Monday, October 11, 2010

Sulit?


Selama hampir 4 tahun bergelar isteri, kadang2 fikiran sia tertanya2 mengapa ada suami/isteri yang masih mempunyai hubungan luar dpd hubungan perkahwinannya.

Kamu faham tidak apa yang sia maksudkan? Maksudnya, dia ada hubungan dengan orang ketiga, samada orang ke-3 itu bujangan ataupun juga isteri ataupun suami kepada hubungan suami isteri yang lain.

Walau apa pun alasannya, pada sia hubungan seperti itu tidak patut wujud.

Mungkin ada yang memberikan alasan bahawa perkahwinannya dulu adalah atas pilihan keluarga. Ya! Tapi, adakah alasan itu boleh dijadikan tiket untuk dia terlibat dengan hubungan seperti itu? Tidak! Tidak sama sekali!

Biar sia berikan contoh terbaik yang juga pernah berlaku di depan mata sia sendiri. Hamba Allah ini berkahwin atas pilihan keluarga. Disebabkan itu, habis ditolaknya semua kekasih2 hatinya demi untuk memenuhi permintaan keluarganya. Hendak dijadikan cerita pula, suami yang dinikahinya merupakan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Tidak memperdulikan mereka anak beranak. Bukan setakat anak 4 5 orang ngko! Lebih daripada itu! Betapalah dia menjaga nama baik suaminya, tidak pernah diceritakan akan keburukan suaminya kepada siapapun, meski kepada ibubapanya pun tidak dicanang keburukan suaminya. Berhubung dengan bekas2 kekasihnya? Lagilah dijauhinya! Apa yang dilakukannya hanyalah cuba untuk mempertahankan rumahtangganya yang seperti ala2 nyawa ikan. Tidak pernah pula dia cuba untuk mengadakan hubungan di luar daripada hubungan perkahwinannya.

Jadi, setelah melihat ketabahan hamba Allah ini, sia tertanya2 mengapa ada sesetengah orang sanggup berbuat demikian terhadap ikatan suci yang telah mereka bina bersama2.

pada pasangan yang kahwin atas pilihan keluarga tu, mungkin bolehlah kita terima alasannya (tapi masih bukan alasan yang kukuh), tapi pada yang sememangnya kahwin atas dasar cinta, apa kes?

Dulu bukan main beriya2 mahukan pasangan itu menjadi pasangan sehidup semati. Tapi, apabila telah halal, lain pula ceritanya. Sia tidak faham.

Kalau memang sudah tiada rasa sayang, cinta, mengapa tidak berpisah saja? Mengapa perlu ada hubunga sulit di sebalik perkahwinan tersebut? Mungkin ada yang memberi alasan menghormati atau takut orang tua marah sekiranya berpisah. Tapi, tidakkah terfikir, kalau masih mengekalkan rumahtangga dan kemudiannya kantoi mempunyai hubungan sulit, apakah perbuatan itu boleh diterima oleh keluarga? Sudah tentu tidak kan?

Ada pulak tu yang sudah beranak pinak. Tidak kurang jugak yang sedang berbadan dua. Kenapa ya?

Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang ada jawapannya.

Dulu-dulu, malahan beberapa kali telah sia ingatkan kepada suami, sekiranya beliau atau sia sendiri tidak mempunyai rasa sayang, atau telah berasa yang rasa sayang telah berbagi2 (rasa sayang mahu dikongsikan kepada orang lain juga), maka janganlah perkara itu dirahsiakan dan disembunyikan daripada pengetahuan pasangan. Kalau dulunya kita mampu ungkapkan rasa sayang antara kami berdua, maka gunakanlah keberanian yang sama untuk memberitahu sekiranya rasa sayang itu telah beralih arah. Itu adalah terbaik daripada kita kemudiannya mendapat tahu daripada mulut orang lain yanf kemudiannya pasti akan meluluhkan hati dan perasaan pasangan yang pernah suatu ketika dulu amat2 kita cintai. Janganlah ada rahsia sampai perkara seperti sia ceritakan di atas berlaku dalam rumahtangga kami. Namun, sekiranya ia berlaku jua, apa lah daya kami untuk menidakkannya kan? Wallahualam

8 orang pot pet on "Sulit?"

Aku MamaGlam on October 12, 2010 at 8:01 AM said...

ya kan aweng.. napa la ada isu begini kan?.. berani buat, nda berani tanggung pl tuh..

tapi kan, memang la, zaman sekarang ni, aku pun nda tau kenapa suda dorang ni mo kawen, mmg betul2 mo kawen sebab ikatan suci tu ka atau sebab mo halalkan apa yg dorang mo wat?.. hihih.. wallahualam..

mama glam on October 12, 2010 at 8:35 AM said...

Mudah2an perkara begini dijauhkan kan niza?nauzubillah!

Eikyn on October 12, 2010 at 9:25 AM said...

SANGAT SETUJU wahai si MAMA GLAM n Anl MAMA GLAM!!

Harap2 i tak termasuk didalam kes ini nanti..SELISIH!!
yang penting..APA?Tinggal 1 bulan aje i nak kawen..OMG!!

Aku MamaGlam on October 12, 2010 at 11:25 AM said...

eikyn,tahniah.. insya Allah dipermudahkan urusan penyatuan kamu ya..

aweng, tula, mudah-mudahan our marriage sentiasa dalam keberkatan dan dilindungi-Nya.. amiinn..

@nozieyusof on October 12, 2010 at 11:51 AM said...

wahai mama glam..bnd2 nie sbnrnye dekat je kat sekeliling kita. tinggal kita perasan ke tak je.
yg paling dasat kita pernah tau, dh 7 dh anak roboh mcm tue je masjid yg dibina. masa bini tgh peknen anak no. 7 plak tue.
kesian..semuga kita selamat dari dunia & akhirat hendaknya

mama glam on October 12, 2010 at 4:00 PM said...

Eikyn: omg!

Niza: aminnnnnn

Nozie: tuh la dianya... Byk kan? Nauzubillah!

melratm on October 12, 2010 at 6:37 PM said...

walau apa pun berlaku... saya tetap sayang awak hingga akhir hayat saya...

mama glam on October 13, 2010 at 1:14 PM said...

Terharuuuu..... Kena bagi ganjaran ni.... Muehehe.... Mama pun syg ayah sgt2 tau!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery