Kemarin cerita pasal resepi kek oren… Hari ni sia mau kongsi resepi buat home made pizza pulak lah… Tapi, base tu sia tidak buat sendiri lah.. Sebab, sia ni mana ada mixer… Bread maker pun tadak… Jadi, beli base yang ready made di BAGUS sajalah… Hehehhehe….
Home made pizza (Regular size)
- Kos: Lebih kurang RM7.00 (boleh makan untuk 2-3 orang)
Bahan2 base:
Ready made base – boleh guna yang beli di BAGUS ataupun guna roti arab pun ok
Pada yang ada mixer atau bread maker, boleh buat base tu guna resepi budak FL ni ya! (resepi dia ni rasanya utk saiz large)
Bahan2 topping:
1/5 bungkus daging cincang
1 biji bawang besar (saiz sederhana) – potong/cincang
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
2-3 sudu besar sos tomato
2-3 batang hotdog (ikutlah daging atau ayam)
1/5 biji cili benggala hijau
1/5 biji cili benggala merah
1 sudu kecil pizza seasoning
1 sudu kecil basil
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk paprika
50 gm keju Mozarella (kalau letak lebih lagi sedap!)
2-3 sudu besar mayonis
Cara2 buat:
1. Tumis bawang besar dengan minyak, masukkan daging cincang dan garam secukup rasa. Ketepikan.
2. Sapukan sos tomato atas pizza base. Campak-campakkan hotdog, cili benggala, daging cincang yang telah ditumis, pizza seasoning, basil, oregano dan serbuk paprika.
3. Taburkan keju mozzarella. Dan akhir sekali, letakkan mayonis (Kalau paipkan lagi cantik. Sia guna sudu saja….)
4. Bakar dalam oven suhu 180 darjah celcius selama 13 minit (Kalau base buat sendiri, bakar suhu 200 darjah celcius selama 20 minit ok!) Dan siap!
Selamat mencuba kamurang!
Tuesday, May 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 orang pot pet on "Home Made Pizza versi Mama Glam"
sangat kagumkan kamu wahai mamaGlam!!
tidak sia2 spend duit berguni2 kat KC~
muakakakkaka.... Ni memang penangan ada KC la ni baru semangat nak masak2 (alasan!)
ini namanya pizza orang kaya.. hahahahah.. penuh seh pizza ko..
Mast: Makan masak sendiri mau puas hati maaaa.. Kalau idak, mahu lakiku tu komplen x sedap... cemane nak jadik tom kurus lagu ni.....
sodappppp
Abang: bodek nampak! weekend ni makan pizza lagi jer lah mcm tu.. senang sket kerja si tukang masak... ada ok? no nasi... ada bran?
Post a Comment