Sudah lama tidak cerita pasal dunia penyusuan ibu (breastfeeding). Dapat anak baru ni, pengalaman baru la pulak kan…
Macam Akeel ni, lahirnya tengahari. Lahir-lahir jak nangis bukan main kuat. Lapar sungguh! Jadi, habis jak urusan dalam labour room selesai, terus bagi dia susu dulu sebelum makan tengahari. Lepas tu, petang sampai malam, dia adalah jugak menyusu kadang-kadang. Malamnya sampai ke pagi, langsung takdak minum. Kejut-kejut bangun pun tidak mahu jugak menyusu. Sampai si mama jugaklah kenak bebel oleh misi.
Malam kedua sudah berada di rumah. Masa tu, dia pun sama macam kakanya, meraung satu malam. Menyusu duduk tidak kena, menyusu baring tidak kena. Senang cerita serba serbi tidak kenalah. Huh! Pening jugak sia. Tapi, nasib baik ada En. Suami tenangkan. “Sabarrrrr… Susu belum mari tu” pujuk En. Suami.
Besoknya, sia cuba lagi susukan. Alhamdulillah, nampaklah sudah susu keluar bila picit putting tu. Malam tu serius susu ciput. Budak lelaki kan. Minumnya banyak, orang cakappppp…
Malam ketiga tu, Akeel masih meragam jugak lagi. Susu belum betul-betul banyak barangkali.
Keesokan harinya, susu mula meleleh. Sia yang memang sangat takut bengkak susu, terus ambik pam dan pam susu keluar. Memang sedih tengok susu tu keluar. Setakat percik-percik di dinding botol tu jak. Warna pulak macam susu jagung, kuning.. Kolostrum la tu. Dan nasib baik Akeel pulak jenis pandai hisap susu. Jadi, senanglah kerja mamanya. Tapi, tiap-tiap kali susu meleleh, sia pasti akan pam walaupun setakat percik-percik ke dinding botol susu. Janji sia tidak kenak bengkak susu. Takut beb!
Hari keesokannya, terasa-rasa t*t*k lain macam. Kalau ikut pengalaman masa susukan Aimee dulu, tu tanda-tanda akan kena bengkak susu. t*t*k terasa macam ada benda berketul dan panas sedikit. Apa lagi! Lagi keraplah sia pam , paksakan susu keluar. Dan Alhamdulillah, sia tidak kenak bengkak susu.
Lepas-lepas tu, sepanjang sia berpantang, sia pam susu sekali pada waktu pagi (lepas baby menyusu), dan sekali pada waktu malam sebelum tidur (lepas baby menyusu yang kali terakhir). Dan Alhamdulillah, hasilnya sangatlah memberangsangkan. Kenak pulak sia kan pekerja gomen. Cuti 90 hari ko! Memang patut gomen bagi cuti sampai 3 bulan. Dapatlah kumpul stok susu sampai 150 bekas, lebih kurang 975 Oz. Rezeki Akeel…
Balik jak kerja, sia memang sibuk dan masa mengepam memang tidak menentu. Seminggu lepas kerja pulak, dapat surat kenak pindah. Hah! Lagilah haywire waktu mengepam. Kadang-kadang memang ter skip jugak sesi mengepam dek ketiadaan masa dan tempat untuk mengepam. Sebab tu sia cakap nasib baik gomen bagi cuti 3 bulan hari tu. Kalau tidak, mesti sia teruk mau kejar stok susu mamat Akeel tu.
Di pejabat baru sekarang pun sia ada masalah jugak untuk mengepam. Ada bilik tapi, pintu takdak. Hahahahhahahha…. Tengok gambar di bawah ni.
Setakat high partition jak. Ah! Tapi, sia selamba jak. Malas mau ke surau, sia pam jak dalam bilik tu. Huhuhuhuhuu…. Buat masa ni, sia memang dapat pam 3 kali jak sehari, 8 pagi, 12 tengahari dan 4 petang. Itu jak kesempatan yang ada setakat ini. Malam pulak, memang sudah terlalu penat untuk mengepam. Alhamdulillah, dapatlah dalam 18-21oz sehari. Hujung minggu pulak, sia cuba jugak pam sekali pagi, sekali malam.
Dan Alhamdulillah, setakat hari ini, deep freezer memang penuh melimpah-limpah. Stok dekat-dekat 200 bekas (6-6.5oz setiap bekas). Sebab tu kenak beli peti sejuk baru… Huhuhuhuhu.. Dapatlah sebahagiannya dipindahkan ke dalam freezer peti sejuk yang baru.. Hehehhe….
Mudah-mudahan Allah memberkati dan membenarkan sia menyusukan sepenuhnya Akeel sampai umurnya 2 tahun. Dan sia berazam untuk tidak menukar pam susu yang baru. Berat pun beratlah. Janji masih boleh digunakan… Sayang duit… Biarlah sia anggapkan ini sebagai pengorbanan seorang ibu untuk memberikan anaknya khasiat susu ibu yang terbaik.
Nasihat sia pada ibu-ibu yang mahu menyusukan badan anak, simpanlah stok susu sebanyak yang mungkin dalam masa berpantang. Sebab, bila masuk kerja, belum tentu kita ada masa untuk simpan banyak stok. Memang kena rajin sikitlah. Tapi, percayalah, hasilnya pasti menggembirakan!
p/s: Sia sekarang dalam proses mengajar anak-anak sia pakai lampin kain moden (CD). Alhamdulillah, setakat ni diorang nampak ok. Cuma si kak long tu, sia sedang carikkan CD yang saiz besar. Almaklumlah, dia kan sangat bam bam orangnya. Like father like daughter orang cakap.. Huhuhuhuhu… Nantilah ada masa sia cerita pasa CD ni pulak ya!
8 orang pot pet on "Stok EBM untuk Akeel"
seronoknye tengokk.. mmg byk stok akak :)
wah bestnya..bila lah sia pulak mau dapat experience mcm ni ah..heheh..
mak aih...banyaknyer stok akeel..kalo mcmni banyaknya..leh utk kakak aimee skali ni...mama glam..i nk jdkn u idol for breastfeedingla...mmg berjaya la..salute!salute!
dd dudu: alhamdulillah... Rezeki anak yang kedua ni lebih sikit... Mamanya dah belajar dari kesilapan lepas...
Jiej: Insya Allah bila tiba masanya, akan ada jugak tu...
Eikyn: hari2 pam tuuuuuu... Alhamdulillah, rezeki Akeel.. k long xnk punya...
idol? phewiiitttt! utk u, boleh aje! FOC! Sayang punya pasal. I rindu sama u lah Ekin!
Waaa,,terharu lagi.. I miss u too mama Glam>>sedey sudah jaoh sama u.... :(
eikyn: tuh lah.. rindu nak borak2 pasal macam2 dgn u.. huhuhuhuhu... Pastu, teringin nak tengok perkembangan u preggy sampai u bersalin... u take care tau!
oh...simpton mabukan masih ON! tp xla teruk sgt..alhamdulillah..cuma pembawakan preggy mcm mama mmg i dpt sepenuhnya..jerawat tumbuh pd muka, badan mcm cendawan pas hujan..oh! sampai xde mood mau keluar n bjumpa org...pa'kal je kene keje..kalau x..nk duk kt umah je..aish! mama ekn pn mcm tu katanya..naasib...terima jela kan..
Eikyn: kesian u.. sabar eik kin.. Insya Allah, Allah janjikan kebahagian di akhirnya bila tgk muka baby yg lahir nanti...
Ah! i pulak x sabar rasenye!
Post a Comment