Friday, October 22, 2010

Ku tidak mahu engkau lagi!



Pagi ni dengar radio Fly.fm. Sangat terkejut dengan idea DJ radio ni, si Fat Fabes dengan si Ben.

Sia tidak pasti mulanya idea tu datang dari siapa. Yang penting idea tu datang lepas diorang baca surat khabar pasal minah yang orang mati-mati ingat dia kena culik, tapi sebenarnya rupa-rupanya larikan diri ke KL semata-mata tidak mahu berkahwin dengan bakal suaminya.

Dijadikan cerita, DJ-DJ ni terfikir idea untuk membantu mana-mana pendengar yang mahu memutuskan hubungan dengan pasangannya. Lalu, talian pun dibuka kepada pendengar untuk menelefon mereka. Si Nadia pulak sebaliknya beriya-iya melarang pendengar untuk menelefon, yang mana sia menyokong idea si Nadia tu.

Yang mengejutkan, tiba-tiba ada seorang pendengar menelefon dan meminta pertolongan diorang untuk memutuskan hubungannya dengan tunangannya. Alasannya kononnya dia sudah tidak merasakan sayang terhadap tunangannya. Rasa sayang yang tinggal setakat seperti rasa sayang terhadap adik sahaja. Bla… bla… bla…. Macam-macam lagilah yang diborakkan antara DJ-DJ ni dengan pendengar tadi.

Yang sia pelikkan, sia tidak percaya ada orang yang sanggup telefon stesen radio untuk meminta DJ radio menelefon tunangnya semata-mata untuk memberitahu yang dia ingin memutuskan hubungan. Sampai hati pemanggil tadi ya? Pada sia, kalau betul sudah tidak ingin, apa salahnya berjumpa sendiri dengan pasangan dan nyatakan hasrat tersebut. Kalau tidak berani bertemu muka (face to face), hantar saja sms, email atau gunakan apa sahaja teknologi yang ada, tetapi bukan melalui stesen radio.

Tidakkah si pemanggil sedar apa kesan di sebalik perbuatannya itu? Bukan saja dia akan memalukan si tunangannya, tetapi juga dia sendiri memalukan dirinya sendiri dengan berbuat demikian. Sudahlah nama tidak anonymous kan. Habis 1 Malaysia tahu akan masalah mereka. Manalah tunangannya itu mahu meletakkan mukanya? Pasti mana-mana kenalannya yang ada mendengar siaran pada pagi tadi berfikir macam-macam pasal dirinya, sebab cara si pemanggil menceritakan pasal tunangannya seolah-olah si tunangan adalah seorang yang psycho yang tidak boleh menerima sekiranya dia berterus terang kepada tuanangannya.

Ok, katakan si tunangan tadi memang seorang yang psycho, adakah dengan cara menggunakan stesen radio tempatan akan mengelokkan keadaan? Tidak sama sekali ok! Perbuatannya tadi memang akan lebih memburukkan keadaan. Apa pandangan keluarga si tunangannya? Keluarganya sendiri? Kawan-kawan rapat mereka? Dan yang lebih buruk lagi, sekiranya si tunangannya itu bertindak melulu dek kerana berasa sangat malu dengan kejadian yang menimpanya tadi? Tidak dapat sia bayangkan.

Pada sialah, sepatutnya pendengar tadi menggunakan pendekatan yang lebih bijak untuk menyelesaikan masalahnya. Kalau dulu tahu cara untuk mengurat tunangan itu, tahu cara macam mana mahu mengadap keluarganya untuk bertunang, kenapa kali ini tiba-tiba tidak tahu gunakan cara yang bijak untuk menyelesaikan masalah peribadi yang tidak patut sampai ke pengetahuan umum. Tidak paham..... Banyak cara yang pemanggil tu boleh gunakan. Contoh, menggunakan khidmat nasihat kaunselor peribadi, kalau betul lah si tunangan tu seorang yang psycho. Keluarga pun boleh dijadikan rujukan sebab perkara ni memang akan melibatkan keluarga apabila sudah berpisah di kemudian hari. Entah-entahkan, si pemanggil tu sendiri yang psycho kan? Eeeeeeeeeeeee……….

Apa-apa pun, stesen radio tu tidak patut lah ada segmen yang macam tu. Kesian si tunangan tu tau ;( Simpati dengan dia. Tapi, ada jugak hikmah di sebalik segmen tu. Sekurang-kurangnya, si tunangan tu dapat tahu sikap sebenar si pemanggil yang tidak cukup lelaki (not manly enough) untuk dia jadikan suami. Sabar ya si tunangan. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Pasti ada orang yang lebih baik daripada si pemanggil untuk anda. Berserah dan jangan terlalu bersedih untuk orang seperti itu. Dia memang tidak layak untuk kamu! Mudah-mudahan TUhan saja yang membalas perbuatannya….

p/s untuk en. Suami: Kalau dah xmo mama, jangan buat macam ni tau. Sedih tau kalau orang buat macam ni ;(


4 orang pot pet on "Ku tidak mahu engkau lagi!"

melratm on October 22, 2010 at 3:13 PM said...

jgn risau mama.... ayah sayang mama sampai akhir hayat ayah! walaupun benci kat mama :>

mama glam on October 22, 2010 at 4:19 PM said...

chet! cakaplah ayat terakhir tu mcm tu... semua kata-kata tu doa tau!

Anonymous said...

entah dia n.. doa tau.. (nasi tambah)

mama glam on October 24, 2010 at 8:32 PM said...

Tu nk kena babap la tu, bak kata ank dia lah... Hehehe

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery