Tuesday, May 24, 2011

Resepi Lamb Chop bersos lada hitam


Resepi ni dapat daripada Mak Su En. Suami. Memang sedap dan menjadi kegilaan kami sekeluarga. Hehehehe..

RESEPI LAMB CHOP BERSOS LADA HITAM
Kos: Lebih kurang RM96.00 (boleh makan untuk 12-15 orang)


Bahan utama:
Sudah tentulah lamb chop mentah (4kg)

Bahan-bahan perap:
Selabu bawang putih
Lebih kurang setengah botol Kicap manis saiz biasa (sia guna cap kipas udang)
2 genggam lada hitam (kisar halus)

Cara-cara:
1. Mula-mula, ketuk daging lamb chop guna pengetuk besi yang tajam-tajam tu (sia guna hammer besi jak.. hehehhe..).
2. Kemudian, campur semua bahan utama dan bahan-bahan perap, dan perap semalaman paling bagus!
3. Bakar dengan suhu lebih kurang 170 darjah celcius selama 15-20 minit, atau kalau yang suka well done, lamakan lagilah masa memasaknya, 25-30 minit macam tu... Atau alternatif lain, goreng menggunakan non stick frying pan menggunakan minyak yang sangat sedikit.




Bahan-bahan sayur campur stim:
1 batang brokoli (saiz sederhana) – harga lebih kurang RM2
1 biji bunga kubis (saiz sederhana) – harga lebih kurang RM3-4
1 batang lobak merah

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Potong kecil (lebih kurang sebesar duit 50 sen) brokoli dan bunga kubis. Hiris setebal 2mm lobak merah.
3. Setelah air mendidih, masukkan semua sayur yang telah dipotong dan stimkan selama 5-7 minit. Angkat dan toskan.



Bahan-bahan sos lada hitam:
1-2 sudu mentega
*2 ulas bawang putih
*1 labu bawang besar merah (bahan * tumbuk halus)
3 cawan susu segar
2 cawan air
2 kiub daging
2 sudu kecil serbuk lada hitam
5-6 sudu besar kicap manis ABC (resepi asal guna kicap manis biasa) - yang suka sos kaler gelap, boleh tambahkan lagi
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air sedikit)
Garam dan gula secukupnya.

Cara-cara:
1. Panaskan mentega hingga cair.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk halus.
3. Masukkan air, susu segar, kiub daging dan serbuk lada hitam dan kicap manis. Biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
4. Perasakan dengan gula dan garam sekiranya perlu. Kemudian, sesuaikan kepekatan dengan menambah air sekiranya terlalu pekat atau tambahkan tepung jagung sekiranya terlalu cair. Sesuaikan juga warna sos ikut kesukaan menggunakan kicap. Siap!



Selamat mencuba kamurang! sangat sedap serius!

2 orang pot pet on "Resepi Lamb Chop bersos lada hitam"

Gua! on May 24, 2011 at 9:19 PM said...

dah non stop masak nihh...bahaya dah ni wengg..hahahhhaa!

mama glam on May 25, 2011 at 9:18 AM said...

Siot ko pin... Tahulah aku ni memang manusia bapak giler pemalas nak masak... Sementara mood mari, memang aku kayuh puas-puas... Laki aku pun risau tengok aku... Siap tanya aku enjoy ke tak masak.. Kui kui kui...

Aku kalau makanan tu menjadik dan ada orang makan, enjoy jek... Dan kalau takde orang makan pun, aku makan sendiri pun aku tak kisah... Hahhahahaha.... Dasar tukang masak syiok sendiri. Muakkakakakaka

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery