Wednesday, March 23, 2011

Bagaiman mahu menjimatkan duit tambang ke tempat kerja?



Hari tu sia ada cakap kan betapa sia masa mengandung anak kedua ni tidak larat mahu memandu kereta ke pejabat? Dijadikan cerita, semenjak hari terakhir sia memandu pada 2 Mac yang lepas, tidaklah lagi sia berani memegang stereng kereta. Takut pisang berbuah berkali-kali. Tidak larat ok bawak kereta sampai termuntah-muntah. Kadang-kadang sia terfikir jugak, betulkah ini pembawakan, ataupun setakat badan ini terlalu manja? Tapi, setelah beberapa kali cubaan, memang tidakku sanggup ambil risiko! Memang pelik, tapi benar, sia sekarang tidak suka mendengar radio (ce kira berapa lama sudah telinga ini tidak mendengar radio) dan tidak mampu memandu kereta ke pejabat/jauh-jauh (setakat Mc D Taman Melati tu, bolehlah!).

Jadinya, semenjak hari itu, memang En. Suamilah yang menjadi En. Drebar menghantar dan mengambil isterinya pergi dan balik dari pejabat. Sampaikan, memanglah selalu sangat En. Suami sampai lambat di pejabat. Sehinggakan, punch card pun ala-ala sampai dapat amaran gitu. Kesian En. Suami…

Disebabkan itu, minggu lepas sia pun cadangkanlah kepada partner a.k.a rakan sepejabat sia si Eikyn supaya kami berdua car pool. Perjanjiannya, waktu pagi suaminya akan menghantar kami berdua ke pejabat, manakala pada petangnya pula suami sia akan menjemput kami berdua… Adil kan?

Tapi, masalahnya, minggu ni pula, si Eikyn ni berkursus di tempat lain. Jadinya, Isnin hari tu masihlah En. Suami terpaksa menghantar sia ke tempat kerja, dan akibatnya, lambat lagilah dia sampai ke pejabat. Selasa MC (anak-beranak kena jangkitan virus selesema batuk-batuk), so selamat… Dan hari ini? Jeng jeng jeng….

Hari ini sia naik LRT & komuter ok!

Kalau ikutkan hati, tidak larat jugak. Tapi, kesian En. Suami asyik lambat saja ke pejabat. Sudah cuba bangun seawal yang boleh, tapi masih lambat lagi (padahal, kami anak-beranak ni memang bapak punya susah mau bangun awal! Penyakit!).

Dijadikan cerita, pagi ni jam 7 pagi, En. Suami hantar sia ke stesen LRT Gombak, kemudian dia hantar Aimee ke rumah mertua sia dan dia terus shoot ke pejabat. Alhamdulillah, En. Suami tidak lambat hari ini.

Sia pula? Sia mati-mati ingat LRT PUTRA boleh sampai terus ke stesen LRT Bandaraya.. Rupa-rupanya, stesen Bandaraya tu STAR LRT… Hadoilah! Nasib baiklah sia guna TnG pagi ni. Jadi, boleh tukar fikiran bila-bila masa mahu turun di mana. Jadinya, sia pilih turun di KL Sentral dan ambil KTM komuter ke Bank Negara. Masa sampai di KL Sentral, masa agak awallah jugak. Makanya, sia singgah beli breakfast kegemaran Hotcakes di Mc D. Lepas tu terus tunggu komuter. Bukan main lama tidak naik komuter, asyik tanya orang samada sia menunggu di platform yang betul. Takut jugak karang tup tup tiba-tiba ternaik gerabak yang salah. Mahu lambat sampai ke pejabat! Masak! Masak!

Kesimpulannya, pengalaman menaiki LRT PUTRA dan KTM KOMUTER pagi ini… hmmmmm.. alhamdulillah… lancarrrrrr…. Masa naik di Gombak, tren kosong lagi. Masa di KL Sentral pulak, ramai yang turun, jadinya, banyaklah jugak tempat kosong, walaupun setakat untuk menunggu sampai ke 2 stesen yang seterusnya. Hmmmm… macam berkira-kira mahu naik komuter dan LRT saja balik petang ini… Senang sikit En. Suami ambil di stesen Gombak saja…. Akan dipertimbangkan…. Tapi, terfikir jugak, naik masa pagi bolehlah tahan lagi, semua orang masih wangi-wangi dengan pelbagai bau perfume. Tapi, bila petang menjelma, erk! Wangi-wangian sudah menjadi busuk-busukkan.. Sanggupkah? Erk! Akan difikirkan lagi…..


p/s: Tambang sehala sia ke tempat kerja hari ini = RM2.40 (LRT Putra) + RM1.00 (KTM Komuter) = RM3.40. Jimat tuuuuu! Untuk kadar tambang PUTRA LRT dan KTM Komuter (dirujuk pada tarikh entry ini ditulis la ya) ke destinasi-destinasi yang lain, rujuk sini (PUTRA LRT) dan sini (KTM Komuter).


5 orang pot pet on "Bagaiman mahu menjimatkan duit tambang ke tempat kerja?"

::EIDA:: on March 23, 2011 at 4:44 PM said...

Perjalanan 2hari 2way = RM5 !!
Naik moto.. oHh yeah !
Jimatnyaa . . .
HUuhuhuhuH~u

mama glam on March 23, 2011 at 5:17 PM said...

Dayah: Tuh lagi jimat wei! Dulu, laki i pernah jugak berbunyik nak beli motor sebab nak jimat duit minyak. Tapi, bapak mertua i x bagi.. Jadiknya, kenelah ikut cakap parents kan? Kang x dpt restu, apa2 jadik, sendirik jawab! Baiknya anak dan menantu ni (perasan!)

noel's on March 25, 2011 at 12:53 PM said...

knp x car pool dgn wani? rasanya dia no problem punya.., awak tu mengandung, bukan ke jauh jugak nak menapak dari ktm komuter ke ofis? penat tu....

lagi satu nk tny, knp naik lrt putra, nape x naik lrt taman melati?

Jacqueline on March 27, 2011 at 8:35 AM said...

teringat dulu i naik KTM kajang-bank negara dulu. setiap pagi and petang. satu tahun jugak. mmg jimat. mama glam especially kena extra careful k.

mama glam on March 28, 2011 at 2:39 PM said...

Ainul: Erk! Betul jugak eik Ainul. Lupa pulak dah berjiran dengan wani.. Lepas-lepas ni bolehlah berbaik-baik dengan wani.. Hehehhehehe..

Erk! LRT Taman Melati tu kan PUTRA LRT? Cumanya stesen Taman Melati? Nampak sangat x pernah naik LRT Ainul ni tau!


Jacq: I memang kena tabahlah kalau nak guna LRT & komuter untuk setahun mcm u jacq...

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery