Showing posts with label Kenali Mama Glam. Show all posts
Showing posts with label Kenali Mama Glam. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Pusing kepala mak!

4 orang pot pet
Terlalu banyak yang bermain di fikiran kebelakangan ni... Kerja, hal peribadi, hal rumahtangga, hal menyambut anak kedua, hal sambutan birthday si kenit...


Ah!!!! Macam2 lah! Kena pulak si mak buyung ni masa mengandung ni otak jenis cepat penat... Tengok fb, pening.... baca blog pening... Jgn cakap mau baca blog orang, tengok header blog sendiri pun kepala naik pusing... Aiseh! Memang kacau betul pembawakan kali ini!

Tapi kan, banyak2 blog yg tidak sempat dijengah, blog si puan mastura dgn si ina achik tu tidak boleh tidak, wajib di click di masa kepala tidak terlalu pusing.. Cuma mungkin tidak tinggalkan apa2 komen saja... Baca tetap baca! Jadinya, kepada ina achik, kalau kamu tu telah mengambil keputusan utk mem privatekan blog kamu itu, jgn lupakan ai tau!

Dlm banyak2 blog yg tidak sempat dibaca, rindu banget dengan blog si lemongrass, blog si DTS tu.... Hmmmm.... Patut sudah lama dapur tidak berapa berasap... Hehehehehee... Alasan! Blog inspirasi memasak tu....

Sekarang ni yg paling dekat utk difikirkan adalah pasal sambutan birthday si minah cilik dengan pasal visa saudara mamak yang akan menolong sia dalam kerja2 rumah dan menjaga anak2... Aduiiiiii, pusing kepala mak!

Dalam mak pusing2 kepala fikirkan itu semua, en. Suami pulak bikin sentap sekejap malam tadi.... Hah! Akibatnya, mulalah si mak buyung yg malas bercakap ni tulis sms sepanjang2 alam untuk ditujukan kepada en. Suaminya... Hey lahhhh....

Bila cakap pasal tulis sms utk luah perasaan ni, baru sia terperasan, lama sudah sia tidak ber sms sms sentap dengan en. Suami... Mau cakap langsung tidak ada arguement, itu adalah mustahil... Mahu cakap sia semakin sabar, hmmmmm, macam tidak masuk akal... Makin malas sentap2 barangkali... Almaklumlah, usia semakin matang, hal kecil2 bolayan sudah! Buang masa aih sentap2 ni...

Tapi kan, hal malam tadi pun, kalau mau diceritakan, bukan hal besar mana pun... Haih lah! Memang betul lah tu en suami ckp sia ni unpredictable... Apa boleh buat? Nasib en. Suamilah dapat isteri macam ni.... Nasib2 pun, anak mau masuk dua sudah ni..... Hahahahahaha harun salim bachik! Sentap2 pun, En. Suami tatap di hatiiiii... huhuhuhuu... biasalah tu luah perasaan sekali sekala....

Oklah kamurang, layan sedikit gambar masa birthday sia Jumaat lepas.... Dapat sebijik kek kegemaran pun cukup happy woooo!





P/s: kalau kamurang mau tahu, ber sms sepanjang2 alam tu adalah cara sia berkonfrontasi dengan en. Suami bila sia ada sesuatu yg mahu diluahkan... Hanya dengan cara itu, pergaduhan kami tidak menjadi lebih buruk... Kalau main cakap depan, mau terbang periuk belanga semua.... Hahahahahha! Lagi 1, anak ayah seorang tu pun tidak boleh tengok mama dengan ayahnya gaduh2 ni... mau dia pulak yang meleleh air mata.. alahai anak dara ayah nan seorang ni....


Friday, July 8, 2011

Mama glam officially 3 series today!

6 orang pot pet

Wah! Tidak disangka umur si mama glam sudah masuk 3 series…. Rasa macam baru jak kemarin dapat kunci emas, rupa-rupanya umur kunci emas itu sudah ditinggalkan… Huhuhuhuhu…

Haish! Apa pulak sedih-sedih sudah masuk 3 series… Happy lah!

Alhamdulillah, sia bersyukur di kala umur menjengah 30 ni, sia mempunyai seorang suami yang penyayang dan sangat mengambil berat. Romantik tarak tapi sentiasa cuba untuk memahami sia yang padanya unpredictable… Dan juga bersyukur diberi kesempatan melihat sendiri anak membesar depan mata dengan sihat dan bijak…. Bakal menimang cahaya mata kedua…. Punya keluarga dan keluarga mertua yang sentiasa di sisi membantu dalam segala hal…. Punya kawan-kawan yang sentiasa menggembirakan… Punya rakan sekerja yang tahu bekerjasama dan saling hormat menghormati…Senang cerita, sia dikelilingi dengan orang-orang yang membuatkan hati sia gembira sepanjang hidup selama 30 tahun di muka bumi Allah ni…Kesihatan pun alhamdulillah… Rezeki yang diberi oleh-Nya pun membolehkan sia dengan keluarga mempunyai apa yang kami ada sekarang, alhamdulillah! Sia bersyukur ke hadrat Ilahi!

Tiada apa lagi rasanya yang sia layak minta daripada-Nya selain daripada memberkati kehidupan bahagia yang telah DIA kurniakan ini, agar di tahun-tahun yang mendatang DIA memberikan sia peluang demi peluang untuk sia memperbaiki diri dan sentiasa mensyukuri segala nikmat yang diberikan… Aminnnnnn….

Hadiah?

Kalau yang sudah mengenali sia, mesti sudah masak dengan perangainya yang tidak kisah samada mendapat hadiah atau tidak pada hari-hari yang istimewa sebegini… Makanya, untuk birthday kali ini, sia juga tidak berharap apa-apa daripada En. Suami dan anak dan keluarga dan kawan-kawan… Cukup dengan setakat ciuman ikhlas daripada En. Suami dan anak tersayang… Dan yang paling istimewa, lagu birthday daripada Aimee;

Happy birthday to you…
Happy birthday to you…
Happy birthday to you…..
Happy birthday to you…. Mamaaaaaa….


Uhuk uhuk uhuk… Sangat terharu ok bila dapat lagu birthday daripada anak sekecil itu… Walaupun mungkin dia tidak mengerti apa yang dia nyanyikan, mamanya tetap emo ok! Dan terima kasih juga kepada En. Suami kerana mengajarkan Aimee lagu tu, walaupun cuma di akhir lagu tu ada perkataan mamaaa… I know you’ve tried your very best to teach Aimee the song kan? Appreciate sangat-sangat tau! Tq abang! I love you very strong lah! =) Muahhhh!

Celebration?

Hmmm… Rasanya, kalau orang tu jenis tidak kisah kalau tidak dapat hadiah, mestilah jugak tidak kisah tidak ada celebration kan? Yup! Sia memang tidak kisah tidak ada candle light dinner bagai… En. Suami beriya juga ajak pergi makan mana-mana malam ni… Tapi, sia serius tidak ada terasa mahu makan di mana-mana.. JAdinya, sia mintak En. Suami belikan kek buah kegemaran sia saja dan makan beramai-ramai di rumah malam ni, cukup! Memang tidak ada perasaan punya manusia huh?

Haish! Sia ada perasaan ok! CUma, sia bukan jenis suka hadiah dan celebration… Cukup dengan orang di sekeliling mengingati dan ucapkan selamat hari jadi, itu sudah lebih daripada mencukupi… Itu sia kira sudah lebih istimewa daripada hari-hari biasa… Syukur….

Jadi, di sini, sia ingin berterima kasih kepada semua yang mengingati harijadi sia pada hari ini. Terima kasih kamurang! I love u all very strong jugaklah! Muahhhhhhh! Dan tidak dilupakan juga, sia berterima kasih kepada mamak kerana melahirkan sia ke dunia ini. Tanpa perngorbanan mamak mengandungkan sia dan melahirkan sia, sudah pasti, tiada tarikh ini untuk diingati dan diraikan. Siapalah seorang anak tanpa ibunya kan? Terima kasih mamak!


P/s: Sepasang telekung baru bersulam idaman hati yang kebetulan baru dibeli daripada Indonesian bolehlah dianggap hadiah kepada diri sendiri di harijadi kan? Jadi, maksudnya, ada hadiah harijadi lah tahun ni ya? Huhuhuhuhuu….


Wednesday, June 22, 2011

Pengalaman dan pembawakan masa mengandung

0 orang pot pet
Bila anak masuk 2 orang ni, barulah tau pembawakan ibu mengandung ni ada macam-macam… Lain anak, lain pembawakannya… Ada yang ok di sana, di sini pulak tidak ok, dan begitulah sebaliknya ikut pembawakan…


Contoh masa Aimee dulu, di bawah ni antara pengalaman dan pembawakan yang sia alami masa tu:

1. Ada morning sickness mild. Tapi, tidak perlu sampai makan ubat untuk tahan muntah. Selalunya, kalau tidak kena dengan makanan yang dimakan, muntahkan keluar, lepas tu boleh makan makanan lain yang lain dan insya Allah tidak akan muntah lagi selepas tu.
2. Muntah masa memberus gigi. Yang ini memang wajib setiap pagi.
3. Kemuntahan sepanjang kehamilan… Ya! Masa ni, boleh katakan tiap-tiap hari sia memang wajib muntahkan makanan yang dimakan… Selalunya, kemuntahan ni akan berlaku pada waktu petang atau malam…. Tapi, lepas muntah, memang lega habislah…. Dan masalah kemuntahan ni, berlarutan sampailah ke labour room… Lepas baby keluar, masalah ni terus hilang…..
4. Pasal makanan, sia memang sangat-sangat ke arah western food. Nasi-nasi berlauk ni memang sangat-sangat jarang, lagi-lagi yang merah-merah… Yang paling sia suka makan masa ni, spagethi dengan pizza, memang favourite habis!
5. Langsung tidak boleh minum air kosong atau air sejuk. Ini memang tidak boleh blah la… Sepanjang kehamilan, serius sia tidak menjamah air kosong…. Tidak lalu yang amat… Jadi, tiap-tiap kali minum, sia akan minum air manis.. Macam-macam minumanlah yang ada dalam stok.. Air MILO lah, ribena lah, soya lah…. Nasib baik tidak kena kencing manis masa mengandung tu! Dan semua-semua air ni, sia minum yang tidak sejuk punya… Sebab, kalau minum yang sejuk, memang jawabnya, selesema batuklah pulak yang menjelma…
6. Mulut si mak buyung macam harem! Hahahahhaha… Yang ini sia sendiri perasan… Cakap main lepas jak.. Lepas cakap baru fikir… Makanya, rasanya, memang ramailah umat manusia yang terasa hati dengan si mak buyung masa ni… Nasibbbbb… Mungkin, disebabkan tu, masa mengandung tu memang hati gumbira saja…. Sebab, takdak simpan rasa susah hati.. Hahhahahaha…
7. Berat badan sampai sebelum bersalin naik 16kg!
8. Masa ni perut boleh tahan besar… Masa usia kandung cecah 7 bulan a.k.a 28 minggu, perut membesra dengan jayanya.. Jadinya, awal jugaklah sia terpaksa solat guna kerusi sebab perut sangkut masa sujud.. Hehhehehe…
9. Sangat independent boleh bawak kereta sendiri ke mana-mana… Perut sudah masuk 8 bulan baru mintak En. Suami hantarkan ke pejabat.. Itu pun sebab perut sudah samgkut di stereng.. Hahahhahaha….
10. Sepanjang kehamilan sangat-sangat malas! Masak malas, kemas rumah malas.. Ah! Semualah! Yang sia tahu, baring, duduk, baring lagi, duduk lagi… Itu jaklah.. sampailah bersalin macam tu… Memang teruk betul..


Masa yang no. 2 ni, bawah ni antara pembawakan yang sia perasan:

1. Morning sickness sangat teruk masa usia kandung 2 bulan hingga 4 bulan setengah… Dia punya morning sickness… ya ampun! Tuhan saja yang tahu! Makan, muntah… minum, muntah.. makan lagi, muntah.. minum lagi, muntah… Senang cerita, kalau sudah mula muntah tu, memang kena jab lah jawabnya baru boleh berhentikan muntah… Dan lepas ok, memang langsung tidak boleh skip makan ubatlah… Mula-mula pregnant, kena makan 3 kali sehari.. Lama-lama, berkurangan 2 kali sehari.. Dan bila lepas 4 bulan setengah, alhamdulillah, tidak lagi bergantung pada ubat tahan muntah tu…
2. Muntah masa memberus gigi. Yang ini memang wajib setiap pagi jugak.
3. Masalah kelebihan air liur… Yang ini, sebelum kena batang hidung sendiri, tidak pernah tahu ada pembawakan yang macam ni… Tapi, bila sudah kena, hah! Sendiri tahu betapa lecehnya… Ke mana-mana usung botol untuk ptuihhh! Disebabkan itu, mula-mula tu sia memang sangat-sangat tidak selesa kalau perlu berjumpa dengan orang… Iyalah, fikirkan keselesaan orang melihat diri tu asyik ptuiiii… Wei! Boleh buat orang geli ok! Tapi, lama-lama sendiri fikir, sampai bila mahu menjauhkan diri daripada orang kan? Akhirnya, sia redah saja demi untuk teruskan hidup macam orang normal yang lain.. Nasiblah siapa yang tidak selesa.. Sia cuba sehabis baik untuk elakkan orang berasa geli.. Tapi, manalah sia boleh agak penerimaan orang macam mana kan? Minta maaflah kalau ada yang tidak selesa ya… Dan sia rasalah… masalah ni akan berlarutan sampailah baby keluar… Jadi, kalau ada yang rasa dia akan kurang senang, baik jangan ketemu dengan sia ya sampai baby keluar… Bukan apa, elakkan kesalahfahaman dong!
4. Pasal makanan, sia kurang gemar makan western food. Lebih prefer makan nasi-nasi berlauk.. Lagi-lagi kalau lauk masak lemak cilia pi, perghhhh!
5. Pasal air minum pulak, sepanjang kehamilan ni, sia memang wajib minum air sejuk! Tidak kisahlah air apa pun.. Air kosong pun ok asalkan sejuk dan berais! Tapi, air yang masam-masam, kureng sikit…
6. Setakat ni, berat badan baru naik lebih kurang 9kg… Ada lagi 2 bulan to go… Jadi, besar kemungkinan, sia jangkakan kenaikan dalam 11-12kg macam tu…
7. Memandangkan berat badan tidak naik terlalu banyak, makanya, perut pun memang comel sikit berbanding masa mengandungkan Aimee dulu… Usia kandungan 32 minggu ni, masih boleh sujud lagi masa solat… tapi, daripada awal kehamilan, sia memang solat duduk saja.. Macam pening-pening bila kena solat berdiri duduk… Ada masa tu, masa morning sickness teruk, siap solat baring.. Tidak apalah, janji solat kan?
8. Tidak selesa mendengar radio atau mendengar yang bising.. Jadinya, daripada mula-mula hamil sampai sekarang, boleh kiralah berapa kali sia dengar radio.. Itupun, sebab tumpang kereta orang.. Kalau naik kereta sendiri, memang sunyi sepilah kereta itu jawabnya….
9. Sangat-sangat tidak larat drive jauh-jauh… Naik turun LRT larat pulak… Makanya, sendiri kira sudah berapa lama sia tidak bawak kereta ke pejabat.. Tidak tahulah macam mana keadaan sia masa lepas habis pantang nanti.. Huhuhuhuu….
10. Kemalasan tidak seteruk masa mengandung anak pertama… Adalah jugak tenaga untuk berkemas-kemas dan masak-masak lepas habis morning sickness tu… Tidaklah rumah tu macam tongkang pecah macam masa mengandung Aimee dulu.. hahahhahahha.. ngaku ok!
11. Last sekali, sia perasan, mengandung kali ini, otak sia sangat mudah berasa penat. Kalau suruh fikir banyak-banyak, mak pening nok!



Thursday, June 16, 2011

Kenapa si mama glam takdak ASTRO?

0 orang pot pet
Hari ni saja jak mau kongsi jadual rancangan TV yang mesti ditonton oleh si mama glam setiap hari… Takdak astro pun sudah lebih daripada cukup tau!


Isnin.
6.00 petang: Best of Hokkien (My Family, My Love) @ TV8
7.00 malam: Akasia (Nora Elena) @ TV3
9.00 malam: Juvana @ TV3


Selasa.
6.00 petang: Best of Hokkien (My Family, My Love) @ TV8
7.00 malam: Akasia (Nora Elena) @ TV3
9.00 malam: Lestary (Ana Lulu – hmmmm, bolehlah….) @ TV3
10.30 malam: Samarinda (Annissa) @ TV3
11.00 malam: Fuhhh! @ TV3


Rabu.
6.00 petang: Best of Hokkien (My Family, My Love) @ TV8
7.00 malam: Akasia (Nora Elena) @ TV3
9.30 malam: Showdown 2011 @ TV8
10.30 malam: Samarinda (Annissa) @ TV3


Khamis.
6.00 petang: Best of Hokkien (My Family, My Love) @ TV8
7.00 malam: Akasia (Nora Elena) @ TV3
9.30 malam: Seram (You Saka… pergi Jauh-jauh – yg kali ni punya idok minat!) @ TV3
10.30 malam: Samarinda (Annissa) @ TV3


Jumaat.
6.00 petang: Best of Hokkien (My Family, My Love) @ TV8


Sabtu.
8.00 pagi: Tidak tahu nama cerita, tapi Chinese drama @ TV8
9.00 pagi: Pun tidak ingat nama cerita, Chinese drama @ TV8
6.30 petang: Korean drama (Naughty Kiss) @ TV8
10.00 malam: Cerekarama @ TV3


Ahad.
8.00 pagi: Tidak tahu nama cerita, tapi Chinese drama @ TV8
9.00 pagi: Pun tidak ingat nama cerita, Chinese drama @ TV8


Selain daripada yang sia senaraikan di atas, kadang-kadang, ada jugak rancangan TV lain yang sia layan, tapi on & off sebab rancangan tu ditayangkan pada masa-masa yang sia jarang mengadap TV, contohnya, rancangan yang ditayangkan pada larut malam ka…. Atau yang ditayangkan masa waktu bekerja ka… Hehehhe… Yang ni confirm2 lah sia tengok masa sia cuti atau MC kan… kekekkekke…. Antaranya, Marimar.. Best wooo cerita ni! Lepas tu, cerita-cerita kartun di TV9, Spongebob lah… Cat & Dog lah… Huh! Macam-macam lagilah!

Senang cerita, sia ni memang kaki TV! Jadi, kalau di rumah, kalau sia tidak ada berbuat apa-apa, selalunya, memang kerja sia akan tercongok depan TV sajalah jawabnya… Masa tu, jangan harap keinginan si anak atau si ayah untuk menonton rancangan kegemaran diorang akan dilayan… Mama the Conqueror berkuasa! Hahhahahaha!

See? See? Baru ada 9 channel pun sudah terlalu banyak benda yang boleh sia tonton… Tidak boleh sia bayangkan kalau sia ada ASTRO… Jawabnya, takdak kerja yang jalanlah… Tidak berasap langsunglah dapur si mama glam… Siapa susah? Anak-anak dan En. Suaminya jugakkkkkkk…. Huuhuhuhuhuhu….

Tapi, rumah mertua sia ada ASTRO… Jadi, bila sekali sekala datang ke rumah mertua sia, memang susahlah bontot ni berganjak daripada depan kaca TV tu… Macam-macam channel tu yang best-best… Tekan sana, channel AFC, tekan lagi, channel E! Tekan lagi, National Geographic, tekan lagi, HBO, tekan lagi, channel RIA… Adui! Memang non ado lah kerja yang dibuek selain daripada tercongok depan TV! This is not good! This is really not good! Tapi, sekali sekala, apa salahnya kan? Hik hik hik….

Thursday, May 5, 2011

Laratnya puasa masa mengandung!

6 orang pot pet
Bila sia kecoh-kecoh pasal berpuasa dalam masa mengandung ni, adalah suara-suara yang bunyi sangat concern takut akan effect baby dalam kandungan bertanyakan soalan-soalan

“Takpe ke puasa masa mengandung ni?”

“Tak effect kat baby ke?”

“Doktor cakap ape?”

“Janganlah puasa kalau tak larat. Takpe, Allah faham, ganti je lah masa dah deliver nanti”

Dulu-dulu, masa sia mengandungkan Aimee pun sama. Padahal waktu tu, sia setakat ganti puasa 8 hari jak pun. Tapi, memang ramai lah yang risau takut puasa sia tu akan effect ke baby yang dikandung. Takut tidak cukup zat lah.. Takut perkembangan baby tidak sempurna lah dsb… Tapi, alhamdulillah, masa tu sia berjaya menggantikan kesemua 8 hari puasa yang sia tertinggal sebelum sia bersalinkan Aimee tanpa ada sebarang masalah…

Jadi, bila kali ni sia cakap sia perlu ganti sampai 29 hari, lagilah ramai yang sangat concern dan bagi nasihat supaya jangan paksa diri untuk ganti puasa dan lagi sekali nasihat supaya ganti balik masa lepas deliver

Ok, biar sia kongsikan kenapa sia beriya-iya jugak cuba gantikan puasa sebelum bulan puasa tahun ni.

Kalau pada kamurang yang tahu, masa sia bersalinkan Aimee, masa tu memang dekat gila dengan bulan puasa. Kunun masa tu ingat dapatlah setakat berpantang selama 44 hari, dan dapatlah puasa sekurang-kurangnya separuh bulan. Tapi, malangnya, ditakdirkan Allah, darah nifas sia keluar tidak henti-henti selama 60 hari. Makanya, sia memang langsung tidak berkesempatanlah berpuasa pada bulan Ramadhan tahun 2009 tu.

Lepas saja raya, sia memang kunun berazam untuk menggantikan terus kesemua 29 hari puasa yang telah ditinggalkan. Maka, bermulalah usaha sia untuk berhadapan dengan hari pertama puasa. Dan setiap kali itu juga, usaha sia gagal. Kenapa? Mungkin ada yang akan cakap “Alah, mengada-ngada.. Dulu masa mengandung, boleh pulak senang-senang ganti puasa takde masalah. Ni dah tak ngandung, liat pulak nak puasa”

Sia cakap terus teranglah, pada yang tidak ada pengalaman menyusukan anak, jangan cakap banyak! Ikut pengalaman sia sendiri, pada sia, berpuasa semasa menyusukan anak adalah lebih susah berbanding berpuasa semasa mengandung. Yang sia cakap ni adalah menyusukan sepenuhnya anak ya. Bukan menyusukan anak setakat pada waktu malam, dan pada siangnya si anak tu minum susu formula. Ini stok yang siang mengepam susu untuk bekalan susu si anak semasa si ibu bekerja pada hari-hari esoknya, dan pada malamnya pula, si anak breastfeed direct, dan pada hujung minggu dan cuti, si anak langsung tidak menyusu melalui botol tetapi direct breastfeed kepada ibunya.

Jadi, setelah berusaha keras untuk menggantikan sebanyak 29 hari puasa pada tahun lepas, sia hanya berjaya menggantikan sebanyak 7 hari sahaja! Yes! I’m not kidding you! Ini bermakna, berbaki lagi 22 hari yang perlu diganti, tambah pula dengan 7 hari yang sia tidak dapat berpuasa kerana sakit perempuan (period lah tu..) masa bulan puasa tahun lepas. Jadi, jumlah semua yang perlu diganti balik sebelum masuk bulan puasa tahun ni, balik semula ke 29 hari!! 7 hari ganti puasa seperti biasa, dan lagi 22 hari ganti puasa + fidyah…

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa dapat ganti sebanyak 7 hari sahaja? Pada yang tidak pernah merasa berpuasa masa menyusukan anak, biar sia kongsikan. Masa menyusu badan penuh anak, seseorang ibu memang akan sangat sangat sangat cepat berasa lapar. Iyalah, bayangkan kalau dalam sehari perlu pam keluar sampai 20 Oz susu... Ianya tidak sama seperti mengandung. Anak dalam kandungan tidak perlukan makanan sebanyak anak yang telah lahir. Jadi, tahap kelaparan pun memang sangat sangat berbeza. Jadi senang cerita, kalau seseorang ibu itu berpuasa semasa ia menyusu badan anaknya, ia memang akan sangat sangat memberi kesan kepada penghasilan susu yang akan diperolehi pada hari si ibu itu berpuasa. Walaupun si ibu telah bersahur, tidak banyak, sikit pasti akan mengurangkan pengeluaran susunya pada hari tersebut.

Jadi, kalau setakat menggantikan puasa dalam 7-8 hari, mungkin si ibu boleh dengan mudahnya menggantikan puasa tersebut sepanjang masa setahun sebelum tibanya bulan puasa yang seterusnya, dengan menggantikannya mungkin sehari sebulan macam tu... Tapi, kalau sudah sampai 29 hari..... Pulak tu, masa tahun 2010 tu pulak sia jugak terpaksa tinggalkan Aimee untuk tempoh 16 hari berturut-turut, memanglah production gila down yang amat. Disebabkan itu, tidak mahu tidak, terpaksa jugak sia berhenti daripada menggantikan puasa demi untuk mengadakan stok yang ala-ala cukup makan untuk Aimee pada tahun lepas. Dan akibatnya, berbakilah lagi 22 hari untuk digantikan....

Jadi, setelah melalui pengalaman betapa susahnya untuk menggantikan puasa semasa menyusukan badan, dan sia juga memang merancang untuk fully breastfeed anak yang kedua ini, maka, mahu tidak mahu, sia harus kuatkan azam untuk menggantikan puasa yang berbaki 29 hari itu sebelum masuk bulan puasa pada tahun ini. Ditambah lagi, EDD untuk anak yang kedua ni adalah pada 15 Ogos 2011, iaitu, di tengah-tengah bulan puasa pada tahun ini. Kalau ditakdirkan sia terbersalin awal? Nah! Amekkau! Mahu tambah lagi 30 hari dalam baki 29 hari tu? Bila mau ganti tu? Lepas bersalin masa menyusukan badan anak kedua? Atau tunggu lepas anak kedua habis menyusu badan masa umurnya 2 tahun?

(22 hari ganti puasa + fidyah untuk 4 tahun) + (37 hari ganti puasa + fidyah 3 tahun).

Fuh! Gilak belambak tu! Itu untuk kiraan kalau tidak mengandung lepas anak kedua cecah umur 2 tahun tu. Kalau mengandung? Hah! Sendiri jawab! Yang fidyah tu senanglah nak membayornye… Yang puase nye? (bace macam loghat orang perak) entah bilalah baru dapat ganti semua-semua tu…

Bila sia cakap macam ni, mungkin ada pulak yang cakap, “wah! Beriman nya budak ni” atau “Wah! Baiknya budak ni, berusaha jugak ganti puasa dia yang berlambak tu”. Eh! Eh! Jangan puji lebih-lebih… Sia bukanlah orang yang beriman sangat… Tidak berani mengaku sangat beriman sebab sia memang sedar diri sia banyak kekurangan kalau bab-bab agama ni. Tapi, bila bab-bab macam ni, sia tahu tanggungjawab sia kepada pencipta sia, dan bila DIA memberikan sia kekuatan untuk menggantikan puasa yang bukan sengaja sia tinggalkan, kenapa tidak sia rebut peluang yang diberikan? Kenapa sia perlu berlengah-lengah dan memberikan seribu satu alasan untuk tidak menggantikan puasa tersebut? walaupun kadang-kadang sia berasa sedikit tertekan dengan nasib diri yang asyik terpaksa berpantang semasa bulan puasa, sia masih percaya, ini semua adalah ketentuan-Nya. Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk sia bila DIA memberikan sia ujian seperti ini. Dan, apalah sangat ujian sebegini kalau hendak dibandingkan dengan ujian-ujian yang lebih berat yang terpaksa dilalui oleh orang-orang lain kan?

Dan bila sia buat entry sebegini, jangan pulak ada orang yang terasa hati sebab masa dia mengandung, dia langung tidak larat untuk berpuasa. Entry yang sia tulis adalah bagi pihak sia yang rasa mampu untuk berpuasa semasa sia mengandung. Dan doktor dan misi yang menjalankan check up terhadap sia setiap bulan pun merasakan sia tiada masalah untuk berpuasa kerana keadaan kandungan sia ok. Pada yang tidak mampu, terimalah dugaan-Nya dan jangan mengeluh. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya… Lain orang, lain dugaannya. Tepuk dada, tanya Iman… Dan jangan lupa minta nasihat doktor. Kalau larat, puasa... kalau tidak, gantilah di masa-masa akan datang di mana anda larat untuk menggantikannya. Allah itu kan Maha Memahami hamba-hamba-Nya. Jangan langsung buat-buat lupa terus, sudah! Itu, memang sia tidak tahu mahu cakap apalah kan? (Sia pernah jumpa orang yang macam ni tahu! Nauzubillah kita tergolong dalam golongan seperti ini)


Friday, April 22, 2011

Mama glam bukan penggemar coklat tau!

2 orang pot pet
Selalunya coklat akan dikaitkan dengan perempuan, perempuan dikaitkan dengan coklat. Senang cerita, kebanyakan lelaki sering menggunakan coklat sebagai umpan untuk memenangi hati wanita atau memujuki hati kawan perempuannya..

Tapi, bagi sia, sia adalah bukan seorang perempuan yang tipikal seperti itu. Pada yang tidak tahu, sia bukanlah seorang penggemar coklat yang tegar. Bukanlah jenis yang kalau sia merajuk, dapat coklat akan membuatkan sia cair dan reda.

Teringat pulak suatu masa dulu… masa uni.. Ada seorang budak lelaki (tidak ingat siapa lah) memberikan sia coklat Cadbury. Tapi, seingat sia, budak lelaki itu bukanlah teman lelaki sia… Baru mahu hendak mengorat ka apa ka… Ah! Tidak ingat! (Ouhhh.. laku jugak ko dulu-dulu ya mama glam sampai kau tidak ingat siapa si lelaki itu! Itu semua dusta! Ka orang itu adalah En. Suami ya? Hhahahhahha… Serius lupa!). Ok, mula melalut di situ ya!

Cakap pasal coklat tu. Disebabkan sia ni bukan seorang penggemar coklat, makanya duduklah cokat tu diam di atas meja untuk tempoh masa yang lama sebelum di ngap beramai-ramai. Sebab utama sia tidak menyentuh coklat tersebut adalah, hanya disebabkan coklat itu adalah plain coklat tanpa kacang! Ya! Sia memang kurenggggg dengan coklat yang tidak ada kacang. Kalau suruh sia beli guna duit sendiri, memang tidaklahhhhh!!!!!!!!!!!

Kalau ada kacang sekali kan sedappp!


Dan sia juga tidak suka coklat yang ada caramel di dalamnya. Sia tidak suka rasa caramel yang terlalu manis. Melekat tu rasa manis di lidah! Sia memang bukan pencinta makanan yang terlalu manis lah…

Macam coklat-coklat yang di bawah ni.. Semua-semuanya nampak sedap kan? Tapi, sia memang kurenggg lah... Manis yang amat dong!





Wah! Memilih kau ya mama glam! Kau lupa dulu betapa masa kau kecil bukan main susah untuk kau dapat makan coklat. Jangan cakap coklat plain, coklat ding dang yang murah tu pun susah tau!

Coklat kegemaran masa kecik-kecik.. Best tu, ada mainan macam-macam dalam tu...

Ya! Ya! Masa kecil-kecil dulu, memang bukan mudah untuk sia dapat senang-senang makan coklat. Paling-paling pun dapat makan aiskrim yang bersalut coklat. Namanya coklat bar, sorry! Paling-paling, mamak atau bapak akan belikan coklat ding dang atau tora saja. Cadbury? Ouhh! Apa tu? Memang tidaklah… Mahal tu…. Kalau dapat makan aiskrim drumstick perisa coklat setahun sekali pun (masa raya la tu. Itupun guna duit raya) sudah cukup baik tau! Itu kira bonus tahunan la tu.

Menginjak ke masa uni pulak. Kadang-kadang outing, dapatlah beli coklat TANGO perisa almond. Masa tu, walaupun sia bukanlah penggemar coklat, sia sukakan TANGO Almond ni sebab diorang tidak kedekut almond! Gila banyak biji almond dalam tu. Tapi, yang saiz besar jaklah. Yang bar kecik-kecik tu, sorry! Tidak layan ok! Wah! Angkuh nampak! Hehehhehe.. Elleh! Masa tu, bar yang paling besar tu pun baru harga dalam RM3++.. Lebih murah daripada medium size untuk bar Cadbury atau Van Houten atau Vochelle... Ouh, tapi kalau sia dapat coklat plain Van Houten atau Vochelle free daripada kawan-kawan, sia suka tau! Sia suka rasa coklatnya. Sedap daripada Cadbury! Dasar kedeks!

Semakin dewasa, sia dikenalkan pulak dengan Ferrero Rocher. Woh! Siapa tidak suka Ferrero Rocher beb! Semenjak itu, coklat-coklat yang lain tidak pandanglah.. Amboi bongkaknya! Fuish! Sedap tu! Jadinya, tiap-tiap kali merajuk, sia akan paksa En. Suami yang pada masa tu hanya teman lelaki untuk belikan coklat ni. Tapi, lepas tu, dia jugak yang akan kebas. Beli 3 bijik, sia makan sebijik, dia makan 2 bijik. Ceh! Patut badan 2 kali ganda daripada aku! (Errrr… sayang abang! ~Bodek baik punya!~)

Masa kami kawin pun, hantaran memang tentu-tentulah Ferrero Rocher kan? Sia bagi En. Suami Ferrero Rocher coklat, dan sia paksa En. Suami bagi sia Ferrero Rocher kelapa. Errrr.. Kamurang tahu tidak coklat ni yang mana 1?

Ala… yang macam gambar di bawah ni…


Sedap tau coklat ni! Tapi, En. Suami tidak suka… Itu lagi bagus, tidaklah dia asyik pow saja! Hahahhahha…

Jadi, semenjak berkenalan dengan Ferrerro Rocher, kami laki bini memang kalau ke Langkawi atau ke JB (The Zone) akan pulang dengan coklat-coklat ini sajalah. Dan kalau baik sikit, kami akan pulang dengan Daim sebungkus, Kit Kat sikit dan mungkin Toblerone sebatang dua… Yang lain-lain, semua kami penuhkan bakul dengan Ferrero Rocher. Dan selalunya, seperti biasa, En. Suami akan habiskan 2/3 daripada cokat-coklat tersebut. So, bahagian sia setakat 1/3 sajalah.. Errrr.. tapi, sekarang ni bahagian sia yang 1/3 pulak terpaksa dikongsi dengan si minah cilik tu.. Nasib.. nasib… Huhuhuhu..

Tapi, kan semenjak pregnant ni, entahkan kenapa sia macam tiada keinginan untuk memakan coklat walaupun ianya adalah Ferrero Rocher. Sampaikan, hari tu kami terpaksa membuang coklat Ferrero Rocher dan Daim kerana ketamakkan sia. Punyalah sia tamak tidak kasi En. Suami makan bahagian sia.. Makanya, sia simpan dan simpan (kesian En. Suami asyik terpaksa pandang saja coklat tu), dan akhirnya masa sia memang sedar yang sia memang tidak akan memakan coklat tersebut, sia bagi green light ke En. Suami suruh dia makan. Tapi, coklat tu sudah masuk angina a.k.a lemau! Sayang betul!


Eh! Panjang pulak entry ni. Sebenarnya kan, sia buat entry ni sebab sia mahu bagi tahu sesuatu…. Hari ni kan, pagi-pagi sia ada terbau ala-ala macam bau vanilla musk macam tu. Bau-bauan tersebut telah membuatkan sia berasa macam pening-pening. Bila pening-pening tu, tiba-tiba sia terasa macam mahu makan coklat. Jadi, sia telah membeli coklat Kit Kat dan Cadbury. Tidak puas dengan itu, sia beli pulak coklat Cadbury Picnic yang ada caramel tu, walaupun sia tahu sia tidak suka makan caramel.


Tapi kan… kamurang tahu? Sia tidak sangka Cadbury Picnic itu sedappppp!!!!!!!!!!!


Tengok betapa banyak kacang dalam tu!!!!!!!!!

Ataukah ini adalah kesedapan disebabkan pembawakan budak? Ataukah memang coklat tersebut sedap? Ataukah disebabkan bauan vanilla musk itu menyebabkan Cadbury Picnin itu sedap?


Perghhhh!!!!!!!!!! meleleh siot!!!!!!!!!


Disebabkan itu, selepas lunch tadi, sia telah menelan 2 biji Cadbury Picnic! Dan… sia macam terasa mahu beli lagi lah!!!!!!!!!!! Tolong! Sia takut kerana coklat kan kandungan gulanya tinggi!!!!!!! Takut kalau berat badan naik mendadak dan terpaksa minum air gula!!!!!!!!!! Appoint klinik minggu depan oi!

Hmmphhh! Sia akan berusaha untuk tidak membeli Cadbury Picnin tersebut sehingga appoint klinik hari ISnin ni.. Ah! Tolong aku ya Allah! Bagi aku kekuatan untuk menahan godaan Cadbury Picnic ini! ~Lagipun, duit dalam poket aku ni ngam-ngam untuk makan minum sampai hari ISnin ni saja woooo~ Ah! Kantoi! Shhh!!


Tuesday, April 19, 2011

Bersalin di hospital kerajaan atau swasta?

12 orang pot pet
Dulu masa sia mengandung anak pertama, sia selalu diajukan soalan “Mana buat monthly check up?”, “Mana scan baby?” “Mana nak bersalin?”…. Sekarang, masa sia mengandung anak kedua, soalan yang sama selalu terpacul daripada mulut kawan-kawan dan saudara mara. Dan setiap kali tu, jawapan sia tidak pernah berubah, iaitu “Klinik kerajaan” dan “Hospital kerajaan”

Masa sia mula-mula mengandung anak yang kedua ni pulak, ada seorang pakcik ni cakap pada sia “Kali ni beranak, suruhlah Mel hantar ke hospital swasta pulak. Tak payahlah berjimat sangat dengan duit tu”… Masa tu, dan dan tu jugak sia jawab “Suami saya tidak kisah kalau saya mahu bersalin di mana pun. Tapi, saya yang taknak. Saya selesa dengan hospital kerajaan. Saya yakin dengan hospital kerajaan”. Mendengarkan jawapan sia, pakcik tu tambah lagi, lalu dijawab sia “Tapi pakcik, kalau ada berlaku apa-apa komplikasi, mana-mana hospital swasta pasti akan tolak kes ke hospital kerajaan. Jadi, buat apa saya longgok duit saya ke hospital yang tidak mampu membuatkan saya berasa yakin dengan kemampuan dan peralatan yang diorang ada?”

Ok, bila cakap pasal isu ni, pasti ramai yang akan ala-ala hurt butt. Masing-masing ada pendapat sendiri.

Pada sia pulak, sia yakin dengan perkhidmatan yang diberikan oleh klinik-klinik dan hospital kerajaan. Satu, sebab diorang ada standard prosedur yang mana laporan pemeriksaan kesihatan diorang tu tersangatlah lengkap. Buku merah yang standard tu memang boleh terpakai walau di mana pun kita merancang untuk beranak.

Mungkin ada yang cakap, disebabkan terlalu banyak prosedur tu lah yang menyebabkan pemeriksaan di klinik-klinik kerajaan selalu mengambil masa yang lama. Ikut pengalaman sia sendiri, setakat 2 jam tu bukanlah perkara yang perlu dibesar-besarkan. Dengan bilangan pesakit yang begitu ramai, tempoh tersebut sia kategorikan sebagai standard. Lagipun, layanan diorang adalah berdasarkan 1st come 1st serve basis. Jadi, kalau yang sudah biasa, kalau appoint tu jam 8 pagi, baiklah datang 10 atau 15 minit awal. Bolehlah dapat nombor yang depan-depan. Bila dapat nombor yang awal-awal, dapatlah balik lebih awal, tidaklah perlu menunggu lama.

Nurse atau doktor yang garang? Ok, pada sia, di mana-mana tempat samada swasta atau kerajaan, sama sahaja. Dan ikut pengalaman sia daripada bersalin anak pertama, alhamdulillah, sia dipertemukan dengan nurse-nurse dan doktor-doktor yang baik. Ok, tipulah kalau langsung tidak berjumpa dengan yang garang dan bermuka masam. Ada, tapi bilangannya boleh dikira dengan jari… Dan pada sia, setakat bilangan yang seciput tu, tiada masalah untuk sia tutup mata sebelah… Dan sia akan reverse psychology balik ~Alah…. kalau aku di tempat diorang ni pun, mungkin aku pun akan jadi macam diorang. Mungkin sebab penat barangkali~

Di samping tu, walau doktor atau nurse tu buat macam mana pun, sia akan paksa mulut ni untuk senyum walaupun dalam hati, Tuhan saja yang tahu betapa geramnya hati ni… Lepas tu, sia akan pujuk diri jugak untuk terima layanan yang kurenggg dengan berbisik dalam hati ~Kesian diorang terpaksa buat kerja-kerja ni. Kalau akulah, bagi gaji sejuta pun belum tentu aku mau buat. Mencabar tu.. Mana kena check jalan lagi, mana kena sambut baby lagi.. mana kena bersihkan rahim lagi, mana kena check jahitan lepas orang bersalin lagi.. Euwww!~ Dengan berbuat demikian, sia akan lupa sekejap rasa marah tu dan mampu untuk senyum seikhlasnya. Dan selalunya, sikap positif sia tu akan membuahkan hasil yang lebih baik. Masa tu lah sia akan dengar orang lain yang banyak kerek mendapat layanan yang kurang, sia pulak mendapat layanan yang sebaliknya… Agaknya, diorang kesian tengok muka sia yang terpaksa senyum tu kan, jadi terus diorang berubah sikap dan melayani sia dengan baik.. Hehhehhehe….

Sebenarnya, pada sia, karma itu sangat adil. Kalau kita berbuat baik pada orang, pasti Tuhan akan memberikan balasan yang setimpal terhadap apa yang telah kita lakukan. Oklah, kita cuba letakkan diri kita ni di tempat diorang lah. Bayangkan orang yang sakit bersalin datang untuk dapatkan perkhidmatan kita. Datang dengan muka masam, marah-marah, kerek kunun dia layak untuk dapat perkhidmatan 1st class sebab dia itu seorang pegawai lah… Dia mahu macam ini lah, dia mahu macam itu lah… Senang cerita, banyak songeh! Di samping pesakit tu, kita ada lagi beberapa atau mungkin ramai lagi pesakit lain yang punya masalah yang lebih kritikal untuk di beri perhatian. Agak-agak, apa perasaan kamurang? Mesti dalam hati tu ~Hek elleh puan ni! Kerek pulak! Macam ko sorang nak beranak!~ Kalau sia sendiri lah, daripada layan manusia kerek yang macam ni, baiklah sia pergi menghadap pesakit yang tidak banyak songeh dan mudah untuk diuruskan. Tidaklah hati tu tambah sakit! Tidaklah spoil mood bekerja yang riang gumbira kan?

On top of di atas-atas yang sia cakapkan tu, yang paling sia suka pasal klinik-klinik dan hospital kerajaan ni, sudah tentulah bayarannya yang tidak mahal. Check up bulanan percuma, tidak kira samada si ibu tu pegawai kerajaan ataupun tidak. Bersalin pulak, setakat bayar harga katil saja. Alah, setakat berapa belas ringgit tu… kalau tidak silap sia, RM6/semalam. Hah! Hospital swasta dapat? Sorry lah beb! Kalau kamu-kamu tidak ada duit riban-riban, jangan harap arrrr! Sebab tu, ada sesetengah orang bila masa bersalin saja, mulalah tergaru-garu kepala sebab kena korek semua simpanan yang ada untuk bayaran hospital dsb. Pada sia yang tidaklah banyak mana duitnya, hospital kerajaan memang paling sesuai lah. Bukan tidak ada duit, tapi, sia mengaku, sia memang lokek untuk bayar duit sebanyak itu untuk perkhidmatan yang sia rasa sia boleh dapat dengan harga yang lebih murah di hospital kerajaan. Jadi, buat apa sia menabur duit di swasta kalau sia sendiri selesa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh hospital kerajaan? Baik sia guna duit tu untuk beli barang kelengkapan lain macam pam susu, car seat dsb yang sudah tentu-tentu harganya memang tidak boleh dirunding. Mahu tidak mahu, harga barang-barangan tu memang standard. Situ pun sudah makan riba-riban… Mana duit untuk akikah lagi… Baju-baju lagi… Ah! Macam-macam lah…

Ok, ok, bila sia cakap macam ni, bukan tujuan untuk mengutuk orang-orang yang bersalin di hospital swasta. Tidak sama sekali. Itu hak masing-masing. Pada yang berkemampuan dan mementingkan layanan yang tip top dan kepantasan, mengapa tidak? Pilih saja hospital swasta yang diingini, yang penting fulusnya adaaaaa…

Sia buat entry ini untuk tekankan, buat masa ini, buat ketika ini, sia masih yakin dengan perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan. Sia mahu ubah persepsi orang terhadap perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan. Jangan memperlekehkan kebolehan dan kepakaran mereka. Jangan hanya disebabkan mementingkan standard, sangggup berhabis duit untuk bersalin di hospital swasta yang akhirnya membebankan poket yang sebenarnya kurang mampu. Ukur baju di badan sendiri. Jangan main dengar cakap-cakap orang sebelum mencubanya sendiri. Sakit beranak tu, di mana pun sama saja.

Dan sedarlah, walau semahal mana pun perkhidmatan yang kamu mampu bayar di hospital-hospital swasta, mereka tidak akan mampu menandingi tahap kepakaran dan kecanggihan peralatan yang ada di hospital kerajaan. Percayalah! Cuma, mungkin layanan di sesetengah hospital dan klinik kerajaan tidak seperti yang kamu harapkan yang boleh kamu dapat di hospital swasta. Itu sia anggapkan sebagai nasib… Tapi, sia sendiri setakat ini berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh klinik dan hospital kerajaan yang telah sia kunjungi. Alhamdulillah… Pada sia, keadaan sudah banyak berubah… Tanggapan dulu-dulu terhadap doktor dan nurse kerajaan patut diubah. Prestasi dan keupayaan mereka memang patut dibanggakan!

Sia dulu bersalin di sini. Layanan memang tip top I tell you!

Monday, April 18, 2011

Ouhhh.. Mahu jadi pilot rupanya.....

8 orang pot pet
Kadang-kadang kan, termenung sendiri mengimbau kenangan lama… Terfikir-fikir ~kenapalah aku end up jadi seorang engineer walhal kerja yang aku buat sekarang ni langsung tidak ada kena mengena dengan engineering~. Ah! Cukup komplen pasal kerja yang sia buat sekarang. ~kau patutnya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada kau sekarang…~

Ok ok, sebenarnya hari ni sia mau kongsi cerita pasal cita-cita masa kecil dengan apa yang telah sia jadi sekarang…

Dulu-dulu, masa sekolah rendah, bila cikgu tanya, “Amisah, kamu mau jadi apa bila besar nanti?”, seingat sia, sia jawab macam-macam… Mula-mula jawab jadi polis, lepas tu bomba dan yang terakhir sekali jadi doktor… Motip? Agaknya, sebab terikut-ikut jawapan kawan-kawan. Lepas tu, masa darjah 4, tukar pulak jadi cikgu. Motif? Sebab kunun bila jadi cikgu, boleh dapat susu kotak percuma banyak-banyak (nota: Sekolah rendah di Sabah dulu, ada program susu kotak percuma untuk pelajar. Ala, macam susu kotak dutch lady tu. Siap ada perisa coklat, strawberi dengan putih lagi.. samalah macam susu dutch lady tu. Dan selalunya, cikgu-cikgu akan dapat jugak. Siap dapat lebih tu! Tu yang tiba-tiba pasang cita-cita jadi cikgu.. Hehehehhe).

Bila darjah 5, tiba-tiba tukar lagi cita-cita. Masa tu dapat tahu sekolah menengah tidak ada program susu kotak percuma… Hahahahahaha! So budak-budak! Masa tu tiba-tiba set cita-cita kunun mau jadi jurutera. Bila cikgu tanya, dengan bangganya jawab “Saya nak jadi jurutera cikgu!” sambil dalam kepala membayangkan pekerjaan juruterbang. Sangat naïf ok, siap boleh ingat profesion jurutera tu sama dengan jurterbang.. Hhahahaha....

Makanya, cita-cita jurutera tu telah melekat sampailah sia menginjak ke tingkatan 5. Tidak pernah bertukar walaupun pakcik sia masa tu asyik cucuk-cucuk suruh jadi doktor (sebab dia dulunya kunun bercita-cita jadi doktor tapi tidak kesampaian sebab tersalah mohon, lalu akhirnya sekarang dia end up jadi doktor haiwan. Doktor la jugak tu kan?). Cita-cita untuk tidak menjadi doktor semakin mendalam apabila masa tingkatan 5 sia dapat cikgu Bio yang bapak garang dan suka mengutuk lukisan jantung sia kununnya seolah-olah kelihatan seperti cerek di kantin. Ah! Benci! Dan akhirnya, sia memang langsung tidak layak untuk mohon medic bila keputusan Bio sia pun setakat cukup-cukup makan, C6 sahaja. Cikgu Bio tu siap cakap “Dengan result yang macam tu, baik buang ke laut sajalah!” ~hek elleh cikgu ni! Aku dapat pass dengan C6 pun sudah cukup baik tau! Kalau aku dapat P7 atau P8, apa pulaklah yang akan di cakap. Heh!~

Maka berbekalkan keputusan Kimia dan Fizik yang C4, sia pun jumpalah cikgu-cikgu bertanyakan pendapat diorang untuk mohon course apa. Bila sia cakap sia bercita-cita mahu menjadi seorang jurutera, diorang tanya sia balik “Kamu mahu jadi jurutera apa?” “Erk! Juruteralah cikgu” jawab sia naïf. Tiba-tiba dijawab balik oleh cikgu sia “Jurutera ni ada macam-macam. Awam, elektrik, mekanikal.. Kamu minat yang mana satu?" Alamak! Masa tu serius sia tidak faham apa yang cikgu sia cakapkan. Sia langsung tidak ada idea mahu jawab apa. Melihatkan sia yang ala-ala blur, akhirnya cikgu sia cadangkan supaya sia mohon Jurutera Awam saja. Dengan alasan, jurutera awam tu lebih luas bidangnya. Kiranya, bidang tu paling selamatlah kalau tiba-tiba di masa depan sia ingin bertukar course.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa sia tidak minta pendapat ibu bapa sia… Untuk pengetahuan kamurang yang tidak tahu, mamak dengan bapak sia bukanlah orang yang berpelajaran tinggi. Makanya, segala keputusan, mereka akan serahkan untuk sia putuskan sendiri. Jadi, bila sia cakap sia akan mohon course Kejuruteraan Awam, mereka memang tidak dapat memberikan sebarang komen selain mengatakan “Pilihlah apa yang kamu fikirkan sesuai dan terbaik. Mamak dengan bapak tidak kisah”.

Akhirnya, sia mendapat tawaran course Kejuruteraan Awam di UTM skudai. Masa dapat tu pun dilema jugak. kawan-kawan semua cakap UTM tu Universiti Tendang Menendang la... Susah mahu kekal lulus sampai habis belajar lah... Ahhhh! Malas mahu memikirkan cakap-cakap orang, pada tahun 1999, bermulalah semester pertama sia di UTM Skudai.

Sebenarnya, masa sia daftar untuk course kejuruteraan Awam tu, sia masih lagi blur-blur dan tidak ada gambaran akan mata pelajaran yang bakal sia hadapi. Lalu, bila perjumpaan bersama dekan fakulti diadakan, masa tu lah sia seolah-olah rasa seperti ~Oh! Damn! Aku tersalah pilih course ka? Patutnya aku masuk elektrik la ni!~ Motif? Masa ni, sia sudah lupakan cita-cita untuk menjadi pilot. Sia asyik terfikir untuk end up kerja di Telekom. Kunun sebab mahu jadi macam ada seorang jiran yang kaya di kampong sia tu. Jiran sia tu kerja di Telekom. Makanya, kepala tu kunun sudah set ‘orang kerja Telekom tu kaya’. Hhahhahahha… sangat naïf kan budak kampong seorang ni?

Makanya, masa semester pertama tu, sia memang asyik turun naik pejabat fakulti la. Sibuk untuk bertukar course ke Kejuruteraan Elektrik. Keinginan tersebut bertambah kuat apabila melihatkan senarai matapelajaran yang bakal sia hadapi. Struktur? Geoteknik? Kerja Ukur? Arghhhhhhhhhhh! Apakah ini?????????????? Kenapa semua seolah-olah nampak sangat alien???????? Rasuk? Papak? Kenapa semua budak-budak teknik macam tiada masalah dengan term-term ni semua? Kenapa aku nampak seolah-olah budak yang paling blur dan bodoh dalam kelas ni? Kenapa semua orang faham tapi aku tidak?????????? Aku tensi! Tensi yang amat!

Masa ni lah sia mula nangis-nangis dan asyik menelefon mamak di kampong “Mak, k ica mau baliklah! Macam ndak boleh bawaklah course ni! Uwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!” Lalu dibalas oleh mamak “Mana boleh balik. Nanti bapak cakap apa. Marah yang k ica mintak balik masa sekolah asrama dulu pun belum reda lagi. Kalau mintak balik sekarang ni, apa pulak bapak cakap nanti” Uwaaaaa!!!!!!!!!! Tambah deraslah sia menangis… Mahu tidak mahu, terpaksalah jugak sia teruskan mengambil course tersebut walaupun dalam hati memang langsung tidak nampak sia akan end up jadi apa. Walaupun begitu, dalam hati sia kental dan nekad utuk habiskan course tersebut tepat pada masanya, iaitu 4 tahun. Walau apa pun terjadi, sia mesti habiskan course tu dan keluar menjadi apa yang sepatutnya sia jadi selepas 4 tahun. Itu janji sia pada mamak!

Dari 1 semester ke 1 semester, sia lalui dengan tiada perasaan. Suruh datang kelas, sia datang. Suruh datang tutorial, sia jarang-jarang datang (siapa suruh buat tutorial petang, tu masa sia tidur tu), suruh datang exam, sia datang… Masa tahun kedua, sia dengan beberapa orang kawan sia main tarik-tarik subjek lagi, tambahkan credit hour dengan alasan, kalau tahun 3 dan tahun 4 ada fail mana-mana subjek, boleh ulang tanpa perlu extend sem. Dan akhirnya, alhamdulillah, sia berjaya habiskan kuliah 4 tahun dengan mengulang subjek Geotek yang menyebabkan sia terpaksa ambil maksimum 23 credit hour di akhir semester tahun 4. Fuh! Ngam-ngam ho!

Dengan itu, di sinilah sia hari ini, bergelar seorang jurutera awam, dengan pengalaman 2 tahun bekerja di syarikat perunding, 2 tahun di syarikat pembekal dan akhirnya end up di pejabat kerajaan daripada tahun 2007 sehingga kini. Walaupun hampir 4 tahun tidak berkecimpung dengan kerja-kerja kejuruteraan awam, sia tidak mahu komplen lebih, sebab sia percaya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Bukan sia tidak mahu berusaha. Tapi, sia selalu percaya, dalam hidup ni, kita tidak boleh dapat semua yang kita inginkan. Mungkin dari segi pekerjaan sia tidak berpuas hati, tapi sebaliknya dari segi penghidupan, alhamdulillah, Allah memberikan yang terbaik buat sia sekeluarga. Walaupun bukanlah semewah orang lain, tapi sia percaya, ini adalah yang terbaik yang Allah telah tentukan untuk kami, insya Allah!

Pernah tidak sia menyesal tidak menjadi seorang juruterbang? Sudah tentu pernah! Tapi, sia akan reverse psychology balik, ~Kalau aku jadi juruterbang, belum tentu aku jumpa dengan En. Suami yang baik hati (nota: En. Suami tu dulunya course mate... keh keh keh)~ Hahahahhaha... Ayat penyedap hati sebab jeles tengok juruterbang wanita.. Kah kah kah....

Manyak kacak ar itu juruterbang?

Friday, December 3, 2010

Rumah Sewa RM1300 sebulan?

11 orang pot pet
Hari tu (tidak ingat hari apa), sia dengan kawan sepejabat ada berborak pasal kadar sewa bulanan sewa rumah. Topik ni tiba-tiba dibukak disebabkan oleh seorang daripada kawan kami ni sedang mencari rumah sewa yang baru…

Sebenarnya, sebelum-sebelum ni sia sudah dengar pasal cerita kawan kami yang sedang mencari rumah sewa ni… Tapi, tidak pernah pula sia teringin meng komen pasal harga sewa rumahnya, sehinggalah salah seorang daripada kawan kami membuka mulut dan bersuara “Sanggup eik bayar harga sewa rumah setinggi tu? Kalau kita, dengan harga tu, kalau untuk rumah sendiri sangguplah”. Bila fikir-fikir balik, betul jugak kata-kata kawan sia ni. Tapi, mungkin sebab sia tahu kawan sia yang sedang mencari rumah ni jenis yang macam mana, jadi tidak pernah pula sia paculkan soalan seperti itu kepadanya. Tapi, sia adalah menyatakan yang sia pun tidak pernah berhabis banyak untuk membayar sewa rumah selama menyewa dulu… Bukanlah bertujuan untuk meng kondem kawan yang menyewa rumah yang mahal ni, tapi sekadar berkongsi pengalaman kami yang setakat menyewa rumah biasa-biasa saja ni…

Pada sia yang biasa-biasa saja ni, masa masih menyewa, sia ada tetapkan had untuk harga sewa rumah yang perlu sia bayar. Pun begitu, ada faktor-faktor lain yang akan sia pertimbangkan untuk harga-harga yang mungkin melebihi bajet yang telah sia tetapkan. Tapi, sia masih juga tetapkan maksimum harga sewa rumah yang perlu sia bayar mengikut kemampuan sia yang gaji bukanlah banyak mana ni….

Contohnya, masa sia bujang dulu, daripada zaman belajar hinggalah zaman bekerja dan belum berkahwin, bajet sia untuk menyewa rumah hanya setakat maksimum RM250 sebulan. Bermakna, kalau rumah tu sewanya RM500, sia masih sanggup berkongsi untuk tinggal berdua dan membayar RM250 seorang. Lebih daripada itu, sia mungkin akan berfikir 2 kali. Lagi 1 faktor yang sia akan pertimbangkan ialah jarak rumah tersebut dari tempat kerja. Nama pun rumah sewa kan? SUka hatilah mahu pilih di kawasan mana… jadi, kalau sampai RM250 sebulan, sia akan pastikan rumah tersebut adalah yang paling terdekat dengan pejabat yang sia perlu berulang setiap hari… Kalau tidak perlu lalu tol, itu adalah bonus!

Dan lagi 1, seboleh-bolehnya, kawasan perumahan yang sia duduk tu janganlah didiami oleh orang-orang yang tidak bertamadun. Bila sia cakap tidak bertamadun tu, bermaksud kejiranannya suka membuang sampah merata-rata, meludah merata-rata, tuang benda lauk-pauk berkuah yang bukan-bukan daripada atas sampai akan terkena rumah orang lain yang di tingkat bawah, atau yang paling buruk, terkena kereta orang yang parking di bawah…. Kamu fahamlah kan maksud sia? Tapi, kalau sia terpaksa jugak duduk kawasan kejiranan macam tu sebab itu kawasan yang paling dekat dengan pejabat, apa boleh buatkan?

Rumah sewa masa bujang di Wangsa Maju. Duduk dengan kawan-kawan sama belajar. Sewa RM500 sebulan. Rumah kecik. Tapi dekat dengan LRT. Sia bayar RM125 sebulan. Bolehlah.... *pics pinjam dari En. Google


Rumah sewa masa bujang di Jalan Klang Lama. Duduk dengan makcik. Sewa RM350 sebulan. Sia bayar RM150 sebulan. Oklah kan? *pics pinjam dari En. Google


Rumah masa bujang jugak... Kota Damansara... Duduk dengan kakak sama pejabat. Sewa RM500 sebulan... Kongsi duduk 2 orang, so bayar RM250 seorang. Oklah jugak. Persekitaran bersih... Dekat dengan pejabat. Tidak payah lalu tol.
*pics pinjam dari En. Google


Masa sudah berkahwin pulak, sia dengan suami ada 3 pilihan untuk memilih tempat tinggal. Masa tu sia kerja di Shah Alam, manakala En. Suami kerja di Jalan Klang Lama:

1. Pilihan pertama: Duduk di KL (rumah kedua mak pak mertua sia) yang hanya perlu membayar RM350 sebulan. Tapi kedua-dua kami laki bini perlu drive ke tempat kerja sejauh lebih kurang 35km (suami) dan 55km (sia) pergi balik setiap hari, kos lebih kurang RM500 sebulan. Tol pulak, RM6.60 pergi balik, sebulan bersamaan RM150. Jadinya, jumlah kos hidup untuk rumah dan kos pengangkutan ke tempat kerja = RM1000. Tu belum tambah kos penat kena bangun awal untuk elakkan sesak, kos penat memandu jauh-jauh setiap hari, kos sampai rumah lewat petang atau malam sebab kesesakan di petang hari.

2. Pilihan kedua: Duduk di Shah Alam menyewa katakan rumah RM600-700 sebulan. Shah Alam rumah bukan murah ok! Area student tu… Dua-dua pun masih kena drive ke tempat kerja, lebih kurang 20km (suami) dan 5km (sia) pergi balik setiap hari, kos lebih kurang RM200 sebulan. En. Suami kena lalu Tol RM5.20 sehari pergi balik, sebulan RM120. Jumlah kos hidup = RM920-RM1020 sebulan. Ni belum masuk kos penat tempuh kesesakan jalan drive pergi balik (siapa yang duduk Shah Alam dan kerja di KL faham lah maksud sia ni).

3. Pilihan ketiga pulak, duduk apartment yang jaraknya 5 minit berjalan kaki dari tempat kerja En. Suami. Rumah sewa RM650 sebulan. En. Suami tidak perlu drive langsung, sia seorang drive lebih kurang 20km pergi balik, kos RM100 sebulan. Tol plak RM5.20 sehari bersamaan RM120 sebulan. Jadinya, jumlah kos sebulan = RM870 sebulan. Tak dak sesak tak payah bangun awal, paling best!


*pics pinjam dari En. Google


Jadi, menjadi seorang yang realistik, kami sepakat menyewa rumah yang berdekatan dengan tempat kerja En. Suami dan memilih pilihan ketiga yang sewanya RM650 sebulan (seperti gambar di atas), sebuah apartment servis (bukan kondo). En. Suami tidak perlu mengeluarkan sesen pun duit minyak atau tol untuk ke tempat kerja. Manakala sia pula, perlu memandu setiap hari daripada Jalan Klang Lama ke Shah Alam dan lalu 2 tol, tetapi tidak sesak langsung. Jadinya, kan itu lebih jimat daripada kami memilih 2 pilihan yang lain itu?


*pics pinjam dari En. Google

Lepas setahun duduk di Jalan Klang Lama, kami dua-dua orang dapat kerja di KL. Jadinya, genap kontrak setahun, kami pun pindah ke rumah mak mentua sia di KL. Lagilah jimat! Duit rumah murah, RM350 saja sebulan. En. Suami dekat dengan pejabat, lebih kurang 10km pergi balik, sia pun dekat dengan pejabat, lebih kurang 20km pergi balik. Ada jugak lalu 1 tol, pergi balik RM3. Kiranya, kos hidup sebulan memang potong habis lah, jadi lebih kurang RM600 saja sebulan... Alhamdulillah....


Ok, berbalik pada soal kadar sewa rumah, kamu nampak tidak apa yang cuba sia tekankan di sini? Pada sia, bila memilih rumah sewa, bukan sahaja kos sewa rumah yang perlu dipertimbangkan, tetapi juga kos-kos lain yang akan wujud disebabkan oleh pemilihan lokasi rumah sewa tersebut, tol dan minyak untuk ke tempat kerja.. Semua-semua itu perlu dipertimbangkan untuk mengelakkan kita daripada berjimat pada duit sewa rumah, tetapi akhirnya terpaksa berhabis banyak duit setiap bulan hanya disebabkan tambahan kos pada tol dan minyak untuk berulang ke tempat kerja. Ditambah tidak best lagi kalau jalan yang perlu dilalui tu sesak ya ampun! Kan itu tidak berbaloi namanya?

Jadi, kamu-kamu yang sedang mencari-cari rumah sewa, bijaklah memilih. Jangan menyesal kemudian hari, rugi!

Tapi kan kamurang, selama sia duduk menyewa dulu, sia mengaku, sia tidak sangguplah menyewa rumah sampai RM1300 sebulan… Mahal tu!!!! Sia tidak mampu woooooo….. Tapi, kalau untuk bayar rumah sendiri RM1700 sebulan, itu bolehlah sia pertimbangkan dan ketepikan keperluan lain semata-mata untuk adakan duit bayaran ansuran rumah tu…. Huhuhuhuhuhuhu…. Itu kan pelaburan namanya…….


Tuesday, November 16, 2010

Kayanya ko!

10 orang pot pet

Kenyataan 1:
Fuh! Ko dok kat situ ke? Mahal tu! Orang kaya siot!

Kenyataan 2:
Ye ke? Wah! Akak ni kaya la!

Kenyataan 3:
Taknaklah saya pegi makan kat kawasan rumah awak tu. Makanan kat sana mahal-mahal. Tengoklah rumah penduduk-penduduk kat situ. Semua kaya-kaya.

Kenyataan 4:
Rumah ko kat situ? Wah! Aku boleh bayangkan ko akan pakai boxer jalur-jalur, lepas tu keliling rumah, duduk kat beranda pakai boxer jalur-jalur tadi macam orang kaya…


Hahahahahha…. Lawak ok bila dapat kenyataan-kenyataan macam di atas ni.

Kamurang….. untuk pengetahuan kamurang, kami ni bukanlah seperti yang dikatakan dalam kenyataan-kenyataan di atas. Buat pengetahuan kamurang jugak, kami beli rumah tu pun sebab hanya itu saja rumah yang kami mampu beli semata-mata kerana tidak mahu duduk jauh daripada bandaraya. Semata-mata sebab mahu duduk dekat dengan rumah mertua sia. Semata-mata sebab tidak mampu keluarkan lebih setengah juta untuk beli rumah teres di ibu kota.

Rumah tu pun kami beli sebab ianya besar dan tidak setanding dengan harganya (besar tapi tidak terlalu mahal) berbanding rumah-rumah yang lain yang harga mahu mencecah setengah juta ke jutaan ringgit. Kami tidak teragak-agak beli rumah tu dengan alasan mahukan rumah yang besar untuk boleh memuatkan keluarga sia sekiranya diorang berhajat mahu berhijrah ke semenanjung. Tengok! Betapalah tidak mampunya kami? Hanya rumah seluas 1550 kaki persegi yang tiada halaman yang mampu kami adakan untuk keluarga sia sekiranya diorang berhajat duduk bersama kami.

Untuk menguatkan lagi fakta, rumah kami tidak ada perabot baru. Hanya perabot lama Kedai Gemuk yang dulunya dihadiahkan oleh mertua sia pada 3 tahun lepas sebagai hadiah perkahwinan kami. Tengok! Perabot pun kami tidak mampu beli lagi tau!

Kamurang mahu tau tidak, rumah kami tu pun tidak ada kabinet dapur tau! Mahu beli kabinet dapur pun terpaksa berkira-kira setiap sen yang kami ada di dalam akaun kami. Salah langkah, mahu duit si minah kenit tu dipinjam untuk di top up bagi mencukupkan duit untuk membeli kabinet dapur mamanya! Tapi, mudah-mudahan tidak. Itu duit anak. Bukan hak kami. Itu amanat orang kepada anak kami. Jadi, kami kenalah bersabar sehingga mampu untuk memiliki kabinet dapur tu. Jadi kamurang, kalau tahun depan kamurang datang beraya lagi ke rumah kami, janganlah komen apa-apa kalau ternampak rumah kami masih tiada cabinet dapur ya! Malu!

Tambah lagi, disebabkan oleh bayaran bulanan rumah kami ni, kami sekeluarga begitu susah untuk merancang jika mahu bercuti-cuti. Jangan cakap bercuti di luar negeri, di dalam negeri pun terpaksa berkira-kira tahu! Kesian kan?

Jadi, lepas baca pengakuan ikhlas sia di atas ni, kamu bolehlah agak kami ni orang yang macam mana kan? Janganlah cop kami sebagai kaya semata-mata sebab kami duduk di kejiranan orang kaya. Tidak kami nafikan, jiran-jiran kami semuanya kaya-kaya belaka tau! Memandu kereta mewah, sementelah kami berdua hanya memandu kereta comel Myvi dan kelisa (yang kelihatan ala-ala mini cooper.. hahahhahaha). Perabot diorang pun semua mahal-mahal sia kira. Kabinet dapur cantik-cantik. Pada diorang, duit tiada masalah lah! Orang kayalah katakan!

Tapi kan kamurang, banyak-banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh kawan-kawan, ada juga yang buat kenyataan yang pada sia sedap telinga mendengar:

Ala takpe, ko duduk kejiranan orang kaya, suatu hari nanti ko pun akan jadi kaya, sebab dapat aura orang kaya….
Heeeeeeeee…. Aminnnnnnnnnnnnn ya rabbal alaminnnnnnn……………. =) Sedap telinga mendengar... mudah-mudahan.....


Sunday, October 31, 2010

Wahai belogku sayang

6 orang pot pet
Wahai belog ku sayang,

Maafkan aku kerana mengabaikanmu buat seketika. Telah begitu lama ku berkurung di dalam gua untuk bertapa.

Sepanjang aku bertapa, ku layankan juga FB dan membaca belog-belog orang lain yang tidak sebegitu panjang tulisannya. Ku tidak sempat meng update apa-apa untukmu. Bukannya apa, lu tidak mahulah mengupdate setakat melepaskan batuk di tangga. Nanti bagaimana pulalah bahasa yang aku gunakan. Kau tahulah tuanmu ini kan? Memang sangat-sangat lemah dalam menulis samada dalam BM mahupun BI. Jadi untuk tidak membuatkan orang pening membaca tulisan tuanmu yang merapu-rapu meraban, baiklah dia senyap buat seketika kan? Lagipun, tuanmu lebih senang menggunakan desktop apabila mengupdate mu (guna komputer opis la tuh!) berbanding menggunakan laptop atau seperti sekarang yang menggunakan iphone ini. Sangat susah ok! Tulisan pun berterabur di sana sini. Mahu gunakan fungsi align pun tidak tahu bagaimana. Apakan lagi mahu menukarkan saiz tulisan, warna tulisan, meletakkan watermark di gambar-gambar, ah! Sangat leceh ok!

Kau tahu tidak wahai belog, tuanmu ini besok ada peperiksaan PTK. Peperiksaan ini penting buat tuanmu. Kalau lah kau ini bernyawa, bolehlah ku mintak kau mendoakan aku kan... Tapi, memandangkan kau ini hanya fungsi ICT yang tidak bernyawa dan tidak punya perasaan, kau jadi pendengar setiaku pun jadi lah. Insya Allah hari rabu ni tuanmu habis peperiksaan. Gabra jugak rasanya... Huhuhuhu... Tapi, kena jugaj teruskan sebab sudah mendaftar. Bak kata ada satu game show tu 'bolos saja dinding itu!'

Oklah wahai belog ku sayang. Tadi aku membebel-bebel ni setakat memenuhkan masa untuk merehatkan otakkan ku buat sekejapan. Lagipun, kau pun tahu kan wahai belog ku sayang, aku mana boleh hidup tanpa menjengukmu setiap hari, cuma update saja yang tidak ku buat. Jenguk tetap jenguk. Harap kau faham ya belogku sayang.

Sehingga di sini saja. Kalau tidak ada update dalam masa terdekat, kau tunggu hari khamis ok! Jumpa lagi!

P/s: korang pembaca tersayang, doakan si aweng si mama glam ni ya! Nervous arrr korang!

Wednesday, October 27, 2010

Aku merinduimu...

5 orang pot pet

Tiba-tiba terasa rindu dengan handphone-handphone di bawah ni:


Ni guna masa mula-mula pakai handphone. Guna duit loan beli. Masa tu harga dia RM750 kalau tidak silap, tahun 1999. Tu kira canggih habis lah tu masa tu.

Ni pulak beli lepas handphone yang di atas tu rosak. Rosak sebab si pengguna sendiri rosakkan secara tidak sengaja. Bateri sudah habis pun asyik cuba on. Sekali, langsung tidak mahu on. Padan muka! Belilah handphone ni. Harga masa tu RM300 rasanya, tahun 2001.

Ni pulak beli lepas handphone yang atas tu rosak jugak. Yang atas tu rosak memang sebab dia sendiri mahu rosak. Si pengguna geram, terus campak dari tingkat 3 sampai ke gelanggang bola tampar. Puas hati! Beli ni dengan harga RM450 kalau tidak silap, tahun 2002.

Yang ini pulak dibeli sebab memang si pembeli memang gatal sudah bosan dengan handphone yang di atas tu. Konon mahu merasa handphone yang lebih kecil dan elegan. Maklumlah, masa tu sudah bekerja.. Hehehhhe.. Tapi, beli yang second hand jak, sebab masa tu tiada yang 1st hand. Suka punya pasal! Harga tidak ingat. Beli tahun 2004.

yang ini pulak beli sebab handphone yang di atas tu sudah mulai weng macam tuannya. Second hand la katakan. What do you expect kan? Beli dengan harga RM450, tahun 2004 jugak.


Yang ini pulak, beli sebab syarikat yang sia baru masuk bagi duit RM600 untuk beli handphone untuk line telefon baru. Beli harga RM650, tahun 2005.


Yang ini pulak, beli sebab handphone yang di atas tadi dihilangkan oleh bakal suami sia a.ka. suami sia sekarang ni lah. Siap bila 2 bijik, sehati sejiwa la konon. ahaks! Beli harga RM900 setiap satu, tahun 2005.

Handphone yang di atas ni pulak dibeli sebab rasa handphone yang sebelumnya tidak seberapa canggih. Camera tidak cantiklah, apa lah. Elleh! Cakap sajalah kau mahukan handphone yang baru! Sia sangat suka handphone ini! Kecil dan comel! Harga RM1000 kalau tidak silap, tahun 2006.

yang ini pulak dibeli sebab temankan rakan sekerja jalan-jalan cari pasal tengok handphone. Sia yang memang lemah iman bila bab-bab menahan nafsu shopping ni memang sungguh senang terpengaruh. Jadi, minta En. SUami belikan. Harga RM1100 kalau tidak silap, tahun 2007.

Yang ini pulak dibeli sebab handphone di atas ada masalah jugak. Yang ini beli masa baru sudah kahwin.. hehehhe... so, konon sehati sejiwa lagi, beli 2 bijik, satu untuk kau, satu untuk aku... Harga, RM700, tahun 2008.

Wah! Lepas senaraikan handphone-handphone di atas, barulah sedar betapa banyak duit yang telah dileburkan untuk membeli handphone... huhuhuu... Antara banyak-banyak handphone yang di atas ni, hanya no. 5, 9 dan 10 saja yang masih ada dalam simpanan. Yang no. 5 dengan tu bapak sia pakai (tapi, nampak gayanya macam sudah mahu dicampak sebab bateri sudah nyawa-nyawa ikan), yang no.9, adik perempuan sia pakai, dan yang no.10 tu masih ada dalam simpanan sia lagi dan masih elok untuk digunakan.

Apa pasal lah sia tiba-tiba rindu dengan handphone-handphone di atas ni ya?

Satu saja persamaannya antara semua-semua handphone yang sia senaraikan di atas tu, semua-semuanya ada keypad. Ya! keypad yang memudahkan sia untuk menaip mesej. Huhuhuhu...

Pada yang tidak tahu, sia ni sebenarnya manusia yang sangat-sangat malas menaip mesej. Jadi, bila menggunakan handphone yang ada keypad pun malas menaip, apa kan lagi kalau menggunakan handphone yang tidak ada keypad seperti iphone4 ai yang baru tu... Huhuhuhu... Memang bertambah-tambahlah kemalasan sia untuk menaip mesej, kecuali untuk hal-hal penting yang memerlukan sia menaip jugak.

Jadi kan kamurang, tujuan sia buat entry ni, saja mahu bagitau kamurang yang mana-mana ada no. handphone sia, kalau kamurang ada apa-apa hal yang perlu berhubung dengan sia, kita calling saja boleh tidak? Sia Sumpah malas ya rabbi mahu menaip mesej ok! Atau kalau kamu guna prepaid takut kredit habis kalau call nombor sia, jangan risau. mesej saja mintak sia call balik. sia pasti akan call balik punya. sebab... Sia rela lagi call daripada sia terpaksa berbalas-balas mesej menggunakan iphone4 yang tidak ada keypad tu.... Lagipun, kadar voice call untuk pelan digi kan murah.. hehhehehhe...

Eh! terlupa sesuatu. Sebelum sia gunakan iphone4 ai yang baru tu, sia guna handphone Nokia N97 di bawah ni. Beli tahun 2010, harga RM1500, second hand. Ni bukan sia yang kepingin beli ar. Yang ni encik laki ai yang kepingin gilak beli. Tapi, sebab dia memang seorang yang baik hati, dia kasi bininya yang buta teknologi ni guna. Hehhehe...

Friday, October 22, 2010

Sayur-sayuran kampung

0 orang pot pet
Aweng si mama glam sudah weng dek nota-nota ptk yang sangat banyak mahu dibaca…. Bluwek! (ceh! baru baca sikit sudah mau muntah!) Jadi, dia mula mencari penawar kepada ke-wengannya itu… Apa lagi kalau bukan blog kesayangannya!

Apa pulak yang mahu dikongsi tengahari yang nan indah yang sepatutnya dihabiskan dengan berjalan-jalan cari pasal ni? Hehehhehhe…

Kali ni saja mahu tayang gambar makan tengahari tadi lah.

Hish! Sedapnya! (Padahal sudah masuk dalam perot!). Nasi dimakan dengan kuah gulai tempoyak ikan, daging goreng dengan kacang panjang dan udang, pucuk ubi rebus, jantung pisang rebus dan sambal belacan!
Kamurang….. semua-semua ini… Sumpah sedap! Sampai sekarang teringat-ingat makanan tadi. Siap nasi yang separuh itu terasa-rasa tidak cukup! Sedapnya!

Saja jak kasi peminat-peminat sayuran kampong terliur… kih kih kih… Kasi zoom sikit itu gambar sayur kampong….
Sedap kan? En. Suami ai tidak makan sayur-sayur ni.. Betapa ruginyalah dia kan? DIa makan sayur-sayur Bandar jak. Rugi... rugi....

Tapi kan, 1 jak keburukan sayur-sayuran ni, angin! Sia ni sudahlah tidak tahan dengan makanan-makanan yang angin. Heeeeee….. Mudah-mudahan perut tidak meragam macam kemarin, 1 hari ceri beri… Itu semua angkara ubi rebus yang sedap! Blrrrpppp! Sedapnya! Terbayang-bayang pulak kalau makan ubi rebus dengan ikan kering yang ditumbuk sedikit dan diperahkan asam limau dan cili potong. HUish! Sedap tu!!!!!!!!

Haiyayayyayaya, air liur meleleh sudah ni… Mau makan roti gardenia coklat dengan air MILO kotaklah pulak kasi air liur ni berhenti meleleh.. hehhehehe…

Oklah kamurang, mahu sambung belajar pulak…. Chiow!


Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery