Wednesday, August 25, 2010

Resepi Pudding caramel


Ini entry khas untuk Ms Eida & Iena... KOrang try arrr.. sedap meletop2 wooooo!



Bahan-bahan Puding:
6 biji telur (sekarang ni telur kecik-kecik, so better guna 8 biji)
1 tin besar susu pekat
1.5 tin besar (guna tin susu pekat tadi) air (tapi ni better kurangkan air kot, sebab sudah berapa kali buat, asyik lembik jak, tapi I suka jer).
1-2 sudu kecil esen vanilla

Bahan-bahan gula hangus:
1-2 senduk gula pasir (ikut suka. Kalau suka air gula banyak, guna 2 senduk, kalau mahukan air gula sikit, guna 1 senduk. I suka air gula banyak, So selalunya I guna 2 senduk =p)

Cara2:
Hanguskan gula dalam loyang. Lagi hangus lagi sedap. Tapi, jangan sampai terlalu hangus. Tidak payah tambah air. Gula semata-mata. Sudah hangus, ketepikan dan sejukkan. Sebaik-baiknya guna terus loyang yang akan digunakan untuk mengukus pudding. I selalu guna loyang besi, senang!

Untuk pudding pulak, pecah semua telur dalam bekas. Kacau sampai rata. Tidak perlu pukul. Lepas tu, tapis supaya tekstur pudding tu nanti halussss mulussss…. Lepas tu, masukkan susu pekat, air dan esen vanilla. Kacau….

Lepas tu, tuang campuran pudding tadi atas gula hangus dalam loyang tadi, kukus selama 40-45 minit. Sejukkan dalam fridge dan siap untuk dimakan. Yummy mummy!


p/s: lain kali i nak cuba tukar air tu kepada susu cair. barangkali best dan lebih lemak manis kan?

6 orang pot pet on "Resepi Pudding caramel"

Iena on August 25, 2010 at 3:58 PM said...

tengkiu kak!
alaaaaaa... xder pengukus kat umah. kena tgu ader pengukus dulu r...

Ms_EIDA on August 25, 2010 at 10:49 PM said...

ai like !!~ tenkiu !!
wajib cuber..hehhehehhe... ;p
muahhh !!!~

HannnAmeen on August 26, 2010 at 7:14 AM said...

ni bukan promosi tau sbb mak ana pun bukannya ejen atau stokis dia... tapi instant puding caramel yang sedap bangat beli kat Amway. Tu kalu nak segera yg rasa mcm bikin sendiri la... hehehe

mama glam on August 26, 2010 at 8:37 AM said...

Iena: beli jangan x beli.... buat Iena.. giler senang dan sedap ok! mesti Achik suke... hehhehehhe...

Dayah: cuba jgn x cuba! mcm i ckp, senang n sodap! mesti cik abang suke! laki i boleh abiskan dia sorang tau! tapi, jangan harap! bini dia pun suke... hehhehhe

mak ana: ui! tuh boleh diconsider kalau datang vitamin M tuh... berapa rega tuh mak ana?

iswatie "colours of life" on August 26, 2010 at 10:12 PM said...

nak cuba lak resepi ami nih

mama glam on August 27, 2010 at 7:41 AM said...

k watie: cubalah, mmg senang dan sedap!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery