Thursday, May 26, 2011

Akak pergi kerja dulu ya! Bye!


Pagi ni sia sudah terbuat jahat pada 2 orang budak sekolah…

Macam ni ceritanya….

Pada yang tahu, sia ni sekarang pergi kerja tiap-tiap pagi memang tumpang officemate sia si Wani yang mana dia ni jugak adalah jiran yang berlainan blok di tempat yang sia tinggal…. Dan pada kebiasaannya, jika kebetulan pagi tu sia terturun awal sedikit, sia akan tumpang duduk di kerusi pak guard yang diletakkan di luar lif lobi blok sia (kalau pak guard tu tidak ada lagi duduk di situ lah).

Dan kalau ada yang tertanya-tanya kenapa ada kerusi pak guard di luar lif lobi blok tu…. Guard yang duduk di situ sebenarnya ditugaskan untuk memantau pergerakan keluar masuk pelawat, bermaksud, kalau ada pelawat yang keluar masuk/penghuni yang tidak ada access card, maka tugas guard tu lah yang akan membukakan pintu lif lobi tu untuk membolehkan diorang keluar dan masuk.

Jadiknya, selama beberapa kali sia tumpang di kerusi pak guard tu, memang adalah beberapa kali orang mintak tolong dengan sia untuk dibukakan pintu untuk keluar dari lif lobi tu. Sia pun tidak kisahlah… Lagipun, access card tu pun bukannya ada limitation untuk swipe berapa kali dalam sehari, atau mesti swipe balik keluar kalau sudah swipe masuk…. Jadi, apa slahnya kan...

Dan pagi ni, dijadikan cerita, masa sia duduk menunggu budak Wani ni, tiba-tiba ada seorang budak sekolah lelaki dalam umur 10 tahun barangkali…. Dengan muka berlagaknya, pandang ke arah sia tanpa bersuara dengan riak muka memberikan arahan supaya sia membuka pintu agar dia dengan kakaknya dapat keluar daripada lif lobi tu. Pulak tu, pandangan tu memang macam bos mengarahkan kulinya untuk berbuat sesuatu lah… Huh! Sia dalam hati ~haih budak ni! Sudahlah mintak tolong dengan aku, boleh pulak dia buat muka macam tu!~ Sia pun yang memang sedang bengang dan tidak bersuara, hanya memberi isyarat buat-buat tidak faham apa yang dia inginkan…. Lagi sekali, budak tu tunjuk ke arah pintu lif lobi… Dan, sia yang memang malas mahu melayan budak kecik yang kurang budi pekerti tu, buat-buat yang kununnya sia tidak ada access card dan mendiamkan diri sambil menunggu Wani sampai…

Tapi, dalam-dalam sia bengang tu, dalam hati terdetik jugak ~Manalah pak guard ni? Kenapalah tidak ada seorang pun yang tunggu di sini? Kan menyusahkan orang namanya tu!~ Sia kesian jugak dengan budak 2 orang tu.. Tapi, iyalah, sia memang pantang dengan orang-orang yang macam ni… Mahu mintak tolong, tapi tidak tahu adab! Pulak tu pandang aku seolah-olah aku ni pulak mak guard yang bertugas di situ. Hello dik oi! Kalaupun aku ni mak guard yang bertugas di situ, itukah caranya untuk meminta tolong? Dan lagi 1, setiap rumah sudah dibekalkan dengan access card…. Jadi, kalau kau tertinggal card or what so ever, salah aku kah kalau tidak mahu tolong kau kalau itu caranya kau meminta tolong? Boleh! Boleh! Boleh blah! Tidak kiralah kau tu kecik ka, besar ka, dato’ ka, datin ka, PM ka, aku pedulik apa! Memang akan ku bolayan saja… Sori lah dek non! Duduklah kau diam-diam tunggu pak guard bukakkan pintu tu ya! Padan dengan muka kau sebab tidak tahu adab meminta tolong… Akak pergi kerja dulu ya! Bye!

Tapi kan kamurang, betul tau… Zaman sekarang ni, memang banyak kita boleh tengok budak-budak tidak tahu adab budi pekerti… Kadang-kadang, mahu salahkan diorang pun macam tidak adil… Mahu salahkan ibu bapa, hmmmm susah mahu cakap…. Kalau kata ibu bapa sekarang terlalu memanjakan anak sampai anak turn out jadi macam tu, mulalah ibu bapa melenting tidak tentu pasal… Tapi, betullah kan…. Segala apa-apa yang kita nampak daripada luaran seorang kanak-kanak kan akan menggambarkan cara didikan ibu bapanya.. Lagi kalau budak-budak sekecil itu.. Kalau daripada kecil tidak diajar cara menghormati orang tua, macam mana diorang akan tahu kan? Diorang tu kan dilahirkan putih bersih dan tidak mengerti apa-apa… Jadi, kalau bukan ibu bapa dan keluarga yang mendidik mereka akan perkara berkaitan budi pekerti, siapa lagi yang harus diharapkan?

Sia tidak cakaplah cara sia didik anak tu betul sangat… tapi, sekurang-kurangnya, sia mencuba yang terbaik… Bila berdepan dengan orang yang lebih tua, kalaupun tidak mahu salam, senyum, tidakpun, lambai… Bila bermain, kaki tangan jangan sampai ke badan orang lain, tidak kira samada orang lain tu kanak-kanak yang sebayanya ataupun orang yang lebih tua… Belajar minta maaf kalau berbuat salah... Jangan suka meneriakkan orang… belajar berkongsi mainan dengan kawan-kawan…. Menyahut bila namanya dipanggil… yang penting, tentukan had apa yang boleh dan tidak boleh dia lakukan… Dan mengajarkannya akan denda-denda yang akan dia perolehi sekiranya dia melebihi had yang telah ditentukan…

Mungkin ada yang cakap, kanak-kanak terlalu kecil untuk diajarkan benda-benda seperti itu.. Pada sia, anggapan seperti itu adalah salah sama sekali! Kita sebagai ibu bapa seharusnya tahu kebolehan anak-anak kita. Kita sendiri tahu bila masanya anak-anak kita mulai faham akan apa yang kita ajarkan…. Tapi, ajaran-ajaran berkaitan budi pekerti memang harus diterapkan daripada seawal-awal yang boleh…

Macam Aimee sendiri, seingat sia, masa dia berumur setahun 4 atau 5 bulan, sia sudah perasan dia sudah mulai boleh faham apa yang sia ajarkan… Tidak banyak, sedikit… Jadi, dari sehari ke sehari, sia ajarkan dia apa yang dia boleh buat dan tidak boleh… Dan daripada sehari ke sehari itu jugak, sia nampak perubahan dalam dirinya… Nampak dia cepat matang… Boleh dengar kata, walaupun kadang-kadang ada jugak kedegilannya… Tapi, senang cakap, sia sendiri sebenarnya tidak jangkakan begitu cepat perkembangan pemahamannya terhadap apa yang sia cuba sampaikan kepadanya…. Dan sekarang, dia memang sangat-sangat dewasa di mata sia… Betapalah tajamnya otak seorang kanak-kanak yang kita rasakan terlalu kecil untuk memahami apa yang kita cuba sampaikan….

Jadi, pada sia, tidak ada umur tertentu yang perlu kita hadkan untuk memulakan mengajar berkaitan budi pekerti kepada kanak-kanak… Lebih awal, lebih bagus, sekiranya diorang sudah boleh menerima apa yang kita cuba sampaikan… Ingatlah, sebenarnya, kalau ikut kajian pun, dari dalam perut lagi sebenarnya anak-anak kita sudah mulai belajar…. Dan pada umur yang kira rasakan sangat awal itu, sebenarnya pada umur itulah anak-anak kita sangat cepat menyerap segala apa yang dia lihat, dengar dan alami… Sebab itulah orang selalu cakap, bila bercakap atau berbuat sesuatu di depan seorang kanak-kanak, jaga perlakuan dan tutur kata. Jangan berbuat atau berkata perkataan-perkataan yang tidak elok.. Sebab walaupun, pada masa tu kita nampak seolah-olah dia tidak faham apa yang kita cakapkan, tapi sebenarnya, masa tulah otaknya akan menyerap semua-semua yang berlaku, dan jangan terkejut, pada masa yang akan datang (mungkin 5-6 bulan mendatang atau lebih awal), kanak-kanak tersebut mungkin akan mengeluarkan balik apa yang telah diserapnya pada waktu itu… Dan pada masa itu, memang sudah terlambatlah untuk kita menarik balik apa yang telah kita katakan….

Jadi, akhir kata, sia hanya mahu berpesan kepada anak-anak sia…..

Anak-anak mama sayang, mama berdoa semoga anak-anak mama membesar sebagai manusia yang berbudi pekerti, tahu menghormati orang lain tidak kira pangkat, umur, keturunan…. Ingatlah anak-anak mama sayang, sesungguhnya, kita tidak akan rugi sedikitpun kalau kita berbuat baik kepada orang. Janganlah sampai kita ini menjadi buahan mulut orang disebabkan ketidakberbudipekertinya kita terhadap orang…. Selagi orang berbuat baik kepada kita, maka berbuat baiklah juga kepada orang-orang itu… Dan kalau mampu berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita, buatlah sedemikian….

Dan jangan sesekali harapkan balasan terhadap apa yang kita lakukan… Ingat! Allah sentiasa ada untuk kita. Hanya dia yang tahu, dan biarlah Dia saja yang memberikan balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat kepada kita.. Ingatlah, bahawa setiap apa yang kita lakukan, ianya pasti sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada cucu cicit kita kelak… Jika baik budi pekerti kita terhadap orang, makan sehingga ke anak cucu cicitlah kebaikan itu akan dikenang orang.. Dan jika sebaliknya, maka sehingga ke anak cucu cicitlah keturunan kita akan dikeji dan dicaci… Nauzubillah!


Mudah-mudahan anak Mama membesar menjadi manusia yang tahu menghormati dan sentiasa dihormati orang... Aminnn....



4 orang pot pet on "Akak pergi kerja dulu ya! Bye!"

Eikyn on May 26, 2011 at 3:35 PM said...

hahaha..kejam juga mak buyung ni..tp padan muka budak2 tu..dia ingat ade mak guard mak buyung nak tlg bukakkan lif..hah! kekeke

ala aimee..comelnyer..nk bg hadiah aimee spek mata itam la..

mama glam on May 26, 2011 at 5:01 PM said...

Eikyn: tau xpe....

ala auntie eikyn, Aimee sorg je ker yang nak dibagi? bagi mamanya sekali lah.. nak yang mcm auntie pakai g bukit tagar tu eik!

Eikyn on May 27, 2011 at 3:07 PM said...

budak2 je boleh bg..mak budak..suh bapak budak yg tlg belikan..auwww..

mama glam on May 27, 2011 at 4:15 PM said...

Eikyn: Ceh! Nak Auntie belikan...

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery