Tuesday, May 3, 2011

Congo Bar


Align Centre
Minggu lepas kecoh Puan Mastur post resepi Congo bar yang sangat menggiorkan di dalam FB… Memang meleleh beb tengok gambar dalam website bakerella tu. Dan memandangkan semangat memasak masih berkobar-kobar, makanya hari Jumaat malam tu sia ajak En. Suami beli barang-barang dapur termasuklah bahan-bahan membuat congo bar tu.. Hehhehehe.. Semangat weh! Mana tidaknya, puan Mastur hari Jumaat tu jugak sudah siap ok!

Sia punya, petang Sabtu tu baru mula… Adun-adun semua… Sampai tang membakar, sia tengok resepi, tulis “350 degree”. Pandang oven, max pun yang ada setakat 220 degree… Malas mau kejut En. Suami yang sedang nyenyak tidur anak beranak (sia memang sudah amanahkan En. Suami untuk study manual oven, sia memang tidak pernah study ok!), so hentam sajalah! Sia kasi putar itu tuil ke MAX! Panaskan 15 minit, masukkan adunan.. Yeahhhhh! Happy habislah tuh kunun dan tidak sabar tunggu hasilnya.

Lepas 5 minit macam tu, perasan jugak belah atas adunan tu ala-ala macam sudah menjadi gelap.. Hmmmm… Dalam hati berbisik ~Mungkin sebab kesan haba masa panaskan oven tadi barangkali~ Belek lagi resepi ~Betullah patut set ke MAX, dalam ni memang tulis 350 degree ni~ Hoh! Tidak rasa ragu-ragu langsung ok! Memang dasar orang tidak pernah guna oven elektrik! Jangan salahkanku, dulu-dulu guna oven konvensional yang manual tu saja. Alaaaa, yang guna atas api tu.. Mana ada tetapkan suhu bagai.. Main api besar atau kecil jaklah…. Lepas tu, kena manual tengoklah samada sudah masak atau belum… Hihihihi…

Dekat-dekat lagi 15 minit masak, tiba-tiba kawan yang ditunggu-tunggu sudah sampai. Makanya, diamanatkanlah kepada En. Suami menjaga adunan. Sia pun turunlah berjumpa kawan si Ninad tanpa sedikit pun berasa ragu akan ketidakberhasilan congo bar tersebut.

Siap-siap urusan dengan Ninad, sia pun telefon En. Suami “Amacam bang? Dah masak?” Lalu dijawab oleh En. Suami “Oven tak sempat bunyi, dah berasap hangit!” “Hah! Biar betul?” Soal sia terkejut. “Iya…. Tak pecaye, cepat naik tengok!” ~Uwaaaaaa!!!!!!!!!!~ Memang terasa kecewa yang amatnya!!!!!!!

Naik-naik saja ke rumah, belum masuk rumah pun sudah terbau kehangitan… Huhuhuhu… Siap En. Suami sindir “Nasib baik hujan lebat. Takdelah bau hangit tu merebak teruk sangat ke rumah jiran-jiran” Ceh! Sempat lagi mengata aku tuh! Bertuah!

Masuk-masuk rumah, terus ternampak benda seketul hitam atas tray.. Uwaaaaa lagi sekali! Ku kuciwa!!!!!!!!!


Tidak berputus asa, sia cuba potong congo bar tu….


Uwaaaa lagi!!!!!!!!!!!! Memang dalamnya tidak masakkkkk!!!!!!!!

Cuba makan sikit, errkkkk, memang belum masak!!!!!!!

Si En. Suami yang tidak puas hati, cuba makan jugak. Hmmm… “Ha ah, tak masak. Tapi, kalau jadi ni, mesti sedap. Takpelah, gi beli bahan buat lagi sekali. Korek choc chip dululah” Sambil korek-korek choc chip bersaiz hershey’s tu, sebab si minah Aimee dok merengek-rengek “Aimee nak kuih! Aimee nak kuih!” Alahai kesiannya anak mama…

Makanya, malam tu sekali lagi projek membuat Congo bar dimulakan selepas makan malam… Hehehhehe… Dan, nasib baik jadik! Alhamdulillah… Cuma, pada masa hadapan perlu diperbaiki jika mahu menggunakan kacang badam. Patut hirisan badam tu bakar dulu, baru lagi best!

Jadi, here goes the original recipe:

Congo Bars
- Kos: Lebih kurang RM25.00 (boleh makan untuk ramaiiiii orang! Say lebih daripada 10 orang sekali makan)

2 3/4 cup all purpose flour
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened
1 lb. light brown sugar (Oh my and thank you!)rasa macam terlalu banyak pulak 1 lb (450gm) tu. Jadi, sia guna 3 cawan
3 eggs
1 teaspoon vanilla

11.5 ounce package milk chocolate chips
mula-mula guna 1 paket Hersheys kisses choc chip yang bagak-bagak , lepas tu guna 1 paket Van Houten choc chip mini
1 cup chopped pecans (optional)Sia guna 150 gm hirisan badam



Untuk adunkan, ada 2 cara. Tapi, sia suggest guna cara manual sebab dalam resepi tu cakap lebih elok teksturnya. Lagipun, senang jak pun, kacau-kacau guna senduk jak. Tapi, sia bagi jugaklah dua-dua cara ya!

By mixer: Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside. Combine butter and sugar using a mixer until blended. Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition. Add vanilla and mix. Add flour and mix until combined. Stir in chips and then pecans.

By hand: Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside. Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together. Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg. Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well. Add dry flour mixture and stir until well combined.
Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish. Bake at 350 degrees (ni taktau Fahrenheit ka apa, oven sia hari tu, sia setkan 170 degree celcius) for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake.



Dan hasilnya, taraaaaa!



Jadik pun, alhamdulillah… Dan jangan lupa, potong lepas congo bar betul-betul sejuk ya!



Dapatlah 3 bekas Tupperware. 1 tupperware untuk mertua, 1 tupperware untuk officemate dan 1 tupperware lagi untuk ngap sendiri.. Hehhehehhe…

Kamurang cubalah. Senang gilak membuatnya! Dan, bila si mama glam cakap senang, percayalah, memang senang! Kacau-kacau, siap! Ngap, blurpppp! Teksturnya memang lain, luar macam biskut, dalam ala-ala cake. Ala.. susahlah mau cakap, yang penting, bagi sia sedaplah… Hehhehehe.. (ada bunyi-bunyi macam masuk bakul angkat sendiri tidak? =P ) Mahu tahu, cubalah!


4 orang pot pet on "Congo Bar"

Unknown on May 3, 2011 at 11:36 AM said...

wah2.. udah jamu kat mertua tu.. bagus2.. sedap kan? senang lak tu.. reen pun dah kena tempias.. dia ganti pecan dengan nestum.. nyam2..

psst, yang gambar tak jadi tu serupa la dengan penduduk congo kan? kuang3

melratm on May 3, 2011 at 1:09 PM said...

hangus pun sodapppp!!!

Anonymous said...

sedap siottttt aku tgok ni,..

yg penting.. esok lusa aku nak buat... yeaaaaaa!!!!!!





weh.. 350 degree tu fahrenheit la... convert jd 180 celcius... uuuu...sabor je aku..

mama glam on May 3, 2011 at 2:43 PM said...

Mas: Hahhahaha.. Memang ada rupa congon.. hahahhaha

Abang: tu nipu sangat lah tu. Dah kalau sedap sangat, apesal masuk En. Tong?

Fanor: Cubalah....

orang jarang masak, xde feeelll maaaa... lepas ni, tau dahhh. hehehhe...

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery