Friday, July 2, 2010

Sudah gila!



Tolong! Tolong!

Sia memang kebelakangan ini sudah gila! Gila shopping yang amat! Aduilah……

Seolah-olah seperti membalas dendam. Balas dendam apa ya? Hmmmm.. Balas dendam sebab bulan lepas macam terlalu sibuk. Hmmmm…. Macam tiada kaitan la pulak. Hmmmm.. oklah.. Guna alasan ni lah…

Hadiah harijadi sendiri yang dibeli lebih awal dan perhargaan untuk diri sendiri la. Boleh? Boleh la tu…

Adui… Shopping ni memang satu aktiviti yang paling sia suka… Shopping boleh membuatkan hati sia rasa sangat gembira, walaupun kemudiannya bila duit sudah habis, terasa susah hati. Tapi, sia akan berasa puas hati yang amat sebab:

- boleh menyemakkan lagi rumah kami yang cute itu.

- Boleh menyemakkan lagi almari baju kami yang cute itu….

- Dan yang paling best, boleh bagi peluang pada hubby tercinta untuk basuh pakaian yang pelbagai. Tidaklah dia bosan asyik basuh baju yang sama setiap kali kan? Hehehhehehe….

Apa yang sia beli kebelakangan ni?

Untuk Aimee:
1. gaun 3 helai. 2 helai beli online, sehelai beli di JUSCO.

2. 2 pasang kasut baru, pun JUSCO.

3. Sepasang baju tidur baru, sehelai jeans berjenama dan sepasang baju jalan berjenama. Ni semua beli di pasar tani. Jadi tidaklah diketahui kebenaran dan keaslian jenama yang terpampang tu. Janji anak aku dapat baju baru yang comel. Hehhehe

4. Stoking baru 2 helai.

Untuk mama si Aimee:
1. Sepasang kain baru. Beli daripada kawan yang tolong bininya berniaga. Ini kira menyokong perniagaan kawan-kawan la ni. Lagi satu sebab, sebagai ubat sakit kepala.. Hahahahhaha…. Ninie jangan gelak arrrr…

2. 7 ….. (apa ya penjodoh bilangan untuk gelang) gelang. 6 beli secara online, 1 beli di pasar tani.

3. ada lagi 3 gelang dengan 2 bookmark yang masih belum sampai yang juga dibeli secara online.. Bookmark pun beli walaupun sia ni bukanlah seorang yang kaki membelek novel yang memerlukan bookmark. Untuk dijadikan bookmark diari office. Ok la kan? Tapi, apa pasal beli 2? Heeeee… Sebab terasa macam ada 2 yang cantik dan terasa dengki tidak mahu orang lain dapat yang cantik itu… hahhahahha… memang dasar dengki tidak bertempat!

4. 4 pasang shirt extender. Yang ini pun asalnya dibeli secara online. Tapi, jadi bukan online sebab penjual tu sanggup datang office hantarkan. Tu yang patutnya beli 2 pasang jadi 4 pasang. Balik-balik rumah hubby Tanya “Apa pasal beli sampai 4?” Terus terasa “alamak! Apa yang patut dijawab ni?” dan dan jawab “Sebab mama terasa nak beli 4”. Hehehhehhe…. Hubby sia memang sporting ok! (bodek lebih sikit!)

5. Sepasang clincher dan legging yang dibeli daripada kawan secara online. Ni pun kira tolong kawan-kawan la jugak rasanya.

6. Ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk baju baru yang sedang diusha dan sedang dipilih-pilih dan cuba diasingkan yang mana satu perlu dan yang mana satu tidak perlu…. (ish! Ni betul kah keperluan?) Ada 51 helai yang perlu dipilih ni… Rasa macam mahu beli 10 helai…. Tapi, macam berkenan banyak lagi… Argghhhhhh! Ini pun secara online ok!

7. Tudung… Ni jangan cakaplah kan… Baaaaanyaaakkkkkkkkk…. kata tokey tudung....

Lepas senaraikan semua-semua yang di atas ni, baru teringat sebab mengapa sia tiba-tiba jadi gila shopping ni. Sebabbb:

- Geram duit banyak keluar untuk pindah rumah baru bulan ni... Eeeeeeeeeee! Jadi, apa salahnya guna sikit untuk shopping diri sendiri kan? Berapa peratus pun kalau dibandingkan dengan duit untuk pindah rumah tu kan? hahahahhahaha =)

- Bulan Jun hari tu sangat sibuk dan tiada masa untuk shopping stok baru untuk reDuit! reDuit!

Ouhhhh.. patutlah….. =P

p/s: shopping untuk ayah tadak? Aiyoooo.. suami saya bukan gila macam saya.... dia simpan duit supaya isterinya boleh habiskan untuk dia.. hehhehehhe.. sayang abang!


9 orang pot pet on "Sudah gila!"

Unknown on July 2, 2010 at 5:13 PM said...

masuk umah baru mmg duit keluar mcm air ja...

Anatel Ameen on July 2, 2010 at 5:14 PM said...

penyakit yg sgt sukar diubati... lebih berbahaya daripada penyakit malas kerana melibatkan kewangan. hahaha

I'm back to blogging...jemput2 la usha sambil2 shopping online tu ye

mama glam on July 4, 2010 at 3:07 AM said...

k watie: memang iya. Gerammm je kan?

Mak ana: hahaha. Dua2 penyakit pun i ada. Camno nak buek tu? Semalam g teman yop g ofis dgn aimee pun sempat lagi belek2 katalog tupperware ofismate dia. Siap suh yop order plak tuh. Hahahaha. Gila!

Akhirnya! I like to read this ex-cikgu BI punya blog. Bole belajar byk vocab. Welcome back to blogging mak ana!

Nina Rizwina on July 4, 2010 at 3:54 PM said...

syoknye shopping..k ina nyaris gile hari ni bershopping..tp cepat2 mewaraskan diri..hehehe.poket dh mule kempisss...

mama glam on July 4, 2010 at 6:38 PM said...

hehehhehhe.. jomlah bergila beramai2 k ina!

Anatel Ameen on July 5, 2010 at 1:47 PM said...

memang gilak suda...semalam pergi tempah baju untuk raya...beli lagi 4 few pasang kain kat tailor tu. Tailor jadi pusing...yang mana satu baju raya ko Na...hahaha

mama glam on July 5, 2010 at 4:43 PM said...

hahahhaha.. oklah tuh... i pun tahun ni kebetulan ada byk baju raya. i like lah org shopping mopping ni... =)

ninieZUERYANNIE on July 6, 2010 at 5:01 PM said...

hahahaha.. item no 1 utk mama aimee tuh sungguh x dpt dilupakan! pening kepala ilang serta merta.. siap jalan paling depan mengetuai rombongan cik kiah! hamboih3x!

mama glam on July 7, 2010 at 9:52 AM said...

hahahhaahhahaha.....

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery