Thursday, August 26, 2010

Siapalah sia


Hari ini memang sangat menyedihkan.

Pagi ni seorang hamba Allah membuat satu entry yang telah membuatkan sia tersentap sekejap dan terfikir “Adakah aku orang yang dimaksudkan?”

Sekiranya betullah sia adalah orang yang hamba Allah tu maksudkan, apa yang sia mau cakapkan, sampai hati dia sampai sanggup membuat entry seperti itu. Sia betul-betul sedih dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan.

Buat pengetahuan hamba Allah tersebut, sia sedar diri sia siapa. Tidak pernah sekali terfikir di hati ini untuk tidak sedar dek untung diri ini. Sia sedar apa yang sia ada di muka bumi ini semuanya hanya pinjaman daripada-Nya dan sentiasa bersyukur kepada-Nya. Dan sia sedar dan ingat segala bantuan yang telah diberikan sehingga sia berada di tahap ini. Tidak mungkin pernah sia lupakan. Sampai mati pun tidak mungkin pernah boleh sia balas segalanya.

Tidak pernah sia terfikir untuk bongkak dan berasa cukup bagus sehingga berniat untuk memporak perandakan kehidupan keluarga orang lain. Dan sedikitpun tidak terniat untuk mengecilkan hati-hati insan yang tulus ikhlas menyayangi diri ini. Tidak terniat untuk mencari kesalahan orang lain.

Dan sia sedar sia datang daripada negeri yang tidak maju. Orang kampong yang busuk, tidak bergaya, tidak memakai barangan yang berjenama dan tidak pernah terfikir untuk menjaga standard yang setakat orang kampungan. Tidak pernah sia berasa gah dengan apa yang sia ada. Apalah sangat yang sia ada… Setakat seorang anak yang dipinjamkan oleh-Nya, setakat seorang suami yang bukanlah kaya mana, setakat kereta kecil yang murah yang boleh sia bawak ke pejabat setiap hari, setakat rumah yang dibeli hasil pinjaman bank dan setakat barang-barangan murah dan tidak berjenama yang semua orang memang mampu membelinya.

Tidak pernah sia terfikir untuk menyuruh orang menghormati diri sia yang entahkan siapa-siapa. Salahkah sia sekiranya sia sebagai seorang ibu ada perancangan untuk anak sia sendiri? Sia tau anak itu hanya pinjaman. Tapi, bukankah semua ibu begitu, bercita-cita besar untuk membesarkan anaknya dengan cara yang terbaik? Adakah apabila hanya meminta sedikit haknya sebagai seorang ibu patut dikategorikan sebagai gah dan bongkak?

Tidak pernah sia terfikir untuk mementingkan diri sendiri. Kalaulah sia seperti itu, tidak akan sia kongsikan apa yang sia ada sekarang ini, tidak akan sia cuba untuk menggembirakan hati insan-insan yang menyayangi diri sia, tidak akan sia dulukan insan-insan yang menyayangi sia berbanding orang yang pernah membesarkan sia dari semua aspek.

Kepada hamba Allah tersebut, sia mengaku sia memang seorang sensitive yang mudah berkecil hati. Oleh itu, sekiranya sia tidak gembira dengan sesuatu benda, maka tidak boleh tidak, muka ini pasti tidak menunjukkan senyuman sampai ke telinga dan akan bertindak berdiam diri, adakah itu patut dikategorikan sebagai bongkak? Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada bercakap yang bukan-bukan dan menyebabkan orang sakit hati dan berkecil hati?

Sumpah demi Allah sia sangat menyayangi insan-insan yang menyayangi diri sia. Dan, sampai mati pun akan sia ingat jasa baik dan bantuan yang pernah mereka berikan sehingga sia berada di tempat yang sia berada sekarang. Siapalah sia tanpa bantuan mereka. Mungkin sia masih hanyalah budak kampong yang merempat di tepi jalan tanpa bantuan mereka.

Hamba Allah yang berkenaan, ya sia sangat berkecil hati sekiranya memang entry tersebut ditujukan khas kepada sia, tetapi sia tetap akan memafkan kamu, kerana kamu juga antara insan-insan yang sia sayangi.

Tetapi jika tidak, sia menyusun 10 jari memohon maaf kerana terlalu sensitif tidak bertempat. Sia memang manusia sensitif, lebih-lebih lagi selepas kejadian yang langsung tidak sia inginkan dahulu. Semua ini membuatkan sia sangat-sangat berhati-hati dan lebih sedar siapa diri sia dalam kehidupan ini.


Update!
Sia bukanlah orang yang hamba Allah tersebut maksudkan. Alhamdulillah.... Sia minta maaf pada hamba Allah tersebut sebab terlebih sensitif dan salah sangka. Seperti yang sia cakapkan padanya, sia ni memang sensitif terlebih berbanding hamba Allah tersebut. dan sia memang sejak kejadian "itu" (hamba Allah tersebut paham apa yang sia maksdukan), memang bertambah2 sensitif dan berhati2 dalam menjaga tutur kata, takut pisang berbuah 2 kali.

sekali lagi, sia minta maaf banyak2 pada hamba Allah tersebut! I love you bebeh!

2 orang pot pet on "Siapalah sia"

melratm on August 26, 2010 at 4:25 PM said...

ayah sentiasa di sisi mama.... selagi hayat dikandung badan

Unknown on August 26, 2010 at 9:45 PM said...

sabar ye aweng.. hidup ni bukan semua orang suka kat kita.. kita kena la tabah.. lagiun selai ada insan yang di atas ni menyayangi ko, raanya pekakkan aje telinga ko tu..

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery