Tuesday, July 6, 2010

ANAK


Sebelum ada kekasih, orang akan tanya kenapa tiada kekasih,
Sudah ada kekasih, orang akan tanya bila mahu kahwin,
Sudah kahwin, orang akan tanya bila mahu dapat anak,
Sudah ada anak, orang akan tanya bila mahu anak ke-2, ketiga dsb.
Anak sudah sekolah, orang akan tanya pasal keputusan peperiksaan anak.
Anak sudah habis sekolah, orang akan tanya pasal anak masuk Uni mana.
Anak sudah habis Uni, orang akan tanya anak kerja mana.
Anak sudah kerja, orang akan tanya bila anak mahu kahwin.
Anak sudah kahwin, orang akan tanya bila mahu dapat cucu.
Sudah dapat cucu, kitaran akan mula balik daripada yang di atas tu.

Lumrah dunia kan?

Bukan semua orang sempurna pada setiap baris yang sia senaraikan di atas.

Entry kali ini sia mahu kongsi pasal perkara pada baris ke-3.

Sia ni dulunya adalah antara orang yang ramai gelarkan jenis lambat “lekat”. Sia lekat pun lepas berkahwin selama setahun setengah. Sepanjang sebelum lekat tu, tekanan jugaklah sebab banyak betul orang yang bertanyakan soalan seperti “Bila lagi mahu timang anak?”, “merancang kah?” dsb. Sangat tekanan ok bila orang tanya macam tu, sampai ada satu masa tu, sia jawab balik “Belum lagi pakcik. Lain kali pakcik jangan tanya lagi, kalau ada nanti sia akan bagitau ok!”

Kepada kawan-kawan atau pembaca-pembaca blog ini, sekiranya anda termasuk dalam golongan lambat “lekat”, jangan sedih hati, kecewa atau marah atau rasa down disebabkan masalah ini. Hanya Tuhan yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Mendapat anak memang suatu Rahmat yang tidak terhingga yang diingin-inginkan oleh semua orang. Tetapi, bukan semuanya yang berkaitan dengan anak itu menggembirakan. Anak itu juga kan suatu fitnah. Sia bersyukur sia telah mempunyai seorang anak. Tapi, kawan-kawan, seperti yang telah diperkatakan tadi, disebabkan anak, macam-macam ujian yang kita sebagai anak, menantu, kakak, kakak ipar, adik, adik ipar, kawan, ibu, isteri dsb terpaksa tempuhi yang kadang-kadang menyebabkan kita rasa macam, eeeeeeeeeeeeee! Geramnya!!!!!!!!!!!

Di bawah ini sia kongsikan ujian-ujian yang perlu ditempuhi disebabkan mempunyai anak. Semua yang dikongsikan di bawah ini bukan sahaja daripada pengalaman sendiri, tetapi juga daripada pengalaman kawan-kawan:

1. Anak boleh menyebabkan kita terdetik rasa bongkak, sombong, gah, riak. lagi-lagi kalau orang puji “Comelnya anak!”. Dapat dosa sebab riak la pulak.

2. Disebabkan anak, solat selalu lambat, kadang-kadang tertinggal solat, baca Yassin yang cuma selalunya dibuat malam Jumaat sahaja pun ditinggalkan. Semuanya sebab sibuk melayan anak.

3. Kerja-kerja rumah yang berlambak-lambak asyik tertangguh. Dulu mengandung, konon tidka larat buat kerja sebab penat bawak perut. Lepas beranak, lagi lah tidak sempat sebab sibuk melayan anak. Natijahnya, cuci baju entah ke mana, kemas rumah entah ke mana, lipat baju, gosok baju. Akhirnya, suami jugak yang terpaksa tolong. Semuanya alasan sebab ANAK.

4. Dulunya sensitif, kini bertambah sensitif, lebih-lebih lagi dengan keluarga mertua dan keluarga sendiri. Terlalu sensitif bila orang tua tegur itu tidak kena, ini tidak kena. Bertambah tidak puas hati bila semuanya pasal anak sendiri ditentukan oleh orang lain. Terasa macam terkongkong, bengang, marah. Mulalah perbalahan berlaku di sana sini. Muka senyum pun jadi bertambah susah. Ada yang yang sampai bercerai berai dan putus persaudaraan. Semuanya sebab ANAK.

5. Tengok wayang? Jangan haraplah kalau anak tu belum faham bila kita cakap “Jangan!” Yang ini sia memang tabiklah kalau ada orang yang bawak anak yang berumur bawah setahun pergi tengok wayang. Memang tabiik spring lah!

6. Window shopping? Bolehlah, tapi kenalah bersesuaian dengan masa si anak. Cukup masa dia perlu berehat, mulalah laki sound “Jom balik! Lain kali sambung lagi”. Sambung lagi? Jangan harap ok! Dia buat-buat lupa lagi ada! Sudahnya, makan hati lagi...

7. Jangan berharap untuk dapatkan “me time” Sangat mustahil, lebih-lebih lagi untuk seorang ibu. Bagi yang bekerja, adalah sedikit masa untuk termenung sekejap di pejabat tu. Curi-curi masa berehat masa solat lah, buat bisnes dalam tandas dengan aman lah, melayari internet lah. Semuanya paling praktikal untuk dibuat di pejabat sahaja. Di rumah? Big NO! NO! Ok!

8. Aktiviti bersama suami? Ini pun pastinya wajib ikut masa si ANAK lah.. hahhahahhhahahha...

Jadi kawan-kawanku, sekiranya anda terasa anda masih belum bersedia untuk menghadapi antara yang disebutkan di atas itu (itu baru sedikit tau), janganlah bersedih hati andai anda belum dikurniakan anak. Akan tiba juga masanya. Jika masa itu tidak hadir jua, Allah lebih mengetahui. Terimalah ketentuan-Nya. Sebab, buat anak, mengandungkan dan lahirkan anak, mudah. Untuk menjaga seorang hamba Allah, bukan suatu perkara yang mudah.

Sia sendiri secara terus terang, kebanyakan masa terasa sangat lemah sebagai seorang ibu kepada hanya seorang anak. Takut tidak terpikul tanggungjawab yang DIA berikan. Takut gagal. Bermacam-macam takut yang tenggelam timbul pada masa-masa tertentu yang sia sendiri tidak dapat jangkakan. Emosi sangat tidak stabil dan kadang-kadang menyebabkan terasa sangat “down” dan tidak ingin berjumpa dengan orang sekeliling.

Hanya satu, ingatlah, Allah itu memberi kita rezeki dalam bermacam-macam cara. Kalau bukan dalam bentuk anak, banyak lagi cara lain yang mungkin tidak kita sedari yang lebih kita perlukan. Walau apapun ia, bersyukurlah!


5 orang pot pet on "ANAK"

::EIDA:: on July 6, 2010 at 9:36 PM said...

saye sgt sokong !
anak? da lali da....
kau nk ank? buat sendiri la!!
(boleh x jwb cm tu?) tp dlm hati jek..haha....
siyesly, xsedia lagik.....fullstop !

Anatel Ameen on July 7, 2010 at 8:34 AM said...

Thanks for the post dear. Kalau kita selalu fikir positif perkara ini, insyaAllah perasaan down tu akan hilang sedikit demi sedikit. Kadang-kadang diakui perasaan cemburu itu hadir bila dengar insan-insan yang rapat sudah hamil. Terasa macam tak sempurna sebagai seorang isteri dan juga wanita. Tapi bila difikirkan dalam keadaan tenang, ada hikmah Allah belum nak beri rezeki. Sekurang-kurangnya dapat juga beri tumpuan pada mak yang lebih memerlukan perhatian. bila difikirkan lebih mendalam lagi, ada peluang untuk terima anak angkat tapi masih tak berani nak terima tanggungjawab tu buat kita terfikir...mungkin itu sebabnya Allah belum nak beri rezeki. Orang mungkin kata, itu semua nak sedapkan hati sendiri...tapi orang yg berkata tu walaupun dah macam2 benda dia dah rasa, ada satu perasaan yg dia tak pernah rasa... penantian seorang zuriat setelah 4 tahun atau lebih berumah tangga. Dia pun tak sempurna.

mama glam on July 7, 2010 at 11:52 AM said...

dayah: boleh, jawab dalam hati jek lah... =)

mak ana: betul, saya setuju!

@nozieyusof on July 14, 2010 at 11:04 AM said...

sangat bersetuju dgn komentar di atas..syukur dpt lebih ms dgn suami dan keluarga before ade baby

skang mmg dh susah..nak jaga hati lagi

=D

mama glam on July 14, 2010 at 5:11 PM said...

nozie: kan? hmmmm........

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery