Friday, April 22, 2011

Peramah macam mamanya kah?



Kalau melihatkan perkembangan Aimee kebelakangan ini, terserlah sifat keperamahannya… Teringat dulu-dulu masa sebelum Aimee lahir, En. suami ada cakap “Mintak-mintak Aimee ni peramah macam mamanya.. mudah bergaul dengan orang macam mamanya..” Masa dengar tu, sia pun berharap yang sama juga terhadap Aimee.

Tapi, masa Aimee berumur 1 tahun setengah ke bawah, belum nampak apa-apa perkembangan positif yang membuatkan kami rasa macam ~Ouhhhh.. Aimee ni memang seorang yang peramah~ Sampailah masa di berumur 1 tahun 8 bulan baru-baru ini.

Dijadikan cerita, Aimee ni dulunya sangat takut pada orang yang tidak dikenali. Lagi-lagi kalau orang tu adalah lelaki dewasa. Kalau budak-budak yang sebaya tu oklah…

Masa tu, adalah cakap-cakap orang yang mengatakan kununnya dia jadi macam tu sebab dia ni dijaga di rumah dan bukan di nursery. Sebab tu dia macam tidak mesra pada orang luar…

Ok, masa tu, sia dengan En. Suami tidaklah rasa risau mana pun. Lagipun, kami memang tidak kisah si Aimee ni dijaga di rumah ataupun nursery. Pada kami, apa yang keluarga mertua sia rasakan terbaik, kami tiada masalah untuk menuruti. Jadi, kami tidaklah pernah terfikir untuk menukarkan Aimee ke nursery.

Semakin Aimee membesar, kami nampak ada perubahan pada dirinya. Bila kami bawak dia ke playground yang ada ramai budak-budak, excited bukan main lagi minah tu. Situlah dia akan sangat teruja dan akhirnya memang sangat susahlah untuk mengajaknya pulang. Dia sangat suka melihatkan telatah kakak-kakak dan abang-abang. Bila di bawa ke majlis pun sama… Bukan main gembira dia berjumpa kawan-kawan.

Masa sia mula-mula perasan akan sifat suka berkawan si minah Aimee ni, sia memang selalu guna ayat ni bila masa sia rasa sangat susah untuk mengejutkannya bangun daripada tidur di awal pagi “Aimee nak jumpa kawan-kawan tak? Kalau nak, Aimee kenalah bangun dan mandi cepat-cepat. Mama nak bawak Aimee jumpa kawan” Huh! Dan seperti yang dijangkakan, minah ni memang akan terus terbuntang matanya! Dan dan tu dia pulak akan cakap “Aimee nak bukak baju! Aimee nak mandi cepat! Aimee nak jumpa kawan!” Hahahhahha... Berkesan sungguh ayat si mama!

Tapi, jangan salah faham, sia tidak menipu minah ni tahu… Sia hanya akan gunakan ayat ni bila masa sia merancang membawanya ke majlis-majlis yang sememangnya akan ada budak-budak yang sebayanya. Mana boleh tipu budak wei! Nanti dia akan mengungkit pulak… Karang, jenuh si mama memikir untuk menjawab apa!

Yang baru-baru ni pulak, dijadikan cerita, kami terpaksa menukar penjaganya yang sedia ada… Seperti biasa, bila bertukar pengasuh, tidak mahu tidak pasti akan wujud perasaan risau. Mesti terfikir-fikir dalam hati tu ~Bolehkah Aimee ni terima pengasuh yang baru ni? Kalau tidak boleh macam mana?~

Dan yang sangat miracle nya, hari pertama pengasuhnya datang ke rumah mertua sia, si Aimee sangat tidak segan silu tiba-tiba terus mengajak pengasuhnya bermain masak-masak di ruang tamu. Dan yang lebih ajaibnya, tanpa mana-mana ahli keluarganya mengelilingi ok! Maksudnya, hanya dia dan pengasuh sahaja di situ, kami yang lain-lain semua duduk menunggu reaksi minah ni daripada dapur. Ouhhh! Sangat mesra gitu!

Hati mama dan ayah mana tidak berasa lega bila melihatkan keadaan seperti itu kan? Masa balik dari rumah mertua sia tu, memang tidak dapat sia tahan-tahan rasa bersyukur sia melihatkan perubahan pada Aimee, lalu sia katakan pada En. Suami “Aimee tu peramah kan bang?” lalu dijawab oleh En. Suami “Ha ah. Nasib baik dia boleh terima pengasuh baru tu. Kalau tidak, risau jugak. Baguslah Aimee ni peramah..” Ah! Memang lega yang amat ok!

Tapi, seperamah-peramah minah ni, pada lelaki dewasa, dia masih tidak boleh ngam. Dia memang ada masalah dengan lelaki dewasa yang tidak dikenali. Jangan sesekali disuruh dia bermesra mahupun menyalam, silap haribulan, mulalah mulut tu mencebik tanda air matanya bakal berlinangan… Bagus jugak tu sayang… Sebagai perempuan, kenalah ada batas-batasnya kan? Jangan main hentam keromok macam mamamu ini…. Ooopsss! Terlebih sudah!

Si mama: Siapa anak mama sayang yang sedang syiok tidur?
Aimee: Aimee! (jawab dalam mimpi.. huhuhuhu...)



2 orang pot pet on "Peramah macam mamanya kah?"

Gua! on April 22, 2011 at 2:20 PM said...

sombong lah aimee nih..cehhhhhhh!

mama glam on April 22, 2011 at 2:59 PM said...

Ipin: uncle oi.. Aimee nak kawan dengan uncle yang ensem jek.. nanti uncle dah ensem, boleh cuba lagi... xpu, poket kencang... hahahha.... ~ni sume, aku yg ajar.. hahahha~

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery