Friday, May 27, 2011

Resepi Kek Coklat Kukus Munira


RESEPI KEK COKLAT KUKUS MUNIRA (Resepi cilok dari hanamemories)
Kos: Lebih kurang RM13.00 (boleh makan untuk 9-10 orang)

Bahan-bahan:

Bahan A:
1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje (letak 3/4 jugak)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair - hana gune susu segar (sia guna susu cair)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde (sia tidak letak)

Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C:
4 biji telur - diblender (tapi kak.noor pukul hingga kembang) - hana juga (pukul saja)


Cara-cara:
1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
2. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak (sia tidak letak pun kertas kalis minyak tu).
3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.
4. Siap untuk dibuatkan frosting kalau suka


Frosting tu sia buat guna coklat masakan saja...

Bahan-bahan:
170 gm coklat masakan
Sedikit cocoa butter (lebih kurang sebesar duit 10 sen)
Kacang tumbuk secukupnya

Cara2:
1. Masakkan coklat masakan dan cocoa butter dengan cara double boiler di atas api sederhana.
2. Setelah cair sepenuhnya, tuang di atas kek yang telah disejukkan ikut kreativiti masing-masing.
3. Taburkan kacang tumbuk sebagai hiasan.




Selamat mencuba kamurang! Resepi ni memang senang dan sangat moist! Kalau malas buat frosting, makan dengan aiskrim vanilla pun sedap! Ala-ala makan brownies Secret recipe dengan aiskrim vanilla pulak. Yummeh!


Info for sharing:
Cocoa butter tu diletakkan untuk melambatkan coklat masakan menjadi keras dan mencantikkan kekerasannya bila sudah sejuk. Paling sesuai digunakan untuk membuat Almond London.

6 orang pot pet on "Resepi Kek Coklat Kukus Munira"

Eikyn on May 27, 2011 at 3:34 PM said...

kak amisa: letak minyak makan 1 cawan ekh? tak pernah wat kek letak minyak..teringin nk cube resepi2 u yg mengiurkan ni tp pengukus tadak! oven hebak mcm u pun tadak! (Alasan!)

mama glam on May 27, 2011 at 4:16 PM said...

Eikyn: Ha ah.. letak minyak makan biasa tu je...

Elleh! Meh lah datang rumah i pinjam pengukus i.. i ada baaaaaaanyakkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!

Eikyn on May 27, 2011 at 4:57 PM said...

seyes? nk mintak hadiah oven & pengukus as birthday present dr syam bole? haahaha..takuuut....

mama glam on May 30, 2011 at 8:03 AM said...

hahahahahha..... akak punya pengukus yang sampai 7 saiz tu... ala yang murah buat guna aluminium tu... RM100 jer se set kot masa beli hari tu... padang besar mesti byk jual... akak suka jenis mcm tu, ringan dan praktikal...

oven? boleh! mintaklah! lepas ni boleh buat mcm2 dgn oven tu... masak healthy food.. auwww!

Rosniena on August 5, 2011 at 3:01 PM said...

letak minyak ke misah..cam pelik

mama glam on August 5, 2011 at 4:38 PM said...

k ros: ha ah.. resepi dia memang letak minyak.. Tapi, mmg saya pernah jumpa resepi kek letak minyak... lebih moist dan lembut

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery