Saturday, October 16, 2010

Ku kan setia menunggu....


Masa bercinta (Zaman Uni la ni): Janji berhenti masa kerja.... Tidak pun, masa harganya melambung hingga RM10

Masa sudah bekerja: Janji berhenti masa kahwin...

Masa sudah berkahwin: Janji berhenti masa si isteri mengandung...
Masa isteri sudah mengandung: Janji berhenti masa si anak dilahirkan...

Masa si anak sudah dilahirkan: Janji tinggal janji.....


4hb Oktober 2010:
PETALING JAYA: Mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 20 batang rokok. Menurut laporan media berbahasa Cina, semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek.

Menurut sumber, kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 30 sen. Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14. Sumber menjangkakan kenaikan harga itu akan menyebabkan jualan rokok menurun sebanyak 10 peratus. (mStar Online)
Hah! Bila berita ni keluar hari tu, si penjanji tu mendiamkan diri tau.... Bila sia tanya, jawapannya "Tengah cuba slow down la ni" Hmmmmmm... Sia sebagai isteri yang mithali (mithali la sangat), akan setia menunggu dan menunggu dan menunggu.... (tidak boleh komen lebih lebih, sensitif!)

Gambar-gambar mengerikan tu tiada makna ok! Baik kera.jaan buangkan saja gambar-gambar mengerikan tu. Kalau si perokok tu sendiri belum bersedia, letaklah gambar apa pun, hampeh! Jangan harap diorang berhenti! Mak yang sudah banyak kali bertelingkah pasal hal ni pun sudah habis idea macam mana mau mintak si perokok berhenti... Layan jaklah...

p/s: Mungkin lepas ni sia patut mintak duit elaun bulanan tambahan yang nilainya sama banyak dengan harga rokok tu kan? Hmmmmmm.....


8 orang pot pet on "Ku kan setia menunggu...."

inah yg jeliter... said...

hahaha...part elaun bulanan tu weng aku setuju sgt2..(dasar firestone tul..)
aku rasa part nak berhenti ke x, tu dr org tu sendiri, sejauh mana kuat semangat dia nak BERHENTI MEROKOK...
bab aku da tengok ramai org yg dah BERJAYA BERHENTI MEROKOK ni...semangat mereka mmg kental...huhuhu...jd en.Muzamil sila kentalkan semangat juang anda utk BERHENTI MEROKOK...sbg kawan aku sokong 100%...

::EIDA:: on October 18, 2010 at 9:06 AM said...

Haha !
keadaan mama same lah ngan sy !
janji tingal janji.. =)

melratm on October 18, 2010 at 9:10 AM said...

akan ku tunggu.............

Anatel Ameen on October 18, 2010 at 1:56 PM said...

ekceli kan, gambar yang mengerikan tu lebih menakutkan kita yang tak merokok daripada si perokok. Mak Ana sungguh tak boleh tengok kotak rokok tu.

btw, Mak Ana tak berani nak minta Pak Ameen berhenti merokok since ramai kekawan yang bila stop terus kena buat bypass or pass away. Huhuhu takot!!!

Unknown on October 18, 2010 at 2:16 PM said...

mel, aku kalau bini dah cakap macam ni rasa tercabar ok..
come on le, you can do it!!

ahahaha.. aweng, sabau la ek..

mama glam on October 18, 2010 at 3:26 PM said...

Inah: tuh ar... Mmg aku patut mintak neh!

Dayah: nasib badan...

Muzamil: ceh!

Mak ana: mmg iya. Ai pun nyampah tgk gmbr2 tu. Mmg kn, kita tmn sehidup si peroko yg kena tanggung ksn2 akibat perbuatan si perokok. Kena tgk gambar ntah apa2, berisiko kena kanser akibat asap rokok diorang... Nasib badan...

Mast: aku tunggu jer lah...

ninieZUERYANNIE on October 27, 2010 at 10:10 AM said...

hmmmppp.. same je.. hampes-kempes..

mama glam on October 27, 2010 at 11:30 AM said...

Tuh ar... Nasib badan ar kita ni... Redha jer la

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery