Kemarin lebih kurang jam 6.45 pagi, hp sia ada miscall dari nombor hp bapak. Bila sia call balik, mamak yang angkat. Dia cakap dia pun tidak tahu siapa yang call...
Jam 4 ka jam 5 petang macam tu, bila sia tengok phone, sekali lagi sia nampak ada 1 miscall, pun dari nombor hp bapak. Seperti biasa sia call lagi. Tapi, kali ni tiada siapa yang angkat telefon.
Malam jam 9.30 malam macam tu, sia dengan hubby baru sampai di rumah. Sia yang sedang susukan Aimee terus masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba hubby datang bawak telefon, cakap ada miscall dari hp bapak. Sia yang berasa risau sebab mamak kebetulan tidak berapa sihat, mintak pertolongan hubby untuk telefon bapak semula. Hubby pun call. Kali ini bapak yang angkat. Yang herannya, bapak pulak cakap dia tidak tahu siapa yang call... Bagi sia, siapa yang telefon tidak penting, apa yang sia pentingkan berita kesihatan keluarga sia di kampung. alhamdulillah, bapak cakap semua orang sihat walafiat, mamak pun sudah beransur sihat... Lega....
Tengahari tadi, nombor hp bapak call lagi. Sia sekali lagi berasa sedikit risau. Iyalah, jarang betul bapak atau mamak call back to back macam ni, dalam tempoh masa yang dekat pulak tu. Sia angkat. Mula-mula, mamak bertanyakan kabar seperti biasa. Tapi, sia dapat rasakan mamak seperti ingin memberitahu sesuatu. Dengan sabar, sia mendengar ayat-ayat mukaddimah mamak.
Lepas selesai borak-borak kosong, barulah mamak membuka cerita. Rupa-rupanya kemarin bapak terlibat dengan sedikit kemalangan. eh bukan kemalangan jalan raya, tapi kemalangan masa dia membakar sampah. Bapak yang sangat naif telah membakar tin ubat asma mamak yang kosong. Apa lagi, tin tu pun meletup la! Bapak yang terpinga-pinga, duduk kebingungan mencari benda apa yang terkena badannya. Setelah puas mencari dan tidak berjumpa, bapak balik ke rumah dan menceritakan kepada mamak apa yang berlaku. Mamak yang terkejut, terus panik sebab rupa-rupanya lengan bapak melecur teruk terkena tin ubat asma yang terbakar tadi. Mamak terus menelefon adik perempuan sia dan bawak bapak ke hospital.
Di hospital pulak, doktor ingat bapak sengaja membakar lengannya.. Aduilah doktor ni... Boleh pulak dia terfikir macam tu. Tapi, selepas bapak ceritakan apa yang dia masukkan dalam api semasa membakar sampah tu, barulah doktor percaya dan nasihatkan bapak supaya tidak mengulangi benda yang sama pada masa akan datang...
Kesian bapak. Dia betul-betul tidak tahu yang botol pam asma mamak tu pun merupakan tin aerosol dan tidak boleh dibakar... Tidak mengapalah, lain kali dia tahu lah sudah. Kesian dia terpaksa pulak berulang ke hospital setiap hari untuk cuci luka tu... Tadi sia ada bercakap dengan bapak, bapak siap ada cakap "Sakit ica.. Masa doktor cuci luka tu, rasa macam mau terkencing-kencing" Aduilah, sia yang dengar pun sudah dapat rasa kesakitannya, apa lagi bapak...
Bila jadi macam ni, sia terfikir, dan mamak pun ada cakap, barangkali miscall beberapa kali di hp sia tu merupakan petanda... Mungkin.....
Walau apa pun, sia bersyukur bapak tidak apa-apa dan hanya mengalami kecederaan luka di lengan. Mudah-mudahan luka bapak cepat sembuh... Sia betul-betul risau bila ada berlaku perkara begini.... Kalaulah bapak dengan mamak mahu tinggal bersama di sini.... Kesian jugak adik Darnah.... Sudahlah dia tu susah mahu dapat cuti.... Bapak pulak balik-balik minta sia supaya jangan risau. Dia ok katanya.... Tapi, Hati manalah tidak risau kan..... Apa-apa pun, mudah-mudahan semua keluarga sia di Tawau sentiasa dalam keadaan baik-baik , sihat dari segala penyakit dan malapetaka dan sentiasa dilindungi oleh-Nya..... Aminnnnnn
p/s untuk Adik Darnah: Terima kasih adik sebab berada di sisi mamak dengan bapak sentiasa... K Ica hargai sangat-sangat! I love you sister!
6 orang pot pet on "Petanda?"
ish ish ish, bahaya jg tu kan. tu la mungkin jg tu petanda.. orang bilang kan, kalau kita mmg rapat ngan org tu, bl jadi apa2 ma dia, kita pun mcm terasa jg sikit2 atau dpt hint hint gitu..
lg pula kan, biasany, our 1st hunch (ntah betul ka ni eja), tu la yg kita kena percaya. apa2 pun, moga2 famili ko sihat2 saja d sana.. ko pun jgn la risau sgt, nnt ko pula yg sakit.. hihi
tu la niza.. risau bah... neway, thanks niza for caring
org tua mmg selalu nak menyembunyikan hal2 mcm tu kan.. tp kdg2 kite sbg anak boleh rasakan sumthing wrong menyebabkan dorg terpaksa menceritakan.. tp selagi boleh disembunyikan mmg dorg akan sembunyikan, kan?
nway, semoga ayah akak cepat baik lukanya.. uisshhh seriau bace!
Tu lah ninie... Kita ni anak2 mana boleh sng hati bila dgr perkara2 mcm ni... Pulak tu diorg tu jauh dr mata... Haih!
Mmg seriau bila dgr. Kita risau, diorg bole gelak2 siap ckp jauh dr perut plak tu... Hadeilah... Neway thanks ninie
bapak takde kencing manis kan? insyaAllah cepat sembuhnya luka tu. Mak Ana yang didepan mata ni pun tiap2 hari pergi kerja risau mengenangkan Pah Andak. Apatah lagi Misha kan. Mak Ana kalau telefon ke rumah tak berjawab mulalah gelabah telefon jiran untuk tengok2an apa dah jadi. Rupanya, Pah Andak di luar, dan tersangatlah lambat nak masuk untuk jawab panggilan due to her arthritis. Jantung rasa dah nak meletup!
Tuh lah. Perasaan risau tu bila dtg, mmg susah kita nk buat2 x risau kan? Jauh lagi buat risau tu berganda2 :(
Post a Comment