Monday, March 21, 2011

Bahagianya kami selama 4 tahun!


16 Mac baru-baru ni, alhamdulillah, genaplah 4 tahun usia perkahwinan sia dengan En. Suami. Kalau sebelum-sebelum ni kami tidak begitu menitikberatkan untuk berdating-datingan di hari ulangtahun perkahwinan kami (so dull eik kami berdua ni?), tapi tahun ni, kami ambil keputusan untuk ambil cuti dan rancang untuk berdatingan menonton wayang seharian. Makanya, pada hari tersebut, kami buat 2 movie marathon. Kami tengok cerita Merong Mahawangsa dan Unknown. Dua-dua best! Memang serius wajib tonton!

Petang lepas habis tengok wayang, macam biasa kami kembali ke rutin harian ke rumah mertua sia ambil si minah cilik. Kalaulah si minah cilik itu mahu bersama menonton wayang, pasti kami akan berdatingan bertiga =P. Pada malamnya pulak, tiadalah pulak makan malam yang istimewa. Kerananya, si isteri tiba-tiba terasa seperti mahu demam dek berjangkit selesema daripada si minah cilik.. Aduhai… End up, kami makan di Restoran Rumah Thai di Taman Melati saja… Lepas tu, balik rumah, tidur… Esoknya mahu kerja maaaaa….

Jadinya, selepas 4 tahun hidup bersama dengan En. Suami…..

1. Kami memang sangat berbeza dalam pelbagai aspek. Dan, walaupun telah bersama selama 4 tahun, kami masih tidak bertemu titik keserasian pun. Pun begitu, kami masih mampu hidup bersama dan masih mencari titik tersebut yang entahkan bila akan berjumpa.. Hahahhahaha…


2. Dulunya sia adalah seorang yang sangat cerewet.. Mahukan rumah sentiasa kemas dan bersih. Bila-bila masa nampak bersepah, mulalah mulut tu bebebel… Tapi, bila mengandung anak pertama, sia mula pandai tutup mata sebelah dan sesetengah pekerjaan kena bergantung kepada En. Suami kerana badan rasa tidak larat… Bila ada anak, mulalah pandai pulak tutup dua-dua mata dan biarkan rumah bersepah sewenang-wenangnya.. Mak tak larat ko! Sekarang si minah cilik sudah pandai bergerak sendiri, lagi best! Anak beranak dua orang tu jadi penyepah tegar! Arghhhhh! Ku tutup semua mata yang ada terus!!!!!!!!! Sekarang sia tahu kenapa orang yang ada anak kecil selalu tidak bersedia menerima tetamu yang datang secara tiba-tiba… Paham sudah…


3. Kami masih sentiasa bertelagah setiap hari atas benda-benda yang mengarut. Sakit hati, terasa hati, berperang mulut, semuanya makanan kami seharian.. Pun begitu, kami tetap teguh bersama…


4. Sehingga hari ini, sia masih lagi seorang yang tidak suka memasak dan belum pernah memasak nasi lemak yang En. Suami dok canang-canang kunun dia teringin sangattttt merasa…. Masak yang biasa-biasa adalah… Sebelum ni, sia bagi alasan kunun tidak selesa dengan keadaan dapur sendiri yang kunun tidak berapa lengkap dsb, sebab tu malas masuk dapur… Tapi, dalam bulan ni, insya Allah rumah kami akan lengkap dengan kabinet dapur. Dan itu bermakna, sudah tiada alasan untuk malas memasak.. Uwaaaaa! En. Suami pulak dok canang mintak muffin Golden Vanilla macam Kenny Rogers tu… Arghhhhh!


5. En. Suami asal KL, tapi dari hari ke hari, dia sangat bergantung kepada co-pilotnya untuk menunjukkan jalan untuk ke mana-mana saja. Padahal, isterinya itu orangnya asal dari Tawau, Sabah. Sebab tu lah sia selalu cakap, sia yang orang KL, En. Suami orang Bukit Gemuk, Tawau, Sabah, sebab dia memang saja-saja suka buat-buat buta jalan. Alasannya, kalau dia tersesat dsb, senang salahkan co-pilot! Ceh!


6. Kehidupan perkahwinan kami diberkati dengan seorang puteri yang sangat cilik dan bakal menimang yang kedua dalam tahun ini, insya Allah…


7. Kami tetap sayang menyayang walaupun kami bukanlah dalam kategori keluarga yang kayooooo… Kami bahagia dengan rezeki yang Allah berikan… Alhamdulillah, kami bersyukur…


8. Walaupun nampak banyak yang -ve berbanding +ve daripada senarai-senarai yang di atas ni, sia tetap teguh dengan pendirian, SEBURUK-BURUK MANA PUN EN. MUZAMIL AZWAL, TIADA ORANG LAIN YANG LAYAK MENGGANTIKAN TEMPATNYA DI SISI ISTERINYA DAN ANAK-ANAKNYA SELAMA-LAMANYA


Kepada En. Suami, mama sayang ayah sangat-sangat. Terima kasih sebab sanggup menderita hidup bersama mama selama 4 tahun ni.. Mama hargai sangat-sangat.. Disebabkan itu, mama berbangga sangat untuk melahirkan anak ayah… I love u so much bebeh! Muah! Muah!



And of course, you are the best ayah that our children can have! They (include the one inside my womb) love you so much sayang!



11 orang pot pet on "Bahagianya kami selama 4 tahun!"

melratm on March 22, 2011 at 7:43 AM said...

Walau apapun yg terjadi; bergaduh, bertekak dll... Marah ayah kejap je.... Tidak sampai membenci mama.... Mama adalah anugerah tuhan utk ayah.... Luv u so much!!! Aweng da smiley

-KaMpUnG LaDy- on March 22, 2011 at 8:04 AM said...

oooohhh...
so sweet...(sambil kelip2 mata)
korang ni mcm kitorang lah...
ari2 klu x bertekak...mmg nda sah hidup ari tu...hahaha...
kurang meriah rasanya kan weng???
hahaha...
anyway, hepi anniversary utk korang...semoga perkahwinan yg dibina kekal dgn penuh rasa cinta hingga ke syurga...(ayat skema ko...)
p/s: weng, aku da tutup belog lama aku, aku da buka belog baru...nanti jemput2 lah singgah ya...
http://mamakhyra.blogspot.com/
-inah edward-

Gua! on March 22, 2011 at 9:24 AM said...

slalu gaduh2 ye weng? hmmmmmmmm

pape pun, tahniah untuk yang ke-4 :)

ninieZUERYANNIE on March 22, 2011 at 9:53 AM said...

huhuhuu, nak nangis.. harusla en muzamil anda itu menangis gak baca entry nih yek..

Unknown on March 22, 2011 at 12:10 PM said...

ahahaha..

happy anniversary untuk mel dan aweng.. aku masih teringat2 kerja kenduri di tawau..

gaduh hari2 tu biasa.. mana2 couple pun sama.. tak caya ce tanya harris.. aahahahhaha

aweng, ko memang aweks kotaraya.. ahahahaha :P

Anatel Ameen on March 22, 2011 at 4:38 PM said...

congratulations! many years have yet to come, semoga tabah mengahadapi apa jua cabaran dan dugaan dalam kehidupan berumah tangga. Love you all to the max!

Anatel Ameen on March 22, 2011 at 4:38 PM said...

congratulations! many years have yet to come, semoga tabah mengahadapi apa jua cabaran dan dugaan dalam kehidupan berumah tangga. Love you all to the max!

mama glam on March 23, 2011 at 3:08 PM said...

Muzamil: Hehehhehe.. Ni yang buat mama makin sayang ni.. Auwww!

Inah: Rasa tidak keruan kalau 1 hari tu ndakda apa yang mau digaduhkan.. Hehhehehe.. Btw, tq for the wish!

Ipin: tq! ce tunggu turn ko pulak.. hehhehehhe...

Ninie: dia curik2 bace masa si penulis tidur.. Nangis la tu.. Harap! Kui kui kui

Mast: tq Mas! Kan? Lagi2 dapat bini yang mulut laser mcm kita-kita ni (ko pun sama kan? hahahha) Aku pun masih teringat-ingat korang nyanyi karok masa majlis kawin aku kat Tawau! Korang memang kawan yang paling rock abis!

p/s: ko ingat x sedara2 ko kat Kedah mati-mati percaye aku cakap aku orang KL. Hahahhahaha... Memang baik punya kelentong! Tak guna punya Aweng si budak Bukit Gemok!

Mak Ana: tq Mak Ana. Of course we feel the same to both of u!

noel's on March 25, 2011 at 12:57 PM said...

tumpang bahagia utk mama glam...

Sue Elin on March 25, 2011 at 11:04 PM said...

very the loike one!

Happy 4th annivasary misah!bila Allah SWT jodohkan kite dengan pasangan kite-its only because He knows that the spouse thats meant for us is the perfect match He found..May Allah SWT cherrish ur marriage Mama Glam dan En. Suami and makes it lasts a lifetime:)

mama glam on March 28, 2011 at 2:40 PM said...

Ainul: tq Ainul.

k elin: 110% agree... though tiap2 hari pun gaduh, tetap rasa sayang x pernah kurang... neway, tq k elin!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery