Baru hari Isnin cerita pasal sudah lama tidak ber MC-MC an… Sekalinya, hari Selasa, si mak buyung dilanda penyakit yang sudah lama tidak ketemuan, MUNTAH! Bluwek! Memang tidak best ini penyakit ok! Jadinya, kemarin, si mak buyung telah away daripada bekerja, tetapi, dia juga tidak ber MC an sebab dia bapak malas mahu pergi ke klinik untuk merayu doktor Kee memberinya MC.. lagipun, budget insurans bil klinik En. suaminya telahpun habis untuk tahun ini masa dia dok mabuk-mabuk di awal-awal mengandung dulu. Jadinya, untuk membazir puluhan ringgit untuk mendapatkan MC, baik tidak payah. Lagipun, cutinya untuk tahun ini pun masih banyak.. Jadi, EL lah jawabnya… Huhuhuhuhu…
Tidak sihat tidak sihat pun, sia masak jugak kemarin.. Sebab, si minah cilik tu ada di rumah… Mahu suruh ayahnya hantar ke rumah in law sia, kesian pulak sebab pagi tu nampak dia tidur bukan main punya nyenyak… Jadinya, tinggallah dia dengan mamanya seharian di rumah… Pagi sia masakkan cekodok kesukaannya.. Tengahari makan nasi dengan ayam dan sayur… Malam pulak masakkan mi sanggul goreng dan fries, tapi minah tu tidak minat mi goreng, jadinya dia makan fries dengan telur mata ratah macam itu saja lorrrrr… Bukan main punya suka! Tapi, sorry kamurang, memang kemarin tidak ada ambil gambar makanan… Tukang masak kan kurang sihat… Takdak mood ambik gambar…
Tapi, hari ni sia teringin berkongsi dengan kamurang resepi gado-gado yang sia buat hari sabtu hari tu. Ni sebenarnya makanan orang Jawa rasanya. Tapi, di kampung sia dulu-dulu makanan ni memang sangat famous… Kiranya, antara makanan kegemaran sia jugaklah! manyak sedap woooooo! Jangan cakap banyak, kita check it out resepinya saja ya!
RESEPI GADO-GADO
Kos: Lebih kurang RM17.00 ~kalau masukkan semua bahan yang disenaraikan di bawah ya~ (boleh makan untuk 4-5 orang makan)
Bahan-bahan kuah:
2 cawan kacang (goreng dan tidak perlu buang kulit)
*1-2 biji bawang merah besar (kalau guna bawang merah yang kecil lagi bagus! Guna dalam 4-5 ulas)
*2 ulas bawang putih (Bahan-bahan bertanda * digoreng dulu dengan minyak)
2 sudu besar gula merah (gula melaka)
2 sudu gula
5 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil garam
10 biji cili api (kalau suka pedas)
4 cawan air suam
Cara-cara:
Kisar semua bahan sampai halus. Panaskan kalau mahu kuah tahan lama sedikit. Seimbangkan rasa masin, manis dan pedas ikut tekak masing-masing. Seimbangkan juga kepekatan kuah dengan menambahkan air jika perlu.. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Ketepikan.
Bahan-bahan gado-gado:
10 paket nasi impit NONA saiz kecil (rebus sampai masak)
1 ikat kangkung (kalau suka) – celur ~sia tidak letak, anginnnnnn~
1 ikat pucuk ubi (kalau suka) – celur ~sia tidak letak, anginnnnnn~
Taugeh (50 sen) – celur
1 ikat kacang panjang (kalau suka) – celur ~sia tidak letak, anginnnnnn~
1 ikat bayam (kalau suka) – celur
1 batang timun – potong ikut bentuk yang disukai
1 paket tempe – potong kecil dan goreng garing
3-4 ketul tauhu keras – goreng dan potong kecil
Keropok ikan goreng secukupnya
Cara-cara menyediakan gado-gado:
Potong nasi impit yang telah dimasak ikut besar yang disukai ke dalam pinggan untuk seorang makan. Taburkan sayur-sayuran, timun, tempe, tauhu dan keropok ikan secukupnya di atasnya. Kemudian tuangkan kuah gado-gado secukupnya. Siap untuk dimakan! Yummeh!
Selamat mencuba kamurang!
Wednesday, June 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 orang pot pet on "Resepi Gado-gado"
Salam kunjungan... sonok baca tulisan di blog ni.. senang2 singgah la ke blog saya ;)
Zuwairi: tq singgah... salam perkenalan!
Post a Comment