Hari ini sia mahu berceloteh panjang sahaja. Pada yang tidak sanggup untuk membaca entry yang tersangat panjang ini, tekan saja butang "X" di sebelah kanan atas page ini ya!
Dalam dunia hari ini, apabila sahaja berlaku suatu perceraian, yang selalu kedengaran adalah tuduhan kepada si janda yang kononnya tidak pandai menjaga rumahtangga. Itu adalah lumrah yang selalu berlaku dalam masyarakat kita. Tidak pernah janda itu diberikan peluang untuk menerangkan hal sebenar, terus sahaja dia dituduh dengan pelbagai tuduhan. Kasihan kan?
Kasihan melihat janda-janda yang memang telah berusaha sehabis baik mempertahankan rumahtangga mereka, tetapi sebaliknya apabila berlaku juga perceraian, dia jugalah menjadi mangsa tuduhan manusia-manusia yang tidak tahu hujung pangkal terus menuding jari ke arahnya.
Kalau kita lihat pada masa kini, berapa banyak lelaki yang betul-betul layak dipanggil pemimpin dalam satu-satu perkahwinan? Kalau kita senaraikan 10 orang contohnya, barangkali hanya 1 ataupun tiada langsung yang boleh dikategorikan sebagai pemimpin. Berapa banyak lelaki yang boleh memimpin isterinya sekurang-kurangnya menutup aurat dan menjaga solat? Ada kadang-kadang yang tidak kisah langsung pasal penjagaan aurat isterinya. Solat tu jangan cakaplah kan. Ramai sungguh lelaki masa kini yang solatnya, susah sekali untuk didapatkan untuk lengkap sebanyak 5 kali sehari. Kadang-kadang tu hal solat pula menjadi bahan untuk bergaduh, hanya kerana si isteri menegur mengingatkan suaminya untuk bersolat. Solat berjemaah? Kalau solat 5 waktu pun tidak lengkap, agak-agak solat berjemaah tu bagaimanalah agaknya. Tapi, kalau bab berceramah pasal syurga di telapak kaki suami dan bersyarah pasal payung emas untuk isteri yang memberi kebenaran suaminya kahwin lain, bukan main laju! Arif!
Ada pulak tu, yang suaminya solat 5 waktu cukup berjaga, soal agama, jangan cakaplah, sungguh arif sekali. Tapi, bab memberi nafkah kepada si isteri, haram! Satu sen pun tidak dihiraukan, dengan alasan kononnya si isteri seorang yang bekerja. Oi! Kalau anak tu sudah sampai 10 orang, kau ingat dengan gaji RM5k dalam bandaraya yang sangat maju ni cukup? Tapi, kalau bab mekap kereta sana sini, bergaya dengan baju yang berjenama, bertukar gadget IT dsb mampu pulak tu!
Ada pulak alasan kononnya isteri kurang memberi belaian. Belaian bagaimana yang dimaksudkan, sia kurang pasti. Mungkin belaian yang dimaksudkan di sini seks, mungkin…. Maklumlah, lelaki ni kan memang diberikan satu nafsu yang sememangnya kuatnya ke arah ITU. Masalah ini selalunya berlaku kepada pasangan yang telah mempunyai anak. Pada sia, sepatutnya perkara sebegini haruslah ada timbangrasa daripada kedua-dua pihak, samada si suami ataupun isteri. Kalau sudah memang si suami memerlukan belaian yang lebih, dia patutlah faham keadaan isterinya yang perlu melayaninya... Kalau semua kerja rumah dilonggokkan kepada si isteri, bagaimanalah si isteri dapat mempunyai tenaga untuk melayani si suami. Mungkin ada jugak orang yang akan menyarankan supaya si isteri mengambil makanan tambahan sebagai penambah tenaga. Tapi, adakah itu sahajakah jalan penyelesaian yang boleh dicadangkan? Kenapa tidak berinisiatif untuk meringankan tangan membantu si isteri mengurangkan beban kerja rumah yang harus ditanggungnya?
Sia sendiri yang mempunyai HANYA seorang anak buat masa ini, kalau ingin sia ceritakan akan kepenatan yang sia alami, sampai berjuta-juta ayat pun mungkin tidak cukup. Itupun dengan bantuan suami dan keluarga. Kalau tidak, tidak tahulah sia bagaimana pula kepenatan yang akan sia alami.
Bayangkanlah, setiap hari bekerja, pagi sebelum bangun untuk mandi dan bersiap untuk bekerja, seawal pagi lagi dikejutkan oleh si anak yang memerlukan bekalan susu. Bagi yang menyusu badan, haruslah tala ke si anak mengikut apa sahaja cara yang si anak berasa selesa. Telentang, mengiring, bertiarap, tanpa mengenal rasa penat dan sakit belakang, semuanya dilayankan. Masa di pejabat, penat yang dirasai, sama sahaja seperti kaum lelaki yang bekerja. Bagi yang menyusu badan pula, penat ditambah lagi dengan aktiviti mengepam stok susu anak yang sangat memerlukan banyak pembaziran tenaga.
Balik daripada pejabat, si anak perlu dimandikan, diberi makan dan dilayani. Kalau dapat suami yang boleh menolong menyelesaikan kerja-kerja tersebut, alhamdulillah! Tapi, ramaikah lelaki yang sanggup? Kebanyakannya beranggapan hal menguruskan anak dan hal kerja rumah, semuanya urusan si isteri walaupun si isteri ini penatnya bekerja di pejabat tadi sama sahaja dengan si suami. Bagi yang suaminya kononnya tidak boleh telan makanan yang dibeli di luar, kepenatan memasak menambahkan lagi beban yang harus dipikulnya sendiri. Kalau dapat suami yang ringan tangan menawarkan bantuan di dapur tanpa diminta, bertuahlah. Tapi, agak-agaknya berapa ramai yang sebegitu?
Bila malam tiba, selalunya si isteri terpaksa bersengkang mata menunggu si anak yang tidak mahu tidur, manakala si suami tanpa rasa serba salah dan simpati, terus masuk ke bilik dengan alasan terlalu penat. Si isteri yang kadang-kadang tersengguk-sengguk melayani karenah anak jugaklah kena bertahan walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Ada pulak suami yang kadang-kadang sekali sekala tolong menjaga anak kerana si isteri terlalu penat, habis diungkit ke isteri akan sehari yang dia terpaksa bersengkang mata menjaga zuriat yang sama-sama mereka hasilkan. Bila bab "memberi benih", tahu pula bersengkang mata bersama-sama, bila bab zuriat telah dilahirkan, si isteri pulak harus bertanggungjawab seorang diri?
Tiba masa si anak tidur, barulah si isteri dapat melelapkan matanya, itupun sentiasa diganggu oleh si anak yang bila-bila masa sahaja bangun untuk minta bekalan susu. Bagi yang menyusu formula, terpisat-pisatlah bangun membancuh susu. Bagi yang menyusu badan, ikutlah cara si anak asalkan si anak berpuas hati. Sakit belakang toksah cakaplah kan! Tuhan saja yang tahu!
Keesokkan paginya, rutin sebelum bersiap ke pejabat bermula sekali lagi sampailah habis sampai ke hujung minggu.
Pada hujung minggu pula, lagi pelbagai agenda yang bukan membuatkan si isteri dapat berehat di rumah melelapkan mata. Lagi penatnya berganda-ganda. Mana kerja-kerja mengemas rumah yang dibuat seminggu sekali, membasuh baju, menggosok baju, melipat baju… Kadang-kadang sampai duduk melayani anak pun boleh tertidur dek keletihan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Sekali lagi hanya Tuhan saja yang tahu! Dapat suami yang menjegilkan mata apabila diminta pertolongan, lagi lah menggandakan kepenatan si isteri.
Ada juga suami yang kononnya menyalahkan si isteri kerana disebabkan bekerja, si isteri tidak mampu menguruskan rumah tangga dengan baik. Kalau si suami tu memang berpendapatan tinggi yang sampai mampu menanggung keluarga tanpa si isteri bekerja, bolehlah komplen sedemikian rupa. Yang si suami yang gaji pun ala-ala cukup makan tu, apa kes? Kerja sama-sama penat, berhabis duit menanggung keluarga sama-sama penat, tapi bila bab menguruskan rumah tangga, pandai pulak tuding jari ke isteri.
Bila bab belai-membelai diperkatakan, berapa ramai lelaki yang pandai membelai isterinya sehinggakan dia layak untuk meminta belaian sama seperti apa yang dia harapkan? Berapa ramai suami yang setelah berkahwin dan mempunyai anak, apabila berjalan bersama isteri sanggup merangkul pinggang isterinya seperti yang dia lakukan semasa bercinta dulu. Bila ditanya, alasannya, malu orang tengok. Masa bercinta dulu, masa tidak halal tu tidak pulak berasa malu? Bila sudah halal dan si isteri yang sudah bersalin gemok gedempol, pandai pula beri alasan malu? Berapa ramai pula yang ingat untuk memeluk isterinya yang gemok gedempol pada bila-bila masa terluang untuk menunjukkan rasa sayang kepada isterinya? Tidak ramai. Kebanyakannya, beri ciuman dan pelukan bila mahukan ITU pun sudah bersyukur lah sangat. Luar daripada itu, jangan harap!
Pada lelaki yang selalu berseloroh mengatakan isterinya sudah berubah bentuk daripada seramping kerengga ke gemok gedempol tu lagi satu hal. Kalau cakap sekali sekala tu bolehlah diterima lagi. Kalau asyik cakap benda yang sama, pulak tu depan orang ramai, hati isteri manalah yang lama-lama tidak boleh tahan, mahu jugak naik angin dan terasa hati kan? Si isteri berubah bentuk tu buatan siapa?
Pasal mengambil berat dan mengambil tahu hal keluarga mertua pula, berapa ramai lelaki yang mengambil tahu hal ehwal keluarga mertuanya? Menelefon sekurang-kurangnya sekali dalam setahun? Ataupun berkirim salam kepada mertuanya apabila si isteri sekali sekala menelefon? Kebanyakannya tidak mengambil tahu langsung! Yang lebih menyedihkan apabila si suami beranggapan keluarga mertuanya dan adik-beradik isterinya hanya tahu menyusahkan dia sahaja. Yang jenis memang dia terpaksa membantu memberikan duit kepada mertuanya tu, layaklah barangkali untuk mengeluh sedemikian rupa. Yang jenis 1 sen pun tidak pernah bagi tu, apa kes? Dulu masa mahu berkahwin, berjanji konon dia bukan sahaja mengahwini si isteri, tetapi juga keluarga si isteri. Tapi apabila si anak sudah dikahwini, semua janji-janji habis hilang bersama dengan dara si isteri yang sudah berjaya dimiliki. Haram untuk dia mengambil tahu pasal keluarga si isteri. Tapi, bab keluarganya, jangan sesekali si isteri tidak mengambil tahu, mahu dia naik hangin satu badan!
Berapa ramai juga suami yang ingat tarikh-tarikh penting dalam perkahwinan mereka?
Berapa ramai yang tahu memujuki isterinya apabila isterinya merajuk setelah berkahwin dan mempunyai anak? Masa bercinta, bukan main lagi, kalau tidak dapat bercakap sehari pun sudah cukup mengganggu tidurnya… Bila sudah berkahwin, lagi-lagi yang sudah bertahun-tahun lamanya, jangan cakap sehari, berminggu dan berbulan tidak bercakap pun tidak apa! Paling-paling ayat yang dibagi “Lantak ngko lah nak merajuk ke apa… Sikit aku tak rugi” Tapi bila ITU yang diingini, tahu pulak cara untuk mengalah dan memujuki si isteri. Mungkin sebab takut ITU tidak dapat berangkali. Si isteri yang masih menyayangi si suami walaupun hatinya masih sakit, tetap memberikan layanan kepada si suami yang tidak mengambil kisah hal perasaannya.
Bab hubungan seks pula, berapa ramai lelaki yang ambil berat kepuasan seks bersama? Bagi yang beranggapan isteri hanya tempat untuk dia melampiaskan nafsunya adalah yang paling menyedihkan. Kasihan kepada si isteri yang rela sahaja diperlakukan sebegitu…
Rasanya bab yang selalunya paling menyedihkan si isteri apabila, pengorbanannya selama ini untuk keluarga tidak pernah dihargai. Kebanyakan isteri memang dengan rela hati melakukan pengorbanan untuk keluarganya. Tapi, apalah salahnya sekali sekala menghargai si isteri hanya dengan mengucapkan terima kasih dan berikan satu kucupan mesra yang sudah tentunya boleh mencairkan hati si isteri dan secara tidak langsung dapat menghilangkan segala rasa kepenatan.... Ini tidak, ada pula yang lagi menyakitkan hati isterinya dengan meng komplen macam-macam dan memperlakukan isterinya seperti hamba abdi. Kesianlah pada mereka. Mereka juga manusia yang perlukan kehidupan, kasih sayang, belaian, rasa simpati dan penghargaan daripada orang yang paling disayanginya....
Oleh itu masyarakat, kalau kamu tidak mengetahui hujung pangkal sesuatu perceraian, janganlah kamu melulu menuding jari kepada si janda itu yang mungkin akan melukakan hatinya yang memang telah cukup terluka. Berilah sedikit rasa kasihan kepadanya. Ataupun kalau kamu tidak berasa ingin mengasihaninya, janganlah kamu memfitnahinya sehinggakan namanya busuk di kalangan masyarakat di sekelilingnya. Mungkin juga dia tidak mahu bercerita kerana tidak mahu memburukkan bekas suaminya, jadi janganlah kamu membuat tuduhan melulu kepada janda tersebut...
Sia percaya tidak ada mana-mana wanita di dunia ini yang mahukan gelaran janda, tapi jika itu sudah suratan yang harus diterimanya, siapalah kita untuk menidakkan kenyataan itu..... Wallahualam....
9 orang pot pet on "Janda itu....."
wow...terkedu mak ana hehehe...
pada pendapat mak ana, hanya wanita yang berani sahaja yang sanggup menerima gelaran janda. bukan mudah menjadi janda baik janda berhias ke bergetah ke maupun janda tua. tu yg kadangkala dah pecah kepala pun masih tak sanggup nak bercerai. to those janda-janda yg berani bercerai setelah di tidakkan haknya, hats off to you.
cuma harus diingat, tak semua disebabkan suami dan tak semua disebabkan isteri. dan semua yg ditakdirkan Allah (selepas berusaha) ada hikmah yg tersembunyi.
org yg dok mengata tu sebenarnya takut dengan penangan mak jands ni sebenarnya hehehe sbb mereka tahu yang mereka juga TIDAK SEMPURNA.
tuh lah, saya pun salute tau pada janda2 yang telah berusaha sebaik mungkin utk mempertahankan rumahtangga diorang. kesian tau diorang2 ni... kita yang dgr cite diorang pun x sampai hati dgr.... sob sob.. ~tiba2 sedih~
betul, memang bukan semua perceraian disebabkan lelaki, ada jugak disebabkan perempuan itu sendiri, itu tidak dapat dinafikan.
Betul tu mak ana!
terkedu sy mmbaca nya =)
tu terkedu sebab merupakan bekas2 pengumpat ke... sebab simpati.. ke... ke.. ke... si ms eida ni bukan boleh pecaye ni... i jugak yang baik hati.. muahahahhaha...
i lost my words...cehhh..konon...
tp betul lah weng...antara 10 lelaki yg aku jumpa, bersyukur sgt klu dpt 1 yg baik pd isterinya...apatah lagi klu LELAKI2 di zmn IT ni, jarang sgt bule pakai...aku pernah jumpa lelaki yg SANGGUP membandingkan isterinya dgn PELACUR yg djdkan perempuan simpanannya...(boleh ko bygkan?)...nauzubillah...
tp aku masih percaya pd kata2;
"LELAKI YG BAIK UTK PEREMPUAN YG BAIK DAN PEREMPUAN YG BAIK UTK LELAKI YG BAIK"...Allah SWT Maha Adil dan Maha Mengetahui...mungkin Dia memberikan kita ujian sedemikian rupa utk memberi peluang pada kita mengumpul seberapa byk pahala...mungkin di dunia kita tak dpt "LELAKI YG BAIK", tp insyaAllah...d akhirat kelak janji Allah adalah pasti...so sama2lah kita berusaha menjadi hambaNya, wanita, isteri dan ibu yg TERBAIK...Aminx44
(p/s: peluk cium utk aimee dari aunty inah...makin comel minah kumari tue..)
sebab tu isteri LEBIH MUDAH masuk syurga dari suami
inah: teruk kan jantan2 yang mcm tuh kan inah? x guna!
betul, betul cakap ko tu....
Muzamil: LEBIH MUDAH tapi bersyarat jugak tau
salam, misah, good entry bah..
mana la ko dpt idea nih? mesti ko td ko br jak pas dgr luahan padsal ms. J ni kan.. tp mmg btl ckp mu nih..
zaman sekarang ni, semua pompuan n lelaki sama sak.. yg tggl cuma pompuan yg masih lg sanggup jadi 'isteri' yg sanggup buat apa saja utk keluarga.. yg lain tuh, jd 'bini' dan 'laki' jak, yang nda peduli apa meaning perkahwinan, kenapa berkahwin, utk apa dipertahankan perkahwinan tuh.. yg ada 'bini' n 'laki' skang ni yg kawin sebab suka dan opkos la disebabkab ITU yg ko bilang tuh kan... kalau suda nda suka, sakit ati, nah senang2 seja la, ' aku ceraikan ko', ndak pun, "bah, ceraikan aku..".. tu yg byk penceraian tuh..
tahun lepas jak kalau tgk paper ka mag ka, berapa byk penceraian kita dgr kan.. terutama kalangan artis.. ada tu nda sampai 1 bulan kawin, cerai suda.. tu la kan, org kata, kita di ni mmg di akhir zaman kan.. gini la nih..
sama2 la kita amik ikhtibar, biarlah kita jadi 'isteri' dan 'suami', bukan jd seperti 'bini' dan 'laki'..
tuhlah... mudah2an kita diberikan hidayah oleh-Nya agar kita dapat menjadi seorang "isteri" dan "suami"... Aminnnn.....
Post a Comment