Tuesday, August 10, 2010

Petua korek telinga si cilik manis


Wahai sang Ibu-ibu sekalian, tolonglah si mama Aimee ni…

Bagilah idea bagaimana untuk mempermudahkan kerja-kerja mengorek telinga si comel itu!

Ya Allah! Sangat susah ok! Ketip kuku selalunya tiada masalah. Tapi, kalau bab kacau telinga minah tu, ya Rabbi! Memang sangat2 bercinta!

Kalau dulu-dulu, senang jak, sumbat te.tek kasi dia tidur, mudahlah kerja. Adalah jugak sekali sekala ditepisnya, tapi, alhamdulillah selalunya bolehlah mamanya setelkan kerja-kerja pengorekan di siang hari.

Tapi, semenjak dia mulai pandai duduk, kalau cuba korek masa dia tidur (walaupun sedang mene.tek) mahu dia melompat turun daripada riba mamanya dan terus duduk ok! Adeilah! Korek pada masa siang hari, maaplah! Nggak dapeklah!

Untuk pengetahuan kaum-kaum ibu sekalian, sekarang ni sia kalau mau korek telinga si minah cilik tu, haruslah di tengah malam atau pagi-pagi buta yang hening di mana semua orang telahpun lena dibuai mimpi-mimpi indah, termasuklah si cilik itu. Itupun, selalunya, satu malam dapat korek sebelah jak. Lagi sebelah sambung malam yang berikutnya ataupun malam-malam yang kemudiannya, itupun kalau si mamanya tidak tertidur. Kenapa? Sebab kalau tidak bernasib baik, boleh menyebabkan si minah itu terus bangun dan bermain seolah-olah hari telahpun siang!!!!!!!!!! Uwaaaaa! Kalau kena malam-malam yang macam ni, maulah si mama dan ayahnya keesokkan paginya terlajak tidur! Manakan tidak, mau dia hentam tidur jam 4.30 pagi! Macam mana mama dan ayahnya mau bangun jam 6 pagi kan? (alasan!)

Jadi, jangan hairanlah kalau ternampak telinga anak sia tu selalu sebelah bersih, sebelah lagi kotor. Bukan sia malas (alasan lagi!), cuma sia belum ketemu kaedah terbaik untuk membolehkan sia menyelesaikan kerja-kerja pembersihan tersebut dengan mudah yang boleh selesai dalam masa 1 hari!

Kalau dulu, sia selalu kutuk ibu-ibu yang telinga anak-anaknya tidak bersih a.k.a kotor, sekarang baru sia tahu, kenapa dan mengapa… Sia paham perasaan mama-mama sekalian. Bukan senang ok!

Ok, berbalik kepada tajuk entry kali ini, ada tidak siapa-siapa yang ada petua untuk mempermudahkan pengorekan telinga si cilik mama glam ini?


5 orang pot pet on "Petua korek telinga si cilik manis"

aishah zaharin on August 10, 2010 at 12:23 PM said...

sama macam afiq. tapi insya Allah, she'll be cooperative one day. rasanya memang peringkat umur camtuh tak suka korek telinga kot. akak rasa afiq dah 2 tahun baru agak senang la nak kacau telinga dia. and try to make it fun. (wpun akak kekadang marah jugak sebab takut tercucuk telinga dia)

hope this help.

Unknown on August 10, 2010 at 1:19 PM said...

hahaha.. aku masalah ni kat aiman.. habis dah aku tipu dia kata nenek beruang nak keluar la, ada busuk telinga dia la.. hahahaha

pelan2 beb.. memang susah le sikit..

Gua! on August 10, 2010 at 4:55 PM said...

oh para ibu sekalian...nak korek telinga pun susah eh? hmmmm....

mama glam on August 11, 2010 at 8:39 AM said...

k aisyah & mas: ingatkan mama si Aimee jer ada masalah ni. Normal rupanya... thanks for sharing dearie!

Ipin: aku x sabar nak tengok telinga anak ko nanti! berlagak eh? elleh, ada anak nanti, bukan ko yang akan buat pung... ceh!

mama glam on August 13, 2010 at 11:20 AM said...

tq armouris for the info

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery