Friday, July 30, 2010

Rumah kami....


Telah lama sia tangguhkan entry ini disebabkan ketiadaan masa (a.k.a asyik lupa) untuk mengambil gambar rumah baru kami.

Disebabkan itu, memandangkan sia sudah berjanji dengan Puan Mastur yang sia akan post entry tersebut dalam minggu ini juga, maka sia gigihkan jugaklah meng snap gambar-gambar tersebut malam tadi semasa 2 orang buah hati sia sedang nyenyak tidur.

Ok, kita mulakan dengan pintu depan..... Inilah dia gambar pintu depan rumah kami

Nota: Sia sangat suka grill ini ok!

Bila melangkahkan masuk sahaja ke dalam rumah, inilah pandangannya….

Lepas tu, bila pandang ke arah kanan, akan nampak ruangan kecil di bawah ni (ruangan ini terletak di belakang pintu utama). Ruangan ni kami rancang mau buat kabinet untuk dijadikan stor atau tempat menyimpan kasut (Baru rancang ya, lambat lagi tuuuuuu…)

Bila pandang kiri pulak, akan nampak dapur….

Ya, dapur kami masih belum ada kabinet =( Pening mak memikirkan macam mana mau mengemaskan barang-barang di dapur ni tanpa kabinet. Tidak mengapalah, nanti ada rezeki lebih baru kami panggil orang untuk buatkan kabinet. Ka ada orang mau pinjamkan duit? Ada siapa-siapa yang bran? Hahhahahahha….

Kalau nampak di sebelah kanan dapur tadi ada nampak tombol pintu kan? Pintu tu menghala ke dapur basah, tapi telah kami tukarkan kepada tempat untuk membasuh baju… Ni pun ada rancang mahu buat kabinet jugak, untuk simpan barang-barang basuhan dsb.

Di sebelah kanan gambar di atas pulak adalah utility room.

Sekarang kami jadikan stor untuk campak semua barang-barang yang tidak dapat ditentukan lagi di mana mahu diletakkan. Macam-macam lah ada dalam tu. Bersepah jangan cakaplah kan…

Di bawah ni pulak adalah bilik no.3. Kami jadikan bilik ni sebagai bilik menyimpan baju-baju kerja dan tempat menggosok pakaian dan tempat menyimpan barang-barang seperti cadar, tuala, toto dsb. Sini pun kalau ada duit lebih teringin buatkan kabinet jugak la!


Bawah ni pulak gambar bilik no.2. Bilik ni kami jadikan bilik menyimpan buku-buku dan meja belajar…. Ada 1 katil single untuk tetamu (kalau ada). Di sini jugaklah kami letakkan bantal-bantal dan tilam-tilam berlebihan.

Di bawah ni gambar bilik utama:


Kesian kan dalam ni tidak ada apa-apa kabinet pakaian pun =( Semua perabot lama. Nampak caca marba betul. Jadilah kan asalkan ada almari untuk letak pakaian, sudah!

Tandas pulak, rumah kami ni ada 2 tandas. Yang ini yang utama:


Yang ini pulak, yang kedua:


Ni pulak gambar ruangan menonton a.k.a tempat tidur kami sekarang. Pun masih menggunakan perabot-perabot lama. Siap hangkut rak TV di rumah mertua sia lagi… hehhehehhe….

Di bawah ni pulak gambar balkoni:

Daripada balkoni, kalau pandang depan, nampak gambar di bawah ni:

Kalau pandang kanan nampak pandangan ni:

Kalau pandang kiri, nampak pembinaan kondominium yang lain pulak (yang ni nanti sia upload kemudian ya. Kemarin sudah snap, tapi entahkan ke mana pulak gambar itu)

Kalau berdiri daripada balkoni dan pandang ke dalam rumah, nampaklah pandangan ini:

Kosong betulkan rumah kami ni? Jadilah…. Itu sahajalah yang kami termampu setakat ini. Nanti-nantilah bila ada duit lebih pada masa akan datang, akan kami hiaskan rumah kerdil kami ini.. Hehhehehhhe… cita-cita besar ni, cuma duitnya saja yang belum mengizinkan… Jiran-jiran kami semua buat renovation zrenggg zrengggg di sana sini. Jeles betul tengok! Jiran kami kaya-kaya tahu! Kami jak yang biasa-biasa… Bawak pun kereta kecil jak. Jiran-jiran kami semua bawak kereta mewah… huhuhuuhu… Tidak mengapalah, janji ada rumah kan?

Ok puan Mastur, sekian entry khas untuk ko pada hari ini… =P

p/s: Pada yang tidak tahu rumah kami ni di mana, jangan tanya di ruangan komen ya, tinggalkan email add saja, nanti sia bagitau melalui email, tapi terhad kepada kawan-kawan yang dikenali sahajalah. sebab sia takut ia akan menjadi helping tool kepada sang pencuri/perompak untuk meng ‘aim’ rumah buruk sia ni. Ala-ala lengkap tu maklumat berkenaan rumah buruk sia di atas tu. Sudahlah rumah kami tu tiada apa barang yang berharga untuk dicurik. Kami cuma takut kami terpaksa panggil orang untuk betulkan semua pintu/gril yang telah dirosakkan oleh si sang pencuri/perompak. Duit lagi tu. Kesianlah kami yang baru mau mengumpul duit untuk buat cabinet dapur ni… huhuhuhuu….



13 orang pot pet on "Rumah kami...."

Unknown on July 30, 2010 at 4:58 PM said...

aku tau rumah aweng kat mana.. hahahaha.. giler gelak jahat..

weh, lapang rumah ko.. nampak ruang tamu n master bedroom tu luas juga.. nanti aku terjah ok..

sila enjoy bau rumah baru.. aku suke..

inah yg ttp jeliterrrr... said...

lawa bah rumah kau weng,
jeles tahap gaban ni,
aku paling suka tandas rumah kau (boleh kah macam tu),
nampak moden jak...
huhuhu...
doakan aku sama...
dapat buat rumah macam kau...
(buat rumah sbb aku mau tinggal di kampung bah...waaa...sungguh kekampungan aku kan?)
lain cerita, kau beraya dimana tahun ni?
salam peluk cium dari aunty inah utk aimee ya...

Unknown on August 2, 2010 at 9:27 AM said...

aweng..nampak luas rumah ko nih.....mesti best dpt bau rumah baru....

ninieZUERYANNIE on August 2, 2010 at 11:43 AM said...

cantek.. luas giler. boleh wat tempat main bola!! best kan dah dok umah sendiri.. walaupon rs x sabar nak duduk umah sendiri, tp kena bersabar gak la bile pk "duit2 ke mana kau duit".. huhuhuuu..

mama glam on August 2, 2010 at 2:27 PM said...

mast: ok bebeh! tunggu ko balik mesia k!

inah: boleh jak bah inah! aimee kirim salam balik pada auntie inah yang tetap jeliter.. ahaks!

k watie: nampak jer luas tu.. camera telah berjaya menipu semua orang... hahaha...

ninie: boleh ninie. main bola aimeee... huhuhuu... ye! memang btol ar ninie... tp, xpe, org suka soping kat jakel ni musti banyak duit.. kekekkeke.... sayang ninie!

none on August 3, 2010 at 11:42 PM said...

kamu...bln 11 ni,buat la mkn2 kat umh..nk gak dtg umh kamu...mcm best jerrr....

mama glam on August 4, 2010 at 10:26 AM said...

kamu balik eik bulan 11? ok, nanti kitorang buat makan2 masa kamu balik. alah, xyah buat makan2 pun kamu ble datang jer bila2 nak... xdak hal punya! kedai makan banyak kat bawah tuh.... sonang jer k misah nak order... kui kui kui....

baby_serene on May 6, 2011 at 3:28 PM said...

aryn suka la tgk uma br mama glam... spacious sgt2... aryn nak tanya la... yg tmpt simpan pakaian mama yg transparent 2, yg b'stack2 2, yg mama simpan d blk utama 2, mama beli d mana? aryn minat sgt la... tq...

mama glam on May 6, 2011 at 4:50 PM said...

Hi Aryn!

tq for the compliment! Tempat simpan pakaian tu beli di IKEA.

p/s: Selamat berkenalan... Aryn asal TAwau ka? Sia pun sama.. Kg. Bukit Gemuk...

baby_serene on May 12, 2011 at 6:47 PM said...

hi jg mama glam...

wlcm sgt2... tp ikea 2 xda d kk la kan? huhuhu... kan best klu ada?

yup, aryn org twu, asal tmn hot spring jaya... tp kawin dgn org kk... so da jd p'duduk tetap kk la... hehehe...

slamt b'kenalan mama...

Reen Tart Nenas on June 7, 2012 at 1:13 PM said...

suka yg storage baju tu

mama glam on June 14, 2012 at 6:43 PM said...

baby serene: ha ah, kk tiada ikea lagi. mengkali masa depan ada, mana tau kan

mama glam on June 14, 2012 at 6:43 PM said...

Resepi tart nenas: yg storage ikea tu eik?

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery