Tiba-tiba teringat dulu-dulu….
Dulu-dulu masa sia kecil (tidak ingat umur berapa, yang penting belum lagi bersekolah pada masa itu), sia selalu menangis meronta-ronta mahu membontot mamak dengan bapak ke majlis perkahwinan, majlis kenduri atau apa sahaja majlis yang mereka kena hadiri. Begitu juga bila diorang ingin ke Bandar. Senang cerita sia pasti akan merayu-rayu supaya diorang dapat membawa sia sekali. Kalau ke Bandar tu, kadang-kadang dapatlah jugak ikut, tapi kalau ke majlis perkahwinan, mintak maaf saja! Memang tidak mungkin!
Zaman dulu-dulu, selalunya mamak dengan bapak akan menghadiri majlis perkahwinan pada malam hari, sebab selalunya pada malam harilah majlis persandingan pengantin di adakan. Pendek cerita, pada malam hari adalah waktu yang paling meriah dalam satu-satu majlis perkahwinan di Tawau, macam-macam acara akan diadakan pada malam hari.
Bila sia menginjak ke usia remaja, situasi telah berubah. Kalau dulu-dulu sia yang beriya-iya mahu membontoti mamak, kali ini mamak pula yang beriya-iya menyuruhi sia membontotinya ke majlis-majlis dan ke Bandar. Sia pula pada masa itu, entahkan kenapa seperti tidak berminat dengan ajakan mamak. Sungguh! Terasa seperti duduk di rumah adalah lebih menyenangkan daripada pergi ke majlis-majlis yang mamak perlu hadiri. Makanya, setiap kali mamak mengajaki sia untuk pergi ke majlis bersamanya, setiap kali itu jugalah sia akan menolak. Manakala, ajakan ke Bandar tu, sekali sekala sia turuti jugak sebab kasihan melihat mamak terpaksa mengangkat barang-barang dapur yang selalunya sangat-sangat banyak.
Pernah suatu masa, sia bertanya pada mamak “Kenapa dulu-dulu masa kak Ica kecil mamak ndak pernah mahu bawak ke orang kawin (majlis perkahwinan)?” Jawapan yang mamak bagi membuatkan sia terkedu dan tidak sampai hati untuk komplen lebih lagi, “Dulu-dulu mamak dengan bapak ndak ada kereta. Kami ke majlis-majlis tu semua naik bas jak. Macam mana mau bawak kamu berdua ke orang kahwin naik bas malam-malam? Kan susah?”
Sejak hari sia bertanya sampai ke hari ini, tidak pernah lagi sia komplen kepada mamak akan kenapa dia tidak mahu membawa sia dan adik ke majlis-majlis perkahwinan masa kami kecil. Tidak sampai hati…..
Betul juga jawapan mamak tu. Memang masa tu kami tidak ada kenderaan untuk diorang bawak kami berjalan-jalan ke mana-mana yang disukai. Dan barulah sia terfikir, mungkin juga disebabkan itu masa kami kecil, kami memang tidak pernah ada percutian ke mana-mana, tidak ada perancangan makan di luar dsb. Kalau hari raya pun, bila mahu ke mana-mana untuk berziarah, biasanya kami akan menggunakan khidmat bas ataupun teksi sahaja.
Itu cerita dulu, sekarang tidak lagi. Alhamdulillah, di kampong sia ada sebuah kereta kecil untuk adik sia gunakan ke pejabat, menghantar mamak dengan bapak ke Bandar, ke hospital, ke rumah nenek dan atuk ataupun ke mana-mana saja majlis yang perlu mamak dengan bapak hadiri. Kami bersyukur kehidupan bertambah baik berbanding dulu.
Setelah mengalami zaman kanak-kanak seperti itu dulunya, sia tidak pernah menyesal. Sia tidak boleh samakan zaman sia dulu dengan anak sia sekarang. Masa itu, ibu bapa sia tidak mampu. Sia paham.
Sekarang, sia dengan suami ada kereta masing-masing. Tidak besar, tetapi cukup untuk kegunaan kami sehari-hari. Dengan kereta tersebut, dapatlah kami bawa Aimee ke mana saja yang kami pergi, samada berjalan-jalan ke shopping mall, bercuti, menghadiri pelbagai majlis dan yang paling penting, melawat ahli keluarganya yang lain. Alhamdulillah…
Insya Allah, selagi Aimee kecil dan masih mahu membontoti sia dan suami, kami akan bawak dia ke mana sahaja yang kami pergi melainkan ada sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan. Kerana, kami sedar, masa itu sajalah yang kami ada untuk kami luangkan bersama si minah cilik itu. Mula sahaja dia menginjak remaja, belum tentu dia mahu membontoti kami seperti sekarang. Masa cepat berlalu… Sekarang setahun lebih… Tup tup tanpa kita sedar, anak sudah bersedia untuk berkahwin dan akan mempunyai keluarga sendiri.. Ouh…. Sekarang sia paham perasaan ibu bapa yang mengahwinkan anak-anak mereka. Lebih-lebih lagi yang anaknya terpaksa tinggalkan mereka dan duduk berjauhan ;(

4 orang pot pet on "Mak! Mau ikut!"
sungguh berharga pengalaman tu... bukan semua orang dapat merasanya... pengalaman itula yang telah membentuk syg menjadi manusia yang berjaya kini... .
betul ni berjaya? bukan bodek ar?
hahaha, sama la kita ni misah.. aku dulu waktu kecik lg la, mmg suka betul ikut mamaku p kenduri ka apa, bukan pa, mamaku bilang macam org tua-tua seja ni, suka betul ikut org tua-tua menolong di dapur.. tapi tu la kan, kadang-kadang tu susah jg kan mo bw kita ni bjalan ke mana-mana kan, sebab teda pengangkutan.. nda mampu time tuh..
tula, memang untung anak2 kit asekarang ni, nda pernah lg merasa pa yg pernah kita rasa.. br kita tau, nda mampu mcm mn pun, kita tetap jg mo penuhi permintaan c kecil kan..
Btul. Setuju. Ndak dpt aku bygkn apa pulak anakku mintak Nanti masa dia umur mcm kita dulu2 kN?
Post a Comment