Sunday, October 31, 2010

Wahai belogku sayang

6 orang pot pet
Wahai belog ku sayang,

Maafkan aku kerana mengabaikanmu buat seketika. Telah begitu lama ku berkurung di dalam gua untuk bertapa.

Sepanjang aku bertapa, ku layankan juga FB dan membaca belog-belog orang lain yang tidak sebegitu panjang tulisannya. Ku tidak sempat meng update apa-apa untukmu. Bukannya apa, lu tidak mahulah mengupdate setakat melepaskan batuk di tangga. Nanti bagaimana pulalah bahasa yang aku gunakan. Kau tahulah tuanmu ini kan? Memang sangat-sangat lemah dalam menulis samada dalam BM mahupun BI. Jadi untuk tidak membuatkan orang pening membaca tulisan tuanmu yang merapu-rapu meraban, baiklah dia senyap buat seketika kan? Lagipun, tuanmu lebih senang menggunakan desktop apabila mengupdate mu (guna komputer opis la tuh!) berbanding menggunakan laptop atau seperti sekarang yang menggunakan iphone ini. Sangat susah ok! Tulisan pun berterabur di sana sini. Mahu gunakan fungsi align pun tidak tahu bagaimana. Apakan lagi mahu menukarkan saiz tulisan, warna tulisan, meletakkan watermark di gambar-gambar, ah! Sangat leceh ok!

Kau tahu tidak wahai belog, tuanmu ini besok ada peperiksaan PTK. Peperiksaan ini penting buat tuanmu. Kalau lah kau ini bernyawa, bolehlah ku mintak kau mendoakan aku kan... Tapi, memandangkan kau ini hanya fungsi ICT yang tidak bernyawa dan tidak punya perasaan, kau jadi pendengar setiaku pun jadi lah. Insya Allah hari rabu ni tuanmu habis peperiksaan. Gabra jugak rasanya... Huhuhuhu... Tapi, kena jugaj teruskan sebab sudah mendaftar. Bak kata ada satu game show tu 'bolos saja dinding itu!'

Oklah wahai belog ku sayang. Tadi aku membebel-bebel ni setakat memenuhkan masa untuk merehatkan otakkan ku buat sekejapan. Lagipun, kau pun tahu kan wahai belog ku sayang, aku mana boleh hidup tanpa menjengukmu setiap hari, cuma update saja yang tidak ku buat. Jenguk tetap jenguk. Harap kau faham ya belogku sayang.

Sehingga di sini saja. Kalau tidak ada update dalam masa terdekat, kau tunggu hari khamis ok! Jumpa lagi!

P/s: korang pembaca tersayang, doakan si aweng si mama glam ni ya! Nervous arrr korang!

Wednesday, October 27, 2010

Aku merinduimu...

5 orang pot pet

Tiba-tiba terasa rindu dengan handphone-handphone di bawah ni:


Ni guna masa mula-mula pakai handphone. Guna duit loan beli. Masa tu harga dia RM750 kalau tidak silap, tahun 1999. Tu kira canggih habis lah tu masa tu.

Ni pulak beli lepas handphone yang di atas tu rosak. Rosak sebab si pengguna sendiri rosakkan secara tidak sengaja. Bateri sudah habis pun asyik cuba on. Sekali, langsung tidak mahu on. Padan muka! Belilah handphone ni. Harga masa tu RM300 rasanya, tahun 2001.

Ni pulak beli lepas handphone yang atas tu rosak jugak. Yang atas tu rosak memang sebab dia sendiri mahu rosak. Si pengguna geram, terus campak dari tingkat 3 sampai ke gelanggang bola tampar. Puas hati! Beli ni dengan harga RM450 kalau tidak silap, tahun 2002.

Yang ini pulak dibeli sebab memang si pembeli memang gatal sudah bosan dengan handphone yang di atas tu. Konon mahu merasa handphone yang lebih kecil dan elegan. Maklumlah, masa tu sudah bekerja.. Hehehhhe.. Tapi, beli yang second hand jak, sebab masa tu tiada yang 1st hand. Suka punya pasal! Harga tidak ingat. Beli tahun 2004.

yang ini pulak beli sebab handphone yang di atas tu sudah mulai weng macam tuannya. Second hand la katakan. What do you expect kan? Beli dengan harga RM450, tahun 2004 jugak.


Yang ini pulak, beli sebab syarikat yang sia baru masuk bagi duit RM600 untuk beli handphone untuk line telefon baru. Beli harga RM650, tahun 2005.


Yang ini pulak, beli sebab handphone yang di atas tadi dihilangkan oleh bakal suami sia a.ka. suami sia sekarang ni lah. Siap bila 2 bijik, sehati sejiwa la konon. ahaks! Beli harga RM900 setiap satu, tahun 2005.

Handphone yang di atas ni pulak dibeli sebab rasa handphone yang sebelumnya tidak seberapa canggih. Camera tidak cantiklah, apa lah. Elleh! Cakap sajalah kau mahukan handphone yang baru! Sia sangat suka handphone ini! Kecil dan comel! Harga RM1000 kalau tidak silap, tahun 2006.

yang ini pulak dibeli sebab temankan rakan sekerja jalan-jalan cari pasal tengok handphone. Sia yang memang lemah iman bila bab-bab menahan nafsu shopping ni memang sungguh senang terpengaruh. Jadi, minta En. SUami belikan. Harga RM1100 kalau tidak silap, tahun 2007.

Yang ini pulak dibeli sebab handphone di atas ada masalah jugak. Yang ini beli masa baru sudah kahwin.. hehehhe... so, konon sehati sejiwa lagi, beli 2 bijik, satu untuk kau, satu untuk aku... Harga, RM700, tahun 2008.

Wah! Lepas senaraikan handphone-handphone di atas, barulah sedar betapa banyak duit yang telah dileburkan untuk membeli handphone... huhuhuu... Antara banyak-banyak handphone yang di atas ni, hanya no. 5, 9 dan 10 saja yang masih ada dalam simpanan. Yang no. 5 dengan tu bapak sia pakai (tapi, nampak gayanya macam sudah mahu dicampak sebab bateri sudah nyawa-nyawa ikan), yang no.9, adik perempuan sia pakai, dan yang no.10 tu masih ada dalam simpanan sia lagi dan masih elok untuk digunakan.

Apa pasal lah sia tiba-tiba rindu dengan handphone-handphone di atas ni ya?

Satu saja persamaannya antara semua-semua handphone yang sia senaraikan di atas tu, semua-semuanya ada keypad. Ya! keypad yang memudahkan sia untuk menaip mesej. Huhuhuhu...

Pada yang tidak tahu, sia ni sebenarnya manusia yang sangat-sangat malas menaip mesej. Jadi, bila menggunakan handphone yang ada keypad pun malas menaip, apa kan lagi kalau menggunakan handphone yang tidak ada keypad seperti iphone4 ai yang baru tu... Huhuhuhu... Memang bertambah-tambahlah kemalasan sia untuk menaip mesej, kecuali untuk hal-hal penting yang memerlukan sia menaip jugak.

Jadi kan kamurang, tujuan sia buat entry ni, saja mahu bagitau kamurang yang mana-mana ada no. handphone sia, kalau kamurang ada apa-apa hal yang perlu berhubung dengan sia, kita calling saja boleh tidak? Sia Sumpah malas ya rabbi mahu menaip mesej ok! Atau kalau kamu guna prepaid takut kredit habis kalau call nombor sia, jangan risau. mesej saja mintak sia call balik. sia pasti akan call balik punya. sebab... Sia rela lagi call daripada sia terpaksa berbalas-balas mesej menggunakan iphone4 yang tidak ada keypad tu.... Lagipun, kadar voice call untuk pelan digi kan murah.. hehhehehhe...

Eh! terlupa sesuatu. Sebelum sia gunakan iphone4 ai yang baru tu, sia guna handphone Nokia N97 di bawah ni. Beli tahun 2010, harga RM1500, second hand. Ni bukan sia yang kepingin beli ar. Yang ni encik laki ai yang kepingin gilak beli. Tapi, sebab dia memang seorang yang baik hati, dia kasi bininya yang buta teknologi ni guna. Hehhehe...

Tuesday, October 26, 2010

Hamba Allah A vs Hamba Allah B

2 orang pot pet
Pernah tidak kamurang berjumpa dengan orang yang suka dengki dengan orang, tapi dengan cara yang sangat-sangat menyampahkan?

Ada seorang Hamba Allah A ni. Dia ada penyakit yang suka dengki pada orang. Dia tidak boleh kalau orang tu lebih daripada dirinya sendiri. Lepas tu, pada dia, dia sajalah yang terbaik, keluarga dia sajalah yang terbaik, dan serba serbi apa yang ada padanya adalah yang terbaik, terhebat dan macam-macam ter lah!

Dijadikan cerita, ada seorang Hamba Allah B ni, memanglah lebih baik, segala-galanya lebihlah berbanding si Hamba Allah A…. Baik dari segi bakal suami, pakaian, rupa paras, pelajaran, keluarga… Semuanya lebih baik daripada dirinya.

Kalau dilihatkan pada pakaian si Hamba Allah B ini, memang lebih cantik-cantik berbanding si Hamba Allah A ni.

Kalau dilihatkan kepada kepintaran si Hamba Allah B ni, memanglah lebih pintar daripada si Hamba Allah A ni.

Kalau dilihatkan cara berbelanja si Hamba Allah B ni, memanglah lebih mampu berbanding si Hamba Allah A ni.

Kalau dilihatkan pada paras rupa si Hamba Allah B ni, memanglah jauh panggang dari api kalau mahu dibandingkan rupa paras si Hamba Allah A yang biasa-biasa saja.

Kalau pada kebiasaannya manusia dengki berbuat jahat dengan cara guna-guna dll, si Hamba Allah A ni tidaklah pulak berbuat sedemikian. Tapi, dia membuat dengan cara reverse psikologi.

Kenapa sia cakap begitu?

Apa kan tidak, setiap kali si Hamba Allah A ni melihatkan pakaian si Hamba Allah B ni yang cantik-cantik, mulalah dia cuba mencari orang lain untuk dipuji kononnya baju si orang lain ni adalah yang paling tercantik. Padahal kalau ditenggokkan, setakat baju biasa yang kualiti memanglah tidak boleh untuk hendak dibandingkan dengan baju si Hamba Allah B ni. Tapi, si Hamba Allah A ni sanggup memuji orang lain tersebut, asalkan dia tidak memuji si Hamba Allah B ni.

Kepintaran tu jangan cakaplah kan. Si Hamba Allah B ni memang telah jelas dan nyata kepintarannya lebih berbanding si Hamba Allah A ni. Tapi, si Hamba Allah A ni seboleh-bolehnya cuba memuji orang lain yang kononnya lebih pandai. KOnonnya uni yang si Hamba Allah B ni grad tidak cukup baguslah, uni yang lain lebih bagus lah.

Dari segi berbelanja pulak, memanglah tidak dinafikan si Hamba Allah B ni memang seorang yang pandai berbelanja a.k.a kaki shopping. Tapi, si Hamba Allah B ni bukannya berbelanja menggunakan duit si Hamba Allah A ni. Jadi, mengapa pulaklah si Hamba Allah A ni suka mengata kononnya cara berbelanja si Hamba Allah B ni adalah cara yang membazir. Kalau sudah tahu diri itu tidak semampu orang, duduk diam-diam sudahlah, Tidak perlulah mengkritik orang yang cara berbelanjanya tidak sama dengan cara diri sendiri yang kononnya berjimat cermat.

Bercakap pasal paras rupa pulak, memang langsung tidak boleh dibandingkan. Tapi, yang kesiannya, sekali lagi si Hamba Allah A yang seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan yang si Hamba Allah B ini memang mempunyai paras yang elok, sanggup memuji orang lain yang secara tidak langsungnya memang kedengaran seolah-olah hendak menidakkan keelokan rupa paras si Hamba Allah B ini. Kesian kan?

Sebenarnya, banyak lagilah perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh si Hamba Allah A ni yang sememangnya sangat-sangat ketara menunjukkan kedengkiannya terhadap si Hamba Allah B ini. Sia bukanlah pro kepada mana-mana pihak. Tetapi, sia kesian melihat si Hamba Allah B yang selalu menjadi mangsa mulut dan perbuatan si Hamba Allah A yang berlagak seolah-olah innocent dengan melontarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya sebagai seorang manusia. Sia juga kesian dengan si Hamba Allah A yang suka dengki pada orang sampai terpaksa bertindak di luar kewarasan seorang manusia bagi menidakkan segala yang elok yang dimiliki oleh si Hamba Allah B ini.

Kesian kan manusia bila dirinya tidak mampu menerima bahawa ada orang yang lebih baik daripada dirinya? Entahkan sampai bila dia akan berterus-terusan bersikap sedemikian. Agaknya, dia belum lagi bertemu buku dengan ruas. Dan dia juga bernasib baik kerana si Hamba Allah B ini masih mampu bertahan dengan karenahnya yang meluatkan itu. Kalau sialah di tempat si Hamba Allah B….. Hish! Tidak perlulah sia cakapkan apa yang akan berlaku. Sia cuma berharap dan berdoa semoga si Hamba Allah A ni akan berubah juga suatu hari nanti, sebab takut jugak kalau si Hamba Allah B ni mengamok. Karang ada pulak orang tidak mampu mengangkat muka… Huish! Takotttttttttt! Larikkkkkkkkkk!


Monday, October 25, 2010

ke Taman Tasik

4 orang pot pet
Esok pagi kita bangun awal ya ayah! Lepas Subuh kita jangan tidur, kita bawak Aimee jalan-jalan pegi taman.
Setiap Jumaat malam, itulah ayat yang akan terpacul dari mulut sia kepada En. Suami. Dan selalunya, keesokan paginya, ketiga-tiga anak beranak ini akan bangun lambat juga, dan natijahnya, berjalan-jalan ke taman dalam mimpi sajalah! Tiap-tiap minggu begitulah situasinya pada pagi hari Sabtu. Kata-kata tinggal kata-kata….

Tapi tidak pada hujung minggu baru-baru ini! Sebenarnya, tiada pun rancangan untuk bawak minah ni ke taman pada pagi Sabtu yang lalu. Si mama kononnya bangun awal, mandi awal hanya kerana mahu mentelaah nota-nota PTK yang berlambak itu. Melihatkan si anak dengan si ayah nyenyak tidur, digagahkan juga diri untuk mandi dan bersiap. Sekali, selesai saja mandi, tiba-tiba minah kumari itu bangun. Si mama apa lagi, cepat-cepatlah menalakan bekalan susu dengan harapan si minah itu tidur semula. Tapi, hampa….. Si minah Aimee itu tiba-tiba bangun dengan mata terbeliak yang seolah-olah menandakan “Aimee takmo tido dahlah!” Si ayah yang puas memujuk si anak supaya tidur kembali, keciwa… kerana tidurnya harus diberhentikan pada masa itu jugak… Hahahhahaha….

Si mama yang kasihan melihat si ayah yang terkeciwa, cepat-cepat cuba membetulkan keadaan dengan melontarkan cadangan “Ok.. ok.. ok… jom bangun semua! Ayah dengan Aimee pegi mandi, kita pegi tamannnn!!!!” Si ayah yang bersetuju, terus membawa anaknya mandi bersama-sama (nota: En. Suami sudah pandai mandikan anaknya tau!).

Selesai mandi, semua pun dengan riang dan gembiranya menuju ke taman.

Kami bawa Aimee ke Taman Tasik Ampang Hilir (ngan, ko mesti tau tempat ni kan? =p). Bukan main seronok minah ni tengok orang ramai. Mulalah kepalanya tertoleh kanan, tertoleh kiri… “Fuh! Ramai betul orang untuk ditengok!”, agaknya itulah kata-kata si minah yang tidak habis-habis membebel itu… Si ayah yang memang dipertanggungjawabkan untuk menemankan si anak, dengan setianya mengikut langkah si anak. Seronok betul minah tu….

Lepas taman permainan, kami bawa dia berjalan-jalan atas trek jogging pula. Sampai di satu hentian, kami rehat. Jalan lagi, sampailah ke hentian yang ada café dengan taman permainan sekali. Sampai saja di hentian itu, si ayah menemankan si anak sementara si mama makan nasi lemak makcik Temah sambil menelaah buku Pengurusan Kewangan yang sangat memuntahkan untuk dibaca… Bluwek!

Lepas habis si mama makan, giliran si ayah pula.. Maka, giliran si mama lah pulak membawa si anak berjalan-jalan… Penat minah tu dibawa berjalan-jalan oleh mamanya… Panjat cerun, jalan-jalan, naik buai…. Sampailah minah tu terduduk, malas mahu bermain…. Selesai saja ayahnya makan, sempat juga minah tu bermain-main sebelum ayahnya bersuara “Jomlah balik, dia dah ngantuk kot”

Sepanjang perjalanan ke kereta, kami saja sekali lagi membiarkan Aimee berjalan di trek jogging, sampailah minah tu terpaksa tipu kami yang kononnya dia mahu be.rak, semata-mata supaya si mama atau si ayah mendukungnya… Ceh! Si mama yang tidak tertipu, lepas periksa tidak ada kesan kebe.rakan, terus dera si minah Aimee suruh berjalan lagi, sampailah si ayah pula yang berasa kesian dan mengangkat si anak terus ke kereta…. Hehehhehe….

Tengok tu, cara dia tipu mama dengan ayahnya... Si mama pun hampir-hampir tertipu.. ceh!

Jalan sayang, jalan lagi.... Sikit lagi ni..

Sudah berasa sedikit malas. Jalan pun makin terhuyung hayang

Mama, Aimee dah penatlah...

Perot tu.. perot tu.. kasi tutop sikit! makin malas sampai baju pun diangkat sampai nampak perot buncit!

Sampai di dalam kereta, semakin ketara kemengantukan si minah Aimee itu. Selalunya dia bukan main tidak mahu duduk diam. Tapi kali ini dia terus duduk di pangku mamanya. Mamanya yang kesian melihat telatah budak yang sangat mengantuk itu, terus memberi bekalan susu. Sedikit saja yang diminumnya, terus dia menggosok-gosok mata, menandakan dia hanya mahu tidur saja… Sia pun baringkan di atas tempat duduk berbantalkan bantal berbentuk U yang memang sangat sangat membuatkannya selesa. Tidak mengambil masa yang lama, si minah Aimee pun tidurrrrr dengan nyenyaknya.

Sampai di rumah pun si minah Aimee sambung tidur jugak. Si mama dengan si ayah pun tumpang sekali.. hehehhehhe…. Tidur sampai masuk waktu Zuhur…. Hambek ko! Ke laut pembelajaran si mama glam! Hadeiiiiiii lah!


Friday, October 22, 2010

Sayur-sayuran kampung

0 orang pot pet
Aweng si mama glam sudah weng dek nota-nota ptk yang sangat banyak mahu dibaca…. Bluwek! (ceh! baru baca sikit sudah mau muntah!) Jadi, dia mula mencari penawar kepada ke-wengannya itu… Apa lagi kalau bukan blog kesayangannya!

Apa pulak yang mahu dikongsi tengahari yang nan indah yang sepatutnya dihabiskan dengan berjalan-jalan cari pasal ni? Hehehhehhe…

Kali ni saja mahu tayang gambar makan tengahari tadi lah.

Hish! Sedapnya! (Padahal sudah masuk dalam perot!). Nasi dimakan dengan kuah gulai tempoyak ikan, daging goreng dengan kacang panjang dan udang, pucuk ubi rebus, jantung pisang rebus dan sambal belacan!
Kamurang….. semua-semua ini… Sumpah sedap! Sampai sekarang teringat-ingat makanan tadi. Siap nasi yang separuh itu terasa-rasa tidak cukup! Sedapnya!

Saja jak kasi peminat-peminat sayuran kampong terliur… kih kih kih… Kasi zoom sikit itu gambar sayur kampong….
Sedap kan? En. Suami ai tidak makan sayur-sayur ni.. Betapa ruginyalah dia kan? DIa makan sayur-sayur Bandar jak. Rugi... rugi....

Tapi kan, 1 jak keburukan sayur-sayuran ni, angin! Sia ni sudahlah tidak tahan dengan makanan-makanan yang angin. Heeeeee….. Mudah-mudahan perut tidak meragam macam kemarin, 1 hari ceri beri… Itu semua angkara ubi rebus yang sedap! Blrrrpppp! Sedapnya! Terbayang-bayang pulak kalau makan ubi rebus dengan ikan kering yang ditumbuk sedikit dan diperahkan asam limau dan cili potong. HUish! Sedap tu!!!!!!!!

Haiyayayyayaya, air liur meleleh sudah ni… Mau makan roti gardenia coklat dengan air MILO kotaklah pulak kasi air liur ni berhenti meleleh.. hehhehehe…

Oklah kamurang, mahu sambung belajar pulak…. Chiow!


Ku tidak mahu engkau lagi!

4 orang pot pet

Pagi ni dengar radio Fly.fm. Sangat terkejut dengan idea DJ radio ni, si Fat Fabes dengan si Ben.

Sia tidak pasti mulanya idea tu datang dari siapa. Yang penting idea tu datang lepas diorang baca surat khabar pasal minah yang orang mati-mati ingat dia kena culik, tapi sebenarnya rupa-rupanya larikan diri ke KL semata-mata tidak mahu berkahwin dengan bakal suaminya.

Dijadikan cerita, DJ-DJ ni terfikir idea untuk membantu mana-mana pendengar yang mahu memutuskan hubungan dengan pasangannya. Lalu, talian pun dibuka kepada pendengar untuk menelefon mereka. Si Nadia pulak sebaliknya beriya-iya melarang pendengar untuk menelefon, yang mana sia menyokong idea si Nadia tu.

Yang mengejutkan, tiba-tiba ada seorang pendengar menelefon dan meminta pertolongan diorang untuk memutuskan hubungannya dengan tunangannya. Alasannya kononnya dia sudah tidak merasakan sayang terhadap tunangannya. Rasa sayang yang tinggal setakat seperti rasa sayang terhadap adik sahaja. Bla… bla… bla…. Macam-macam lagilah yang diborakkan antara DJ-DJ ni dengan pendengar tadi.

Yang sia pelikkan, sia tidak percaya ada orang yang sanggup telefon stesen radio untuk meminta DJ radio menelefon tunangnya semata-mata untuk memberitahu yang dia ingin memutuskan hubungan. Sampai hati pemanggil tadi ya? Pada sia, kalau betul sudah tidak ingin, apa salahnya berjumpa sendiri dengan pasangan dan nyatakan hasrat tersebut. Kalau tidak berani bertemu muka (face to face), hantar saja sms, email atau gunakan apa sahaja teknologi yang ada, tetapi bukan melalui stesen radio.

Tidakkah si pemanggil sedar apa kesan di sebalik perbuatannya itu? Bukan saja dia akan memalukan si tunangannya, tetapi juga dia sendiri memalukan dirinya sendiri dengan berbuat demikian. Sudahlah nama tidak anonymous kan. Habis 1 Malaysia tahu akan masalah mereka. Manalah tunangannya itu mahu meletakkan mukanya? Pasti mana-mana kenalannya yang ada mendengar siaran pada pagi tadi berfikir macam-macam pasal dirinya, sebab cara si pemanggil menceritakan pasal tunangannya seolah-olah si tunangan adalah seorang yang psycho yang tidak boleh menerima sekiranya dia berterus terang kepada tuanangannya.

Ok, katakan si tunangan tadi memang seorang yang psycho, adakah dengan cara menggunakan stesen radio tempatan akan mengelokkan keadaan? Tidak sama sekali ok! Perbuatannya tadi memang akan lebih memburukkan keadaan. Apa pandangan keluarga si tunangannya? Keluarganya sendiri? Kawan-kawan rapat mereka? Dan yang lebih buruk lagi, sekiranya si tunangannya itu bertindak melulu dek kerana berasa sangat malu dengan kejadian yang menimpanya tadi? Tidak dapat sia bayangkan.

Pada sialah, sepatutnya pendengar tadi menggunakan pendekatan yang lebih bijak untuk menyelesaikan masalahnya. Kalau dulu tahu cara untuk mengurat tunangan itu, tahu cara macam mana mahu mengadap keluarganya untuk bertunang, kenapa kali ini tiba-tiba tidak tahu gunakan cara yang bijak untuk menyelesaikan masalah peribadi yang tidak patut sampai ke pengetahuan umum. Tidak paham..... Banyak cara yang pemanggil tu boleh gunakan. Contoh, menggunakan khidmat nasihat kaunselor peribadi, kalau betul lah si tunangan tu seorang yang psycho. Keluarga pun boleh dijadikan rujukan sebab perkara ni memang akan melibatkan keluarga apabila sudah berpisah di kemudian hari. Entah-entahkan, si pemanggil tu sendiri yang psycho kan? Eeeeeeeeeeeee……….

Apa-apa pun, stesen radio tu tidak patut lah ada segmen yang macam tu. Kesian si tunangan tu tau ;( Simpati dengan dia. Tapi, ada jugak hikmah di sebalik segmen tu. Sekurang-kurangnya, si tunangan tu dapat tahu sikap sebenar si pemanggil yang tidak cukup lelaki (not manly enough) untuk dia jadikan suami. Sabar ya si tunangan. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Pasti ada orang yang lebih baik daripada si pemanggil untuk anda. Berserah dan jangan terlalu bersedih untuk orang seperti itu. Dia memang tidak layak untuk kamu! Mudah-mudahan TUhan saja yang membalas perbuatannya….

p/s untuk en. Suami: Kalau dah xmo mama, jangan buat macam ni tau. Sedih tau kalau orang buat macam ni ;(


Thursday, October 21, 2010

Cerita hujung minggu..

2 orang pot pet

Bosan pulak tengok blog sendiri yang tidak ber update. Ai kasi update sikit la hari ini.

Ni gambar masa pi majlis kenduri kesyukuran a.k.a majlis harijadi induksi mate masa di Raub dulu, Nadia Monira (yang pakai baju putih sebelah ai) ... Happy b'day dear!

Oh! Sebelum pigi majlis ni, tengahari kami ke majlis pertunangan kawan sia. Lepas jak majlis tu selesai, kami terus shoot ke Cheras, melawat isteri kawan baik En. suami, Kept yang baru melahirkan anak perempuan pada 15 Oktober yang lalu. Tahniah kepada kedua-dua kawan kami ini!

Makanya, hari Sabtu kami penuh dengan aktiviti majlis dan lawatan. Sampai si minah kumari tu terpaksa mandi lewat malam, sebab sampai rumah pun sangat lewat.

Hari Ahad pulak, tengaharinya kami bersiap konon mahu ke majlis cukur jambul kawan kami. Sekalinya, salah hari daaa..... Jadinya, kami balik dan masak saja di rumah untuk makan tengahari dengan harapan lepas makan, si Aimee akan terus tidur petang. Tunggu punya tunggu, si minah Aimee tidak mahu tidur pulak. Penat memujuk, si mama dengan si ayah bosan, terus bawak minah ni jalan-jalan di taman besar (tidaklah besar mana pun) belakang rumah.

Ada gaya model tidak anak ai ni? =D

Main naik turun tangga

Minah yang takut pijak rumput

Gambar di bawah ni pun pada hari yang sama. Bosan dengan taman besar, bawak si minah ni ke taman kecik (taman permainan) di sebelah kolam renang pulak. Pun suka jugak minah ni. Main jongkang-jongket, main gelongsor dan main benda alah di bawah ni...

Kudaku lari gagah berani.....

Tunggang kuda sambil termenung.....

Lepas penat di taman permainan, kami saja jak dera minah ni bawak dia pigi berenang di kolam renang pulak... Hahhahahha..... Si mama dengan si ayah berenang la puas-puas. Si minah ni pun suka air jugak, lagi-lagi kalau mama dengan ayahnya turunkan dari pelampungnya dan dukung dia berjalan-jalan sepanjang dalam kolam renang, ouh, memang sangat disukai oleh si minah Aimee ni!

Bila tengok langit ala-ala ke arah kegelapan tu, kami keluarkan si minah Aimee ni dan mandikan. Si mama tukang mandikan, si ayah tukang pakaikan baju. Sekali sedang-sedang mama mandi, terdengar suara si minah Aimee merengek-rengek. Itu budak sudah mengantuk! Kesian dia... Tapi, kami dua-dua orang (si ayah dengan si mama lah), berasa sedikit lucu jugak tengok minah yang terlalu mengantuk tu. Mana tidaknya, petang tadi bukan main liat mahu suruh tidur, sekali masa Maghrib pulak barulah dia beriya-iya mengantuk sampai mahu membuka mata pun punyalah tidak larat.

Dijadikan cerita, minah tu tidur betul-betul lepas MAghrib. Ingatkan dia akan bangun dalam jam 8 malam. Tunggu punya tunggu, sampailah jam 10 malam. Jam 10 tu pun bangun sekejap betul. Setakat makan 3 suap nasi, sudah merengek-rengek mahukan susu, dan Zzzzzzzzzzz, terus tidur balik sampai pagi... Adeilah si minah AImee sayang ni.... Habis perancangan kami mahu ke rumah onyangnya. Si ayah lagi best, tunggu anak bangun, dia pulak yang tertidur... Habis semua perancangan dek si minah yang sangat-sangat mengantuk.

Jadi, itu sajalah cerita petang Ahad kami.


Bawah ni pulak, gambar-gambar minah kumari ai di mana-mana... Layan saja gambar itu (ala-ala bolos saja dinding itu =p)

Ni antara hobi si minah ni bila berada di rumah mama dengan ayahnya. Main dengan penggantung baju dan sepit kain. Jangan di kacau, diamlah dia main sendiri-sendiri..

Ni pulak gambar baru bangun si minah Aimee di waktu pagi pada hari biasa. Tu gambar sedang merengek mintak ayah dia dukung. Minah ni memang anak ayah betul tau. Pantang nampak ayah, memang ayah dia sajalah yang dia mahu. Mama pun dia tidak layan ok!

Atas ni gambar kami bawak dia jalan-jalan cari pasal di Jusco. Ni pertama kali dia naik kereta Jusco tu. Bukan main punya gumbira itu minah!

Gambar atas ni pulak antara hobi kami anak-beranak pada waktu malam. Bersiar-siar di taman tingkat 5. Paling gumbira si minah kumari jugaklah. Kami biar jak dia berjalan-jalan di paveway tu. Ke sana ke mari dengan riang gumbira si minah cilik itu. Si mama duduk jadi pihak pemerhati, si ayah jadi tukang penggambar.. hehehhehe...

OK, itu saja untuk hari ini.... Sehingga itu daaa...

Tuesday, October 19, 2010

Kek sedap!

7 orang pot pet
Ok ok, sebelum mode sibuk macam lalat bermula, sia mahu update blog puas-puas. Boleh?

Bolehlah…..

Update kali ni semata-mata mahu menceritakan pasal makanan.

Kemarin dalam pada khusyuk mendengar taklimat PTK, tiba-tiba dapat notification k Watie, post something dalam wall FB. Sia yang duduk hampir paling belakang curi-curik la bukak hp tengok apa yang di post (hah! Kantoi!).
Amisah Binti Ahwang Still thinking what birthday cake n foods that I want to eat….
Erk? Apa mimpi k watie tag aku dalam wall post pulak ni? (membebel dalam hati)… Ah! Layankan saja k watie yang tersalah tagg ni…

Sia pun reply balik (sempat pulak tu!):
Mknlah kek buah Baker’s Cottage dgn aiskrim dgn spageti carbonara. Slrrpppp sedapnya!
Post!

Lepas jak post comment tu, terus tiba-tiba sia pulak yang teringin makan kek buah tu… Eeeeeeeeeee.. Sedapnya! Teringat masa zaman bujang dulu-dulu.... Makan separuh kek tu sendiri-sendiri.... heeee.....

Makanya, petang lepas balik taklimat konon mahu terus singgah ke kedai kek, sekalinya duit tarak cukup daaaa… Terpaksalah balik jugak rumah mintak duit dengan en. Suami dulu…

Sesampai-sampai rumah, en. Suami terkocoh-kocoh suruh bersiap cepat sebab dia ada rancangan lain, main badminton dengan kawan sepejabat katanya. Ah! Melepas kek aku!

Sekali, dijadikan cerita, malam tu en. Suami tidak berjumpa tempat bermain badminton… Apa lagi! Teruslah kami meluru ke Ampang. Sekalinya, itu kedai sudah tutop ok! Ces!

Tanpa berputus asa, sia terus bukak website Baker’s Cottage menggunakan iphone4 yang baru itew…. Ada guna jugak iphone4 ni ya bila di saat2 kecemasan begini. Telefonlah sana sini punya outlet yang terdekat, Tanya pasal kek buah tadi ni. Lepas telefon 3 outlet, outlet di Desa Setapak ada stok. Yeay! Tutup kedai pulak pukul 10.30 malam. Sempat en. Suami belanja di Nando’s Ampang… Hehhehehhe….

Jadi, gambar di bawah ini khas untuk k watie

Happy B’day k watie. Kalau hang ada kat sini, cheq belanja hang makan kek ni. Tapi, memandangkan hang jauh nun di Banting, cheq tulun makan untuk hang k. Tapi, kalau hang mai tempat cheq, cheq belanja hang kek ni k. Tapi (berapa banyak tapi daaaa….), kalau hang malas nak datang tempat cheq dan nak beli sendiri, hang pi tengok outlet-outlet Baker’s Cottage kat sini. Pastu call dulu samada diorang ada stok ke tidak. Cheq suka sangat kek ni kalau dah buhsan sangat makan kek-kek secret recipe.


Kek ni nama dia Royal Fruit Cake.
Topping tu ada freash cream dengan buah peach, longan kiwi dengan strawberi. Kek dalam tu kek span vanilla. Fillingnya pulak, fresh cream dengan buah peach, longan dengan nenas. Yang paling best, tentunya kepingan toasted kacang almond yang berada di sekeliling kek itu! Paling best!


Harga? Selalunya sia beli yang ½ kg, RM38.00. Ada juga 1 kg, RM58.00

Ok, Tutup cerita kek Baker;s Cottage!



Di bawah ni pulak, kek dari Splendid Cafe.

Menurut menu di Cafe tu, kek ni namanya Pistachio Cream. Harga? Tidak ingat, (sebab hari tu bayar sekali dengan makanan lain) tapi bukanlah mahal macam dalam website tu rasanya. Dalam tu ada filling krim pistachio dengan pistachio cincang. Sekali sekala makan kek selain daripada Secret recipe, sedap jugak.

Cukop cerita pasal kek dari Splendid Cafe!

Cerita pasal benda lain pulak.


Gambar di bawah ni pulak bukan pasal kek, tapi pasal kuih lapis. Kuih ni sia makan di MAEPS kemarin. Kenapa sia snap gambar kuih lapis ni? Sebabbbbb.... sia kagum dengan pembuat kuih lapis ni.... Kenapa? Cuba kamurang kira kuih ni ada berapa lapis...


Kalau kamurang dapat tengok dan kira betul-betul, kuih ni ada 10 lapis ok! Banyakkkkk tu.......... Selama-selama ni rasanya, selalunya sia jumpa maksimun setakat 6 lapis jak. Tu pun main 2 warna, putih dengan merah jak. Kuih lapis yang ini pulak, ada 4 warna, lepas tu keempat-empat warna tu pulak siap ada warna yang pekat, cair sikit dan yang paling cair. Rajin betul si pembuat kuih ni. Kemarin rasa sayang betul mahu makan kuih kapis ni. Tapi, demi menghargai si pembuat, sia makan jugak. Siap 2 potong tu! Rasa pun sedap! 2 Thumbs up kepada si pembuat kuih lapis!



PTK!!!!!!!!!!

7 orang pot pet
Kemarin satu hari berkampung di MAEPS, serdang. Sebelum cerita apa tujuan ke MAEPS tu, sia mahu bagi satu info pasal direction ke MAEPS ni. Siapa-siapa yang tidak pernah ke sana dan bercadang menggunakan google maps untuk mendapatkan direction ke sana, baik JANGAN! Sebab, sia dengan kawan sepejabat sia sudah terkena kemarin. Ada ka patut google maps tu bagi direction sampai ke jalan mati, lepas tu kena lompat pagar UPM, lepas tu bukannya sampai pun ke MAEPS tu! Ceh! Nasib baik sampai awal. Kalau tidak, mahu la si mama glam ni lewat ke taklimat tu.

Jadi, pada sesiapa yang mahu ke sana, paling senang google direction ke MARDI, UPM Serdang. Tidak pun, google direction ke UPM Serdang, lepas tu tanya lah pada pengawal di pintu masuk UPM tu, senang! Confirm sampai! (Nota: Cara ni yang sia guna bila asyik berpusing-pusing dalam UPM tu tapi tidak juga berjumpa dengan MAEPS. Bila sampai di destinasi dituju, barulah tahu rupa-rupanya MAEPS tu adalah MARDI! Ceh! Konpius mak!).

Ok, cukup-cukup bebel pasal pencarian MAEPS. Kenapa sia ke sana?

Kemarin ada taklimat PTK…. Uwaaaaaaa! Takutnya!!! Kali pertama ni mahu ambil PTK. Siap cakap dengan hubby mahu target 4-4…. Lalalallalallala…… Sila jangan komen pasal ini ya.

Apa-apa pun, lepas-lepas ni sia akan sibuk dengan persiapan menghadapi PTK la. Jadi, kalau kurang update dari blog ni, sila mahapkan ya. Mak sibuk! Oklah, jangan bebel lebih-lebih, layan gambar bakal calon-calon PTK yang akan dapat aras 4-4. Aminnnnnnnnnnnnnnnnnn………….

Ada gaya tidak? Ada kan? Aminnnnnn ya rabbal alamin………….


Saturday, October 16, 2010

Ku kan setia menunggu....

8 orang pot pet
Masa bercinta (Zaman Uni la ni): Janji berhenti masa kerja.... Tidak pun, masa harganya melambung hingga RM10

Masa sudah bekerja: Janji berhenti masa kahwin...

Masa sudah berkahwin: Janji berhenti masa si isteri mengandung...
Masa isteri sudah mengandung: Janji berhenti masa si anak dilahirkan...

Masa si anak sudah dilahirkan: Janji tinggal janji.....


4hb Oktober 2010:
PETALING JAYA: Mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 20 batang rokok. Menurut laporan media berbahasa Cina, semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek.

Menurut sumber, kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 30 sen. Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14. Sumber menjangkakan kenaikan harga itu akan menyebabkan jualan rokok menurun sebanyak 10 peratus. (mStar Online)
Hah! Bila berita ni keluar hari tu, si penjanji tu mendiamkan diri tau.... Bila sia tanya, jawapannya "Tengah cuba slow down la ni" Hmmmmmm... Sia sebagai isteri yang mithali (mithali la sangat), akan setia menunggu dan menunggu dan menunggu.... (tidak boleh komen lebih lebih, sensitif!)

Gambar-gambar mengerikan tu tiada makna ok! Baik kera.jaan buangkan saja gambar-gambar mengerikan tu. Kalau si perokok tu sendiri belum bersedia, letaklah gambar apa pun, hampeh! Jangan harap diorang berhenti! Mak yang sudah banyak kali bertelingkah pasal hal ni pun sudah habis idea macam mana mau mintak si perokok berhenti... Layan jaklah...

p/s: Mungkin lepas ni sia patut mintak duit elaun bulanan tambahan yang nilainya sama banyak dengan harga rokok tu kan? Hmmmmmm.....


Friday, October 15, 2010

Honda Wald

9 orang pot pet
Baru-baru ini, sia dengan hubby ada pigi berjalan-jalan ke Jusco AU2. Dalam berjalan-jalan mencari kedai makan, hubby ternampak ada show unit kereta. Memandangkan masa tu pun masih awal lagi, hubby gatal-gatal kaki mendekatkan diri ke kereta pameran tu.

Di situ dipamerkan 2 bijik kereta, satu kereta Toyota Wald, dan satu lagi kereta Honda Wald.

Setelah puas membelek, sia dengan hubby berlalu pergi, dan seperti biasa akan membawa bersama pamplet harga kereta yang dipamerkan tadi...

Sambil makan-makan, hubby memandang sia dan bersuara "Kalau nak tukar kereta, ayah ok dengan kereta tu" Haish laki aku ni. Terus terang sia cakap, masa tengok kereta tu, sia pun macam berminat jugak. Yang paling buat sia tertarik adalah keunikan 3 tempat duduk di bahagian hadapan kereta tersebut. Rekabentuk tersebut secara automatik membuatkan kereta tersebut menjadi 6 seater car. Special gitu! Tengoklah gambar-gambar di bawah ni:











Gambar semua ihsan En. google ya

Cantik kan?

Tadi sia search di internet pasal kereta ni. Tapi, tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi. Ni jak yang paling banyak maklumat. Tapi ini hanya cerita yang baik-baik dan specs sahaja. Haih! Hati ni macam sudah tertambat, tapi........ Hmmmm... kira-kira patut dibuat dulu ni.. Lepas tu, macam ada juga ruang perbincangan yang condemn kereta ni.... Hmmmmm.... Terus terfikir "Ok kah kereta ni ya?" Takut jugak kan pelaburan tidak menjadi... Woi! Jangan main-main... Bukan murah-murah tahu! Kalau sia dengan hubby ni orang kaya, tidak apalah buang duit begitu sahaja.... Ini... Setakat engineer cabukkk.... ceh!

Kamurang ada pernah dengar tidak pasal kereta ni? Kongsi lah kalau ada ya... Manalah tahu sia dengan hubby betul-betul tukar kereta ni... Hhehehehhehe....


Thursday, October 14, 2010

Bad impression

4 orang pot pet

Have u ever come across a situation where you at the very 1st impression dont feel liking somebody?

Last time I have a few personal experiences on this. And usually, so many times that very 1st impression was true! There were always something wrong with the person that I dont comfortable to deal with.

Last time, every time i had this kind of feeling, usually i will opt to discontinuing any relationship with this kind of people.

few months back, i met one person like this again. But this time, im so sad that i cant get rid of this person from my life. Due to that, my life now become a bit stress and unhappy. I just dont have that choice to avoid this person. Sigh....

Maybe some people would advise me to just ignore this people and act like nothing happen. I've tried so many times, but sadly I just couldnt. Im not like some other people who can hide their unliking faces where never they meet this kind of people.

So, for all people around my daily life, please forgive me if sometimes you have to see me in my upset faces. I just cant control my face's muscle. I cant act like im happy if im not ;(

What ever it is, life has to be go on. I feel so lucky having you all readers. Thanks for being always there to give supports whenever i need it. Really appreciate it though we may dont know each other. Love you all!


Wednesday, October 13, 2010

Petanda?

6 orang pot pet

Kemarin lebih kurang jam 6.45 pagi, hp sia ada miscall dari nombor hp bapak. Bila sia call balik, mamak yang angkat. Dia cakap dia pun tidak tahu siapa yang call...

Jam 4 ka jam 5 petang macam tu, bila sia tengok phone, sekali lagi sia nampak ada 1 miscall, pun dari nombor hp bapak. Seperti biasa sia call lagi. Tapi, kali ni tiada siapa yang angkat telefon.
Justify Full
Malam jam 9.30 malam macam tu, sia dengan hubby baru sampai di rumah. Sia yang sedang susukan Aimee terus masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba hubby datang bawak telefon, cakap ada miscall dari hp bapak. Sia yang berasa risau sebab mamak kebetulan tidak berapa sihat, mintak pertolongan hubby untuk telefon bapak semula. Hubby pun call. Kali ini bapak yang angkat. Yang herannya, bapak pulak cakap dia tidak tahu siapa yang call... Bagi sia, siapa yang telefon tidak penting, apa yang sia pentingkan berita kesihatan keluarga sia di kampung. alhamdulillah, bapak cakap semua orang sihat walafiat, mamak pun sudah beransur sihat... Lega....

Tengahari tadi, nombor hp bapak call lagi. Sia sekali lagi berasa sedikit risau. Iyalah, jarang betul bapak atau mamak call back to back macam ni, dalam tempoh masa yang dekat pulak tu. Sia angkat. Mula-mula, mamak bertanyakan kabar seperti biasa. Tapi, sia dapat rasakan mamak seperti ingin memberitahu sesuatu. Dengan sabar, sia mendengar ayat-ayat mukaddimah mamak.

Lepas selesai borak-borak kosong, barulah mamak membuka cerita. Rupa-rupanya kemarin bapak terlibat dengan sedikit kemalangan. eh bukan kemalangan jalan raya, tapi kemalangan masa dia membakar sampah. Bapak yang sangat naif telah membakar tin ubat asma mamak yang kosong. Apa lagi, tin tu pun meletup la! Bapak yang terpinga-pinga, duduk kebingungan mencari benda apa yang terkena badannya. Setelah puas mencari dan tidak berjumpa, bapak balik ke rumah dan menceritakan kepada mamak apa yang berlaku. Mamak yang terkejut, terus panik sebab rupa-rupanya lengan bapak melecur teruk terkena tin ubat asma yang terbakar tadi. Mamak terus menelefon adik perempuan sia dan bawak bapak ke hospital.

Di hospital pulak, doktor ingat bapak sengaja membakar lengannya.. Aduilah doktor ni... Boleh pulak dia terfikir macam tu. Tapi, selepas bapak ceritakan apa yang dia masukkan dalam api semasa membakar sampah tu, barulah doktor percaya dan nasihatkan bapak supaya tidak mengulangi benda yang sama pada masa akan datang...

Kesian bapak. Dia betul-betul tidak tahu yang botol pam asma mamak tu pun merupakan tin aerosol dan tidak boleh dibakar... Tidak mengapalah, lain kali dia tahu lah sudah. Kesian dia terpaksa pulak berulang ke hospital setiap hari untuk cuci luka tu... Tadi sia ada bercakap dengan bapak, bapak siap ada cakap "Sakit ica.. Masa doktor cuci luka tu, rasa macam mau terkencing-kencing" Aduilah, sia yang dengar pun sudah dapat rasa kesakitannya, apa lagi bapak...

Bila jadi macam ni, sia terfikir, dan mamak pun ada cakap, barangkali miscall beberapa kali di hp sia tu merupakan petanda... Mungkin.....

Walau apa pun, sia bersyukur bapak tidak apa-apa dan hanya mengalami kecederaan luka di lengan. Mudah-mudahan luka bapak cepat sembuh... Sia betul-betul risau bila ada berlaku perkara begini.... Kalaulah bapak dengan mamak mahu tinggal bersama di sini.... Kesian jugak adik Darnah.... Sudahlah dia tu susah mahu dapat cuti.... Bapak pulak balik-balik minta sia supaya jangan risau. Dia ok katanya.... Tapi, Hati manalah tidak risau kan..... Apa-apa pun, mudah-mudahan semua keluarga sia di Tawau sentiasa dalam keadaan baik-baik , sihat dari segala penyakit dan malapetaka dan sentiasa dilindungi oleh-Nya..... Aminnnnnn

p/s untuk Adik Darnah: Terima kasih adik sebab berada di sisi mamak dengan bapak sentiasa... K Ica hargai sangat-sangat! I love you sister!


Monday, October 11, 2010

Sulit?

8 orang pot pet
Selama hampir 4 tahun bergelar isteri, kadang2 fikiran sia tertanya2 mengapa ada suami/isteri yang masih mempunyai hubungan luar dpd hubungan perkahwinannya.

Kamu faham tidak apa yang sia maksudkan? Maksudnya, dia ada hubungan dengan orang ketiga, samada orang ke-3 itu bujangan ataupun juga isteri ataupun suami kepada hubungan suami isteri yang lain.

Walau apa pun alasannya, pada sia hubungan seperti itu tidak patut wujud.

Mungkin ada yang memberikan alasan bahawa perkahwinannya dulu adalah atas pilihan keluarga. Ya! Tapi, adakah alasan itu boleh dijadikan tiket untuk dia terlibat dengan hubungan seperti itu? Tidak! Tidak sama sekali!

Biar sia berikan contoh terbaik yang juga pernah berlaku di depan mata sia sendiri. Hamba Allah ini berkahwin atas pilihan keluarga. Disebabkan itu, habis ditolaknya semua kekasih2 hatinya demi untuk memenuhi permintaan keluarganya. Hendak dijadikan cerita pula, suami yang dinikahinya merupakan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Tidak memperdulikan mereka anak beranak. Bukan setakat anak 4 5 orang ngko! Lebih daripada itu! Betapalah dia menjaga nama baik suaminya, tidak pernah diceritakan akan keburukan suaminya kepada siapapun, meski kepada ibubapanya pun tidak dicanang keburukan suaminya. Berhubung dengan bekas2 kekasihnya? Lagilah dijauhinya! Apa yang dilakukannya hanyalah cuba untuk mempertahankan rumahtangganya yang seperti ala2 nyawa ikan. Tidak pernah pula dia cuba untuk mengadakan hubungan di luar daripada hubungan perkahwinannya.

Jadi, setelah melihat ketabahan hamba Allah ini, sia tertanya2 mengapa ada sesetengah orang sanggup berbuat demikian terhadap ikatan suci yang telah mereka bina bersama2.

pada pasangan yang kahwin atas pilihan keluarga tu, mungkin bolehlah kita terima alasannya (tapi masih bukan alasan yang kukuh), tapi pada yang sememangnya kahwin atas dasar cinta, apa kes?

Dulu bukan main beriya2 mahukan pasangan itu menjadi pasangan sehidup semati. Tapi, apabila telah halal, lain pula ceritanya. Sia tidak faham.

Kalau memang sudah tiada rasa sayang, cinta, mengapa tidak berpisah saja? Mengapa perlu ada hubunga sulit di sebalik perkahwinan tersebut? Mungkin ada yang memberi alasan menghormati atau takut orang tua marah sekiranya berpisah. Tapi, tidakkah terfikir, kalau masih mengekalkan rumahtangga dan kemudiannya kantoi mempunyai hubungan sulit, apakah perbuatan itu boleh diterima oleh keluarga? Sudah tentu tidak kan?

Ada pulak tu yang sudah beranak pinak. Tidak kurang jugak yang sedang berbadan dua. Kenapa ya?

Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang ada jawapannya.

Dulu-dulu, malahan beberapa kali telah sia ingatkan kepada suami, sekiranya beliau atau sia sendiri tidak mempunyai rasa sayang, atau telah berasa yang rasa sayang telah berbagi2 (rasa sayang mahu dikongsikan kepada orang lain juga), maka janganlah perkara itu dirahsiakan dan disembunyikan daripada pengetahuan pasangan. Kalau dulunya kita mampu ungkapkan rasa sayang antara kami berdua, maka gunakanlah keberanian yang sama untuk memberitahu sekiranya rasa sayang itu telah beralih arah. Itu adalah terbaik daripada kita kemudiannya mendapat tahu daripada mulut orang lain yanf kemudiannya pasti akan meluluhkan hati dan perasaan pasangan yang pernah suatu ketika dulu amat2 kita cintai. Janganlah ada rahsia sampai perkara seperti sia ceritakan di atas berlaku dalam rumahtangga kami. Namun, sekiranya ia berlaku jua, apa lah daya kami untuk menidakkannya kan? Wallahualam

Friday, October 8, 2010

Mak! Mau ikut!

4 orang pot pet
Tiba-tiba teringat dulu-dulu….

Dulu-dulu masa sia kecil (tidak ingat umur berapa, yang penting belum lagi bersekolah pada masa itu), sia selalu menangis meronta-ronta mahu membontot mamak dengan bapak ke majlis perkahwinan, majlis kenduri atau apa sahaja majlis yang mereka kena hadiri. Begitu juga bila diorang ingin ke Bandar. Senang cerita sia pasti akan merayu-rayu supaya diorang dapat membawa sia sekali. Kalau ke Bandar tu, kadang-kadang dapatlah jugak ikut, tapi kalau ke majlis perkahwinan, mintak maaf saja! Memang tidak mungkin!

Zaman dulu-dulu, selalunya mamak dengan bapak akan menghadiri majlis perkahwinan pada malam hari, sebab selalunya pada malam harilah majlis persandingan pengantin di adakan. Pendek cerita, pada malam hari adalah waktu yang paling meriah dalam satu-satu majlis perkahwinan di Tawau, macam-macam acara akan diadakan pada malam hari.

Bila sia menginjak ke usia remaja, situasi telah berubah. Kalau dulu-dulu sia yang beriya-iya mahu membontoti mamak, kali ini mamak pula yang beriya-iya menyuruhi sia membontotinya ke majlis-majlis dan ke Bandar. Sia pula pada masa itu, entahkan kenapa seperti tidak berminat dengan ajakan mamak. Sungguh! Terasa seperti duduk di rumah adalah lebih menyenangkan daripada pergi ke majlis-majlis yang mamak perlu hadiri. Makanya, setiap kali mamak mengajaki sia untuk pergi ke majlis bersamanya, setiap kali itu jugalah sia akan menolak. Manakala, ajakan ke Bandar tu, sekali sekala sia turuti jugak sebab kasihan melihat mamak terpaksa mengangkat barang-barang dapur yang selalunya sangat-sangat banyak.

Pernah suatu masa, sia bertanya pada mamak “Kenapa dulu-dulu masa kak Ica kecil mamak ndak pernah mahu bawak ke orang kawin (majlis perkahwinan)?” Jawapan yang mamak bagi membuatkan sia terkedu dan tidak sampai hati untuk komplen lebih lagi, “Dulu-dulu mamak dengan bapak ndak ada kereta. Kami ke majlis-majlis tu semua naik bas jak. Macam mana mau bawak kamu berdua ke orang kahwin naik bas malam-malam? Kan susah?”

Sejak hari sia bertanya sampai ke hari ini, tidak pernah lagi sia komplen kepada mamak akan kenapa dia tidak mahu membawa sia dan adik ke majlis-majlis perkahwinan masa kami kecil. Tidak sampai hati…..

Betul juga jawapan mamak tu. Memang masa tu kami tidak ada kenderaan untuk diorang bawak kami berjalan-jalan ke mana-mana yang disukai. Dan barulah sia terfikir, mungkin juga disebabkan itu masa kami kecil, kami memang tidak pernah ada percutian ke mana-mana, tidak ada perancangan makan di luar dsb. Kalau hari raya pun, bila mahu ke mana-mana untuk berziarah, biasanya kami akan menggunakan khidmat bas ataupun teksi sahaja.

Itu cerita dulu, sekarang tidak lagi. Alhamdulillah, di kampong sia ada sebuah kereta kecil untuk adik sia gunakan ke pejabat, menghantar mamak dengan bapak ke Bandar, ke hospital, ke rumah nenek dan atuk ataupun ke mana-mana saja majlis yang perlu mamak dengan bapak hadiri. Kami bersyukur kehidupan bertambah baik berbanding dulu.

Setelah mengalami zaman kanak-kanak seperti itu dulunya, sia tidak pernah menyesal. Sia tidak boleh samakan zaman sia dulu dengan anak sia sekarang. Masa itu, ibu bapa sia tidak mampu. Sia paham.

Sekarang, sia dengan suami ada kereta masing-masing. Tidak besar, tetapi cukup untuk kegunaan kami sehari-hari. Dengan kereta tersebut, dapatlah kami bawa Aimee ke mana saja yang kami pergi, samada berjalan-jalan ke shopping mall, bercuti, menghadiri pelbagai majlis dan yang paling penting, melawat ahli keluarganya yang lain. Alhamdulillah…

Insya Allah, selagi Aimee kecil dan masih mahu membontoti sia dan suami, kami akan bawak dia ke mana sahaja yang kami pergi melainkan ada sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan. Kerana, kami sedar, masa itu sajalah yang kami ada untuk kami luangkan bersama si minah cilik itu. Mula sahaja dia menginjak remaja, belum tentu dia mahu membontoti kami seperti sekarang. Masa cepat berlalu… Sekarang setahun lebih… Tup tup tanpa kita sedar, anak sudah bersedia untuk berkahwin dan akan mempunyai keluarga sendiri.. Ouh…. Sekarang sia paham perasaan ibu bapa yang mengahwinkan anak-anak mereka. Lebih-lebih lagi yang anaknya terpaksa tinggalkan mereka dan duduk berjauhan ;(



Thursday, October 7, 2010

Barang baru

5 orang pot pet
Hari Khamis perbincangan mengenainya kecoh diperkatakan dalam bilik kami di pejabat. Daripada hanya menolong rakan sepejabat yang sangat berminat kepadanya, akhirnya sia pun terberminat jugak.

Dijadikan cerita, malam itu juga sia dengan hubby dan si cilik manis ke Berjaya Times Square, kerana menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, hanya 2 tempat yang masih mempunyai stok. Sesampai-sampai saja kami di sana, kelihatan ramai orang sedang berbaris tidak tahulah untuk tujuan apa. Malas mahu berbaris di kaunter tersebut, sia terus meluru ke kaunter yang lagi satu dan bertanyakan samada barang tersebut masih ada dijual. Betapa kecewanya sia bila orang tu cakap, stok telahpun habis. Dia suruh datang semula besok pagi. Ceh! Tadi aku call cakap ada lagi. Tup tup sampai xdak pulak.

Malas mahu melayankan rasa kecewa, sia terus meluru ke kedai elianto kesukaanku. Selamat! Terbeli 3 pallet eyeshadow lagi… kih kih kih…

Si minah Aimee pulak, memandangkan minah tu sedang excited belajar berjalan, saja jak kami bagi dia berjalan-jalan dalam mall tu. Bukan main sukanya dia. Sampai tidak mahu pulang ok! Puaslah si ayah acah-acah konon mahu tinggalkan dia, ceh! Haram! Sikit pun tidak dikisahkannya…. Makin ligat kakinya menongkah langkah ke pelusuk mall tu. Aduyai la minah kumari ni.

Lepas berjaya mengajak minah tu balik, kami terus pulang ke rumah.

Pada keesokan harinya, tidak berpuas hati dengan kegagalan pencarian hari sebelumnya, sia dengan hubby bertambah berkobar-kobar untuk meneruskan pencarian…

Kali ini kami tidak ke Berjaya Times Square. Kami ke SOHO KL. Punyalah susah mahu cari tempat tu.. Padahal dulu pernah jugak pergi sekali, hmmmm dalam 2 tahun lepas….

Setelah hampir berputus asa dengan pencarian SOHO tu, akhirnya jumpa juga! Masa tu lebih kurang dalam jam 8.45 malam.

Apa lagi! Dengan excited nya kami pun bergegas ke kaunter untuk berbaris mendapatkannya! Hah! Nasib baik ada ngko! Stok terhad pulak tu! Lepas beli terus balik rumah. Hehehhehe…

Malam tu balik rumah dengan senyuman sampai ke telinga…. Lepas tu, jakun kejap dengan kecanggihan benda alah tersebut…..

Dan sebenarnya, sehingga kini sia masih lagi jakun dalam menggunakannya…. Mahu tahu apakah benda alah itu?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sia punya yang hitam =)


Hehehhe… pada yang gila gadget tu mesti kenal apa benda alah ni. Ni lah dia iPhone4 yang sedang hangat diperkatakan orang….

Jadinya, gambar ni sia tujukan khas untuk semua-semua yang dengki sebab sia sudahpun memilikinya, terutamanya, cik Aini metot dan tunangannya, Ekin dan bakal suaminya, Ninie, Hafis, Hafizudin, Shuk admin si pendengki (Aku ada! Ngko Ada?) dan sekutu-sekutu merekalah…… Hahahhahaha…. Puas hati aku tayang iPhone4 ni masa jamuan raya cawangan hari tu… hahhhahaha…. Bernanah hati-hati diorang-diorang ni.. kekekkekeke….

Walaubagaimanapun, sia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sifu a.k.a antara si pendengki yang memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar akan cara penggunaan iPhone4 ni kepada sia hari tu, En. Hafis!

Gambar ni khas mahu kasi En. Hafis lagi bernanah. Jelas kan camera iPhone4 I ni hafis? Hahahhahahaha (gelak jahat tahap dewa)

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa sia beli iPhone4 ni padahal sia ni bukannya manusia gila gadget pun. Kalau ada iPhone4 tu pun bukannya tahu guna application yang ada dalam tu pun. Paling-paling lebih guna call, sms, mms, internet untuk tengok blog dan FB, lain-lain, haram! Pastinya tidak digunakan, sebab tidak mahir dan tidak minat.

Sebenarnya, terus terang sia cakap, sia beli semata-mata inginkan pakej bayaran bulanan iDigi88 yang hanya sebanyak RM58 sebulan itu sahaja! Boleh gitu? Bolehlah kan? Daripada sia bayar RM108, lebih baiklah sia tukar ke plan ini kan? Banyak jimat tu! Kalau ada tertanya-tanya pasal pakej ni, klik sini untuk maklumat lanjut.

Dan tidak lupa juga, kepada yang sedang masih menunggu giliran untuk dapatkan iPhone4 ni, sabar aaaaaa…. Bukan lama, 2 minggu jak lagi….

Oklah kamurang, mahu balik sudah. Malam ni mau pigi cari cover untuk iPhone4 ni. Mau cari yang cantik-cantik kasi Puan Ninie jeles! Hohohohoo…

p/s: En. Hafis dengan puan Ninie cakap cover tu mahal! Hish! Melayang duit semata-mata iPhone4! Ndak apa ndak apa… Asalkan orang-orang di atas tadi ni bernanah.. hahahhhahaha……


Monday, October 4, 2010

Janda itu.....

9 orang pot pet

Hari ini sia mahu berceloteh panjang sahaja. Pada yang tidak sanggup untuk membaca entry yang tersangat panjang ini, tekan saja butang "X" di sebelah kanan atas page ini ya!

Dalam dunia hari ini, apabila sahaja berlaku suatu perceraian, yang selalu kedengaran adalah tuduhan kepada si janda yang kononnya tidak pandai menjaga rumahtangga. Itu adalah lumrah yang selalu berlaku dalam masyarakat kita. Tidak pernah janda itu diberikan peluang untuk menerangkan hal sebenar, terus sahaja dia dituduh dengan pelbagai tuduhan. Kasihan kan?

Kasihan melihat janda-janda yang memang telah berusaha sehabis baik mempertahankan rumahtangga mereka, tetapi sebaliknya apabila berlaku juga perceraian, dia jugalah menjadi mangsa tuduhan manusia-manusia yang tidak tahu hujung pangkal terus menuding jari ke arahnya.

Kalau kita lihat pada masa kini, berapa banyak lelaki yang betul-betul layak dipanggil pemimpin dalam satu-satu perkahwinan? Kalau kita senaraikan 10 orang contohnya, barangkali hanya 1 ataupun tiada langsung yang boleh dikategorikan sebagai pemimpin. Berapa banyak lelaki yang boleh memimpin isterinya sekurang-kurangnya menutup aurat dan menjaga solat? Ada kadang-kadang yang tidak kisah langsung pasal penjagaan aurat isterinya. Solat tu jangan cakaplah kan. Ramai sungguh lelaki masa kini yang solatnya, susah sekali untuk didapatkan untuk lengkap sebanyak 5 kali sehari. Kadang-kadang tu hal solat pula menjadi bahan untuk bergaduh, hanya kerana si isteri menegur mengingatkan suaminya untuk bersolat. Solat berjemaah? Kalau solat 5 waktu pun tidak lengkap, agak-agak solat berjemaah tu bagaimanalah agaknya. Tapi, kalau bab berceramah pasal syurga di telapak kaki suami dan bersyarah pasal payung emas untuk isteri yang memberi kebenaran suaminya kahwin lain, bukan main laju! Arif!

Ada pulak tu, yang suaminya solat 5 waktu cukup berjaga, soal agama, jangan cakaplah, sungguh arif sekali. Tapi, bab memberi nafkah kepada si isteri, haram! Satu sen pun tidak dihiraukan, dengan alasan kononnya si isteri seorang yang bekerja. Oi! Kalau anak tu sudah sampai 10 orang, kau ingat dengan gaji RM5k dalam bandaraya yang sangat maju ni cukup? Tapi, kalau bab mekap kereta sana sini, bergaya dengan baju yang berjenama, bertukar gadget IT dsb mampu pulak tu!

Ada pulak alasan kononnya isteri kurang memberi belaian. Belaian bagaimana yang dimaksudkan, sia kurang pasti. Mungkin belaian yang dimaksudkan di sini seks, mungkin…. Maklumlah, lelaki ni kan memang diberikan satu nafsu yang sememangnya kuatnya ke arah ITU. Masalah ini selalunya berlaku kepada pasangan yang telah mempunyai anak. Pada sia, sepatutnya perkara sebegini haruslah ada timbangrasa daripada kedua-dua pihak, samada si suami ataupun isteri. Kalau sudah memang si suami memerlukan belaian yang lebih, dia patutlah faham keadaan isterinya yang perlu melayaninya... Kalau semua kerja rumah dilonggokkan kepada si isteri, bagaimanalah si isteri dapat mempunyai tenaga untuk melayani si suami. Mungkin ada jugak orang yang akan menyarankan supaya si isteri mengambil makanan tambahan sebagai penambah tenaga. Tapi, adakah itu sahajakah jalan penyelesaian yang boleh dicadangkan? Kenapa tidak berinisiatif untuk meringankan tangan membantu si isteri mengurangkan beban kerja rumah yang harus ditanggungnya?

Sia sendiri yang mempunyai HANYA seorang anak buat masa ini, kalau ingin sia ceritakan akan kepenatan yang sia alami, sampai berjuta-juta ayat pun mungkin tidak cukup. Itupun dengan bantuan suami dan keluarga. Kalau tidak, tidak tahulah sia bagaimana pula kepenatan yang akan sia alami.

Bayangkanlah, setiap hari bekerja, pagi sebelum bangun untuk mandi dan bersiap untuk bekerja, seawal pagi lagi dikejutkan oleh si anak yang memerlukan bekalan susu. Bagi yang menyusu badan, haruslah tala ke si anak mengikut apa sahaja cara yang si anak berasa selesa. Telentang, mengiring, bertiarap, tanpa mengenal rasa penat dan sakit belakang, semuanya dilayankan. Masa di pejabat, penat yang dirasai, sama sahaja seperti kaum lelaki yang bekerja. Bagi yang menyusu badan pula, penat ditambah lagi dengan aktiviti mengepam stok susu anak yang sangat memerlukan banyak pembaziran tenaga.

Balik daripada pejabat, si anak perlu dimandikan, diberi makan dan dilayani. Kalau dapat suami yang boleh menolong menyelesaikan kerja-kerja tersebut, alhamdulillah! Tapi, ramaikah lelaki yang sanggup? Kebanyakannya beranggapan hal menguruskan anak dan hal kerja rumah, semuanya urusan si isteri walaupun si isteri ini penatnya bekerja di pejabat tadi sama sahaja dengan si suami. Bagi yang suaminya kononnya tidak boleh telan makanan yang dibeli di luar, kepenatan memasak menambahkan lagi beban yang harus dipikulnya sendiri. Kalau dapat suami yang ringan tangan menawarkan bantuan di dapur tanpa diminta, bertuahlah. Tapi, agak-agaknya berapa ramai yang sebegitu?

Bila malam tiba, selalunya si isteri terpaksa bersengkang mata menunggu si anak yang tidak mahu tidur, manakala si suami tanpa rasa serba salah dan simpati, terus masuk ke bilik dengan alasan terlalu penat. Si isteri yang kadang-kadang tersengguk-sengguk melayani karenah anak jugaklah kena bertahan walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Ada pulak suami yang kadang-kadang sekali sekala tolong menjaga anak kerana si isteri terlalu penat, habis diungkit ke isteri akan sehari yang dia terpaksa bersengkang mata menjaga zuriat yang sama-sama mereka hasilkan. Bila bab "memberi benih", tahu pula bersengkang mata bersama-sama, bila bab zuriat telah dilahirkan, si isteri pulak harus bertanggungjawab seorang diri?

Tiba masa si anak tidur, barulah si isteri dapat melelapkan matanya, itupun sentiasa diganggu oleh si anak yang bila-bila masa sahaja bangun untuk minta bekalan susu. Bagi yang menyusu formula, terpisat-pisatlah bangun membancuh susu. Bagi yang menyusu badan, ikutlah cara si anak asalkan si anak berpuas hati. Sakit belakang toksah cakaplah kan! Tuhan saja yang tahu!

Keesokkan paginya, rutin sebelum bersiap ke pejabat bermula sekali lagi sampailah habis sampai ke hujung minggu.

Pada hujung minggu pula, lagi pelbagai agenda yang bukan membuatkan si isteri dapat berehat di rumah melelapkan mata. Lagi penatnya berganda-ganda. Mana kerja-kerja mengemas rumah yang dibuat seminggu sekali, membasuh baju, menggosok baju, melipat baju… Kadang-kadang sampai duduk melayani anak pun boleh tertidur dek keletihan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Sekali lagi hanya Tuhan saja yang tahu! Dapat suami yang menjegilkan mata apabila diminta pertolongan, lagi lah menggandakan kepenatan si isteri.

Ada juga suami yang kononnya menyalahkan si isteri kerana disebabkan bekerja, si isteri tidak mampu menguruskan rumah tangga dengan baik. Kalau si suami tu memang berpendapatan tinggi yang sampai mampu menanggung keluarga tanpa si isteri bekerja, bolehlah komplen sedemikian rupa. Yang si suami yang gaji pun ala-ala cukup makan tu, apa kes? Kerja sama-sama penat, berhabis duit menanggung keluarga sama-sama penat, tapi bila bab menguruskan rumah tangga, pandai pulak tuding jari ke isteri.

Bila bab belai-membelai diperkatakan, berapa ramai lelaki yang pandai membelai isterinya sehinggakan dia layak untuk meminta belaian sama seperti apa yang dia harapkan? Berapa ramai suami yang setelah berkahwin dan mempunyai anak, apabila berjalan bersama isteri sanggup merangkul pinggang isterinya seperti yang dia lakukan semasa bercinta dulu. Bila ditanya, alasannya, malu orang tengok. Masa bercinta dulu, masa tidak halal tu tidak pulak berasa malu? Bila sudah halal dan si isteri yang sudah bersalin gemok gedempol, pandai pula beri alasan malu? Berapa ramai pula yang ingat untuk memeluk isterinya yang gemok gedempol pada bila-bila masa terluang untuk menunjukkan rasa sayang kepada isterinya? Tidak ramai. Kebanyakannya, beri ciuman dan pelukan bila mahukan ITU pun sudah bersyukur lah sangat. Luar daripada itu, jangan harap!

Pada lelaki yang selalu berseloroh mengatakan isterinya sudah berubah bentuk daripada seramping kerengga ke gemok gedempol tu lagi satu hal. Kalau cakap sekali sekala tu bolehlah diterima lagi. Kalau asyik cakap benda yang sama, pulak tu depan orang ramai, hati isteri manalah yang lama-lama tidak boleh tahan, mahu jugak naik angin dan terasa hati kan? Si isteri berubah bentuk tu buatan siapa?

Pasal mengambil berat dan mengambil tahu hal keluarga mertua pula, berapa ramai lelaki yang mengambil tahu hal ehwal keluarga mertuanya? Menelefon sekurang-kurangnya sekali dalam setahun? Ataupun berkirim salam kepada mertuanya apabila si isteri sekali sekala menelefon? Kebanyakannya tidak mengambil tahu langsung! Yang lebih menyedihkan apabila si suami beranggapan keluarga mertuanya dan adik-beradik isterinya hanya tahu menyusahkan dia sahaja. Yang jenis memang dia terpaksa membantu memberikan duit kepada mertuanya tu, layaklah barangkali untuk mengeluh sedemikian rupa. Yang jenis 1 sen pun tidak pernah bagi tu, apa kes? Dulu masa mahu berkahwin, berjanji konon dia bukan sahaja mengahwini si isteri, tetapi juga keluarga si isteri. Tapi apabila si anak sudah dikahwini, semua janji-janji habis hilang bersama dengan dara si isteri yang sudah berjaya dimiliki. Haram untuk dia mengambil tahu pasal keluarga si isteri. Tapi, bab keluarganya, jangan sesekali si isteri tidak mengambil tahu, mahu dia naik hangin satu badan!

Berapa ramai juga suami yang ingat tarikh-tarikh penting dalam perkahwinan mereka?

Berapa ramai yang tahu memujuki isterinya apabila isterinya merajuk setelah berkahwin dan mempunyai anak? Masa bercinta, bukan main lagi, kalau tidak dapat bercakap sehari pun sudah cukup mengganggu tidurnya… Bila sudah berkahwin, lagi-lagi yang sudah bertahun-tahun lamanya, jangan cakap sehari, berminggu dan berbulan tidak bercakap pun tidak apa! Paling-paling ayat yang dibagi “Lantak ngko lah nak merajuk ke apa… Sikit aku tak rugi” Tapi bila ITU yang diingini, tahu pulak cara untuk mengalah dan memujuki si isteri. Mungkin sebab takut ITU tidak dapat berangkali. Si isteri yang masih menyayangi si suami walaupun hatinya masih sakit, tetap memberikan layanan kepada si suami yang tidak mengambil kisah hal perasaannya.

Bab hubungan seks pula, berapa ramai lelaki yang ambil berat kepuasan seks bersama? Bagi yang beranggapan isteri hanya tempat untuk dia melampiaskan nafsunya adalah yang paling menyedihkan. Kasihan kepada si isteri yang rela sahaja diperlakukan sebegitu…

Rasanya bab yang selalunya paling menyedihkan si isteri apabila, pengorbanannya selama ini untuk keluarga tidak pernah dihargai. Kebanyakan isteri memang dengan rela hati melakukan pengorbanan untuk keluarganya. Tapi, apalah salahnya sekali sekala menghargai si isteri hanya dengan mengucapkan terima kasih dan berikan satu kucupan mesra yang sudah tentunya boleh mencairkan hati si isteri dan secara tidak langsung dapat menghilangkan segala rasa kepenatan.... Ini tidak, ada pula yang lagi menyakitkan hati isterinya dengan meng komplen macam-macam dan memperlakukan isterinya seperti hamba abdi. Kesianlah pada mereka. Mereka juga manusia yang perlukan kehidupan, kasih sayang, belaian, rasa simpati dan penghargaan daripada orang yang paling disayanginya....

Oleh itu masyarakat, kalau kamu tidak mengetahui hujung pangkal sesuatu perceraian, janganlah kamu melulu menuding jari kepada si janda itu yang mungkin akan melukakan hatinya yang memang telah cukup terluka. Berilah sedikit rasa kasihan kepadanya. Ataupun kalau kamu tidak berasa ingin mengasihaninya, janganlah kamu memfitnahinya sehinggakan namanya busuk di kalangan masyarakat di sekelilingnya. Mungkin juga dia tidak mahu bercerita kerana tidak mahu memburukkan bekas suaminya, jadi janganlah kamu membuat tuduhan melulu kepada janda tersebut...

Sia percaya tidak ada mana-mana wanita di dunia ini yang mahukan gelaran janda, tapi jika itu sudah suratan yang harus diterimanya, siapalah kita untuk menidakkan kenyataan itu..... Wallahualam....


Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery