Wednesday, August 4, 2010

Dr Kee


Mungkin ada sesiapa yang pernah pigi klinik Dr ni. Klinik dia ni terletak di Taman Melawati. Klinik dia ni buruk jak. Serius buruk, sangat old skool kalau mahu dibandingkan dengan klinik-klinik moden zaman sekarang ni. Sudahlah tu, hanya dia seorang jak Dr yang bertugas daripada pagi sampailah ke malam. Oleh itu, dia pun datang ikut suka hati dia jak. Kadang jam 10.30, kadang jam 11, kadang lebih lagi daripada tu. Tapi, semua pesakitnya tetap setia menunggu termasuklah kami-kami ni. Pembantu a.k.a nurse nya pun ada 2 orang jak tau.

Dr ni pulak sebenarnya bukan bernama Kee pun. Konon dengar cerita orang-orang di situ, Kee tu dulu nama partnernya, seorang Cina. Tapi sudah meninggal dunia. Jadi, dia seorang jaklah yang handle klinik tu sampai sekarang. Dengar orang cakap jugak, anak-anak Dr ni pun semuanya Dr. Tapi, semua tidak mahu bekerja di klinik tu. Semua pun bukak klinik masing-masing. Apa daaaaa….

Berbalik pada cerita Dr ni. Nama Dr ni sebenarnya Dr. Mahinder. Dia seorang tua yang sangat2 berpengalaman dalam bidang perubatan ni. Kiranya, apa sahaja sakit kita, kalau datang jumpa dia, pasti akan ada jalan penyelesaian yang boleh dia cadangakan. Dan dia bukan seorang doktor tipikal seperti doktor2 sekarang yang jenis bila kita cakap kita demam, dia terus bagi ubat tanpa memeriksa badan kita samada kita betul2 demam atau sebenarnya kita ni ada sakit lain. Walau apa pun sakit yang kita bagitau pada dia, dia akan periksa betul-betul badan kita dan baru bagitau kita yang sebenarnya kita ni sakit apa.

Kalau demam, dia akan bagitau, demam ni kemudiannya akan disusuli dengan batuk ka, selesema ka… Dia sangat berpengalaman dan sentiasa dan pada kebanyakan masa, apa yang dia cakap, memang sangat betul ok! Dan dia ni pun suka bercerita kepada pesakitnya pasal kenapa kita kena sakit tu, apa yang patut kita buat dsb, sampai kadang-kadang memang mengambil masa jugaklah kalau jumpa Dr ni. Dan pada kebanyakan masa, memanglah pesakit yang menunggu di luar tuh rasa macam “Eeeeeeeeeee! Lamanya kena tunggu Dr ni!!!!!!!” Serius! Dia langsung tidak peduli pesakit lain kena menunggu asalkan apa yang ingin dia sampaikan, sampai kepada pesakit yang berjumpa dengannya.

Banyaklah pengalaman kami dengan Dr ni. Kalau kita datang dengan gatal pun, dia akan terangkan gatal ni jenis yang macam mana. Bukan macam sesetengah Dr yang bila kita cakap gatal terus prescribe ubat gatal yang standard. Lepas tu, bila tidak sesuai, kenalah datang balik, barulah dia akan prescribe jenis yang lain. Dr. ni selalunya prescribe ubat yang betul setiap kali. Makanya, tidak perlulah kita datang berulang kali dan membazir duit dan masa.

Lepas tu, kalau kita datang mintak MC tipu daripada dia pun dia sebenarnya boleh tahu….. Hahhaahha… Contoh: Kalau kita cakap kita sakit perut cirit birit dsb, dia akan senyum-senyum dan tidak akan bercakap banyak, terus panggil assistantnya suruh bawak air dan ubat sakit perut dan suruh kita telan masa tu jugak. Lepas tu, dia akan suruh assistantnya bagi ubat demam dan MC. Kan nampak sah-sah dia tahu kita memang saja datang untuk dapatkan MC. Sia lah tuh orang yang pernah terkena macam tu… Hahhahhahahahahahha……

Kalau pasal kebersihan, Dr. ni pun bukan jenis yang terlalu pembersih. Serius! Contoh: Kalau thermometer, bukan dia gunakan pelapik plastic tu sebelum masukkan ke dalam mulut pesakit untuk check suhu badan. Main masukkan terus dalam mulut macam tu jak. Lepas guna tu pulak, dia terus masukkan ke dalam bekas berisi air jak. Tidaklah pulak sia ketahui air tu air apa kan. Dan tidak lah pulak sia ketahui samada lepas kami keluar tu dia akan tukar air dalam bekas tu atau tidak. Tapi, alhamdulillah, tiadalah sebarang penyakit yang tidak diingini berlaku.. Nauzubillah….

Ada lagi satu masa, sia tengok dia potong ubat guna tangan jak. Lepas tu letak atas meja dan tolak masuk dalam plastic ubat… Adeilah Dr ni. Memang tidak hygienic langsung ok. sarung tangan pun tidak pakai. Nasiblah ko memang betul bagus dan kami memang yakin dengan kepakaran ko.

Kadang-kadang sia dengan hubby terpikir jugak, macam manalah agaknya sekiranya Dr ni tiada kan… Mana lagi lah klinik yang akan kami jadikan klinik keluarga. Bukan senang tahu mau cari Dr yang betul-betul Dr ni. Kebanyakan Dr sekarang ni semuanya mahukan duit jak. Sayang betul kan anak-anak Dr ni sebab tidak mahu menimba pengalaman daripada ayahnya yang sangat berpengalaman itu….

Dr Kee… Dr Kee….. (iya! Kami masih memanggilnya Dr. Kee walaupun tahu namanya adalah Dr. Mahinder… ehehhehhe….)

2 orang pot pet on "Dr Kee"

shamylshalyzad on February 23, 2020 at 3:56 PM said...

Nice, still remember Dr kee, he is dearing doc of tmn melawati residents.my childhoood during his at best.

Unknown on February 23, 2020 at 4:43 PM said...

He has been our panel doctor when i was working in RRI.He is a very good n caring doctor. After pention we move out fron Melawati.

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery