu pam keluar sampai 20 Oz susu... Ianya tidak sama seperti mengandung. Anak dalam kandungan tidak perlukan makanan sebanyak anak yang telah lahir. Jadi, tahap kelaparan pun memang sangat sangat berbeza. Jadi senang cerita, kalau seseorang ibu itu berpuasa semasa ia menyusu badan anaknya, ia memang akan sangat sangat memberi kesan kepada penghasilan susu yang akan diperolehi pada hari si ibu itu berpuasa. Walaupun si ibu telah bersahur, tidak banyak, sikit pasti akan mengurangkan pengeluaran susunya pada hari tersebut.

Jadi, kalau setakat menggantikan puasa dalam 7-8 hari, mungkin si ibu boleh dengan mudahnya menggantikan puasa tersebut sepanjang masa setahun sebelum tibanya bulan puasa yang seterusnya, dengan menggantikannya mungkin sehari sebulan macam tu... Tapi, kalau sudah sampai 29 hari..... Pulak tu, masa tahun 2010 tu pulak sia jugak terpaksa tinggalkan Aimee untuk tempoh 16 hari berturut-turut, memanglah production gila down yang amat. Disebabkan itu, tidak mahu tidak, terpaksa jugak sia berhenti daripada menggantikan puasa demi untuk mengadakan stok yang ala-ala cukup makan untuk Aimee pada tahun lepas. Dan akibatnya, berbakilah lagi 22 hari untuk digantikan....

Jadi, setelah melalui pengalaman betapa susahnya untuk menggantikan puasa semasa menyusukan badan, dan sia juga memang merancang untuk fully breastfeed anak yang kedua ini, maka, mahu tidak mahu, sia harus kuatkan azam untuk menggantikan puasa yang berbaki 29 hari itu sebelum masuk bulan puasa pada tahun ini. Ditambah lagi, EDD untuk anak yang kedua ni adalah pada 15 Ogos 2011, iaitu, di tengah-tengah bulan puasa pada tahun ini. Kalau ditakdirkan sia terbersalin awal? Nah! Amekkau! Mahu tambah lagi 30 hari dalam baki 29 hari tu? Bila mau ganti tu? Lepas bersalin masa menyusukan badan anak kedua? Atau tunggu lepas anak kedua habis menyusu badan masa umurnya 2 tahun?

(22 hari ganti puasa + fidyah untuk 4 tahun) + (37 hari ganti puasa + fidyah 3 tahun).

Fuh! Gilak belambak tu! Itu untuk kiraan kalau tidak mengandung lepas anak kedua cecah umur 2 tahun tu. Kalau mengandung? Hah! Sendiri jawab! Yang fidyah tu senanglah nak membayornye… Yang puase nye? (bace macam loghat orang perak) entah bilalah baru dapat ganti semua-semua tu…

Bila sia cakap macam ni, mungkin ada pulak yang cakap, “wah! Beriman nya budak ni” atau “Wah! Baiknya budak ni, berusaha jugak ganti puasa dia yang berlambak tu”. Eh! Eh! Jangan puji lebih-lebih… Sia bukanlah orang yang beriman sangat… Tidak berani mengaku sangat beriman sebab sia memang sedar diri sia banyak kekurangan kalau bab-bab agama ni. Tapi, bila bab-bab macam ni, sia tahu tanggungjawab sia kepada pencipta sia, dan bila DIA memberikan sia kekuatan untuk menggantikan puasa yang bukan sengaja sia tinggalkan, kenapa tidak sia rebut peluang yang diberikan? Kenapa sia perlu berlengah-lengah dan memberikan seribu satu alasan untuk tidak menggantikan puasa tersebut? walaupun kadang-kadang sia berasa sedikit tertekan dengan nasib diri yang asyik terpaksa berpantang semasa bulan puasa, sia masih percaya, ini semua adalah ketentuan-Nya. Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk sia bila DIA memberikan sia ujian seperti ini. Dan, apalah sangat ujian sebegini kalau hendak dibandingkan dengan ujian-ujian yang lebih berat yang terpaksa dilalui oleh orang-orang lain kan?

Dan bila sia buat entry sebegini, jangan pulak ada orang yang terasa hati sebab masa dia mengandung, dia langung tidak larat untuk berpuasa. Entry yang sia tulis adalah bagi pihak sia yang rasa mampu untuk berpuasa semasa sia mengandung. Dan doktor dan misi yang menjalankan check up terhadap sia setiap bulan pun merasakan sia tiada masalah untuk berpuasa kerana keadaan kandungan sia ok. Pada yang tidak mampu, terimalah dugaan-Nya dan jangan mengeluh. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya… Lain orang, lain dugaannya. Tepuk dada, tanya Iman… Dan jangan lupa minta nasihat doktor. Kalau larat, puasa... kalau tidak, gantilah di masa-masa akan datang di mana anda larat untuk menggantikannya. Allah itu kan Maha Memahami hamba-hamba-Nya. Jangan langsung buat-buat lupa terus, sudah! Itu, memang sia tidak tahu mahu cakap apalah kan? (Sia pernah jumpa orang yang macam ni tahu! Nauzubillah kita tergolong dalam golongan seperti ini)


Wednesday, May 4, 2011

So, how was my 1st day yesterday?

2 orang pot pet
Alhamdulillah kemarin berjaya jugak sia menghabiskan puasa pertama yang sangat mencabar itu! Ini bermakna, ada lagi 28 hari untuk diganti…. Uwaaaa!!!!!!!!! Banyak tu…

Kemarin masa puasa pertama tu lah rasa macam di mana-mana ada gambar makanan… Bukak FB, bukan main banyak gambar makanan. Blog pun sama… Kejam sungguh! Yang paling banyak tayang gambar makanan adalah FB dan blog k Aishah!!!!!!! Uwaaaaaaaa!!!!!!!!!!! K Aishah sungguh kejammmmmmmmmm!!!!!!!!!!!

Jadi, macam mana sia melalui hari kemarin dengan berpuasa? Ouh! Sangat mencabar!!!!! Jam 5 pagi bangun, gosok gigi siap-siap dan muntah siap-siap (Iyalah, sia mengandung ni memang macam wajib muntah di waktu pagi masa gosok gigi). Sahur siap makan nasi bertambah, walaupun lauk setakat ayam segera goreng. Lepas tu, siap bersiap sedia makan sebijik kurma dengan segelas susu. Lepas tu, bantai tidur sekejap sebelum bersiap pergi kerja.

Di office pulak, ya Ampun bukan main lembik!!!! Memang rasa mahu balik rumah dan tidur sepanjang hari saja… Mana kepala sakit, pening, rasa mahu muntah, perut pun sakit macam ada angin. Ouh! Memang sangat mencabar! Akibatnya, pagi tu, memang melepeklah atas kerusi sampai bos datang pun tidak larat angkat muka. Nasib baik bukan datang cari sia masa tu. Tapi, mesti dia hairan jugak dan mengomel dalam hati “apa pasal pulak budak ni tidur masa ni?” Ampun bos!!!! Sia memang tidak larat sangat-sangat. Mau mintak En. Suami datang ambil, En. Suami pulak ada meeting di Melaka. Mahu ke surau, kaki rasa macam ketar-ketar, karang jatuh masa turun tangga lagi naya wei! Makanya, ku gagahkan juga diri paksa tidur atas kerusi walaupun kaki bapak kebas ya ampun! Langung tidak selesa! Baby dalam perut pun bukan main aktif gerak-gerak.. Lapar barangkali...

Lama jugaklah sia paksa diri tidur. Tengahari pun tidak gerak ke mana-mana. Lepas waktu makan tengahari, sia gagahkan diri bangun dan berjalan ke tandas, ambil air sembahyang semua.. Alhamdulillah, badan makin beransur segar sedikit. Tapi, masih rasa macam ~Kalaulah aku dapat balik rumah sekarang ni, kan best!~

Akibatnya, petang tu, sia memang tidak ke mana-mana lepas sampai di rumah. Telefon En. Suami mintak tolong tapaukan apa-apa makanan daripada rumah mertua sia saja. Serius rasa macam tenaga sangat perlu disimpan untuk bangun setakat untuk ke meja makan masa buka puasa. Melampau eh songeh orang berpuasa ni?

Masa menunggu waktu berbuka pun sangat mencabar. Masa tu lah semua iklan makanan nampak sedap. Tengok iklan KCF nampak sedap, tengok iklan Kenny Rogers nampak sedap, tengok iklan air ribena perisa strawberi nampak sedap, dan yang paling tidak tahan, tengok iklan Nesvita pun nampak sangat menggiorkan. Mulalah bayangkan ~sedapnya kalau makan biskut Hup Seng sapu peanut butter, lepas tu minum pulak dengan air nestum panas. Woooowww!~ Hah! Bukan main penangan menunggu waktu berbuka…

Dan akhirnya, masa yang ditunggu pun tiba. Apa lagi, jamu selera dengan lahapnya berlaukkan gulai sardin, masak lemak cendawan kulat, sup ayam, nugget goreng, telur dadar cili api, cheese tart dengan pudding roti berkuah. Dan tidak dilupa jugak, congo bar 2 ketul.. Hehhehehe…

Amekkau! Ni makan ka melantak ni!

Malamnya, sebelum tidur, makan pulak Honey stars dengan susu. Akibatnya, memang tidak laratlah bangun. Terpaksalah paksa rela En. Suami tolong kemaskan dapur.. Hehehhe… Bertemankan anak kesayangannya yang pun memang suka menyibuk. Duduklah dia menemankan ayahnya di dalam sinki sebelah sambil bermain-main air, sementara ayahnya membasuh pinggan mangkuk di sinki yang sebelah lagi. Mamanya memang serius penattttt!

Terima kasih abang dengan anak mama sayang sebab faham dan tolong mama! Mama hargai sangat-sangat! Walaupun orang yang berjanji kunun mahu menemankan si mama berpuasa sekali dok senyap jakkkk.... Janji faham situasi si ibu mengandung yang berpuasa pun jadiklah! Love both of you!


Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery