Thursday, April 7, 2011

Cantik kah KC baru si mama glam tu?



Itulah dia gambar KC di rumah sia yang asyik lupa di snap. Pagi ni teringat, terus cepat-cepat mintak tolong En. Suami ambilkan gambar. Yang di atas tu adalah gambar dry KC.

Manakala, yang di bawah ni pulak gambar wet KC….


Cantik kah? Hehehhehe... pada mata kami laki bini ni, alhamdulillah, kami puas hati dengan hasil kerja KC consultant ni.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, berapa harga yang perlu sia bayar ke KC consultant ni…

Sebelum sia bagitau, lebih baik sia ceritakan dulu, apa masalah yang sia hadapi dalam memilih KC consultant ni.

Pada yang pernah datang rumah kami, mungkin ada yang perasan bahawa sinki dapur rumah kami yang asal duduknya bukan di tingkap, tapi di tengah-tengah dapur yakni di dinding tengah dapur (tengok gambar bawah ni)


Begitu juga dengan wet kitchen. Tapping point tu elok pulak diletakkan di tengah-tengah dinding dapur basah tu.


Aduhai….. Pada sia, sia tidak suka dengan kedudukan asal kedua-dua tapping point tersebut. Rugi ruang dinding tu kalau sia maintain buat sinki di situ. Jadinya, sia buat keputusan untuk pindahkan kedua-dua tapping point tersebut.

Di samping tu, sia juga perlukan khidmat wireman untuk tanam balik wayar-wayar letrik tambahan yang hanya di casingkan oleh wireman masa sia mula-mula pindah dulu. Lepas tu, sia jugak bercadang susun balik kedudukan point-point lampu dan kipas yang entah apa-apa tu (sia memang maki gila-gila siapa-siapa yang bertanggungjawab menentukan kedudukan point-point tu masa mula-mula pindah dulu!). Dan yang terakhir sekali, sia jugak perlukan khidmat wireman untuk tambah macam-macam point baru dan jugak tambah tapping baru untuk mesin basuh dalam bilik air kedua.

Jadinya, dalam sia meng survey KC consultant pada akhir tahun lepas, hanya consultant yang ini saja yang boleh layan semua-semua keperluan sia tu under one roof. Yang lain-lain tu memang idaklah… Diorang cuma boleh bagi perkhidmatan memasang KC saja. Yang lain-lain macam plumber untuk pindahkan tapping point dan wireman tu perlu cari sendiri. Susahlah kan macam tu... Nanti kalau ada masalah, boleh jadik timbul kes tuduh-menuduh tu orang ni punya salah, ni orang tu punya salah. Siapa yang susah? Customer a.k.a si mama glam jugak yang akan pening kemudian tauuuu...

Dari segi pembayaran pulak, dalam banyak-banyak consultant yang sia jumpa, consultant ini jugak yang paling terbaik. Term pembayaran diorang paling memberi win-win situation kepada pelanggan. Yang lain-lain tu memang setakat win situation kepada diorang saja, memang ala-ala memaksalah… Belum ambil ukuran dapur pun sudah mintak down payment siap-siap. Bagi consultant ni, setakat ambil ukuran dapur, diorang tidak charge walau sesen pun! Diorang siap datang ukur ke rumah kita ok! Maksudnya, kalau diorang sudah ukur dapur dan sudah come out dengan quotation sekalipun, diorang tidak akan mintak duit sesen pun daripada kita sekiranya kita tidak jadi ambil khidmat diorang.

Diorang hanya akan mintak 30% down payment sekiranya kita setuju dengan quotation yang diberi, dan di situlah bisnes diorang akan bermula. Lepas tu, diorang akan hantar order untuk pintu dan carcass (cabinet). Sambil-sambil tunggu order siap, diorang akan buat kerja-kerja plumbing dan wiring. Dalam masa 2 minggu lebih macam tu, pintu dan carcass siap dan diorang akan datang pasang dalam masa 1-2 hari. Bila siap pasang cabinet semua dan hood, barulah diorang akan mintak another 60%, sambil tunggu order table top siap yang mana biasanya mengambil masa lebih kurang seminggu. Lepas pasang table top, sinki dan hob, kita kena check semua pintu dan cabinet betul-betul. Lepas setuju semuanya berada dalam keadaan baik, barulah kita akan diminta membayar habis baki 10% yang menandakan kerja-kerja diorang telah siap sepenuhnya, dan kita telah berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

Kan win-win situation namanya tu? Kan? Kan?

Jadinya, apa perkhidmatan yang diorang bagi pada sia?

1. Pintu dry KC guna material Membrane Press.
2. Pintu wet KC guna ABS.
3. 1 set laci di dry KC.
4. Handle pilih yang free saja.. Hehehhehe…
5. Table top wet KC dan dry KC guna solid surface.
6. Wet KC guna aluminium skirting.
7. Dry KC mintak 2 keping pintu kaca.
8. Tambah 3 plug point baru, 1 microwave point, 1 oven point, 1 hood point, 2 lighting point baru dan 1 fan point baru.
9. Tanam balik 2 point asal yang dulunya hanya di casingkan.
10. Relocate balik point-point lama.
11. Relocate sink tap point di dry KC dengan wet KC.
12. Inlet/tap baru untuk mesin basuh.
13. Upah pasang/coring hood.

Untuk semua-semua yang disebutkan di atas, harga yang dikenakan adalah RM18,200. Ok tidak? Ok tidak? Pada sia dengan suami, oklah rasanya. Kami yakin dengan consultant ni sebab diorang ni memang sudah lama dalam bidang ni. Company ni pun sudah establish. Dan yang paling penting, diorang memberikan perkhidmatan one stop centre. Senang kalau ada apa-apa masalah. Call 1 nombor, pandai-pandailah diorang selesaikan masalah tu macam mana. Sonang koje den!

Jadi, ada yang berminat kah? Kalau berminat, ni alamat consultant tu:

Bien Kitchen & Interior Artwork sdn. Bhd.
Lot. 2773, Jalan Changkat Permata,
Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.

Tel : 03-4106 2388 ; 03-4108 2923
Fax : 03 - 4105 1388

12 orang pot pet on "Cantik kah KC baru si mama glam tu?"

Unknown on April 7, 2011 at 11:27 AM said...

cantik sangat.. huwaaa.. aku pun nak jugaaa..

price wise, bg aku ok.. sebab siap buat semua sekali takdak pening2..

nnt aku leh la p makan2 kat rumah ko kan kan kan?

Sue Elin on April 7, 2011 at 12:11 PM said...

very cantik and ver da homey!i loike sgt2!

mama glam on April 7, 2011 at 12:49 PM said...

Mast: huhuhuhu.. boleh... boleh... tapi, makan atas lantai boleh? Meja makan besar masih illek la mas? Hhuuhuhuu...

K Elin: tq! I pun loike! Hehhehehe...

azuraamran on April 7, 2011 at 3:44 PM said...

aku x tahan la nengok oven ko weng..sgt menggiurkan..haha.leh bukak biz bakery psni..huhuuu

Nina Rizwina on April 8, 2011 at 5:32 AM said...

aweng...CANTIK & PUAS HATI...heehhe..itu yg boleh k ina katakan...:)

mama glam on April 8, 2011 at 9:12 AM said...

Azah: muakakakaka.. boleh buat bisnes bakery tuh... gilak ar pasni aku bukak bakery, ko jadik 1st customer aku ar... hahahhahaha...

k ina: tq k ina.. aweng pun puas hati sebab skang dapur dah x selerak dah.. hehehhe...

keyrie mutalib said...

waaa aku suke aku suke. sib baik sia xde modal mcm ko. kalau x, nak buat jugak

mama glam on April 8, 2011 at 2:35 PM said...

Yie: pandai2 ko nak cuba cakap sabah... tang sia tu jadiklah.. sekali ckp xde, trus out! hahahhahha...

AyuS on April 9, 2011 at 10:41 AM said...

Lawa..lawa..next time Kak Ayu nak buat kitchen cabinet utk rumah boleh amik consultant ini..TQ...

mama glam on April 11, 2011 at 1:54 PM said...

k ayu: tq... cubalah.. berbaloi2...

ninieZUERYANNIE on April 12, 2011 at 12:03 PM said...

ayo, asek x menyempat nak komen.. aritu dah baca dah entry nih..

kalo kc camni, dr malas masak pon terus rajin ke dapur kan.. (ke dapur je, nak masak syg kot.. hikhihik..)..

kite sukerrrrrrrrr!!

insyaAllah blh la buat ngan consultant nih..

mama glam on April 12, 2011 at 12:11 PM said...

Ninie: hahahhaha... kita kategori rajin masuk dapur je lah.. Masak? Errrrr.... No comment.... Hahahhahha... u know meee....

Cubalah, memang berbaloi..

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery