ALhamdulillah! Genaplah sudah umur puteri kesayangan mama glam setahun pada hari ini. Rasa macam sekejap jak masa berlalu kan?
Pada umur setahun ini, Aimee telah seberat 9.4kg. Suka makan nasi lenyek dengan sup ayam atau daging. Suka makan bubur McD, suka makan kentang. Suka makan bisukt cheese. Suka makan apa sahaja yang berunsurkan keju. Suka minum air milo, suka minum air coklat, suka minum air susu kotak yang mama dia minum. Belum ada karakter kartun kesukaan. Belum ada patung atau barang mainan kesukaan. Tidak ada bantal busuk kesukaan. Sudah pandai minum air guna cawan, botol ndak mau. Sudah pandai merajuk. Sudah pandai arah orang buat itu ini. Sudah pandai hulur cawan atau botol bagi mama dan ayah minum bergilir2 dengan dia (macam pandai suap jak). Sudah pandai panggil dan tunjuk tok, nekma, kakak, abang, adik, onyang, mama, dan mashi belajar panggil ayah (telah hampir ke situ, sabar ya ayah. Yang penting muka Aimee ikut Ayah kan? =) ) Sudah pandai rasa seronok mandi swimming pool. Pandai mahu duduk di kerusi pemandu dalam kereta. Pandai sebut bird, pandai sebut ikan (dia sebut ikang. Mana datang accent t’ganu daaa). Excited nampak bird, ikang, miawww… Masih dalam proses belajar berjalan, sedang bertatih. Mulut? Banyak macam mamanya.. hahhahahaha... Dan yang paling best, masih menyusu badan sepenuhnya! Alhamdulillah!
Mungkin ada yang bertanya, masih cukupkah stok susu Aimee untuk diminum semasa mamanya bekerja. Terus terang sia cakap, susu memang makin berkurang. Tapi disebabkan Aimee langsung tidak mahu minum formula, apa yang sia dengan hubby boleh buat adalah dengan memperbanyakkan kuantiti susu yang telah dipam, yakni mencairkan susu tersebut supaya kuantitinya cukup. Berapa cair? Bergantung pada berapa banyak hasil dan stok susu yang tinggal. Biasanya sekarang Aimee minum lebih kurang 10-15oz sehari bergantung pada moodnya. Mamanya pulak dapat hasil biasanya dalam 8-13oz sahaja sehari. Jadinya, selalunya kami akan cairkan pada nisbah 3:1 (3 bahagian susu + 1 bahagian air). Dan kami sangat menghargai setiap titisan stok susu yang ada. Kalau dulunya, setiap susu yang telah kami defrost kan akan kami buang sekiranya tidak dihabiskan oleh Aimee dalam hari yang sama atau 2 hari. Tapi sekarang, setiap kali susu tidak habis pada petang hari, terutamanya pada petang jumaat, kami terpaksa jugak simpan semula susu tersebut ke dalam freezer untuk dijadikan bekalan semula pada hari isnin. Kami terpaksa! Masa inilah terasa rugi dan menyesal tidak beusaha keras menyimpan susu Aimee daripada awal lagi. Dulu bongkak asyik cakap susu Aimee berlebih-lebih. Akibat induksi dan BTN, sia telah tengadah dan menyesal yang tidka sudah. Apa boleh buat kan. Tapi, apa-apa pun, sia tetap bersyukur kepada-Nya kerana memberikan kesihatan yang baik kepada Aimee sejak dia dilahirkan sehinggalah ke hari ini. Untuk pengetahuan pembaca tersayang (bukan mahu bongkak or what so ever, sekadar berkongsi pengalaman), Aimee sejak dilahirkan hanya 2 kali demam, itupun sebab tumbuh gigi depan atas dan bawah. Segala cucuk pada bulan-bulan pemeriksaan, alhamdulillah, dia sihat dan tidak meragam or menangis! Kami bersyukur ya Allah!
Kepada anak mama Aimee: Mama dengan ayah sayang Aimee sangat2! Mama dan ayah doakan Aimee sentiasa diberkati dan dilindungi oleh-Nya. Semoga Aimee menjadi anak yang solehah, mendengar kata, hormat pada orang tua dan orang sekeliling, berbudi bahasa, dan pandai menghargai kebaikan orang pada kita dan berjaya di dunia dan akhirat. Sayang sangat kat Aimee! Muahhhhhh!
p/s: sedang berkira-kira untuk mencarikan baby sitter baru untuk Aimee. Bukan sebab mimpi 2 malam lepas ya. Tapi, sebab baby sitter yang ini macam $%^$&^%&*&*. Ish! Sabar jaklah! Nasiblah in law tu mau aimee dijaga di rumah jugak, kalau tidak, lama sudah sia hantar Aimee ke Adni. lagi murah daripada bayar gaji minah tu, dapat belajar macam-macam daripada duduk belajar lagu ntah apa-apa tuh! Haish!
Tuesday, July 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 orang pot pet on "Selamat ulangtahun sayang!"
Happy birthday Aimee sayang..
tahniah aweng, berjaya setahun BF.. tepuk tangan! doakan aku pun berjaya macam ko.. aku nye stok pun ala2 semput2 je.. hahahahaha
Aimee nanti bila besar sayang ibu n ayah sungguh2 ye..
Aidan pun kurang demam banding aiman.. orang kata kelebihan susu ibu.. wallahualam..
happy bday aimee yg comel..
kite rase sedey bile baca aimee sgt sihat.. selepas dilahirkan, br 2 kali demam.. kite tumpang hepi & rase syukur.. kesihatan Qisya betul2 dugaan bg kite.. (sob sob..).. pape pon kite ttp bersyukur sbb Qisya dh makin sihat..
Happy Birthday sayang Aimee!
happy birthday aimee dearie...semoga panjang umur, murah rezeki dan dilindungi rahmat Allah SWT...
mast: tq auntee mas. btol mas, ramai yang cakap mcam tu. alhamdulillah klu btol. insya Allah ko pun boleh mas! kata double dang! ker enormous? aku dulu enormous, skang dah double dang dah.... hohohohoho.... berusahalah!
ninie: tq auntee ninie. Aloooo, ninie jangan sedih. semua ada hikmahnya. Bersyukur sebab qisya dah makin sihat. qisya good girl!
k watie: tq auntee watie!
mak ana: tq nek na!
1Aimee.... makan didahulukan, tidur diutamakan
huhuhuhu....
Post a Comment