Friday, October 1, 2010

Apa lah nasib....


Set Double Cheese Burger medium, air tukar MILO dan set Ayam Goreng Mc D Spicy large, dua-dua ketul bahagian rib, air tukar MILO.
Begitulah lebih kurang menu yang kami pesan melalui Mc Delivery untuk makan tengahari tadi.

Kami telefon lebih kurang jam 12.51 tengahari. Penyambut telefon cakap, masa penghantaran lebih kurang 45 minit.

Jam 1.37 petang, orang penghantar tidak sampai lagi. Kami pun telefon lah talian Mc Delivery sekali lagi. Perut sudah lapar ni…

Sedang-sedang bercakap, penghantar makanan pun sampai. Seorang pakcik tua kelam kabut menyerahkan makanan kepada kami. ~dalam hati timbul rasa kasihan kepada pakcik tua. Tua-tua pun terpaksa buat kerja penghantaran begini =(~

Sementara kawan sepejabat sia membayar harga makanan, sia pun membelek-belek isi kandungan bungkusan makanan “Aik! Mana double cheese burger ni?” Belek lagi, “Alamak! Apa pasal diorang bagi bahagian paha dan thigh ni?” “Oi! Aku tidak makan bahagian ni lah!” ~cakap dalam hati jak lah~

Eeeeeeeeee! Sudahlah perut lapar, boleh pulak ada kesilapan begini! Arghhhhhh!

Kami yang tidak berpuas hati menelefon semula talian Mc D untuk minta diorang bawakan burger dan jugak gantikan bahagian ayan yang sia minta tadi (Nota: Sia memang sangat tidak menggemari bahagian peha dan thigh. Itu bahagian kesukaan suami sia, bukan sia).

Tunggu punya tunggu, sejam lebih berlalu.. Pun tidak sampai-sampai… Haih! Ini sudah bikin panas!

Telefon balik pusat panggilan Mc D, komplen lagi… Masa rehat pun sudah habis… Sekejap lagi perlu jumpa bos pasal slide presentation. Perut yang berkeroncong pun sudah merajuk…. Arghhhh lagi sekali!

Tepat jam 3.07 petang, makanan yang ditunggu-tunggu pun sampai…. Pakcik tua yang sama yang menghantar ~Lagi sekali rasa simpati timbul dalam hati. Perasaan marah hilang dengan tiba-tiba~ Double cheese burger dengan ayam goreng Mc D bahagian rib 1, bahagian keel satu.. Bolehlah!

Aduilah.. Memang macam2 dugaan betul makan tengahari sia dengan partner sia hari ni

Tunggu engkau ayam! Nanti lepas aku jumpa bos besar, siap la engkau!
gambar dari En. google



p/s: Kenapa kami pesan Mc Delivery? Kantin bawah tutup sebab diorang akan buat jamuan raya lepas Jumaat. Ada ka patut? Konon sebab malas mau tunggu jamuan tu la kami telefon Mc Delivery. Tapi, hambek engkau! Lepas lepas lepas Jumaat baru dia sampai! Hadoi! Ini semua salah kantin bawah (tiba-tiba pulak eik)


0 orang pot pet on "Apa lah nasib...."

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery